Ahad, 30 November 2008

Kisah Anak Hilang.




Tidak ada bezanya KLCC hari ini dan hari2 lain - yang bezanya hari ni terlalu ramai yang datang. Dari riak wajah ternyata sebahagianya datang dari luar.Seronok tengok , ada mak.ayah.adik.kakak dan abang.Macan orang lain juga.Gambar Menara menjadi satu tarikan besar.Setidak2 bukti yang kami dah sampai KLCC.

Saya terus ke Kinokuniya KLCC mencari buku - dan seterusnya Program Sembang2 dengan kawan2...

Tetapi yang menarik mahu di kongsikan : sedang lepak2 dengan kawan2 tiba - tiba : seorang ibu - dari riaknya dia BERMASALAH. Apa lagi yang boleh kita buat kesimpulan seorang ibu resah , menangis , tidak keharuan , ke hulu ke hilir. ANAK HILANG.....untuk seterusnya dengan KEPAKARAN ' anak hilang ' saya tanpa bertanya itu dan ini. Hanya satu perkataan : Anak lelaki @ perempuan. Lelaki. Kemana anak lelaki biasa hilang ( 6 tahun )...jawapannya sama.Kedai Games.Betul !!!

Yang tidak menarik - KEPAKARAN saya tidak dihargai.terima kasih pun tidak..( mungkin tidak tak sempat @ dia tengah menyesal sebab tak sempat nak ucap terima kasih )

Moral untuk kita : Bagaimana untuk mengelak anak hilang LAGI. Tempat anak2 selalu hilang.Kalau ada tips2 yang menarik boleh kita kongsikan kepada sesiapa yg pernah HILANG anak.... Dan siapa yg paling mengelabah mak @ ayah.

Sabtu, 29 November 2008

Wayang Padang dan Aku


Penonton Wayang Padang - situasi nya sama ceritanya berbeza.

Kita bernostalgia dan mungkin kepada sesiapa yang tidak pernah tahu - ini satu BUDAYA ( mungkin ) kepada kami ( di seberang perak ) masa tu. Sesekali meletakkan telinga mendengar lagu BOBBY semua rasa macam nak kongsikan.


Fakta mengenai Wayang Padang.


Mesti buat di padang : biasa pihak Tok Sidang akan berbincang dengan Guru Besar.
Padang sekolah akan di gunakan.

Biasanya dibuat. Mesti ada Sempena.Habis menuai ke. Raya ke.Dulu sekali anak Tok Sidang kahwin

Penganjur mungkin Tok Sidang.Ketua UMNO.Jabatan Penerangan ( yang lecehnya Jbt
Penerangan ) tengah sedap2 layan mesti dia stop :
buat ceramah..masih ingat dulu pasal skim Buku Hijau.

Cerita - masa tu mesti Hidustan & Indonesia. Sebab itu aja yang orang kampung tahu.

Wayang Padang mesti ada skrin putih ( tdk ada bezanya dgn kerja aku sekarang ).

Yang best kalau buat di sekolah - esok mesti awal datang sekolah sebab nak kutip
duit syiling...biasanya mesti jumpa.

Malam tayangan semua orang pakai lawa2 - yang bercinta masa nilah nak melawa.

Mesti bawa tikar ( sebab duduk kat padang ).

Masalah tgk wayang padang - bising : anak hilang.laki hilang....


Biasanya free - tapi anak Tok Sidang kadang2 kenakan tiket 50 sen....

Kalau sapa2 nak kongsi Nostalgia tengok filem - MAN LAKSA : itu keadaannya...

ini cerita kita


Sehabis ceramah malam tadi seorang remaja ( 15 tahun mendatangi jinggo )..

Macamana cgu , mak dan ayah saya selalu kata saya bodoh , anak tak guna , dan mereka selalu bandingkan saya dengan orang lain.

Menurut Glenn Doman dalam buku hebatnya : how to teach your baby to read menyatakan ' setiap anak2 pada detik dilahirkan mempunyai bakat lebih besar daripada Leonardo da Vinci....

Tetapi apabila semakin dewasa kepandaian mereka kelihatan hanya sedikit ..Mungkin benar kata Dr Richard Buckminster " anak2 yang dilahirkan dengan penuh kepintaran , namun ibubapa telah menggunakan enam tahun pertamnya untuk membuang kepintaran mereka.."

Kenapa macam tu : KEPERCAYAAN - BELIEF : BE bermadsud sisi , had @ sempadan LIEF bermadsud keadaan kepercayaan. Kepercayaaan menandakan tanggapan yang diterima sebagai benar...pada mula kepercayaan mungkin terkeluar dengan kata - kata yg spontan seperti ' engkau ni bodoh '. Perkataan yg sama di ulang akan membentuk KEPERCAYAAN...dan begitulah seterus KEPERCAYAAN itu akan tertanam terus dalam Minda DiBawah Sedar - aku bodoh.aku tak guna.aku seterusnya......

