Jumaat, 30 April 2010

mungkin macam ni agaknya.


PADA saat-saat awal sesuatu perhubungan
cinta mahupun perkahwinan,
kebanyakan pasangan pasti akan merasai indahnya cinta.
Segalanya sanggup dilakukan demi si dia.
Maka, ungkapan 'rela berkorban' menjadi
permainan bibir
demi memastikan kedua-dua pihak gembira.
Namun, setelah beberapa tahun berlalu,
hubungan tersebut mungkin melalui fasa ujian.
Ia boleh menjadi semakin tawar atau hambar.
Dengan kata lain, magisnya hilang lantaran masing-masing
mengambil mudah pada perhubungan yang terbina sekian lama.
Suasana hambar ini boleh mendatangkan bahaya
ke atas sesebuah perhubungan.
Kasih sayang yang terhakis memberikan ruang kepada
anasir luar mengambil kesempatan terhadap hubungan.
Jika tidak diatasi segera, tidak mustahil
ia membawa kepada
konflik yang lebih besar .
Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie,
Suzana Ghazali memberitahu,
sebab utama sesuatu hubungan itu menjadi hambar
kerana tiada atau kurangnya komunikasi.
"Komunikasi memainkan peranan
yang penting
dalam se suatu perhubungan.
Komunikasi bukan saja dilakukan
dengan cara
berbual tetapi bermesra, bergurau,
berkongsi minat, berbincang
dan berterus terang.
Beberapa panduan yang mungkin boleh diambil perhatian bagi menyemarakkan semula kemesraan dan keintiman dalam perhubungan yang semakin hambar.
Percaya
Menjauhkan diri daripada syak wasangka terhadap pasangan.
Ada banyak sebab yang memungkinkan hubungan menjadi
hambar dan tidak semestinya berpunca daripada orang ketiga.
Muhasabah
Buat pembetulan pada diri. Bagi melakukannya,
tidak cukup dengan menyelidik diri sendiri
tetapi anda perlu berbincang dan
berterus terang dengan pasangan.
Terima kelemahan
Senaraikan kelemahan yang anda rasai sendiri.
Jika terasa salah sendiri,
berusaha untuk mengatasi kesilapan tersebut.
Luahan jiwa
Baja kasih sayang anda bersama pasangan.
Ingat! Kasih sayang bak benih tanaman, jika benih tersebut
sentiasa disiram dan dibaja,
ia akan tumbuh subur.
Sebaliknya jika dibiarkan tanpa siraman dan baja,
ia akan layu dan mati.
Kejutan istimewa
Di samping itu, lakukanlah kejutan.
Sebagai contoh, jika selama ini sambutan hari lahir atau
majlis ulang tahun perkahwinan hanya disambut biasa iaitu
sekadar ucapan, kad dan hadiah, tukarlah kebiasaan
tersebut kepada satu keraian yang agak luar biasa.
Keseimbangan
Imbangi antara kerjaya dan rumahtangga.
Keseimbangan wujud apabila anda berjaya memberikan tumpuan
tidak berbelah bahagi antara rumahtangga dan kerjaya.
Tumpuan kepada kedua-duanya dapat dilakukan
seadilnya apabila anda membahagikan masa sewajarnya.
Berdoa
Sentiasa berdoa agar kasih
sayang suami isteri sentiasa utuh,
kekal dan mekar hingga ke akhir hayat.
Tidak perlu tunggu waktu solat sahaja
sebaliknya berdoalah setiap waktu.
DARI JINGGO
kadang2 kita tidak faham
kenapa hubungan menjadi hambar
kadang2 kita lupa pada
beberapa faktor persekitaran semasa
yang memberi kesan terhadap
kesenambungan perhubungan.

nilai masa

Bagi mengetahui nilai setahun.tanyalah
kepada pelapar yang gagal dalam ujian akhir tahun
bagi mengetahui nilai satu bulan - tanyalah
kepada ibu yang melahirkan anak tidak cukup bulan
bagi mengetahui nilai satu minggu tanyalah
kepada editor sebuah Majallah Mingguan
bagi mengetahui nilai satu hari
kepada buruh yang mempunyai enam anak.
bagi mengetahui nilai satu minit tanyalah
kepada kekasih yang sedang menunggu
bagi mengetahui nilai satu saat tanyalah
kepada yang terselamat dalam kemalangan.
bagi mengetahui nilai satu millisaat tanyalah
kepada pemenang pingat perak dalam sukan olimpik.
DARI JINGGO
satu lagi skill hidup yang semakin diabaikan
pengurusan masa.
tidak ramai diantara kita yang tahu
ORANG YANG LAMBAT
dalam bahasa kod peribadiannya
adalah orang yang mementingkan
diri sendiri.
untuk itu.
ORANG HEBAT
selalu bijak mengendalikan masanya.

