Khamis, 24 Disember 2009

kita berkem di facebook pulak ok !



SYDNEY: Bagi kebanyakan pasangan,
laman sosial Internet
seperti Facebook adalah cara untuk mengekalkan
hubungan dengan rakan.
Namun, kesan negatifnya semakin disedari dengan dakwaan terbaru menyatakan laman itu menjadi punca meningkatnya jumlah perceraian.
Menurut sebuah syarikat guaman, hampir satu daripada
lima tuntutan cerai yang diuruskannya menyebut
Facebook sebagai satu daripada punca.
Pengarah Urusan Divorce-Online, Mark Keenan berkata: “Saya terdengar kakitangan saya berkata, ramai orang yang bercakap mereka mengetahui kecurangan teman hidup mereka dalam Facebook.
“Saya mengambil keputusan untuk mencari
bagaimana serius keadaan itu.
“Saya terkejut apabila mendapati 20 peratus daripada tuntutan
cerai merujuk kepada Facebook.
Pengkritik berkata, laman sosial Internet menarik golongan lemah untuk berlaku curang terhadap teman mereka. Suami atau isteri yang mengesyaki sesuatu, menggunakan laman itu untuk mencari bukti kecurangan pasangan mereka.
Pada masa sama, syarikat juga mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan mengeluarkan perisian yang membolehkan pelanggan mengintip secara elektronik terhadap pasangan mereka.
DARI JINGGO
ini merupakan media baru untuk kita bersosial
ada niat yang tersendiri.
ada matlamat yang kita inginkan.
CUMA KADANG2 KITA TIDAK MENAFIKAN
ini jugalah ruang dan media yang memberi impak negetif
kehidupan sosial.
kajian juga menyatakan
KITA MENULIS BERDASARKAN : EMOSI SEMASA KITA.
kita menulis berdasarkan karektor kita
BERDASARKAN PENGALAMAN
saya dan mungkin kita berpeluang untuk memilih
kepada jinggo
CERITA JINGGO
merupakan cerita dari himpunan cerita sosial dan lingkungan akademik.
saya menulis berdasarkan apa yang saya baca.
DAN YANG PALING TENTUNYA.
blog dan facebook macam ' pejabat ' kedua saya.
disini ruang untuk melebar dan mengukuhkan kerjaya.
UNTUK MENGWUJUDKAN KELOMPOK
generasi menang - menang.

20 ulasan:

Marzalina berkata...

Facebook dan bahananya...

saya rasa ini adalah salah satu daripada kesan2 negatif teknologi barat yg diciptakan utk melalaikan kita...walaupun ada kebaikannya dari segi perhubungan antara kawan2 jauh dan dekat..hakikatnya lebih banyak keburukkan yg telah ditonjolkan..bukan saja perceraian...saya rasa ramai pasangan yg marah bila ada pasangan yg sibuk main FB..main game ikan, kucing berladang ternak di FB sehingga mengabaikan pasangan masing2..

saya sendiri pun begitu..lalai main games di FB sampai produktiviti kerja merosot...banyak kerja tak jalan...solat pun adakalanya dilalaikan..minta Allah ampunkan segala kelalaian kita ini.

apapun..segala yg ada kena gunakan secara sistematik dan berpada2..jangan sampai taksub.

CITY® berkata...

salam saudara jinggo,

nasib baik saya tak ada facebook,
ekekkekeek...

cukup la dgn blogspot ni, heeeeee

Unknown berkata...

intan.
inikan salah satu dari kerja YAHUDI nak melalaikan semua orang....
yang penting
bagaimana teknologi ini mampu memberikan kesan positif pada kita dan yang penting
UNTUK MEMBERI MENAMBAHBAIKKAN dalam konteks pembanggunan diri..

Unknown berkata...

dan blue
apa2 pun jangan terpedaya dengan KESAN TEKNOLOGI yang sesekali cukup melalaikan...
kita ambil mana baiknya.

