Ahad, 31 Januari 2010

guru disiplin memang macam tu.





SLOT SETERUSNYA
adalah ustaz - guru disiplin sekolah
ALAMAK !
guru disiplin VS murid sekolah
CERITANYA SAMA DIMANA-MANA SEKOLAH
mana ada murid yang suka guru displin
AGEN PENGUATKUASA DISEKOLAH
dan atas kapasiti seorang penguatkuasa.
bukan mudah untuk di pengaruhi.
ASAS GURU DISIPLIN
adalah peraturan dan undang2
maka proses untuk itu adalah
PENDEKATAN.
semua guru displin begitu.
ceritanya mudah
UNTUK MENJADIKAN UNDANG2 ITU BERKESAN
pendekatannya adalah
autokratik
MANA ADA ORANG SUKA.
sebab fitrah manusia itu sendiri tidak sukakan
ARAHAN.
dari jinggo
SMK SEGAMBUT JAYA
diantara sekolah yang berbintang.
mungkin dari segi ' pemilihan ' pelajar.
menjadikan pertemuan kami
TERLALU AKADEMIK.
semua disambut dengan positif.
KAMI MELEBARKAN TAJUK
demi tajuk yang menjurus kepada
pembinaan pemimpin sekolah yang berkualiti
TERMASUKLAH KAREKTOR
guru disiplin + pengawas
DAN
penguatkuasaaan.

Khamis, 28 Januari 2010

cerita jinggo

Jinggo kembali menjadi Jinggo
SIAPA JINGGO
jinggo memang diujudkan untuk
PROGRAM LATIHAN BEGINI.
semuanya bermula bila saya melihat seorang
MENTOR
mengendalikan kelas pendidikan luar .
di Lansdale Farm School.
lenggok dan gayanya cukup memikat.
kehadiran 'SirBug' memang dinanti di kelas.
terasa ada auranya.
mungkin dari namanya
mungkin dari bahasa badannya
mungkin dari nada suaranya
mungkin dari pakaiannya
mungkin dari kreavitinya.
PAKEJ.
hasil dari semuanya menjadikan
PROGRAM LATIHAN SIRBUG.
diperkatakan.
lahirlah Jinggo yang berasal dari perkataan
DINGGO.
kenapa dinggo.
ini hanya sekadar pencetus cerita....
DIMANA ADA CERITA DISEBALIK CERITA
BESOK JINGGO AKAN
MENJADI JINGGO
kem latihan pertama untuk sessi 2010.
sebagaimana SirBug
maka begitulah jinggo.
cgu jinggo vs en harun

Rabu, 27 Januari 2010

kita ambil pengajaran disini...

Pada Zaman Yunani kuno, Dr. Socrates adalah seorang terpelajar dan intelektual yang terkenal reputasinya kerana pengetahuan dan kebijaksanannya yang tinggi.
Suatu hari seorang lelaki berjumpa dengan Socrates dan berkata,
"Tahukah anda apa yang baru saja saya dengar mengenai salah seorang teman anda?
""Tunggu sebentar," jawab Dr. Socrates.
"Sebelum memberitahukan saya sesuatu, saya ingin anda mengikuti sebuah ujian kecil.
Ujian tersebut dinamakan
Ujian Saringan Tiga Kali.
""Saringan tiga kali?" tanya lelaki tersebut
."Betul," lanjut Dr. Socrates.
"Sebelum anda mengatakan kepada saya mengenai teman saya, mungkin merupakan idea yang baik untuk menyediakan waktu sejenak dan menyaring apa yang akan anda katakan.
Itulah kenapa saya sebut sebagai Ujian Saringan Tiga Kali.
Saringan yang pertama adalah KEBENARAN.
Sudah pastikah anda bahawa apa yang anda akan katakan kepada saya adalah benar?
""Tidak," kata lelaki tersebut,"sesungguhnya saya baru saja mendengarnya dan ingin memberitahukannya kepada anda".
"Baiklah," kata Socrates. "Jadi anda sungguh tidak tahu apakah hal itu benar atau tidak.
"Sekarang mari kita coba saringan kedua yaitu : KEBAIKAN
Apakah yang akan anda katakan kepada saya mengenai teman saya adalah sesuatu yang baik ?
""Tidak, sebaliknya, mengenai hal yang buruk"."
Jadi," lanjut Socrates, "anda ingin mengatakan kepada saya sesuatu yang buruk mengenai dia,
tetapi anda tidak yakin kalau itu benar.
Anda mungkin masih bisa lulus ujian selanjutnya, yaitu:
KEGUNAAN
Apakah apa yang anda ingin beritahukan kepada saya tentang teman saya tersebut akan berguna buat saya ?
""Tidak, sungguh tidak," jawab pria tersebut.
"Kalau begitu," simpul Dr. Socrates,
" jika apa yang anda ingin beritahukan kepada saya...
tidak benar,
tidak juga baik,
bahkan tidak berguna untuk saya,
kenapa ingin menceritakan kepada saya ?"
KITA PADANNYA DALAM KEHIDUPAN
SEHARIAN KITA
zaman fitnah
adakah semua yang disampaikan
melalui cerita @ media
betul
benar
berguna
KEPADA KITA.

