maruah diri seorang ialah suatu yg sangat dipelihara oleh Islam.
Kemulian maruah manusia yang dipelihara dengan baik oleh syariah , terjelma menerusi pelbagai peruntukkan syarak yang disandarkan dengan nas2 yg berautoriti.
Ancaman utama kepada maruah seseorang ialah sesuatu yang menghina dan menjatuhkannya. Cara untuk menjatuhkan maruah seseorang adalah dengan cara - mengintip , mengintai , meneropong , menyelidik , mengekori ,
menyiasat kehidupan peribadi seseorang.
MENCARI2 APAKAH ARANG HITAM YANG BOLEH DICONTENG
KE WAJAH EMPUNYA DIRI.
bahan ini akan dijaja.
Maruah orang yg disasarkan akan di robek - robekkan , imejnya dicarik , ceritanya didedahkan dan aibnya diperkatakan.Dilumur nista , direjam dengan kata2 dan ditokok tambah adunannya.
semua ini ditentang secara tegas oleh Islam
Ibn Umar meriwayat dalam satu Hadis : Rasullah s.a.w. pernah berkata
' wahai kelompok manusia yang telah memasuki Islam dengan lidahnya sahaja tidak dengan hatinya, maka jangan menyakitkan hati orang Islam yang lain.Dan jangan menaibkan ( menhina ) mereka dan jangan mengintip aurat mereka.Maka sesungguhnya , sesiapa yang mengintip aurat saudara Muslimnya , maka Allah akan membuka auratnya dan sesiapa yang dibuka auratnya oleh Allah maka Allah akan mendedahkan auratnya walaupun dia berada di kediamannya
KITA BINCANGKAN SECARA ILMIAH.
kita akan berpesta lagi.pesta membuka ' aurat ' masing2.
ada sekelompok kita - memang menzahirkan secara praktikal kerjanya ada mencari dan menjatuhkan aib orang lain - dalam apa bentuk sekalipun dihujung....
orang ini mesti diaibkan.
dihujungnya apa yang kita akan dapat.
KEPUASAN DIRI DAN KELOMPOK
dihujungnya kita meranapkan satu lagi sistem.
pastinya : kita masih dikiblat yang sama.
pastinya : kita masih dikiblat yang sama.
8 ulasan:
Salam cikgu,
Diam sekejap saya baca entry ini. Saya sangat setuju dengan apa yang cikgu tulis. Setuju.
~Jika salah dicari maka nampaklah kesalahan.~
Inilah penyakit kita, suka membuka aib orang lain. Mungkin jua berdiam diri lebih baik ye cikgu. Bercakap bila perlu.
sri
kita fikirkan : apa yg berlaku dihujungnya.
apa yg berlaku tidak banyak boleh dijadikan bahan yg membanggakan dalam kontek pembanggunan diri.....
kita sibuk mempertarungkan
AKU MEMANG KAU KALAH....
apa yg kita dapat.......
Cikgu Jinggo,
Walau bukan niat untuk mengaibkan orang lain, kita perlu belajar untuk menyimpan rahsia dan bercakap apa yang perlu.
susah kan,... orng mcm tu ada di mana2.
cgu zana
itu yang sepatutnya
tapi tengoklah sekeliling kita...
kisah orang macam ni
ada kat mana...
kat taman
kat sekolah
kat negara lagi le....
Dan tukang mencari aib ini - sudah menjadi macam kerjaya gamaknya.
dan tunggu dan lihat episod seterusnya di penang...
mak su
dimana ada orang macam tu
tak penat ke...
dapat gaji kut.
mungkin......
tidak boleh dinafikan lg kes mgaibkan org bgaikn barah yg kian mnular dalam masyarakat kita pada hari ini baik dalam konteks perniagaan, pendidikan mahupun politik..gara2 ingin naik ke atas,gara2 mahu mguasai sesuatu, atau mahu memonopoli sesebuah sistem atau kwsn,mereka2 seperti ini sggup melakukan ape saje demi mnjatuhkan reputasi org lain.kdg2 boleh myebabkan peperangan,pembunuhan dan sebagainya..benarlah skrg sudah masuk fasa zaman dajal.dimana fitnah,pembunuhan,rusuhan wujud dimama2 saja...ayuh kita cermin diri kita,kita tnya dri kita,adakah kita mahu tergolong dalam golongan seperti ini??adakah kita sggup memusnahkan,menjatuhkan saudara2 kita semata2 demi mencapai kehendak hati dgn beraja kan nafsu???ayuh..renung2kan lah!!!
izzati
itulah yang kita tengok hari2
kita dengar
kita baca
dan kita BAKAL tengok , dengar dan baca untuk hari2 seterusnya.
bilamana kita tidak menjadikan apa yang kita percaya sebagai satu kepercayaan...
maka tunggulah bala tuhan.
Catat Ulasan