Hari ini - Isnin - dikala jalan ke Bt Caves masih sibuk - saya mengambil keputusan untuk kembali mengusuri cerita lama -
10 tahun mungkin : disinilah bermulanya saya hari ini.
Pusat Pendidikan Alam Sekitar FRIM ( Inst Penyelidikan Perhutanan Msia + Malaysian Nature Society + Shell ) - itu penaja saya pada masa tu. 3 tahun bergelumang dengan cerita yang sama - dunia pada masa itu ada HUTAN. 3 tahun saya menyerahkan komitmen 100 % untuk menjadikan saya hari ini. Dan disinilah saya menanam cita2 :
SUATU MASA AKU AKAN ADA PUSAT PENDIDIKAN SENDIRI ( sesiapa yg pernah di Kem Eco Kid - keadaan asramanya sama ) saya membiakkan terus kenangan dan keinginan itu sampai sekarang.
Dan disinilah saya membenihkan sesuatu........
10 ulasan:
em...apa yang kita ade pada hari, adalah hasil daripada langkah yang kita ambil semalam. Betul langkahnya membuahkan kejayaan dan sebaliknya jika tersilap langkah, kita nilai semula...semoga langkah2 cikgu yang seterusnya membawa ke arah kejayaan dan kebahagiaan...amin.
cgu anis
terima kasih - kadang2 orang bercakap jangan pandang belakang - tapi kadang2 yg dibelakang itulah yang menjadikan kita didepan hari ini....
saya seronok sangat...
sebab ditempat yg sama saya bergambar dulu....
memang seronok bila kembali ke tempat yang banyak memberi seribu kenangan dan pengajaran macam orang kata tempat jatuh lagikan dikenang....
kita kena sekali sekala toleh ke belakang... sebab tue perlu belajar sejarah ehhh... tiba-tiba...
Saya rasa cukup bangga kerana mungkin kenangan lalu ada kaitannya juga dgn bicara kita sebelum ini. Saya rasa saudara telah pun mencapai impian sedangkan saya sendiri masih terkapai-kapai meneruskan cita2 ini.TAHNIAH .kerana jiwamu begitu mulia mengabdikan diri demi kemanusiaan. Kaulah SATU....
Kenangan sebegitu indah untuk diingati. Tempat bermula tapak hari ini, ye Bro Jinggo?
Yang pasti berbeza mungkin raut wajah kita yang dimakan tua...
Ironisnya, kita selalu mintak dipanjangkan umo, tapi kita tak mau jadi tua. Kan bercanggah tu, Bro Jinggo?
Anyway, mike udah berjaya capai cita-cita yang dulu mungkin angan-anagan je.
cgu ct m
betul2 - kita kena belajar dari sejarah ( mendalam madsud tu ) - dan sesekali pahit @ manis - sesekali kena juga pandang ke belakang - kerana tidak ada hari ini tanpa hari semalam kan....
cgu ija
semua bermula dengan keinginan - ada kesempatan tidak salahkan sesekali kita susuri balik cerita lama...
teringat balik kampung : nak susuri semua tempat main kejor2 - main kompat2 - tempat bergayut - gayutan dulu.
semua dah tak ada.....
yop brahim
sesekali kita kita kena tengok belakang : kebangkitan Melayu bermula dari Pasir Salak ( kg kita ) - dan hari ini jangan riso - kebangkitan seterusnya pun bermula di negeri kita.....
Cikgu mesti pakar selok belok hutan kan??
Saya nak tanya sikit, hutan mana yg tak ada pacat??serious ni. Kat kawasan mana yg boleh diklasifikasikan tempat pacat2 ni "aktif"?
MMg la cikgu tak ada kajian ttg pacat....Tapi bukan kah pacat dan hutan tak dapat di pisahkan??
Lawak ke, pertnyaan saya ni? Melampau sangat kah? Saya benar-benar nak tahu nih?
Puan Aryani
pacat dan hutan bagaimana irama dan lagu.
tapi kita akan peluang untuk mengelak.
kita kena juga tahu yg kita memang ' makanan ' pacat.
pacat merupakan sejenis haiwan dalam famili cacing - sejenis parasit.2 kelompokl ektoparasit dan endoparasit - ekto atas darat dan endo boleh hidup dalam air....
semasa pcat hisap kita - tidak akan apa yg perlu dirisaukan - sebab secara semula jadinya dia akan menutup semua liang peluh kita yg dilubangkan dengan sejenis 'bendalir ' dari mulut dia - lubang itu akan tertutup dengan sendiri.
sebab tu jangan kesat darah pacat.
biar pacat hisap sehingga kenyang.dan akan menarik 'jarum ' yang digunakan untuk menghisap darah mangsa....
jangan tarik pacat sedang menhisap - 'jarum'nya akan tertinggal dalam kulit kita.BAHAYA sebab pacat jenis TIGER - boleh memudaratkan....
Catat Ulasan