Jika anda diberi pilihan untuk menjadi semut, labah-labah atau lebah, manakah yang akan anda pilih? Orang yang rajin bekerja akan memilih menjadi semut, sebab melambangkan kerajinan, iltizam, kerjasama, kesatuan, hidup bermasyarakat dan sentiasa aktif.
Orang yang merasakan dirinya bijaksana akan memilih menjadi labah-labah sebab pada anggapannya labah-labah amat cerdik. Dia membina sarang sekali sahaja tetapi mampu duduk senang dan tetap mendapat makan selamanya. Manakala orang yang merasakan hidup perlu berjasa akan memilih menjadi lebah. Pada anggapannya lebah sangat rajin, cerdik, juga berkuasa. Sengatan lebah boleh mematikan.
Apakah pilihan anda?
Sebenarnya semua pilihan adalah betul. Setiap sesuatu ada kelebihan dan keistimewaan juga kekurangan-kekurang an tertentu. Mengapa saya berkata begitu? Sebabnya, ketiga-tiga binatang kecil ini disebut dalam Al-Quran malah menjadi nama surah. Semut dari Surah An-Naml, labah-labah dari Surah Al-Ankabut dan lebah dari Surah An-Nahl.
Namun, jika disuruh memilih satu sahaja dan soalan itu ditujukan kepada saya,
saya akan menilai sebagaimana berikut:
Semut. Kerjanya menghimpun makanan tanpa henti. Siang malam pagi petang dia berusaha tanpa rehat. Belum pernah saya melihat seekor semut terbaring keletihan. Dia hanya diusung oleh teman-temannya apabila dia mengalami kesakitan ataupun setelah mati. Selebihnya ia akan bekerja, bekerja dan bekerja. Tahukah anda, semut boleh menghimpun makanan untuk bekalan yang amat lama sedangkan usianya tidaklah lebih lama daripada banyaknya bekalan makanan yang boleh dihimpunnya itu. Motif kehidupan semut ialah menghimpun sebanyak-banyak makanan, seolah-olah dia tidak mati dan hidup selama-lamanya. Alangkah tamaknya sang semut hingga kadangkala sanggup memikul sesuatu yang melebihi saiz badannya sendiri. Sedangkan nyata dia sendiri tidak sanggup memakan makanan itu hingga selesai.
Labah-labah. Dalam ayat 41 Surah Al-Ankabut disebut tentang sarang labah-labah sebagai tempat yang paling rapuh. Ia bukan tempat yang aman. Apa pun yang berlindung di sana akan binasa. Bahkan jantannya disergapnya untuk dihabiskan oleh betinanya. Telur-telurnya yang menetas saling berdesakan hingga saling memusnahkan.
Lebah. Lebah memiliki naluri yang dalam bahasa Al-Qur’an disebut, marhumnya, “Atas perintah TUHAN ia memilih gunung dan pohon-pohon sebagai tempat tinggal.” [An-Nahl,16: 68]. Lebah membina sarang berbentuk segi enam bukannya lima atau empat agar efisen dalam penggunaan ruang. Makanannya suci, bersih dan istimewa daripada serbuk sari bunga. Lebah tidak mengumpul makanan, sebaliknya menghasilkan lilin dan madu yang sangat bermanfaat kepada manusia. Lebah sangat berdisiplin, mengenal pembahagiaan kerja, tidak cerewet, tidak letih melakukan kerjanya. Demi kesucian dan manfaat sarang yang dibina, segala yang tidak berguna disingkirkan. Hasilnya sarang lebah menjadi pusat pengumpulan madu. Lebah tidak mengganggu kecuali jika diganggu. Bahkan sengatannya pun di samping amat berbisa juga boleh menjadi ubat.
Jadi, apakah pilihan saya? Saya memilih ketiga-tiganya sebab ketiga-tiganya mempunyai keistimewaan- keistimewaan tertentu. Psikologinya saya ingin menjadi semut dengan alasan mahu bekerja keras tanpa memikirkan soal remeh-temeh
Dengan mengambil sikap lebah, tentunya saya mahu menjadi seseorang yang diperlukan masyarakat dengan memberikan sebanyak-banyak jasa. Bijaknya lebah boleh membina sarang segi enam yang tepat ukurannya.
AKHIRNYA
Namun, jika soalan yang asal ditanyakan lagi dan disuruh pilih satu sahaja, apakah pilihan yang terbaik? Semut menghimpun harta, labah-labah pula ingin hidup senang atas kesusahan orang lain manakala lebah berkhidmat kepada pihak lain. Maka, pilihan yang terbaik ialah lebah, lantaran Nabi s.a.w. pernah mengibaratkan seorang Mukmin itu sebagai lebah.