Moral untuk aku : Itu cerita kita setiap apa yang kita cakap akan membentuk kepercayaan.Dalam satu kajian besar menyatakan kita boleh menerima ( membenarkan ) kritikan daripada siapa sahaja kecuali dari mak dan ayah.....sebab apa yang lahir dari mak dan ayah akan membentuk KEPERCAYAAN.

Khamis, 27 November 2008

Mengapa kita memerlukan BENCANA....


selepas hantar Ana & Sofia ' balik ' saya teringat cerita ini...dari buku hebat di atas : Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah membaca buku ini semasa di penjara....

Kebanyakan kita belajar hanya setelah kepala kena ketuk ! MENGAPA ? Kerana fitrahnya sudah begitu - kita lebih senang tidak berubah.

Kita akan mula menjaga kesihatan bila doktor kata : kalau tak ubah cara hidup , maknanya mencari maut. Pastinya kita akan berubah.

Dalam pelajaran , bila kita mula tekun belajar , apabila kita nyaris gagal.

Bila akan selalu berdoa : bila hidup kita kucar kacir !

Dalam hubungan : bilakah selalunya kita menyatakan kasih sayang ? apabila rumahtangga hampir runtuh....


Kita mendapat pengajaran terbesar dalam kesusahan. Bilakah kita membuat keputusan terpenting dalam hidup ? Apabila kita jatuh melutut - setelah ditimpa bencana....

Moral untuk diri sendiri : Kita disini bukan untuk di hukum. Kita disini untuk dididik. Setiap peritiwa ada potensi mengubah kita , dan bencana mempunyai potensi untuk mengubah pemikiran kita. BERTINDAK DENGAN ANGGAPAN SETIAP PERISTIWA ADA TUJUAN.MAKA HIDUP KITA AKAN MEMPUNYAI TUJUAN......fikirkan mengapa kita memerlukan pengalaman , ambil tindakan menguasainya : maka kita tidak akan memerlukannya lagi..

ini yang kita pilih


Sudikah engkau katakan, jalan mana yang harus aku tempuhi dari sini ? itu bergantung kesepakatan arah mana yang ingin engkau tempuhi , kata sang kucing. Saya tidak peduli kea rah mana…..kata Alice. Kalau begitu , tempuh saja jalan yang engkau suka – jawab sang kucing.

Seorang pendita tinggal dikawasan pergunungan ; menhabiskan usianya bertafakur. Kehebatan pendita ini dia dapat meneka apa sahaja soalan yang diberikan kepadanya.

Datang seorang pemuda yang mahu menguji kehebatan pendita ini.

Pemuda itu membawa seekor burung – lalu bertanya kepada pendita tersebut – samada burung ditangannya hidup ataupun mati.

Pendita tidak menjawab. Pemuda ini mencabar pendita tersebut.

Akhirnya Pendita itu menjawab “ kalau saya kata : burung itu hidup kamu akan meramas burung itu ( hingga mati ) sekiranya aku menyatakan burung itu mati – kamu akan melepaskan burung tersebut.

Jawapannya : di tangan kamu….kamu yang menentu burung itu hidup @ mati.

Untuk itu - BE YOURSELF.

Rabu, 26 November 2008

Kisah Kopi.Lobak dan Telur.




Semalam didatangi seorang kawan lama - seronok kami bercerita - seseorang yg tahu meletakan saya di tempat yang betul.....kami berkongsi itu dan ini. seterusnya cerita ini menjadi pilihan untuk kita kongsikan...

Satu Kem Pembinaan Diri seorang penceramah mengajar pelatih nya tentang kehidupan. Agak pelik hari tu kerana penceramah itu membawa tiga periuk.air.lobak.telur.kopi pada hari itu. Dan ketiga2 bahan tersebut dimasukkan di dalam periuk yang berbeza dan dipanaskan.

15 minit kemudian : Benda2 itu dibawa keluar , dan hasilnya.Lobak tadi sudah layu.Telur menjadi keras.Kopi tetap kopi.

Kesimpulan untuk difikirkan : Lobak mewakili seseorang yang keras , kuat bersemangat untuk meneruskan kehidupan. Agresif. Bila berhadapan dengan pemasalahan yang bertubi - tubi dia tidak mampu untuk berhadapan dengan kemelut emosi dan layu...

Telur mewakili seseorang yang lembut , bijak berbicara , asertif dan cukup di senangi oleh orang lain. Bila berhadapan dengan cabaran dan pemasalah. Dia menjadi keras , sombong , angguh dan egois.

Kopi tetap kopi....malah warna tidak merubah.Malah akan meninggalkan haruman.....

