Ahad, 26 April 2009

kisah pisang busuk

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari.
Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji.
Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam.
Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah.
Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat,
badan berbau busuk.
Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam.
Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk."Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.
Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci.Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati.. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.
DARI JINGGO

hak untuk memaafkan - ada pada kita
hak untuk membenci - ada pada kita
kita diberi pilihan : kita pernah mendengar -
memaafkan mungkin melupakan tidak mungkin.
kerana kita ada pilihan
pilih yang terbaik.

19 ulasan:

~Insan Biasa~ berkata...

ermmm...

ONE ZABA berkata...

pisang tu kalau buat lepat, pastu taruh inti kelapa. taruh pulak gula kabung ketul-ketul...fuuhhhh!!! tak makan nasik pun tak pa.

Unknown berkata...

cgu anis..

saya nak ke kebun.
pulau indah.
nak tengok pisang2 kat sana...
dah busuk agaknya....
he...

Unknown berkata...

dan lagi cgu one

pisang tu kalau di letakkan di saf belakang - masjid : hari jumaat pun ok.
patutlah kat gombak sehari dua ni ramai mat bangla duduk kat saf belakang..
ada pisang....

Tanpa Nama berkata...

Pisang berangan boleh buat jemput2 tak? Saya suka pisang berangan.... heheh

Moral pada saya, jangan simpan dendam sebab nanti dia akan menghantui hidup saya...Bila nak tido malam, dia akan mengilai tak sudah2

Unknown berkata...

puan aryani.

benci
maaf - hak kita...
ini karektor kita yg zahir dari pembentukan dari awal...
moral untuk kita...

maafkan orang lain
dan orang lain akan maafkan kita.

2_one berkata...

satu permainan yg menarik dan dalam maksudnya..permainan ini merupakan simulasi yg amat bgus jika diaplikasikan di sekolah..murid2 akn fhm betapa buruknya kesan menyimpan rse benci dan dendam dalam hati.kita boleh kaitkan dengan keberkesanan menuntut ilmu sekiranya hati suci bersih daripda perkara mazmumah ini..terapkan betapa peri pentingnya mnyulam dan myuburkan nilai murni dan prasngka baik dalam hati kpd murid2.mungkin dgn cara ini dpt mgatasi masalah disiplin spt gengterisme dll..

SRISUFI berkata...

Salam cikgu,

Cerita ini best.
Saya suka.

Biar salah MEMAAFKAN, jangan salah MENGHUKUM.


=)

Unknown berkata...

apa yang dapat dirumuskan, kalau kita ada benci seseorg, pilihlah untuk bersabar daripada membencinya, kerana org yg memilih utk bersabar ialah org yang memilih utk bahagia :)

buat pilihan yg terbaik, kerana kita sentiasa berada di antara 2 jalan yang bersimpang


~ila_luckygirl~

zuhdi berkata...

comel gambar tupai tu..
sebenarnya, memang tak bagus kita benci-membenci ni.
seingat saya, kita tak boleh benci pada manusia, tapi kita cuma boleh membenci perangainya..
maafkan saya kalau tersilap ye..

Tanpa Nama berkata...

Cikgu Jinggo,
Pada saya memaafkan orang lain adalah jalan yang terbaik - itu adalah cara yang paling mudah kita melupakan orang yang kita benci..

Unknown berkata...

izzati...

sebagai ' bakal ' guru ini mungkin sebahagian dari persedian
untuk kita sama2 tahu : banyak pendekatan dan cara lain untuk kita menyatakan yg hidup ini seharusnya diatur dengan cara yg begini dan begitu.....
membenci adalah sifat kita
memaafkan juga sifat kita
keduanya adalah persoalan QALBU.......

Unknown berkata...

sri

kita disini
bukan untuk dihukum
bukan untuk dihakimi
dan bukan untuk menhakimi...
kita disini..
untuk diajar
dan belajar....

terima kasih - salam perjuangan.

Unknown berkata...

ila...

kita ada pilihan...
kerana kita diberikan ruang itu.
pilih
kerana yg terbaiknya
kita hidup umpama main boomerang...
kita memberi dan menerima.

Unknown berkata...

bro zuhdi.

comelnya gambar.
sebab hidup zuhdi - jauh lagi.
amat jauh......
kita gunakan ruang ini yg terbaik kerana hidup ini bukan sekadar2nya

Unknown berkata...

cgu catzana..

terbaik memaafkan orang
dan bersangka baik dengan semua keadaan..

semuga kita dirahmatiNya dengan cerita yg begini...

ASYIQ berkata...

Jinggo,

cerita yg menarik......dalam maksudnya.

Nak memaafkan boleh tapi makan masa...mungkin lebih seminggu.

Macam paku yang ditusuk pada kayu...kalau dicabut pun sure ada bekas...kecuali luka yang tidak parah.

Unknown berkata...

cgu asyik

saya suka cerita paku....
nanti kita kongsikan...

~ a m a ~ berkata...

''kita mungkin memaafkan..
tapi bukan melupakan..''

x patut dianggap pkara biasa untuk x melupakan tp memaafkan. kemaafan yg sebenar bila kita x lagi menyimpan dendam dlm hati. jika mahu benar2 hati y bersih,kemaafan mestilah seiring dgn melupakan.
kerana -
'tidak melupakan' itu sebenarnya kata yg lebih halus n sama erti dgn dendam wlwpn tlh memaafkan..
sbg manusia biasa, cubalah utuk benar2 memaafkan kesalahan org lain walau pn susah.kerana memaafkan org lain natijahnya lebih indah dan dpandang mulia di sisi Nya..

Eco Kid Adventure on Facebook