Khamis, 29 April 2010

politik menang - menang

mungkin selama ini
RAMAI YANG MEMPERSOALKAN
apa sebenarnya pandangan
POLITIK JINGGO
sekejap dengan gang biru
sekejap dengan gang hijau
sekejap dengan gang putih - merah
SEHINGGAKAN
tahniah kita menang
tak apa kita kalah sikit aja.
BEGINILAH
saya duduk dalam sistem pendidikan
yang mengajar sistem politik beradapan
PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA
satu lagi cerita yang mungkin tidak menarik
kepada sesetengah orang
TIDAK PADA SAYA
modul dan sukatannya cukup
untuk menjadi kita sebagai
pelaksana dan pelatih
sebagai media objektifnya.
CUKUP CANTIK.
modul pembinaan karektor
modul kenegaraan
modul khidmat komuniti
modul fizikal
SEMUA DIGABUNGJALINKAN
menjadikan saya tidak datang
dan masuk ke PLKN
sekadar suka2.
DISEBABKAN
saya tidak sekadar suka2
saya sedut semua yang diinginkan
JIWA DAN KAREKTOR
akhirnya.
cukup untuk menjadikan satu
mula membuat satu
KEPUTUSAN
semua manusia betul atas kapasiti semasa.
proses untuk membetulkan itulah
PERSOALAN KITA.
proses untuk menang
proses untuk betul
KESEMUANYA DIKAITKAN
DENGAN PEMBINAAN KAREKTOR DIRI
modul pembinaan karektor cukup untuk
menjadikan pelatih nice person.semua aspek yang
dikaitkan dengan hidup direntaskan disana.
MODUL KENEGARAAN
untuk untuk menyatakan asasnya kita seharusnya
jelas.perpaduan harus kita letakkan dihadapan
segala berasaskan pada prinsip2 tertentu.proses
membina Negara berdasarkan konsep
D.K.R.T.
daulat.kerajaan.rakyat.tanah.
APA YANG BERLAKU DILUAR SISTEM.
tidak ada satupun yang selari
dengan keperluan modul.
kerana untuk menang.
semua ruang harus dihalalkan
PENDIRIAN SAYA
saya ahli politik yang tidak suka berpolitik.
yang menang tak menang semua
yang kalah tak kalah semua.
jadi untuk itu
SEBAGAI PENDIDIKAN
TENTUNYA SAYA MAHU
MENJALAN SATU LAGI PERANAN
UNTUK MENGAJAK PERSEKITARAN
HORMAT PANDANGAN ORANG LAIN
MELALUI PROSES
MENANG - MENANG.

Rabu, 28 April 2010

dari jinggo

LELAKI SEMUANYA PENIPU
LELAKI SEMUANYA JAHAT
LELAKI SEMUANYA GATAL

itu pandangan yang tidak pernah berubah sejak
dari zaman bercawat lagi.
walaupun di kiri kanan perubahan telah berlaku.
secara umumnya , tidak seorang pun wanita normal di dunia ini
yang tidak prejudis terhadap lelaki.
cuma tahap dan bentuknya berbeza tahap prejudis.
ini juga ada kaitan dengan perubahan kemajuan persekitaran
berdasarkan kajian menyatakan
perempuan tidak prejudis sangat pada pekerjaan.
yang mereka pedulikan adalah
kesetiaan.
keikhlasan.
kejujuran
KAJIAN JUGA MENYATAKAN
4 dari 10 perempuan akan melepaskan suami
ketempat kerja dengan penuh kecurigaan.
kajian turut menyatakan prejudis
melampau kaum wanita
terhadap pasangannya mereka
dikaitkan dengan fitrah
kejadian mereka sebagai kaum
yang lemah dari segi fizikal.
keadaan menjadi kaum wanita
menjadi tidak selamat.
pakar psikologis berpandangan sikap lelaki itu
sendiri adalah asas sebenarnya.
dan dikatakan juga masalah
besar ialah mereka
sukar untuk menemui lelaki yang
tidak layak dicurigai.
laporan Kinsey menyebut 60 % hasil kajian terhadap
lelaki yang ditemui mengaku pernah
mencurangi pasangan masing2.
kesimpulan dari laporan itu.
TERLALU RAMAI LELAKI
TIDAK JUJUR
dari jinggo
kajian demi kajian
buku demi buku
kisahnya sama
KITA MEMANG BERBEZA
itu yang menjadikan cantiknya
ciptaan ini.
tapi adakah ruang
UNTUK KITA MEMAHAMI
kekuatan wanita pada emosi
kekuatan lelaki pada tindakan

Selasa, 27 April 2010

kelebihan mendengar.....

