Khamis, 30 April 2009

kita kongsikan bersama

Sila ambil sebatang jarum, pegang di jari kanan anda. Cari benang cuba masukkan benang kedalam lubang jarum tersebut.Boleh. ? .
Sekarang keluarkan benang dari lubang jarum tersebut. Masukan kembali benang kedalam lubang jarum tersebut. Sekarang cuba perhatikan nafas anda. Apakah sewaktu anda memasukan benang kedalam lubang jarum tersebut nafas anda menjadi perlahan atau anda menahan nafas anda sebentar tanpa anda sedari.? .
Saya percaya anda akan menahan nafas atau setidaknya anda bernafas dengan sangat perlahan dan lembut sekali sewaktu anda memasukan benang kedalam lubang jarum tersebut.
semakin anda memperlahankan nafas anda anda semakin mudah berkosentrasi memasukan benang kedalam lubang jarum tersebut.Nafas mempunyai hubungan yang sangat erat dengan aktiviti minda. Semakin perlahan nafas anda semakin perlahanlah gelombang otak anda. Maka semakin mudah anda mencapai gelombang alpha
.Alpha merupakan sebuah keadaan gelombang minda yang sangat tenang.
Dari Jinggo
Tidak keterlaluan kalau mahu di kongsikan saya mendominasi Teori Penggunaan Minda Dibawah Sedar ini - kerana saya amat2 yakin kita dibekalkan dengan sesuatu yang mungkin
KITA TAK TAHU
KITA TIDAK MAHU TAHU
bagaimana kita menjadi berdasarkan apa yang MAHU JADI - persoalan yang membezakan kita ada kita - bila kita
TIDAK DOMINAN KAN
TIDAK PERCAYA
semakin kerap teori ini diperkatakan : dan kalau dilihat pada kejayaan ramai orang2 yang mendahului kita adalah KEINGINAN untuk berjaya - selain MENAMPAKkan kejayaan tersebut secara jelas.
untuk itu apa lagi
KITA DOMINASIKAN KEINGINAN KITA DALAM BENTUK VISUAL DAN IMIGINASI - dalam Gelombang Alpha
akhirnya
padi yang kita tanam padilah yg kita akan tuai...
sebarang persoalan saya akan jawab dalam komen

Rabu, 29 April 2009

marah fitrah kita

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.
Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.
Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut.
Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata
"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

AKHIRNYA
dari jinggo
KITA DIBERI BANYAK RUANG DAN PELUANG
untuk tahu
MARAH JUGA FITRAH KITA.
dimana harus dihamburkan.
bagaimana mahu dihamburkan.
KERANA KITA JUGA TAHU
luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal

inilah karektor kita - mari teka


Andaikan anda melakukan satu perjalanan yang agak jauh dan menempuh pelbagai rintangan dan kesulitan. Setelah beberapa hari, bekalan makanan dan air yang anda bawa sudah kehabisan.Anda berasa amat tertekan, keletihan dan kelaparan serta kehausan yang amat sangat. Namun destinasi anda masih jauh.
Dalam keadaan yang semakin mencabar itu, anda tiba ke suatu tempat di mana terdapat tiga buah kolam. Dengan tidak sabar-sabar lagi anda meluru ke salah satu kolam tersebut dengan tujuan hendak meminum airnya kerana kehausan yang tidak tertahankan lagi.
Alangkah terkejutnya anda apabila anda menundukkan kepala untuk mencecah permukaan air kolam yang jernih itu, selera anda tiba-tiba tertutup. Anda tidak tergamak untuk meneruskan hasrat anda kerana anda melihat bertimbun-timbun tulang-temulang memenuhi kolam itu walaupun airnya begitu jernih.
Anda beredar menuju ke kolam yang kedua. Sekali lagi anda terkejut apabila mendapati kolam ini pun dipenuhi dengan rambut, sedang melintuk-liuk di dalam air kolam yang amat jernih itu. Anda berasa hampa kerana anda tidak sanggup menghirup air yang bercampur dengan rambut manusia.
Anda kemudian mencuba nasib ke kolam yang ketiga. Aduhai malang sekali, anda terkejut lagi kerana kolam yang ketiga ini lebih meloyakan. Seluruh kolam yang ketiga ini dipenuhi dengan darah manusia.Anda terduduk dan termenung memikirkan bagaimana anda hendak mengatasi masalah kehausan yang anda sedang tanggung. Bekalan makanan sudah habis, air pula tidak ada kecuali air yang di dalam tiga buah kolam ini.
Dan anda pada logiknya akan menemui maut jika anda tidak mahu meminum air dari kolam tersebut.
Nah, sekarang anda terpaksa memilih.
Manakah di antara tiga buah kolam itu yang anda sanggup meminum airnya?
DARI JINGGO
ini merupakan ujian karektor kita : dipetik dari sebuah buku
mari kita pilih
dan jawapan akan diberi kemudahan

Selasa, 28 April 2009

kita berpesta lagi....