Periuk & Air ( persekitaran & pemasalahan ): Hidup ini tidak selalunya indah untuk kita lakarkan. Kadang2 kita tersasar untuk membuat pilihan diantara itu dan ini. Semuga kita mengambil semangat kopi. Biar apa pun yang berlaku : Jalan harus ke depan.....Disinilah terletakkan IQ.EQ.ESQ..dan paling baru PQ....

Selasa, 25 November 2008

saya pernah disini




Sesekali dibuka cerita lama : saya pernah ke sana. Sk Sg Jejawi : sekolah yg mengajar saya ABC - nama2 yg besar : Cgu Abeh ( abbas ) , Cgu Ali , Cgu Shaari - yang penting seorang cgu yg menjadikan aku penting - cgu normah. Yang pastinya dimana kalian.....

Lansdle Farm School , Perth.Australia- seterusnya apa yg berlaku hari ini bermula disana - tercetus satu keinginan yg paling besar untuk ' berkongsi ' - tidak salahnya ' ketamadunan ' mereka kita pindahkan kesini.Satu pendekatan pengajaran yg cukup menarik dan berkesan untuk melihat perubahan di hujung.

Sekadar untuk berkongsi - dunia hari ini perlu memberi dan mengajar ' anak2 ' berasaskan kepada potensi - agar mereka tahu yg hidup ini bukan sekadar berapa A yg mereka dapat..( mungkin ) - banyak yang perlu difikirkan sebelum di pindahkan.....

Isnin, 24 November 2008

Kisah Keldai..




Seekor keldai tua terjatuh di dalam sungai - dan meraung meminta pertolongan. Laungan keldai itu kedengaran kepada tuan tanah yang tinggal berhampiran dengan sungai. Disebabkan tebing sungai agak tinggi - tuan tanah terpaksa mengumpul penduduk kampung untuk meminta pandangan bagaimana mahu menyelamat keldai itu.

Seorang muda berkata : Sia2 sahaja - tebing sungai tu amat tinggi. Lagi pun keldai tu dah tua dan sungai tu pun kita sudah tidak gunakan.Kita timbus sahaja...

Keldai tua itu mendengar setiap butiran hasil dari perbincangan tersebut. Sedaya nya dia cuba untuk memanjat.Tapi usahanya gagal.

Penduduk kampung berbekal cangkul dan segala peralatan memula usaha untuk menimbus keldai dan sungai tersebut.

Keldai tua - tidak cepat putus asa. Setiap kali tanah jatuh atas badannya dia akan mengelupur ( dan tanah itu jatuh di bawah ) dan dia akan memijak atas tanah tersebut...begitulah seterusnya sehinggalah dia dapat naik ke atas dengan selamat...

Kepada Asri dan rakan2 sekali lagi : dalam buku besar ada menyatakan : dimana tempat orang yg tidak ada masalah.Jawapannya ada di kubur....kita belum ke kubur. untuk itu seorang pujangga cina berkata - kehebatan seseorang di ukur dari skala pemasalahan yg di tanggung dan bagaimana dia keluar....ulat beluncas melalui pengalaman ngeri untuk keluar kepompong.....

Moral untuk rakan2 : Jadilah keldai - orang yang hebat adalah orang yang mampu keluar dari semua pemasalahan tersebut dan akhirnya menang.

Ahad, 23 November 2008

kronologi pertemuan kami....






Rasa terlalu cantik pembikinan Kem Kemantapan Diri - Politeknik Syah Alam. Disini sedikit kronologi pertemuan kami....

Kem yang tentunya tidak menjadi sia2 kepada sesiapa yg mengambil kira ini adalah satu kesempatan yang tidak akan berlaku dua kali ( ini pusingan pertama dan terakhir kita ) - kami mengasak kalian dengan satu persatu teori2 akademik yang semakin lancar di mulut kami - kita mulakan dengan GERAK ASLI + PERJALANAN KOMITMEN - dan dihujungnya mahu tidak mahu itu yang perlu kita lalui : Malu lawannya Malu. Akhirnya - itulah kita. Kalian tentu sudah tersedia hebat dan komitmen untuk naik ke atas..Hidup ini ada serangkaian cerita yang memang menjadi PILIHAN kita. Kita yang pilih.Untuk itu pada kalian jangan tersalah membuat pilihan...Kita menakhiri hari dengan satu pertemuan dan percantuman komitmen yang dihujungnya adalah kepuasan bersama..


Esok. Hari ke 2 - kita mulakan dengan solat bersama - poco2 ( dan pastinya senamrobik dari sister UPSI menjadi pilihan ) - Teknik Membina Pengaruh menjadi kita semakin nak tahu itu dan ini - macamana mahu menjadikan kita orang yg ada kredebiliti..kita lalui bersama kembara sbuta - permainan 'team building ', teknik membuat pilihan & matlamat.. dan akhirnya malam - ( jinggo ambil pendekatan rancangan TV - Survivor ) - seseorang harus di singkir dari kumpulan.dan orang itu harus tahu kenapa dia dia harus di singkir......susah mahu ditafsirkan kalau tidak melihat apa yg terjadi.satu persatu selingkar kehidupan terbongkar....

