
"jika kejahatan di balas kejahatan itu adalah dendam.
jika kebaikan di balas kebaikan itu adalah perkara biasa.
jika kebaikan di balas kejahatan itu adalah zalim.
tapi jika kejahatan di balas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji...
"kata-kata itu sebenarnya tak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa, tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan... ""
hidup tak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri.
perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik yang berlandaskan kenyataan..
" hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan "
HADIAH TERBAIK:
kepada kawan
kesetiaan
kepada musuh
kemaafan
kepada ketua
khidmat
kepada yang muda
contoh terbaik
kepada yang tua
hargai budi
mereka dan kesetiaan kepada pasangan
cinta
ketaatan kepada manusia
kebebasan
Dari jinggo : mari kita fikir - fikirkan2
18 ulasan:
Bro Jinggo,
Dalam ceramah di Taman Melewar, Datuk Paduka Husam Musa kata, Najib ‘terlupa’ tentang satu perkara mengenai rampasan kuasa secara haram di Perak.
Najib terlupa yang :
- Speaker DUN masih lagi kekal dari Adun DAP.
- Sidang DUN pada bulan depan akan dimasuki oleh MBH (Menteri Besar Haram) yang berspeakerkan Adun Pakatan Rakyat.
Ada dua perkara di sini :
PERTAMA :
- Speaker tidak boleh dipecat begitu sahaja.
- Speaker hanya boleh dilucutkan jawatan dengan usul undi tidak percaya terhadap Speaker.
- Speaker ada KUASA MUTLAK untuk menerima atau menolak usul tersebut (sama macam undi tak percaya di Parlimen, Pandikar Amin boleh tolak usul begitu sahaja)
- SAMPAI BILA-BILA pun Speaker tidak akan terima usul undi tidak percaya terhadapnya, jadi SAMPAI BILA-BILA pun lah MBH tak boleh tukar Speaker tu KECUALI - DUN dibubarkan!
KEDUA :
- Speaker tidak iktiraf MBH sebagai MB Perak, MB Nizar MASIH Menteri Besar Perak.
- Peraturan tempat duduk & aturan persidangan KUASA MUTLAK SPEAKER.
- Malah Speaker boleh HALAU Adun Jelapang, Changkat Jering & Behrang sebab pada pandangan dia, ketiga-tiga Adun ini telah terlucut jawatan wakil rakyat.
- MBH tak boleh halang Speaker sebab MBH tiada kuasa.
- Jangan kata MBH nak lucut jawatan, Sultan Perak pun tidak boleh pecat Speaker.
Jadi, persidangan DUN Perak bulan depan akan berjalan seperti biasa. MB Nizar duduk di meja MB, MBH duduk di meja ketua pembangkang.
BN TAKUT nak buat undi tidak percaya terhadap MB Nizar di Dewan Undangan Negeri sebab BN tahu, Speaker ada KUASA MUTLAK untuk tolak usul undi tidak percaya itu, sama seperti Pandikar Amin tolak usul undi tidak percaya DSAI kepada Pak Lah.
Sebab itu, rakyat Perak (Non-BN) tidak perlu risau dengan MBH yang ditabalkan di bawah pokok ketapang ini. MBH TIADA KUASA DALAM DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK.
Nampaknya drama coup de tat ni makin panjang Bro...
yop brahim
cerita di perak macam drama yang seronok - semakin seronok kita tgk.
dari pandangan yop disini : cerita semakin menarik.
kita tunggu dan lihat.
pastinya semuanya kerja Allah.
terima kasih yop : komen ini akan teman panjang2 kan kepada kawan2.
SALAM CERIA CIKGU
seronok memerhati golongan ultraman mencaturi negara.
maka sangat rugilah orang yang tak ada wawasan berbanding orang yanga ada wawasan.Orang yang ada wawasan itu tahu apa yang diburunya.Dia tahu apa yang diingininya,walhal orang yang tiada wawasan hidup seadanya,bergantung pada keadaan..berserah pada nasib semata...
selamat mendidik anak bangsa..
=)
Hmmm...saya tumpang sedih...Melayu makin berpecah belah. Apapun jinggo, saya memang sedang sambung belajar di USIM Pandan Indah. Bulan April kembali ke sekolah.
bila aku marah, aku luahkan, aku cakap....dan sekarang, aku cakap kat blog.
aku nak balas kat orang, aku mana ada kuasa power beb....tahan je lah.
yang pastinya ramai lah pelakon-pelakon tambahan yang diambil untuk menunjukkan kesetiaan untuk menunjukkan sokongan kepada "Hang Setia".
Raja adil, raja disembah, raja zalim, raja disanggah..Teringat khalifah-khalifah selepas Nabi saw dahulu.. cukup takut untuk berlaku tidak adil sehingga berpesan kepada rakyat jika mereka melakukan kesilapan supaya cepat-cepat ditegur.. Pemimpin2 sekarang, tegur sikit melentingnya lebih.
macam-macam... blog pro PKR and Pro BN saya baca..
sama je semua... dah namanya politik.. masing2 nak menang jek.. yang dah tentu kalah, masih lagi bermimpi menang.. heee entah la
salam cikgu,
yeah...ada hikmah di setiap kejadianNYA!
kita tunggu apa lagi bakal terjadi. yg penting non malays di sini sumer panas punggung!!
saya paling setuju bila tua ada menyebut hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita.
ya. bila bahagia, saya selalu memikirkan derita, supaya saya lebih bersedia untuk sebarang kemungkinan. dan bila saya derita, saya suka memikirkan detik-detik bahagia supaya hati saya lebih tenang. memudahkan saya membuat keputusan.
ya, hidup itu gabungan bahagia dan derita. =)
sri sufi
seronok dengan istilah UtraMan - selalu utraman dapat kuasa dari Langit...
tapi kena ingat kuasa UtraMan dia ada 'had'nya....
semuga kita diberi perlindunganNya dan kuasa ' apa lagi MAN '....
kak yong.
kita risau dengan apa yg berlaku kesannya pada generasi hari esok....
remaja yg menilai satu persatu apa makbapak diaorang buat....
kak yong sekolah mana....
mak su
jangan marah2 - kita macam anjing menyalak bukit aja
ikut kata abang jem ( sinar FM ) I follow aja lah...
madsudnya siapa kita....
cgu oneZ
pelakun tambahan...he...
he : saya pun nak buat kerja partime - sekarang terlalu banyak 'pengarah'nya cgu....
he....
Puan Tirana
saya semakin ngeri bila diajak sembang2 bab2 macam ni - sebab untuk hari2 seterusnya semua tindakan kita akan dinilai....
pastinya anak2 kita menilai satu persatu - dan akhirnya membentuk kepercayaan yang itulah POLITIK - nak jadi jadi ahli POLITIK mesti macam tu.....
cgu ct m
disebabkan undi hanya SATU aja - siapa yg bijak untuk menyatakan aku betul dialah yang undi yang SATU...
setakadnya hari ini - siapa kita untuk menyatakan siapa betul siapa salah - penghakimanya - adalah fakta !
kita belajar dari sejarah.
cgu jane
sebaiknya kita menjaga kapasiti kita aja kut.saya semakin tidak berani untuk berkata itu dan ini - sebab dihujungnya orang MELAYU aja yg rugi....
addy
menariknya hidup begitulah : umpama satu pakej yg tidak boleh dinafikan...
hitam dan putih ada pakej kehidupan.terkadangnya kita kena belajar untuk hidup dalam dunia putih dan hitam....
Catat Ulasan