Selasa, 31 Mac 2009

mencari bahagia bersama ustaz pahrol

Tidak perkara lebih menarik dari duduk dan bercerita panjang dengan orang sehebat ini disatu pertemuan yang tidak di rencanakan....
dari ArQam sehingga ke ESQ ke Pak Lah.
kinilah tuan - saya satu diantara jutaan orang yang amat2 bersimpati dengan semua perjuangan untuk menegakkan hukum Allah diatas mukabumi.mungkin laluan kita berbeza tapi dihujungnya kita ada matlamat yang sama.
pertemuan kami diakhiri dengan TALK dari Ustaz Pahrol -
Ketenangan Jiwa dari Perspektif Islam
DIMANA KEBAHAGIAN YANG DICARI
dan tentunya setiap kita ada tafsiran tersendiri tentang bahagia.
HARTA.PANGKAT.KUASA.CANTIK.
mungkin sebahagian dari yang kita KATAKAN
TAPI BAGAIMANA
dengan orang yang memang dah ada semua.
LADY DIANA.MICHAEL JACKSON.BRITNEY SPEARS.
( sengaja mengambil contoh di luar lingkungan kita )
apa yang mereka tidak ada.
kenapa tidak bahagia
TAPI DIMANA BAHAGIA YANG DICARI....
tapi dimana bahagia yang dicari
ini dikaitkan dengan persoalan QALBU
yang tentu tidak mudah mahu dilentur

berdamailah

pergaduhan , pertengkaran dan konflik antara pasangan kekasih ataupun suami isteri meninggalkan kesan buruk pada hati dan perasaan kedua2 belah pihak.
lazimnya orang bertengkar akan terdorong mengucapkan kata-kata yang amat menyakitkan hati pasangannya.
disebabkan perasaan sakit hati itu terdorongnya kecenderungan untuk menhukum satu sama lain kerana hendak memuaskan hati masing2.
Menurut pakar2 psikologi lelaki dan perempuan
mempunyai cara2 sendiri apabila menghukum pasadangan.
lelaki cenderung ' menarik diri , dimana mereka tidak mahu lagi bercakap2.
perempuan pula cenderung merajuk , menekan , menarik muka masam , menyindir , tidak mahu senyum...
NAMUN HUKUMAN TIDAK AKAN MENYELESAIKAN SEBARANG MASALAH
HUKUMAN JUGA TIDAK MENOLONG PROSES BERDAMAI.
MALAH HUKUMAN AKAN MEMPERCEPATKAN PROSES KEROSAKAN.
kalau ada niat untuk berdamai - hentikan HUKUMAN.
untuk berdamai.
apabila pasangan anda mahu berdamai - jangan pura2 tidak sudi. tindakan ini akan memberi risiko yang mana pasangan anda akan melupakan terus keinginan untuk berdamai.
apabila anda mahu berdamai - berhenti tabiat suka mencari
salah pasangan anda.
apabila mahu berdamai - hentikan menggunakan bahasa negetif.
( tukar bahasa negetif kepada positif - bahasa pengiktirafan , penghargaan , pujian dan sanjuangan )
Sudah berdamai
jangan bercakap melainkan tentang hari ini dan hari esok. jangan diukit perkara2 yang menyebabkan konflik.
ADA KAJIAN MENYATAKAN
ANTARA PERKARA YANG BANYAK DISEBUT OLEH LELAKI TERHADAP BEKAS ISTERI MEREKA IALAH BAHAWA ISTERI MEREKA TIDAK TERSENYUM LAGI
jadi senyumlah - walaupun susah
UNTUK ITU
jadi orang pertama yang memulakan langkah untuk berdamai.

Isnin, 30 Mac 2009

kita kongsikan cerita ini

kesibukan kita mengatur bagaimana untuk mempasti aku menang - ko kalah menjadikan kita tidak sedar - yang kita semakin kehilangan.
Telah bersabda Nabi Muhamad SAW yang maksudnya:
" Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga.
Adapun yang berharga itu ialah...
Akal, Agama, Malu dan Amal soleh.
Maka....
Akal boleh hilang disebabkan marah.
Agama boleh hilang disebabkan dengki.
Malu boleh hilang disebabkan tamak.
Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan
suka menceritakan keburukan orang lain.

Manusia akan menghadapi empat penarikan antaranya:-
Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
Para ahli waris akan menarik hartanya.
Ulat akan menarik tubuhnya.
Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di
hari kiamat iaitu AMALNYA.

Dari Ali r.a yang bermaksud:
Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:
Memberi maaf pada waktu marah.
Suka memberi pada waktu susah.
Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang
diharapkan sesuatu darinya
.

Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud:
Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:
Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua @ orang lama).
Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana@musibah.
Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.

perubahan yang kita inginkan


terdapat seorang lelaki yang suka berjalan kaki pada waktu pagi di tepi pantai. Dia melihat dialunan ombak membawa bersama sama beratus2 ekor tapak sulaiman dan apabila air surut , mereka ditinggalkan dipersisiran pantai dan bila terbitnya sinar matahari pagi mereka akan mati. Air pasang pagi sungguh segar dan tapak sulaiman hidup.

