" Esok setiap satu keluarga di kampung ini mesti menyumbang semangkuk susu untuk membantu askar2 kita yang sedang dalam perjalanan nenuju ke medan perang. " kata seorang penghulu pada satu perhimpunan.
Tidak banyak , hanya semangkuk susu.
Saya akan letakkan sebuah tempayan besar dihalaman rumah saya pada petang esok. Kamu semua boleh menuang semangkuk sus yang dimadsudkan mulai petang ini sehingga awal pagi esok. Tentera kita akan sampai sebelum tengahari dan dapatlah mereka minum sebelum meneruskan perjalanan.
Ah aku akan bawa hanya semangkuk air dan tidak ada sesiapa yang tahu bila aku campurkan dengan susu yang banyak dalam tempayan tu.
BISIK SEORANG PENDUDUK
kalau aku tuangkan semangkuk air tidak akan menjejaskan apa2.
DETIK RASA SEORANG PENDUDUK YANG LAIN
ESOKNYA
alangkah terkejut si penghulu dan seluruh penduduk kampung bila yang terkumpul di dalam tempayan itu bukanlah susu tetapi setempayan air
kita fikirkan.
DISEBABKAN SEORANG KITALAH HARI INI KITA TELAH MEMBUANG SAMPAH YANG CUKUP KALAU TIDAK DIPUNGUT 9 1/2 HARI MAMPU UNTUK MENJADIKAN - SEBUAH LAGI MENARA SAMPAH SETINGGI KLCC.
SELAMAT HARI BUMI
dan ini yang ditinggalkan
KAMI AKAN BERSAMA MBPJ UNTUK KOMITMEN SETERUSKAN
KEM KESEDARAN ALAM SEKITAR.
8 ulasan:
Salam cikgu,
SIKAP lah punca utama.
kata pepatah;
'alah bisa tegal biasa.'
sri
sikap datang dari mana....
tentunya dari
persekitaran
pengalaman
pendidikan......
Cikgu Jinggo,
Mentaliti masyarakat kita tentang isu sampah ni - masih berada dalam kelas ketiga. Tak padan dengan prasarana kita yang kelas satu tu.
selamat hari bumi...
semalam g ulu yam..sedihnya..pokok tumbang..air dah sedikit keruh, sampah sarap merata...hari ni kita tolong bersihkan,esok2 datang kotor balik..semua ni sbb x de kesedaran...geram!
Salam Bro Jinggo..
Kata hati yang kurang baik lebih mempengaruhi seluruh penduduk. Setiap daripadanya tidak memikirkan pun bahawa
apalah sangat dengan semangkuk susu jika dibandingkan dengan pengorbanan para askar..
Anyway, malalui cara penyampaian cerita ini mengandungi pelbagai unsur yg kita boleh kongsikan bersama..
**Jangan buang sampah merata-rata. Cukup KLCC menjadi lambang Malaysia.
Katakan TAK NAK kepada sampah..
Thanks for sharin, Bro.
cuzana
kita ada kemudahan kelas satu
tapi perlaksaanaan kelas tiga
ini persoalan kita
kenapa agaknya
ada sebab kita sendiri tak mahu atau tak tahu
....
kita fikirkan
uji
saya ketasik kenyir minggu lepas
depan nampak cantik
sampah dilonggok kan belakang....
...
itu nak salahkan siapa..
LoL
dalm sibuk kerajaan bercakp soal alam sekitar dan sampah - 2% sampah kita meningkat pada setiap tahun..
dan 400 juta dibelanjakan untuk menguruskan sampah...
siapa yg mahu dituding...
bila dikatakan yg kita tidk ada lagi ruang untuk meletakkan sampah.....semua tapak pelupusan dan hampir penuh...
Catat Ulasan