maruah diri seorang ialah suatu yg sangat dipelihara oleh Islam.
Kemulian maruah manusia yang dipelihara dengan baik oleh syariah , terjelma menerusi pelbagai peruntukkan syarak yang disandarkan dengan nas2 yg berautoriti.
Ancaman utama kepada maruah seseorang ialah sesuatu yang menghina dan menjatuhkannya. Cara untuk menjatuhkan maruah seseorang adalah dengan cara - mengintip , mengintai , meneropong , menyelidik , mengekori ,
menyiasat kehidupan peribadi seseorang.
MENCARI2 APAKAH ARANG HITAM YANG BOLEH DICONTENG
KE WAJAH EMPUNYA DIRI.
bahan ini akan dijaja.
Maruah orang yg disasarkan akan di robek - robekkan , imejnya dicarik , ceritanya didedahkan dan aibnya diperkatakan.Dilumur nista , direjam dengan kata2 dan ditokok tambah adunannya.
semua ini ditentang secara tegas oleh Islam
Ibn Umar meriwayat dalam satu Hadis : Rasullah s.a.w. pernah berkata
' wahai kelompok manusia yang telah memasuki Islam dengan lidahnya sahaja tidak dengan hatinya, maka jangan menyakitkan hati orang Islam yang lain.Dan jangan menaibkan ( menhina ) mereka dan jangan mengintip aurat mereka.Maka sesungguhnya , sesiapa yang mengintip aurat saudara Muslimnya , maka Allah akan membuka auratnya dan sesiapa yang dibuka auratnya oleh Allah maka Allah akan mendedahkan auratnya walaupun dia berada di kediamannya
KITA BINCANGKAN SECARA ILMIAH.
kita akan berpesta lagi.pesta membuka ' aurat ' masing2.
ada sekelompok kita - memang menzahirkan secara praktikal kerjanya ada mencari dan menjatuhkan aib orang lain - dalam apa bentuk sekalipun dihujung....
orang ini mesti diaibkan.
dihujungnya apa yang kita akan dapat.
KEPUASAN DIRI DAN KELOMPOK
dihujungnya kita meranapkan satu lagi sistem.
pastinya : kita masih dikiblat yang sama.

untuk kita fikirkan....

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar.
Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai
kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :
Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu: Oh, awak nak tahu ke?. Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar: Baiklah... apa yang saya harus buat?
Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu: Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.
KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi.
Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas

Isnin, 27 April 2009

pujuk diri - tidak ada kurangnya kita...

Kita semua mengetahui bahawa sesungguhnya manusia itu tidak sempurna,
segalanya memiliki kelebihan dan kekurangan. Maka, sebaiknya perbedaan yang ada janganlah jadi pertentangan diantara kita, bahkan justru sebaliknya;
perbedaan itu diciptakan untuk saling melengkapi.
Dan, janganlah kita terlalu mengasihani diri sendiri; jika kita memiliki suatu kekurangan, maka janganlah kita menganggap diri kita ini lemah, anggaplah kita ini hanya sedikit berbeda dari yang lainnya.
Kerana setiap orang juga pada dasarnya berbeda dan memiliki kelemahan atau kekurangan.Fokuskanlah diri pada hal-hal yang mampu kita lakukan, bukan pada kekurangan kita.
Fokuskan pada kelebihan kita dan bangunlah kekuatan untuk meraih kejayaan.
Janganlah terlalu merenungi diri, mengasihani atau bahkan mengurung diri dari kenyataan hidup, kerana hal itu tidak akan membantu sama sekali.
Bertindaklah dan jangan takut berbuat kesalahan, kerana dengan bertindak bererti kita sudah mengatasi kelemahan diri kita dan membangkitkan potensi terbaik diri kita.
Hal tersebut sangat berguna bagi kita untuk meraih hal-hal terbaik dalam hidup ini.Bersyukurlah atas keadaan kita. Tuhan maha tahu atas diri kita, dan kita sebaliknya tidak dapat mengetahui apa yang direncanakan-Nya.
DARI JINGGO
kerana kita dizahirkan dengan berbagai anugerah @ potensi - kita sering2 terperangkap dengan cerita diri sendiri.
Yang kadang2 mungkin tidak banyak membantu diri untuk naik ke atas.
KERANA KITA ADALAH APA YG KITA PERCAYA
KERANA KITA ADALAH APA YG KITA FIKIRKAN
zahirnya kita adalah sesempurna insan yang dizahirkan.
hidup ini semuanya dikaitkan dengan pilihan demi pilihan

Ahad, 26 April 2009

kisah pisang busuk

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari.
Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji.
Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam.
Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah.
Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat,
badan berbau busuk.
Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam.
Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk."Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.
Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci.Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati.. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.
DARI JINGGO

hak untuk memaafkan - ada pada kita
hak untuk membenci - ada pada kita
kita diberi pilihan : kita pernah mendengar -
memaafkan mungkin melupakan tidak mungkin.
kerana kita ada pilihan
pilih yang terbaik.

Sabtu, 25 April 2009

harapan kami kepada PakCik Najib




hari ini kami ingin menyatakan komitmen kami
terhadap Alam Sekitar
kita biasa mendengar kita tidak mewarisi bumi ini dari nenek kita
kita hanya meminjam dari anak cucu kita..
LANGIT SUDAH HILANG BIRUNYA
SUNGAI MENGALIR UMPAMA LONGKANG2 BESAR...

apa lagi yang mahu kami dan kita harapkan...
satu pendekatan lain diharapkan untuk mempastikan kami dan anak cucu kami terus hidup secara harmonis bersama Alam Sekitar
SELAMAT HARI BUMI
terima MBPJ kerana komitmen berterusan untuk terus mempastikan kesinambungan kita hidup bersama alam

Jumaat, 24 April 2009

kerana seorang...

