Jumaat, 31 Julai 2009

kita RAYA lagi.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir dari PAS, Hamdan Abd. Rahman meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini subuh tadi.Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mengesahkan yang Hamdan meninggal dunia, dipercayai kira-kira 6.10 pagi."Anak Allahyarham memberitahu yang beliau meninggal dunia di IJN subuh tadi... anaknya kata bila dia bangun dari tidur, ayahnya sudah tiada (meninggal dunia)," katanya ketika dihubungi.Hamdan dimasukkan ke IJN Isnin lalu.Permatang Pasir adalah salah satu kerusi DUN di bahagian Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang.
semuga rohnya diberkati dan dipermudahkanNYa dalam segala urusan.

KITA FIKIRKAN SETERUSNYA
ceritanya hampir sama selepas ini
bermula di media
satu persatu senda gurau yang akhirnya menjadi makihamun.
dihujungnya seperti adanya
AKU MENANG KAU KALAH
AKU BAGUS KAU AMAT TIDAK BAGUS
dan seterusnya
KITA BERPESTA
aib yang Allah sudah tutup - dibuka dan dijaja.
sejauhmana betul salah - didunia bukan penghakiman terbaik.
YANG KITA MAHU FIKIRKAN
sampai bila
KITA HAIRAN
dikala kaum lagi tidak berhenti2 bercakap soal peningkatan diri
pada setiap ruang
kita semakin kuat untuk menjarakkan diri dari
ruang yang tentu kita ' punya '.

Khamis, 30 Julai 2009

apa nak dihairankan


Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati,
tetapi masih ketawa.
Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa,
tetapi masih mencintainya.
Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua
perkara terjadi menurut takdir,
tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.
Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan,
tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.
Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka,
tetapi masih melakukan dosa.
Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin,
tetapi masih mengingat selainNya.
Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya,
tetapi masih mahu mematuhinya.
dari jinggo seterusnya
apa nak dihairan akhirnya
kerana fitrah manusia sudah begini
nak pandai tanpa belajar
nak kaya tanpa bekerja kuat
nak masuk syurga tanpa amal
nak ' geli2 ' tanpa nikah.
nak wangi tanpa mandi
nak dapat kawan kat blog.
tapi tak pernah nak komen kat blog orang lain...
KERANA ITU FITRAH KITA
kita hanya akan berubah dikatakan bila :
sakit dan menderita dengan perlakuan @ tindakan negetid semasa
kita sudah bosan dengan tindakan semasa.
hidayah dari Allah
SELAIN DARI ITU.
apa nak dihairan.

peringatan untuk lelaki...dan jinggo

Umumnya, wanita berbohong bukannya disebabkan mereka tiada arah tuju atau cuba mencipta sesuatu perkara yang tidak masuk fikiran. Terdapat beberapa alasan yang mendorong mereka melakukan hal ini.
Balas dendam

Sekiranya kamu berani mengkhianati cintanya, dia juga akan berani membalasnya. Bahkan, dia lebih hebat daripada kamu.. Ramai wanita mempunyai cara tersendiri saat menghadapi situasi pembohongan yang dilakukan kekasihnya. Malah, dia juga berani melakukannya dengan secara tersembunyi, tanpa pengetahuan kamu.
Urutan kasih
Wanita sememangnya menginginkan dirinya dicintai dan dihargai. Apatah lagi, mengharapkan sebuah percintaan yang tiada titik noktahnya. Lebih-lebih lagi daripada insan tersayang. Mereka ingin menjadi wanita pertama di dalam hidup kamu dan bukannya, berada di tangga kedua atau berikutnya. Sekali kamu menduakan cintanya, dia akan berkali-kali mengkhianati hidup kamu.
Kekerasan
Kini, ramai wanita semakin sedar tentang pentingnya penghargaan yang patut diterimanya. Mungkin pada awalnya dia akan cuba bertahan, tetapi apabila kamu kembali mengulangi tindakan tersebut, mereka akan meninggalkan kamu tanpa sebaris nota. Mereka yakin, masih ramai lelaki di luar sana yang dapat menghargai dirinya yang jauh lebih baik daripada kamu.
Hambar
Wanita begitu gemar hal-hal yang remeh atau kecil.Hati-hati bila kamu menganggap semua ini sebagai hal yang remeh. Apatah lagi apabila selama ini, si dia selalu mengurus hal yang melibatkan pengorbanan demi kekasihnya.Sekiranya, kamu tidak pernah sesekali menghargai apa yang dia lakukan untuk kamu dan mengabaikan hal-hal yang dianggapnya penting, bersiap sedialah menghadapi pertengkaran yang hebat.
Seks
Meskipun kamu tidak memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap si dia, ketidakpuasan dalam urusan seks mampu memberi kesan yang mendalam terhadap perhubungan.
BIASANYA wanita akan mencari jalan penyelesaiannya sendiri apabila berhadapan dengan masalah cinta
Cadangan
Saat putus cinta, biasanya kaum wanita lebih cepat 'menderita' ketika menghadapi hari-hari mendatang sebelum mampu bangkit semula untuk hidup gembira.Ini kerana, sewaktu dia mendapat petunjuk bahawa perhubungan itu tidak dapat dipertahankan lagi, mungkin dia akan mencari pengganti kamu. Jadi, sekiranya kamu benar-benar mencintainya,
perbaikilah hubungan kamu dengannya segera.
Jejaka bermasalah