“Tidak makan kecuali yang baik-baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merusak dan tidak pula memecahkannya.” Itulah lebah.

18 ulasan:
saya selalu memilih untuk jadi diri sendiri. yang buruk itu memang selalu dari saya. yang baik dan indah itu memang kekal dari Dia.
Kadang-kadang nk jadi sendiri pun susah disebabkan kehendak alam dan fitrah manusia yang mahukan kita terpaksa menjadi itu dan ini..
p/s Sekadar pandangan peribadi.
addy
andai kita diberi pilihan....
suka dengan ayat yg digunakan - kadang2 ada baiknya kita belajar dari ciptaan2Nya yg lain untuk kita jadi panduan..
sebab manusia terlalu banyak persoalankan..........
apa2 pun terima kasih.
yang terbaik
jadi diri sendiri....
puan aryani
saya setuju
kadang2 nak jadi diri sendiri pun susah...
bolehkah kita menjadi diri sendiri.....
itu persimpangan untuk menjadi diri sendiri - bila seluruh sistem diacukan agar kita mesti jadi macam tu........
akhirnya : sebagaimana kata Addy - yang baik dan indah itu kekak dariNya.........
ya betul juga. saya setuju dengan tuan. untuk jadi diri sendiri sebenarnya lebih susah. mungkin kita perlu jadikan makhluk yang tuhan tak kurniakan akal untuk kita letakkan sebagai panduan supaya kita lebih menjadi manusia yang lebih berakal barangkali.
dimana? mungkin boleh ajak tuan keluar minum-minum barangkali.
Salam cikgu,
dapatkan rehat secukupnya..
1 jam lagi AMANAH menanti untuk dijalankan...ibaratkan kita ini memang kurang rehatnya.
~saya buat entri pasal semalam
~selamat ulang tahun ECOKID
Teruskan perjuangan
kadang2 saya pernah marah dan kecewa sangat. kadang2 rasanya jadi cacing pun lagi elok tapi saya cepat2 beristighfar dan bila difikir2kan, kejadian sebagai manusia adalah yang paling baik utk sesuatu kejadian. pada kejadian lain, ada kekurangan yang tak dapat diatasi kerana kekurangan deria rasa (akal dan minda), tapi bagi manusia, semua boleh diovercome, insyallah... dgn izin Tuhan jua.
orait tak? :D
addy
sebaiknya jadi diri sendiri..
tapi apakah kekuatan kita...
sebab biasanya orang yg menjadi diri sendiri - tidak perlu bergantung kepada orang lain + persekitaran orang lain + acuan orang lain.........
akhirnya teringat buku Dale Carnigie
GIVE YOURSEFT
KNOW YOURSEFT
BE YOURSEFT
seri
teruskan perjuangan.
kerana KITA dipilih untuk disini dan begini....
LUNASKAN.........
mak su
itulah mak su yg sebenar...
amat akademik komen tu.
saja mencipta imej topeng....
terima kasih.
saya mahu jd macam lebah..
salam bro....
1st time berkunjung ke sini.
posting yang menarik..
lebah lebih baik kot,terutamanya yang mahu menjadi pemimpin
salam cikgu.,
jadi diri sendiri paling baik. kalo jadi semut rajin kerja, produktiviti tinggi...tapi, kalo masuk lam makanan....kita boleh lupa!...hehe!
ixora
sebaik kita menjadi semua yang baik2....he..
matcomot
terima kasih kerana kita berurusan....semuga yg baik2 diberikan kepada kita
cgu jane
mmm.menarik.saya memilih untuk jadi semua yg baik2 dari alam semulajadi.....
jadi pokok untuk bagi oksigen
jadi air untuk bagi nyawa
jadi gajah untuk kuat.
jadi...........
apa melalut ni..
hari ini : jadi diri sendiri aja
andai kita punya pilihan?
kadang2 kita tak tahu samada pilihan yg dibuat itu adalah baik atau tidak... kerana kita x mampu nak meramal masa akan dtg
cuma percayalah pada diri sendiri dan buat sehabis baik..
dan terimalah apa yg terjadi dgn redha, kerana setiap yg berlaku ada hikmahnya..
saya setuju dgn addyahilox...adalah lebih baik menjadi diri sendiri
~kamilah~
institut perguruan sultan mizan
kamalia
saya tahu komitmen lia dimana.
berdasarkan cakap dan bahasa badan......
jangan tersalah catur.
jangan tersalah membuat pilihan
sebab kita adalah apa kita fikirkan dan percaya.......
Catat Ulasan