Rabu, 10 Jun 2009

apa yang paling ringan......

Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1: Orang tuaMurid
2: GuruMurid
3: TemanMurid
4: Kaum kerabat


Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?

Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT.
Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cikgu Jinggo,
Betul tu cikgu.. Itupun yang kita kerap buat tak endah..

Unknown berkata...

cgu cat

kerana itu yang paling ringan...
macamana kalau itu yang paling berat....

semuga hari ini dan seterusnya kita dipermudahkanNya dalam urusan.....jangan diringan perkara yg sudah ringan.

~Insan Biasa~ berkata...

Kesimpulannya, berserderhanalah kita dalam hidup.
agar tidak terlepas pandang yang dekat,
agar tidak terlalu mengenang yang sudah berlalu,
jauhi apa yang besar dalam hidup,
bertanggungjawab terhadap apa yang kita sanggupi,
dan
sentiasa ingat perkara paling ringan itu sebenarnya salah satu lorong menuju ke tempat yang tak mahu kita tinggal menetap didalamnya walaupun untuk sesaat.

terima kasih atas ingatan ini cgu ya....

Tanpa Nama berkata...

Slamat bercuti. Di mana?...N3 yg touching masa2 santai ni...

Salam dari pantai timur...

Unknown berkata...

cgu anis...

menarikn komen
semuga kita sama2 mendapat iktibar dari perkongsian ini

Unknown berkata...

aryani

dipantai timur
jauhnya bawa diri.....
ada apa2 yg menarik untuk dikongsikan...

jangan lupa ke pasar kepayang...

lily_lolypop berkata...

teruskn cgu dgn tazkirah..
smoge tazkirah pendek ni menjadi kn kita insan yg cemerlang..
insyaAllah ~

Unknown berkata...

olie

terima kasih kerana perhatian...
semuga apa yg baik ini mampu kita manafaatkan

Eco Kid Adventure on Facebook