Seterusnya - hari ini tepat pukul 2 pm.Kita bakal meneruskan cerita kita - yang ditinggalkan bukan sedikit cerita untuk kita kongsikan untuk diri kita dan untuk kawan2...

Moral untuk Jinggo kepada rakan : Hidup ini hanya ada satu pusingan sahaja.Pada pusingan ini pastikan kita tahu membuat pilihan yg terbaik untuk hari2 seterus tidak ada jalan pintas.Jalan harus ke depan...

gambar seterusnya di ECO KID ADVENTURE

Khamis, 20 November 2008

dah habis suara....






Apa lagi yang kita mahukan dalam hidup - selain mencari keredhaaNya dan seterus menempatkan diri di tempat yg di sepatutnya.

Bersama rakan - rakan ( Rosdi - BTN , Ustaz Halim - BTN , En Rizal - Yayasan Selangor , Tuan Hj Bam - Mamtan Pengarah BTN & Yayasan Selangor ): kami seakan akan mahu menganjurkan satu 'Konsert' yg memang cabarannya amat berbeza. ESQ - satu model pembinaan diri yang dikirakan ' macam ' memanah terus ke hati....Program Pemantapan Jiwa untuk INSPEN , BANGI...

Dan akhirnya : Apa lagi yang mahu kita cari dalam hidup. Cabaran luar dan DALAM yg seakan akan mahu menCABUT fitrah kejadian kita...terima kasih kepada Ustazah Umi...kerana bacaan Al Quran Ustazah membuatkan saya gagal untuk menjadi JANTAN.....airmata yg tertitis adalah dari dalam diri saya.Hari ini semuga kita semua diberkatiNya

Isnin, 17 November 2008

ALAMI ALAM KU







Rasa ini pertemuan terakhir kami ( cgu mat + cgu hashimi - dari Kementerian Pendidikan Putra Jaya ) , puteri + raja aminah ( pegawai pendidikan Jbt Alam Sekitar ) , Mr Garry ( constant ) dan JINGGO ( constant )- untuk Penerbitan Buku Manual Program Pendidikan Alam Sekitar untuk Panduan Guru - Guru di bawah Kendalian Jabatan Alam Sekitar.

Semuga apa yg akan sampai ke tangan cgu2 ( azza , tera , yop brahim , azlan , sharifah , su , miss jue , onezaba ...dan lain2nya.) nanti akan mampu dimanafaatkan sebaiknya : dan yang pastinya cgu2 ( dan bukan cgu ) harus tahu : ini sumbangan kita dan saya pastinya...

Ahad, 16 November 2008

seharusnya bagaimana...





Jumaat - Ahad : seharusnya bagaimana sikap kita berhadapan dengan mereka.Program Pendidikan Luar DBKL ( tahniah kerana komitmen kalian - satu2 Jabatan di DBKL yg 100 % menjaga kebajikan wargakota : katanya dari anak dalam perut sampai ke kubur...ada kebajikannya dari DBKL ).

Persoalan saya : bagaimana kita mahu berhadapan dengan sekelompok ' anak2 ' yang TAK NAK....anak2 yg membina tempoK yg mendindingi diri mereka dari menerima apa2 yg baru..akhirnya secara fizikalnya BEBAL.Dan KITA - diantara PENUNAI TANGGUNGJAWAB yg ditakdirkan bekerja ( seharusnya tidak memilih )dengan mereka.

Apakah sikap kita !..Pertemuan 3 hari 2 nmalam tidak seharusnya di GAGAL kan dengan satu dua orang yg BEBAL - dan sekali lagi - apakah SIKAP KITA.

Seharusnyakah ' anak2 ' ni terus dilebelkan dan dia akan terus terusan dengan BEBALan..seharusnyakan ' anak2 ' ini di TINGGALKAN.Seharusnyakan ' anak2 ' ini teru di biarkan dengan TAFSIRAN ( tindakan aku betul ) - dan yg terakhir - seharusnyakan ' anak2 ' ini diSERGAH...

Kepada kawan2 : ini yg di tinggalkan........

Jumaat, 14 November 2008

kita ada peranan berbeza...




UPSR dan keputusan sudah menzahirkan ceritanya : sememang saya menantikan keputusan SK Seri Murni Selayang.Seawal pagi call Kaunselor - Cgu Razali. Dan Puan Hajjah Kalsum.....mungkin ini sedikit sumbangan besar saya dan KITA untuk melihat anak2 ini berada ditempat yg betul..

Persekitaran di belakang Pasar Borong ( rata2 makayah yg tipikal - menyerah 100 % kebajikan pembanggunan anak2 pada sekolah : Rumah flat DBKL ) - dan pastinya bukannya mudah kerja Puan Guru Besar.

