Rabu, 17 Jun 2009

aduh macamana ni - problem lagi

T.C Hamlett bercerita mengenai kisah dua ekor katak yang jatuh ke dalam satu tempayan susu lembu segar.
Dinding dingan tempayan itu licin dan curam , manakala susu lembu di dalamnya begitu sejuk
‘ alamak macamana ni '
‘ Ini takdir , tiada ada orang yang akan menolong kita. Selamat tinggal sahabatku. Selamat tinggal dunia yang menyedihkan ‘ .
Katanya lagi sambil menangis dan akhirnya dia pun tenggelam.
Tetapi , katak yang kedua it terus mengayuh kakinya dan mula berenang. Sesekali dia berhenti bagi menyapu mukanya dan menyeringkan matanya yang penuh dengan susu.
‘ Biarlah aku berenang sekejap. Tidak ada gunanya sekiranya seekor lagi katak mati '
Jadi si katak pun terus berenang. Selama beberapa jam dia menendang dan berenang itu , tidak sekali pun menyeluh. Kayuhan kaki katak yang tidak berhenti2 itu akhirnya susu lembu di dalam tempayan it terus menjadi keras. Selepas susu berubah menjadi mentega , katak itu pun melompat keluar daripada tempayan dan berjaya menyelamatkan diri.

Moral untuk difikirkan

Cara mereka melihat dunia di sekeliling mereka dan bagaimana mereka bertindak terhadap dugaan dan cabaran yang di hadapi.

BAGAIMANA KITA MELIHAT MASALAH @ CABARAN ITU YANG
MEMBEZAKAN KITA.
Apa yang membentuk pemikiran kita untuk menafsirkan cabaran tersebut :
persekitaran yang datang daripada SIKAP kita - yang terbentuk daripada persekitaran , pengalaman dan pendidikan
( sebab itu dikatakan – untuk melihat siapa kita 5 tahun akan datang lihat buku apa yang dia baca hari ini ).

Menurut Stephen Covey ( seven habit )

‘ sekiranya kita melihat sesuatu masalah dan dugaan itu berpunca daripada diri kita , maka sebenarnya diri kita sendirilah yang sedang bermasalah
Pepatah Cina ada berkata : daripada menyalahkan kegelapan , lebih baik ambil sebatang lilin dan menyalakannya..

4 ulasan:

~Insan Biasa~ berkata...

hidup ini pun dah memang satu ujian. masalah yang datang ujian, derita itu ujian, bahagia itu ujian. Bagaimana nak hadapi setiap ujian...erm..kita memang takkan pernah habis belajar.

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

BAGAIMANA KITA MELIHAT MASALAH @ CABARAN ITU YANG
MEMBEZAKAN KITA....

Itu yang membezakan antara manusia yang mahu berjuang utk berjaya ataupun menyerah kalah sebelum berjuang..

Unknown berkata...

cgu anis

kerana kita disini - untuk belajar dan diajar..
mungkin bentuknya berbeza...
kita terus belajar...

Unknown berkata...

dan begitulah...
bagaimana kita membuat tafsiran mengenai masalah itu yg membezakan kita......

Eco Kid Adventure on Facebook