Lelaki itu melangkap kehadapan beberapa tapak , mengambil seekor tapak tapak sulaiman dan mencampak ke dalam air. Dia melakukan beberapa kali.
Dibelakangnya terdapat seorang lagi yang hairan dengan apa yang sedang dilakukannya
Dia menhampiri dan bertanya
APA YANG KAMU LAKUKAN
TERDAPAT BERATUS2 TAPAK SULAIMAN
BERAPA BANYAK YANG DAPAT KAMU BANTU
APA KAH BEZANYA
lelaki itu tidak menjawab , menapak dua langkah lagi.mengambil lagi tapak sulaiman dan mencampak ke laut , dan berkata :
IA AMAT BERBEZA BAGI SEEKOR INI.
apakah perbezaan yang kita lakukan.besar atau kecil - ianya tidak menjadi persoalan. jika setiap orang membuat perubahan kecil , kita akhirnya akan membuat satu perubahan besar !
persoalan kita.
apakah perubahan yang kita inginkan dari sedikit sumbangan ini.
semuga dihujung kita tahu : bila kita sesama jadikan sumbangan dan perubahan yang diinginkan dalam bentuk ibadah - apa lagi yg mahu kita persoalkan.

Ahad, 29 Mac 2009

buku dan kita

buku dan kita
MEMBACA DAN BUKU
kenapa buku di adakan
mungkin tidak lain adalah untuk menyimpan segala hasil :
mungkin bacaan
mungkin kajian
mungkin panduan
dan segalanya mungkin
BIJAK PANDAI TERDAHULU DAN KINI
UNTUK DIBACA.
UNTUK DISEBARKAN.
dalam satu kajian besar tentang MEMBACA DAN BUKU.
memang PAYAH untuk mengajak orang KITA duduk dan seterus membaca.
kenapa
TIDAK ADA BUKU UNTUK DIBACA
TIDAK ADA MINAT UNTUK MEMBACA
TIDAK ADA BUKU YANG SESUAI UNTUK DIBACA.
( berdasarkan minat )
semuanya ini sudah menjadi satu INGATAN besar kepada TAUKEH2 buku.
BUAT DAN TULIS BUKU BERDASARKAN APA YG ORANG NAK BACA.
hiburan.cerita hantu.cerita panas.cerita gossip.cerita angkat tilam.cerita kahwin cerai.
ORANG AKAN BELI.
buku2 motivasi
DIBACA ATAS KEPENTINGAN
( ini kajian )
MEMBACA - KERANA
minat
mengisi masa lapang
terpaksa membaca ( exam + mengajar )
Kerana itu sudah menjadi satu cerita yg dikongsi2 dikalangan taukeh2 buku.
Maka lahirlah buku2 yang ..
kecil pasaran
kecil kajian
BUAT BERDASARKAN APA YANG BOLEH JUAL.

u can win - sebuah buku yang amat2 hebat untuk dimiliki.

Sabtu, 28 Mac 2009

hari ini adalah hari2



kita biasanya dengan
HARI GURU
HARI BAPA
HARI WANITA
HARI PEKERJA
dan HARI- HARI
tapi kita mungkin tidak biasa dengan
HARI BUMI
HARI ALAM SEKITAR
HARI HABITAT SEDUNIA
HARI AIR
HARI PERHUTANAN
HARI KITAR SEMULA
itu cerita hari2 yang kita tahu.
kenapa ada hari2 tersebut
untuk mencetuskan penghargaan kita.
DAN MALAM INI
seakan2 kami mahu menyiakan
DUNIA INI SEAKAN MAHU MENYATAKAN - YANG KITA TELAH TERLALU LAMA MEMPERSIA2KAN KHDMAT BUMI SELAMA INI.
kita membiarkan
sungai mengalir umpama longkang2 besar
langit yang biru kita hitamkan
hutan yang hijau kita ungukan...
Persoalan kita
Kenapa HARI - HARI itu tidak menjadikan kita lebih tahu dan sedar.
kenapa HARI - HARI ini tidak menjadikan kita lebih
berkeinginan untuk tahu dan tahu...
SEMUGA SEMPENA HARI2 TERSEBUT
kita lebih tahu.
kita tidak mewarisi bumi ini dari nenek moyang kita
kita hanya meminjam dari anak cucu kita
DUNIA YANG BAGAIMANA YANG MAHU KITA PULANGKAN.

eeee....lilin.bestnya !!!!

Cahaya dan kisah dulu2.
mungkin hari ini berpeluang untuk duduk dengan kawan2 -
hanya bertemankan CAHAYA yang dinyalakan begini adalah sesuatu yang asing
kepada anak2 yg makan burger begini.
SERONOK
mungkin tidak kepada anak2 yg zahir
dikala mak & ayah masih menyalakan minyak tanah
untuk memberikan CAHAYA.
dan hari ini tentunya ramai yang sesekali tersenyum..
YANG KITA PERNAH MENIKMATI CAHAYA DARI LAMPU MINYAK TANAH

kepada anak2 dari SS17 , Subang Jaya - terima kasih kerana bersama kali -
ada satu perkara lagi yang cgu jinggo belajar.
RUPANYA BUDAK2 NI TAK PERNAH ' BERMAIN ' DENGAN CAHAYA YANG LAIN..

