Khamis, 23 April 2009

berbosskan SADDAM HUSSIEN...

ini ada satu cerita yang mungkin kita boleh jadikan panduan dan sempadan.
seorang kawan - hadiahkan saya sebuah buku yang menarik
SADDAM HUSSEIN & FAMILY.
ini manusia hebat - mencatur manusia dengan KETAKUTAN.
semua nampak cantik - dengan ketakutan yang diperkenalkan.
perubahan manusia Iraq seketika atas dasar ketakutan.
dikatakan : Pasukan BolaSepak Iraq diberi amaran oleh Uday Hussein
KALAH BERMAKNA HILANG KUKU....
itu kehebatan motavasi takut
SEJAUH MANA BERKESANNYA MOTIVASI TAKUT.
memang berkesan untuk jangka yang pendek.
TENGOK APA BERLAKU DI IRAQ SEKARANG
TENGOK APA BERLAKU DI SINGAPORE..
takut buang sampah di negara sendiri
BUANG SAMPAH DI NEGARA ORANG LAIN...tanya orang Johor.

dan hari ini - saya bergerak sejauh 60 km hari ini - untuk ambil cek dari Program yang sudah dijalankan - sukses - disebab GuruBesar hanya ada satu keputusan - semua urusan adalah tanggungjawab saya.cgu2 lain tidak berani angkat muka - dan saya tidak berani menyanggah - tunggu - tunggu - GuruBesar hanya kat bawah - tidak ada sesiapa berani panggil - tunggu lagi - akhirnya balik - 60 km lagi - balik - disebabkan tidak ada sesiapa yang berani sanggah GuruBesar....
sejauh mana tindakan ini betul
betul - untuk melihat perubahan dalam jangkamasa pendek
tidak betul - untuk melihat perubahan dalam jangkamasa yg panjang
SEMUA PERUBAHAN BERLAKU ATAS DASAR TAKUT.

moral untuk kita.

memang pendekatan motivasi takut begini berkesan untuk satu tempoh yang pendek - selalu yang menjadi ' ketidakcantikan ' pendekatan ini - bila mana pemberi motivasi hanya menyalur motivasi hanya pada satu arah.
SEMUA HARUS BEGINI.
pemberi motivasi begini hanya ada satu jawapan
AKU YANG BETUL.

13 ulasan:

Mr.Seven berkata...

Satu cerita yg ringkas tapi membawa maksud yang mendalam . Kita boleh menggunakan pendekatan menakutkan tetapi bkn utk semua hal. klu kita gunakan dalam semua hal ia akan menjadi satu bom jangka yang akan meletus bila kita tidak lagi memegang picu utamanya...

Unknown berkata...

mr seven..

kita yg tahu cerita tu...
lama mana lagi orang2 macam ni nak menongkat langit - akhirnya Saddam Husssen mati dalam keadaan yang hina...

hidup dengan sumbang orang ni...
susah mahu ditafsirkan.

janganlah kita dan sukusakat kita tergolong dalam kelompok macam ini.....
permudahkan orang lain
orang lain akan permudahkan kita.

nurdaniella berkata...

salam cikgu, antara takut dan hormat, yang mana lebih dihargai?? pada saya, takut itu cuma berkesan untuk jangkamasa pendek.. manakala hormat pula, amat berkesan selagi kita tahu untuk menghormati orang lain..

Unknown berkata...

nur...
takut dan hormat
sebagaimana yang harus kita tahu..
takut
perubahan selagi orang ditakuti tu ada...
perubahan terbaik - hormat - ia akan datang serentak dgn keupayaan untuk belajar...

jadi mana lebih penting.
....................
kita fikirkan.

Mak Su berkata...

motivasi cara berkasih-sayang adalah yang terbaik, rasanya.

my name is Ain berkata...

mcm mana pulak kalau org dewasa yg pantang ditegur oleh org muda..

jwpnnya amat mudah dan menyakitkan hati.."org tua lebih mkn garam, jadi jgn nak berlagak pandai"

xsalahkn kalau yg muda menegur yg tua demi kebaikan?

Tanpa Nama berkata...

Cikgu Jinggo,
Saya keluar topik sikit - macam mana menakutkan kanak2? - Perkara ni bukan baru dalam masyarakat kita. Momokan tentang hantu dan sebagainya untuk memastikan anak-anak tidak melakukan sesuatu yang akan menyusahkan kita - contoh 'jangan bising-bising nanti hantu datang' - padahal kita boleh nasihatkan anak-anak tu supaya senyap agar org lain tidak terganggu.

Unknown berkata...

Salam Saudara Jinggo.

Bagi saya motivasi takut tidak ada guna langsung. Di depan baik, di belakang mengalahkan pelesit!

Satu peristiwa pada tahun 1991 kalau tidak silap saya, team saya mengekori team Singapore dalam jarak satu hari ke Gunung Tahan. Masya Allah, di setiap kem yang mereka singgah, bukannya setakat sampah merata, tisu taik juga merata. Persekitaran pula hancing dengan bau kencing.

Tiba di Puncak Gunung Tahan, keadaannya dua kali lima juga. Sehinggakan saya tidak tergamak nak gunakan air dari kolam di situ. Inilah dia salah satu produk motivasi takut.

Unknown berkata...

MAK SU

terima kasih kerana perhatian
kedua2 penting..
bergantung pada situasi agaknya......

Unknown berkata...

ain..

orang tua.
makan garam...
itu cerita lama..
sebab bahasa yg ' aku makan garam dulu '
bahasa orang
sombong..
abaikan

Unknown berkata...

cgu catzana

terima kasih kerana pandangan yg menarik.
takut dan motivasi
takut dan tak takut..

yang pastinya takut yg berkesannya adalah takut yg takut....
menarik untuk dilebarkan.
saya ada cerita.
nanti saya akan buat N3 lain.....

Unknown berkata...

Bagi saya motivasi takut tidak ada guna langsung. Di depan baik, di belakang mengalahkan pelesit!

tuan saya setuju

seorang rakan di gunung ledang - penuh dengan hasil orang singapore - apa persoalan.
mereka tidak dididik
mereka hanya ditakutkan
moralnya.....
mana yg nak didahulukan.
mendidik
takut..

Tea Cha Hai berkata...

Salam.

Aku pernah tgk staf yg dibelenggu dgn Motavisi Takut...

Situasi 1 Bos tiada...
Tetiba opis jadi padang bola, disko, cafe ..semua gumbira..

Situasi 2 Bos ada..
Senyap. Rajin. Ngadap komputer lagak buat kerja tanpa hentii. bertukar menjadi Yg Menurut Perintah!

hahhah sian boss tu...diperbodoh dalam diammm hanya kerana keanggukahannya..

Eco Kid Adventure on Facebook