Rabu, 25 Februari 2009

hari ini...

kalau sudah dipertanggungjawab.
mahu tidak mahu
tangungjawab harus sempurnakan.
walaupun SAKIT untuk diceritakan.
saya sudah bersedia untuk berhadapan dengan risiko ini
SK ST GABRIEL.KL.
dari cerita kawan2 yang pernah berceramah disekolah ini.
ada berkata begini.
tak tahu macamana cgu yang hari2 mengadap budak2 ini.
SEMUGA ALLAH SAHAJA YANG TAHU MELETAKKAN KALIAN DIMANA....
ternyata cabaran diambil dan disambut untuk bercakap atas tajuk yang sama dengan cerita sebelum ini.
perubahan.
dan maaf cgu cgu kalau akhirnya saya TERPAKSA meninggikan SUARA untuk menyempurnakan tanggungjawab.kerana itu sahaja pilihan yang saya ada...
kami menyudahkan perlaksanaan dengan 'program airmata ' - imbas kembali.
Nak Dikongsikan
hari ini saya menjadi orang lain - saya MENINGGI suara kepada 'anak2 ' yang memang tak makan saman : saya rasanya itu sahaja itu sahaja yang terbaik dimasa itu...tak sia2 belajar berjerit dari suara perut.....berguna juga akhirnya.
AKHIRNYA - KEHABISAN SUARA JUGAK.....!

17 ulasan:

Tirana berkata...

hehehe...apa nak buat..dah terpaksa tinggikan suara sampai cikgu jinggo kehilangan suara... InsyaAllah ada sesuatu yang mungkin dipelajari oleh murid2 di situ. Kita telah berusaha sebaik mungkin dan berdoa tentunya. Yang selebihnya serahkan saja pada Allah agar dia membuka pintu hati mereka.

Unknown berkata...

puan

itu aja harapan - sebagaimana saya katakan - pengaruh ekonomi dan minat terhadap kecemerlangan diri : ternyata hari ini saya belajar benda baru....

walaupun meninggi suara tapi saya puas dengan tangisan dihujung progrm - mereka tdk mahu jadi macam tu - persekitaran membentuk.

ASYIQ berkata...

Kasihan budak-budak tu...kurang didikan dan perhatian.
Itulah senario yang saban hari dialami oleh seorang guru...tapi doa untuk mereka jangan putus.

Bak kata Rasulullah semasa menolak pelawaan malaikat Jibrail untuk menghempap gunung ke atas penduduk Taif..."mereka golongan yang tidak mengetahui..."

siti_m berkata...

Salam jinggo
lama tak singgah dan jenguk blog nie.
memang dalam mengajar pelajar2, kadang2 kita perlu meninggikan suara kalau tidak mereka tak hiraukan apa yang nak disampaikan. Ada satu cikgu di sekolah saya yang bercakap dengan suara yang perlahan je kerana bila dia tinggikan suara, pelajar2 lagi tinggi.... suara mereka.
terpulang pada cara dan pendekatan kita yang penting tugas dan tanggungjawab dijalankan

sakurasa 2 berkata...

Salam cikgu, harap pagi ini cikgu dah ada suara he he he

Taniah.
Sebenarnya itu tugas murni seorang guru, tidak pernah rasa jemu dan tidak pernah rasa lesu untuk mengajar.

Itulah amal membawa bekal nanti.

nurdaniella berkata...

salam cikgu, hehe.. makanlah gula2 dequadin.. confirm suara datang kembali..

Tanpa Nama berkata...

Cikgu beruntung ada skill utk bersuara...

Ada org tak ada skill utk menyampaikannya melalui suara....(mcm saya).

Saya lebih minat menulis dan bercerita. Untuk bercakap???Mintak maap..Tak terkeluar...Senang cerita...tak ada skill la.......

Unknown berkata...

terima kasih asyiq

semuga ada lagi orang2 begini - mampu berkongsi nikmat yg diberikan kepada kita.

ilmu adalah nikmat.

Unknown berkata...

cgu ct M

apa yg penting - dihujungnya adalah kecapaian matlamat : saya dulu tidak gemar dengan pendekatan ala Saddam Hussein ni.tapi kadang2 ada keperluan untuk budak 2 yg tak makan saman...

akhirnya suara habis.

Unknown berkata...

sakura

pagi tadi sekali lagi saya di ' talk show ' nasib baik kat asrama penuh.....

sekarang : masa ni - suara saya semakin teruk......

esok macamana....

Unknown berkata...

nur..

macam kat iklan TV tu ke
nak semua pokok2 tumbang....he...he...

Unknown berkata...

puan aryani

saya terbalik - saya lebih rancak bercakap dari menulis....
tapi kalau budak cakap cara saya menulis macam cgu jinggo berceramah.....

Dearie Pearls berkata...

wahaha..
nak dengar skit suara jerit..
huhu..

Mak Su berkata...

wah Jinggo, suara dari perut. hebat tu, boleh join kumpulan koir :)

pendekatan berbeza untuk keadaan berbeza :)

p/s: bijak itu ada di sana, dapat idea tu dari blog jinggo ler, mengenai orang tua bijak dan murid yang tanya pasal burung. :D

Unknown berkata...

mak su

semasa di PLKN - hari2 menjerit kat padang kawad - tumpang belajar dari abang2 askar...

hari jangan main2 sebab saya ada kepakaran - menjerit.

Unknown berkata...

lot oflove

menjerit - tak mahulah....
jaga suara

Tea Cha Hai berkata...

Salam.
Selalu juga menjerit dan terjerit... lepas menjerit / terjerit, kesian plak tgk budak2 tu...tapi apa nak buat, bila berlembut tak menjadi.....
p/s; kesian coz murid ADHD

Eco Kid Adventure on Facebook