saya menyimpan 2 hari sebelum membuat satu keputusan yang sukar.
melibatkan diri dalam satu latihan yang melibatkan ' cgu KPLI vs cgu Maktab '
kenapa dengan cgu2 ini.
( terdahulu saya minta maaf - ini sekadar pandangan peribadi yang tentunya tidak terniat untuk mengenakan sesiapa - semuanya didasarkan dari pengalaman yang panjang dalam bidang latihan )
SEORANG GURU BESAR ( sekolah rendah )
bercerita panjang lebar - rimasnya dia dengan sistem yang ada di sekolah.
diantara keluh kesannya.
CGU2 KPLI sukar untuk berkerjasama dengan CGU MAKTAB
CGU2 KPLI tidak berminat dengan rutin seorang guru...
CGU2 KPLI tidak tahu ' menguasai ' pelajar.
CGU2 MAKTAB mula membuat TEGURAN
( biasanya tahab kakak2 dan makcik2 )
TEGURAN ALA2 KAKAK DAN MAKCIK2
kesannya.
CGU2 KPLI mula menarik diri.
CGU2 KPLI mula memprotes program sekolah yg diluar waktu persekolahan.
dan aku diantaranya.
APA KELAYAKAN CGU ( MAKTAB ) MENEGUR KAMI...
kelayakan kami.doktor.peguam.jurutera....dan lagi.lagi.
DUA HARI HARI SAYA AMBIL MASA UNTUK AMBIL RISIKO INI.
pengalaman yang lama di kolej + latihan saya membuat kesimpulan sendiri -
berdasarkan apa yang sistem kita lahirkan.
kita mulakan dari mula.
sistem pendidikan yang menjadi hanya orang dapat A yang harus dizahirkkan.
orang yang dapat A akan memenuhi semua kerusi2 bilik kuliah
( walaupun masing2 berebut nak duduk belakang )
sistem pendidikan yang menjadikan - pelajar susah nak buka mulut - bertanya
sistem pendidikan yang tidak menjadi...
ADA ILMU LAIN YANG HARUS DI CARI.
membaca.jauh sangat - pelajar hari ini dengan buku.
akhirnya : kita berhadapan dengan siswazah yang tahu apa mereka tahu.
ketidakmahuan untuk tahu selain menjadikan siswa-siswazah kita - sebagaimana adanya.
KAMI ADA IJAZAH YANG DIBANGGA OLEH JPA UNTUK JADI BOSS.
akhirnya siswazah ini
TERPAKSA AMBIL TAHU SATU LAGI BIDANG YANG JAUH DARI KEMAHIRAN
seorang doktor akan jadi cgu
seorang jurutera akan jadi cgu
seorang peguam akan jadi cgu.
cgu yang kena tanda buku
cgu yang kena ukur padang untuk budak bersukan
cgu yang kena marah dengan parent
cgu yang kena - macam2 sekarang.
pendidikan di sekolah yang memerlukan sentuhan lain.
biar dimana pun kita sebagai media untuk perubahan manusia2 lain - perubahan - harus dilihat dari sudut lain tidak sekadar A sahaja.
akhirnya saya menyiapkan satu ' persembahan ' untuk saya kongsi
agar kita sama tahu - kita adalah media kepada perubahan.
saya menulis berdasarkan cerita pada satu sekolah ini.saya yakin semua cgu2 samada KPLI @ Maktab adalah satu anugerah.
20 ulasan:
Jinggo..
Cikgu KPLI lawan cikgu Maktab...sapa menang?
Dari segi kelulusan, mungkin cikgu KPLI menang sebab tinggi satu tahap dari cikgu Maktab.
Dari segi ilmu, belum tentu cikgu KPLI menang sebab ilmu tidak bergantung pada sijil semata. Dari segi sikap pulak, tak semestinya yang keluar dari Universiti mempunyai sikap yang positif. Kadang-kadang orang yang tak sekolah tinggi lagi bersikap terbuka untuk menerima teguran. Orang yang merasa dirinya ditahap tertinggi biasanya payah untuk menerima teguran dari orang bawahan..(ego tinggi)..tak suka diarah buat itu ini lebih2 lagi arahan dari orang yang lebih rendah tahapnya walaupun sebenarnya orang yang di bawah itu lebih banyak ilmu dan pengalamannya..
amat setuju dgn crite yg dikemukakan oleh GB tu. tapi bukan semua kpli begitu. cuma sebahagian besar.
memang diakui... guru kpli ni punya kelulusan yg tinggi melangit (hidung tinggi). punya kelulusan setaraf lawyer (buruk), jurutera (ajar kemahiran hidup pun terkial-kial)akauntan (kawen pun pinjam koperasi)dsbg.
mereka memilih menjadi "chekgu" kerna tiada pilihan lagi dah. kerja "chekgu" je yang menjanjikan mereka pekerjaan dan mendatang gaji yg agak lumayan jugak. bukan kerana minat menjadi "chekgu".
akhirnya.... mereka jadi jadi sekadar dtg bekerja. kerja mengikut masa dan loceng yang berbunyi.
yang menjadi mangsa....tentulah anak-anak bangsa yg perlukan didikan dan asuhan. guru-guru yang komited dgn tugas pulak tentulah terpaksa menampung dan menanggung tugas yg diabaikan oleh guru kpli ini.
di mana salahnya.....bukan salah ibu mengandung. dan bukan salah bapa yang buat ibu mengandung.