MALAM INI MARI KITA SESAMA ' HILANGKAN ' CAHAYA.

Jumaat, 27 Mac 2009

perubahan yang kita inginkan

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta ahli- ahli parti itu menanam keazaman ‘untuk berubah’ sambil disusuli dengan langkah berani melakukan perubahan dalam diri sendiri jika mahu melihat UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus berkuasa pada pilihan raya umum akan datang.
PERSOALAN KITA.
suka atau tidak manusia berubah
kerana
MANUSIA AKAN MENENTANG PERUBAHAN
dalam apa bentuk sekali pun itulah manusia.
keinginan untuk berada dalam zon selesa
perubahan memerlukan komitmen
perubahan memerlukan disiplin
MENURUT SHEV KERA DALAM BUKU HEBATNYA
u can win
manusia akan berubah
kalau
Sakit @ derita dengan apa pelakuannya hari ini.
bosan dengan pelakuan hari ini
hidayah dari Allah
BERDASAR KEPERLUAN HARI INI.
kita kena berubah
bagaimana untuk berubah
INI YANG DIBEZAKAN OLEH
ORANG YANG ADA KEINGINAN
ORANG YANG ADA HARAPAN
orang yang ada keinginan meletakkan yang aku MESTI berubah
orang yang ada harapan - berharap.........
AKHIRNYA
perubahan harus bermula dari diri sendiri
kerana kita adalah apa yg kita fikirkan.

Khamis, 26 Mac 2009

KITA MAHU DIKENANG SEBAGAI APA.....

Kira – kira 100 tahun dahulu , seorang lelaki membaca suratkhabar pada waktu pagi sabtu dia terkejut dan sangat gerun, terbaca namanya terpampang di ruang obituari ( tahziah kematian ).
Surat khabar tersebut telah melakukan kesilapan dengan membuat laporan kematian orang yang masih hidup.
Tindakbalas spontan lelaki itu adalah terkejut !
Adakah saya di sini atau di sana ?.
Apabila dia kembali tenang, dia berfikir untuk mengetahui apa orang lain kata tentang dirinya. Obtuari itu bertulis “ Kematian Raja Dinamit “ dan “ Dia adakah orang yang memperdagangkan kematian “Lelaki itu merupakan pelabur dinamit dan apabila terbaca perkataan “ memperdagang kematian “ dia bertanya pada diri.
“ Adakah ini caranya saya akan dikenang nanti “.
Mulai dari itu lelaki itu insaf dan dia mula bekerja memperjuang keamanan.Nama beliau adalah ALFRED NOBEL
beliau dikenang hari ini dengan HADIAH NOBEL
KITA MAHU DIKENANG SEBAGAI APA.
Peminpin dan Kepimpinan -
ada orang yang mahukan KUASA untuk BERKUASA.
ada yg mahukan KUASA untuk BERSOSIAL
apa yg berlaku hari ini - itu lah cerita.

KITA MAHU DIKENANG SEBAGAI APA.
ini yang mahu saya tinggalkan
ILMU YANG MAMPU DAN BOLEH DIKONGSI.

Rabu, 25 Mac 2009

kita dizahirkan untuk mencintai...

ini juga kerana CINTA kepada seorang sahabat - one zaba.
Dulu - dizaman mak dan ayah tidak perlu ada banyak persoalan bila dikaitkan dengan cinta jodoh dan kahwin
KENAPA
mungkin perubahan persekitaran
yang belum ada itu dan ini
yang menjadikan mak dan ayah jadi macam2.
HARI INI KEADAAN BERBEZA
cinta.jodoh.perkahwinan harus dilihat dari sudut berbeza.
ILMU MENGENAI PASANGAN HARUS DIJADIKAN
satu lagi ' sukatan pelajaran ' dalam perkahwinan
KERANA - CINTA ITU
TRUST
sebagaimana kata puan aryani - kepercayaan.saling percaya mempercayai dan kesedian untuk berada dalam zon ini secara jujur.
RESPECT
ini asas kepada sesebuah perhubungan seterusnya.bagaimana mahu meneruskan perhubungan seandainya dicabut rasa dan perasaan ini.
ADMIRE
mengagumi pasangan kita - pada buruk dan baik.kerana fitrahnya begitu.manusia suka dianggap penting pada semua keadaan.kuasa puji pujian.
CARE
semuanya bermula disini.kerana kesediaan untuk memberi dan penerima.
kita disini untuk mencintai dan dicintai.