" Esok setiap satu keluarga di kampung ini mesti menyumbang semangkuk susu untuk membantu askar2 kita yang sedang dalam perjalanan nenuju ke medan perang. " kata seorang penghulu pada satu perhimpunan.
Tidak banyak , hanya semangkuk susu.
Saya akan letakkan sebuah tempayan besar dihalaman rumah saya pada petang esok. Kamu semua boleh menuang semangkuk sus yang dimadsudkan mulai petang ini sehingga awal pagi esok. Tentera kita akan sampai sebelum tengahari dan dapatlah mereka minum sebelum meneruskan perjalanan.
Ah aku akan bawa hanya semangkuk air dan tidak ada sesiapa yang tahu bila aku campurkan dengan susu yang banyak dalam tempayan tu.
BISIK SEORANG PENDUDUK
kalau aku tuangkan semangkuk air tidak akan menjejaskan apa2.
DETIK RASA SEORANG PENDUDUK YANG LAIN
ESOKNYA
alangkah terkejut si penghulu dan seluruh penduduk kampung bila yang terkumpul di dalam tempayan itu bukanlah susu tetapi setempayan air
kita fikirkan.
DISEBABKAN SEORANG KITALAH HARI INI KITA TELAH MEMBUANG SAMPAH YANG CUKUP KALAU TIDAK DIPUNGUT 9 1/2 HARI MAMPU UNTUK MENJADIKAN - SEBUAH LAGI MENARA SAMPAH SETINGGI KLCC.
SELAMAT HARI BUMI
dan ini yang ditinggalkan
KAMI AKAN BERSAMA MBPJ UNTUK KOMITMEN SETERUSKAN
KEM KESEDARAN ALAM SEKITAR.

Khamis, 23 April 2009

berbosskan SADDAM HUSSIEN...

ini ada satu cerita yang mungkin kita boleh jadikan panduan dan sempadan.
seorang kawan - hadiahkan saya sebuah buku yang menarik
SADDAM HUSSEIN & FAMILY.
ini manusia hebat - mencatur manusia dengan KETAKUTAN.
semua nampak cantik - dengan ketakutan yang diperkenalkan.
perubahan manusia Iraq seketika atas dasar ketakutan.
dikatakan : Pasukan BolaSepak Iraq diberi amaran oleh Uday Hussein
KALAH BERMAKNA HILANG KUKU....
itu kehebatan motavasi takut
SEJAUH MANA BERKESANNYA MOTIVASI TAKUT.
memang berkesan untuk jangka yang pendek.
TENGOK APA BERLAKU DI IRAQ SEKARANG
TENGOK APA BERLAKU DI SINGAPORE..
takut buang sampah di negara sendiri
BUANG SAMPAH DI NEGARA ORANG LAIN...tanya orang Johor.

dan hari ini - saya bergerak sejauh 60 km hari ini - untuk ambil cek dari Program yang sudah dijalankan - sukses - disebab GuruBesar hanya ada satu keputusan - semua urusan adalah tanggungjawab saya.cgu2 lain tidak berani angkat muka - dan saya tidak berani menyanggah - tunggu - tunggu - GuruBesar hanya kat bawah - tidak ada sesiapa berani panggil - tunggu lagi - akhirnya balik - 60 km lagi - balik - disebabkan tidak ada sesiapa yang berani sanggah GuruBesar....
sejauh mana tindakan ini betul
betul - untuk melihat perubahan dalam jangkamasa pendek
tidak betul - untuk melihat perubahan dalam jangkamasa yg panjang
SEMUA PERUBAHAN BERLAKU ATAS DASAR TAKUT.

moral untuk kita.

memang pendekatan motivasi takut begini berkesan untuk satu tempoh yang pendek - selalu yang menjadi ' ketidakcantikan ' pendekatan ini - bila mana pemberi motivasi hanya menyalur motivasi hanya pada satu arah.
SEMUA HARUS BEGINI.
pemberi motivasi begini hanya ada satu jawapan
AKU YANG BETUL.

Rabu, 22 April 2009

ini adalah soal hati.....

dari seorang rakan jemaah - yang memang dizahirkan sebagai AHLI....

Bila satu tugasan diberi kepada seorang yang bukan ahlinya , tunggulah saat kebinasaannya. Begitu , madsud hadis Rasullah saw . Kita tertanya tanya :
siapakah yang ‘ bukan ahli ‘ itu dan apakah pula kebinasaan yang bakal berlaku…..
Persoalan ini sangat kritikal untuk ditangani , justeru sedang berlaku pelbagai ‘ keruntuhan ' sama ada berbentu spiritual mahupun fizikal. Keruntuhan akhlak adalah masalah yang tidak dapat dinafikan. Begitu juga dengan keruntuhan tanah , keretakan jambatan , lebuh raya dan kebocoran siling.
Ringkasnya ,
inilah kebinasaan yang telah terjadi sekali gus petanda semkin ramai yang ‘ bukan ahli ‘ sedang memegang jawatan @ tugasan penting dalam masyarakat.
Ketika mencadangkan Nabi Musa A.s diterima bekerja , anak gadis Nabi Syuib telah meletakkan dua ciri utamapertama AL QAWI ( kekuatan ) dan kedua AL-AMIN ( amanah ).hal ini diabadikan oleh Allah menerusi firmanNya :

sesungguhnya orang yang paling baik untuk diberikan kerja ialah orang yang kuat lagi amanah ( surah al-qasas )

kepakaran = ilmu dan Amanah -
madsudnya keikhlasan + kejujuran dan ketelusan

Moral untuk difikirkan…

MELAHIRKAN ORANG YANG JUJUR LEBIH SUKAR BERBANDING MELAHIRKAN ORANG YANG BIJAK

Selasa, 21 April 2009

kita diberi pilihan...