Cigu Jinggo
"cgu KPLI lawan cgu Maktab"
sapa menang?
seharusnya jangan ada rasa "ego" dan membuat teguran yang tak ikhlas....pasti tidak akan terbina benteng perbezaan antara Cgu KPLI n cgu Maktab.
Cikgu Jinggo, Kak Tirana, One Zaaba,
Sedih juga bila jadi begini. Harap cikgu KPLI tu baca semula akujanji yang dia tandatangan semasa mula-mula bertugas di sekolah tu.
Ana - Cikgu KPLI
Salam....
Streotaip yang tak kan padam???
Zaman dah berubah...
Pemikiran tidak akan sama...
Dan ia adalah mula kepada timbulnya "persilangan" pendapat, idea dan keperluan...
Ego akan menjadi kayu ukur...
Mahu dinaikkan atau diturunkan..
Ego perlu ada.. kalau tiada ego..
Di mana letaknya keyakinan...
Di mana nampaknya bezanya kita..
Di mana nilainya pengalaman..
Di mana disimpan teori dan praktikal...
Menang atau kalah bukanlah pilihan.. kita sebenarnya saling melengkapi..dalam melengkapi perlu ada penyesuaian/adaptasi..dalam proses itu mesti wujud pertelingkahan, perselisihan, perbezaan dll... dalam semua perbezaan dll itu sebenarnya membikin kita saling mengenali dan akhirnya mesra dan rapat...
:-)
Ini hanya pengalaman peribadi...
Buanglah streotaip..
coz apa yg kita fikirkan itulah yg akan terjadi. Masing2 tahu di mana tempatnya...
Yg KPLI kena hormat cgu maktab as a senior...paling tidak pun as kakak/abang yg banyak ilmu praktikalnya...cakap jgn main belasah ja...org lama sensitif....
Yg Maktab...kena hormat cgu KPLI sebagai rakan kerja..paling tidak pun as a new comer for the new ideas yg perlu di bantu dengan cara bukan cara lama.. mereka punya banyak teori dan ilmu yg ingin dikongsi dan aplikasi...
***Apapun pokok pangkalnya dari diri sendiri...kebijaksanaan komunikasi...pembawaan diri... ego kena ada..namun letakknya bukan paling atas.....
Cikgu KPLI @ Cikgu Maktab...masing2 perlu faham tanggungjawab yg diamanahkan...
Adakala Cikgu Maktab perlu bantuan Cikgu KPLI & adakala Cikgu KPLI perlu bantuan dr Cikgu Maktab...
Ape yg penting kerjasama...
Masing2 ade kelebihan & kekurangan....
Isu ini semamngnya berlaku, zaman dah berubah..kepimpinan juga harus berubah. Budaya dan iklim sekolah harus diseragamkan ikujt perubahan. Teknik dan cara mengatasi masalah ini bergantung pada pemimpin sekolah yang berani berubah... komunikasi dapat mengatasinya..
Proses sosialisasi untuk new comer perlu diselarikan dengan minda yang lebih terbuka... komunikasi juga.
Ego.. semua orang ada, mampu mengawal atau tidak jadi persoalan. Ada juga cara mematikan ego orang dengan menghenyak ego atau melambung ego..
Secebis pengalaman sendiri :
1.pernah mematikan ego individu terlibat yang hanya merasakn dirinya saja yang betul tanpa pedulikan orang sekeliling. Menangis, tanda memahami dan mengerti akan situasi sekeliling dan timbul sedikit empati pada sekeliling.
2.Kekadang situasi itu menjadikan mereka kecil dan tidak setimpal dengan scroll yang dimiliki.
Moral : jeling2 sama orang sekeliling, ada orang yang simpan taring kerana hanya sesuai senyuman dipamerkan. Hehehhe..
Kesan : menjadi rakan baik dan good partner dalam melaksanakan program untuk anjakan paradigma..
puan tirana
betul - itu secara zahirnya yang kita nampak - cgu KPLI diatas berdasarkan beberapa fakta.
tapi bila di kecilkan skop kepada dunia pendidikan...
selain anugerah...
minat
dan komitmen
adalah cantuman untuk menjadi kita seorang pendidik yg baik kepada ' anak2 ' yang terima sahaja.....
sikap adalah asas.
guru kpli ni punya kelulusan yg tinggi melangit (hidung tinggi). punya kelulusan setaraf lawyer (buruk), jurutera (ajar kemahiran hidup pun terkial-kial)akauntan (kawen pun pinjam koperasi)dsbg.