Manusia memerlukan didengar kata-katanya sama
seperti dia perlukan makanan.
Tanpa makanan akan lemahlah jasad, sakitlah badan.
Tanpa didengar akan tumpullah perasaan dan lumpuhlah emosi.
Manusia yang membesar tanpa diberi hak didengar
akan menjadi manusia
yang kurang cerdas emosinya apabila dewasa kelak.
Dia akan gagal mengurus perasaan marah,
kecewa, takut dan dendamnya.
Orang yang begini, akan gagal dalam hidupnya.
Peri pentingnya didengar dalam hidup seseorang itu hingga
menyebabkan bijak pandai mengungkapkannya
melalui kata-kata hikmah yang berbunyi:
“Tugas cinta yang pertama ialah mendengar.”
kekasih yang baik ialah kekasih yang mendengar.
Mendengar rintihan, keluhan, aduan dan rayuan pasangannya.
Justeru, dengan mendengar cinta akan lebih subur dan harum.
Dengan mendengar ertinya kita memberi telinga, mata dan hati.
Orang yang mendengar sebenarnya
adalah orang yang “memberi”…
Bukankah cinta itu bererti memberi?
Memberi kasih-sayang, perhatian dan perlindungan.
Orang yang banyak mendengar akan banyak
belajar dalam hidup ini.
Orang yang banyak mendengar bukan sahaja
banyak pengetahuan tetapi akan banyak
kawan dalam masyarakat.
Mungkin kerana itu Allah ciptakan kita dua telinga
dan satu mulut sebagai simbolik,
kurangkan berkata-kata tetapi banyakkan mendengar.
Malangnya, kebanyakan manusia
lebih suka “memperdengarkan”
daripada mendengar cakap orang lain.
Lidah selalu menyebabkan telinga menjadi tuli.
Dalam pergaulan, kita selalu sahaja ingin
memonopoli perbualan.
Kononnya dengan banyak bercakap kita akan terlihat pandai
dan bijak berbanding orang yang diam.
Kebanyakan kita menyangka orang yang diam itu bodoh.
Tidak ada idea dan pendek wawasan.
Sedangkan diam itulah terpuji dan bermanfaat.
bahkan mampu mendengar seluruh
pengaduan hamba-Nya pada satu masa!
dari blog : ustaz pahrol
DARI JINGGO
ini satu lagi kemahiran
yang kita abaikan
MENDENGAR
tuhan jadikan satu mulut
dua telinga untuk kita
banyak memdengar.
SATU SKILL YANG DIABAIKAN
percayalah
ketidakmahuan kita mendengar
menjadikan satu lagi hal yang
menjadikan kita semakin tidak
penting dalam kehidupan orang lain.

hari2 seterusnya

akhirnya
akulah
SEMUA SEKALI
pada budak2 ni.
jadual akan bertukar terus selepas ni
NAK TAK NAK
jalan harus kedepan
kadang2 benda yang kita
tak nak inilah yang bagusnya.
mula mungkin rasa
sedikit ketidakbolehan
tapi pastinya
MANUSIA NI
unik pembikinannya
kita akan melihat
susahnya dulu
berdasarkan gambaran mental
yang belum tentu betulnya.
UNTUK ITU
jalan sememangnya kedepan
hanya orang yang takut sahaja
jalannya sememangnya kebelakang.

kisah si bodoh yang cerdik

Manusia kadang kalanya ingin menjadi yang terbaik.
Mencari dan mencari siapakah sandaran yang tepat bagi dirinya,
yang boleh menjadikan ia seorang manusia dengan jiwa sejati.
Jika sudah menemukannya, ia lalu mencuba
menjadi diri dari panutan mereka.
Mulai dari sikap, tindakan, serta ucapan
mereka itu ditiru habis-habisan.
Ya meniru boleh-boleh saja.
Tapi ingatkan selalu,
siapa diri kita ini sebenarnya.
Memiliki kekurangan ataupun kebodohan dalam diri itu
bukan suatu yang buruk.
Ia adalah nikmat yang tak terduga.
Tidak percaya ya?
Mulai sekarang jadilah diri kalian apa adanya.
Bimbinglah sifat kekurangan yang kalian punya itu.
Carilah sandaran yang terbaik bagi diri kalian.
Tapi ingat! Bukan untuk di tiru habis-habisan.
Atau di telan mentah-mentah.
Menjadi manusia yang tahu akan kekurangan
diri itu lebih baik,
daripada menjadi manusia yang tidak
memahami kekurangan dirinya.
INILAH KITA
Penghibur.
Seorang badut yang bisa menyegarkan suasana.
Ya menjadi seorang badut, dimana ada engkau,
semua orang merasa terhibur dan gembira.
Melupakan sedikit ketegangan-ketegangan yang ada disana.
Baik dalam bentuk tindakan atau ucapan yang kita lontarkan.
Penyejuk.
Seperti AC yang bisa menyejukkan ruangan.
Begitu juga kita, setiap ada suatu masalah yang terjadi
dengan kawan kita atau kita sendiri,
kitaboleh mencari jalan keluar,
atau setidaknya mampu menjadi penyejuk hati mereka.
Dengan sedikit senyuman serta kedewasaan
berfikir kita memahami masalah yang ada.
Penghapus.
Kali ini kita bertindak 'seolah' sebagai pemimpin, ketua .
Di saat kawan kita mempunyai banyak
keraguan-keraguan untuk maju.
Kitalah yang menjadi penyemangat,
penghapus keraguan yang ada dalam diri mereka.
Perlihatkan kepada mereka.
Bahawa yang mereka lihat dan takutkan di depan
sana itu sebenarnya pantulan bayangan .
Jika kalian mampu menggunakan
ketiga karakter sifat tersebut.
Saya yakin kalian akan menjadi si bodoh yang selalu di kagumi,
di ingat, bahkan tak kan pernah di lupakan
dalam sanubari setiap orang,
seumur hidupnya kerana jasa kita si bodoh ini.

Isnin, 26 April 2010

cerita lelaki ni....