Jika anda diberi pilihan untuk menjadi semut, labah-labah atau lebah, manakah yang akan anda pilih? Orang yang rajin bekerja akan memilih menjadi semut, sebab melambangkan kerajinan, iltizam, kerjasama, kesatuan, hidup bermasyarakat dan sentiasa aktif.
Orang yang merasakan dirinya bijaksana akan memilih menjadi labah-labah sebab pada anggapannya labah-labah amat cerdik. Dia membina sarang sekali sahaja tetapi mampu duduk senang dan tetap mendapat makan selamanya. Manakala orang yang merasakan hidup perlu berjasa akan memilih menjadi lebah. Pada anggapannya lebah sangat rajin, cerdik, juga berkuasa. Sengatan lebah boleh mematikan.
Apakah pilihan anda?
Sebenarnya semua pilihan adalah betul. Setiap sesuatu ada kelebihan dan keistimewaan juga kekurangan-kekurang an tertentu. Mengapa saya berkata begitu? Sebabnya, ketiga-tiga binatang kecil ini disebut dalam Al-Quran malah menjadi nama surah. Semut dari Surah An-Naml, labah-labah dari Surah Al-Ankabut dan lebah dari Surah An-Nahl.
Namun, jika disuruh memilih satu sahaja dan soalan itu ditujukan kepada saya,
saya akan menilai sebagaimana berikut:

Semut. Kerjanya menghimpun makanan tanpa henti. Siang malam pagi petang dia berusaha tanpa rehat. Belum pernah saya melihat seekor semut terbaring keletihan. Dia hanya diusung oleh teman-temannya apabila dia mengalami kesakitan ataupun setelah mati. Selebihnya ia akan bekerja, bekerja dan bekerja. Tahukah anda, semut boleh menghimpun makanan untuk bekalan yang amat lama sedangkan usianya tidaklah lebih lama daripada banyaknya bekalan makanan yang boleh dihimpunnya itu. Motif kehidupan semut ialah menghimpun sebanyak-banyak makanan, seolah-olah dia tidak mati dan hidup selama-lamanya. Alangkah tamaknya sang semut hingga kadangkala sanggup memikul sesuatu yang melebihi saiz badannya sendiri. Sedangkan nyata dia sendiri tidak sanggup memakan makanan itu hingga selesai.
Labah-labah. Dalam ayat 41 Surah Al-Ankabut disebut tentang sarang labah-labah sebagai tempat yang paling rapuh. Ia bukan tempat yang aman. Apa pun yang berlindung di sana akan binasa. Bahkan jantannya disergapnya untuk dihabiskan oleh betinanya. Telur-telurnya yang menetas saling berdesakan hingga saling memusnahkan.
Lebah. Lebah memiliki naluri yang dalam bahasa Al-Qur’an disebut, marhumnya, “Atas perintah TUHAN ia memilih gunung dan pohon-pohon sebagai tempat tinggal.” [An-Nahl,16: 68]. Lebah membina sarang berbentuk segi enam bukannya lima atau empat agar efisen dalam penggunaan ruang. Makanannya suci, bersih dan istimewa daripada serbuk sari bunga. Lebah tidak mengumpul makanan, sebaliknya menghasilkan lilin dan madu yang sangat bermanfaat kepada manusia. Lebah sangat berdisiplin, mengenal pembahagiaan kerja, tidak cerewet, tidak letih melakukan kerjanya. Demi kesucian dan manfaat sarang yang dibina, segala yang tidak berguna disingkirkan. Hasilnya sarang lebah menjadi pusat pengumpulan madu. Lebah tidak mengganggu kecuali jika diganggu. Bahkan sengatannya pun di samping amat berbisa juga boleh menjadi ubat.
Jadi, apakah pilihan saya? Saya memilih ketiga-tiganya sebab ketiga-tiganya mempunyai keistimewaan- keistimewaan tertentu. Psikologinya saya ingin menjadi semut dengan alasan mahu bekerja keras tanpa memikirkan soal remeh-temeh
Dengan mengambil sikap lebah, tentunya saya mahu menjadi seseorang yang diperlukan masyarakat dengan memberikan sebanyak-banyak jasa. Bijaknya lebah boleh membina sarang segi enam yang tepat ukurannya.
AKHIRNYA
Namun, jika soalan yang asal ditanyakan lagi dan disuruh pilih satu sahaja, apakah pilihan yang terbaik? Semut menghimpun harta, labah-labah pula ingin hidup senang atas kesusahan orang lain manakala lebah berkhidmat kepada pihak lain. Maka, pilihan yang terbaik ialah lebah, lantaran Nabi s.a.w. pernah mengibaratkan seorang Mukmin itu sebagai lebah.

“Tidak makan kecuali yang baik-baik, tidak menghasilkan kecuali yang bermanfaat dan jika menimpa sesuatu tidak merusak dan tidak pula memecahkannya.” Itulah lebah.

Isnin, 20 April 2009

selamat ulang tahun......

Lama saya kat sini.Hampir 10 tahun usia perjuangan ini - dah tentunya apa berlaku hari ini - semalam - bukan sekadar berlaku - ada cerita yang mungkin tidak pernah dikongsikan dengan sesiapa....
dalam tempuh perjuangan ini mungkin ada yang tidak pernah tahu.
dimana semuanya bermula
dan yang paling penting kekuatan apa yang mahu dikongsikan.
SAYA MULAKAN DISINI.
anggaplah ini sebagai satu perkongsian akademik - sebab untuk berada dalam satu tempoh jangkamasa yang hampir 10 tahun dalam industri latihan ini -
mungkin tidak semudah yang kita fikirkan.
SAYA MEMBAYAR DENGAN HARGA YANG
AMAT2 MAHAL UNTUK KEINGINAN INI.
kuasa yang saya kutip dari buku yang tidak pernah saya abaikan....u can win
saya amat percaya pada potensi seseorang
saya amat percaya pada kuasa imiginasi yang dominan
saya amat percaya kepada satu sistem komunikasi hadapan yang berkesan.
saya amat percaya kepada pendekatan asertif dalam komunikasi
saya amat percaya kepada ' what u give u get back '
saya amat percaya kepada kuasa komitmen
saya amat percaya masa seharusnya diurus macam Nyawa....
dan akhirnya
saya amat percaya - kita adalah apa yg kita fikirkan.
DAN SAYA PERCAYA - NIKMAT INI ADALAH UJIAN KEPADA SAYA.
akhirnya - terima kasih kepada kawan yang pernah membantu -
memang kadang2 kita bersilang fahaman bila kita berurusan -
majikan dan pekerja tentu ada ketidaksempurnaan dimana2.
cgu zaaba , ustaz arwadi.kacang.kubis.sani.lan.ikram.imran.pedot.budin.labu.wan.mario.mus.epi.
huda.ain.rahmah.fizah.kumat.kutam.engku azli.
TERIMA KASIH KERANA BANTUAN
saya membuat tafsiran lain tentang pengurusan -
kerana saya amat percaya kepada apa yang saya percaya.