Maksudnya, terdapat banyak perkara di sekeliling kamu yang membuatkan pasangan merasakan kamu tidak diperlukan lagi. Sebabnya, selain menjalani hubungan cinta yang sudah tentunya tidak lepas daripada kekangan masalah, kamu juga harus menangani karakter kekasih yang semakin berani. Ingat, dia bersikap sedemikian disebabkan kamu yang memulakannya dahulu.
Hubungan tiada kesudahan
Kebiasaannya, saat menjalani hubungan dengan pasangan, wanita menginginkan adanya hubungan yang penuh komitmen,
iaitu hubungan yang diakhiri dengan keputusan membanggakan.
Jadi, buat apa menunggu kamu dengan lebih lama?
Bosan
Hal ini muncul disebabkan dia terperangkap dalam rutin hariannya sama ada kerja rumah mahupun hubungan yang dijalinkan itu begitu membosankan.
Baginya, jika kamu tidak memberinya perhatian yang diharapkan dan waktu kamu pula lebih banyak dihabiskan untuk urusan lain, biasanya wanita akan mencari jalan penyelesaiannya yang tersendiri.
Hubungan tidak diduga
Pada awalnya, dia berasa terlalu selesa saat menjalin hubungan dengan kamu. Tetapi ternyata, dia tidak menikmati kehangatan bersama dan terasa begitu terikat dengan kamu. Tidak hairanlah apabila kamu masih cuba membawanya ke sana dan ke sini, dia mula bersikap dingin kerana sudah menyerahkan seluruh perasaannya kepada insan lain.
pandangan lelaki ni
yang kadang2 tidak faham.
kita memang berbeza.
kerana berbezaan itu menjadikan hubungan kita dimana2 unik.
buku : bahasa cinta
menceritakan satu persatu.
kadang2 kita terperangkap bila kita membuat tafsiran berdasarkan dunia lelaki kita.kita mahu mereka pun membuat tafsiran berdasarkan pandangan kita.akhirnya ada yang tidak sempurna dihujungnya.kerana mendekati seorang wanita memerlukan tidak sekadar apa yg zahir lagi.
ilmu untuk bersama mereka harus dijadikan keutamaan diawal niat
apa lagi
CARI BUKU DAN BACA.

Rabu, 29 Julai 2009

kita mulakan langkah 1

dunia ini semakin menarik untuk dinikmati nikmatNya.
nikmati diberi ruang dan peluang.
UNTUK
mempastikan hari ini lebih baik dari semalam
IMLU
saya percaya kepada konsep itu.
tidak ada manusia yang bersedia untuk mengakui
ALANGKAH BAHAGIA NYA AKU TAK BAHAGIA.
ini satu formula dari buku
Law of Attraction
RAHSIA KEHIDUPAN
( menarik buku ni - dikupas dan diulas dari sudut pandangan barat dan islam )
kita berpeluang untuk mencipta apa jua kehendak berasaskan
kuasa keinginan dan kuasa percaya.
di mana nak mulakan
MENGETAHUI APA YANG DIINGINKAN
MEMOHON UNTUK MENDAPATKAN
MERASAI BAGAIKAN APA YANG DIINGINI
TERBUKA DAN MENERIMA

dari jinggo

ini mungkin satu lagi jalan mudah untuk kita sama2 mencipta bahgia berdasarkan kepercayaan dan kehendak kita.
kita akan menuai apa yang kita tanam.
KUASA TARIKAN
kita menarik apa jua yang kita berkehendak.
kuncinya adalah
kepercayaan
DALAM KONTEKS SEBAGAI SEORANG PELAJAR
kita sering banyak dihidangkan dengan pendekatan
STUDY SMART NOT HARD
di mana nak mulakan
mulakan dengan keinginan yang dizahirkan samada dalam bentuk tulisan @ gambar.
dengan menggunakan kuasa semantik - kuasa memberitahu diri besar impaknya pada peningkatan motivasi diri.
dominasikan keinginan berterusan dengan penggunaan minda dibawah sedar berterusan.
ada tenaga yang akan mengalir membantu untuk menyempurnakan matlamat impian.
KITA MULAKAN LANGKAH SATU.
TARIK KEJAYAAN SEBAB ITU HAK KITA.

kerana wanita....



kita fikirkan

Selasa, 28 Julai 2009

kita selalu lupa


Seramai 15 juta orang meninggalkan secawan teh sehingga sejuk hari ini, sementara kira-kira jumlah penduduk dunia yang sama akan terlupa di mana mereka meletakkan kunci kereta atau rumah.
Manakala 12 juta lagi pergi ke kedai dan betul-betul lupa apa yang perlu dibeli. Jumlah manusia yang sama juga akan lupa mengenai pakaian basah dalam mesin basuh, menurut kajian yang dijalankan oleh National-Lottery.co.uk.
Nombor PIN, kata laluan dan kerja rumah seperti mengeluarkan makanan sejuk daripada peti ais malam sebelumnya dan mengecas telefon bimbit juga merupakan antara yang tersenarai dalam kajian itu. Kajian sama juga mendapati lelaki lebih berkemungkinan lupa mengenai sesuatu berbanding wanita - walaupun kaum hawa secara amnya mempunyai lebih banyak perkara yang perlu diingati.
Jurucakap National Lottery berkata, orang British lebih sibuk kini dengan pekerjaan dan kehidupan peribadi, jadi kita mempunyai terlalu banyak untuk disimpan dalam minda yang terlalu berserabut.
"Gaya hidup moden yang sibuk, peningkatan bebanan kerja dan tekanan turut memainkan peranan. Namun teknologi moden seperti komputer, telefon membantu kita mengingati perkara penting setiap hari," katanya.
Kajian juga menunjukkan, ramai orang sering terlupa temujanji penting, nama kawan lama, anak sendiri, tarikh ulang tahun sendiri dan pasangan serta ulang tahun perkahwinan.
ANTARA YANG PALING DILUPA
Membiarkan secawan teh sehingga sejuk
Di mana anda letakkan kunci
Untuk apa anda ke kedai
Pakaian basah di dalam mesin basuh
Mengecas telefon bimbit / iPod
Di mana anda letakkan kenderaan
Menyiram pokok bunga
Umur sendiri
Membeli susu
Mengunci kereta
Di mana anda letakkan dompet
DARI JINGGO
saya selalu lupa dimana letakkan cermin mata
selalu lupa kat mana letak kunci kereta
selalu lupa nak call makayah.
YANG TAK PERNAH LUPA
mengadap lap top.

