Ahad, 31 Oktober 2010

gelas2 kaca....


Gelas yang cantik, sudah pasti sukar untuk dihasilkan,
dan pasti mahal harganya, kan?
Ia perlu melalui beberapa proses
untuk menjadi gelas seperti yang kita gunakan.
Bahan dihancurkan, ia diketuk-ketuk,ia di bentuk,
ia dibakar dengan haba yang amat tinggi.
Walau banyak cabaran dan dugaan diharungi,
tetapi sedikit pun ia tidak mengeluh,
malah ia tidak berputus asa.
DARI JINGGO
kembali ke sekolah
yang pernah menhancurkan saya
( umpama gelas.saya dihancurkan.sistem seterusnya
menjadikan saya gelas )
diketuk dan dibentuk.
dan kembalinya
SAYA SEBAGAI GELAS
ceramah LADAP untuk sekumpulan
rakan2 guru di dewan yang
pernah menjadi saksi
HANCURNYA SAYA
DIHUKUM
ponteng sekolah
merokok
keluar asrama tanpa kebenaran
HARI INI
saya pulang sebagai gelas.

Khamis, 28 Oktober 2010

jangan ada benci...

Harun guru pendidikan luar - menganjurkan satu permainan
yang sungguh menarik untuk murid-muridnya.
Setiap murid diminta membawa beg plastik yang
berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling
mereka benci ke kelas pada esok hari.
Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung
kepada jumlah orang yang dibenci.
Keesokan harinya, setiap murid membawa
beg plastik berisi pisang masing-masing.
Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji
dan paling banyak lapan biji.
Semuanya sudah ditulis nama orang yang
paling mereka benci.
"Sekarang simpan pisang tu.
Jangan lupa bawa ke mana sahaja
kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya.
Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya"
Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang
masing-masing di dalam beg.
Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula
berbintik-bintik
dan akhirnya menjadi busuk .
Kanak-kanak itu mula merungut dan marah.
Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana
selain beg berat, badan berbau busuk.
Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid sudah bersorak.
Permainan sudah tamat.
Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
"Okey semua, apa rasanya bawa
pisang dalam
beg ke sana ke mari
selama seminggu?"
Semuanya serentak mengatakan
mereka benci permainan itu.
Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir.
Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi,
bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan
perasaan benci pada orang lain dalam hati.
Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati
dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi.
Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan
bau pisang busuk hanya untuk seminggu,
cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu
simpan kebencian sepanjang hidup kamu"
cgu haun mengingatkan anak muridnya supaya
membuang jauh-jauh perasaan benci
daripada membebani hidup.
Kemaafan adalah yang terbaik.
Menyayangi lebih baik
darpada membenci. !

Ahad, 24 Oktober 2010

ada cerita..................



MELAKA 24 Okt. – Matapelajaran sejarah akan mula diperkenalkan
di semua sekolah rendah seluruh negara pada tahun 2014.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata,

beberapa penambahan baru akan dimasukkan pada subjek
Kajian Tempatan yang diajar pada
murid tahap dua di sekolah rendah ketika ini.
Menurutnya, tambahan yang dibuat pada subjek tersebut termasuk

aspek kewarganegaraan, patriotisme dan perlembagaan negara.
''Kita akan laksanakan subjek Sejarah di sekolah rendah dengan konsep seperti ‘education is fun’ dengan pendekatan seperti kuiz, lawatan ke tempat bersejarah dan rombongan ke Parlimen.
''Kita mahu jadikan ia sebagai matapelajaran yang mudah difahami dan dihayati murid sekolah rendah,'' katanya kepada pemberita selepas menutup persidangan perwakilan dwitahunan Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) ke-22 di sini hari ini. – Utusan

DARI JINGGO
satu lagi keinginan pihak berwajib
untuk melihat perubahan dalam sistem sedia ada.
saya mengalami satu proses pengalaman
semasa di PLKN
KELAS KENEGARAAN.
satu subjek yang memberikan kita semua jawapan
SEJARAH DAN KECINTAAN TERHADAP
PENGETAHUANNYA AMAT JAUH
DARI LINGKUANGAN PELAJAR DAN REMAJA
kenapa kita sedia maklum
bila kepentingannya dijauhkan.....

