Rabu, 10 Jun 2009

Padan Muka - Pengajaran untuk semua

hari ini setelah berbincang panjang dengan ' ana & gang '...
abi balik k.lumpur naik bas.
dan ' ana & gang ' balik rumah tok wan kat teluk intan.
NAIK BAS DARI CAMERON KE TAPAH KE BUKIT BERUNTUNG.
ini ceritanya.
seronoknya sesekali menyusuri jalan dari tanah rata ke tapah.
konar sana konar sini.seronoknya ada driver.
sampai di tapah : beli tiket untuk ke Kuala Lumpur.
menunggu 3 jam tepi jalan.ok.pengalaman yang mungkin dah lama tak disusuri.

SAMPAI DI TEPI HIGHWAY TOLL BUKIT BERUNTUNG
ini yang mahu dikongsikan.
Dari tepi jalan ke pekan bukit sentosa 5 km
berjalan tengah panas.dikiri kanan orang ramai lalu BUAT TAK TAHU.
tidak terdetik sedikit pun nak bagi tumpang @ bertanya.
dengan beg ( ala2 AF ) saya bagaikan orang terbuang.
berjalan dan berjalan - mula memang nak tengok ada tak orang nak bagi tumpang.
JAWAPANNYA
tidak.sampai kesudahnya.

MORAL UNTUK KITA.
dunia kita hari ini memang mengajar kita secara praktikal.mungkin selama ini - saya dan kita mungkin biasa nampak orang yang ' susah ' berjalan tepi jalan. kita mungkin sebahagian dari orang2 yang saya nampak hari ini.
berkira2.nak bagi tumpang ataupun tidak.
hati kecil bersuara.
betul ke orang ni.
perompak kut.kotor kereta aku.tak ada privasi.bukan kawan aku pun.
dan hari ini dunia mengajar saya satu perkara baru.
NAMPAK ORANG TEPI JALAN BERHENTI.
DIA MUNGKIN BUKAN SEBAGAIMANA KITA SANGKA KAN...
hari ini kita membiarkan orang bertarung dengan kesulitan begitu : ada harinya kita akan duduk disitu.dunia ini memang adil
akhirnya 5 km saya berjalan.

12 ulasan:

Tirana berkata...

hehehe...kesian..berjalan sejauh 5km..jauh tu..(kalau saya mau pengsan..eheheh)

Berfikir positif..ada hikmah di sebalik kepenatan yang kita lalui. Hari ini kita tidak boleh terlalu berharap pada orang sekeliling..terlampau berharap takut tertiarap.. Masing2 ada sebab tersendiri mengapa tak nak tolong. Salah satunya mungkin dia tak kenal kita...takut seperti tolong anjing tersepit pulak nanti.. Apapun dan siapapun kita...yang eloknya bersangka baik pada orang lain..


hehehe..macam mana rupa beg ala2 AF tu ye?

end berkata...

salam mahabbah..

1) kat mahkamah terlalu byk kes jenayah.. membuatkan saya seperti manusia yg seakan hilang kepercayaan pada mereka yg saya tidak kenali.. nampak muka baik tapi penagih dadah, edar dadah, simbah asid, perogol, pembunuh dan byk lagi jenayah

2) membuatkan saya menjadi seorang yg berhati2.. terutamany dgn lelaki yg tidak dikenali.. saya sendiri mungkin tidak akan berhenti..

3) namun, sekiranya dia seorang mak cik or pak cik tua, kanak2, dan orang yang saya kenali, menumpangkan mereka menaiki kereta saya adalah satu ketenangan buat saya kerna saya bisa menolongnya..

4) tengok pada keadaanlah.. saya tidak boleh jamin sekiranya saya nampak lelaki berjalan dgn membawa beg af di tepi jalan, saya tidak jamin yg saya akan tumpangkan mereka..

5) sedang saya sendiri, betapa tidak percayanya saya pada mereka yg saya tidak kenali, walau pun dekat sahaja ke destinasi, dan saya berjalan kaki ketika itu.. lantas ada yg ingin tumpangkan saya terutamanya lelaki, sesekali saya tidak akan menerima.. saya takut kerna malang tidak berbau..

sekian.. mungkin komen saya tidak sealir dgn fikrah cikgu..

~Insan Biasa~ berkata...

Bersabarlah wak...tuhan itu sentiasa menguji. Macam kak Tirana kata, tak boleh terlalu berharap pada orang lain... ada baiknya harap diri sendiri..kurang sikit rasa panas tu..

sakurasa 2 berkata...

kalau sakura nampak pasti sakura tumpangkan antar sampai rumah
ciannya abi jalan kaki...

Unknown berkata...

puan

terima kasih kerana komen
tapi : macam tak menjadi aja sukatan pelajaran moral @ sivik kat sekolah...

kita membuat penghakiman berdasarkan cerita sendiri...

ini RAIS YATIM ( menteri yang kaya dengan budi bahasanya ) kena buat sesuatu......

SATU LAGI PERKARA BARU YANG KITA HARUS BELAJAR.....

Unknown berkata...

nisa..

seorang lagi fahaman yg sama dengan orang2 yang meninggalkan saya 5 km.

ada betulnya.
tak kenal.sebab sistem semasa membentuk kepercayaan kita. kita tafsirkan berdasarkan cerita demi cerita dan akhirnya kita membuat kesimpulan sendiri...

saya....
selalu juga bersangkabaik.
pujuk diri agak tidak melabel.

Unknown berkata...

sorang lagi.
cgu anis.

tertanya kesedaran sivik dan ilmu moral kat sekolah - hanya sekadar ilmu di sekolah.

sedih.
dunia ini mengajar ilmu secara praktikal lagi sakit.

Unknown berkata...

sakura terima kasih
itu kalau saya...

kalau orang lain.
takut nak tumpang Gen2 tu.....

he...

end berkata...

tapi itulah nisa..
nisa jujur..
i'm not perfect but i want to be the best..
i need to learn about life.. but cikgu..its okey.. ur experience berjalan 5km is quiet nice.. hehehhehe.. yeah, pengalaman adalah guru yg paling kejam..

Unknown berkata...

nisa

kita disini bukan untuk dihukum dan dihakimi...

semua yg berlaku agar kita belajar dan seterusnya diajar.....

Tanpa Nama berkata...

Cikgu Jinggo,
Beg ala-ala AF tu tak membantu langsung untuk dapat menumpang mana2 bentuk kenderaan pun ye.. hehehehe..

Nasib nasib..

Unknown berkata...

cgu cat...

kerana begitulah saya diajar hari ini...
memang ala2 pelajar AF yg kena singgir...
seret beg yg beroda.......

moral : nampak orang tepi jalan.slow sikit....

Eco Kid Adventure on Facebook