Mak Su berkata...

facebook ni pelik, semua nak add kawan. ish! peliklah...

Brahim Nyior berkata...

Salam Bang,

Tenologi boleh dimanfaatkan atau dieksploitasi, bergantung kpd niat seseorang yg gunakannya.

Saya guna fb biarpun mulanya menolak, sebab saya boleh berinteraksi dgn rakan lama dr UPM dulu. Siapa sangka, kami masih boleh berhubungan.

Tapi, kita kena jujur, jangan ambik risiko untuk niat lain.

Abd Razak berkata...

Salam...

Soal ini harus dilihat dari niatnya gar ianya tidak mendatangkan masalah yang berat kepada pengguna...

ONE ZABA berkata...

face to face jugak yg best...

ZaridaIshak berkata...

salam...
dalam kehidupan... setiap yang baru atau lama pasti ada kebaikan dan keburukan... yang pastinya kita sebagai pengguna harus bijak mengguna dan menilai.

Facebook pada pendapat aye merupakan salah satu cabang komunikasi. Jika nak dikatakan 'fesbuk' mendatangkan keburukan... Kaedah komunikasi dulu2 seperti tulis surat juga ada kesan buruk...

berbalik kepada perhubungan dalam rumahtangga, tak kira suami atau isteri hendaklah jujur kerana di mana juga kita berada atau apa juga yang kita tulis dan siapa juga kawan kita... harus ingat dan sedar bahawa semua itu di bawah pengawasan YANG MAHA MENGETAHUI.
... maaf panjang lebar plak..

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

teknologi ada baik dan buruknya.. kita ambil yang baik ja.. Nawaitu kita yang penting.. klu niat tak elok.. itulah jadinya.. bagi maiza blog, FB penting.. cth: company besar meeting kt FB... save baged.. manafaatkan teknologi pada jalan kebaikan.... jng di pilih jalan kesengsaraan.... kerja2 juga, harus beres.. FB2 juga.. jng lalai sudah la.. he..

-maiza-

Unknown berkata...

mak su
sebab dia peliklah
kerajaan Indonesia dah haramkan Facebook..
dan dgr cerita dah banyak Jbt dah keluarkan pekeliling - tidak untuk facebook.

Unknown berkata...

yop brahim
sekarang semua YB dah mula berkempen di facebook
dan jinggo pun dah mula ' menjual ' di facebook...

kita lihat dari sudut baiknya facebook

Unknown berkata...

enrazak
saya melihat dari sudut itu.
niat seharusnya berada diatas.
segalnya
sebab sejarah facebook dimulai oleh Yahudi - dan tentunya ini juga ruang untuk dia berdahwah.....

Unknown berkata...

cgu one
sebab kadang2 dlm facebook muka lain - dah face to face muka lagi lain.......

Unknown berkata...

yang baik..
panjang nya komen
tapi cukup terkesan.
semuga teknologi yg didatangkan pada kita mampu kita manafaatkan ditempaty yg sebaiknya...

Unknown berkata...

maiza
setiap teknologi ada buruk dan baiknya.
handphone pun masa mula masuk macam2 pertikaian - hari ini - rasa macam tak sempurna hari kalau tak ada phone...

zai berkata...

Nasib baikla..husband kak zai tak suka dan tak pandai sangat bab2 internet dan chatting nie..selamat dari FB..!!!

Unknown berkata...

kak zai
jangan perkenalkan suami dengan fbook..
nanti ada cerita lain..

zan xray berkata...

Setuju pendapat jinggo ni.
ambil sahaja yang baik , untuk mencari semula kawan-kawan lama, mengeratkan hubungan mengikut cara yang betul.
niat kena betul.
Tengok kawan sekerja hari-hari dok tengok dan jaga kebun kat laman facebook tu.. satu kerja la pulak.

saya tak ada face book :p

Unknown berkata...

zan..
betul2 dan betul..
saya tak berkebun difacebook
tapi.....sebagai pendidik - itu ruang terbaik..

Eco Kid Adventure on Facebook