jadi apa yang salah
selama 3 tahun - mengadap cerita yang sama bersama pelatih2 PLKN -
Kelas Kenegaraan memberi ilmu untuk menzahirkan warga yang cintakan negara.
bukan sedikit perbincangan untuk menjadikan ilmu ini sebati didada wira dan wirawati - sehinggakan seketika : Ada airmata yang boleh menitis hanya sekadar mendengar lagu NEGARAku. itulah kami sebahagian dari rutin menurunkan sistem kelahiran sebuah negara MALAYSIA.
Konsep D.K.R.T
ternyatakan mampu untuk menyedarkan pelatih -
kita mendapat segala hari ini dengan airmata pemimpin terdahulu.
kita mendapat segala hari ini dengan keikhlasan pemimpin dulu.
KITA SUDAH DAPAT.KITA SUDAH MERDEKA
apa lagi selepas ini.
Tanah yang subur harus diterokai untuk kepentingan bersama.
Tanah yang permai harus ditadbir oleh sebuah Kerajaan.
Kerajaan yang didukungi oleh Rakyat harus sedar fakta - kita berbilang kaum.
Rakyat harus sedar mereka yang menentukan keDAULATAN negara kita.
SEMUA SECARA FAKTA DIAJAR.
BUKAN SEDIKIT PENDEKATAN DICARI UNTUK MEMPASTIKAN LAHIRNYA
WARGA MALAYSIA
zahirnya bagaimana.
kita mula ber'perang ' - atas satu kemahuan - KUASA.
KUASA UNTUK MENTADBIR
TANAH
RAKYAT
KERAJAAN
DAULAT
dan hari ini seluruh media mula ' berperang ' atas satu kemahuan yang sama.
hanya UMNO yang sayangkan negara dan sultan
hanya PAS yang sayangkan agama
hanya PKR yang tahu memberi keadilan
tak sokong UMNO bermakna penderhaka...
tak sokong PAS bermakna - Islam celup.
ini sekadar cerita politik yang kita sendiri
lebar - lebarkan perbezaan kita.
kita mula berperang.jarak kita semakin dijauhkan.
Hari ini dan seterusnya - kita lihat sahaja satu persatu AIB orang akan dibuka.
hari ini satu persatu FITNAH menjadi mainan
DAN HARI - SAYA SUDAH BERHENTI UNTUK MEMBACA DAN MENDENGAR
KERANA TAKUT SEJARAH KEJATUHAN KERAJAAN MELAKA BERULANG DISEBABKAN KELEMAHAN KEPIMPINAN SEMASA.
16 ulasan:
Saudara Jinggo,
Satu kupasan yang baik dan memberikan semangat. Negaraku dan Malaysia berjaya akan menaikkan roma saya dari saya kecil lagi. Saya tidak tahu bagaimana petriotisma melekat di jiwa saya sejak kecil.
Bagi saya tidak sayangkan institusi beraja tidak semestinya tidak sayangkan negara atau tidak petriotik. Adakah Kolonel Muammar Ghadafi yang merampas kuasa tidak petriotik? Adakah Imam Komeni yang menjatuhkan Shah Iran tidak petriotik? Adakah Suekarno yang melucutkan kuasa raja seorang penderhaka dan tidak petriotik?
Sebenarnya Petriotisma dan Institusi beraja adalah dua perkara yang berlainan. Kita yang berakal jangan dikaburkan dengan gimik murah yang merendahkan minda kita.
Tapi petriotisma dan Islam adalah seiring. Sayangkan negara adalah tuntutan Islam.
Dalam bab pemimpin Sayyidina Umar ketika di lantik Khalifah pernah mencabar supaya betulkan beliau dengan pedangnya. Bukankah pedang itu simbolik dengan kekuatan atau paksaan dengan kekerasan? Sama-samalah kita fikir dan renung dengan mata hati bukan dengan perasaan dan sentimen. Maaf saya saudara, agak panas sikit. Mungkin jiwa saya telah marah dengan gelagat politik semasa. Kerana kuasa maruah dilongkangkan!
ada kata2 sejarah berulang kembali atau history repeat itself... kalau pengajaran tidak diambil perpecahan yang sedikit akan menjadi besar dan tidak boleh ditampung lagi...
sebagai cikgu yang mengajar sejarah di sekolah semangat patriotisme seringkali diterapkan tapi kadang2 remaja hari ini sukar untuk menerima malah mempelajari apa yang berlaku di sebalik setiap peristiwa. semangat patriotisme terlalu sedikit, mungkin kerana mereka generasi merdeka yang tak pernah merasa kesusahan...
