Isnin, 28 Disember 2009

ayahku seorang ahli gusti...

SEBAGAI ibu bapa apakah sikap yang anda
mahu ada pada anak,
pembengis atau penyayang?
Ini kerana kajian menunjukkan kanak-kanak berumur setahun yang sering dipukul (pukulan atau tamparan seperti menepuk punggung, kaki atau tangan ketika melakukan kesalahan) oleh ibu atau bapa mereka akan menjadikan anak tersebut agresif dan tidak mencapai tahap yang baik ketika menjalani ujian kognitif.
Keadaan tersebut sama sekali berbeza pada kanak-kanak seusia yang hanya dinasihati atau dimarahi secara lisan oleh ibu atau bapa apabila mereka melakukan kesalahan.
Walaupun ibu bapa menganggap 'pukulan kecil' itu tidak mendatangkan mudarat kepada anak-anak, namun kajian mengesahkan pukulan kepada anak sekecil usia setahun mendatangkan kesan negatif kepada pembesaran tubuh dan minda mereka.
"Usia setahun adalah tempoh yang paling penting dalam mewujudkan kualiti hubungan antara ibu bapa dan anak-anak," jelas Lisa J. Berlin, seorang saintis penyelidik di Pusat Kanak-kanak dan Polisi Keluarga di Universiti Duke, Amerika Syarikat.
Tambah Berlin, pukulan kepada anak-anak sekecil usia setahun akan menjadikan mereka kanak-kanak yang agresif seiring penambahan usia mereka.

Kajian tersebut turut menunjukkan kanak-kanak yang dipukul seawal usia setahun menjadi semakin nakal pada usia dua tahun dan apabila menjelang usia tiga tahun mereka tidak menunjukkan perkembangan yang baik terhadap daya pemikiran mereka.
Berlin dan rakan-rakan penyelidiknya juga melihat kepada impak hukuman seperti menengking, menjerit atau membebel dengan bahasa yang kurang sopan terhadap anak-anak.
Dan hasil kajian menunjukkan hukuman 'secara lisan' itu tidak bersangkut paut dengan impak negatif jika ibu tersebut sering memberikan perhatian, kasih sayang dan sokongan kepada anak-anak mereka.
Kajian terdahulu juga melaporkan tabiat memukul
anak sering berlaku kepada keluarga berpendapatan rendah.
Sering dipukul akan menjadi pemukul
dari jinggo
ayahku seorang ahli gusti.
kita sekadar berkongsi satu lagi cerita yang mungkin selama ini
kita abaikan kepentingannya.
dipukul.diherdik.ditengking.dihina.digertak.
satu lagi proses mendidik yang turun temurun.
DIKATAKAN : BAGAIMANA MAKAYAH KITA MENDIDIK KITA
BEGITU KITA AKAN MENDIDIK ANAK2 KITA.
sejauhmana perubahan hari ini
memerlukan perubahan pendekatan.
PENGALAMAN JINGGO
ayah memang seorang yang boleh dikelompokkan sebagai seorang
ayah ala2 Saddam Hussein.
pendekatannya keras.
hasilnya.
kami kadang2 sampai kehari ini macam
ITIK DAN AYAM.
dalam bahasa akademiknya ini dinamakan
CARTA SIKAP
ayah telah membentuk satu identiti @ titik hitam.
melintas namanya cukup untuk mengambarkan sikapnya dahulu.
walaupun zahirnya
TIDAK.

14 ulasan:

CITY® berkata...

salam jinggo..

saya masih ingat
zaman saya kecik2,
saya pernah di cubit, di rotan,
tapi tak la sampai cederakan saya
tapi sakit ti pasti,
kalo tak masakan saya menangis

tapi saya tahu
semua itu cara didikan
so, saya terima
sebagai kesalahan diri sendir

budak2 zaman la ni?
dipukul
dirotan
di marah?
terus lari dari rumah?

hmmmm

Tirana berkata...

Anak-anak belajar sesuatu dari setiap situasi....Jika kita tahu apa yang dipelajari oleh mereka, tentu kita lebih berhati-hati dan mengawal tindak tanduk diri kita sendiri di hadapan anak-anak.

ONE ZABA berkata...

yang tua juga berkata...

yang baik tu jadikan teladan, yang buruk tu jadikan sempadan.

adui...teringat lagi kayu api hinggap kat belakang ni!!!