gua punya blog gua punya suka


BETUL KE
gua punya blog gua punya suka
TIDAK
Kita dihadap dengan suatu cerita
YANG MUNGKIN BOLEH KITA JADI PANDUAN.
satu persatu kecelaruan menyalurkan emosi semasa
DIHADAP KE MEJA PENGADILAN
ini media terbuka.
keharusan kita memikirkan.
SESESIAPA BOLEH MEMBUKA
MEMBACA
MEMBUAT TAFSIRAN.
kita biasa dengar begini
GUA PUNYA BLOG GUA PUNYA SUKA
itu adalah jawapan
YANG TEPAT.
kita berhak menulis apa sahaja.
tanpa kita perlu persoalankan apa2.
TETAPI.
ada dua pandangan
secara beretikanya.
KITA MENULIS BERADASARKAN APA
ADA DALAM KEPALA KITA.
kita menyalin emosi kita dalam bentuk tulisan.
sakit emosi kita
sakitlah yang kita zahirkan dalam bentuk tulisan
jiwa kacau dan seterusnya.
kita salinkan dalam bentuk tulisan.
secara perundangan.
SUDAH TENTU ADA PERUNTUNGAN UNDANG2
yang menjadi sempadan kita.
DARI JINGGO
ini media terbuka.
ruang ini dibaca.
karektor kita dinilai
KALAU KITA BACA BLOG2 TERTENTU
politik sebahagiannya.
memang cukup untuk membuatkan kita berfikirkan
inikah budaya kita
inikah melayu kita
SEMUA KITA BERBEZA
kita berbeza
sosialogi
fasiologi
psikologi
SEMUA TU MENJADIKAN KITA BERBEZA
perbezaan tidak seharusnya mengujudkan
PERBEDAAN YANG MENJADI JURANG
untuk itu mari kita fikirkan.

Selasa, 26 Januari 2010

ada akai ke............


Bersabdalah Rasullah SAW :
Aku diperintah menyeru manusia atas
kadar kemampuan akalnya.
Berdasarkan kajian yang dijalankan menyatakan manusia ,
akal kita mempunyai empat peringkat.
Pertama
kita akan dapati pemiliknya menentang setiap cadangan yang diberikan. Akal jenis ini hanya membenarkan cadangan yang datang dari diri sendiri sahaja. Ini dinamakan Akal Tertutup. Mendekati orang jenis harus zahirkan kepentingan mereka. Jadikan orang dalam kelompok ini penting.
Kedua
Pemiliknya akan mendengar cadangan yang diberikan , tetapi tidak akan menerima selain disertakan dengan bukti & fakta. Akal jenis ini menerima cadangan hanya berdasarkan kepada fakta ( sahih ). Bersama kelompok ini pastikan gunakan kebijaksaan untuk berhujah berdasarkan fakta sebab kita pastikan benar2 tahu mengenai cadangan yg ingin di kongsikan.
Ketiga
Pemiliknya akan mendengar setiap cadangan dan mereka bersedia mematuhi setiap cadangan tersebut dengan bukti dan fakta tanpa mempersoalkan.
Keempat
Pemiliknya akan menerima segala cadangan2 tanpa bantahan dan keraguan & tanpa meminta bukti selama mereka mempercayai pemberi cadangan.
SELAGI MEREKA MEMPERCAYAI.....
DARI JINGGO
Bila berhadapan dengan keinginan untuk memberi
cadangan itulah zahirnya.
Sebagaimana fitrah manusia akan menentang
setiap perubahan berlaku.
Sebuah ahli sufi pernah dikatakan
Bahawa haiwan manusia ini adalah kelompok yang malas.
Nak kenyang tanpa makan.
Nak kaya ( cepat ) tanpa bekerja.
Nak berjaya tanpa berusaha. .Nak berseronok tanpa kahwin ( ada macam tu )
Kita dikata kelompok kejadian yang tidak suka menerima
cadangan dan tidak suka menerima tanggungjawab.
Untuk itu mari kita sama2 fikir .
Dimana duduknya akal kita.
Orang2 sekitar kita. Semuga kita diberkatiNya.

Dipetik dari Buku Personaliti di Kagumi

saya dah praktikkan......

Potensi diri begitu unik sebenarnya. Ramai yang menyatakan potensi sebagai nasib atau tuah yang berlaku di luar kawalan individu. Sebenarnya potensi boleh dikesan,
dipupuk seterusnya digilap untuk
menghasilkan kejayaan yang cemerlang.
Melalui kekuatan dan kelemahan yang kita ketahui memudahkan kita membuat perancangan. Sebarang kesilapan perlu diperbaiki dan kekuatan wajar dikekalkan.
Individu yang gagal berkemungkinan
tidak kenal dirinya sendiri.
Sebaliknya, mereka yang terus mencipta kejayaan demi
kejayaan faham dan tahu tentang kehendak diri .
Ketua Pegawai Eksekutif Richworks Resources Sdn. Bhd., Dr. Azizan Osman berkata, setiap individu perlu mengenalpasti potensi diri dan mencari kekuatan serta
mengetengahnya secara positif.
Tidak dinafikan manusia memiliki sifat-sifat negatif, namun ia boleh dikurangkan. Apa yang penting ialah kita perlu mendalami diri sendiri, cuba melakukan terbaik dan
seterusnya menerima diri seadanya.
Lafazkan kata-kata seronok
Sementara itu, seseorang itu perlu sentiasa melafazkan kata-kata seronok bagi
memberi lonjakan semangat kepada diri, keluarga atau rakan.
''Mulakan melafazkan kata-kata seronok atau puji-pujian kepada pasangan atau anak-anak. Insya-Allah apabila sifat-sifat positif itu telah tertanam di dalam minda, maka kejayaan akan menyusul kemudian dan seterusnya kekayaan,'' ujarnya.