Betul tu cikgu siti. Budak2 skrang nih agak kurang smngat ptriotik mrka. Contoh paling mudah ialah bila lagu negara dimainkan, ada yg tak tau nak bdiri tegak dn snyap utk mghormati lagu kita. Jalur Gemilang pulak diaorang tau kibarkan je tpi mcm mana nk hormati bendera tak tau.
"Kerana kuasa, maruah dilongkangkan"........
Saya suka statement dari Ayahnda Mountdweller.
Dan izinkan saya menambah,'kita perlu pandangan yang bernas, jujur dan bersepakat.
Permuafakatan ini harus berjalan tanpa amalan negatif bagi menguji kesetiaan , serta sejauh mana kasih kita pada negara, bangsa dan ikatan ini (warganegara).......'
salam cikgu, tak sabar2 nak tunggu pelatih2 plkn jadi pemimpin.. mungkinkah mereka mampu membawa perubahan??
tuan mount
hanya manusia yg JAHIL sahaja yg tidak sayangkan negara dan sistem beraja.
tapi suasana hari ni - keperluan terdesak mencari ISU menjadikan sekelompok kita pantang ada peluang.
semuanya harus ditonjolkan....
kadang2 kita malu dengan bangsa lain.....
cgu ct m
itulah realiti kita - terlalu jauh sejarah dari kita dan remaja hari ini.
semua yg berlaku hari : kita semakin jauh dan jauh...
sampai satu hari bertanya pada seorang remaja cina.
siapa PM di 3......Samy Vellu...
kita fikirkan - pasti sejarah akan berulang.pasti.dari Perak kebangkitan bermula - dari Perak juga kebangkitan semula.
bluehope
terusterang.saya marah.amat marah kalau tgk budak 'tergedik' masa lagu negaraku dimainkan....
rasa macam nak sekeh.
lagi marah kalau tak tahu menyanyi lagu tu....
Jinggo...
Saya berperang dengan diri sendiri...kadang2 berperang dengan anak-anak dan kadang2 berperang dengan suami..hehehe...
Kerana kuasa, maruah dilongkangkan"........
itu kata dan pandangan kita yg tidak berkepentingan - kalau diletak 5 juta mahu ke longkang lagi kut......
semuga kita semua diberkatiNya.sejarah perlanggaran Palestin sudah cukup untuk memberitahu kita - berdamailah.
nur..
kita harapkan PLKN - mampu melahirkan pemimpin hari esok...
mana tahu akan datang PM...bekas pelatih PLKN...
puan tirana.
saya berperang dengan diri sendiri aja kut...
mencari satu idea terbaik untuk dilebarkan ilmu dan keinginan untuk berada dalam keharmonian....
insaf sebentar cuma?
kena diingatkan berulang2?
Salam Jinggo
Setuju benar dengan apa yang Abe Din kata tu,kta nie jarang dapat pisahkan antara patriotik dan nasionalisme.Dua benda nie berbeza sifat dan bentuk.Namun akhirnya adalah penyatuan didalam Islam yang menjadi kunci didalam segala hal...hanya Islam yang diakui oleh Allah,maka selayaknya kita kembali kepada Islam dengan cara yang betul,sistematik dan jujur.
mak su
jangan insaf sekejap.
jadikan amalan : bangun pagi - kumpulkan anak2 + ayah sekali nyanyi lagu negara ku
saudara induk
terima kasih kerana ingatan : juga untuk tuan mounth ( abang din ) - kita sudah ditinggalkan Al Quran dan Sunnah - itu aturan kita yang sepatutnya - yang lain datang beriring....
terima kasih.
Catat Ulasan