Khamis, 12 Februari 2009

satu kesimpulan

saya selalu impikan nak jadi macam ni
seorang pendidik yang tidak terikat dengan sistem yang sedia ada

satu kesimpulan yang dari cerita yang panjang.
kita kirakan sebagaikan satu perkongsian -
dari pembacaan yang lama.
diminta Allah jauhkan saya dalam kelompok umatNya yang riak dengan
sedikit nikmat yang diberi.
kita mulakan begini : bagaimana saya memulakan semua dari apa yg rakan2 tahu dan mungkin sedar mengenai penglibatan saya dalam bidang membikin manusia.
saya mulakan bertahun dengan membikin diri sendiri
mulanya dengan KUASA ANGAN - ANGAN
saya selalu nak jadi apa yang ada hari ini.
sebab saya yakin - ada sesuatu yg kita TIDURkan bertahun - saya percaya kita adalah apa yang kita fikirkan. Semua yang kita angankan mungkin tidak menjadi apa seandai sekadar selesai begitu sahaja.Tulis.Pamerkan
saya mula menulis dan menampal angan -angan.
dan bercakap dengan angan-angan.
dari satu buku ke satu buku saya menyelak dan menulis : saya mendominasi terus
TEORI KUASA MINDA DIBAWAH SEDAR
saya yakin dan percaya bahawa kita akan
menjadi apa yg kita percaya dan fikirkan.
akhirnya setelah hampir 10 tahun mendominasi teori ini saya bersedia untuk berkongsi.
adakah cukup setakad itu.
asasnya ada NAK TAK NAK selain dari KOMITMEN untuk keluar dari ZON SELESA.
ini bezanya diantara orang yg ada KEINGINAN dan HARAPAN.
dan seterusnya begitu.
Penghalangnya adalah SUARA KECIL yang mungkin membisik kan itu dan ini - robohkan dengan kekuatan KUASA MINDA yang bersedia untuk digunakan.
dan saya percaya - kita berhak untuk menjadi apa yang kita nak jadi.
kita mungkin mencipta kesukaran demi kesukaran yang akhirnya memang sukar
sebab itu yang kita fikirkan.
YANG PALING PENTING
kita mahluk sosial - proses untuk naik keatas kita
masih memerlukan orang2.
jadilah yang terbaik untuk diri sendiri dan untuk orang lain.

dan tentu kita hanya merancang Allah menentukan
berasaskan apa yang kita mahu
UNTUK ITU MARI KITA GUNAKAN 100 % KUASA MINDA DIBAWAH SEDAR.

12 ulasan:

Mak Su berkata...

saya selalu nampak kekurangan diri saya.

Unknown berkata...

mak su

itu suara kecil namanya.
sebab kadang2 kita menjadi kurang sebab bandingkan diri dengan orang yg tidak ada kurang ( pada amatan ) kita...

betul tak mak su.

Mak Su berkata...

rasanya elok gak saya macam ni, supaya saya tak ego. keburukannya saya malu nak bersosial :(

natijahnya, saya dilabel. sombong. antisosial.

SRISUFI berkata...

salam cikgu...

teringat zaman belajar dulu..teori psikoanalitik Sigmud Frued berkaitan minda bawah sedar..sgt complicated kala itu.

tp tak sangka psikologi adalah bidang sri.alahai.

benar cikgu..hidup harus memasang angan2 serta impian utk menggapai keinginan kita...sri sendri tdk lah mengharap menjadi terkenal @ dikenali cukuplah menjadi manusia yg memberi erti kepada org lain.

impian besar dipaku dlm diri...PENULISAN

doakan sri sama ya cikgu..

Unknown berkata...

mak su

Mmmmm - gitu pulak.

Unknown berkata...

sri

kerana hidup kita harus ada impian - maka semuanya bermula dengan apa yg di tanam dalam minda...
tapi ini sekadar pandangan -
ramai orang yg berimpian tapi sekerat jalan ( terutamanya perempuan ) adakah disebabkan sistem budaya @ agama.maaf.

selalu bila dah kahwin - selalu gagal untuk menjadi diri sendiri atas kehendakan @ keperluan budaya....

saya membaca banyak teori ini terutama buku2 Jack Collin - rasanya harus dimiliki.

semuga sri berjaya.

Tanpa Nama berkata...

"selalu bila dah kahwin - selalu gagal untuk menjadi diri sendiri atas kehendak dan keperluan budaya"

Saya suka statement tu....sebab apa?


Selain daripada kehendak agama yang tidak boleh di sanggah,
Tidak boleh berkata tidak rasanya sebab kebanyakkan org sekeliling selalunya bertindak menjadi hakim kepada perbicaraan didunia ini.

Unknown berkata...

puan aryani

sebab apa tau : sebab budaya perempuan melayu isteri akan ikut 100 % rentak suami.
jadi diri sendiri - kat blog ni semuanya jadi diri sendiri kan...

disinilah medianya.

sebab itu kena dirobohkan - sebab saya yakin orang2 yg hebat ( lelaki + perempuan ) harus tahu HALANGAN itu - dan bersedia untuk menCARI orang yg boleh membantu untuk baik ke atas...

Tirana berkata...

menjadi diri sendiri..itulah yang terbaik tapi tidak mudah sebenarnya bila kita di kelilingi oleh suara-suara negative dan tangan-tangan yang sentiasa menarik kita ke bawah ketika ingin naik ke permukaan..Kekuatan semangat kadang-kadang diruntuhkan oleh suara-suara sumbang yang kadang kala datang dari orang yang paling dekat di sisi kita..orang yang kita harapkan untuk menolak kita naik ke atas..

Unknown berkata...

puan tirana

berdasarkan kajian dr hill - satu kemahuan kita akan ditentang oleh enam suara diri sendiri...
mungkin persekitaran sosial di negara kita belum membenarkan kita bergerak ke arah itu....

tapi puasnya menjadi diri sendiri....

bluehope berkata...

Salam cikgu... Jadi cikgu skrang ni bkn mcm dulu, kan? Jiran sblah rmah BlueHope tu keje cikgu. Dia kata masa dia byk dihabiskan dgn clerical work. Takde masa nak cari atau buat bahan utk mgajar. Ptut le kualiti pngajaran x memuaskan.

Unknown berkata...

bluehope

itulah cerita dan pandangan semua cgu2 hari ini - rasanya kekiri pun kena kekanan pun kena...
semuga cgu2 diberi ketabahan dengan sistem yg ada

Eco Kid Adventure on Facebook