Khamis, 21 Oktober 2010

setiap kesenangan ada bayaran....

Seringkali hati kecil mengadu sakit,
seringkali jiwa meratap hiba.
Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa,
kadangkala menewaskan semangat yang ada.
Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa
betapa kita dipinggirkan.
Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang
bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat
hanyalah jalan suram di hadapan.
Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan
ketentuan yang diciptakan.
Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu
sendu airmata mengaburkan kewarasan.
Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan
dan rasukan syaitan.
Kita hanya nampak jalan mudah untuk
melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih
kematian sebagai penyelesaian.
Pernahkah sekali kita
memahami alam?
Mengapa Tuhan hadirkan
pelangi selepas hujan?
Mengapa Tuhan tumbuhkan
bunga selepas kering-kontang?
Hanya daripada benih hitam yang kusam,
apabila disirami hujan lantas berbunga cantik.
Maka tersenyumlah alam.
Betapa indahnya aturan Tuhan.
Mengapa tidak ada
hujan berpanjangan
atau sinar mentari yang menyinari alam?
Mengapa harus ada putaran alam
seperti hitam malam dihiasi bintang?
Mengapa untuk tidak ada
sekaligus dalam satu masa?
Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?
Jawabnya senang.
Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan,
dugaan dan rintangan.
Mengecapi kebahagiaan
memerlukan pengorbanan.
Setiap kesenangan akan ada bayaran.
Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah
dan kicau burung yang menyanyikan
kedamaian selepas hujan.
Biar hujan di dalam hati,
pasti ada pelangi yang menanti.
InsyaAllah.

Isnin, 18 Oktober 2010

mari main bola

keinginan untuk berjaya
BOLEH DIKAITKAN MACAM
MAIN BOLA

semua dalam permainan bola
mesti ada dalam diri kita.
mesti ada pemain yang bersemangat
mesti ada tiang gol untuk dijaring kemenangan.

KITA MULAKAN BEGINI.
untuk main bola
tentunya semua nak menang.
UNTUK MENANG.
kita mesti ada gaya macam pemain bola
yang biasanya menang.
ADA KEMAHUAN
ADA SKILL
ADA JURULATIH
ADA LATIHAN.
setelah semua lengkap
MASUK KE PADANG

ini macam media perjuang sebenar.
PERJUANGAN BERMULA
dengan semangat
dengan kemahiran yang ada
KENA INGAT
bukan mudah untuk menjaring gol
sebab ' pentahanan lawan ' yang tentunya
MENYUKARKAN KITA.
untuk itu pasukan yang hebat
seharusnya ada srategi yang hebat.
INI TENTUNYA
melibatkan ketahanan emosi dalam yang kuat
tidak mudah ' kalah ' sebelum kalah.
DAN PERCAYALAH
untuk berjaya bukan kerja sorang2
ianya melibatkan team.
kita memerlukan orang lain untuk jaring gol.
UNTUK ITU MARI KITA TGK BOLA
lihat dan tafsirkan bagaimana
hebatnya pasukan
yang sedia beraksi.
TENTUNYA SEMUANYA ADA
komitmen dan disiplin