remaja kita masa depan kita

kita yang warnakan mereka
Hari ini kita semakin kerap dihadap cerita yang sama.
MUSIM BUDAK BULI BUDAK
ini mungkin cerita lama yang kembali dihangatkan.
saya kembali kepada buku
MENANGANI PERGOLAKAN JIWA REMAJA
Dr Muhadamad Said Ramadan Al-Butiy
mereka sebenarnya SAKIT.
Remaja sebenarnya sentiasa berada dalam tuntutan tabiat kemanusian dan nalurinya.
hari ini bila berlaku itu dan ini kita terlalu PANTAS menuduh REMAJA ini bermasalah.
Remaja adalah kelompok bukan berpenyakit tetapi mereka dijangkiti
penyakit dari golongan lain.
JADI , SIAPA DAN GOLONGON MANA SEBENARNYA YANG TERLEBIH DAHULU BERPENYAKIT ( BERMASALAH )
Dikatakan : yang berpenyakit @ bermasalah ialah masyarakat dan lingkungan tempat golongoan remaja ini tumbuh dan membesar - apa yg berlalu seakan PANTULAN dari keadaan masyarakat itu sendiri. Mereka dijangkiti penyakit disebabkan persekitaran setempat.

kata jinggo

Itu adalah asas kepada semua pemasalahan yang harus kita rungkaikan -
kita boleh menyatakan puncanya itu dan ini :
tapi asasnya pemasalahan remaja adalah pantulan dari pemasalahan persekitaran.
dengan apa yang berlaku hari ini - jangan harap dihujungnya kita akan berjaya menyelesaikan kemelut yg semakin meruncing. untuk ubah remaja hari ini ubah sistem masyarakat kita.

Isnin, 27 Julai 2009

kuasanya pada kita...




jumpa gambar lama
YANG MEMULAKAN CERITA BARU.
dikisahkan begini.mungkin secara kebetulan cerita ini berlaku dimana kuasa angan2 yang kuat disamping desakan kehendak yg dominan menjadikan cerita ini sebahagian daripada cerita yang tidak pernah lekang.
KUASA ANGAN2.
kuasa ini ada pada kita.kuasa mungkin kita pernah tahu @ mungkin tidak tahu.mungkin tidak keterlaluan mahu saya kongsikan satu pengkisahan yang WAJIB dijadikan cerita bersama.
setelah melalui satu persatu buku dan ujian karektor.
saya berada dalam kelompok manusia no 4.
dan diyakini kemampuan besar saya adalah bercakap dan mengkayakan bahasa.
bakat ini tidak diserlahkan.
mungkin ketidakcakupan ilmu dan pengalaman.
SAYA SENTIASA MEMIKIR UNTUK MENJADI SEORANG JUARA
setiap ruang didalam minda cerita yang sama diasakkan.
suatu masa @ hari aku akan begini dan begini.
kerjaya aku begini
kehormatan aku terima begini.
pendekatan aku beri begini.
kepuasan berkerjaya aku begini
cara aku berurusan begini
ITU CERITA YANG SAMA.
pengalaman sebagai Pegawai Pendidik FRIM menjadi satu titik mula untuk memulakan cerita hari ini.satu persatu.semuanya tidak sedamai yang disangka.perubahan dan persekitaran kehidupan sosial yang seakan tidak sempurna menjadikan terlalu tebal pengalaman yg mahu dikongsikan hari ini.
diringkaskan pengalaman mengalami ' kebankrapan ' dalam caturan.teruk.jatuh terlingkup.
KUASA KEINGINAN TIDAK PERNAH PUTUS.
kadang2 sengaja membiarkan dia perlakukan apa sahaja di tahun2 seterusnya.
hina menjadi ' orang yg bangkrap dalam hidup '.
ecokid adveture menyusul dengan satu kajian yang amat halus dari
jinggo dan seorang rakan.
ini pengalaman besar untuk masuk dan duduk dengan sepak terajang PLKN.
akhirya sampai ke 2008 ' kebangkrapan emosi '.
bezanya jinggo sudah kuat ( tidak terlalu ).
SEMUANYA DIRINGKASKAN.
komitmen berasaskan matlamat yang kadang2 orang tak tahu @ sukar untuk diberitahu.ini mungkin dikaitkan dengan pendomanasian yang besar terhadap kuasa keinginan yang terlalu besar.
KITA KONGSIKAN
kita berhak mendapat apa yg kita nak.
tafsirkan semuanya dalam bentuk angan2 yang boleh kita serlah melalui
Kuasa Semantik ( NLP ) - kuasa Minda Dibawah Sedar - dan saya pasti tidak ada satu ruang yg memustahilkan keinginan kita kalau itu kehendak kita.
orang yang gagal dan berjaya buat kerja yg sama - cara yang berbeza

kisah zon selamat


kita biasa dengan kehilangan
HILANG
hilang orang tersayang
hilang barang tersayang
ada diantara kita diberikan nikmat redha
itu mungkin barang yang dipinjamkan
BUKAN REZEKI @ HAK AKU
tapi kita mungkin tidak semua kita dibekalkan nikmat begitu
saya kehilangan
handphone ( mahal ) di zon yang paling selamat.
di hujung katil.
sebelum tidur ada : bangun pagi dah hilang
MORAL
zon selamat kita mungkin zon paling tak selamat.
kita terlalu selesa berasa dalam zon ini. kita belajar sesuatu yang lain - kadang2 mungkin begitu juga dalam hidup.dalam konteks yg lebih besar - kita fikirkan kita selamat
SELAMAT ADA SUAMI ISTERI YANG SETIA
SELAMAT ADA KEKASIH YANG SETIA
SELAMAT MENYIMPAN BARANG DITEMPAT SELAMAT
SELAMAT ADA ANAK2 YANG SOLEH @ SOLEHAH
SELAMAT BERADA DALAM ZON YANG SELAMAT.
sesekali.
bagaimana kalau semua yang berlaku diketidaksempurnaan ditempat paling selamat.
untuk kita.
kita fikirkan bersama.

ini satu pendekatan..

