duduk depan TV menonton satu persatu
cerita yang mahu di anugerahkan skrin kan.
TAPI SEMALAM
teruja dengan katamula Erma Fatima
setelah menang satu dua dan tiga
menerusi hasil tanganya
SAYA MEMANG DATANG MALAM NI
UNTUK NAIK ATAS PENTAS.
teruja dengan katamula tu
kita kongsikan begini.
ITU MATLAMAT
masuk untuk menang.
matlamatnya jelas sejelasnya.
sudah dibayangkan : aku akan menang.
untuk menang : dikatakan erma sanggup keluar zon selesa.
masuk ke lorong hj taib.duduk dan bersembang dengan ramai orang yang tersasar.
HASILNYA
kita kongsikan lagi.
untuk menjadi pemenang ceritanya sama.
semuanya harus didahulukan dengan niat
disusuli dengan komitmen yang dizahirkan melalui matlamat
YANG KITA NAMPAK
aku adalah pemenang.
jangan diharapkan ada apa kemenangan
seandainya kita masih tidak bersedia untuk
KELUAR ZON SELESA.
percayalah.zon selesa.
NAK JADI PEMENANG
bayangkan.gambarkan.
KITA MEMANG
DAH MENANG.
16 ulasan:
Salam Jinggo
betul tue.. di mulai dengan niat ikhlas, komitmen tinggi, usaha berterusan InsyaAllah ada jalan.. tapi, ala diri nie belom berjaya... drama erma fatima tue memang best, 2 kali di ulang tayang..
-maiza-
Salam bro,
SUka semangat yg ditunjukkan oleh Erma.
Dia memang seorang yang positif..
*Teringin nak tengok Natrah, teater terbarunya..
maiza
saya tak berkesempatan tgk drama...
cuma seronok tgk orang menang ni.....
orang menang lain dari yang lain.
LoL
saya macam nak tgk Natrah tu.
dimana..
nanti kena cari kawan2 kut.....
Salam Bro Jinggo,
Saya dah jadikan drama 'Tersasar Di Jalanmu' sebagai Bahan Bantu Mengajar di kelas Menengah Atas.
Memang menarik. Tahniah untuknya.
Ia memberi kesan positif kepada pelajar, supaya berhati-hati dengan cabaran sebagai remaja.
Bro,
Aksesori judul "Buku Yang Saya Baca" di sebelah kanan blog bertindan dengan tajuk blog daripada rakan blogger...
Memang buat begitu ke?
yop
teman belum berpeluang tgk cerita tu..
rasanya kena cari kawan2 yg ada simpanan cerita tu.
mengenai buku yang dibaca tu....
saya tgk ok aja
mungkin masalah ' internet ' kut...
kat sini ok aja.
sedang belajar untuk menjadi pemenang. rasanye macam jauh lagi perjalanan untuk ke situ..=)
farnaz
nak jadi pememang
berkawan dengan pemenang.
mudah formulanya...
bila saya baca komen jinggo pada farnaz saya terus hilang kata2..
"NAK JADI PEMENANG BERKAWAN DENGAN PEMENANG"
sangat menarik formula ini..
thnx jinggo..sy belajar lg..
oyeeehhh...kite menanggggg!!
kita berjalan lagi...
cameron...jerantut...kuantan...jerantut ...kuala lumpur.... jerantut .... cameron.
nak naik tangga pun tak larat dah ni.
2 ONE
mudah dan senangkan
cari mentor yg terbaik
untuk dijadikan sandaran...
gunakan aura kemenangan orang lain....
cguone
bila nak jengok saya di gombak
...........
rambutan dah tak tahu nak bagi sapa dah ni
cgu amy
terima kasih
kita dilahirkan untuk menang.
salam,
bukan mudah utk keluar dr zon selesa... tapi itu lahh hakikat nyee... utk berjaya.
setinggi mana kesanggupan anda utk keluar dr zon selesa...ohh...persoalan yang sukar dijawab...
Catat Ulasan