Menurut Dr. Azizan, kata-kata pujian atau seronok memang agak susah untuk diterima. Bagaimanapun, kita harus memulakannya kerana inilah sebenarnya kunci kepada menaikkan semangat kita dalam mencapai kejayaan dan matlamat yang diimpikan.
''Selalunya, saya akan menasihatkan pasangan suami isteri untuk menulis kata-kata seronok atau impian mereka. Contohnya suami buat kenyataan; saya kacak, saya kaya, saya berjaya. Buat dalam lima hingga 10 kenyataan.
Isteri juga buat seperti; saya cantik, saya kurus, saya berjaya.
''Lepas tu tukar kenyataan-kenyataan itu. Suruh suami baring dan usap kepala dan baca kenyataan yang suami buat. Suami juga lakukan untuk isteri.
Seeloknya buat sebelum tidur selama 21 hari.
Lakukan selama 21 hari
''Kenapa 21 hari kerana kitaran lengkap sel di dalam minda lengkap selama 21 hari. Setiap sel ada ingatan kepada apa yang selalu diperkatakan atau diprogramkan. Sekiranya dilakukan selalu, insya-Allah apa yang dihajati akan menjadi realiti dan
hubungan suami isteri lebih rapat, kurang bergaduh dan lebih memahami,''
contoh, jika anak susah hendak mendengar cakap atau susah hendak belajar, dinasihatkan semasa anak itu tidur, usap kepalanya lalu katakan seperti dia anak yang baik, dengar cakap ibu,
dia anak yang pandai dan kata-kata positif yang lain.
''Ramai ibu bapa silap jika anaknya nakal, dia cakap jangan nakal, psikologi itu tidak betul.
Cara yang betul ialah kamu anak yang baik, kamu ini anak yang dengar cakap.
''Kenyataan positif ini penting sebab minda ini mempunyai berjuta-juta sel yang mengeluarkan bahan kimia yang dipanggil serotonin. Bila kita menyatakan perkataan yang gembira, serotonin ini akan mengeluarkan sel-sel yang padu yang boleh menerima kenyataanbagi disimpan di dalam minda. Waktu tidur dipilih kerana pada masa inilah alpha brain wave berada pada tahap tenang dan maksimum. Bila buat seterusnya selama 21 hari, anda akan lihat perubahannya.
''Jika tidak gembira, minda akan mengeluarkan ceretin. Bila keluar ceretin negatif, dia menarik situasi negatif. Sebagai contoh, bangun pagi dah terlambat, kelam kabut, pergi pula gosok baju, bocor pula, ada sahaja yang tidak kena sepanjang hari. Ini kerana bangun pagi pada frekuensi alpha, minda kita sudah negatif lalu akan menarik lebih banyak perbuatan menjadi huru hara.
Bodoh, nakal jangan disebut
Pemegang Ijazah Doktor Falsafah Sains Metafizik Gordon University, Florida, Amerika Syarikat ini turut menegaskan, kesan sekiranya disebut 'bodoh', 'nakal' berulangkali kepada isteri atau anak-anak turut akan tertanam di dalam minda mereka. Akhirnya mereka mengakui sendiri bahawanya mereka sememangnya bodoh dan nakal.
DARI JINGGO
terus terang sahajalah
saya bukan terkelompok diantaran pelajar yang menyenangkan sekolah dulu
MUNGKIN PERSEKITARAN NAK JADI HERO.
kena tangkap hisap rokok dalam tandas
lari balik asrama.
tak puasa : makan meegie dalam loker.
panjat pagar asrama
' skodeng ' asrama perempuan.
SEMUA MENJADI TIDAK SEMPURNA.
mana ada ' awek ' yang nak berkawan
dengan orang yang namanya selalu disebut diperhimpunan.
TAPI KAMI HERO.
tapi dimana berubahan berlaku.
DIRI SENDIRI VC POTENSI DIRI
berubah berlaku dan berlaku dan terus berlaku.
dan terus berlaku.dan terus berlaku.
SEMUA DARI DALAM
kekuatan dalam berdasarkan kajian yang terlalu detail
berdasarkan persoalan
jinggo - lahir 13.March.
1+3 adalah 4.
kekuatan March - Pisces
kekuatan anak ke2.
dan kajian berdasarkan pembacaan yang detail.
AKHIRNYA SAYA YAKIN
berubah ada seni nya
SENI INI HARUS DIKUASAI.
mari kita kongsikan bagaimana.
saya menampal gambar bandar Perth.
dan akhirnya 6 tahun selepas itu.
saya menjadi sebahagian dari bandari itu.
DAN APA YANG BERLAKU HARI INI
semua berdasarkan apa yang saya percaya
kekuatan dari potensi diri.

Isnin, 25 Januari 2010

tercemar lagi !

BIAR DIMANA PUN
asasnya sama
KITA BETUL ATAS KAPASITI KITA.
semua berlaku dengan asas yang kita rasakan betul
dan pihak yang menyaman
pihak yang kena saman
YANG MEMBEZAKAN
asasnya.
HARI INI KITA DIHIDANGKAN DENGAN CERITA YANG SAMA.
menyudahkan ketidakpuasan di meja pengadilan dunia.
KAMU HARUS DI HUKUM.
cgu oh cgu.
satu kerjaya yang menjadi idaman.
kepada orang kampung
INI LAH KERJA MENANTU IDAMAN.
seorang guru.seorang pendidik.
seorang yang memulakan langkah 1 untuk semua orang.
PENGALAMAN DI KAMPUNG.
disekitar zaman 70 an.
INILAH KELOMPOK TERBIJAK YANG ADA
dalam kampung masa tu
jadi semua pada kelompok ini
ketua belia 4B cgu
ketua kompang cgu
SU masjid cgu
MC semua majlis cgu
Jurulatih apa2 pun cgu.
orang bergaduh.pendamainya cgu.
durian yang pertama gugur. untuk cgu.
MENANTU PILIHAN.
cgu nak anak sapa.
KERANA MULIA INSTITUSI INI.
terlalu mulia.
sehinggalah saya sendiri.
TIDAK DIBERI RUANG KE SEKOLAH
tapi diberi ruang ke media lain.
masih dalam kontek Pendidikan.
mendidik.
jiwa kita sama skop berbeza.
SEBAB MULIA KERJAYA INI.
hari ini.
persekitaran sudah mengubah pandangan.
MAAF KALAU KETERLALUAN
ini saya meminjam kata2 seorang rakan di PPD
JATI DIRI.
keinginan untuk memberi tidak sebesar
keinginan untuk menerima
PULANGAN RM
katanya cgu baru ( sekolah rendah ) masuk
ke sekolah dah DG41
guru besar baru DG36.
kadang2 mahu ke orang DG41 dengan cakap orang DG36.
walaupun 36 berjela pengalamannya.
( maaf kalau salah maklumat )
AKHIRNYA.
seperti yang kita lihat
cabaran dan pandangan berbeza.
komitmen dan keinginan juga harus berbeza.
rencamnya persekitaran hari ini memerlukan kita ada anjakan lain.

Ahad, 24 Januari 2010

kalau sudah benci

Kemelut kisah cinta tidak menjadi... membabitkan
Linda Onn, Scha Al-Yahya dengan Fahrin Ahmad seronok untuk diperhatian.
Ketika cinta Scha dikatakan sudah beralih kepada pelakon dan pengacara kacak, Awal Ashaari,
tiba-tiba Linda yang selama ini sudah mengunci mulutnya mengenai Fahrin membuat kenyataan berani.

Linda dikatakan mengambil kesempatan dengan cuba "masuk jarum", lalu rapat dengan Scha untuk mengeruhkan lagi keadaan mungkin bertujuan membalas dendam akibat kelukaan hati yang masih belum sembuh
(SUMBER MINGGU MALAYSIA 24.01.2010)
HARI INI
kalau kita membaca kisah yang menarik
untuk dijadikan panduan.
dijadikan ingatan
HIDUP MESTIKAH BEGINI
Bila cinta bertukar benci
yang menariknya ada keinginan untuk
MENJATUHKAN ORANG YANG TERSEDIA JATUH
kita mulakan begini.
BIAR APA PUN BERLAKU DALAM HIDUP
kita yang memilih
dan kita sudah pun memilih
dan kita juga memilih
UNTUK BERPISAH.
dan keharusan dihujungnya
KITA BERTANGUNGJAWAB
dengan apa yang kita pilih
dengan apa yang kita putuskan
APA YANG BERLAKU HARI INI.
semua orang ada cerita
fitrah manusia
SENTIASA BETUL PADA KAPASITINYA.
kita kongsikan disini.
ALANGKAH TIDAK MOLEKNYA
kita melebarkan ruang untuk membuka ' aib ' orang lain.
dan kita berusaha untuk melebarkan
samada betul @ salah.
KITA ADALAH SEBAHAGIAN DARI KEAIBAN TERSEBUT
kerana kita memang sudah memilih
DARI JINGGO
ini pandangan peribadi
saya minta maaf.
terpanggil untuk berkongsi.
SEBAB KESAN DARI PERMUSUHAN
akan merosakan sistem hubungan
yang pernah kita pilih

letihnya......

ANAK YANG RAJIN BERTANYA
kadang letih.
APA KEPUTUSAN KITA.
diam.
ADAKAH ITU JAWAPANNYA.
tapi kenapa anak2 suka bertanya
FITRAH
memenuhi sifat ingin tahu.ini juga satu cara untuk mempelajari sesuatu.
anak2 akan terus bertanya sehingga dia berpuas hati.
inilah yang lazimnya menjadi masalah kepada ibu bapa.
MINAT
kadang ibu bapa rimas dengan soalan yang sama bertalu2.
terutamanya dalam bab yang menjadi minat kepada anak2.
disinilah secara tidak sedar ibu bapa sebenarnya telah bersikap
pentingkan diri sendiri di hadapan anak2.
INGIN TAHU
diamkan diri.tidak mahu menjawab
bermakna kita akan menyekat kreativiti dan keyakinan anak2.
anak2 mengenali , memperoleh dan mengumpul maklumat
melalui pertanyaan.
KASIH SAYANG
menjawab soalan kepada anak2 dikaitkan
dengan kasih sayang.
mereka rasa dihargai
KEYAKINAN
kalau soalan mereka dipinggirkan
mereka akan terasa dipinggit.mereka akan merasa tidak penting.
JAWAPAN
suka bertanya
tidak ada perancangan.pantang ada yang menarik perhatian mereka.
pertanyaan biasanya tidak akan bertangguh.
JADILAH BIASALAH UNTUK MENJAWAB.
dari jinggo
hidup membesar dizaman rambut afro.
bayang bagaimana persekitaran makayah masa tu.
DIAM LAH.
budak pi main jauh.
hari ini persekitaran terlalu jauh berbeza.
KAJIAN MENYATAKAN.
cara kita mendidik anak2 berdasarkan apa yang
' dinampakkan '
masa kecil kita.
ZAMAN DAH BERUBAH.

Sabtu, 23 Januari 2010

macam tu ke....




sengaja majlis ini menemukan
SEMUA WATAK PENTING
dalam menentukan kecemerlangan sekolah
semua datang dengan pakej
anak murid yang baik datang dari
guru yang baik datang dari
' arahan ' seorang guru besar @ pengetua yang baik
pengetua yang baik
DATANG DARI SISTEM PERSEKITARAN YANG BAIK.
hari ini satu lagi pengalaman baru
pengalaman baru
MENYATUKAN
murid dan makayah dan guru dalam
satu pertemuan yang asing.
DARI GURU BESAR
begini en.
kami guru besar ni memang ada tekanan kami sendiri
JABATAN AKAN SENTIASA
mempersoalkan berapa A kami dapat.
kami di wilayah ni berada dalam kelompok 35 buah sekolah yang ' istemewa '
dan seluruh Msia ada 7000 sekolah yang masuk dalam ' list '.
sekolah kami duduk di tangga 4000.
MACAMANA DENGAN SEKOLAH
YANG TIDAK TERSENARAI DIANTARA 7000.
kami guru besar ni ada ' denda ' kami sendiri.
itulah sebab nya.
DARI JINGGO
berdasarkan pengalaman dalam bidang latihan ini.
semuanya datang dengan pakej.
APA YANG PENTING.
art @ seni perubahan ini harus kita
sama2 ambil peranan.
kejayaan pelajar dalam bidang akademik budak 100 %
dibahu sekolah @ guru besar.
ini diantara sekolah yang memberi ruang kepada
kami berkhidmat menaikkan tarafkan bilangan A.

Jumaat, 22 Januari 2010

wanita idaman...........

Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang strees, cemas, gelisah dan merasa senang hati ketika mahu bermanja.
Jika anda merupakan wanita bujang atau bergelar isteri, jangan pula tunggu sampai melahirkan anak baru hendak
menonjolkan sikap keibuan.
Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.
Apapun, berikut ialah ciri-ciri yang
memungkinkan anda disukai lelaki:
Memahami
Sikap memahami wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat
untuk berbincang masalah dan sebagainya.
Contohnya, ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang memahami tidak terus menghamburkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan-bukan, sebaliknya cuba mengerti letak duduk persoalan.
Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki ialah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan kaum wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.
Menjaga penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa
kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik.
Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.
Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya.
Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung
memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya.
Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau sudah mempunyai tiga anak?
Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita,
wanita tersebut dapat mengimbanginya.
Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik.
KAUM wanita yang bersikap memahami akan membuatkan lelaki rasa dihargai.
Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka
.
Bersikap keanak-anakkan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang
wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki.
Mereka berasa terhibur dengan keletah anda.
Tetapi, tentulah ia bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati sebaliknya sikap keanak-anakan yang menyenangkan.
Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelelakian seorang pria. Wanita yang ceria membuat lelaki lebih ghairah.
Pandai bergaul dan menyesuaikan diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.
Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar. Malah, cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok sama ada di bandar atau di kampung.
Menghormati diri sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan serta tahu baik dan buruk.
Jadi, dia tahu apa yang dia inginkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.
Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah,
sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu.
Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia.
Kecantikan dalaman dirinya memancar keluar dengan indah dan mempesona.

kita memberi...............

APAKAH ERTI BERMURAH HATI
sebenarnya ia adalah sifat memberi apa yang ada pada diri yang
melambangkan kasih sayang.
ia menjadi sebahagian daripada perkara penting yang menhubungkan kita
dengan orang lain.
OLEH ITU BERSIFAT PEMURAH MENINGKATKAN
KEUPAYAAN KITA UNTUK MENCINTAI
DAN MEMBENTUK HUBUNGAN DENGAN ORANG LAIN.
lawan sifat ini
KEDEKUT.
seorang ahli falsafah menyatakan
ANDA MEMPEROLEH KEHIDUPAN DENGAN
APA YANG ANDA DAPAT
ANDA MENIKMATI KEHIDUPAN MELALUI
APA YANG ANDA BERI
memberi membuka ruang kepada menerima.
dikatakan tiga perkara yang paling penting
yang kita perlukan dalam hidup
KEBAHAGIAN
KEBEBASAN
KEDAMAIAN
semua boleh diperolehi dengan memberi.
MEREKA YANG MENERIMA HANYA
DAPAT SEDIKIT SEMENTARA MEREKA
YANG MEMBERI PULA MENDAPAT BANYAK
dari jinggo
awal2 tahun sibuk
dengan panggilan demi panggilan
dari sekolah.
CERAMAH ITU DAN INI.
yang mesti pada semua panggilan
BERAPA NAK BAYAR
TAK BOLEH MURAH SIKIT.
beginilah cikgu : diantara jawapan
berapa cikgu ada
kita kurangkan banyak ni ok.
KONSEPNYA MUDAH.
dikala kawan2 mula meletakan ribu2 untuk satu suara
saya masih meletakkan ratusan sahaja.
KENAPA
menurut Deepak Chopra
hidup ini adalah sesuatu gema
apa yang kita hantar selalunya akan diterima semula
DENGAN MEMBERI KITA AKAN MENERIMA

Khamis, 21 Januari 2010

dari kisah demi kisah

dari satu persatu kisah
YANG DATANG
dan dibaca.
BEGINI.
berkenalan.berkasih.berkahwin.
DAN SELEPAS ITU ADALAH SATU PERSOALAN
PENCERAIAN @ PERPISAHAN
mungkin tidak dimasukkan dalam agenda
dalam mana2 perhubungan
ada yang merancang untuk bercerai
ada yang datang secara tidak di ' undang '
UNTUK MEMULAKAN SATU CERITA BARU
BUKAN MUDAH.
persoalan lagi
SETELAH SUDAH ADA SATU CERITA
tidak mustahil ada dua tiga cerita yang sama
PENCERAIAN.
puan z bercerai dah kahwin lagi dan bercerai lagi
puan x bercerai dan kahwin dan kahwin dan kahwin dan kahwin.cerai.
puan v edah belum habis sudah nak kahwin
puan y dan beberapa yang lain cerita nya sama.
dan beberapa tuan - yang begitu.
KENAPA CEPAT NAK MEMULAKAN CERITA BARU.
persoalannya kenapa.
faktornya adalah
SUNYI.
kesunyian tidak semestinya menyendiri.
kita mungkin sunyi kerana
bersendirian tetapi enggan berkeadaan begitu
terasa hilang hubungan yang sebelum ini anda miliki
menghadapi perubahan hidup baru
merasa tidak ada sesiapa untuk mengadu , berkongsi.
terasa diri tidak diterima orang lain.
SEORANG AHLI FALSAFAH MENYATAKAN
perkara yang paling teruk di dunia ialah hidup sendirian.
menurut psikologis
kita merasa sunyi apabila merasa diri tidak disayangi
KESUNYIAN MENCERMINKAN
KEINGINAN KITA UNTUK
DIPUNYAI DAN DIKENALI
DARI JINGGO
menjadi orang yang yang kesunyian
AMAT MENAKUTKAN
dalam konteks hubungan sosial
cepat2 kesunyian mahu di' tutup ' berasaskan apa yang hilang.
INI ADALAH PUNCANYA.
HILANG PERKAHWINAN
ganti dengan perkahwinan lain.
ASAS NYA ADALAH UNTUK ' MENUTUP '.
sebab tidak ada salah dimana menjadi orang yang sunyi.
kita yang memberi MAKNA dalam semua kehidupan.
kita membuat tafsiran.
jangan TUTUP kesunyian dengan apa yang HILANG
berasaskan fakta yang tidak jelas.
CARI KESIBUKAN LAIN.
cuba skill ini dari buku Kekuatan Emosi
kenalpasti perasaan anda dan luahkan
menulis di blog.diari.berbual umpamananya
jangan salahkan diri sendiri.
kesunyian bukan hasil dari kelemahan diri sendiri
kesunyian adalah perkara yang boleh diubah
menjalinkan persahabatan.
MAJUKAN DIRI.
secara peribadi saya jumpa ramai
orang yang sunyi kehilangan
menjadi orang yang amat berjaya.

Rabu, 20 Januari 2010

jangan marah

Ada orang menyimpan kemarahan seperti ukiran pada batu karang yang keras.
Orang seperti ini menyimpan kemarahan di dalam hatinya dalam waktu yang lama.
Ada juga yang menyimpan kemarahan seperti tulisan pada pasir, bedanya adalah kemarahan di dalam hatinya cepat berlalu.
Orang yang lain menyimpan kemarahan seperti tulisan air,
kemarahan hanya singgah sejenak di dalam hatinya.
Orang yang terakhir menyimpan kemarahan seperti tulisan angin,
mereka tidak membiarkan dirinya terpengaruh dengan kemarahan.
Supaya kita dapat menjadi orang yang terakhir, maka resepinya adalah kendalikan fikiran,
tindakan dan kata- kata supaya kita tidak terpengaruh oleh kemarahan.
Resepi lain yang lebih praktis untuk mengendalikan kemarahan adalah metode mengulur waktu yang diperkenalkan oleh Thomas Jefferson
"Jika marah hitung sampai sepuluh sebelum melepaskan kata- kata.
Jika sangat marah hitunglah sampai seratus."
Metode ini berguna untuk menahan kita melepaskan amarah.
Menurut Jerry L, Deffenbacher Ph. D, pakar psikologi di Colorado State University di Fort Collin,
"Itu memberi Anda kesempatan untuk menenangkan diri, mempelajari segala sesuatunya, dan bereaksi secara lebih rasional. Dan Anda akan merasa mampu mengendalikan diri
dengan menghentikan konfrontasi langsung."
Mengendalikan rasa marah dengan baik dapat menentukan kesihatan anda lebih baik.

Selasa, 19 Januari 2010

kita dimana kalau begini..

T.C Hamlett bercerita mengenai kisah dua ekor katak
yang jatuh ke dalam satu tempayan susu lembu segar.
Dinding tempayan itu licin dan curam ,
manakala susu lembu di dalamnya begitu sejuk
‘ alamak macamana ni ?
Kata katak pertama.
‘ Ini takdir , tiada ada orang yang akan menolong kita.
Selamat tinggal sahabatku.
Selamat tinggal dunia yang menyedihkan ‘ .
Katanya lagi sambil menangis dan akhirnya dia pun tenggelam.
Tetapi , katak yang kedua it terus mengayuh
kakinya dan mula berenang.
Sesekali dia berhenti bagi menyapu mukanya dan menyeringkan matanya yang penuh dengan susu.
‘ Biarlah aku berenang sekejap. Tidak ada gunanya sekiranya seekor lagi katak mati ‘
Jadi si katak pun terus berenang.
Selama beberapa jam dia menendang dan berenang itu , tidak sekali pun menyeluh.
Kayuhan kaki katak yang tidak berhenti2 itu akhirnya
susu lembu di dalam tempayan it terus menjadi keras.
Selepas susu berubah menjadi mentega ,
katak itu pun melompat keluar daripada tempayan dan berjaya menyelamatkan diri.
DARI JINGGO
Satu perkara yang membezakan antara kedua katak tadi adalah :
cara mereka melihat dunia di sekeliling mereka dan bagaimana mereka bertindakan terhadap dugaan dan cabaran yang di hadapi.
BAGAIMANA KITA MELIHAT MASALAH @
CABARAN ITU YANG MEMBEZAKAN KITA.
Apa yang membentuk pemikiran kita untuk menafsirkan cabaran tersebut :
persekitaran yang datang daripada SIKAP kita
yang terbentuk daripada
persekitaran
pengalaman
pendidikan
( sebab itu dikatakan – untuk melihat siapa kita 5 tahun akan datang lihat buku apa yang dia baca hari ini ).
Menurut Stephen Covey
‘ sekiranya kita melihat sesuatu masalah dan dugaan itu berpunca daripada diri kita ,
maka sebenarnya diri kita sendirilah yang sedang bermasalah
Pepatah Cina ada berkata
daripada menyalahkan kegelapan ,
lebih baik ambil sebatang lilin dan menyalakan

kita sekadar berkongsi aja......

Seramai 23 guru Bahasa Inggeris di seluruh Perak menghadapi tekanan kerana mendapat arahan pertukaran serta-merta tanpa memikirkan kebajikan mereka.
Guru berkenaan ditukarkan tanpa mengira jarak perjalanan membabitkan kos agak membebankan, contohnya melebihi 40 kilometer (KM) dan memakan masa melebihi sejam untuk sampai ke sekolah.
Pertukaran ini juga tidak menitikberatkan faktor usia, kehidupan berkeluarga dan masalah guru terbabit. Rayuan dibuat kepada Jabatan Pelajaran Perak tetapi ditolak.
Apa yang mengecewakan ialah jawapan diberikan iaitu guru perlu memilih antara kerjaya atau keluarga dalam perkara ini; pada satu masa tidak boleh memiliki dua perkara (kerjaya dan keluarga), dan tidak mempedulikan masalah yang sudah diluahkan.
Jika sayangkan suami dan anak, guru diarah letak jawatan. Apa yang menjadi ketidakpuasan ialah semua guru yang ditukarkan mempunyai komitmen tersendiri di sekolah lama dan tempat tinggal iaitu sudah membeli rumah, persekolahan anak, pekerjaan suami/isteri, keadaan kewangan dan kesihatan.
Tempat guru berkenaan digantikan dengan guru yang sama opsyen. Malah, ada guru baru yang masih belum mempunyai tanggungjawab berkeluarga ditempatkan di bandar.Mengapa mereka diberi keistimewaan ini sedangkan sudah termaktub dalam pekeliling bahawa guru baru perlu ditempatkan di pedalaman?Kebanyakan guru yang ditempatkan di bandar ialah isteri, suami, anak serta saudara-mara orang Jabatan Pelajaran. Mereka mengetepikan hak guru lain yang lebih memerlukan. Taburan penempatan guru di Perak amat mendukacitakan. Tiada langsung tindakan untuk memperbetulkan keadaan.
Ada guru yang sangat selesa, boleh berjalan kaki ke sekolah lebih kurang lima minit dari rumah. Ada guru yang amat tertekan. Sekolah di luar daerah, menempuh perjalanan melebihi sejam dan duit minyak melebihi RM25 sehari. Di manakah keadilan? Bagaimanakah diri ikhlas berkhidmat jika tidak selesa atau keselamatan terancam di jalan raya?
Guru perempuan pula tidak dapat menguruskan suami dan anak dengan baik sehingga berlaku keretakan rumah tangga. Tiada langsung rasa simpati untuk guru yang menghadapi masalah.
Bukan mahu ingkar arahan tetapi pihak berkenaan perlu rasional dalam membuat tindakan.
Guru masih berpegang teguh pada aku janji, namun jika kebajikan sendiri terabai bagaimana mahu menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.Jangan mempertikaikan jika ada guru yang hanya jasad wujud di sekolah, tetapi hati hilang entah ke mana. jangan mempertikaikan juga jika ada guru yang membatu tidak mengajar, tidak mengikut arahan, tidak memberikan komitmen, ponteng, perlu di kaunseling dan pelbagai lagi kerenah lain. Ini semua kerana kerenah birokrasi.
sumber : berita harian.
DARI JINGGO
ramai kawan2 pendidik kat blog ni
semuanya memahami cerita keluhan seorang guru diatas
INI PENGALAMAN SAYA
kerja kita sama
memdidik - dari konteks yang berbeza
PLKN
satu program besar
dikendalikan dengan objektif yang besar
untuk menjadikan program
KOMITMEN JUGA HARUS BESAR
tapi ceritanya sama.
PENEMPATAN VC KEBAJIKAN
saya pernah ditempatkan di kem air tawar lumut.
saya pernah ditempatkan di kem PDS PD.
semasa di lumut - balik 2 minggu sekali
masa di PDS - balik 2 hari sekali
BAYANGKAN DARI RAWANG
untuk menjaya misi besar
kelas pukul 8.00.pukul berapa saya harus berada dijalan
seterusnya di kem beranang.
INI PENGUDAH
hari2 dijalanan.
RAWANG ADA 2 KEM PLKN
kenapa tak dapat
ALASANNYA MUDAH.
tidak ada orang dalam yang boleh mengaturkan.
kita orang Melayu yg tidak boleh asingkan famili dan kerjaya
kebagusan dalam bekerjaya berfaktor kepada kekuatan emosi.

