mencari cinta yang sebenar.
sentuhan cinta semakin tersengat bahkan amat diperlukan dalam konteks sekarang, memandangkan sentuhan cinta kemanusiaan semakin terhakis dengan berlakunya peristiwa-peristiwa 'mencemaskan' umat manusia seperti keganasan global, perang tanpa henti, konflik antara umat yang mengaku beragama, seolah-olah membayangkan sentuhan cinta sesama manusia telah 'tercabut' daripada jiwa terdalam manusia.
Walhal cinta itu adalah jiwa, di antara cinta sejati dengan jiwa tidak dapat dipisahkan, kerana cinta pun merdeka sebagaimana jiwa. Ia tidak membezakan di antara yang kuat dan lemah, di antara kaya dan miskin bahkan antara darjat dan bangsa. Tetapi inilah yang kita saksikan di merata dunia. Manusia membunuh, menindas demi memenuhi cinta palsu atas nama kemanusiaan, sedangkan cinta sejati sesama manusia semakin dilupakan, apatah lagi cinta sebenar terhadap Tuhan.
Manusia lupa kata-kata ahli fikir Islam, Al-Farabi bahawa cinta yang ditujukan kepada pemuasan hawa nafsu sebenarnya adalah cinta yang diilhamkan Tuhan untuk binatang.
Orang bijak dan budiman sejak zaman ke zaman pernah mengatakan bahawa cinta adalah sendi segenap keutamaan di dunia ini.
Kalau tiada cinta, nescaya nilai kemanusiaan akan hancur. Orang yang bercinta tidak pernah khianat kepada orang yang dicintainya, tidak pernah menyakiti dan tidak pernah mengecewakan.
Cinta memang perasaan yang menakjubkan. Ia ibarat sebuah barang antik, suatu benda lama yang sentiasa baru dari zaman ke zaman dalam hidup manusia. Lebih daripada itu, cinta itu lebih tua daripada alam kerana atas dasar cintalah Tuhan menjadikan alam ini.
William Shakespeare pernah berkata: "Manusia mati dari semasa ke semasa dan badan mereka dimakan ulat, tetapi bukan kerana cinta." Malah cinta itu datangnya dari mata turun ke hati, berendam dalam dada dan mengharap pemberian kepada yang satu.
"Semakin banyak engkau memuntahkan kata-kata tentang cinta, semakin sepi hatimu dan semakin engkau gilakan cinta. Tiada kisah teramat manis daripada kisah cinta. Tiada kisah teramat ngeri daripada putus cinta. Yang termanis daripada yang manis di dunia ini ialah pujian kekasih yang terlontar daripada rasa cintanya,"
demikianlah kata-kata orang bijak yang memang kita percayai dan tersemat dalam jiwa kita yang terdalam.
Namun ingat bahaya cinta: cinta monyet ialah cinta keanak-anakan, cinta palsu sekadar basa-basi atau penghormatan, . Oleh itu, 'bercintalah' dengan sepenuh hati kerana cinta sejati sajalah yang akan menghasilkan cita-cita luhur dan abadi.

Cinta sejati memang tidak terungkap dengan kata-kata kerana ia menghiasi perbuatan 'pencintanya'.
Cinta kepada harta bererti bakhil
Cinta kepada harta bererti bakhil
cinta kepada perempuan ertinya alam,
cinta kepada diri ertinya bijaksana
cinta kepada mati ertinya hidup,
cinta kepada Tuhan ertinya takwa.
kata-kata Hamka
"Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sali sedan. Tetapi cinta menghidupkan penghargaan, menguatkan hati dalam perjuangan, menempuh onak dan duri penghidupan.

KITA RENUNGKAN YANG INI
sentuhan cinta semakin tersengat bahkan amat diperlukan dalam konteks sekarang, memandangkan sentuhan cinta kemanusiaan semakin terhakis dengan berlakunya peristiwa-peristiwa 'mencemaskan' umat manusia seperti keganasan global, perang tanpa henti, konflik antara umat yang mengaku beragama, seolah-olah membayangkan sentuhan cinta sesama manusia telah 'tercabut' daripada jiwa terdalam manusia.
Walhal cinta itu adalah jiwa, di antara cinta sejati dengan jiwa tidak dapat dipisahkan, kerana cinta pun merdeka sebagaimana jiwa. Ia tidak membezakan di antara yang kuat dan lemah, di antara kaya dan miskin bahkan antara darjat dan bangsa. Tetapi inilah yang kita saksikan di merata dunia. Manusia membunuh, menindas demi memenuhi cinta palsu atas nama kemanusiaan, sedangkan cinta sejati sesama manusia semakin dilupakan, apatah lagi cinta sebenar terhadap Tuhan.
Manusia lupa kata-kata ahli fikir Islam, Al-Farabi bahawa cinta yang ditujukan kepada pemuasan hawa nafsu sebenarnya adalah cinta yang diilhamkan Tuhan untuk binatang.
Bak kata Hamka lagi: "Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji."
20 ulasan:
erm...boleh dijadikan panduan kepada diri...terima kasih atas banyak kata-kata nasihat tentang cinta...persepsi dari ramai...bahawa cinta itu milik semua..
dihah
kerana kita dizahir untuk cinta menyintai...
maka hari ini pendekatannya harus berbeza.....
ilmu tentang cinta.