Selasa, 24 Mac 2009

kita akan kongsikan...

jalan2 menghabiskan petang yang suram
terjumpa buku ini
CINTA JODOH DAN PERKAHWINAN
kajian Potensi Dinamik
berdasarkan kajian Numberlogi dan Metafizik
SAYA PETIK AYAT INI - KERANA YANG LAINNYA KITA AKAN KONGSIKAN
Dulu Aku Buta Tengtang Cinta
Aku Sangka Cinta Itu Sepatutnya Buta
Hakikatnya Cinta Itu Celik dan Lebih Berkesan
APABILA
Cinta Itu Celik
APABILA
Aku Celik Tentang Cinta

kerana kita adalah apa yg kita fikirkan....

mungkin jauh dari kesedaran kita
akan besarnya
KUASA YG DI BERIKAN KEPADA KITA.
kita tidurkan semahunya anugerah ini.
kita abaikan - mungkin jauh nya
ILMU INI DARI KITA
penggunanaan MINDA DIBAWAH SEDAR
yang akan menjadikan kita sebagaimana kita mahu
kerana
KITA ADALAH APA YANG KITA FIKIRKAN
padi yang kita tanam - padilah yang kita akan tuai.
Minda Sedar + Minda dibawah Sedar - itulah yang kita zahirkan.

kita berpeluang untuk memulakan teori yang berjaya membangunkan ramai.
kuasanya adalah
PENGGAMBARAN
luangkan 20 minit setiap pagi dan malam untuk bersantai dengan gambaran matlamat kita
kenapa pagi dan malam - diwatu ini otak dalam bentuk gelombang alpha
lakukan perbuatan ini secara santai terutamanya sebelum tidur
lupakan segala kekusutan - rehatkan badan
bayangkan apa matlamat anda
pastikan kita menguasai pembayangan tersebut
bayangkan kita sudah dapat matlamat impian tersebut.

TEORI INI TIDAK MUNGKIN AKAN BERJAYA
kalau kita tidak
PERCAYA
DOMINASIKAN

sebab kita adalah apa yg kita percaya.

Sekadar pandangan jinggo
saya mendominasi teori yang menjadikan kita pada apa yg kita fikirkan - dalam banyak hal secara jelasnya saya mulakan dari APA YG SAYA FIKIRKAN.dan seterus PERCAYA dengan apa yang kita fikirkan.
TAKUT kita fikir - TAKUT lah yg kita akan dapat
MENANG kita fikirkan - MENANG lah yang kita akan dapat
DAN SETERUSNYA.
JADI BERHATI2 DENGAN APA YG KITA FIKIRKAN.
kita akan didorong untuk mencapai apa yg kita fikirkan.


Isnin, 23 Mac 2009

kita bukan orang hutan - bahagian 2

seronoknya tidur
dan menyelesaikan tidur dan tidur
dah seminggu riuh dengan suara budak2
sehabis ' meeting ' dengan kawan kat Pusat Pendidikan Alam Sekitar Boh Cameron
terus ke Rumah Persekutuan untuk tidur.
CALL CGU ONE ZABA
untuk teh tarik hari ini.
TIBA2 SEMUA TERGANGGU.
cuti ini menjadi cuti yang macam tak cuti lagi
ini semua GARA GARA ADA ORANG YG SEMAKIN TIDAK TAHU
YANG KITA BUKAN ORANG HUTAN....
beberapa projek bersama sebuah
JABATAN KERAJAAN
terpaksa di tunda - sebab KOMITMEN.
dan paling pastinya
KETIDAKMAHUAN UNTUK TAHU : MENGURUSKAN MASA.
bila Jabatan Pendidikan menyatakan itu dan ini
dan lewat ni....
seterusnya call - jinggo
MASA
semua orang tahu yang masa tidak boleh kita kostan.
yang berlalu terus berlalu
ada kalanya kita tercicir
sebab mungkin sengaja mahu mencicir.
KERANA KITA BUKAN ORANG HUTAN
ada dikalangan kita memang menjaga masa
dan bagaimana kalau berkerja dengan orang yg tidak tahu menguruskan masa
ADAKAH KITA MAHU BERKOMPROMI
DENGAN KEGAGALAN.
jawapan.
saya tidak akan berkompromi dengan kegagalan
orang yg lewat @ sengaja melewatkan diri harus ditinggalkan
hari ini untuk naik keatas - komitmen + disiplin harus dihadapan.
tapi bagaimana kalau semua ORANG2 yang berurusan LAMBAT.
ADAKAH KITA JUGA HARUS LAMBAT

Sabtu, 21 Mac 2009

cina dulu cina hari ini




Orang cina dulu dan Orang cina sekarang
kita memang selalu ada gambaran sendiri bila mempersoalkanan tentang Bangsa Cina yang kita tahu mendominasi banyak hal.
itu fakta yang seakan2 sudah diatur dan dicaturkan
dan kita terus terusan melihat itulah Bangsa Cina.
Kita ada Tafsiran
hari ini - berdasarkan pengalaman - saya menulis
INILAH BANGSA MALAYSIA
cina yg yang tidak mengikiskan sedikit pun keperluan untuk tahu bercakap.menulis dan membaca dalam Bahasa Cina
tetapi cina yang TAHU tentang orang Melayu dan Malaysia.
Keupayaan untuk menguasai Bahasa Malaysia disamping keupayaan untuk tahu meletakkan diri yang betul ditempat yang betul.