SALAH satu tanggungjawab besar kita sebagai insan di dunia ialah mencapai potensi diri dan membantu orang lain mencapai perkara yang sama agar kehidupan kita akan terus berada pada tahap terbaik.
Tidak kira sama ada kita bergelar ibu bapa, kekasih, rakan atau pemimpin, menjadi tanggungjawab kita untuk membantu insan lain mencapai potensi terbaik hidupnya.
Dengan segala-gala yang kita kata dan lakukan, kita sebenarnya memberi pengaruh sama ada secara positif atau negatif terhadap orang yang kita sayangi.
Berikut ialah 10 cara bagi membantu orang yang kita sayangi melihat dan menyedari apa yang terbaik dalam diri mereka.
Percaya kepada mereka
Sebagai manusia kita memang sentiasa mempunyai sifat keraguan dari masa ke semasa.
Keyakinan kita mudah goyah. Sering kali kita kurang keyakinan dan kepercayaan pada bakat dan kebolehan kita sendiri untuk melakukan sesuatu yang besar.
Mempunyai seseorang yang percaya pada kita pada saat tersebut merupakan sesuatu yang cukup berharga. Sebenarnya di sebalik kejayaan besar seseorang tidak kira wanita atau lelaki adalah insan lain yang percaya pada dirinya.
Memberi galakan
"Anda boleh buat..." " Saya tahu anda boleh..." Ini merupakan kata-kata yang terlalu kerap diucapkan. Galakan yang ikhlas boleh membantu seseorang untuk terus maju dalam apa juga yang dilakukan. Jika lebih spesifik galakan itu akan lebih baiklah hasilnya. Sebagai contoh:
"Saya ingat lagi hasil kerja keras tahun lepas, anda berjaya mengalahkan jualan orang lain. Saya yakin kali ini anda boleh melakukan lebih baik."
Memberi pengharapan tinggi
Kita selalu memberitahu orang lain agar jangan cepat mengalah. Kita galakkan mereka mempunyai harapan yang realistik. Tetapi apabila tentang membantu orang lain mencapai potensi terbaik mereka, kita kadang kala perlu meningkatkan lagi tahap harapan kita.
Ada ketikanya kita seolah tidak boleh melakukan perkara tertentu, tetapi apabila guru, ibu bapa atau kekasih terus memberi harapan tinggi kita akan lebih berusaha memenuhi cabaran tersebut.
Beritahu yang sebenar
Dan beritahu dengan penuh tulus ikhlas. Kita kerap mengelak daripada memberitahu yang sebenar kerana kita tidak mahu mengecewakan atau membuat orang mara. Kita mahu dilihat baik. Tetapi memberitahu yang sebenar merupakan satu tindakan yang menunjukkan sebenarnya kita sayang padanya.
Anda boleh berterus-terang dengannya tanpa perlu mengasaknya.
Jadi role model
Salah satu cara paling baik untuk mempengaruhi orang lain ialah melalui tindak-tanduk kita.
Jangan fikir orang lain tidak memerhatikan anda. Mereka memerhati segala-galanya secara sedar atau tidak sedar. Kita secara automatik dan tanpa disedari menjadikan diri kita sebagai role model. Oleh itu jadilah role model yang baik.
Berkongsi dengan orang lain
Selalu terlalu kerap kita hilang nilai-nilai berkongsi perasaan dengan orang lain.
Kita tidak mahu kelihatan lemah jadi simpan semuanya. Dengan berbuat demikian sebenarnya kita menyekat orang lain untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan dan sifat-sifat kemanusiaan yang kita miliki.
Apabila kita berkongsi pengalaman kita - terutama kegagalan - anda meningkatkan nilai-nilai impati, lebih mudah didekati dan meningkatkan perkaitan dengan orang lain.
Cabar mereka
Perkataan 'cabar' mempunyai konotasi negatif. Maksud yang ingin kita sampaikan di sini ialah, menguji keupayaan dalam situasi yang mendesak.
Dari semasa ke semasa kita perlu mencabar diri sendiri.
Bertanya soalan yang baik
Terapi atau jurulatih yang baik tidak memberitahu pelanggan mereka yang perlu dibuat. Sebaliknya mereka bertanya soalan-soalan yang baik bagi membolehkan mereka memahami diri mereka dengan lebih baik sekali gus dapat melihat sesuatu itu dengan lebih jelas atau membuat pilihan yang baik.
Anda juga boleh buat perkara sama. Dengan memberi soalan yang baik, anda akan mendorong orang itu berfikir dan menghasilkan penyelesaian yang baik. Mereka akan menghargai anda.
Menghargai mereka
Anda akan temui perkara yang anda cari. Jika anda mencari perkara yang terbaik dalam diri seseorang itu, maka anda akan melihatnya. Begitu juga sebaliknya jika anda mencari kelemahan pada orang itu maka anda akan temui kelemahan.
Jika seseorang itu melakukan perkara yang betul, akui dan hargai tindakan mereka. Apabila kita mengakui kebaikan orang, mereka akan cenderung untuk melakukan lebih banyak kebaikan.
Caranya tulislah nota atau hantar kad, atau hubungi dia dan puji dia di depan orang lain.
Habiskan masa dengannya
Dengan memberikan masa anda yang cukup berharga kepada individu lain, anda sebenarnya menunjukkan kepada dia bahawa anda benar-benar menghargai hubungan dengannya.