Persoalan yang sering bermain di fikiran wanita
apakah yang lelaki mahu?
Dalam perhubungan, adakah hanya wanita yang merana
kerana lelaki tidak pernah menghargai kehadirannya?
Ketika menempuh fasa sukar dalam perhubungan
yang semakin goyah,
hanya wanita bertaruh nyawa demi
mempertahankan hubungan.
Lelaki semakin ‘berubah rupa’,
tidak lagi mempertaruhkan kesetiaan
sedangkan sebelumnya tugu cinta sentiasa ampuh.
Keadaan ini menghantui sebahagian wanita
yang belum mampu
memahami sikap teman lelaki atau suami.
Lebih membingungkan, wanita tidak faham apa yang
lelaki cari dalam sesebuah perhubungan.
Renung perkara berikut,
mungkin ia merungkai
kebingungan wanita mengenai lelaki
Apa yang mereka cari dalam perhubungan?
Ia satu soalan yang kompleks dan tiada jawapan mudah,
namun asas permulaan bagi membina
sesebuah hubungan adalah
minat, cinta dan tarikan kasih sayang.
Apa yang lelaki mahu dalam aspek berkenaan?
Jauh di sudut hati, lelaki mahu isteri atau teman wanita
yang boleh dipercayai,
setia serta boleh berkongsi hal peribadi.
Lelaki juga mencari wanita yang mempunyai keseimbangan
antara sifat semula jadi wanita yang feminin
serta pada masa sama, teguh dan kuat.
Teman yang tegas jadi penyokong.
Lelaki mencari wanita yang boleh jadi ibu
kepada bakal anak-anaknya,
teman berbual dan berkongsi jenaka.
Pandai bergurau dan mampu berkomunikasi
dengan baik antara ciri yang sangat penting.
Lelaki suka memiliki wanita yang menyokong mereka
dan bukannya membebel, tegas
tetapi bukan pendera atau pemarah.
Lelaki suka wanita yang dapat merangsang
dan mencabar minda,
bukan sekadar berserah kepada takdir.
Komitmen, keakraban dan hubungan jangka panjang
juga penting kepada mereka.
Lelaki juga suka hubungan yang mengutamakan
elemen hormat menghormati dan persefahaman
.Pandangan daripada perspektif fizikal dan psikologi .
Kita mungkin mengatakan yang lelaki menginginkan
wanita yang cantik, seksi dan bergaya.
Tidak dinafikan lelaki mudah tertarik
dengan penampilan fizikal,
tetapi tarikan nafsu atau seks hanya
di peringkat permulaan.
Peringkat seterusnya, lelaki lebih berminat
kepada hubungan yang lebih stabil.
Lelaki pada
usia 20, 30 dan 40 tahun
Usia 20-an
bagi lelaki adalah masa untuk berseronok
dan mempersiapkan diri ke alam rumah tangga.
Lelaki akan cuba mencari
wanita cantik dan menayangkannya pada dunia.
Pada usia 30-an,
lelaki mula mengharapkan sedikit kestabilan
dan kewarasan dalam hidupnya.
Oleh itu, dia mencari wanita yang boleh
dijadikan isteri untuk berkongsi hidup.
Ketika menginjak usia 40-an,
dia akan menjadi lebih sensitif dalam proses mencari makna
sebenar kehidupan.
Pada usia ini, mungkin timbul kesedaran
untuk mengukuhkan lagi hubungan (perkahwinan) sedia ada.
DARI LELAKI.
KADANG2 KETIDAKMAHUAN KITA
UNTUK MAHU TAHU -
APA YANG LELAKI MAHU DALAM
PERHUBUNGAN SOSIAL.
mungkin lelaki tidak ada airmata mahu direngekkan
mungkin lelaki akan ' jatuh ego nya ' membuka
cerita tak macho ni.
AKHIRNYA LELAKI DIAM
dan lelaki lah yang bersalah.
kesimpulan
tidak mahu melebarkan ' perbalahan ' seterusnya.
hari ini kita kena belajar mengenal yang kita memang berbeza.
ADA TITIK YANG MENYATUKAN KITA
keinginan untuk tahu - apa yg kita mahu
sumber : buku bahasa sosial

Ahad, 25 April 2010

3 hari yang menyulitkan

TIDAK BANYAK
yang boleh diubah
pada satu situasi yang kita
seakan tersepit.
satu persatu cerita penting
datang dalam satu masa.
jumaat yang tak biasa macam biasa
hariri masuk hospital
jumaat pagi Program Kitar Semula Rcom di Kuala Kubu.
jumaat petang perjumpaan dengan
Timbahan Perdana Menteri untuk NGO2 setempat.
jumaat petang
KEM KEPIMPINAN SK HICOM
sedangkan biasanya
pagi ke NSK beli barang mentah untuk kem
pagi jemput semua fasilitator ke kem
petang kem seperti nya
BAGAIMANA MENHADAPI
HARI2 YANG BEGINI.
keputusannya.
jumaat.
uruskan hariri diawal jumaat
ambil fasilitator
pergi NSK
kem seperti biasa
ABAIKAN
Program Kitar Semula Rcom
Perjumpaan dengan TPM
kerana apa.
MANA YANG MAHU DIDAHULUKAN.
hasilnya
cukup mendamaikan
Kem sukses tepat kesasaran
HARIRI
dah keluar hospital
( gambar diatas gambar terbaru )
MORAL UNTUK KITA.
kadang2 ada kala ketikanya kita macam
mahu diasak dengan satu persatu
cerita yang kita mahukan.
senaraikan kepentingan
dan bergerak dan bertindak
diatas kepentingan yang dipilih.

