HAMPIR semua orang pernah merasai penangan cinta. Kuasa cinta
menyebabkan seseorang sanggup melakukan apa sahaja. Berjumpa setiap
hari, bercakap berjam-jam di telefon,
jaga sehingga lewat malam,
meminjamkan wang dan sebagainya.
Pendek kata sewaktu dilamun cinta, semuanya
terlalu indah dan membahagiakan.
terlalu indah dan membahagiakan.
Tetapi kenapa kenapa kehangatan cinta tidak kekal lama?
Keterujaan cinta bagi sesetengah orang hanya berlangsung sementara. Ada
yang mungkin mencecah setahun tetapi banyak yang tidak
sampai angka 12 bulan pun.
sampai angka 12 bulan pun.
Selepas itu, kehangatan dan keterujaan cinta semakin pudar. J
ika
cinta masih kekal pun, ia tidak sehangat dulu.
Tetapi lebih menyedihkan
lagi, ikatan cinta berakhir dengan perpisahan.
Selain tiada persefahaman, ramai juga yang menyatakan mereka mudah
bosan selepas tempoh masa tertentu perhubungan.
Benarkan keghairahan hubungan cinta tidak dapat dikekalkan?
Atau
adakah sememangnya menjadi lumrah kehangatan cinta
hanya berlangsung
dalam tempoh tertentu?
Apatah lagi selepas menjengah ke alam rumah tangga,
kehangatan cinta akan semakin pudar.
Hakikatnya, bagi kebanyakan pakar psikologi, keterujaan dan
kehangatan hubungan percintaan bergantung kepada pasangan terbabit.
Tatkala itu, kehambaran cinta akan menerpa dan banyak
yang tidak dapat menyelamatkan hubungan itu.
Berikut adalah antara beberapa tip ringkas untuk
mengekalkan kehangatan dan keterujaan hubungan percintaan.
Situasi spontan
Jangan sesekali merendah-rendahkan nilai spontan dalam sebuah
perhubungan. Biasanya kebosanan timbul dalam sesuatu perhubungan kerana
rutin harian yang dilakukan hampir sama dan sudah boleh dijangkakan.
Jangan takut untuk mencadangkan aktiviti-aktiviti
baru yang boleh dilakukan bersama.
baru yang boleh dilakukan bersama.
Atau lakukan kejutan-kejutan tertentu seperti lelaki
boleh cuba
memasak satu resipi baru untuk makan malam.
Elakkan terlalu
merancang situasi spontan.
Teroka lokasi baru
Pernah anda makan malam di sebuah kedai yang hampir
sama saban hari dengan kekasih anda?
sama saban hari dengan kekasih anda?
Ada pula yang hanya membeli-belah di pasar raya
yang serupa.
Tidak kurang pula asyik bercuti di tepi pantai.
Pelbagaikan dan terokailah lokasi baru bersama untuk menambahkan
keterujaan dalam hubungan.
Terdapat ribuan kedai makan, ratusan pusat
beli-belah dan
pelbagai destinasi percutian di dalam dan luar negara.
Mengapa perlu begitu sterotaip?
Hadir kelas atau kursus bersama
Apa kata hadir satu-satu kelas baru secara bersama.
Jika selesa dengan kelas masakan anda boleh mencuba kelas itu.
Atau
jika tidak terdapat banyak kelas lain termasuklah tarian, gim, pilates,
hasil seni dan banyak lagi.
Aktiviti baru yang dilakukan bersama menyebabkan anda
mewujudkan satu hubungan saling bergantung dan interaksi yang lebih kerap.
Tidur di hotel atau resort
Atmosfera yang baru akan menambahkan lagi romantis dalam hubungan.
Jangan terlalu terikat – suami isteri perlu tidur dalam bilik di rumah.
Sesekali cuba atmosfera di hotel, resort atau berkhemah di tepi pantai.
Ia akan membuatkan anda tidak terlalu bosan.
Beri hadiah tanpa sebab
Ini adalah antara cara untuk mengembalikan hubungan kembali ke
landasan yang betul. Pada awal hubungan anda kerap menghadiahkan si dia
hadiah, tetapi selepas beberapa lama ia tidak lagi berlaku. Hadiah yang
kecil sudah cukup kerana ia menjadi satu tanda atau isyarat si dia
sentiasa bertakhta di hati anda. Tidak perlu menunggu hari jadi, hari
kekasih atau hari ulang tahun untuk melakukan perkara itu. Bosan bukan?
Berpegang tangan
Ramai yang mengambil sikap sambil lewa pada pergerakan semudah
berpegangan tangan.
Ramai pasangan hanya berpegangan tangan semasa awal
hangat
bercinta sahaja tetapi tidak selepas itu.
Kenapa begitu? Malu?
Kenapa perlu malu apatah lagi sekiranya hubungan anda itu sudah
menginjak ke alam perkahwinan? Memegang tangan, mengusap jari-jemari dan
mencium tangan pasangan anda walaupun nampak mudah, tetapi ia satu
tindakan yang menyenangkan dan menunjukkan anda ikhlas berkongsi hidup
dengannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan