Selasa, 28 April 2009

kita berpesta lagi....

maruah diri seorang ialah suatu yg sangat dipelihara oleh Islam.
Kemulian maruah manusia yang dipelihara dengan baik oleh syariah , terjelma menerusi pelbagai peruntukkan syarak yang disandarkan dengan nas2 yg berautoriti.
Ancaman utama kepada maruah seseorang ialah sesuatu yang menghina dan menjatuhkannya. Cara untuk menjatuhkan maruah seseorang adalah dengan cara - mengintip , mengintai , meneropong , menyelidik , mengekori ,
menyiasat kehidupan peribadi seseorang.
MENCARI2 APAKAH ARANG HITAM YANG BOLEH DICONTENG
KE WAJAH EMPUNYA DIRI.
bahan ini akan dijaja.
Maruah orang yg disasarkan akan di robek - robekkan , imejnya dicarik , ceritanya didedahkan dan aibnya diperkatakan.Dilumur nista , direjam dengan kata2 dan ditokok tambah adunannya.
semua ini ditentang secara tegas oleh Islam
Ibn Umar meriwayat dalam satu Hadis : Rasullah s.a.w. pernah berkata
' wahai kelompok manusia yang telah memasuki Islam dengan lidahnya sahaja tidak dengan hatinya, maka jangan menyakitkan hati orang Islam yang lain.Dan jangan menaibkan ( menhina ) mereka dan jangan mengintip aurat mereka.Maka sesungguhnya , sesiapa yang mengintip aurat saudara Muslimnya , maka Allah akan membuka auratnya dan sesiapa yang dibuka auratnya oleh Allah maka Allah akan mendedahkan auratnya walaupun dia berada di kediamannya
KITA BINCANGKAN SECARA ILMIAH.
kita akan berpesta lagi.pesta membuka ' aurat ' masing2.
ada sekelompok kita - memang menzahirkan secara praktikal kerjanya ada mencari dan menjatuhkan aib orang lain - dalam apa bentuk sekalipun dihujung....
orang ini mesti diaibkan.
dihujungnya apa yang kita akan dapat.
KEPUASAN DIRI DAN KELOMPOK
dihujungnya kita meranapkan satu lagi sistem.
pastinya : kita masih dikiblat yang sama.

untuk kita fikirkan....

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar.
Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai
kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu: Oh, awak nak tahu ke?. Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar: Baiklah... apa yang saya harus buat?
Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu: Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.
KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi.
Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas

Isnin, 27 April 2009

pujuk diri - tidak ada kurangnya kita...

Kita semua mengetahui bahawa sesungguhnya manusia itu tidak sempurna,
segalanya memiliki kelebihan dan kekurangan. Maka, sebaiknya perbedaan yang ada janganlah jadi pertentangan diantara kita, bahkan justru sebaliknya;
perbedaan itu diciptakan untuk saling melengkapi.
Dan, janganlah kita terlalu mengasihani diri sendiri; jika kita memiliki suatu kekurangan, maka janganlah kita menganggap diri kita ini lemah, anggaplah kita ini hanya sedikit berbeda dari yang lainnya.
Kerana setiap orang juga pada dasarnya berbeda dan memiliki kelemahan atau kekurangan.Fokuskanlah diri pada hal-hal yang mampu kita lakukan, bukan pada kekurangan kita.
Fokuskan pada kelebihan kita dan bangunlah kekuatan untuk meraih kejayaan.
Janganlah terlalu merenungi diri, mengasihani atau bahkan mengurung diri dari kenyataan hidup, kerana hal itu tidak akan membantu sama sekali.
Bertindaklah dan jangan takut berbuat kesalahan, kerana dengan bertindak bererti kita sudah mengatasi kelemahan diri kita dan membangkitkan potensi terbaik diri kita.
Hal tersebut sangat berguna bagi kita untuk meraih hal-hal terbaik dalam hidup ini.Bersyukurlah atas keadaan kita. Tuhan maha tahu atas diri kita, dan kita sebaliknya tidak dapat mengetahui apa yang direncanakan-Nya.
DARI JINGGO
kerana kita dizahirkan dengan berbagai anugerah @ potensi - kita sering2 terperangkap dengan cerita diri sendiri.
Yang kadang2 mungkin tidak banyak membantu diri untuk naik ke atas.
KERANA KITA ADALAH APA YG KITA PERCAYA
KERANA KITA ADALAH APA YG KITA FIKIRKAN
zahirnya kita adalah sesempurna insan yang dizahirkan.
hidup ini semuanya dikaitkan dengan pilihan demi pilihan

Ahad, 26 April 2009

kisah pisang busuk

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari.
Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji.
Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam.
Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah.
Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat,
badan berbau busuk.
Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam.
Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk."Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.
Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci.Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati.. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.
DARI JINGGO

hak untuk memaafkan - ada pada kita
hak untuk membenci - ada pada kita
kita diberi pilihan : kita pernah mendengar -
memaafkan mungkin melupakan tidak mungkin.
kerana kita ada pilihan
pilih yang terbaik.