Jumaat, 23 April 2010

maafkan abi...........

sesuatu yang tidak
MENARIK
untuk dik0ngsikan.
mungkin ini juga satu laki
cerita dalam hidup yang mungkin
kita boleh jadi ukuran.
SEDARI DULU.
saya bekerja dikala orang bercuti
saya jua bekerja dikala orang lain bekerja
cuma bezanya.
hari lain selain hujung minggu
boleh kacau saya.
saya akan permudahkan.
TAPI TIDAK HUJUNG MINGGU
kerana hujung minggu
saya biasa dibayar untuk
memberi khidmat.
DAN HUJUNG MINGGU LAH
orang2 lain nak ajak bercuti
orang2 lain nak ajak pergi kenduri
orang2 lain nak ajak dating
orang lain nak ajak balik kampung
TAPI HUJUNG MINGGULAH.
saya terus menyatakan tidak.
HARI INI.
hariri harun.
dimasukkan ke hospital Kuala Kubu Bahru.
dan jadual saya masih sama.
hariri masuk hospital
hujung minggu.
SAYA DIBAYAR
DENGAN TANGUNGJAWAB
DAN SAYA MEMBERI KHIDMAT
JUGA DENGAN TANGUNGJAWAB
ini satu lagi cerita
pembanggunan diri vc sumbangan diri.

Khamis, 22 April 2010

kita berkongsi lagi

Wajah yang cantik
- mudah membuatkan orang tertarik dan ingin berkenalan -
ini dikaitkan dengan pengaruh.
Tapi adakah ini satu penyudah dalam
penyempurnaan satu hubungan sosial.
kita mungkin biasa mendengar
KETAMPANAN FIZIKAL
KETAMPANAN SOSIAL
mulut seseorang adalah aspek sosial yang amat penting
pengaruhnya dari sudut aspek keupayaan
menampat hati orang lain.
kita biasa mendengar kerana mulut badan binasa
.satu kajian menyatakan begini
sesetengah orang memiliki wajah yg cantik tetapi
gagal mendapat kekasih selayaknya
disebabkan tidak suka dengan mulutnya.
sesetengah orang yang memiliki wajah sederhana -
ramai kenalan ini dikaitkan dengan kejelitaan sosial
pakar2 psikologi menyatakan orang yang pandai
berbahasa dipandang
lebih tampan dari wajah mereka yg sebenar
BAGI SESETENGAH ORANG -
MUNGKIN DILUAR KESEDARAN MEREKA SEDANG
MENGGUNAKAN JENIS2 GAYA BAHASA
YANG MEMBAHAYAKAN PERHUBUNGAN.
gaya bahasa tuduhan
dihujung gaya bahasa ini akan mencetuskan
rasa sakit hati ,marah , perselisihan , pertengkaran.
kita kerap bercakap bahasa tuduhan
apabila timbul masalah
itulah awak
kenapa awak macam tu
ini semua sikap awak
awak sepatutnya tahu
saya dah kata awak....
.awak.awak dan awak.
gaya penuduhan mengandungi unsur
PENGHAKIMAN ,
HUKUMAN ,
KEPUTUSAN DAN TUDUHAN.
bahayanya :
orang yang mendengar akan menjadi defensif.
MORAL UNTUK KITA
Elakkan menggunakan ayat2 yang mengandungi tuduhan -
tuduhan tidak menyelesaikan masalah
tuduhan akan dijawab dengan tuduhan balas
kajian menyatakan wanita lebih kerap menggunakan ayat2 jenis
ini jika dibanding dengan lelaki
Dari buku Seks dan Psikologi - Prof Abdullah Hassan

Rabu, 21 April 2010

parut emosi...

satu lagi ketidakmahuan
manusia dalam hidup.
BAGAIMANA UNTUK
MENGHILANGKAN
PARUT EMOSI
yang tentunya memberi kesan
pada keseluruhan tindakan.
saya memetik sebuah buku
tulisan Maxwell Maltz
ubat paling mujarab untuk
menyelesaikan parut emosi
TERIMALAH
KETERBATASAN KITA
tidak ada seorang pun sempurna dalam hidup.
kita semua buat silap.
LUPAKAN
KESALAHAN KITA
kita semua pernah
melakukan hal2 yang kemudiannya
kita sesali. , tetapi itu sudah
tidak boleh diperbaiki lagi.
jangan salahkan diri sendiri dengan
menyalahkan diri sendiri
MAAFKAN ORANG LAIN
mereka juga tidak bebas
dari melakukan kesilapan.
sama seperti kita.
LIHAT DIRI KITA
DALAM KEADAAN PALING
SEMPURNA.
kita pernah bahgia
kita pernah berada dalam situasi yang
kita amat2 suka.
tanggap dan kembalikan
perasan yang menyenangkan itu.
jagalag agar gambaran yang menyenangkan
ini tetap hidup dalam fikiran kita.
buang gambaran
KEGAGALAN.
dari jinggo
kita adalah apa yang kita fikirkan
maafkan orang lain
maafkan diri sendiri
kerana mana ada
sempurnanya
hidup disini.
KITA TIDAK MAMPU
BAHAGIA DAN BERJAYA KALAU
KITA MEMENDAM RASA KESAL
PADA DIRI SENDIRI.

jadilah macam cerita ni....

