Isnin, 27 April 2009

pujuk diri - tidak ada kurangnya kita...

Kita semua mengetahui bahawa sesungguhnya manusia itu tidak sempurna,
segalanya memiliki kelebihan dan kekurangan. Maka, sebaiknya perbedaan yang ada janganlah jadi pertentangan diantara kita, bahkan justru sebaliknya;
perbedaan itu diciptakan untuk saling melengkapi.
Dan, janganlah kita terlalu mengasihani diri sendiri; jika kita memiliki suatu kekurangan, maka janganlah kita menganggap diri kita ini lemah, anggaplah kita ini hanya sedikit berbeda dari yang lainnya.
Kerana setiap orang juga pada dasarnya berbeda dan memiliki kelemahan atau kekurangan.Fokuskanlah diri pada hal-hal yang mampu kita lakukan, bukan pada kekurangan kita.
Fokuskan pada kelebihan kita dan bangunlah kekuatan untuk meraih kejayaan.
Janganlah terlalu merenungi diri, mengasihani atau bahkan mengurung diri dari kenyataan hidup, kerana hal itu tidak akan membantu sama sekali.
Bertindaklah dan jangan takut berbuat kesalahan, kerana dengan bertindak bererti kita sudah mengatasi kelemahan diri kita dan membangkitkan potensi terbaik diri kita.
Hal tersebut sangat berguna bagi kita untuk meraih hal-hal terbaik dalam hidup ini.Bersyukurlah atas keadaan kita. Tuhan maha tahu atas diri kita, dan kita sebaliknya tidak dapat mengetahui apa yang direncanakan-Nya.
DARI JINGGO
kerana kita dizahirkan dengan berbagai anugerah @ potensi - kita sering2 terperangkap dengan cerita diri sendiri.
Yang kadang2 mungkin tidak banyak membantu diri untuk naik ke atas.
KERANA KITA ADALAH APA YG KITA PERCAYA
KERANA KITA ADALAH APA YG KITA FIKIRKAN
zahirnya kita adalah sesempurna insan yang dizahirkan.
hidup ini semuanya dikaitkan dengan pilihan demi pilihan

6 ulasan:

Mak Su berkata...

tq ek :)

Unknown berkata...

mak su

kita dizahirkan sesempurna Insan
yang berbeza
apa yg kita percaya.....

Tirana berkata...

Setuju dengan apa yang Jinggo tuliskan... Kadang-kadang kelemahan itu menjadi kekuatan pada kita..Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia..

Unknown berkata...

betul tu puan

kadang2 bisikan suara2 kecil menjadikan kita tidak keharuan...
semuga kita berjaya mengujudkan fliter dlm diri..

Dearie Pearls berkata...

"KERANA KITA ADALAH APA YG KITA PERCAYA
KERANA KITA ADALAH APA YG KITA FIKIRKAN"

Maksud yang dalam..
Jom ubah cara berfikir kerana sebelum kita bertindak mengubah diri, cara pemikiran kita yang terlebih dahulu kita ubah..

Unknown berkata...

LoL

kerana itu.
duduk
tenang
masukkan yg baik2 untuk di install....
kerana kita akan bergerak berdasar apa yg kita fikirkan....

Eco Kid Adventure on Facebook