cinta + remaja dan masa depan

sibuk2 kita berceramah - dia sempat menulis surat cinta. senarai JANTAN2 yang bersama
ini fokusnya.....
mungkin ini satu lagi pengalaman baru
SEORANG REMAJA - 12 TAHUN
CANTIK SECARA FIZIKAL
berpenyakit
CGU SAYA berpenyakit YANG SAYA RIMAS
sakitnya
PANTANG TENGOK LELAKI DAHI LICIN.
hobinya adalah bercinta
diatas semua yang ditulis dalam buku notanya
kalaulah remaja ini
ANAK2 KITA
ADIK2 KITA
SUKA SAKAT KITA
apa yg mahu kita katakan - bila seluruh perhatian kepada JANTAN2 yang setaraf dengan dirinya.bila buku nota yang sepatutnya digunakan untuk tujuan lain - dan dia menggunakan untuk tujuan lain. fokusnya 100 % pada JANTAN2....
kita kembali kepada fitrah kita manusia.
fitrah kita sebagai seorang guru.
APA LAGI KUASA YANG KITA ADA KALAU ADA PELAJAR @ ORANG YANG SOMBONG.
sombong bahawa
TINDAKAN AKU BETUL.
dari jinggo
Sister Z - biarkan apa pun berlaku pada cerita sebelum ini.itu sekadar cerita - hari ini - semua cgu2 menharapkan perubahan.MakAyah Sister Z dah jumpa cgu.Tangisan seorang ibu yang anaknya sudah jauh - dan jauh dan terus jauh.......
KALAULAH INI ANAK2 KITA
APA TINDAKAN KITA.

Sabtu, 18 April 2009

kelas kita pun bermula disini.....

KEM KESEDARAN ALAM SEKITAR
PESERTA - PELATIH MAKTAB PERGURUAN TERANGGANU
TASIK KENYIR.
kajian flora dan fauna
Kitar Semula Kertas Secara Parktikal
Kajian Ekosistem Sungai
Permainan Alam Sekitar
Mungkin selama ini kita mengasingkan diri dari membicarakan
topik ini secara akademik.
kita hanya membiarkan orang 2 yang kita rasa bertanggungjawab untuk menyelesaikan sebahagian dari pemasalahan yang kita lakukan bersama.
KEM KESEDARAN ALAM SEKITAR
merupakan satu bentuk latihan yang menjurus kepada kefahaman secara
teori dan praktikal
KITA TIDAK MEWARISI BUMI INI DARI NENEK MOYANG KITA - KITA HANYA MEMINJAM DARI ANAK CUCU KITA.


terima kasih kepada Jabatan Alam Sekitar Selangor - Salkiah & Is dan kawan.
Bahagian Pendidikan Guru PutraJaya- En Baharuddin kerana kepercayaan yang diberikan kepada kami ( eco kid ) mengendalikan Program Latihan ini.
tidak lupa kepada Mario dan Epi

seterusnya lihat

Ahad, 12 April 2009

berkhidmat untuk dunia...

KEM KESEDARAN ALAM SEKITAR
tasik kenyir
perserta : pelatih Maktab Perguruan Terengganu
Saya dan kami (Jabatan Alam Sekitar ) akan menerus apa yang patut kami terus
Selasa - Ahad - saya akan meninggalkan ruang ini untuk komitmen seterusnya
dan ini mungkin sebahagian dari keinginan yang tidak pernah ' putus - putus ' - ini media terbaik untuk meneruskan komitmen : pelatih2 bakal seterus duduk di sekolah untuk meneruskan komitmen kami Jabatan Alam Sekitar + EcoKid.
PERSOALAN.
setelah bertahun Program ini dilancar dan dilaksanakan- saya dan kami tidak melihat perubahan yang besar kalau diukur dari perlaksanaan
Pendidikan Alam Sekitar Merentasi Kurikulum.
KENAPA
mungkin cgu2 yang dihantar latihan tidak berminat
mungkin cgu2 yang dihantar - akhirnya terikat dengan rutin pentadbiran guru besar
mungin cgu2 yang dihantar @ dan mungkin sistem menyatakan
INI SUBJEK YANG TIDAK AKAN KENA MENGENA DENGAN PEPERIKSAAN -
KITA ABAIKAN
alam sekitar.
pendidikan alam sekitar.
komitmen yang tidak akan saya tinggalkan disebalik semua
kemungkinan tersebut.

Sabtu, 11 April 2009

nak dating - hati2

Kepada seorang rakan - terima ini sebagai satu perkongsian
10 ALASAN LELAKI TIDAK LAGI MENGHUBUNGI ANDA
SETELAH PERTEMUAN PERTAMA
Anda terlalu banyak bicara.
Pakaian anda terlalu menjolok mata hingga mengundang perhatian orang lain.
Anda tidak tertawa saat dia berlawak.
Anda terlalu jujur tentang apa yang anda inginkan dari hubungan tersebut.
Anda berulangkali membicarakan tentang bekas teman lelaki anda.
Percakapan yang anda jalinkan tidak bersangkutan dengan percakapannya.
Anda marah-marah pada kepada pelayan restoran hanya kerana dia terlambat membawakan pesanan anda.
Anda terlalu banyak mengeluh.
Anda kerap melihatnya dengan pandangan seribu tanda Tanya.
Anda memintanya pergi ke restoran dan tempat-tempat mahal.