Bersama kalian - remaja Cina
UNTUK MELIHAT KEPIMPINAN HARI ESOK
LIHAT REMAJA HARI INI.
bersama SKJK Chong Wah
mempersoalkan -bagaimana untuk menjadi seorang Peminpin yang baik.
Kita rungkai satu persatu.
Dari persoalan imej.karektor seterusnya kemahiran yg perluan dikuasai
TERIMA KASIH ARON.BENJAMIN KERANA KALIAN MEMPASTIKAN SEMUA....
DILUAR JANGKAAN SAYA.
itu cina hari ini.
seterusnya lihat

Rabu, 18 Mac 2009

kerana kita bukan orang hutan...


siapa aku dalam kumpulan ?
Apakah peranan aku ?
Bagaimana orang lain lihat tentang peranan aku ?
Adakah aku disini memimpin atau mengikut sahaja ?
Adakah aku dinilai dan dihargai oleh kumpulan ?
Adakah aku dapat mempengaruhi kumpulan ini ?
Adakah matlamat aku bersama kumpulan ini ?
Adakah matlamat aku sama dengan kumpulan ini ?
Apakah manafaat yang dapat aku perolehi dari kumpulan ?
APA YANG PENTING.
KERJASAMA.
kerana kita makhluk sosial yang tidak boleh hidup sendiri.
dimana kita berkumpul
kumpulan yang disertai secara tidak sukarela
kumpulan yang disertai kerana untuk memenuhi sesuatu keperluan
kumpulan yang disertai secara sukarela
kumpuan yang disertai secara tidak disedari.....
seperti semasa menonton bola di stadium
PERSOALAN KITA
sejauh mana kemampuan kita untuk duduk dalam kumpulan yang mampu memberi manafaat bersama. dilihat dari senario terakhir :
ada semacam satu kesukaran pada sebilangan kita untuk duduk secara harmonis dalam kumpulan. ini dikaitkan dengan fitrah manusia itu sendiri - suka dan senang dengan orang yang sama NILAI dengan kita.
disebab itulah.
cgu berkawan dengan cgu
doktor berkawan dengan doktor.
mat rempit kawan dengan mak rempit
mat auuu.....berkawan dengan mat auuu.....
orang cantik berkawan dengan orang cantik
orang kaya berkawan dengan orang kaya...
YANG SELEBIHNYA - kita fikirkan.
keinginan untuk keluar dari fitrah itu memerlukan ilmu dan kemahiran.....

Isnin, 16 Mac 2009

cgu2 hari ini......

Samada kita sedar atau pun tidak : keperluan dunia pengajaran hari sudah berbeza. cgu2 yang digambar ( membawa rotan dan merotan ) mungkin sudah semakin tidak praktikal dengan keperluan hari - pelajar dan perubahan harus dilihat dari kontek yang berbeza.
ini sebahagian dari cerita tersebut - cgu2 yg meletakkan jiwa ( barangkali ) untuk melihat pelajar menjadi...berdasarkan keperluan.
cgu 2 yg boleh menari - bersinggul - bergurau - seterusnya
duduk sama tinggi dengan pelajar.
terima kasih kepada sebarisan cgu yg menjadikan pertemuan kita amat cantik.


ini mungkin sebahagian dari cerita diatas
orang2 yang meletakkan jiwa untuk melihat sebahagian orang menjadi orang.


Terima kasih kepada Guru Penasihat Pusat Sumber SMK Sg Besi - kerana komitmen 100 % menjadikan Kem Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber menjadi dibikin dalam keadaan yang amat cantik.

dan terima kasih kerana bantuan kalian - jinggo dan rakan2
mario.bayam dan tomato
kerana kita sebahagian dari perubahan ini.

Jumaat, 13 Mac 2009

Kelantan lagi.....

KOTA BHARU 12 Mac – Seorang anak nelayan, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, mencatat sejarah dalam pencapaian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila memperoleh A dalam 20 mata pelajaran yang diambil.Pelajar Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu yang bercita-cita menjadi ahli fizik itu memperoleh 19 1A dan 1 A2.Dia berusaha mengambil kesemua mata pelajaran itu dengan alasan untuk mencabar keupayaan dirinya sendiri dalam menimba ilmu pengetahuan. -
Tahniah Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, terbukti pelajar Sekolah Menengah Agama malangnya beritanya ringkas sangat, tidak keluar di headline dan tiada liputan besar-besaran macam adik Amelina dulu yang dapat 17A1.
Pantai Timur lagi. Madsudnya kalau mahu diukur dari bilangan A -
pelajar dari Pantai Timur mengungguli - kenapa.
teringat satu kajian yg dibuat oleh UKM -
kesan pencemaran udara dan kesan terhadap perkembangan pelajar.
Kajian di buat di dua kawasan -
di bandaraya ( udara tercemar ) dan di luar bandar ( udara tidak tercemar )
hasilnya didapati - pencemaran udara memberi kesan terhadap urat saraf :
dan anak2 yg berada dalam lingkungan itu akan menjadi agresif , aktif..
samada kesannya berbeza kepada anak2 pelajar dikawasan sebaliknya.
TAPI SEPERKARA YG MENJADI HALANGAN PELAJAR CEMERLANGAN -
BILA MENAFIKAN KEPENTINGAN SKILL SELAIN DARI A.
Kemampuan untuk MENJUAL diri - softskill.
Ada yg cemerlangan tetapi terikat dengan persekitaran yang tidak lagi sesuai dengan keperluan hari ini.
Memetik kata2 Mr Donald Trumph.
Zaman hari ini keperluan untuk semua orang - StandOut.
BANGUN DAN BERCAKAP !

