Sabtu, 13 Jun 2009

dunia ni marah kat kita....

mungkin itu bahasa mudahnya.
LANGIT YANG BIRU DI KELABU KAN
SUNGAI DI BIAR MENGALIR UMPAMA LONGKANG2 BESAR
HUTAN SEKEJAP HIJAU - SEKEJAP......
itu hakikat pentadbiran manusia diatas mukabumi ini.
TERPERANGKAP
dalam dunia keinginan yang besar
MENCARI KESERONOKAN + KEBENDAAN
kita akur dengan kemahuan keinginan itu.
HASILNYA.
hari ini dimana2 ceritanya sama
BUMI MALAYSIA DILANDA JEREBU LAGI.
dan seterusnya kita terus berhadapan dengan arahan + amaran + peringatan yang sama.
setiap tahun kita di ingatkan dengan cerita yang sama.
KENAPA DENGAN KITA.
kajian besar menyatakan kita tahu tapi tak faham.
sistem apa yg mampu memahamkan.
pendidikan mengenai Alam Sekitar tentunya satu jawapan
pendidikan yang sedia ada diterapkan penerapan mengenai Alam Sekitar.
undang2 yang ada dikuatkuasakan.
kempen2 seharus dijalan dengan komitmen berterusan
peranan media untuk mengujudkan informasi yang berterusan

MUNGKIN INI YANG KITA KETINGGALAN
impian saya dan kami dan mungkin kita
langit yang biru kita kekalkan begitu.sesekali boleh tgk pelangi
sungai biarlah mengalir tenang.sesekali boleh tengok pepatung kehulu dan kehilir
hutan biarlah merimpun hijaunya.sesekali boleh tunjukkan pada generasi akan datang....
tapi masih adakah sesekali itu...
saya dan kami akan terus meletakkan komitmen untuk subjek dan program begini.agar dihujung semua tahu : kita tidak mewarisi bumi ini dari nenek moyang kita - kita hanya meminjam dari anak cucu kita....

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cikgu Jinggo,
Memang patut dia marah..

Tanpa Nama berkata...

Saya pun nak marah jugak...tapi, siapa yg patut saya marah??

Nak marahkan org2 yg tak de kesedaran pun tak guna gak sebab, kalo dah namanya org tak de kesedaran, memang dia tak sedar...

Sebenarnya sikap dorang menganiaya insan2 yg cintakan alam sekitar..

Ummu Mishkah berkata...

rindu kat langit biru tu jugak!

Dearie Pearls berkata...

"kita tidak mewarisi bumi ini dari nenek moyang kita - kita hanya meminjam dari anak cucu kita...."

saya pernah terdengar/terbaca tapi di mana..?

radio kot..

mmm..
marah?
xtau nak marah siapa..?

susah nk nengok langit biru sekarang..

end berkata...

ingat saya? pandanglah langit biru..

Arianni berkata...

Sesungguhnya dunia ini milik kita..Beruntunglah siapa yang mensucikannya..Dan rugilah siapa yang mengotorinya..

Unknown berkata...

Salam sdr. Jinggo.

Dah tak tahu apa yang patut dicakapkan tentang ini. Geng-geng rekreasi juga mencabul dan menimbunkan sampah di hutan dan gunung. Inikan pula orang biasa yang tidak kenal konservasi. Apa kita mampu hanyalah merungut.

Tirana berkata...

Sesungguhnya kita tidak belajar dari malapetaka yang datang sekali sekala akibat kerosakan yang kita lakukan ke atas bumi tempat kita berpijak.

Unknown berkata...

cgu catzana

bumi bukan sahaja marah
mungkin nak balas dendam kut....

Unknown berkata...

aryani

kita harapkan akan lahirlah lebih ramai KARAM2 SINGH....
pasti sureheboh pasal alam sekitar.....

he....

Unknown berkata...

ummu

saya rindu nak balik kg...
duduk dan tengok sungai yg dah kena timbus.....

Unknown berkata...

Lol

saya lari ke Melaka + PD
kat sini langit sini - langit masih biru.....

...tapi jangan alpa dan lupa...

Unknown berkata...

damia

nak ingat nisa..
langit dah tak biru...
kabur.....

Unknown berkata...

ariani

salam kenal
terima kasih kerana kita berurusan.....
langit kat sana ok ke....

Unknown berkata...

tuan

gang2 kita semua tahu - tapi tak faham....
yang penting SAMPAH bukan depan mata...
budaya sembunyikan sampah...
akhirnya : kat sungai pisang dah tak larat nak tulis peringatan...

pastinya dunia akan bertambah marah

Unknown berkata...

puan tirana

saya semakin tidak faham...
dengan apa lagi mahu disalurkan informasi ini.
kesibukan kita ( semua ) mencatur hari - kita lupa dan leka barangkali...

ada benda lain yg penting mengiringi hari2 kita...kita abaikan : alam sekitar

Eco Kid Adventure on Facebook