
SUATU HARI DI KELAS KENEGARAAN.
OK ANAK MURID
nak jadi ahli politik mesti JAHAT sedikit.tapi jangan JAHAT sangat - biar orang nampak baik2. bila dah dapat sokongan kita mesti pandai2 -
gunakan segala ruang untuk kaut segala apa yg ada...
ingat - MESTI NAMPAK BAIK.
O - macam tu rupanya cgu.
DAN LAGI
nak jadi AHLI POLITIK yang baik mesti menipu sikit.
Tapi amaran : Nak tipu jangan bagi orang tahu - kena study kemungkinan ada orang yang akan cari kelemahan kita.
belajar macamana nak tipu.
KALAU ORANG TANYA
tak takut mati ke.
ALAH : DAPAT SEPENGGAL DUA CUKUP.
nanti bertaubat kat Mekah
akhirnya cgu itu pun berjaya melahirkan pemimpin yang tidak ada prinsip.Yang penting apa aku akan dapat. Maka membiaklah anak2 murid cgu ini turun temurun - tak perlu ada prinsip lagi.yang penting apa aku akan dapat.
kata cgu jinggo
Letih dan penat dengan polimik yang semakin menakutkan.Kita mempertarungkan bukan daerah.bukan negeri tapi NEGARA...kita perjudikan masa depan semua orang yang ingin duduk dalam bumi Malaysia secara harmonis....
22 ulasan:
Itu rupanya yang diajar dalam kelas kenegaraan ye...Padanlah pemimpin sekarang mudah goyah..pantang disogok sikit melatah melompat sana sini macam katak..Patut disumpah jadi katak aje..hehehe
Kalau nak ajar prinsip pada anak murid, ajarlah prinsip yang betul..prinsip yang bersandar pada Quran dan Sunnah.. Dalam Quran tu semua dah lengkap..kita tak payah susah-susah pening kepala buat prinsip baru. Lebih2 lagi jika prinsip baru itu akan menyesat dan melemahkan kita sebagai umat islam.
Puan
prinsip berpolitik islam boleh diajar _ tapi bukan untuk amalan.ingat tu anak murid !
Quran dan Sunnah amalkan untuk diri sendiri.
Untuk takbir negara - gunakan ilmu tadi.praktikal - cepat kaya...
bila kepentingan sendiri mengatasi kepentingan ramai maka akan lahir la pemimpin sebegini...
cgu M
sebab itu yang diberitahu dan diajar turun temurn - nak naik mesti buat jahat - peduli apa dengan prinsip....
sebagai anak perak
teman sedih bebenor - tak sudah2 !
ibaratnya...ajar utk lulus peksa je ni. Baca buku sekadar untuk jawapan kepada soalan . Tujuan: lulus peksa boleh hidup. Habis peksa lupa semua.
Mcm kebanyakkan ckgu plak...janji abis sukatan. Budak faham yang bagaimana....jarang ade refleksi yang dibuat.sorry...(bukanlah semua)
Cgu Anis
Komen yg menarik - masa di PLKN kami mengajar yg baik2 pada semua pelatih dengan harapan ini pemimpin yg akan mentadbir negara...
bila keluar kem - masyallah ! realitinya jauh berbeza.
lu fikirlah...( kata nabil )
Sesuatu yang saya pelajari malam ini..nak jadi millionaire..masuk parti yang menyokong BN... masuk parti pembangkang, tak ada harapan nak jadi kaya...Kalau tak masuk mana-mana parti, duit gaji kita kena kebas...
Puan
Lebih senang join GERAKAN - bergerak cari makan - itu yang kita mampu atas kapasiti kita....
semuga mereka akan tahu dihujungnya bagaimana seharusnya.
kerana disini bukan persinggahan terakhir kita.....
tuan J...ini dialog yang benar2 berlaku? wahhhh dasat tuh! anak kawan berusia 7 tahun dah pandai hadiahkan pensil sorang sebatang dalam kelas masa pemilihan ketua darjah....bila mak tanya apasal beri pensil , budak tu jawab..."nak buat mcm umno!" ni juga dialog yang benar2 berlaku.
...ini dialog yang benar2 berlaku? wahhhh dasat tuh! anak kawan berusia 7 tahun dah pandai hadiahkan pensil sorang sebatang dalam kelas masa pemilihan ketua darjah....bila mak tanya apasal beri pensil , budak tu jawab..."nak buat mcm umno!" ni juga dialog yang benar2 berlaku.
PUAN : inilah generasi yg akam memimpin kita pada hari esok....
bagaimana seterusnya kita lihat aja....