10 PERKARA POSITIF BAHAWA ANDA TERPILIH
SEBAGAI PASANGAN HIDUPNYA.
Si dia mengakui kebohongan yg telah dikatakannya pada masa lalu.
Si dia memperkenalkan anda kepada orang-orang yang ‘dekat’ dengannya.
Si dia memperlawa untuk menghantar anda pulang ke rumah.
Si dia mengakhiri percakapan di telefon dengan ucapan, “Aku Cinta Padamu” meski ketika dia sedang berada di pejabat.
Si dia mengatakannya “Saya yakin awak akan menjadi ibu yan gbaik untuk anak-anak saya.”Si dia selalu ada ketika anda memerlukannya.
Si dia membela anda ketika keluarganya memberi komen tentang anda.
Si dia berhenti melakukan olahraga yang berbahaya hanya kerana dia menyedari bahawa betapa besarnya risiko misalnya ditimpa kemalangan.
Oleh itu kerana tidak mahu anda bersedih, dia menghentikan hobinya yang mungkin boleh menyebabkan dirinya dalam keadaan bahaya.
Si dia selalu mengajak anda pada setiap acara keluarga.
Si dia mengajak anda membuka akaun bersama

MORAL

kajian yang dijalankan di USA menyatakan : Pertemuan pertama adalah sesuatu yang paling ditakuti jika dibandingkan dengan membuat pengucapan umum.
terutamanya bila dikaitkan dengan perasaan..untuk itu ' pertemuan pertama ' dimana tidak seharusnya gagal.
dikatakan 4 saat pertama kita gagal bermakna keseluruhan hubungan akan gagal.
DAN BAGAIMANA DENGAN KITA.

Jumaat, 10 April 2009

minda sedar + minda dibawah sedar + tubuh....

minda sedar
minda ini umpama ' boss ' kepada bahagian lain. minda ini akan menerima matlumat dari semua deria lain - menerima ,mengutip dan memilih adalah tugas minda sedar sebelum arahannya dihantar dan dipatuhi bahagian lain.
menurut Bob Proctor ( pengasas Bornrich ) -
diminda ini lah kita membuat keputusan.

minda dibawah sedar
minda ini seperti hampa dan tiada kuasa untuk membuat keputusan. minda ini hanya patuh kepada arahan minda sedar.semua perkara yang kita percaya terdapat dalam minda ini ( terpendam dan menunggu arahan untuk bertindak ). sekiranya kepercayaan dalaman kita tentang diri kita adalah positif , kita akan melihat hasil yang positif.begitu juga sebaliknya.

tubuh
apa sahaja pemikiran atau imej yang ditunjukkan oleh minda dibawah sedar akan menyebabkan ianya bertindak sejajar dengan pemikiran dan imej tersebut.
sekira minda kita berkata " saya bodoh " - lalu gaya tubuh kita akan menunjukkan gaya yang layu dan mundur.
lihat budak kelas A dengan budak kelas F
lihat gaya tubuh yang dipamerkan.
cara berjalan.duduk.cara berpakaian , rambut , kasut. -
kita boleh jangka perkara yang mereka fikirkan.
kenapa : semua datang dari apa yang mereka percaya
MEREKA MEMBUAT KESIMPULAN MEREKA BODOH.
( berdasarkan apa yang minda sedar terima )
untuk kita berhati dengan apa yang kita cakap pada diri sendiri , anak2 , pelajar kita- kepercayaan akan terbentuk.
DALAM SEMUA HAL BEGITULAH KEADAANNYA.TUBUH KITA AKAN BERTINDAK SEJAJAR DENGAN APA YANG DIFIKIRKAN.

KESIMPULAN
minda sedar kita adalah seperti peladang
minda dibawah sedar ialah peladang.
apa sahaja yang kita tanam itulah yang kita akan tuai
MENURUT KAJIAN
pemikiran mempunyai hanya dua saat untuk meresap masuk apa sahaja matlumat yang diterima.
bagaimana untuk MENAPIS semua matlumat itu...
( saya sedang membaca topik berkenaan )

