Ahad, 14 Jun 2009

kita fikirkan lagi - dari sudut lain....

Orang gagal mengaku bahawa mereka adalah ' sederhana ' apabila keluarga dan kawan2 mereka bertanya mengapa mereka tidak lebih berjaya di dalam hidup
SEDERHANA
ialah yang teratas bagi yang terbawah
yang terbaik bagi yang terburuk
yang terburuk bagi yang terbaik
YANG MANA SATU KITA
sederhana juga
yang biasa.purata.remeh.tidak penting.
Mengambil sikap sederhana
ialah cara orang malas berundur daripada perjuangan
tidak berani berdepan dengan kerenah hidup : hidup secara pasrah
ORANG SEDERHANA
mengisi ruang kosong tanpa sebab.
penumpang percuma dalam perjalanan hidup
Menjalani hidup cara sederhana maknanya tidak terikat dengan masa
MENGAMBIL PENDIRIAN SEDERHANA
umpama melakukan jenayah terbesar terhadap diri sendiri, masyarakat dan Tuhan.
AKHIRNYA DARI JINGGO
kenapa kita kena jadi orang TIDAK SEDERHANA
keharusannya tidak diukur dari apa yang dizahirkan secara fizikal.
Dalaman kita seharus tidak di SEDERHANA kan.Dalam apa jua keadaan - dunia hari ini semakin meletakkan hanya orang HEBAT yang akan duduk diatas - orang SEDERHANA hanya sekadar mengikut.
tidak sederhana dalam memotivasikan untuk berjaya
tidak sederhana dalam perhububungan sosial.
tidak sederhana dalam keinginan untuk naik keatas
tidak sederhana untuk menjadi ruang untuk mendapat keberkatanNya
APA LAGI
ruang sudah disediakan kepada kita
dengan kapasiti yang kita ada.
GUNAKAN.

14 ulasan:

~Insan Biasa~ berkata...

tgh blank!...

Tirana berkata...

Sedang meneliti apa yang dimaksudkan dengan sederhana dalam entry ini...hehehe...mungkin sederhana dari segi cara hidup tapi hebat dari segi semangat dan motivasi. Rata2 orang yang hebat dari segi semangat dan motivasi mengamalkan cara hidup yang sederhana dan merendah diri...(tidak show off atau meninggi diri)

Tanpa Nama berkata...

Cikgu Jinggo,
Bukankan bersederhana itu dituntut dalam Islam..

Emm tak bape faham..

Ummu Mishkah berkata...

setuju dgn kak tirana... kekadang sederhana lebih menenangkan tapi semangat dan motivasi mesti hebat!

Tea Cha Hai berkata...

MUNGKIN "Sederhana" yg dimaksudkan ialah "ZON SELESA"..

Kita tak mahu mengambil risiko utk berubah..berubah utk lebih berjaya, lebih kaya, lebih "atas"..

Selesa dgn apa adanya sekarang..Dapat gaji yg cukup...hidup tak susah..hidup tak mewah...

hihihihihi...
Ini daripada pemahaman saya aja...

Tea Cha Hai berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

cgu anis

ini kena pergi kaunseling.
blank lagi...
.............
ada apa yg boleh dibantu

Unknown berkata...

puan tirana

betul tu.
madsud saya tidak sederhana dari segi semangat : tapi pengamalan kehidupan seharusnya - bersyukur agar dihujungnya kita tidak riak dan takbur dengan apa nikmat yg diberikan...

betul ke macam tu.

Unknown berkata...

cgu catzana

lihat N3 ini dari sudut yg berbeza.
sengaja dikejutkan agar kita sama2 fikir.
terlalu sederhana dalam pemikiran dan motivisi diri madsud saya...

tidak pada zahir.

kita fikirkan.

Unknown berkata...

puan ummu

saya macam dah tahu : N3 ni akan mengejutkan kawan2...
kesederhanaan madsud saya harus dilihat dari kontek lain - dunia diluar terlalu laju kehadapan....

semuga kita dijauhkan dari umatNya yg riak dan sombong dengan nikmatNya

Unknown berkata...

cgu ari

terima kasih
sebenarnya semua komen2 ini ( MEMAHAMKAN SAYA )....

...saya sedang berfikir dari sudut lain sebenarnya.semua komen adalah jawapan....terbaik !

Tanpa Nama berkata...

Saya juga seperti Tirana, sedang pikir apa yg nak di sampaikan...Tapi mungkin kesederhanaan dalam memilih kehendak kot. Tolong detailkan..

p/s Lama nye cuti? Org smua dh start keja nih...ngeee

Arianni berkata...

Salam..
Terima kasih krn sudi berkunjung ke blog sy dan menjadi follower pertama sy..amat2 dialu2kan..tentang entry kali ini sy sangat2 setuju dgn kesemua pendapat diatas...

Unknown berkata...

ARIANI

terima kasih
kerana AMAT terbuka dengan perubahan...madsudnya kita kadang2 kena fikirkan dari sudut yg berbeza....

Eco Kid Adventure on Facebook