Ahad, 26 Julai 2009

proses re-programming







bila kami mendapat peluang untuk bersama sekumpulan lagi : anak2 yang mungkin tidak senasib dengan kawan2 yang tinggal di subang jaya @ bukit damansara.nasib mereka : rata2 makayah yang datang dari sistem yang mungkin tidak selari dengan kemahuan sistem pendidikan hari ini.yang tentunya tidak menyerah 100% pada guru2.dan kadang2 bilangan guru2 lebih ramai dari makayah pada setiap kali mesyuarat PIBG.
CGU2 MEMBUAT TAFSIRAN BERDASARKAN TINDAKAN YANG ZAHIR
KAMI MEMBUAT TAFSIRAN BERDASARKAN PROSES TINDAKAN.
apa yang mahu dimotivasikan pada anak2 begini
PEMBINAAN KAREKTOR dan serlahkan POTENSI mereka dari sudut yang berbeza.
akhirnya ini keputusannya.
kerana anak2 ini potensi mereka seakan2 di kaburkan oleh sistem kepercayaan yang sudah menjadi sebahagian dari sikap dan dizahirkan dalam bentuk tindakan.
KEPERCAYAAN BARU SUDAH DITANAM.
SIAPA YANG MAHU MENYUBURKAN ?
gambar seterusnya di

Jumaat, 24 Julai 2009

ini yang ditinggalkan


Jika kamu memancing ikan....setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja....kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi diamengingatimu....
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... akhirnya ia dibuang.... sedangkan jikak amu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga keakhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah,cuba membandingkannya dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabiladia beralih arah.

Khamis, 23 Julai 2009

siapa kawan kita


Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda,
"kalau mahu kenal seseorang itu maka kenallah kawan-kawannya".
Oleh itu sekiranya anda memilih kawan yang positif, bergaul dengan mereka yang berjaya, banyak berbincang tentang apa yang mahu dicapai dimasa hadapan;
pastinya ia akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan harian anda.
Pastinya anda turut terdorong untuk mencapai kejayaan dalam hidup anda pula.
Mereka yang gagal hanya akan mampu menceritakan kisah-kisah kegagalan mereka sedang mereka yang berjaya pula akan menceritakan kisah-kisah kejayaan mereka.
Untuk berjaya anda perlu berkawan dengan mereka yang berjaya juga. Belajar dari pengalaman dan pengetahuan mereka. Belajar tentang cara mereka membentuk personaliti mereka dikalangan masyarakat. Orang yang berjaya selalunya mempunyai personaliti yang mengkagumkan. Personaliti ini bukannya semula jadi sebaliknya mereka berusaha membinanya. Anda juga boleh melakukan perkara yang serupa.
DARI JINGGO
untuk melihat kita 5 tahun akan datang
lihat buku apa yg kita baca hari ini
lihat siapa yang kita temui untuk dijadikan sandaran...

BREK...kehidupan kita


APA AKAN JADI
sekiranya kita memandu dengan menekan brek ?
hasilnya : kereta tidak akan berjalan dengan kelajuan penuh kerana brek memberi rintangan.
kereta itu akan menjadi terlalu panas dan rosak akhirnya.
sekiranya tidak rosak , rintangan tersebut akan merosakkan enjinnya.
Kita mempunyai dua pilihan
Kita boleh samada menekan pemecut lebih kuat dan berisiko kerosakan
Kita boleh melepaskan brek itu untuk membuat kereta berjalan lebih laju.
INILAH PERBANDINGAN YANG BAIK KEPADA KEHIDUPAN
kerana kita bergerak melalui kehidupan dengan menekan brek emosi kita.
APAKAH BREK TU ?
itulah yang menjadi penghalang kita daripada berjaya.
Cara untuk melegakan brek emosi kita ialah membina sikap positif , harga diri yang tinggi dengan menerima
TANGUNGJAWAB.
kerana
pemikiran kita adalah punca
kita menyenai pemikiran
kita memungut tindakan
kita menyemai tindakan
kita memungut tabiat
kita mengenai tabiat
kita memungut keperibadian
kita menyemai keperibadian
kita memungut nasib
ia semua dimulai dengan pemikiran.

Rabu, 22 Julai 2009

kerana cinta kami masih bersama....


Orang bijak dan budiman sejak zaman ke zaman pernah mengatakan bahawa cinta adalah
sendi segenap keutamaan di dunia ini.
Kalau tiada cinta, nescaya nilai kemanusiaan akan hancur. Orang yang bercinta tidak pernah khianat kepada orang yang dicintainya, tidak pernah menyakiti dan tidak pernah mengecewakan.
Cinta memang perasaan yang menakjubkan. Ia ibarat sebuah barang antik, suatu benda lama yang sentiasa baru dari zaman ke zaman dalam hidup manusia.
William Shakespeare pernah berkata: "Manusia mati dari semasa ke semasa dan badan mereka dimakan ulat, tetapi bukan kerana cinta." Malah cinta itu datangnya dari mata turun ke hati, berendam dalam dada dan mengharap pemberian kepada yang satu.
"Semakin banyak engkau memuntahkan kata-kata tentang cinta, semakin sepi hatimu dan semakin engkau gilakan cinta. Tiada kisah teramat manis daripada kisah cinta. Tiada kisah teramat ngeri daripada putus cinta. Yang termanis daripada yang manis di dunia ini ialah pujian kekasih yang terlontar daripada rasa cintanya,"
demikianlah kata-kata orang bijak yang memang kita percayai dan tersemat dalam jiwa kita yang terdalam.
Namun ingat bahaya cinta: cinta monyet ialah cinta keanak-anakan, cinta palsu sekadar basa-basi atau penghormatan, . Oleh itu, 'bercintalah' dengan sepenuh hati kerana cinta sejati sajalah yang akan menghasilkan cita-cita luhur dan abadi. Cinta sejati memang tidak terungkap dengan kata-kata kerana ia menghiasi perbuatan 'pencintanya'.
"Cinta kepada harta bererti bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam, cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup, cinta kepada Tuhan ertinya takwa."
Atau renungi pula kata-kata Hamka:
"Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sedusedan. Tetapi cinta menghidupkan penghargaan, menguatkan hati dalam perjuangan, menempuh onak dan duri penghidupan.
DARI JINGGO