Alhamdulillah... akhirnya BN sudah cukup majoriti untuk tubuh kerajaan baru di Perak... itu kata2 saya.
jangan lupa... segalanya telah dalam ketentuan Allah... antara yang tersurat dan yang tersirat, kekadang kita tak mampu mentafsirnya... kerana kemampuan kita amat terbatas.... dan tiada yg mutlak selagi di dunia ini!
sebagai anak perak
teman sedih bebenor - tak sudah2 !
vs
sebagai anak perak
teman bersyukur - tak sudah2 !
Mereka merancang, Allah merancang, dan Allah sebaik-baik perancang.
Bro Jinggo, berdoalah agar negeri kesayangan kita ini jauh daripada mara bahaya.
Ingatlah, setiap apa yang berlaku ada hikmah yang tak kita tahu.
Saya tetap yakin kepada kuasa undi rakyat, tetapi jika wang ringgit dan kedudukan menjadi galang ganti untuk manusia mencari kemasyhuran, itulah tanda manusia boleh dibeli.
Saya masih berharap Shifu67 tak menggunakan kata-kata kesat yang boleh merendahkan pandangan orang lain terhadapnya.
sdr. jinggo,
Inikah yang dikatakan politik berasingan dari agama?
Politik adalah dunia, amal ibadah adalah akhirat. Begitukah?
Kalau begitu maafkan saya. Saya tidak akan campur memalitkan dosa ditubuh.
Saya pernah kata, nak jadi orang politik hendaklah berhati kering. Sanggup jadi kejam dan menipu dan sanggup pula dikejami dan ditipu. Bohong adalah perkara perlu dan maruah mesti diketepikan.
oh negerikuuuuu! semoga yg tulus dan ikhlas beroleh petunjuk dan kememangan
saudara shifu
itulah cerita kita- anak perak.dari dulu sampe sekarang kg teman gitu ajalah - harap dengan desakan demi desakan begini akan mampu menyiapkan masjid dari tahun 70 an...yang tak siap2..
baiknya keadaan sekarang.
semua akan berkerja lebih kuat.
tak baiknya - kestabilan.
yop....
apa yg berlaku2 sudah pun berlaku.
kita diluar perancangan Allah...
kita kembali kepada sejarah kebangkitan orang melayu dulu bermula di kampung kita - pasir salak.
adakah perubahan politik melayu juga akan bermula dari perak.
secara praktikal hanya orang yg menhilangkan ' kewarasan' sahaja boleh katakan : semua nya ok.tak ada apa2....
inilah orang kita.
sibuk dengan politik
orang lain sibuk pasal ekonomi......
Tuan Mount
Hari sudah dizahir atas mukabumi kita - politik paling kotor dan ngeri sekali
bila semua hukum sudah ditangan masing2 - ketepi soal malu.akidah.maruah....
yang penting - aku menang kau kalah.
saya sebagai org yg tidak terlibat dengan mana2 parti politik - melihat semua yg berlaku tidak banyak menguntungkan kita...
semuga Allah mempermudahkan segala urusan menegakkan hukum Allah.
cgu onez
ingat semalam nak bali beRAYA lagi di kampung - sekejap dah bertukor....kita tunggu aje yop !
beraya kate deme baliklah mengundi
idak beraya kata deme.....idaklah
letih benor nengokkan cerita orang2 banyak duit ni - teman nak kumpulkan duit membesorkan anak2 ni dah sempot rasenya.....
he....noreh lagi baik gamaknya....
sabo jela yop!
adela hikmahnya tu..teman pun marah juga. Terus jelah keje kita, rakyat lihat ape yg deme buat dan ape yg kita dok buat..
deme melompat, takkan kite pun nak melompat. Tak selesai gamaknya..demo melompat kita siap sedia dgn tempurung.
Moga2 deme masuk dlm tempurung..
Salam ziarah lagi cikgu,
benar, ini bukan masanya lagi untuk menyalahkan atau mempersoal kebenaran
Apa yang penting, muhasabah kembali. inilah ujian menguji keikhlasan kita berjuang menegak daulah Islam. Dan melihat bagaimana kita menjaga diantara hak dan batil. dalam perjuangan kita.
Kemaskan method, matlamat terutamanya niat dan iman.
wallahua'lam
ustazah - orang kome ke.
bior ke deme la.
yang paling saya risaukan kesan selepas ni.
ada JKKK yg akan hilang kuasa
ada JKKK yg dapat kuasa
ada berebut dewan semula
ada berubut masjid semula
kesan selepas ni amat2 tidak menguntungkan...
kalau tak percaya.tinggu dan lihat.
terima kasih Nahwan
kita tidak ada banyak ruang untuk menyatakan apa2.
yang pasti kita masih dilalui yg betul untuk membetulkan orang lain : masyallah.
10 bulan ujian kepada saudara nizar - tuhan aja yg tahu menilai dan memberkatiNya.
hari ini kita perkemaskan apa yg terlonggar - dan mungkin kita terleka menjadi orang menang dulu
Catat Ulasan