Sabtu, 25 April 2009

harapan kami kepada PakCik Najib




hari ini kami ingin menyatakan komitmen kami
terhadap Alam Sekitar
kita biasa mendengar kita tidak mewarisi bumi ini dari nenek kita
kita hanya meminjam dari anak cucu kita..
LANGIT SUDAH HILANG BIRUNYA
SUNGAI MENGALIR UMPAMA LONGKANG2 BESAR...

apa lagi yang mahu kami dan kita harapkan...
satu pendekatan lain diharapkan untuk mempastikan kami dan anak cucu kami terus hidup secara harmonis bersama Alam Sekitar
SELAMAT HARI BUMI
terima MBPJ kerana komitmen berterusan untuk terus mempastikan kesinambungan kita hidup bersama alam

Jumaat, 24 April 2009

kerana seorang...

" Esok setiap satu keluarga di kampung ini mesti menyumbang semangkuk susu untuk membantu askar2 kita yang sedang dalam perjalanan nenuju ke medan perang. " kata seorang penghulu pada satu perhimpunan.
Tidak banyak , hanya semangkuk susu.
Saya akan letakkan sebuah tempayan besar dihalaman rumah saya pada petang esok. Kamu semua boleh menuang semangkuk sus yang dimadsudkan mulai petang ini sehingga awal pagi esok. Tentera kita akan sampai sebelum tengahari dan dapatlah mereka minum sebelum meneruskan perjalanan.
Ah aku akan bawa hanya semangkuk air dan tidak ada sesiapa yang tahu bila aku campurkan dengan susu yang banyak dalam tempayan tu.
BISIK SEORANG PENDUDUK
kalau aku tuangkan semangkuk air tidak akan menjejaskan apa2.
DETIK RASA SEORANG PENDUDUK YANG LAIN
ESOKNYA
alangkah terkejut si penghulu dan seluruh penduduk kampung bila yang terkumpul di dalam tempayan itu bukanlah susu tetapi setempayan air
kita fikirkan.
DISEBABKAN SEORANG KITALAH HARI INI KITA TELAH MEMBUANG SAMPAH YANG CUKUP KALAU TIDAK DIPUNGUT 9 1/2 HARI MAMPU UNTUK MENJADIKAN - SEBUAH LAGI MENARA SAMPAH SETINGGI KLCC.
SELAMAT HARI BUMI
dan ini yang ditinggalkan
KAMI AKAN BERSAMA MBPJ UNTUK KOMITMEN SETERUSKAN
KEM KESEDARAN ALAM SEKITAR.

Khamis, 23 April 2009

berbosskan SADDAM HUSSIEN...

ini ada satu cerita yang mungkin kita boleh jadikan panduan dan sempadan.
seorang kawan - hadiahkan saya sebuah buku yang menarik
SADDAM HUSSEIN & FAMILY.
ini manusia hebat - mencatur manusia dengan KETAKUTAN.
semua nampak cantik - dengan ketakutan yang diperkenalkan.
perubahan manusia Iraq seketika atas dasar ketakutan.
dikatakan : Pasukan BolaSepak Iraq diberi amaran oleh Uday Hussein
KALAH BERMAKNA HILANG KUKU....
itu kehebatan motavasi takut
SEJAUH MANA BERKESANNYA MOTIVASI TAKUT.
memang berkesan untuk jangka yang pendek.
TENGOK APA BERLAKU DI IRAQ SEKARANG
TENGOK APA BERLAKU DI SINGAPORE..
takut buang sampah di negara sendiri
BUANG SAMPAH DI NEGARA ORANG LAIN...tanya orang Johor.

dan hari ini - saya bergerak sejauh 60 km hari ini - untuk ambil cek dari Program yang sudah dijalankan - sukses - disebab GuruBesar hanya ada satu keputusan - semua urusan adalah tanggungjawab saya.cgu2 lain tidak berani angkat muka - dan saya tidak berani menyanggah - tunggu - tunggu - GuruBesar hanya kat bawah - tidak ada sesiapa berani panggil - tunggu lagi - akhirnya balik - 60 km lagi - balik - disebabkan tidak ada sesiapa yang berani sanggah GuruBesar....
sejauh mana tindakan ini betul
betul - untuk melihat perubahan dalam jangkamasa pendek
tidak betul - untuk melihat perubahan dalam jangkamasa yg panjang
SEMUA PERUBAHAN BERLAKU ATAS DASAR TAKUT.

moral untuk kita.

memang pendekatan motivasi takut begini berkesan untuk satu tempoh yang pendek - selalu yang menjadi ' ketidakcantikan ' pendekatan ini - bila mana pemberi motivasi hanya menyalur motivasi hanya pada satu arah.
SEMUA HARUS BEGINI.
pemberi motivasi begini hanya ada satu jawapan
AKU YANG BETUL.
Eco Kid Adventure on Facebook