semua cantik

Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu
menjeling tajam atau yang kadang kala
malu-malu memberikan kerlingan manja.
Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu
menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala
memberikan kucupan mesra di dahi umi juga,
ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.
Atau mungkin juga pada hilai tawanya
yang gemersik dan
suara manjanya yang boleh melembut
sekaligus melembutkan perasaan.
Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan
kecantikan perempuan.
Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun
masih belum cukup untuk mendefinisikan
tentang keindahan perempuan.
Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan
kerana menjadikan kita perempuan dan
memberikan keindahan-keindahan itu.
Namun, betapa pun dijaga, dipelihara,
dibelai dan ditatap
di hadapan cermin saban waktu,
tiba masanya segalanya akan pergi jua.
Wajah akan suram, mata akan kelam.
Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia,
sifat keperempuanan yang dipupuk
dengan iman dan ibadah.
Anda ingin lebih cantik dan menarik?
# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan)
sebagai "hiasan mata" anda, nescaya
akan semakin bening dan jernih.
# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda,
nescaya akan semakin manis.
# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik
yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
# Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan
semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
# Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami"
yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.
# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu'
dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.
# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."
# Bedaklah wajah anda
dengan "air wudhu."
sumber Iluvislam.com
DARI JINGGO
diantara kecantikan
FIZIKAL
ada kecantikan
SOSIAL

Ahad, 17 Oktober 2010

ini pengalaman saya............



Hari yang sama
cerita berbeza.
guru lama VC ( bakal ) guru baru
guru maktab VC guru universiti
BERDASARKAN PENGALAMAN
mengendalikan 2 latihan yang berbeza
dari 2 kumpulan yang berbeza
GURU DAN BAKAL GURU.
cukup untuk disimpulkan
MENJADI SEORANG GURU
seharusnya disertakan dengan keinginan untuk
tahu bahawa kita bekerja dalam bidang
ilmu.budaya dan keinginan untuk tahu
adalah satu keperluan.
ini mungkin didasarkan kepada sistem
pendidikan itu sendiri selain dari
perubahan persekitaran memerlukan
guru2 melihat kerjaya ini
dari sudut yang
DARI JINGGO
kadang2 teringat
cakap2 seorang bekas Pengarah Pendidikan Negeri.
bezanya ketara guru kelahiran Maktab
dan guru kelahiran Univerisiti.
berbeza.

Jumaat, 15 Oktober 2010

kita ada pengalaman...

Manusia tidak terlepas dari buat kesilapan.
TIDAK ADA KESILAPAN YANG LEBIH
BESAR DARIPADA MENGANGGAP
DIRINYA SENTIASA BETUL
kesilapan adalah umpama batu2 kerikil yang
menghasilkan jalan yang elok.
orang yg tidak pernah buat silap sebenarnya tidak
mencuba dengan bersungguh2 ,malah tidak menghasilkan apa2.
KESILAPAN BUKAN BERERTI GAGAL
ia menjadi tapak untuk kita belajar
kesilapan adalah ilmu
kesilapan adalah aset
ADA PEPATAH MENYATAKAN
ketika seorang insan merasa ragu2 kerana
merasa diri kurang hebat ,
insan lain yang banyak melakukan kesilapan
muncul sebagai manusia hebat.
menurut ahli falsafah Ludwig Wit-tgenstein
jika kita tidak pernah melakukan
perbuatan yang bodoh ,
sesuatu yang pintar tidak
tidak akan disempurnakan.
DARI JINGGO
kesilapan ada memberikan kita
PENGALAMAN dan KENANGAN
kenangan bermakna kita berhenti
untuk meneruskan cerita yang sama
pengalaman bermakna
kita akan jadikan kesilapan sebagai
satu lagi garis sempadan untuk
cuba dan cuba lagi....

