Selasa, 7 April 2009

kita nilai dimana kita....

Di sebuah kampung terdapat sebuah pokok yang umurnya melebihi umur kampung tersebut. Semasa kampung tersebut di buka, pokok itu telah wujud dan penduduk menngambil keputusan untuk membiarkan sahaja sehinggakan ia menjadi semakin membesar .
Sejak kewujudannya sehingga kini, pokok tersebut tetap berdiri teguh dan tidak pernah menunjukkan tanda-tanda akan musnah walaupun seringkali di panah petir dan dilanda banjir besar beberapakali.
Sehinggalah pada suatu hari secara tiba-tiba pokok itu gugur ke bumi dengan sendirinya tanpa disebabkan punca-punca yang besar. Penduduk tertanya-tanya mengapakah pokok itu boleh tumbang, sedangkan selama ini bermacam bencana yang menimpanya, tetapi ia tetap berdiri teguh dengan penuh bangga.
Setelah disiasat oleh beberapa orang penduduk, mereka mendapati pokok itu tumbang kerana disebabkan oleh sejenis serangga yang disebut kumbang yang telah memakan pokok tersebut secara perlahan-lahan sejak sekian lama tanpa disedari oleh penduduk di situ. Kumbang-kumbang itu telah memakan bahagian pokok itu yang selama ini dibaluti oleh kulitnya yang keras itu. Akhirnya, dalam masa yang singkat, pokok tersebut telah tumbang, tersembam ke bumi hanya kerana disebabkan kumbang-kumbang yang kecil saiznya.

Dalam sebuah hadis yang mahsyur, Rasulullah bersabda yang bermaksud :
"Jauhilah dosa-dosa kecil kerana jika ia telah bertompok-tompok pada seseorang maka ia akan merosakkan orang itu.

"Seorang hakim di Chicago bernama Dan Joseph Sabeth yang pernah menjadi penasihat perkahwinan telah berjaya membantu 40000 pasangan yang tidak bahagia mengatakan sebahagian besar ketidakbahagiaan dalam perkahwinan disebabkan oleh hal yang remeh-temeh atau perkara-perkara kecil.

,"Janganlah seorang suami mukmin membenci isterinya yang mukminah, jika ia tidak menyukai salah satu sifat isterinya, tentu ada satu sifat lain yang akan menyenangkannya" ( Muslim ).


untuk kita.
dalam satu kertas putih.letakkan titik hitam.dan apa yg kita nampak
TENTU - TITIK HITAM.
zahirnya kita begitu - kita cepat nampak dan membesarkan persoalan yang kecil sehingga menutup yang lain.
untuk kita - hilangkan titik hitam sedayanya.
untuk kita - sentiasa bersangkabaik dengan TITIK HITAM orang lain.
JAM YANG MATI PUN AKAN BETUL DUA KALI DALAM SEHARI.

21 ulasan:

Tirana berkata...

sebelum telek titik hitam orang lain..lebih baik telek titik hitam kita sendiri..dan berusaha untuk membuang titik hitam itu..Tapi kalau dah banyak sangat titik hitam, payah jugak rasanya nak hilang..agaknya kena cuci dengan chlorox kot..hehehe

~ a m a ~ berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
~ a m a ~ berkata...

sekadar renungan kita bersama..

''boleh jadi kamu mbenci sesuatu, padahal ia baik bgmu..brgkali kamu tidak mnyukai sesuatu, padahal Allah mjadikannya kebaikan yg banyak..'' -SURAH AL BAQARAH-

renung2 dan fikir2 kan lah... :)

Unknown berkata...

puan tirana...

kerana zahirnya kita macam tu..
orang hitam orang dan diri sendiri yang orang nampak.....

untuk itu - kurang yg hitam
sembunyikan yg hitam........

Unknown berkata...

''boleh jadi kamu mbenci sesuatu, padahal ia baik bgmu..brgkali kamu tidak mnyukai sesuatu, padahal Allah mjadikannya kebaikan yg banyak..'' -SURAH AL BAQARAH-

rahimah

begitulah seharusnya kita : semuga kita mendapat manafaat besar dari perkongsikan ini...

terima kasih.