Kami bersama - 100% kami meletakkan komitmen - mencari ruang untuk melihat skill yang bagaimana harus kita LETUP kan keinginan anak2 ini...Tahniah Kaunselor Razali - saya tahu kekuatan dalaman cgu bila ( bukannya mudah berhadapan dengan politik dalaman sekolah ). Akhirnya ini boleh dikatakan sesuatu yg membanggakan !

Moral kepada kita : Sebagaimana janji Rasullah s.a.w - hari ini seharusnya lebih baik dari semalam....yang penting adalah perubahan. Dan aku percaya kepada KOMITMEN dan KEIKHLASAN kita untuk seterusnya.Jangan diukur berada A mereka dapat - yang penting adalah PERUBAHAN.

Hari ini - sekali lagi saya akan bersama dengan anak2 DBKL di Perkhemahan Hujung Minggu di Banting. Ceritanya sama. Berhadapan dengan anak2 yg makayah ' tipikal ' ..cgu dan sekolah segalanya. Kekuatan apa lagi yang kita harus ada....SEBELUM TU PAGI INI : SAYA DI JEMPUT KE BEBERAPA BUAH SEKOLAH DI SUBANG JAYA & PJ....

Khamis, 13 November 2008

Berkongsi selagi ada ruang...


berfikir tentang perkongsian.masa dan komitmen...

Pada suatu hari , sepasang suami isteri yg sudah lanjut usia mengunjungi Cameron Highland bagi mengingati kenangan suka duka semasa mereka bercinta. Kesempatan bernostalgia ini dimanafaatkan oleh mereka dengan menikmati sup ekor yg terkenal di sebuah warung di sana.

Suami isteri ini mula berbaris bagi memesan sup ekor mereka. Mereka memesan satu mangkuk sup ekor , sepinggan nasi dan dua gelas teh ais serta satu piring dan mangkuk kosong. Semua yang memerhati gelagat pasangan suami isteri itu merasa hairan. Mengapa mereka hanya membeli satu pesanan sup dan nasi sahaja ? Malah beberapa orang pekerja sedih melihat kedaifan kedua orang tua itu hanya mampu memberi makanan bagi seorang sahaja.

Si suami mula membahagikan nasi dan sup ekor itu kepada dua bahagian. Satu bahagian untuk dirinya dan satu bahagian untuk isterinya. Kemudian mereka pun makan. Namun , yang makan hanya si suami , manakal si isteri hanya tersenyum menunggu dan melihat suaminya menjamu selera…

Seorang pekerja tiba2 berdiri dan berjalan menuju ke meja mereka , dengan rasa sedih pekerja itu mempelawa mahu membelanja pasangan tersebut.Namun pelawaan itu di tolak dengan lembut , sambil keduanya terseyum.

Pekerja tadi sudah tidak dapat lagi menahan rasa hairanya lalu bertanya :

Mak Cik saya tengok dari tadi , mak cik tidak makan tetapi hanya menunggu dan melihat Pak Cik makan. Bolah saya tahu mengapa mak tidak makan….

Dengan tersenyum si isteri menjawab : MAK CIK TUNGGU GIGI PALSU , YANG SEDANG DIPAKAI OLEH PAK CIK…..

Moral dari aku untuk aku dan kawan2 : Perkongsian menunjukkan pengorbanan dan kerelaan untuk memberi. Semakin banyak kita memberi , semakin kita tidak akan merasa kekurangan. Pengorbanan yang paling besar adalah pengorbanan diri aitu apabila yg dikorbankan adalah harga diri sendiri demi meningkatkan harga diri orang lain…

Realiti hari ini – masih ramai yang sanggup berkongsi tapi sekadar untuk kepentingan diri dan mencari ‘ apa aku akan dapat ‘…..

Disebab dunia ini hanya satu pusingan : aku harus memikirkan bagaimana untuk belajar berkongsi…..

Rabu, 12 November 2008

kenapa mesti sombong



SOMBONG bererti terasa kelebihan dan kehebatan yang ada pada diri sendiri, kemudian ditambah dengan sifat suka menghina dan merendahkan orang lain. Orang sombong memandang rendah manusia lain kerana berasakan sesuatu kelebihan yang ada pada diri mereka.

Begitulah sombongnya Iblis yang enggan sujud kepada Nabi Adam. Tidak cukup dengan kesombongannya kepada Allah , lalu ia menempelak: “Mana bisa aku bersujud kepada manusia, kerana aku dijadikan dari api yang mulia, sedangkan Adam dijadikan dari tanah yang hina.

Oleh itu mari kita memeriksa diri, apakah kita sudah dijangkiti virus sombong ini atau tanpa diketahui kita adalah salah seorang penghidap serius penyakit itu selama berpuluh tahun.

