dari keganasan mulut ke pertengkaran
ini kesimpulan dihujungnya.
peringatan untuk diri sendiri dan kawan2.
kerana ini adalah ilmu maka terima sebagai satu
lagi penambahbaikan dalam hidup kita.
zahirnya kita mengamalkan 3 stail dalam komunikasi
ASERTIF
( menang - menang )
AGRESIF
( menyalahkan orang lain.tidak menhiraukan pandangan orang lain.melambangkan komleks tinggi diri )
PASIF
( tidak jujur dengan diri sendiri - tidak menjadi diri sendiri.hidup dibawah arahan orang lain.sukar untuk menyatakan tidak - dan akan berakhir dengan tekanan emosi , kekecewaan.. )
dan ketiganya ada impaknya tersendiri - karektornya tersendiri.
menurutkan kajian pakar menyatakan stail yang paling berkesan adalah
ASERTIF
menurut AJ Lange & P Jakubowki sifat ini adalah
mempertahan hak sendiri dan menyatakan fikiran , perasaan dan kepercayaan secara terus terang , jujur dan dan wajar tetapi tidak pula membelakangkan hak orang lain
empat ciri utama
mempertahankan hak
menyatakan perasaan secara jelas dan jujur
menghormati hak dan perasaan orang lain.
Moral dari Jinggo
Bagaimana untuk menjadi ASERTIF dari AGRESIF - ini adalah komitmen diri yang tidak mudah. dalam kontek hubungan sosial hari ini kita berhadapan dengan terlalu ramai yang yang berada dalam kelompok AGRESIF
dari Dale Carnigei ada bahasa bahasa badan tertentu orang2 agresif
AKU SAHAJA YANG BETUL
ini satu budaya yang tidak sihat dan tidaK molek dalam kontek kehidupan bersosial.
jadi bagaimana kita - bila kita sejak kecil lagi dah diajar oleh sistem makayah untuk menjadi kan diri kita - sebahagiannya PASIF.
budak2 diam - pegi main jauh2....
dan hari ini kita ada hak dan ruang untuk belajar betapa banyak ' ilmu ' yang boleh kita kutip dari cerita dari politik semasa.
18 ulasan:
wak J....siapa ~insan biasa~ ?
kenal diri sendiri dan tenung2 diri sendiri rupa2nya ~insan biasa~
1. agresif
2. pasif
3. asertif
hati nak jadikan no.3 di tempat no.1!
insan biasa...insan biasa....
belajar kita masih belajar walaupun umur dah banyak...dan pengajar terbaik semua orang ada..pengalaman.
tuan J...pandangan erisya, kita ada ketiga2 ciri tersebut...akan terserlah mengikut keadaan semasa ..juga ketika bersama orang2 tertentu :)
Mr Jinggo. Benar sungguh apa yang diperkatakan. ASERTIF, AGRESIF & PASIF. 3 kategori kelompok manusia yang akan kita temui sepanjang perjalanan kehidupan kita. Itulah yang membuatkan indahnya WARNA-WARNI KEHIDUPAN kita.
Maka, ada baiknya sesama kita perbaiki diri kita untuk berdepan dengan 3 kelompok cara watak-watak itu. Kita hanya boleh mengubah diri kita...kerana sangat sukar untuk kita mengubah diri orang lain seperti diri kita. Kita HANYA BOLEH tunjukkan cara dan kaedah untuk perbaiki diri pada orang lain. Selebihnya, terletak pada tindakan orang itu sendiri, kan?..kan?..kan?
Apa komen mr jinggo tentang 360 degree personality? Bagus jika dibuat entri tu...saya akan sentiasa menantikan entri tu... boleh ek?
cgu endok anis
3 perkara tu - dizahirkan dalam komunikasi kita dan tentunya ada impak terhadap suasana...
pilihlah yg terbaik berdasarkan keperluan sendiri dan hari ini.
yang terbaik.
kita bersangkabaik dengan semua orang...
Puan Erisya
saya setuju - kita ada ketiga2 tapi mesti ada satu yg dominan - dan bayangkan kalau yg dominan itu
agresif.pasif dan asertif.
tentunya suasana nya berbeza...
cgu azlan
kita boleh mengubah diri sendiri - tapi bagaimana dengan orang lain.
untuk itu kita kena belajar - ilmu lain lepas ni
bagaimana nak berhadapan dengan orang pasif.agresif dan asertif.
nanti kita kongsikan - terutamanya orang2 yg nak menang aja.....
adakah DIAM jawapannya.tu musuh kepada org perempuan ( org rumah )....jadi....kena pasif kut.he....tunggu N3 seterusnya
Bro Jinggo,
Agresif, pasif dan asertif ada dalam diri tiap individu sebenonye. Tapi mana yang dominan?
Jika agresif yang dominan, individu itu lebih suka memerintah, daripada di perintah.
Jika pasif, menerima apa jua yang berlaku sebagai takdir. Kurang usaha dan tak mahu mencuba.
Teman ghase, teman ni banyak pasif le..
Mike macamane?
entry yang bersiri-siri... nie yang nak baca lagi seterusnya. tq
boleh jadik penceramah lah tuan/
yop
teman ni ikut arus gamaknya.
dalam isu politik biasanya jadi pasif lagi baik.
dalam hubungan sosial - asertif dan agresif sikit2 dengan anak2....
cgu ct m
ini semua adalah sukatan pelajaran saya - soft skill - sedikit2 boleh diasah semula ingatan...
dan mungkin mencari idea baru dari komen2.
silent hill
terima kasih kerana kita berurusan - harap2 itu adalah doa.
win-win situation rite...?
belajar menghargai dan dihargai...
ixora
sepatutnya macam tu
tapi bukan mudah
bila emosi sudah menguasai diri
untuk itu.....
belajar menilai ilmu ni.
To Jinggo:
Kita akan lebih mendominasi komunikasi apabila kita berjaya mengawal suasana. Suasana yang tegang dan beremosi, harus dikawal dengan berlelucon.
Jika yang beremosi udah boleh mengikut rentak berlelucon, pastinya kita udah berjaya..
Tapi bagaimana ya Pak Jinggo?
Jinggo..
Sikap kita menjadi kemudi untuk kita berkomunikasi dengan orang lain. Jika kita bersikap positif, insyaAllah cara kita berkomunikasi pun akan jadi positif begitu jugak sebaliknya.
cgu azlin
terlalu hebat pandangan cgu.....
rasanya rentak komunikasi ni cgu berpakej dari satu sistem pembikinan diri - yang diasas dari sistem pendidikan awal selain karektor yg tersedia untuk kita.
untuk itu hari ini - mari kita cari dimana kita dalam kontek ini...
puan tirana
sikap : itu adalah asas.
sikap terbentuk dari satu pembikinan persekitaran yang dicorak oleh pendidikan awal....
saya kirakan puan setuju.
Catat Ulasan