SETIAP hari kita berdepan dengan pelbagai pengalaman yang mungkin boleh mencabar kesabaran.
Melayan kerenah anak-anak yang degil, tersangkut dalam kesesakan lalu
lintas berjam-jam lamanya, menurut kehendak bos yang keras kepala atau
beratur di barisan kaunter pasar raya terlalu panjang kadangkala boleh
membuat seseorang hilang rasional berfikir.
Namun, mungkin ramai yang tidak tahu beberapa episod ketidaksabaran
akan mencetuskan tindak balas fisiologi yang menjejaskan kesihatan anda.
Menurut Dekan Program Siswazah di Pace University, New York City,
Amerika Syarikat (AS),
Daniel Baugher, ketidaksabaran boleh menyebabkan
keresahan dan permusuhan.
Beliau yang mengkaji psikologi personaliti dan sosial memberitahu,
jika seseorang itu sentiasa gelisah, tidurnya boleh terjejas.
"Hidup dalam persekitaran yang segalanya bergerak pantas dan taksub
teknologi pada abad ke-21 ini membuatkan seseorang itu kurang sabar.
"Mereka mahu segala-galanya dengan segera dan menjangkakan
perkara-perkara perlu dilakukan dengan lebih cepat," katanya.
Sesetengah individu memang secara semula jadi tidak sabar.
"Tahap toleransi setiap orang berbeza," katanya.
Personaliti jenis A berisiko tinggi
Selalu mudah terasa dan bersikap kompetitif, individu berpersonaliti
jenis A suka mendesak. Mereka tidak mampu bertoleransi apabila sesuatu
itu tidak dilakukan mengikut cara mereka.
"Individu dengan personaliti ini cenderung meluahkan kemarahan
apabila mereka tidak sabar," kata Dr. Redford Williams yang merupakan
Doktor Siswazah di
Duke University Medical Center di Utara Carolina, AS.
Williams menganggarkan lebih kurang 25 peratus warga AS mempunyai
personaliti jenis A.
Ia secara tidak langsung meningkatkan risiko kepada
masalah
kesihatan seperti tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.
Kajian pada tahun 2003 yang diterbitkan dalam Journal of the American
Medical Association,
para penyelidik melaporkan ramai individu yang
tidak sabar dan
pemarah berkemungkinan menghidap darah tinggi pada masa
akan datang.
Ketidaksabaran jadi stres
Apabila seseorang kerap hilang sabar dan marah, tubuhnya bertindak
balas kepada tekanan tersebut dengan melepaskan hormon seperti adrenalin
atau kortisol.
Paras kortisol dan adrenalin yang tinggi akhirnya boleh
menyebabkan
pertambahan berat badan, gula dalam darah dan tekanan darah tinggi.
Dalam satu kajian, penyelidik mendapati bahawa golongan
dewasa yang
mempunyai paras 'permusuhan' tinggi berisiko
mempunyai pembentukan plak
di arteri koronari.
"Hormon-hormon stres akan merangsang platelet hingga membuatkannya
membeku pada arteri yang sudah mengecil kerana penyakit jantung. Ia satu
proses
yang boleh mengakibatkan serangan jantung.
Hormon tersebut juga
menyebabkan sel-sel lemak
melepaskan lemak ke dalam aliran darah,"
Jelasnya, lemak tersebut akan terenap pada plak di dalam
arteri yang
akhirnya membesarkan plak sekali gus
meningkatkan risiko arteri
tersumbat.
Mengatasi ketidaksabaran
Beberapa kajian menunjukkan bahawa program pengurusan
tekanan boleh membantu orang mudah baran.
Mengajar seseorang bagaimana mengawal perasaan marah dan permusuhan
boleh mengurangkan tekanan darah serta berat badan dari semasa ke
semasa.
"Bukti yang diperoleh daripada latihan tekanan sangat menggalakkan,
namun kajian belum menunjukkan bahawa ia boleh menyelamatkan nyawa,"
katanya.
Cara terbaik bagi orang ramai untuk mengendalikan situasi mengundang
kemarahan dan respons negatif adalah dengan menarik nafas sedalam
mungkin dan nilai apa yang mereka rasa.
"Tanya diri anda. Adakah ini penting untuk saya?
Adakah munasabah untuk saya rasa marah? Adakah ini semua berbaloi?
"Secara asasnya, cuba bercakap pada diri sendiri jauh daripada perasaan marah," pesan Redford.
1 ulasan:
Salam cikgu...
Lama tak dtg sini...
Tahniah sbb msh terus menulis wpun nmpk sunyi dan sepi....:)
Catat Ulasan