Seorang pemuda dari suku Tha'i duduk
menghadap Ahnaf bin Qais.
Ahnaf amat mengagumi ketampanan
wajah dan tubuh pemuda itu.
"Pemuda ini begitu tampan, mungkin kerana ia rajin
hingga wajahnya sihat dan terpelihara.
Atau pemuda ini banyak wangnya,
sehingga mampu memelihara dirinya
dengan pakaian dan perhiasan," pikir Ahnaf dalam hati.
Suatu hari, bertanyalah Ahnaf pada pemuda itu,

"Wahai pemuda, apa rahsia yang membuat
engkau nampak setampan ini?."
Di luar dugaannya, pemuda itu menjawab,
"Rahsianya ada empat."
"Apa saja itu?," katanya ingin tahu.
"Pertama, bila orang bercerita kepadaku,
aku mendengarkannya.
Kedua, bila aku berjanji, niscaya aku tepati.
Ketiga, bila diriku ini dikritik orang,

maka aku relakan.
Keempat, bila aku dipercaya,
aku tak mau mengkhianatinya."
Mendengar jawaban itu, termenunglah Ahnaf.
"Dia inilah tips pemuda yang tampan luar dalam," komentarnya
THE BEAUTY, IS IN THE EYE OF BEHOLDER.
KECANTIKAN,...ADA PADA "MATA" YG MELIHAT.
*Kecantikan batin memancar dari dalam hati seseorang &
lebih penting daripada kecantikan fizikal .
Kejujuran , kerendahan hati, kecerdasan, kebijaksanaan,
kesederhanaan & kerumitan merupakan
wujud dari kecantikan batin.
* Meskipun kita dapat membuat penampilan fizikal sangat
cantik dgn baju yg bagus & rias wajah yg sempurna.
Namun jika pd dasarnya kita bodoh ,
hal itu tdk dpt disembunyikan krn hal2 bodoh
yg kita lakukan tdk kita sedari.
* Tetapi kecantikan batin tidak dapat dibuat-buat dan
lebih jarang ditemukan kerana kecantikan batin berasal dari Tuhan
Kecantikan batin memancar secara alami dari tindakan kita,
sekaligus menjadi tanda bagaimana kita menunjukkan cintaNya .
* Kecantikan batin sama halnya
seperti mutiara di lautan,
kulit mutiara begitu sederhana dan polos,
tidak menarik.
Tetapi saat kulit itu dibuka,
tampaklah mutiara yang sangat indah.
* Saya berharap seperti kerang itu ketika kamu mengenal saya
maka kamu akan melihat tidak hanya hati yang dipenuhi
kehangatan dan cinta kasih tetapi juga kamu dapat merasakan
cinta kasih Tuhan melalui saya.

Selasa, 20 April 2010

sebagai pengundi....

- undilah jinggo -
BERUNTUNGNYA
duduk
BUKIT BERUNTUNG.
semua mata dan telinga memandang kami
sekelompok masyarakat yang duduk di Hulu Selangor.
hari ini kalau nak lihat
VIP dan YB2 duduk aja Kedai Mamak mana2
adalah kelibat orang2 yang jauhnya
dari kawasan Hulu ni.
UNDI SAYA
undi rahsia
tapi boleh dibaca berdasarkan komitmen saya
melihat ujudkan masyarakat yang menang - menang.
YANG KALAH TAK KALAH SEMUA
YANG MENANG TAK MENANG SEMUA
selain daripada melihat dan membaca
dan mendengar provokasi yang berterusan dari
kedua belah pihak.
YANG MENARIK.
kemampuan kedua2 belah pihak
membina kepercayaan.
AKU LEBIH BAIK.
ada yang berlarutan kearah fitnah
yang semakin tidak menarik untuk
dilebarkan perkongsian.
KITA BELAJAR LAGI
beginikah satu lagi sistem
yang mesti kita lalui dalam masa
orang sudah semakin muak dengan fitnah
yang berterusan.
HASILNYA
ahad saya akan mengundi
satu undi
saya percaya kepada sistem yang mampu
mengekalkan keharmonian dan kestabilan yang ada.

Isnin, 19 April 2010

ceritalah.....