Marzalina berkata...

cikgu..ubat paling mujarab nak hilangkan titik hitam itu ialah zikirullah, kalau kita buat satu kebaikkan..maka satu titik hitam akan hilang, jika kita buat satu kejahatan..maka satu titik hitam akan wujud dalam hati kita...zikirullah adalah alat untuk menghilangkan karat di hati.

Unknown berkata...

intan

zikir - itu yang terbaik.
itu juga yg dikongsikan dengan Ustaz Pahrol minggu lepas...
tapi zikir yg bagaimana !
agar Qalbu dapat didekatkan untuk hidup dengan ' rasa ' bertuhan....

realitinya - banyak lagi titik2 hitam yang melekat dan sebati - semuga kita dirahmatiNya.

erisya nor berkata...

Baru baca kisah fatimah azzahra dan ali....mereka juga gaduh2 sayang....malah serngkali rasulullah saw yang mendamaikan mereka. kesimpulan: gaduh kecil adalah normal dalam rumah tangga. asal saja kita tak memperbesarkan perkara remeh-temeh...dan ibu bapa bertanggungjawab meleraikan masalah anak2 bukan mengeruhkan keadaan lagi hingga mencerai-beraikan anak-anak.
p/s: paling suka baca kisah asiah isteri firaun.....apakah suami kita sejahat firaun? pantas asiah menjadi wanita utama di syurga...sabar dengan jodohnya . apa pandangan tuan J?

Dearie Pearls berkata...

"JAM YANG MATI PUN AKAN BETUL DUA KALI DALAM SEHARI."

Best ayat nie..
baik utk renungan..
thanx sharin.

Unknown berkata...

puan erisya

ada satu cerita
seorang perempuan minta cerai - hanya sekadar suami tak tahu pasang paip iar bocor...

sampai kemahkamah - kena syarah dengan tuan hakim.

berbaloi ke - rumahtangga bertahun nak dirobohkan hanya sekadar suami tak reti betul kan paip air bocor....

kita fkirkan2kan - sebab hidup kita ni kan macam pelangi - satu warna tidak akan menjadi apa2.....digabungkan warna !...

Unknown berkata...

LoL

mati 5.30.
mesti betul 5.30 pagi
mesti betul 5.30 petang...
sebangsat2 orang.....
tentu ada baiknya....
jangan lihat yg hitam sahaja...

kita fikirkan

sakurasa 2 berkata...

Cikgu Jinggo

Sehelai kertas putih bertitik dakwat hitam,
kita akan nampak titik hitam dulu,
padahal hanya setitik .....

"kira nilai dimana kita...."
atau bagaimana kita dinilai....
Adakah tersisa setitik hitam dikertas nan putih...
mengubah segalanya....???

Merubah putih menjadi hitam,
Merubah emas menjadi batu,
Merubah matahari menjadi badai....

Selamat menilai...

Unknown berkata...

sakura

aduhai bahasa...
zahirnya kita disini bukan untuk..
dihakimi
dihukum...

untuk itu
belajar memberi penilaian yang baik untuk orang lain...
sebab kita mahu juga dinilai begitu....kan....

jane berkata...

salam cikgu,

aduh!! indah ayat itu...wajar diingati dan dijadikan panduan untuk memuhasabahkan diri setiap malam, sebelum tidur, sebelum mati seketika.

Unknown berkata...

cgu jane

semuga hari2 seterusnya kita diberkatiNya....
kita bukan dihukum dan dihakimi
kita disini untuk belajar dan diajar...

Tanpa Nama berkata...

Cikgu Jinggo,
Satu peringatan untuk diri saya sendiri..

Unknown berkata...

cgu cat...

semuga kita dinilai secara baik
sebagaimana kita menilai orang lain

erisya nor berkata...

tuan J...setuju ....perkara sekecil itu boleh menjadi besar jika hati tidak redha dengan jodoh yang takdirkan.

~ a m a ~ berkata...

pembetulan cikgu,
nama saya rahmah,
bukan-ra-hi-mah.
skian,arap mklom.
hehee~

Unknown berkata...

erisya

dihujungnya adalah
redha...
dan bersangkabaik pada semua keadaan

Unknown berkata...

ama ajalah....

terima kasih....
bila lagi nak ke kem.....

Eco Kid Adventure on Facebook