Iman Al-Ghazali menyimpulkan ada tujuh cara untuk mengenali seseorang yang sedang dan sudah menghidap penyakit hati yang merbahaya ini : 

Pertama, kelebihan seseorang kerana pengetahuan ilmunya, baik ilmu dunia atau ilmu akhirat. Apabila ilmu sudah penuh di dada dia menganggap semua orang lain jahil belaka, semua orang buta dan jika ada pandangan yang bernas tetapi tidak diterimanya. Orang sombong seumpama ini, menghendaki dirinya selalu dihormati oleh orang lain terutama ketika di khalayak ramai.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tidak akan masuk neraka, orang yang di dalam hatinya ada seberat sebiji sawi darinya iman, dan tidak akan masuk syurga yang di dalam hatinya ada seberat biji sawi darinya sombong.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)


Keduanya kerana kelebihan beribadat seseorang. Penyakit orang ahli abid yang merasa diri mereka terlalu banyak beribadat berbanding dengan orang lain sehingga menganggap orang lain tidak mampu beribadat seperti mereka. Sedangkan mereka terpedaya dengan tipu daya syaitan.

Rasulullah SAW mengingatkan melalui sabda Baginda yang bermaksud:

“Bahawa siapa yang memuji dirinya sendiri atas suatu amal salih, bererti sudah tersesat daripada mensyukurinya, dan gugurlah segala amal perbuatannya.”


Jika kita bersifat seperti ini, menghina orang yang tidak bersembahyang atau apabila orang mengerjakan maksiat, lantas menggelengkan kepala dan terdetik di dalam hati,

“Apa nak jadi dengan kamu semua. Mengapa tidak alim dan warak seperti aku,” maka kita adalah dalam kategori orang yang berpenyakit sombong. Oleh itu, bersegeralah bertaubat atas kejelekan akhlak.

Perkara ketiga yang membuatkan kita sombong ialah kerana ego memperkasakan keturunan, bangga kita berketurunan mulia lagi bangsawan, suka menyebut nama datuk nenek moyang kita yang dulunya dikatakan keramat atau hebat. Sifat sombong seperti ini tidak ubah seperti kaum Bani Israel yang dilaknat Tuhan.

Perkara keempat menjadikan kita beroleh sombong ialah kerana berasa diri cantik dan sempurna malah memandang orang lain dengan hina.

Sifat sombong kelima berpunca daripada kelebihan harta diberi Allah membuat kita lupa daratan, berbangga dengan kekayaan yang ada, rumah besar, kereta mewah hingga memandang rendah orang yang kurang berada.

Keenam, sombong kerana kekuatan dan kegagahan diri. Semua orang akan dibuli kerana kuatnya badan kita tidak terperi, hingga boleh memakan kaca seperti mengunyah. Boleh menarik bas dan lori hanya dengan gigi.

Akhirnya yang ketujuh kata Imam Ghazali, ialah sombong dan berbangga kerana ramainya pengikut setia di belakang diri, sepertinya orang alim berbangga dengan ramainya murid yang memuji.

Justeru, hendaklah memeriksa diri sama ada tujuh perkara yang membawa kepada penyakit sombong ada pada kita atau tidak. Penawarnya ada di tangan sendiri kerana penyakit sombong hanya akan memakan diri.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

“Orang yang sombong, keras kepala dan takbur, akan dikumpulkan pada hari kiamat, dalam bentuk semut yang kecil, yang dipijak mereka oleh manusia, kerana hinanya mereka pada Allah .” (Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dari Abu Hurairah

Moral untuk aku : Kenapa nak sombong !Berdasar kata seorang rakan - hidup kita ni jinggo bawa taik aja..taik mata.taik telinga.taik hidung..dan segala macam taik...dihujung kita sama. Saya yakin kesombongan ini kita zahir melalui pelakuan verbal & non- verbal. Untuk itu : kita berbaik sangka dengan semua keadaan. Semuga kita tidak tergolong dalam golongan di atas.....

Selasa, 11 November 2008

inilah orang kita...




Sekali lagi orang2 ALAM SEKITAR berkumpul.cerita yg SAMA - projek @ program seterusnya untuk mempastikan kesinambungan kehidupan dibumi yg semakin layu disebabkan tangan2 kita....

Perasmian Hari Kitar Semula MBPJ - oleh YB Exco Alam Sekitar Selangor. Ceritanya masih sama : muka2 yg sama sekali lagi kami membuat reunion - sedih ! ratanya ( 80 % ) adalah rakan2 daripada bukan MELAYU. Apa orang MELAYU tak minat atau tak nak ambil tahu - ataupun sibuk dengan cerita lain.Jawapannya : tahu tapi tak nak ambil tahu ataupun tak tahu macamana nak ambil tahu.....

