Selasa, 28 April 2009

untuk kita fikirkan....

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar.
Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai
kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu: Oh, awak nak tahu ke?. Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar: Baiklah... apa yang saya harus buat?
Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu: Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.
KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi.
Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas

15 ulasan:

ixora berkata...

cantik tak semestinya yang terbaik tuk kita...jadi yang tak cantik mcm sy, tiada yang memiliki..? begitu...? ermmmm...

sonata anak kancil berkata...

apa yang kita ada pada hari ini - cantik / baik dll adalah yang terbaik untuk kita. Terbaik untuk kita, mungkin orang lain tak dan sebaliknya.

terima kasih Jinggo, pepagi dah wish saya yang sedang berehat ni...

Unknown berkata...

ixora

kita yg menentukan yang mana itu cantik @ tidak.
dalam kontek cerita saya.
kita diberi banyak pilihan untuk itu....

ONE ZABA berkata...

yang cantik dan yang tidak, masing-masing ada kelebihan dan kelemahan. terpulang pada diri sendiri samada nak manghargainya atau tidak.

selagi tak ada budak kecil terpekik terlolong kalau tengok muka kita, kira ok la tu.

Unknown berkata...

cgu sonata

kita diberi pilihan untuk membuat tafsiran.
cantik pada kita
belum tentu cantik pada orang lain...

moralnya
hargai apa yg cantik didepan kita....

Unknown berkata...

cgu one

terima kasih keran pandangan.
tapi ayat yg hujung tu paling best.....

terima kasih.

2_one berkata...

kisah ini mbwa mesej supaya belajr erti bersyukur dgn apa yang dimiliki..setiap org ad kbaikan n kburukanya yg tersendiri..jgn sesekali kita menaruh harapan utk mencari yg lain sedangkan kita sudah memiliki yg cantik.walaupun ad lg yg lbh cantik,tp fikirlah sejauh mana dri kita ni.adakah kita layak utk memiliki yg lbh baik..sesungguhnya allah itu adil mencipta lelaki baik untuk perempuan yg baik dan sebaliknya..cantik disini ialah dari konteks akhlak,rohani,n last sekali rupa.rupa cantik cm ratu tp perangai cm hantu xguna jgk...moralnya jga dri baik2 agar jumpa yg baik juga...

Unknown berkata...

terima kasih izati

terima kasih
kerana pandangan
bersyukur - kita yg membuat pilihan.

kerana pastinya : jam yg mati pun akan betul 2 kali...
semua orang cantik.
atas fitrah dan kapasiti masing2.

SRISUFI berkata...

salam cikgu,

~bagi saya yang cantik tak semestinya indah..tetapi yang indah itu selalunya cantik.


kita diberi autoriti dalam memilih...

~PILIHLAH PERMATA ASLI~

**cerita rumput yg sgt bagus.

Unknown berkata...

sri

hari ini semakin banyak kajian dibuat terhadap orang cantik.
kecantikan fizikal
kecantikan sosial

dimana mahu kita dahulukan.
ini persoalan yg ' cantik ' kalau mahu dilebarkan perbincangan...

Tanpa Nama berkata...

Cikgu Jinggo,
Terima kasih kerana mengingatkan..

Unknown berkata...

cgu zana

apa lagi peranan kita kalau tidak kesitu......
ingat mengingati...

~Insan Biasa~ berkata...

salam wak jingg hari to...soalan saya tengah hari tadi, betullah tu jawapannya saya boleh cari dalam n3 ini....tq.

Kebetulan plak soalan dan jawapan keluar sesama..hehe tq again.

Unknown berkata...

cgu anis

kadang2 kita lupa - yang pahit hari ini - manis seketika dahulu - tentunya yg cantik dan manis itu tetap cantik dan manis - cuma penafsiran kita berbeza hari ini.....

untuk itu.
hargai yg kita pernah memilih dahulu...

dan selamat tinggal pulau indah.

Tea Cha Hai berkata...

Salam.
Artikel ni pernah diberikan kepada ku semasa aku ragu untuk memilih...
Namun aku memilih untuk tidak memilihnya..jadi aku memilih untuk aku terus memilih..dan akhirnya aku memilih lagi dan masih lagi proses memilih....huhuhuuu...silap pilih ka....?

Eco Kid Adventure on Facebook