Isnin, 18 Januari 2010

jangan panik....

Seekor keldai tua terjatuh di dalam sungai - dan meraung meminta pertolongan.
Laungan keldai itu kedengaran kepada tuan tanah yang tinggal berhampiran dengan sungai.
Disebabkan tebing sungai agak tinggi - tuan tanah terpaksa mengumpul penduduk kampung untuk meminta pandangan bagaimana mahu menyelamat keldai itu.
Seorang muda berkata :
Sia2 sahaja - tebing sungai tu amat tinggi.
Lagi pun keldai tu dah tua dan sungai tu pun
kita sudah tidak gunakan.Kita timbus sahaja.
Keldai tua itu mendengar setiap butiran hasil dari perbincangan tersebut. Sedaya nya dia cuba untuk memanjat.Tapi usahanya gagal.Penduduk kampung berbekal cangkul dan segala peralatan memula usaha untuk menimbus keldai dan sungai tersebut.
Keldai tua - tidak cepat putus asa.
Setiap kali tanah jatuh atas badannya dia akan mengelupur ( dan tanah itu jatuh di bawah ) dan dia akan memijak atas tanah tersebut...
begitulah seterusnya sehinggalah dia dapat naik ke atas dengan selamat..
DARI JINGGO
dimana tempat orang yg tidak ada masalah.
Jawapannya ada di kubur....
tapi kita belum ke kubur.
bila berlaku sesuatu yang tidak sempurna
JANGAN PANIK
kerana pasti dihujung setiap ketidaksempurnaan
ada jalan keluarnya

kita perlukan bencana dalam hidup....

Kebanyakan kita belajar hanya setelah kepala kena ketuk !
MENGAPA ?
Kerana fitrahnya sudah begitu -
kita lebih senang tidak berubah.
Kita akan mula menjaga kesihatan bila doktor kata : kalau tak ubah cara hidup ,
maknanya mencari maut.
Pastinya kita akan berubah.
Dalam pelajaran , bila kita mula tekun belajar ,
apabila kita nyaris gagal.
Bila akan selalu berdoa : bila hidup kita kucar kacir !
Dalam hubungan : bilakah selalunya kita menyatakan kasih sayang ?
apabila rumahtangga hampir runtuh.
Kita mendapat pengajaran terbesar dalam kesusahan.
Bilakah kita membuat keputusan terpenting dalam hidup ?
Apabila kita jatuh melutut - setelah ditimpa bencana....
DARI JINGGO
Kita disini bukan untuk di hukum.
Kita disini untuk dididik.
Setiap peritiwa ada potensi mengubah kita ,
dan bencana mempunyai
potensi untuk mengubah pemikiran kita.
BERTINDAK DENGAN ANGGAPAN
SETIAP PERISTIWA ADA TUJUAN.
MAKA HIDUP KITA AKAN MEMPUNYAI TUJUAN.

Ahad, 17 Januari 2010

tidak ada tajuk............

Sekiranya seseorang anak hidup dengan kritikan
Dia belajar untuk mengutuk.
Sekiranya seseorang anak hidup dengan memuji
Dia belajar untuk menhargai
Sekiranya seorang anak hidup dalam permusuhan
Dia belajar berkelahi
Sekiranya seorang anak hidup dengan toleransi
Dia belajar menjadi sabar
Sekiranya seorang anak hidup dengan cemuhan
Dia belajar untuk jadi pemalu
Sekiranya seorang anak hidup dengan dorongan
Dia mempelajari keyakinan
Sekiranya seorang anak hidup dengan rasa malu
Dia belajar untuk merasa bersalah
Sekiranya seorang anak hidup dengan keizinan
Dia belajar untuk menyukai diri
Sekiranya seorang anak hidup dengan keadilan
Dia belajar menghargai dirinya
Sekiranya seorang anak hidup dengan penerimaan dan persahabatan
Dia belajar untuk mencari kasih sayang di dalam dunia.
DARI JINGGO
Anak2 mudah di pengaruhi.
Bila mereka melihat mentor mereka
DAN BEGITULAH
anak ini satu2 nya yang cukup berbeza.
inilah satu2 nya anak yang copy pemikiran orang yang paling rapat dengan dia.
dan tentunya dia tidak mendapat pandangan yang sempurna mengenai siapa abi nya.
didalam pemikirannya.
KITA KONGSIKAN.
pertemuan.jodoh.cinta dan perkahwinan dan seterusnya
seandainya ada mana2 yang tidak sempurna dihujung.
KITA FIKIRKAN
anak2 membesar dengan apa yang mereka
PERCAYA
DIPERCAYAKAN.
Eco Kid Adventure on Facebook