Khamis, 9 April 2009

cgu KPLI lawan cgu Maktab

saya menyimpan 2 hari sebelum membuat satu keputusan yang sukar.
melibatkan diri dalam satu latihan yang melibatkan ' cgu KPLI vs cgu Maktab '
kenapa dengan cgu2 ini.
( terdahulu saya minta maaf - ini sekadar pandangan peribadi yang tentunya tidak terniat untuk mengenakan sesiapa - semuanya didasarkan dari pengalaman yang panjang dalam bidang latihan )
SEORANG GURU BESAR ( sekolah rendah )
bercerita panjang lebar - rimasnya dia dengan sistem yang ada di sekolah.
diantara keluh kesannya.
CGU2 KPLI sukar untuk berkerjasama dengan CGU MAKTAB
CGU2 KPLI tidak berminat dengan rutin seorang guru...
CGU2 KPLI tidak tahu ' menguasai ' pelajar.
CGU2 MAKTAB mula membuat TEGURAN
( biasanya tahab kakak2 dan makcik2 )
TEGURAN ALA2 KAKAK DAN MAKCIK2
kesannya.
CGU2 KPLI mula menarik diri.
CGU2 KPLI mula memprotes program sekolah yg diluar waktu persekolahan.
dan aku diantaranya.
APA KELAYAKAN CGU ( MAKTAB ) MENEGUR KAMI...
kelayakan kami.doktor.peguam.jurutera....dan lagi.lagi.
DUA HARI HARI SAYA AMBIL MASA UNTUK AMBIL RISIKO INI.
pengalaman yang lama di kolej + latihan saya membuat kesimpulan sendiri -
berdasarkan apa yang sistem kita lahirkan.
kita mulakan dari mula.
sistem pendidikan yang menjadi hanya orang dapat A yang harus dizahirkkan.
orang yang dapat A akan memenuhi semua kerusi2 bilik kuliah
( walaupun masing2 berebut nak duduk belakang )
sistem pendidikan yang menjadikan - pelajar susah nak buka mulut - bertanya
sistem pendidikan yang tidak menjadi...
ADA ILMU LAIN YANG HARUS DI CARI.
membaca.jauh sangat - pelajar hari ini dengan buku.
akhirnya : kita berhadapan dengan siswazah yang tahu apa mereka tahu.
ketidakmahuan untuk tahu selain menjadikan siswa-siswazah kita - sebagaimana adanya.
KAMI ADA IJAZAH YANG DIBANGGA OLEH JPA UNTUK JADI BOSS.
akhirnya siswazah ini
TERPAKSA AMBIL TAHU SATU LAGI BIDANG YANG JAUH DARI KEMAHIRAN
seorang doktor akan jadi cgu
seorang jurutera akan jadi cgu
seorang peguam akan jadi cgu.
cgu yang kena tanda buku
cgu yang kena ukur padang untuk budak bersukan
cgu yang kena marah dengan parent
cgu yang kena - macam2 sekarang.
pendidikan di sekolah yang memerlukan sentuhan lain.
biar dimana pun kita sebagai media untuk perubahan manusia2 lain - perubahan - harus dilihat dari sudut lain tidak sekadar A sahaja.
akhirnya saya menyiapkan satu ' persembahan ' untuk saya kongsi
agar kita sama tahu - kita adalah media kepada perubahan.
saya menulis berdasarkan cerita pada satu sekolah ini.saya yakin semua cgu2 samada KPLI @ Maktab adalah satu anugerah.

tidak ada betul tidak ada salah....

KOTA BHARU: Dua pelajar dan seorang guru ditahan kerana membaling mercun serta botol minuman ke arah polis dalam rusuhan selepas perlawanan separuh akhir Piala FA antara Kelantan dengan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Muhammed IV di sini, malam kelmarin. Polis merampas tujuh mercun bola daripada guru sekolah rendah di sini yang berusia 30-an itu. Pelajar politeknik dan pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah menengah pula ditahan kerana membaling botol minuman ke arah polis. Ketua Polis Kelantan, Datuk Abd Rahim Hanafi, berkata ketiga-tiganya kini direman dua hari bermula semalam dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 148, 425 dan 332 Kanun Keseksaan.

TANPA MAHU MEMPERSOALKAN SIAPA BETUL SIAPA SALAH.
yang mahu kita persoalkan
SEORANG GURU
( dan persedian membuat kacau : dengan rampasan tujuh mercun bola )
DUA ORANG PELAJAR
sistem apa yang tidak betul kepada 3 orang ini. sehingga ' aktiviti ' yang dijadikan tindakan ini agak janggal.
sistem yang ditinggalkan dalam Al Quran dan Sunnah
sistem didikan keluarga
sistem persekitaran masyarakat
sistem pentadbiran negara
SISTEM PENTADBIRAN DIRI SENDIRI
itu sekadar sistem yang membentuk acuan kita. sistem mana yang kita dahulukan -
itu yang membedakan kita dan kita adalah tindakan yang zahir dari acuan.

Rabu, 8 April 2009

apa yg wang tak boleh beli

duit bukan boleh beli semua : walaupun kita selalu dengar.
SEGALANYA DUIT.
BOLEH KAH DUIT MEMBERI & MEMBELI SEMUA INI.
hiburan tetapi bukannya kegembiraan
katil tetapi bukan tidur yang nyenyak
buku tetapi bukan kebijaksanaan
jam tetapi bukan masa
teman bukan sahabat
pakaian tetapi bukan kecantikan
makanan tetapi bukannya selera
rumah tetapi bukannya kediaman
ubat tetapi bukannya kesihatan
cincin tetapi bukannya perkahwinan

JADI DIMANA KITA BILA DIPERSOALKAN DENGAN ISU INI.
bila dunia seakan menyatakan
hanya ada satu cara untuk naik ke atas
DUIT.

sakitnya menjadi orang kalah


kita pernah kalah
kalah dalam permainanan guli
kalah dalam peperiksaan
kalah dalam percintaan
BAGAIMANA PERASAAN MENJADI ORANG KALAH
kenapa KALAH.
merujukan kepada sebuah buku
SEBELUM MASUK PERTANDINGAN - TENTU KITA ADA..
TUJUAN
( orang tidak waras sahaja masuk pertandingan tidak ada tujuan )
STRATEGI
( bagaimana untuk menang )
TINDAKAN
( segalanya kepada kita adalah tindakan )
KEPUTUSAN.
( ini hasilnya )
BAGAIMANA KALAU KALAH.
apa yang perlu diubah.
kembali melihat bagaimana cara2 untuk menang.
DALAM KONTEK HARI INI.
dua situasi yang menarik untuk jadi perbandingan.Bukit Gantang.Bukit Selambau.Batang Ai dan Stadium kat Kelantan.
Ada orang Menang
Ada orang Kalah.
kita melihat kepada satu pakej keseluruhan bagaimana untuk menang.dan saya yakin : asasnya adalah NIAT untuk masuk pertandingan - tentunya NIAT nak menang.Bagaimana untuk Menang adalah persoalan.
untuk yang Menang - tak Menang Semua
untuk yang Kalah - tak Kalah semua.