BUKAN PANDANGAN SAYA
PANDANGAN SEORANG GURU MAKTAB....
ONE ZABA.
dalam kita disini - mungkin ini komen terpanjang.
macam ditulis dengan emosi aja cgu.....
he....
kita harapkan siapa yang makan cili - dan terasa pedasnya : fikirkan sesuatu...
kerana hidup ini macam main boomerang aja....
cari ruang untuk menambahbaikan diri....
sakura..
cgu KPLI dan cgu Maktab - kedua2nya ada pendidik.
pendidik zahir dengan pakej.
jalannya..
make up nya
pakaiannya...
bahasanya...
etikanya.....
sama : seorang pendidik.
yang membezakan adalah niat.
yang tentunya berbeza....
cgu ana..
itu sekadar pandangan yang dialami dan dilihat secara zahir.......
....
bukan semua
tapi kalau cgu zaba dah tulis macam tu - dan beberapa guru besar yang saya jumpa cerita macam tu....
kita kena fikirkan dimana betulnya.
Yg KPLI kena hormat cgu maktab as a senior...paling tidak pun as kakak/abang yg banyak ilmu praktikalnya...cakap jgn main belasah ja...org lama sensitif....
cgu ari.
terima kasih kerana komen yang saya percaya ditulis dengan emosi dan pengalaman.
saya berpandangan begini.
biar apa kerjaya sekali...
kecantikan persembahannya bergantung pada...
potensi ( gift )
minat.
NIAT....
dan keinginan untuk mencari ruang untuk menjadikan ' hari ini lebih baik dari semalam '
macam cgu cakap - setelah masuk kesekolah - dihadapannya ada cgu2 lama - apa yang datang dulu.......
KOMUNIKASI PANDANGAN PERTAMA.
SKILL UNTUK MENJADI 'TETAMU ' BARU......
kalau masuk sebagai orang yg angguh dan somnbong - dihujungnya adalah negetif.....
cgu su.
terima kasih kerana perhatian - itu sePATUTnya yang kita mahu tengok...
pengalaman cgu maktab boleh di kongsikan dengan cgu kpli yang tentunya IQ tersedia hebat....
harap ada perubahan disitu.
komunikasi dapat mengatasinya..
cgu azlan.
itu intipatinya - komunikasi.
tidak ada siapa betul dan salah - medianya sama.
dihadapan adalah tannggungjawab.
saya amat2 yakin pada - komunikasi dan semangat kerja berpasukan - diantara keduanya.....
Cikgu KPLI vs Cikgu MAKTAB..
Jika kedua-duanya bergabung tenaga, nescaya akan lahirlah satu kumpulan pendidik yang pelbagai kebolehannya.
Kerjasama itu penting.
sbb tu bkn senang nk jd ckgu..nampak mcm mudah, tp hakikatnya lebih sukar dr apa yg dilihat..tugas guru bukan hanya dibilik darjah tp diluar bilik darjah juga..
mak nak sgt sy jd ckgu..tp sy taknak..bukan sebab pndg rendah pd jawatan guru, tidak. Malah tanpa guru, sipalah saya sekarang nih. Sy xnk jadi guru, sbb sy tahu, dugaan nk jadi guru ni bukan calang2. kena marah dgn parents, anak murid kurang ajar, kena boikot dgn guru2 senior la kalau ada..mcm2 lagi..dn yg pntg nk jd guru, perlukan tahap kesabaran yg tinggi..
ckgu keluaran maktab dididik selama bertahun2 utk dilahirkn mnjadi pendidik tapi ckgu keluaran KPLI hanya pergi kursus selama beberapa bulan mungkin. Cara pengajaran dan pendekatan sbgai guru mungkin berbeza.
entah la ckgu, sy xpndai nk ckp lebih2..tp apa yg sy tahu skrg ni, tugas sbgai guru mmg betul2 mencabar lenih2 lagi di sekolah menengah.
LoL
kedua2 ada pendidik
lengggoknya sama...
jadi
semua kena sama..
APA YG PENTING...
kerjasama
ain
terima kasih : cgu kenal ain sebagai orang yg berprinsip.
dan itu prinsip.
tak minat - jangan ambil risiko.
kerana mendidik - fitrahnya berbeza.
kena datang dari hati..
kena ada rohnya...
impak nya berbeza...
cgu minat jadi macam sekarang..
sebab minat semuanya berbeza.
komitmennya berbeza
dan hasilnya berbeza
sebab minat.........
Catat Ulasan