Rabu, 29 April 2009

marah fitrah kita

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.
Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.
Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut.
Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata
"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

AKHIRNYA
dari jinggo
KITA DIBERI BANYAK RUANG DAN PELUANG
untuk tahu
MARAH JUGA FITRAH KITA.
dimana harus dihamburkan.
bagaimana mahu dihamburkan.
KERANA KITA JUGA TAHU
luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal

18 ulasan:

sakurasa 2 berkata...

Cikgu Jinggo

Terputus cinta memang menyedihkan. Harus diingat bahawa perpisahan itu ditentukan oleh jarak dan masa.
Kalau bersedih karena cinta terhalang dan tidak kesampaian, anggaplah kesedihan itu seperti hujan .....
walau lebat atau lama sekali pun pasti akan reda juga....

salam dari sakura

Unknown berkata...

ni lari tajuk ni..
tapi ok - cinta dan putus cinta..
bagaimana cinta itu terputus.
itu persoalan
yang menjadikan kita begini dan begitukan.....

jauhnya : itu bukan cerita kita - mungkin ada cinta yg lebih baik untuk sakura...
...........

Tirana berkata...

Kadang-kadang marah itu perlu tapi biarlah bertempat dan kena caranya. Marah yang memedihkan hati ialah marah membuta tuli diikuti dengan nada-nada yang membingitkan telinga dan perkataan-perkataan yang meruntun jiwa. Ketika kita marah, syaitan bersama kita, maka hendaklah kita beristighfar banyak-banyak. Orang yang paling kuat ialah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika perasaan marah datang membuak-buak.

addyaholix berkata...

sejak di KL ni saya sedikit berubah. saya jadi mudah marah. salah sikit saya melenting. ayah pernah tegur. saya cuma diam. sambil akui.

Tanpa Nama berkata...

Kalau saya marah...saya suka diam. Sebab saya tahu, tak ada jalan penyelesaian kalau saya berterusan melayan emosi. Saya akan lupakan sejenak objek/perkara yang membuat saya marah dalam beberapa ketika sehingglah hati ni reda..

Tapi, hakikatnya, saya jarang marah org. Kalo marah pun kejap jek kot...Tu pun msti ada sebabnya. Takkan tak pasal2 nak marah org plak....

Awak bagaimana?

p/s lari tajuk ke saya???

sonata anak kancil berkata...

Agak2 la ni ada tak sang bapak buat macam tu kat si anak kalau anaknya marah?

Brahim Nyior berkata...

Tinggi falsafah di sebalik entry kali ni. Tapi cerita tu sangat menarik.

Saya setuju, kalau marah, akan meninggalkan kesan, malah, sebenarnya marah menyebabkan kita jadi perengus, panas baran dan sensitif.

Petang tadi, seorang bapa telefon saya, marah-marah kerana pihak sekolah rampas gelang yang dipakai anaknya di sekolah.

"Saya baru balik dari KL, pecahkan kepala orang..." katanya sebelum memtuskan talian.

Saya menung.. Mengapa masyarakat hari ni mudah sangat mengugut dan bertindak ikut emosi?

Tak boleh mengawal marah, agaknya..

ONE ZABA berkata...

marah dan dimarah tu lumrah hidup. dulu masa ngajar di sekolah...sering marah-marah. tiada hari yang tanpa marah. dan tak kurang jugak kena marah dgn bos. tapi sejak dok ofis ni kurang sikit.

Tanpa Nama berkata...

Cikgu Jinggo,
Seronok rasanya bila membaca entri ni. Kalau dicuba pun bagus juga. hehe..

Teringat cerita pensyarah saya - Beliau menyediakan buku untuk marah. Beliau akan menulis dan menconteng apa yang buatkannya rasa marah dan geram. Bila dah lega, beliau akan berhenti menulis dan tutup buku tu. Katanya sekurang-kurangnya tiada hati yang beliau sakiti.

2_one berkata...

marah adalh sifat mazmumah..dari perspektif islamiknya,berwudhu,selawat,istigfar byk2,ia boleh myejukkan hati..sy prnh baca sbuah bku ttg mgawal re marah..kalau xsilap.jika kita sdg marah cuba ubah kdudukan kita.contoh,ketika itu kita rse marah time kita berdiri.so kita try duduk..rendahkan kdudukan kita..kalau marah time kita duduk,try kita baring.untk menurunkan rse marah..ye kot..

Unknown berkata...

puan tirana

dikala marah.
secara saintifik nya kita berada dalam gelombang delta..
untuk itu.
undur diri...
tarik nafas
masukkan oksigen....tukar gelombang otak...

macam kes saya......
menjadi mangsa ' keganasan ' mulut bertahun....
kesannya ada.....

Unknown berkata...

hai orang muda
addy.

marah dikaitkan
dengan sifat agresif yg kita ada..dalam kontek perhubunngan kita kena sama2 fikirkan kesannya.....

kerana marah itu - ada dalam diri kita - mari kita sama2 fikirkan buruk dan baiknya

Unknown berkata...

aryani

tahu kisah saya kan..
saya berhadapan dengan orang yg tak reti mengawal marah...
dalam sedkit hal..
terbaik.
diam
keluar dari situasi.

hari ini.
saya tak marah pada sesiapa.
marah pada diri sendiri
gamaknya........

he....cantiknya anugerah Allah.

Unknown berkata...

cgu sonata

madsudnya
bagi paku...
rasanya tidak ada orang yg senang berurusan dengan amarah ni...

sebagai guru pun kadang2 kita tidak dapat mengelak...

tapi ada keperluan pada ketikanya kan.....

Unknown berkata...

"Saya baru balik dari KL, pecahkan kepala orang..." katanya sebelum memtuskan talian.

yop brahim...

cgu2 lagilah kalau mahu dikumpulkan kisah makbapak marah - boleh dibukukan...
macamana tu.
bayangkan kalau dia nak pecahkan kepda orang...

masa di PLKN dulu - ada makbapak pada gangster....tunggu kat luar kem.
seminggu yop berkurung...

Unknown berkata...

cgu zaba

marah tu hak kita kan..
macamana kalau dunia tanpa marah.
sebab dengan marah...
kita jadi orang...

tetapi dalam kontek perhubungan sosial - kesannya berbeza.

Unknown berkata...

cgu zana

marah dan kita
fitrah....
sebab dekat USA ada latihan mengawal marah...
dikatakan : kaki pemarah ni pendek umur.sebab dia akan bernafas dengan laju - betul ke...

nanti saya kongsikan hasil pembacaan saya....

pendek umur

Unknown berkata...

izzati

satu perkongsian yg amat2 menarik....
kita cuba.
hari ini macam2 teori yg digunakan - sebab dihujung kesannya memang tidak baik..

skill mengawal marah harus dilebarkan....

Eco Kid Adventure on Facebook