Sabtu, 26 Disember 2009

KITA PERNAH REMAJA JUGA....

Jalan2 kat ruang maya ini
facebook + myspace
terjumpa satu muka yang biasa.
CUMA IDENTITI
sedikit diubah sebab tak cukup umur barangkali.
CIS - MERIAH DUNIA MAYA RAIHANAH.
mula macam nak marah.
AKHIRNYA
ini zaman dia.
zaman yang sudah tidak ada permainan ' seremban '.
polis sentri.main kejor2.mandi sungai.main combot.curi rambutan.
INI ZAMAN ORANG MAIN DI INTERNET.
bersosial diinternet.
SESEKALI MAHU DIKONGSIKAN BEGINI.
R.E.M.A.J.A.
berdasarkan satu bacaan dipelik.
Risiko
menjaga anak2 remaja memang kita akan berhadapan dengan keadaan yang sama.risiko.dan rencam pembikinan.kehidupan hari ini - semakin menjadikan termasuk banyak perkara2 yang ' masuk dan keluar ' diluar lingkungan kefahaman mak ayah
Emosi
juga dikatakan - zaman ini musuh utama kepada anak2 adalah arahan
dan tentunya arahan datang dari makayah
jauh lebih serius bila makayah dijadikan musuh.
arahan.
Manja
satu tempoh masa yang mahu menyatakan aku harus diberikan perhatian.
suara aku.
gaya aku.
keinginan aku
harus diletakkan dihadapan.
mahukan perhatian.
Angan2
dikala beginilah yang lelaki mula nak jadi orang orang dewasa
yang perempuan mula nak jadi anak dara
yang lebih teruk zaman ini juga mula
belajar macamana nak jadi
' makayah '
cinta remaja penuh dengan angan2.
Juvana
kes yang dikaitkan dengan pemasalahan remaja dan jenayah sudah menjadi
satu kebiasan kepada kita.jiwa kacau.darah muda.semua mahu diurusakan dengan
berantakan.
Agresif
semua mahu disegerakan.
akal semuanya dilutut.cepat dan pantas.
DAN KITA PERNAH REMAJA
dari jinggo
ketamadunan mengubah banyak perkara
yang tidak diubah adalah asas kehidupan.
hukum alam tidak pernah berubah.
untuk itu mari kita sesekali jengok aktiviti anak2 remaja di alam maya.
sebab kita tidak mampu menyatakan tidak.
SEBAB KITA PERNAH REMAJA.

8 ulasan:

Tirana berkata...

Jinggo..zaman remaja kita tak sama dengan zaman remaja anak-anak kita sekrang. Sekarang terlampau banyak pengaruh dalam dan luar rumah. Jika kita tidak tingkatkan ilmu dan ketahanan kita dalam mendidik anak-anak, kita tidak mampu menongkah arus yang semakin deras sekarang ni.

MaizaC'Joe berkata...

Salam Jinggo

bagus la.. budak-budak sekarang celik IT. zaman maiza dah ada internet tp buta IT. ya la baru lagi.. tapi zaman remaja budak-budak sekarang kalau sesekali tak di pantau susah juga. Umur begitulah ada yang nak berkawan, ada nak mengorat. Ada positif dan ada negetifnya. Dan juga tak mampu menongkah atau menghalang arus yang semakin pantas..

Unknown berkata...

puan tirana
terima kasih kerana pandangan : yang memang dinanti...
mendidik anak2 hari tentunya dari sudut dan cara berbeza.
yang menjadi tidak sempurnanya : bila kita masih melihat didikan makyah kita dulu sebagai ' modul '....

sebab kajian menyatakan begitu.
hari ini - ruang untuk ilmu dalam bidang berkaitan sudah mula dijadikan satu kepentingan

Aidil Fadzil berkata...

Salam, dulu, kini dan selamanya tetap sama. Namun pendekatannya sikit berbeza. Anak-anak...
Arahan selalu disanggah
buat kita seringkali mengalah,
lalu kita menerima padah,
kita kata itu pasrah
terima takdir yang diserah
....
siapa salah?

Unknown berkata...

maiza
macam ayah dia juga kut
ruang ini merupakan ruang sosial - tak boleh marah sesiapa...
cuma kena pastikan dia masih dilandasan yg betul....

Unknown berkata...

maiza
macam ayah dia juga kut
ruang ini merupakan ruang sosial - tak boleh marah sesiapa...
cuma kena pastikan dia masih dilandasan yg betul....

Unknown berkata...

cgu aidil
tidak ada salah siapa.
hukum dan fitrah sudah dijadikan remaja macam tu keinginannya..
cuma kita pastikan saluran nya betul pada masa dan keadaan yg sesuai....

sonata anak kancil berkata...

sebagai ibubapa perlu faham anak2 remaja...dalam pada tu perlu pantau kegiatannya! apa yang dapati
( pengalaman ) ade ibubapa sudah tak pantau lagi anak2 remaja ni - anak jadi liar - lepas tu mintak kita settle macamana!

Eco Kid Adventure on Facebook