saya akan ke kem dalam tempoh yang lama.
SMK SG BESI
SMJK CHONG WAH
semuga kita dan kita diberkati atas kapasati perjuangan masing2.
kerana kita ada sebahagian dari media kepada perubahan generasi hari esok

Khamis, 12 Mac 2009

fikir - fikir dan fkir......

Ada 5 perkara berlaku serentak.
1.Air mendidih kat dapur.
2.Air paip melimpah kat bilik air
3.Bayi menangis.
4.Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.
Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda
akan 'settle' kan terlebih dahulu?

Anda dikehendaki untuk susun perkara
1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan. Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan.
Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu. Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang. Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan
Fikir... Fikir... Fikir... Fikir... Fikir...
OK, dah habis fikir dan buat keputusan? Nak tahu apakah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan?

Baik, mari kita semak jawapan anda... apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda.

* Kalau anda memilih untuk menutup air mendidih : menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan 'si dia' untuk membimbing anda.

* Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air : menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.

Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.

Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi : menandakan anda mementingkan akhlak,budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.


* Kalau anda memilih untuk membuka pintu : menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.

damai yg hilang - bahagian 2


Disebelah kanan (cerah) kasut Anwar manakala
disebelah kiri pula kasut Pak Lah. Kasut-kasut lain
adalah pendengar dan mata yang sahih mengenai apa
yang berlaku. Carilah tuan-tuan kasut berkenaan
untuk mengetahuinya apa cerita sebenarnya.

Saya terlalu tertarik dengan pertemuan yg dikatakan tidak ada APA2.
dan kita terima kalau ini tidak ada APA2
penafian demi penafian yg tentunya berfaktor.
menarik untuk dilebarkan perbincangan.
SEBAGAI WARGA YANG TIDAK BERPIHAK SECARA ZAHIR
saya melihat apa yg berlaku hari ini adalah satu perkembangan dan akan mengundang perubahan yang tidak bagus untuk ditontonkan - terutamanya dalam kontek BINA INSAN.
apa lagi yang kita mahu.
Secara logiknya kita ada TANAH.RAKYAT.KERAJAAN.DAULAT -
yang tentunya tidak dibina dalam masa sehari dua.setahun dua tahun.
TANAH yg berhasil - adalah untuk Rakyat nikmati.
Rakyat yg berbilang - harus duduk dibawah sistem yang telah persetujuan.Sebab dari Rakyat terbentuknya Kerajaan
Kerajaan yg stabil adalah cerminan kepada keDAULATAN negara kita.

hari ini semua seakan tercalar.adakah semua yg berlaku ini harus terus berlaku - diatas dasar kepentingan apa kita meneruskan perbalahan ini
SAYA MENULIS ATAS KAPASITI SEORANG YANG INGIN DAN CINTAKAN KEDAMAIAN DUDUK DIBUMI MALAYSIA - hasil yang harus dikongsikan samarata. Rakyat yg berbilang duduk secara harmonis - hormat hak masing2.Kerajaan yg dimulakan oleh Rakyat seharus akur kemahuan rakyat - Daulat dan sistem nya harus dipertahan....

Rabu, 11 Mac 2009

teruk kena hentam...


