tetapi perbuatan suka menang boleh menyebabkan pelbagai masalah ,
terutamanya dalam hubungan berkasih.
ada dua cara kita boleh menang
PERTAMA
dengan cara mengemukakan bukti dan alasan yang kuat untuk menyokong kita
KEDUA
menggunakan stategi mengalahkan pasangan kita dengan taktik2 yang tidak adil
HENDAK MENANG DENGAN CARA MENUDUH DAN MENYALAH PASANGAN ADALAH CARA YANG POPULAR , ITULAH SEBABNYA PERBUATAN TUDUH MENUDUH DAN SALING MEMBELA DIRI BEGITU
BANYAK BERLAKU DALAM PERTENGKARAN.
biasanya begini
berdasarkan kajian sosial menyatakan - bila kita tidak mempunyai -bukti dan alasan biasa akan menggunakan strategi membangkit isu - isu lama
perbuatan mengungkit adalah satu strategi paling popular
SEMUA INI BIASA BERLAKU DALAM PERTENGKARAN
dalam pertengkaran biasanya berdasarkan dua faktor
PERTAMA
isu yang ditengkarkan
KEDUA
isu pertengkaran akan lari dari isu yang dipertengkarkan kepada peribadi.
tujuan strategi memburuk2 peribadi ialah supaya kredibiliti pasangan itu hancur sama sekali
BILA INI BERLAKU - KEDUANYA AKAN HILANG KEPERCAYAAN -
dan proses ini tidak akan ada penghujungnya
PILIHAN KITA
menarik diri dengan cara diam
mengalah berdasarkan keperluan semasa
MORAL UNTUK KITA
hasil pada semua : kita mungkin menang dalam pertengkaran
tapi kalah dalam perhubungan
kenapa orang bertengkar menggunakan suara yang kuat.
kenapa orang berkasih menggunakan suara yang perlahan ( walaupun jauh )
suara kuat tapi hatinya jauh
suara perlahan tapi hatinya dekat.
26 ulasan:
Menang jadi arang, kalah jadi abu...hehehe
Mengungkit sesuatu yang tidak relevan dengan apa yang ditengkar pada masa itu adalah sesuatu yang tidak wajar. Itu yang kadang-kadang membuatkan api yang asalnya memang berguna untuk mencerahkan keadaan tiba-tiba merebak menjadi api besar yang kadang-kadang boleh membakar musnah satu istana bahagia.
Dalam keadaan yang marah meluap2 kadang-kadang terlepas cakap....bila kemarahan reda, baru sedar dan menyesal tapi terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata..buruk padahnya..kadang-kadang boleh jatuh talak...so hati2 bila bertengkar...
puan tirana
menang jadi arang
kalah jadi abu.
itu yang menjadi diantara kerja yg perlu saya sempurnakan - mengujudkan sebuah keluarga.masyarakat dan seterusnya - cantik untk dilihat.
asasnya adalah didikan - ilmu yang boleh dipelajari...nak @ tidak sahaja...
akhirnya saya ambil keputusan untuk diam.
lelaki selalunya suka duduk diam... silent treatment is a very painful treatment sebenarnya. Saya TAK suka kalau suami saya marah, dia diam membisu. Saya suka dia bercakap dan point out kesalahan saya agar saya boleh betulkan. Kalau diam macam mana saya nak tahu so kesilapan itu tidak dapat dibetulkan dan saya akan terus membuat kesalahan yang sama berulang kali which is not good.
puan
musuh utama perempuan adalah lelaki yang DIAM.
jadi untuk itu - kenalah tahu macamana nak bagi lelaki tak DIAM.
....ungkit cerita lama.
itu jalan pintas !
maaf puan saya ada fakta untuk itu.
Cikgu sempena hari kekasih ini,sakura suka ayat cikgu ini
Orang berkasih menggunakan suara yang perlahan ( walaupun jauh )suara kuat tapi hatinya jauh suara perlahan tapi hatinya dekat ;-))
ungkit cerita lama tidak mendatangkan kebaikan. Ini berdasarkan pengalaman saya. Ia akan memburukkan lagi keadaan. Jika boleh, elakkan ungkit mengungkit ini...
salam cikgu.. sebenarnya tiada seorang pun yang suka bertengkar.. saya juga seboleh mungkin cuba mengelakkannya.. tapi, bila ini terjadi, saya bersuara untuk melindungi diri dari terus di cemuh dan di caci.. benci dengan orang yang bila bergaduh, akan mengungkitkan kesalahan diri dan juga kaum keluarga yang lain.. yang salah saya, kenapa harus dibabitkan keluarga yang lain?? sebab tu malas nak bergaduh..