Kita akhirnya akan MENJERIT melihat bumi ini dicalar sini dan sana. Atas kapasiti kepentingan itu dan ini kita ( MELAYU ) kita mula BANGUN - YB ini tak buat kerja. YB ini yg meluluskan. YB ini korap...bla...bla....itu kita.Bangsa kita.....

Moral untuk aku : dalam kesibukan kita mengejar kesempurnaan hidup - kita janganlah lupa bumi yg kita junjung kita selamanya disini dan begini.......

Isnin, 10 November 2008

susah sangat ke nak senyum




Susah sangat ke nak senyum - memang macam tu sudah tentunya : kita berhadapan sekelompok orang - orang yg semakin susah nak senyum. Dan pengalaman hari ini meneruskan cerita ini.

Teringat beberapa seminar yang pernah di lalui bersama dahulu : Kerajaaan Perlis buat Seminar Mulut. Kerajaan Terengganu buat Seminar Senyum Sokmo. Kenapa sampai buat Seminar ! Ini persoalan kita.

Cerita ini di panjangkan kepada seorang rakan di USA - ko tahu jinggo , kat US sekarang ada training untuk MENAIKKAN PIPI ( pipi naik mata jadi kecil - itu senyum yg ikhlas )...Kenapa susah nak senyum ! Apa kaitan senyum dengan emosi. Teringat buku yg di tulis oleh DALE CARNEGIE - satu cara kita untuk mempengaruhi orang lain mulakan dengan SENYUM...seterusnya jadikan orang itu PENTING ( 5 patah kata keramat : I'M PROUD WITH YOU )....

Untuk aku dan kawan2 - setelah jauh meneroka bidang Pembinaan Karektor : memang tidak dinafikan - orang akan ukur kita ( 70 % ) daripada apa yg dia nampak. Orang akan nampak AIR MUKA dahulu. Air Muka melibatkan ( MATA DAN BIBIR )....untuk itu pada kita dan kita. Senyum dan jadikan semua orang lain penting....itu fitrah manusia suka dianggap penting !!!

Sabtu, 8 November 2008

ini pemimpin kita hari esok



Dari wajah dan cerita yang di kongsikan : inilah pemimpin yg akan meminpin kita pada masa akan datang. Mereka diantara orang2 yg akan mencatur itu dan ini - dan kita menerima itu dan ini dari mereka.

Kita berharap sangat : inilah pemimpin akan meletakkan NIAT diatas segala. Negara ini seharus di takbir oleh mereka dengan keinginan yg jelas.tanggungjawab dan seterusnya bersedia memberi tanpa mempersoalkan itu dan ini...

Cukup rasanya kita merasa ' jenuh ' berhadapan dengan cerita RETORIK yg semakin tidak nampak hujungnya.Yang pentingnya - AKU MENANG - KAU KALAH....

Kem Kepimpinan - untuk anak2 ini mengisi keperluan untuk menjadi seorang pemimpin yg ' cantik '....

Moral untuk aku : ini ruang dan media untuk aku dan kita zahirkan....

Jumaat, 7 November 2008

ini yang nak di tinggalkan...



Hari ini aku akan terlibat dalam satu perhimpunan besar - 140 pelajar yg akan belajar BAGAIMANA untuk menjadi PEMIMPIN yg baik. Dan sejak dari semalam hidangan ' mata ' cerita semakin menakutkan - apa yg mahu di kongsikan.

Aku anak yang membesar dengan SUMBANGAN kerajaan ( FELCRA SEBERANG PERAK ) - tentunya amat CELAKA kalau tidak melihat SUMBANGAN kerajaan selama ini - kemudahan di kampung. buku bantuan.sekolah percuma.sampai sekarang semuanya SUMBANGAN kerajaan.

Tapi setelah puas menerima SUMBANGAN - sampai masa aku MEMBERI - dalam kontek KEPIMPINAN apa yg boleh aku kongsikan. Aku sekadar boleh bercerita persoalan2 yg sekadar teori - dari BTN ke PLKN ke KEM - teori dan seterusnya teori.

Perlaksaannya. Ini pandangan orang2 yg tidak berpihak : Apa yg kami mahu sebuah Negara Malaysia yg harmonis , stabil , india + cina + melayu + dll hidup dengan MATLAMAT yg sama. Kami mahu sebuah Negara Malaysia yg di pimpin oleh PEMIMPIN yg meletakkan NIAT diatas....apa yg berlaku hari ini. MATLAMAT SEAKAN MEMHALALKAN SEMUA CARA.UNDANG2 SEMAKIN DIHUJUNG JARI TUAN2 & PUAN.

Kami orang yg tidak berpihak sekadar IKUT.dan terus IKUT....kita teringat cerita HANG NADIM mengajar pembesar negara dulu. Kami tidak boleh lebih PANDAI dari apa yg sudah TUAN2 & PUAN2 ATURKAN......