Hubungan cinta tidak selamanya berjalan lancar.
Ada yang sukses hingga
ke jinjang pernikahan dan kemudian membuahkan anak.
Namun lebih banyak hubungan cinta yang berakhir
dengan kedua pihak kembali menjalankan
kehidupan masing-masing.
Ada yang berakhir baik-baik dengan keduanya saling
mengucapkan terima kasih dan masih menjadi teman dekat.
Ada pula yang berakhir tidak baik dengan keduanya saling
mengucapkan sumpah serapah dan berurai air mata.
Bagaimanapun juga, hubungan cinta yang gagal pasti sedikit
banyak menimbulkan penderitaan bagi
pihak-pihak yang terlibat di dalamnya.
Pihak mana sebenarnya yang paling
menderita akibat putus cinta?
Lelaki yang sebenarnya paling menderita,
menurut David Zinczenko, kolumnis majalah Men’s Health.
Ia menolak anggapan umum bahwa lelaki lebih tegar
daripada wanita dalam menghadapi
putusnya hubungan percintaan.
Apa saja alasannya?
Lelaki Menyembunyikan Perasaannya.
Ketika seorang lelaki diputuskan oleh pasangannya,
biasanya ia akan begini :
Biar saja, life still goes on.
Caranya? 26% lelaki yang mengisi survei online Men’s Health
melakukannya dengan minum-minum bersama teman-temannya.
36% pria akan menatap bekas kekasihnya, tersenyum,
dan mengucapkan terimakasih.
Faktanya, kedua hal tersebut dilakukan lelaki
untuk menutup-nutupi perasaannya.
Ini adalah reaksi yang alamiah;
gender lelaki dikondisikan
masyarakat untuk tidak mudah
menunjukkan perasaan,
apalagi perasaan yang membuatnya
terlihat lebih lemah.
PEREMPUAN
Sebaliknya, wanita yang putus cinta
biasanya langsung menangis
(atau mengekspresikan emosinya) saat itu juga,
dan wanita juga cenderung lebih to-the-point
ketika mengakhiri hubungan cinta.
Akhirnya mereka akan lebih cepat menghilangkan
perasaan-perasaan negatif itu dibandingkan lelaki.
Lelaki Punya Lebih Sedikit Teman Sembang.
Salah satu alasan mengapa wanita lebih cepat pulih dari
penderitaan putus cinta daripada lelaki adalah
kerana wanita memiliki lebih banyak
teman yang bisa diandalkan untuk bercerita.
Penelitian menunjukkan bahwa lelaki mengandalkan hubungan cinta
untuk mendapatkan kedekatan emosional dan dukungan sosial,
sementara wanita boleh mendapatkan hal yang sama
dengan keluarga dan teman sesama wanita.
Begitu wanita mengalami putus cinta,
ia akan bercerita kepada siapa saja,
kalau perlu kepada orang yang tidak
dikenal yang duduk di sebelahnya ,
agar perasaannya boleh lebih selesa .
UNTUK ITU.
kepada lelaki.
jangan keterlaluan menjaga ego kita.
kita juga ada perasaan macam mahluk lain
ceritalah kalau perlu pada orang lain.

maaf kan aku.....

NEW YORK - Memohon maaf mungkin perkara paling sukar dilakukan tetapi sekumpulan saintis mendakwa ia adalah antara amalan paling sihat, lapor sebuah akhbar semalam.
Kumpulan penyelidik di Amerika Syarikat (AS) menyatakan,
wanita yang menerima permohonan
maaf untuk perbuatan buruk
kurang mengalami tekanan atau risiko
kerosakan jantung
berbanding mereka yang tidak
menerima permohonan maaf.
Penyelidikan itu melibatkan beberapa saintis merekodkan
tekanan darah diastolik terhadap 29 lelaki dan 59 wanita dalam
satu eksperimen dan mereka mendapati
denyutan jantung wanita kembali normal 20 peratus lebih cepat
setelah menerima permohonan maaf.
Tekanan darah diastolik mengukur tekanan
dalam salur darah setiap kali
jantung berdenyut dengan bacaan yang tinggi
meningkatkan risiko serangan strok dan sakit jantung.
Dalam eksperimen itu, responden diletakkan dalam situasi yang
boleh menimbulkan kemarahan dan mereka memohon maaf
kepada separuh lelaki dan wanita berkenaan.
Namun, kajian sama menyatakan,
denyutan jantung lelaki mengambil
masa lebih lama
untuk pulih selepas sesuatu permohonan
maaf sekali gus membayangkan
bahawa lelaki sakit hati apabila
mendengar pengakuan bersalah
daripada seseorang. - Agensi
DARI JINGGO
aku maafkan kamu
melupakan tidak
APA BEZANYA
memaafkan orang adalah kemahiran
sebab diyakini bahawa
keinginan untuk memaafkan orang lain
lahir dari keinginan untuk tidak menjadikan
satu lagi perhubungan itu berlalu dengan sia2.
PERCAYALAH
siapa yang tidak buat salah.
JANGAN LAGIKAN
SATU HUBUNGAN YANG SIA2.