sentuhan cinta semakin tersengat bahkan amat diperlukan dalam konteks sekarang, memandangkan sentuhan cinta kemanusiaan semakin terhakis dengan berlakunya peristiwa-peristiwa 'mencemaskan' umat manusia seperti keganasan global, perang tanpa henti, konflik antara umat yang mengaku beragama, seolah-olah membayangkan sentuhan cinta sesama manusia telah 'tercabut' daripada jiwa terdalam manusia.
Walhal cinta itu adalah jiwa, di antara cinta sejati dengan jiwa tidak dapat dipisahkan, kerana cinta pun merdeka sebagaimana jiwa. Ia tidak membezakan di antara yang kuat dan lemah, di antara kaya dan miskin bahkan antara darjat dan bangsa. Tetapi inilah yang kita saksikan di merata dunia. Manusia membunuh, menindas demi memenuhi cinta palsu atas nama kemanusiaan, sedangkan cinta sejati sesama manusia semakin dilupakan, apatah lagi cinta sebenar terhadap Tuhan.
Manusia lupa kata-kata ahli fikir Islam, Al-Farabi bahawa cinta yang ditujukan kepada pemuasan hawa nafsu...
sebenarnya adalah cinta yang diilhamkan Tuhan untuk binatang.
Bak kata Hamka lagi: "Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji."

kita fikir dimana betulnya.....


APABILA ANDA MENGUBAH PEMIKIRAN ANDA
anda mengubah kepercayaan anda
apabila anda mengubah kepercayaan anda
anda mengubah jangkaan kita
apabila anda mengubah jangkaan anda
anda mengubah sikap anda
apabila anda mengubah sikap anda
anda mengubah tabiat anda
apabila anda mengubah tabiat anda
anda mengubah prestasi anda
apabila anda mengubah prestasi anda
ANDA MENGUBAH KEHIDUPAN ANDA.

dari jinggo untuk dikongsikan
semakin banyak buku yang hebat menulis cerita yang sama. nak berjaya dikaitkan dengan kefahaman begini
kita adalah apa yg kita fikirkan
kita adalah apa yang kita percaya.
TENTUNYA
orang paling dekat dengan kitalah yang banyak memberi kepercayaan pada kita.
saya semakin percaya kepada pendidikan awal.
untuk itu.
mulalah memberi kepercayaan yang betul pada anak2 dan persekitaran yang betul pada mereka - kerana mereka akan membuat tafsiran semua yang mereka percaya dan fikir dalam bentuk tindakan mereka.

Selasa, 21 Julai 2009

pertengkaran penting dalam hubungan


PERBEZAAN pendapat atau pertikaman lidah adalah perkara biasa dalam sesuatu perhubungan. Malah umum mengetahui bahawa perhubungan tanpa sebarang pertelingkahan biasanya
sukar untuk bertahan dan putus di tengah jalan.
Mengapa pertengkaran penting?
Ini kerana, bertengkar dapat memberi kita peluang untuk melihat pilihan sedia ada dalam apa jua situasi. Kita selalunya dikaburi dengan pendapat sendiri sehingga gagal melihat pandangan orang lain terhadap sesuatu perkara.
Jadi, bagaimana sebenarnya boleh pertengkaran dibentuk untuk menghasilkan keputusan yang lebih positif?
Hanya ada satu perkara yang boleh dilakukan.
Peraturan utama pertengkaran adalah persediaan
Sediakan peraturan sebelum memulakan apa-apa. Ingatkah anda sewaktu cinta mampu mengatasi segala-galanya? Ketika si dia lewat dua jam untuk temujanji dan anda masih mampu tersenyum apabila dia tiba. Cuba duduk dan bincang dengan pasangan mengenai peraturan-peraturan kecil pada ketika itu.
Bincangkan hal ini
"Dalam sesuatu isu (pertengkaran), bagaimana anda dan pasangan menyelesaikannya?"
Berikut adalah beberapa cadangan yang kedua-dua anda boleh mencapai kata sepakat dalam perbincangan ini.
Bertengkar hanya apabila pertengkaran itu boleh membantu anda berdua menjadi orang yang lebih baik.
Jangan sesekali serang ego
Tidak ada lelaki yang sabar dipanggil pengecut, sama seperti wanita tidak suka dilayani seperti hamba! Perjelaskan kepada pasangan sempadan itu dan pastikan dia faham.
jangan panggil pasangan dengan nama-nama hina atau mengeji.
Hanya seorang bercakap pada satu masa.

Tentukan pemenang dan yang tewas
Pastinya pertengkaran itu menjadi sempurna apabila hasilnya adalah situasi menang-menang. Tetapi, ada kes di mana keputusannya berat sebelah.Sediakan peraturan bagaimana untuk menjadi pemenang atau sebaliknya. Seperti contoh, pemenang harus menghormati pihak yang tewas.

Bersetuju mengguna orang ketiga
Hanya apabila pertengkaran sukar diselesaikan dan kedua-dua pihak tidak bersedia untuk berkompromi. Orang ketiga perlu 'ditugaskan' terlebih dahulu seperti kawan baik atau ahli keluarga terdekat.
Mana-mana pihak boleh meninggalkan pertengkaran pada bila-bila masa (tempoh bertenang).
Ini sebenarnya peraturan yang paling sukar kerana kemarahan memerlukan seluruh kekuatan yang ada hanya untuk mengawalnya.

Berlatih bertengkar
Walaupun kedengaran pelik, tapi apa salahnya.
Atur beberapa masa untuk berlatih mengendalikan pertengkaran.
Cuba gunakan permohonan tempoh bertenang, atau pihak ketiga atau tidak menyerang ego.
Ia boleh menyentuh apa jua isu, ingat, tujuannya adalah untuk berlatih peraturan-peraturan penting di atas sebelum anda dan pasangan benar-benar bersedia untuk bertengkar.


sumber utusan

nak marah pun ada skill..