petang tadi - saya join satu forum yang rata2 terdiri dari brother & sister yang meletak secara totalnya kefahaman diri terhadap Islam - sehingga menidakkan juga secara total apa2 percanggah dari kefahaman tersebut.
ISUNYA ADALAH PLKN PUNCA MAKSIAT.
saya tidak bertahankan PLKN secara perlaksananya.
dari segi modul - pendekatan inilah media yg terbaik untuk mendidik insan.
kita mulakan dengan Modul Satu : Pembinaan Karektor
dimulakan dengan asas pembentukan manusia - SIKAP - apa cetusan sehingga terbentuk kepercayaan yang kadang2 kita keluh kesah kerana gagal untuk membuat pilihan dan bertanggungjawab terhadap tindakan kita.
Modul Kedua : dalam kontek kehidupann sosial apa lagi yang mampu kita pamerkan - seandai ketidakmahuan untuk kita tahu bahawa kita memang sering berkonflik dengan diri dan persekitaran disebab kemahiran sosial yg rendah.
SoftSkill - secara detailnya diterap pada remaja2 ni.
Berselang seli dengan Latihan Fizikal ( kawad ) - ada yg kata -
biar ajalah budak lelaki berkawad - kenapa KAWAD...ini bukan sekadar latihan fizikal.
Kesamaan dan kemahuan untuk merentakkan diri bersama orang lain.
seterus bulan kedua : KENEGARAAN + KHIDMAT KOMUNITI.
apa lagi yg kita mahukah pada remaja ni.ini yang terbaik untuk kita katakan.
ASASNYA INILAH YANG TERBAIK
ASAS PEMBENTUKAN INSAN ADALAH SIKAP + KOMITMEN + DISIPLIN.
dan meletakkan asas peradaban kehidupan sosial berasas keperluan hari ini
semuanya sudah diadun disini.
REALITI HARI NI
bukan pada Modul.Bukan pada Jurulatih tapi pada........
komitmen dan niat perlaksanaan seharus kembali kepada niat.
PLKN BUKAN PUNCA MAKSIAT.
saya menulis atas dasar seorang trainer.
kalau nak cari kesilapan - memang kesilapanlah yang kita akan jumpa.

dimana pakaian kebahgian kita....

Suatu ketika, tersebutlah seorang raja yang kaya raya. Kekayaannya sangat melimpah. Emas, permata, berlian, dan semua batu berharga telah menjadi miliknya.
Tanah kekuasaannya, meluas hingga sejauh mata memandang.
Puluhan istana, dan ratusan pelayan siap menjadi hambanya.
Kerana ia memerintah dengan kuku besi, apapun yang diinginkannya hampir selalu diraihnya. Namun, semua itu tak membuatnya merasa cukup.
Ia selalu merasa kekurangan.
Tidurnya tak nyenyak, hatinya selalu merasa tak bahagia.
Suatu hari, dipanggillah salah seorang perajurit terbaiknya.
Sang Raja lalu berkata, “Aku telah punya banyak harta. Namun, aku tak pernah merasa bahagia. Kerana itu, ujar sang raja, “aku akan memerintahkanmu untuk memenuhi keinginanku. Pergilah kau ke seluruh penjuru negeri, dari pelosok ke pelosok, dan temukan orang yang paling berbahagia di negeri ini.
Lalu, bawakan pakaiannya kepadaku.”
Carilah hingga bertemu. Jika aku boleh mendapatkan pakaian itu, tentu, aku akan dapat merasa bahagia setiap hari. Aku tentu akan dapat membahagiakan diriku dengan pakaian itu. Cari sampai dapat! ” perintah sang Raja kepada perajuritnya.
“Dan aku tidak mau kau kembali tanpa pakaian itu.
Atau, kepalamu akan kupenggal !!
Mendengar titah sang Raja, perajurit itupun segera berangkat. Disiapkannya ratusan pasukan untuk menjalankan tugas. Berangkatlah mereka mencari benda itu. Mereka pergi selama berbulan-bulan, menyusuri setiap penjuru negeri. Seluas cakrawala, hingga ke hujung-hujung buana, seperti perintah Raja.
Di telitinya setiap kampung dan desa, untuk mencari orang yang paling berbahagia, dan mengambil pakaiannya.
Sang Raja pun mulai tak sabar menunggu. Dia terus menunggu, dan menunggu hingga jemu. Akhirnya, setelah berbulan-bulan pencarian, perajurit itu kembali. Ah, dia berjalan tertunduk, merangkak dengan tangan dan kaki di lantai,
tampak seperti sedang memohon ampun pada Raja.
Kemarahan Sang Raja mulai muncul, saat perajurit itu datang dengan tangan hampa.
“Kemari cepat!!. “Kau punya waktu 10 hitungan sebelum kepalamu di penggal. Jelaskan padaku mengapa kau melanggar perintahku. Mana pakaian kebahagiaan itu!”
.Dengan airmata berlinang, dan badan bergetar, perlahan prajurit itu mulai angkat bicara.
“Duli tuanku, aku telah memenuhi perintahmu. Aku telah menyusuri penjuru negeri, seluas cakrawala, hingga ke hujung-hujung buana, untuk mencari orang yang paling berbahagia. Akupun telah berhasil menemukannya.
Kemudian, sang Raja kembali bertanya,
“Lalu, mengapa tak kau bawa pakaian kebahagiaan yang dimilikinya?
Perajurit itu menjawab, “Ampun beribu ampun, duli tuanku, orang yang paling berbahagia itu, TIDAK mempunyai pakaian yang bernama kebahagiaan
Sebab, kebahagiaan, seringkali memang tak memberikan apapun,
kecuali perasaan itu sendiri.
Rasa itu hadir, dalam bentuk-bentuk yang sederhana,
dan dalam keadaan yang bersahaja.
Seringkali memang, kebahagiaan tak di temukan dalam gemerlap harta dan permata. Seringkali memang, kebahagiaan, tak hadir dalam indahnya istana-istana megah. Dan ya, kebahagiaan, seringkali memang tak selalu ada pada besarnya penghasilan kita,
mewahnya rumah kita, gemerlap lampu kristal yang kita miliki,
dan indahnya jalinan sutra yang kita sandang.
Seringkali malah, kebahagiaan hadir pada kesederhanaan, pada kebersahajaan. Seringkali rasa itu muncul pada rumah-rumah kecil yang orang-orang di dalamnya mau mensyukuri keberadaan rumah itu. Seringkali, kebahagiaan itu hadir, pada jalin-jemalin syukur yang tak henti terpanjatkan pada Ilahi.
Sebab, teman, kebahagiaan itu memang adanya di hati, di dalam kalbu ini. Kebahagiaan, tak berada jauh dari kita, asalkan kita mau menjumpainya. Ya, asalkan kita mau mensyukuri apa yang kita punyai, dan apa yang kita miliki.
Adakah “pakaian-pakaian kebahagiaan” itu telah Anda sandang dalam hati?
Temukan itu dalam diri.