Moral untuk aku - malu untuk di kongsikan. Sekadar cerita yg baik..kita cerita pasal TEORI aja.Yang lain2 - semuga kalian cepat2 dewasa yg tafsirlah apa yg berlaku - ini negara kita.bukan negara mereka dan keluarga mereka......maaf emosi sikit.

Khamis, 6 November 2008

Ini bukan kisah aku....penceramah jemputan.


Seorang penceramah dijemput untuk memberi ceramah di sebuah perhimpunan pembogel - pembogel.Kumpulan ini mengadakan persidangan di sebuah hotel terkenal ( tepi pantai ). Kepada penceramah - inilah adalah cabaran terbesar dalam kerjayanya.

AJK perhimpunan menjemput penceramah itu di lapangan terbang sehari sebelum hari ceramahnya dan pihak AJK meminta penceramah melihat keadaan perhimpunan supaya penceramah dapat menyesuaikan diri. Di sebabkan mereka tinggal di hotel yg sama , dia dibawa masuk oleh AJK tadi ke dewan dimana seluruh peserta sedang asyik mengikuti perhimpunan. Apabila pintu dewan dibuka dan penceramah itu diperkenalkan kepada peserta , penceramah itu terkejut kerana semua peserta yg berada di dalam dewan itu tidak berpakaian sedangkan dia mengenakan kemeja lengan panjang dan bertali leher...

Setibanya di bilik , dia kebingunan. Pakaian apa yg harus digunakan untuk ceramahnya besok. Pada pengkiraannya , untuk mempasti keberkesanan ceramahnya dia perlu meletakkan dirinya supaya sama dengan peserta , iaitu berbogel sebagaimana yang lain. Akhirnya penceramah membuat keputusan untuk berbogel untuk menyamarakatkan dirinya dengan peserta

Tiba masanya memberi ceramah , dia pun berjalan menuju ke dewan ceramah dengan penuh yakin tanpa mengenakan seurat pakaian. Apabila masuk dalam dewan dia terkejut kerana semua peserta yang hadir memakai pakaian yg kemas dan rapi , bagi mendengar ceramahnya , sedangkan penceramah jemputan satu2nya orang dalam dewan itu yang berbogel !!!

Moral untuk aku dan kita : Persaingan hidup untuk memenuhi keperluan hedonisme ( mencari kesenangan hidup ) dan materialisme ( kebendaan )kita semakin hari menjadikan kita tidak menjadi kita. , kita cenderung menjadi manusia yang suka mengikut orang lain.

Menurut Ziz Ziglar ( dalam buku hebatnya - kena baca !!! ) ' anda akan gagal sekiranya cuba meniru orang lain , tetapi anda akan MENJADI ANDA YANG TERBAIK.ANDALAH SATU SATUNYA YANG DAPAT MENGUNAKAN KEMAMPUAN ANDA SENDIRI...DAN INI MERUPAKAN SATU TANGGUNGJAWAB YANG BESAR '.....

Untuk Pengajaran - 3 teori besar menyatakan......GIVE YOURSELF ( pada ketentuaNya ), KNOW YOURSELF ( kenal siapa kita ) dan BE YOURSELF ( jadi diri sendiri )- hidup ini adalah pilihan kita......

Rabu, 5 November 2008

kalau dah tanggungjawab...




Semalam dan hari ini - sepatutnya bro terlantar sakit ( yg korang semua tak tahu ): kesan minggu lepas masih terasa. melihat dan bersama kalian - seakan semuanya hilang. KEM ANUGERAH PERDANA - RAKAN MUDA - satu pertemuan yg cantik untuk kita jadikan platform pertemuan yg semua bagaikan tak di rancang.

Pada mulanya bro - hanya sekadar ingin menjadi ' tuan rumah ' - tapi dengan sokongan dan penglibatan 100 % Kaunselor SMTeknik Syah Alam - Puan Zura - semuanya jadi lain. Terima kasih kepada ( bakal ) ketua pengawas 2009 dan semua AJK Makan - Nik Imam Besar kita. kerana menjadikan kem yg di rancang begitu sempurna pembikinannya.

Satu persatu kita jelajahi bersama - Yang pastinya itulah sepatutnya kita. Hidup tidak sekadar hanya dengan keinginan - komitmen harus diletakkan bersama niat...

Pada aku - dan rakan : kita masing2 ada tanngujawab untuk kita lunasi..terlalu banyak persoalan itu dan ini menjadikan kita membikin hari2 kita tidak solid. Sebab kita yakin : Allah tahu meletakkan kita dimana untuk hari2 seterusnya...

Pengajaran untuk yg lain : Komitmen ( hidup tidak sekadar berlalu seperti arus di sungai.....). 40 pelajar ( remaja ) handle sorang untuk semua program. Bayangkan kalau mahu dipersoalkan tengtang RM....

buka ECO KID ADVENTURE untuk gambar seterusnya
Eco Kid Adventure on Facebook