Pergh.... Tajuk "CINTA" lah pulak!
Tapi cinta itu suci. Rasa kasih sayang, yang dipupuk untuk orang tersayang. Orang tersayang tak semestinya kekasih hati. Cinta boleh dizahirkan untuk mak, ayah, adik beradik, keluarga isteri, anak, rakan taulan dan boleh ditafsir untuk Maha Pencipta dan negara.
Luasnya maksud cinta..
yop
malam tadi ada tgk abang jem ke...
kisah cinta dia amat2 menarik.
patutlah kahwin 4
pastinya bukan ilmu zahir sahaja tu.....
sebab mencari cinta.
teman cinta kan negeri perak - bila nak aman2 nya....
erm...x tau nak komen!
cgu anis
tak mahu komen
tak apa
meninggalkan jejak itu cukup untuk dirasai - kita masih kawan...
he.....
Salam sdr. jinggo.
Sebenarnya kami khuatir kerana cinta kami akan hilang kedua-duanya.
Tentang bedak tu, saudara berikan no. H/P saudara di email saya. Saya akan passkan kepada salah seorang kawan yang akan pergi menemui saudara 2 atau 3 hari lagi.
tuan
terima kasih
semuga kita tidak kehilangan.....
kawan @ cinta...
jinggoberr@yahoo.com
Cikgu Jinggo,
Cintalah yang menguatkan hari-hariku kini..
cgu catz
semuga hari kita lebih baik dari semalam...
dan seterusnya menikmati nikmat cinta yang diberikan pada kita...
Salam cikgu,
Banyak2 CINTA, ada 1 cinta yang sering di pinggir sepi.
CINTA Tuhan bukanlah mudah untuk diperolehi. Malah adakalanya diabaikan walaupun manusia itu sedar bahawa CINTA yang ini adalah ROH MENGENAL SEGALA CINTA di alam ini.
**Pesan utk diri sendiri jua untuk yang alpa.
" IMPIAN, CINTA & KEHIDUPAN"
Sederhana, tapi luar biasa...ada pada diri setiap manusia jika mau menyakininya..
- Bayu Abdinegero-
....Jika mahu menyakininya....
.....Jika mahu memberikannya...
.....Jika mahu menerimanya...
.....Jika mahu berkongsi....
.....Jika ia datang....
Yakini dialah Cinta mu.
Berikan rasa cinta mu..
Semoga dia menerima cinta mu...
Dan berkongsi rasa cinta itu..
Usah biarkan diri mu menunggu..
Usah biarkan dirinya menanti hinggah dia rasa jemu...
;-)
Wanita cantik + Lelaki Hensem = Cinta sepadan
Lelaki hensem + Wanita x cantik =
Cinta sejati
Wanita cantik + Lelaki x Hensem = Cinta nafsu
Wanita x cantik + Lelaki x cantik =
Cinta....????
......No choice....
hehhehe gurau aja...tiada kena mengena dengan yg mati mahupun yg masih hidup..
Nak tanya sikit,
kalau org yg gagal pada cinta pertama, adakah cinta kedua menjaminkan sinar?? (Agaknya org yg ada pengalaman sahaja yg mampu jawab)
Sbb, seperti yg saya katakan, pd pndangan saya , cinta satu tanggungjawab....
Cikgu Jinggo
Perasaan cinta itu dimulai dari mata,
sedangkan rasa suka dimulai dari telinga.
Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang,
cukup dengan menutup telinga.
Tapi apabila kamu cuba
menutup matamu dari orang yang kamu cintai,
cinta itu berubah menjadi titisan air mata
dan terus tinggal dihatimu
dalam jarak waktu yang cukup lama.....
Salam dari sakura
sri
itu cinta yang sepatutnya kita dahulukan - kita sepikan...
kita jenuh membiarkan diri kita seakan 'diamuk ' oleh persekitaran yg menjadikan kita....
tidak keharuan.
untuk memilih
cinta mana harus didahulukan....
Yakini dialah Cinta mu.
Berikan rasa cinta mu..
Semoga dia menerima cinta mu...
cgu Ari
itu yg sepatutnya kita dahulukan
kita tidak keharuan hari ini - dalam menentukan cinta mana yg mahu dikendalikan..
terkadangnya.
kita terperangkap dengan cerita demi cerita....
Wanita x cantik + Lelaki x cantik =
Cinta....????
......No choice....
cgu ari
kita hidup ini dikaitkan dengan pilihan - kita berpeluang untuk memilih...
aryani
cinta pertama gagal - pastinya terbentuk satu yg dipanggil..
CARTA SIKAP
terhadap cinta.
kerana semua ditafsirkan berdasarkan emosi dan dikaitkan dengan hati - kita membuat tafsiran demi tafsiran.
pastinya dalam dunia ini...
kita dizahirkan untuk cinta menyintai....
sakura..
tingginya falsafah
tak terjangkau saya...
menutup telinga....
jangan ada yg tutup telinga selepas ini....
he...
Catat Ulasan