Ahad, 18 April 2010

ahad depan saya mengundi..

jinggo satu ceramah : projek bakti siswa di kuala kubu.
menjadi pengundi kepada satu
PILIHANRAYA KECIL
satu lagi pengalaman yang cukup menarik.
dan pengalaman melalui kawasan
PENAMAAN CALON
juga satu pengalaman baru.
KITA MULAKAN BEGINI.
atas kapasiti sebagai seorang pendidik
tentunya saya cuba untuk tidak meletakkan
diri dalam mana2 kelompok
ATAS KAPASITI PEMBELA
DALAM SKOP PENDIDIKAN
saya nafikan semua
projek sembang2 dan ceramah politik.
kerana dihujungnya akan ujudkan
AKU MENANG
KAMU KALAH.
hari ini.
TERKEDU.
tanpa mahu menyatakan
sapa betul
sapa salah
DIMANA BETUL SEMUA PENDEKATAN POLITIK INI.
sebagai pengundi Parlimen Hulu Selangor
PERCAYALAH
ada pengundi yang ' bebal ' dengan
pendekatan provokasi begini.
MAAF KALAU KETERLALUAN.

Khamis, 15 April 2010

kuasa potensi

kita mendengar setiap hari bahawa
pengetahuan adalah
KUASA
tidak sebenarnya
pengetahuan adalah maklumat
ia adalah kuasa yang berpotensi
dan menjadi
berkuasa hanya bila
kita bertindak.
APA BEZA ORANG YANG
BOLEH MEMBACA DENGAN TIDAK
bezanya adalah tindakan.
belajar macam kita makan.
bukan banyak mana kita makan
tapi berapa banyak kita hadamkan
PENGETAHUAAN
kuasa potensi
KEBIJAKSAAN
kuasa sebenar.
mari kita bertindak berasaskan kebijaksanaan.

Rabu, 14 April 2010

tunggu harinya...

Sesungguhnya dalam hidup kita tidak akan
menang dalam semua hal
sesekali kita akan di'kalah'kan
oleh diri sendiri.
Kita akan dikalahkan oleh diri sendiri bila kita mengiakan yang kita kalah.
Yang menjerumus diri kita dalam dunia yang kita cipta sendiri.
Dunia orang kalah.
Kita berhak menyatakan apa sahaja
sesungguhnya dunia ini tidak pernah mahu berhenti :
malah mungkin tidak mahu bersimpati langsung kepada kita..
Dan begitulah seterusnya kita.
Kita berhak menuding kepada persekitaran yang tidak
sepatutnya memperlakukan kita sehingga kita kalah...
Adakah betul kita kalah.
Dunia ini masih adil dengan percaturan demi percaturan.
Cuma kita terkadang alpa dengan fitrah kita sendiri.
Persetankan segala punca yg di ' ada' kan -
jalannya harus di hadapan.
Kita akan terus di kalahkan seandainya kita menyalah.
Hidup ini adalah selingkar cerita yang kita pilih
dan seharusnya kita bertanggungjawab terhadap pilihan kita.
Membiarkan diri terus terusan mencipta cerita ' orang kalah '
akan membenarkan segala hukum ' orang orang kalah '.
Hari ini.
Kita tidak kalah.
Kita ada pemenang yang
ditunda kemenangannya.

Selasa, 13 April 2010

buat lah silap lagi

Manusia tidak terlepas dari buat kesilapan.
TIDAK ADA KESILAPAN YANG LEBIH
BESAR DARIPADA MENGANGGAP
DIRINYA SENTIASA BETUL
kesilapan adalah umpama batu2 kerikil yang
menghasilkan jalan yang elok.
orang yg tidak pernah buat silap sebenarnya tidak
mencuba dengan bersungguh2 ,
malah tidak menghasilkan apa2.
KESILAPAN BUKAN BERERTI GAGAL
ia menjadi tapak untuk kita belajar
kesilapan adalah ilmu
kesilapan adalah aset
ADA PEPATAH MENYATAKAN
ketika seorang insan merasa ragu2 kerana
merasa diri kurang hebat ,
insan lain yang banyak melakukan kesilapan
muncul sebagai manusia hebat.
menurut ahli falsafah Ludwig Wit-tgenstein
jika kita tidak pernah melakukan perbuatan yang bodoh ,
sesuatu yang pintar tidak tidak akan disempurnakan.
DARI JINGGO
kesilapan ada memberikan kita
PENGALAMAN
KENANGAN
kalau kita katakan kesilapan sebagai satu
pengalaman bermakna
kita akan terus melakukan kesilapan besar dengan kebijaksanaan yang hebat.

kalau kita katakan kesilapan sebagai satu
kenangan bermakna
terus berhenti - menyebabkan mereka terus gagal selamanya.

MORAL
jangan takut buat silap.
hanya dengan memaksa diri melakukan kesilapan barulah kita
memperolehi ramuan terbaik dalam apa jua hal

kalau lah boleh

kalau lah boleh kembali
KE ZAMAN
dimana tangungjawab
tidak seperti sekarang
kita kembali ke zaman
RAMBUT AFRO
zaman yang cukup menarik
sebagai seorang pelajar
yang tentunya tidak banyak yang boleh dipersoalkan
MEMANG TANGUNGJAWAB
yang kadang2 kita sendiri tak faham
kalau aku begini
begini sudahnya
AKHIRNYA
setelah melalui proses
RASA MAHU DIKONGSIKAN
setiap satu hari kita disini
ada tangungjawab yang kita harus lunaskan
sebab dikatakan
hidup ini adalah satu proses
yang beransur2.
UNTUK ITU
setiap satu ruang
ada tangungjawab.
Eco Kid Adventure on Facebook