Selasa, 10 Mac 2009

damai yg kita cari




TIGA jam sebelum Menteri Kewangan, Mohd Najib Razak membentangkan bajet mininya di Parlimen jam 4:00 petang ini, berlangsung satu peristiwa diluar jangka yang penuh tandatanya, iaini Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi duduk serumah dan makan tengah hari bersama Anwar Ibrahim.
Peristiwa bersejarah ini berlaku di Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat, Selangor. Abdullah dan Anwar sama-sama hadir pada majlis sambutan Maulid Rasul dan Sambutan Tamat Latihan Kerohanian 40 tahun Syeikh Mahmud Al-Majzub
DARI KITA
Diharap ini bukan lagi satu sandiwara (samada sengaja @ tidak ) yang ingin kita tonton - kita mahu pertemuan ini mungkin menjadi satu titik mula untuk kita kembali melihat bahawa kita sudah jauh menyimpang. Diharap pertemuan ini akan memulakan seperkara yang ' hilang ' dari kita .
DAMAI YANG KU CARI .
dan tentu ada juga yang tidak suka dengan pertemuan ini.kerana pada mereka kedamaian keduanya membuat mereka susah nak cari makan lagi....
Sumber

apa dah jadi pada PLKN


Untung ya jadi pelakon, orang lain terpaksa masuk ke PLKN manakala Diana Danielle yang sebelum ini minta tangguh ke PLKN, akhirnya bersetuju ke PLKN tetapi ada masyukkk...
Kehidupan tiga artis remaja, Diana Danielle, Suki dan Aliff Satar ketika menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang bakal bermula pada 19 Mac ini akan dirakamkan dan disiarkan dalam bentuk program realiti di 8TV.
Menurut Diana yang dihubungi hari ini, perkara itu telah pun dibincangkan oleh pihak stesen televisyen itu bersama Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), namun sebarang kata putus belum lagi dibuat.
"Apa yang diberitahu oleh ibu saya, perbincangan memang telah dibuat. Pihak JLKN juga telah bersetuju dan kemungkinan akan dibuat sebanyak lapan episod.
"Tujuan ia dijadikan dalam bentuk program realiti ialah untuk memaparkan pembabitan artis-artis dalam PLKN dan pada masa yang sama dapat menunjukkan kepada remaja di luar sana bagaimana kehidupan sebenar di PLKN.
"Tetapi, sejauhmana perkara ini dibincangkan, saya sendiri kurang pasti. Apapun bagi saya, ini satu langkah positif dan amat menyeronokkan,"
kata
Diana yang dihubungi, semalam.
Pelakon berusia 18 tahun ini turut melahirkan perasaan terujanya untuk mengikuti sesi PLKN"Buat masa ini, saya belum lagi menerima surat pengesahan daripada JLKN. Malah, lokasi kem saya ditempatkan juga masih belum saya ketahui.
Sumber: mystar

apa kata jinggo
SATU LAGI PUBLISITI YANG MENJADIKAN PLKN SEMAKIN TIDAK MENARIK.
bayangkan - dikiri kanan ada kamera yg menjadikan seluruh sistem di Kem PLKN itu ada pelakon.
selain pelatih
JURULATIH
TIMBALAN KEM KOMANDAN LATIHAN
TIMBALAN KEM KOMANDAN PENGURUSAN
KOMANDAN
KETUA JURULATIH.
semuanya akan berlakon.
DAN LAGI - TUKANG MASAK.TUKANG SAPU.TUKANG DOBI.
sejauhmana 'betulnya ' tindakan ini hanya JLKN dan mereka2 yg terbabit sahaja yang tahu :
APA YG PENTING - kita mempertarungkan masa depan anak2 yang hanya mampu mengikut sahaja lenturan kita......saya bercakap dan menulis atas kapasiti bekas
JL & Ketua Jurulatih yg dilatih dan terlatih.

Eco Kid Adventure on Facebook