Selasa, 7 April 2009

kita tafsirkan sama2

Perkahwinan adalah ubat untuk memanjangkan umur.
Tanya sesiapa pun : psikologis , bomoh , pawang , bidan. Jangan Tanya bujang – bujang diambang petang , nanti mereka takut pula nak jawab
Kajian menyatakan 94 % orang tak kahwin akan mati cepat daripada orang yang dah kahwin.
Faktornya ini dinilai dari sudut kebahagian ( macamana yg tak bahagia ) – menurut Dr Joyce Brother menyifatkan lelaki yang sudah berkahwin adalah lelaki paling bahagia.
kedua ada perempuan bujang.
ketiga perempuan yg dah berkahwin !
Kajian juga menyatakan perkahwinan adalah lambing pencapaian yg amat simbolik. Seorang lelaki yg berjaya dalam kariernya , ada rumah , ada kereta –
masih tidak berpuas hati selagi tidak ada isteri .
begitu juga dengan perempuan – bermula dari mula mengenal bedak dan gincu –
fantasi perkahwinan sudah bermula.
KENAPA LELAKI YANG SUDAH BERKAHWIN PALING BAHAGIA
Sebab akulah raja.
Suami yang baik menjadikan isteri , teman , sahabat
Suami yg tidak baik menjadi isteri isteri , sahabat, gundik , dayang , khadam , tukang masak , tukang basuh , tukang urut….
KUASA SEBENAR LELAKI ADALAH DIRUMAH.
Ada lelaki yang beranggapan melalui perkahwinan mereka terpaksa mengorbankan macam2 – duit masa , tenaga dan paling penting adalah duit.
Kerana faktor diatas lelaki dikatakan kurang berminat dengan urusan rumahtangga – mereka cuba meyakinkan dunia bahawa sebagai suami tanggungjawab mereka hanya mencari duit.
Mereka jadi tiang – isteri jadi bendul , lantai . alang , dinding , bumbung , pintu , tingkap , para , dapur , tikar , paku , pinggan , mangkuk….( apa lagi )
KAJIAN JUGA MENYATAKAN
Lelaki biasanya lebih sanggup mengilat kereta daripada basuh pinggan
DAN LAGI
Seorang surirumah keturunan Bantu di Afrika terpaksa memikul berpuluh – puluh jenis kerja sehari , ini juga harus dilakukan di kawasan pendalaman Brazil.
Kajian Ng Sock Nye dari Inst Masyarakat Pulau Pinang dalam kajiannya “ Malaysia Women : Problem & Issues “ - penoreh2 great wanita berkerja 8 -9 jam sehari , mereka juga terpaksa membuat kerja rumah 10 -14 jam.
Di Denmark – kajian sosial pada wanita dan suami bekerja – wanita akan memperuntukan 3 jam sehari untuk menguruskan rumahtangga – suami 15 minit.
DAN BAGAIMANA DENGAN KITA
akhirnya saya semakin terasa ' malunya ' menjadi lelaki bila di 'buli ' secara ilmiah oleh seorang penulis ( perempuan ) yang membuat kajian bertahun untuk mencari dimana betulnya lelaki dan betulnya perempuan. sesekali terfikir - betul juga......

kita nilai dimana kita....

Di sebuah kampung terdapat sebuah pokok yang umurnya melebihi umur kampung tersebut. Semasa kampung tersebut di buka, pokok itu telah wujud dan penduduk menngambil keputusan untuk membiarkan sahaja sehinggakan ia menjadi semakin membesar .
Sejak kewujudannya sehingga kini, pokok tersebut tetap berdiri teguh dan tidak pernah menunjukkan tanda-tanda akan musnah walaupun seringkali di panah petir dan dilanda banjir besar beberapakali.
Sehinggalah pada suatu hari secara tiba-tiba pokok itu gugur ke bumi dengan sendirinya tanpa disebabkan punca-punca yang besar. Penduduk tertanya-tanya mengapakah pokok itu boleh tumbang, sedangkan selama ini bermacam bencana yang menimpanya, tetapi ia tetap berdiri teguh dengan penuh bangga.
Setelah disiasat oleh beberapa orang penduduk, mereka mendapati pokok itu tumbang kerana disebabkan oleh sejenis serangga yang disebut kumbang yang telah memakan pokok tersebut secara perlahan-lahan sejak sekian lama tanpa disedari oleh penduduk di situ. Kumbang-kumbang itu telah memakan bahagian pokok itu yang selama ini dibaluti oleh kulitnya yang keras itu. Akhirnya, dalam masa yang singkat, pokok tersebut telah tumbang, tersembam ke bumi hanya kerana disebabkan kumbang-kumbang yang kecil saiznya.

Dalam sebuah hadis yang mahsyur, Rasulullah bersabda yang bermaksud :
"Jauhilah dosa-dosa kecil kerana jika ia telah bertompok-tompok pada seseorang maka ia akan merosakkan orang itu.

"Seorang hakim di Chicago bernama Dan Joseph Sabeth yang pernah menjadi penasihat perkahwinan telah berjaya membantu 40000 pasangan yang tidak bahagia mengatakan sebahagian besar ketidakbahagiaan dalam perkahwinan disebabkan oleh hal yang remeh-temeh atau perkara-perkara kecil.

,"Janganlah seorang suami mukmin membenci isterinya yang mukminah, jika ia tidak menyukai salah satu sifat isterinya, tentu ada satu sifat lain yang akan menyenangkannya" ( Muslim ).


untuk kita.
dalam satu kertas putih.letakkan titik hitam.dan apa yg kita nampak
TENTU - TITIK HITAM.
zahirnya kita begitu - kita cepat nampak dan membesarkan persoalan yang kecil sehingga menutup yang lain.
untuk kita - hilangkan titik hitam sedayanya.
untuk kita - sentiasa bersangkabaik dengan TITIK HITAM orang lain.
JAM YANG MATI PUN AKAN BETUL DUA KALI DALAM SEHARI.
Eco Kid Adventure on Facebook