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

ayah maiza garang tengok pada keadaan. kalau perlu dia pukul ja.. selalunya dulu maiza kena jentik telinga ja.. tak pernah kena penampar seumur hidup nie. Time dia naik angin nak marah cara dia tegur menjeling ke arah kita ja.. kami dah takut.. hee.. berbeza dengan cara ayah didik adik lelaki.. memang kena la dia sebab nakal dulu. ada positif dan negetif bila didikan garang nih. sebab tue adik lelaki maiza garang, panas baran betul dia. Tapi maiza kalau orang pukul kanak2 memang geram. sebab tue anak sedara kena pukul kt nursery maiza yg teremosi lbh.. hee... kalau tak sebab ayah.. mcm mn sekarang nie maiza....

azlanlin berkata...

Salam,

Pendekatan 'keras' memang saya setuju. Kekerasan yang diselang-selikan dengan komunikasi yang 'hebat' bagi menjelaskan kenapa dan mengapa kekerasan digunakan akan memurnikan dan pemahaman terhadap situasi.

Anak-anak perlu dirotan jika tidak sembahyang, tetapi berapa ramai ibu bapa yang mampu menjelaskannya?

Oleh itu, pendekatan untuk generasi terdahulu dan sekarang adalah berbeza. Zaman kita kanak-kanak, memang dihukum tanpa penjelasan membuakan kita boleh berfikir...tetapi menimbulkan dendam!!!

Maka untuk generasi sekarang, dengan pendekatan yang sama harus ADA KOMUNIKASI untuk menjelaskan situasi.

Bagi saya pendekatan menjelaskan sahaja (psikologi) tidak mencukupi!!!.

Kesimpulannya, pandangan setiap orang adalah berbeza dan bergantung pada matlamat masing-masing dalam mendidik. Oleh itu, proses mendidik bergantung pada personaliti dan pengalaman hidup.

Sewajarnya 'didiklah anak-anakmu sesuai dengan zamannya'- Umar Al-Khatab.

ZaridaIshak berkata...

salam,
apa lagi nak kata, dpd ulasan teman2 di atas, semuanya ada kebenaran...
Aye tak pernah dipukul bapa/ayah sebab... tak pernah jumpa (huhuhu)
Tapi Aye pernah dipukul emak jer...
Cuma pada pandangan Aye, dan dpd pengalaman Aye melihat perubahan zaman dan masa... anak yang tak pernah dipukul... bila dah besar macam tak der hormat atau disiplin, berbanding yang pernah kena rotan...didikan merotan atau memukul tidak seharusnya sampai bengkak bengkil sana sini, cukup sekadar sentuhan cukup la kot...

Tanpa Nama berkata...

saya xpernah kene rotan or pukul..
tp sy masih ingt lagi...coz depan pintu bilik mesti ade 2 rotan...
haha..lucu bile teringt blik..

Unknown berkata...

bluecity
zaman kecik saya
berparut.
tapi itu yg menjadikan saya hari ini..
walaupun ada kesan psikologinya

Unknown berkata...

puan tirana
kerana kita tidak tahu . tidak diberitahu...
tak mahu ambil tahu mungkin.
kita sering menggunakan bahasa kita mentafsirkan keinginan anak2.....
rasanya kita kena fikirkan semua dari sudut lain.

Unknown berkata...

one
kalau diikut parut..
aduh sakitnya kena ' rembat ' dengan dawai...
itu tak kira kena tidur luar...
tapi itulah makayah dulu - mendidik.jadi orang.

Unknown berkata...

maiza
kan dah dijanjikan secara akademiknya - anak yg kena pukul akan bertindakan secara agresif dihujungnya...
semua adik lelaki bila kahwin nanti : jangan buat modul yang sama....

Unknown berkata...

cgu azalan
saya amat percaya
KOMUNIKASI
kenapa tak boleh.
bukan main bedal aja...sebab itulah silapnya makayah dulu kadang2 nya.....

Unknown berkata...

yang baik.......
menarik perbincangan ni..
pada saya macam kata cgu azlan - pukul pada keperluan.
komunikasi adalah asas seterusnya.
semuga perkongsian ini kita dimatangkan satu lagi kedepan...

Unknown berkata...

hayati
agaknya rotan depan bilik tu untuk apa............he

Eco Kid Adventure on Facebook