Menurut Iman Ghazali - marah itu ialah nyalaan api , yang diambil dari api neraka Allah. Dan dijadikanNya sifat itu satu perasaan pada manusia. Apabila berlaku sesuatu yg menghambat api tersebut , maka api kemaharan itu akan bernyala - kerana ianya hendak menuntut sesuatu yang tidak disukai.Api itu akan naik sampai kepangkal hati dan menetap dalam lipatan hati.
Zahirnya ianya akan terserlah apabila sifat sombong yg tertanam dalam hati sesesorang itu diluahkan.Semakin banyak sifat sombong semakin terserlah sifat kemarahannya.
Menurut Iman Ghazali lagi - seseorang yang sedang marah itu urat darahnya ditarik kepada syaitan yg terkutuk.Madsudnya seseorang yang sedang marah itu sangat hampir kepada syaitan.
BILA MARAH APA YG BERUBAH
urat2 darah mendidih itu akan terserlah kepada muka seseorang.sebab itu orang yg sedang marah mata dan mukanya akan merah.darah yg panas itu juga akan mengembang , membuatkan orang yang sedang marah itu merasakan bahawa dirinya besar dan berkuasa ke atas orang yg dimarahinya.orang yang marah akan bertindak agresif bergambarkan kekuasaannya.
bagaimana kalau orang yg dimarahi itu jauh lebih hebat daripadanya - maka akan berlaku kekecutan darah pada permukaan kulitnya - dibawa ke rongga hati. maka jadilah dia orang yg bergundah gulana , yang akan menukar warna kulit kepada kekuningan pula.
KALAU ORANG ITU SETARAF
darah itu akan berbolak balik di antara kecut dan mengembang , lalu kesan pada wajahnya pula sekejap merah dan menguning dan menggeletar tubuhnya.

DARI JINGGO

sebahagian dari pergolakan hidup dikaitkan dengan marah.
suami marah isteri
gurubesar marah gurukecil
majikan marah anak buah
pemimpin kerajaaan marah peminpim pembangkang.
menurut buku BAGAIMANA MENYATASI MARAH marah itu hanya berpunca dari 2 faktor utama
TERLALU SUKA
TERLALU BENCI.
( akan dikupas dalam N3 akan datang )
tentunya dalam keperluan hari ini keperluan kita untuk tahu : bagaimana dan dimana kemarahan harus didatangkan dan dinyahkan.ianya melibatkan skill yang kita akan kongsikan.

Isnin, 20 Julai 2009

musuh kita - diri sendiri


Dalam sebuah syarikat pengankutan kargo menggunakan kereta api ada seorang pegawai, bernama Nik.
Dia sangat rajin bekerja, dan sangat bertanggung jawab, tetapi dia mempunyai satu kekurangan, iaitu dia merasakan tidak mempunyai harapan apapun terhadap kehidupannya, dia melihat dunia ini dengan pandangan tanpa harapan langsung.
Pada suatu hari semua kawan-kawan sekerjanya bergegas untuk merayakan hari ulang tahun kelahiran bos mereka, semuanya pergi dengan cepat dan tergesa-gesa.

Dengan tidak sengaja Nik yang sedang bekerja terkunci di sebuah bilik sejuk kontena pengangkutan ais yang belum sempat dibetulkan.
Nik berteriak, memukul pintu dengan kuat sambil meminta tolong, semua rakannya sudah pergi merayakan ulang tahun kelahiran bosnya, maka tidak ada yang mendengarnya.
Tangannya sudah merah dan bengkak2 memukul pintu itu, suaranya sudah serak akibat berteriak terus, tetapi tetap tidak ada orang yang mempedulikannya, akhirnya dia duduk di dalam sambil menghelakan nafasyang panjang.
Semakin dia berfikir semakin dia merasa takut, dalam hatinya berkata..
dalam kontena sejuk pengangkut ais suhunya pasti di bawah 0 darjah, kalau dia tidak segera keluar dari situ, pasti akan mati kesejukan.
Dia terpaksa dengan tangan yang gementar,
mencari secarik kertas dan sebuah pen,
menuliskan surat wasiatnya.
Keesokkan harinya, semua petugas pun datang bekerja. Apabila mereka membuka pintu bilik sejuk dalam kontena pengangkut ais tersebut, mereka sangat terkejut menemui Nik yang terbaring di dalam. Mereka segera menghantarkan Nik untuk ditolong,
tetapi dia sudah tidak bernyawa lagi.
Tetapi yang paling mereka terkejut adalah, bekalan elektrik ke bilik sejuk untuk menghidupkan mesin itu tidak dibuka, dalam bilik kontena yang besar itu cukup oksigen di dalamnya, yang paling mereka hairankan adalah suhu dalam bilik itu 28 darjah C saja,
Tetapi Nik mati"kesejukan"!

Pengajaran Cerita Ini

Nik bukanlah mati kerana suhu dalam kontena terlalu rendah, dia mati kerana ada titik ais di dalam hatinya. Dia sudah menghakim dirinya dengan hukuman mati,
Bagaimana dapat hidup terus?
Percaya pada diri sendiri adalah sebuah perasaan hati. Orang yang mempunyai rasa percayakan diri tidak akan terus putus asa, dia tidak akan terus berubah sedih terhadap keadaan hidupnya yang jalan kurang lancar dan berjaya.
Tanyalah pada diri kita sendiri, apakah kita sendiri sering terus memutuskan bahawa kita tidak mampu untuk mengerjakan suatu hal, sehingga kita kehilangan banyak kesempatan untuk berjaya?
Yang mempengaruhi semangat kita bukanlah faktor-faktor dari luar,
melainkan dalam hati kita sendiri.

Sebelum berusaha sudah dikalahkan oleh diri kita sendiri, biarpun ada banyak bantuan yang dituju pada diri kita ia tetap tidak akan membantu jika kita berkeadaan begitu.

kalau macam tu...