Khamis, 14 Oktober 2010

kita dimana

“KALAU kita hebat di dunia,
kalau masuk ke dalam neraka, ia tidak berbaloi,”
demikian ucap pakar motivasi terkenal,
Datuk Dr. Fadzilah Kamsah
yang juga pemegang gelaran tokoh
Maal Hijrah 1429 peringkat Selangor
tatkala membahas tentang ‘Mencari Jalan Pulang.’
Cuma satu pesannya:
“Sekali kita sudah bertaubat dan tidak mengulangi dosa silam,
jangan pula kita menghina orang lain.
Selami dengan sebetulnya jiwa sendiri
agar dapat mencari jalan pulang
yang diredhai oleh Allah Taala.
Itu lebih indah daripada segala-galanya.”
DARI JINGGO
perubahan bukan fitrah kita
tapi perubahan juga milik kita.
dimana mulanya.
berdasarkan satu kajian besar menyatakan begini.
PERUBAHAN AKAN BERLAKU.
pertama
terjadi sesuatu yang meninggalkan kesan terhadap
emosi kita yang mengakibat kita berubah.
kedua
persekitaran akan membentuk perubahan tersebut.
kesan dari kelaziman dan pelakuan harian yang menjadi
urutan dan amalan semasa.
ini dikaitkan dengan
KELAZIMAN membentuk TABIAT
membentuk BUDAYA membentuk
SIKAP membentuk TAKDIR
ketiga
HIDAYAH DARI ALLAH.

Ahad, 10 Oktober 2010

nak berubah mesti ditegur....

"Orang yang dapat menegur orang lain
adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain."
Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah.
Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain.
Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.
Membina dan Meroboh
Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya,
teguran yang membina dan
yang statik dan jumud.
Manusia keseluruhannya mengharapkan
teguran yang membina bukan yang statik.
Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.
Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur
apabila dia yang memerlukan teguran tersebut.
Lain pula sekiranya seseorang yang tidak memerlukan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan
terasa dan terus terseksa hati.
Orang yang Menegur
Manusia memang tidak pernah lari daripada
melakukan kesalahan,
yang berbeza hanya banyak dan sedikit.
Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut
adalah orang yang minimum kesalahannya.
Sebab itu kalau kita suka menegur,
kita mesti pastikan teguran itu di tuju
ke arah kita terlebih dahulu,
kemudian baru ke orang lain.
Orang yang Ditegur
Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain.
Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.
Kata Hukama,
"Orang biasa akan marah apabila
dikritik oleh orang lain,
manakala orang yang mulia ialah mereka yang
memperbaiki diri daripada kritikan orang lain.
Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".
Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri.
Orang disekeliling adalah cermin bagi kita.
Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin.
Bukankah susah?
Ingat..
Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur.
Ramai yang tidak mampu lakukan ini.
Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur.
Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu,
teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.
Ingat! Apabila anda menuding jari
terhadap kesilapan orang lain,
sebenarnya 3 jari anda telah menuding
kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.
http://www.iluvislam.com/
DARI JINGGO
sudah menjadi fitrah manusia
teguran dan perubahan
bukan fitrah
kita menentang perubahan.
MANUSIA AKAN BERUBAH
KALAU DIA SUKA BERUBAH
jadi tentunya sebagai agen perubahan
kita seharusnya menjadi
SEKELOMPOK ORANG YANG DISUKAI
DALAM PROSES TEGUR MENEGUR.

Rabu, 6 Oktober 2010

ada formulanya.




Kadang2 kita biarkan
TINDAKAN BERCERITA.
sebagai seorang pekerjaya begini
tentunya saya tidak membiarkan
KERJAYA INI BERLALU BEGITU SAHAJA
ada cerita yang menjadikan ceritanya macam tu
KOMITMEN.DISIPLIN
selain dimana2 pun
MINAT.NIAT
harus kita letakkan diatas

Sabtu, 2 Oktober 2010

menarik pengalaman ni...



satu lagi pengalaman menarik
mengenai dunia pendidikan
DIBERI TANGGUNGJAWAB
seterusnya di
SMK DarulEhsan.Selayang.
mengendali Latihan Pembinaan Karektor
untuk pelajar Kelas Rancangan Khas.
himpunan semua A ++++
YANG MENARIKNYA
makayah pelajar2 ini ada ' persatuan ' mereka sendiri
bermaksud dalam PIBG dan ' PIBG ' lagi.
3 hari 2 malam bersama pelajar A++++
menarik untuk dijadikan satu lagi cerita baru.
diantara IQ ada EQ ada ESQ ada PSEQ.
Eco Kid Adventure on Facebook