sakura2
logiknya begitukan - lagi intim lagi perlahan bercakap...
he....
tapi cuba tengok orang bertengkar - lagi dekat lagi kuat suaranya
semuga sakura tidak terlibat dalam mana2 aktiviti negetif tu....
kita sekadar berkongsi.
puan tirana
misi mengukit cerita lama adalah untuk menjatuhkan..
lagi seronok kalau depan orang ramai...
saya pernah kena.....
ngeri.
orang pompuan biasalah..senjata dia mulut aja..tetapi lelaki sebaliknya, kalau mulut diam..kira oklah..tapi sesetengah tu mulut diam tangan pulak yg berjalan...adooii..yg tu kira camna plak?
puan nur
orang mengungkit ni dalam ketegori bertengkar tak ada fakta : yang penting menang...
cari kelemahan orang lain.
yg terbaik.
diam
mengalah kalau perlu....
intan
dalam bab tangan ni - susah nak jawab.sebab tulah hang kalau nak cari lelaki kena tilik betul2.....karektor dia.
jangan esok.....
semuga intan tak jumpa orang macam tu...
erm...saya setuju jgk ngan tirana, silent treatment mmg menyakitkan...sepatutnya kedua2 kena berterus terang dan berdiplomasi baru ok, at least kedua2 meluahkan yg terbuku di hati..kalau tak settle apa yg ada, perempuan akan cepat mengungkit balik apa yg disimpan sebelum ini...sbb perempuan tak mudah lupa sekali terguris...
pertengkaran. kalau dua2 diam. xde komunikasi. bila n macamne nak selesai?
hmm...tuan J: mengungkit boleh nyakiti hati sesiapa saja...komunikasi amat penting dalam suatu perhubungan....bukan pertengkaran yang x tahu hujung pangkalnya...tak gitu? malangnya sifat diam lelaki menyukarkan hasrat untuk berkomunikasi..papepun, isteri kenalah proaktif...jangan hanya menunggu suami jika tahu itulah kelemahannya...
yang anehnya, lelaki mudah berkomunikasi ngan makwe tapi kenapa sukar nak luahkan rasa pada isteri? (bercakap berdasarkan pengalaman sendiri sahaja....bukan semua orang alami situasi yang sama)
lina
rata yg komen hari ini perempuan : mana pergi lelaki ni.
pastinya kita adalah dua entiti yg berbeza walaupun matlamat dihujungnya sama...
lelaki secara praktikalnya - diam.sebab tu dikatakan musuh utama perempuan adalah lelaki DIAM.
faktornya begini : jangan bertengkar - berbincang dihujungnya adalah penyelesaian.sebab untuk berbincang : suaranya.bahasa badannya kena betul....inonsi.
sebab kenapa lelaki diam - mungkin faktor ego.sebab suara.....
suara yg kuat akan menjauhkan hati....
cgu anis
nanti saya buat N3 seni berbincang gamaknya.
sebab bertengkar tidak mungkin ada penyelesaian.
berbincang ( komunikasi ) ada seninya....
nanti saya bincang kat YM satu rahsia kenapa lelaki tak suka perempuan tinggikan suara....
Puan Erisya
Komunikasi verbal & non - verbal - rasanya ramai kita tidak mahu mengambil tahu seni dan impaknya.
sebab saya yakin dan percaya kepada keinginan untuk duduk berbincang - penyelesaian.berkonsepkan kepada menang - menang.
memang kita ( melayu + termasuk saya ) jauh dari bidang itu.
saya ingatkan pada diri sendiri - biarku menjadi lilin ajalah......
sebenarnya ada beberapa ulasan gak, tapi takut mengecilkan hati org2 lain.
Dah 4 kali masuk sini nak buat ulasan. Tapi...tak tertaip.
Akhirnya mendiamkan diri jek.
HHmmmmmmmmmmmmmm
puan aryani
ulas jangan tak ulas..
rasanya semua terbuka disini - sebab yang penting kita hormati pandangan masing2.
puan senang2 YM saya ok
kalau nak gaduh, seeloknya cakap, apa? tak puas hati. oh... meh ke gelanggang.
oops!
mak su
terima kasih.
saya kadang-kadang lebih suka mengalah, tapi mengalah tak bermakna saya kalah.
Salam sdr. jinggo,
suara kuat tapi hatinya jauh
suara perlahan tapi hatinya dekat
Ungkapan berhikmah yang perlu saya kembangkan. Terima kasih.
addy
ada kalanya begitulah sepatutnya kita...
suara kuat tapi hatinya jauh
suara perlahan tapi hatinya dekat
tuan.
mari kita fikirkan bersama....
Catat Ulasan