WANITA kebiasaannya akan menghabiskan masa hampir setahun daripada kehidupan mereka untuk membuat keputusan dalam memilih pakaian.
Kajian mendapati memilih pakaian untuk bekerja, keluar makan malam, berjalan-jalan, bersenam dan sebagainya akan membabitkan masa sehingga 287 hari untuk wanita berada di hadapan almari pakaian mereka.
Masa paling banyak dihabiskan ialah ketika memilih pakaian untuk menghadiri majlis sosial pada malam Sabtu atau minggu dan juga memilih pakaian bercuti.
Pakar mendapati secara purata wanita akan menghabiskan sebanyak 16 minit setiap hari biasa untuk membuat keputusan memilih pakaian dan 14 minit ketika hari pagi Sabtu atau Ahad.

CERITA JINGGO
perempuan dan pakaian
lelaki dan batang pancing
( bukan semua )
MUNGKIN
macam tu agaknya.
kita banyak menhabiskan banyak masa disitu.
perempuan tak suka lelaki yang sibuk dengan btg pancing
lelaki tak suka perempuan menhabiskan masa dicermin.
kerana sudah seakan menjadi fitrah kita barangkali
kita bersangka baik sahaja diakhirnya.
yang pastinya dihujungnya.
memilih pakaian jangan sampai nampak ' tidak ' berpakaian
memilih batang kail jangan sampai hari2 makan sardin tin....

Pengeluar pakaian Matalan menjalankan kajian ke atas 2,491 wanita dan memilih wanita berumur dari 16 hingga 60 tahun sebagai sampel kajian.

Ahad, 19 Julai 2009

Kem Kesedaran Alam Sekitar MBPJ 2009

kita belajar lagi


dua buah sekolah datang dari sistem yang sama
guru2 yang sama latar
yang membezakan mungkin kepercayaan masing2
sekelompok pelajar percaya mereka anak melayu yang masih ada bantuan.
sekelompok pelajar percaya - mereka kena berjuang kerana mereka tidak istemewa..
hasilnya
membesarlah kedua kelompok pelajar dengan sistem kepercayaan itu
yang dibantu terus dibantu
yang tak dibantu semakin sedar diri.
hari ini
MEREKA DIBANTU LAGI - PERCUMA
kem kesedaran alam sekitar
MAJLIS PERBANDARAN PELATALING JAYA dgn kerjasama ECOKID.
hasilnya amat ketara.
yang dibantu masih mengharapkan bantuan.kami akan dibantu percayalah....
tak payah susah !
yang tak dibantu mencari ruang untuk naik ke atas...tidak ada siapa yang boleh bantu kami selain diri kami sendiri.
hasilnya lagi
kelompok mana peserta terbaik
kelompok mana peserta paling komited + sporting.
kelompok yang dpt bantuan.
KAMI AKAN DIBANTU LAGI.

Khamis, 16 Julai 2009

bila nak selesai...

kalau orang kerajaan buat betul
orang bukan kerajaan kata betul
orang bukan kerajaan buat betul
orang kerajaan kata tak betul
DAN LAGI
orang kerajaan buat salah
( walaupun terang2 buat salah )
tetap betul dimata kerajaan
orang bukan kerajaan pun sama.
KENAPA
sebab mereka ada kerjaya lain
KITA KONGSIKAN CERITA INI.
terdapat seorang pemburu yang membeli seekor anjing buruan , satu2 dari jenis anjing yang boleh berjalan atas air.pada satu hari pemburu itu ingin menunjukkan kebolehan anjingnya kepada rakan2nya. dia menjemput rakan2nya memburu itik , setelah beberapa ketika dia telah menempak beberapa ekor itik dan mengarahkan anjingnya untuk berlari di dalam sungai dan mengambil itik. sepanjang hari , anjing itu berulang alik berlari dan mengambil itik tersebut.
pemburu itu mengharap komen @ pujian terhadap anjing yang menkagumkan ini.
semasa berjalan pulang : dia bertanya rakannya sekiranya ada sebarang kelainan pada anjingnya.rakannya menjawab.
YA SEBENARNYA SAYA ADA MEMERHATIKAN SESUATU YANG LUAR BIASA -
ANJING AWAK TIDAK BOLEH BERENANG.

DARI JINGGO

sesetengah orang sentiasa melihat pada aspek yang negetif.
mereka tidak gembira apabila tidak ada masalah untuk diperkatakan
selalu mematikan lampu untuk melihat bagaimana gelapnya keadaan
selalu mencari keretakan pada cermin kehidupan.
tidak nampak kuih donat - hanya lubangnya.
percaya bahawa matahari bersinar hanya untuk menhasilkan bayang..

ITULAH ORANG YANG ADA DISEKITAR KITA.

La Tahzan

'Bingkisan Doa.' Ya Allah
Seandainya telah engkau catatkan
Dia milikku tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagian antara kami
agar kemesraan itu abadi.
Dan ya Allah
ya tuhanku yang maha mengasihi...
Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi
Tetapi ya Allah
Seandainya telah engkau takdirkan.
dia bukan miliku.
Bawalah ia jauh dari pandanganku.
ia dari ingatanku.
Dan peliharalah aku dari kekecewaan.
Serta ya Allah ya tuhanku yang maha mengerti
Berikanlah aku kekuatan. Melontar bayangannya jauh ke dada langit.
Hilang bersama senja nan merah.agarku bisa bahagia.
Walaupun tanpa bersama dengannya
Dan ya Allah yang tercinta.
Gantillah yang telah hilang.
kembali yang telah patah.
Walaupun tidak sama dengan dirinya.
Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan.
Adalah yang terbaik buat ku.
kerana engkau maha mengetahui.
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini.
Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku.
Di dunia dan di akhirat..
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini.
Jangan engkau biarkan aku sendirian.
Di dunia ini mahupun di akhirat
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran.
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman. Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup.
Ke jalan yang Engkau redhai.
dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....
Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .
Eco Kid Adventure on Facebook