Rabu, 26 Januari 2011

nak kerja ataupun berhenti

DUNIA pekerjaan memberi pengaruh yang
cukup terkesan dalam kehidupan. Apa tidaknya satu pertiga
daripada kehidupan seharian diluangkan di tempat kerja.
Keadaan ini, jika bijak dikawal akan meningkatkan produktiviti
dan motivasi kepada seseorang, tetapi jika sebaliknya akan
memberi impak negatif kepada diri sendiri.
Pakar Psikiatris di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),
Dr. Muhammad Muhsin Ahmad Zahari menjelaskan,
tekanan sebenar yang dihadapi di tempat kerja
merupakan tindak balas fizikal, emosi dan juga
mental seseorang terhadap sebarang perubahan
atau tuntutan kerja.
'Banyak implikasi negatif berlaku apabila
seseorang tidak dapat mengawal tekanan kerjanya.
Panas baran, murung, gelisah, kelesuan, resah,
ketakutan dan hilang tumpuan adalah antara kesannya.
Dalam laporan yang dikeluarkan oleh
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,
tekanan di pejabat dilabel sebagai 'Penyakit' abad ke-20
dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga
melaporkan bahawa tekanan ialah Epidemik Dunia.
Malah WHO juga menjangkakan bahawa tekanan
di tempat kerja merupakan salah satu faktor yang
menyumbang kepada semua lima penyakit utama
di dunia iaitu penyakit jantung, kemurungan melampau,
kemalangan jalan raya, strok dan
penyakit paru-paru yang kronik menjelang tahun 2020.
Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan
(1996) menunjukkan kadar prevalen kemurungan
ialah pada 11 peratus, kejadian bunuh diri yang
tinggi iaitu 2,000 orang setahun dengan purata
7 orang sehari dan 13.7 peratus remaja Malaysia
khususnya pelajar menghadapi masalah
kesihatan berkaitan mental.
DARI JINGGO
satu lagi cerita yang tidak
menarik tapi menarik untuk dikongsikan
TEKAKAN DI TEMPAT KERJA
kenapa tertekan.
dari beban persekitaran
dari beban arahan
dari beban kerja
semua adalah
BEBAN
apa pilihan kita
terus bekerja dan diam
mencari jalan penyelesaian
berhenti kerja
MANA YANG PRAKTIKAL.
mari kita fikirkan.

Isnin, 24 Januari 2011

virus kehidupan....

cerita cabut lalang
MULANYA BEGINI
kita kirakan lalang bukan
tumbuhan yang kita mahu
ada dihalaman kita.
BAGAIMANA MAHU
SELESAIKAN
kita ada 3 pilihan
tebas
kita tebas lalang itu.
sehari dua mungkin kita nampak
macam selesai.seterusnya lalang
akan tumbuh kembali
racun
pilihan seterusnya
lebih mudah.
selesai cerita
laman kita sudah tidak ada lalang
tapi akarnya tidak mati
lama kelamaan lalang akan
tumbuh kembali
cabut
sakit tangan
mungkin ada kesan pada fizikal lain
tidak mudah.lambat
tapi semua akan selesai
MORALNYA
kadang2 begitulah kita
kita mahu menyelesaikan
cerita lalang.
virus kehidupan yang tentunya
kita tak dapat elak.
untuk itu
cabut lalang bermakna
satu rumpun lalang kita
selesaikan.puncanya kita
cabut.maka seterusnya
begitulah.
kenalpasti punca
cabut.sakit tapi selesai
YANG PASTI
seekor ulat beluncas bertarung
untuk keluar kepompong untuk
menjadi seekor rama2 yang cantik.

Ahad, 23 Januari 2011

cerita jinggo

mungkin ini satu catatan
CERITA JINGGO
yang amat peribadi yang mahu dikongsikan
kita ambil cerita ini sebagai satu
LAGI CERITA KEHIDUPAN
KITA YANG KADANG2
kita diajar
kita belajar
setelah naik turun mahkamah syariah
11.1.2011
semua sudah saya kirakan selesai
cerita baru harus dimulakan.
tidak ada sesiapa yang mahu
DIKATAKAN BETUL
DIKATAKAN SALAH
yang kita boleh belajar
setelah berlaku sesuatu yang mungkin
KEHILANGAN INI MEMBERI
KESAN YANG TERLALU BURUK
lebib buruk bila tidak ada
kerjasama diantara keduanya.
semuanya tidak sempurna.
KEMURUNGAN
ini mungkin cerita seterusnya.
satu keadaan yang tidak keharuan.
( hanya yang tahu sahaja yang tahu )
SAYA MULA BELAJAR
BEBERAPA TINDAKAN.
istilah2 yg selalu dikeluarkan
kita adalah apa yang kita fikirkan.
kita adalah apa yang kita percaya
cerita mencabut lalang.
SAYA PRAKTISKAN SATU TEORI
mencabut lalang.
untuk mendamaikan kemurungan seketika
saya singgir beberapa pemasalahan
yang ' mungkin ' datang.
saya mula memilih kawan2 yang senada dalam
membuat penafsiran.sedayanya saya cuba
untuk berada dalam kelompok orang2 yang
mahu menyatakan
AKU MENANG - KAU KALAH.
( saya kehilangan beberapa orang kawan untuk itu )
dan seterusnya begitulah
mengawal emosi dan kemurungan semasa
sedangkan hidup semasa harus diteruskan.
AKHIRNYA
11.1.2011
MARI KITA MENCARI
MAKNA SETERUSNYA DALAM HIDUP
berdasarkan pandangan seorang ahlifikir
BERGERAKLAH
KERANA DIAM ITU ERTINYA MATI.

Sabtu, 22 Januari 2011

sapa menang

KUALA LUMPUR: Tiada peraturan mengatakan siswi institusi
pengajian tinggi awam (IPTA) tidak boleh
berkahwin ketika belajar,
kata Menteri Pengajian Tinggi,
Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin.
Menurutnya, mereka boleh berfikir dengan bijak dalam
menentukan masa depan, termasuk mengenai perkahwinan
kerana ia bukan boleh dibuat suka-suka,
malah perkara yang dibawa sampai mati.
“Siswi bukan budak sekolah lagi, malah dia boleh fikir sendiri,
mana satu lebih penting. Kahwin bukan perkara suka-suka.
DARI JINGGO
cinta kahwin dan seterusnya
ini satu lagi cerita yg mungkin
tidak menarik dari sistem sosial kita
berkahwin tidak atas landasan yg kukuh.
KENAPA KAHWIN MUDA
alasan mungkin sama
untuk mengelak maksiat
untuk mengelak fitnah
ADAKAH SEGALANYA SELESAI
sekadar berpandangan
KEHIDUPAN RUMAHTANGGA
ini adalah satu perjudian yang kita
kadang2 kita pasti
menang - kalahnya
untuk menang dalam perjudian ini
carilah ciri2 pasangan yang dicirikan sebagai
seorang pasangan yang menang.
BAGAIMANA
hukum agama
hukum budaya
sudah meletakkan ciri2 nya.
CARI LAH ORANG
YANG MAMPU MENJADIKAN
KITA MENANG - MENANG.

Rabu, 19 Januari 2011

kisah alam pada kita

Suatu ketika seorang pencari batu berjalan
di gunung yang sangat gersang dan melihat
selonggok batu dengan warna coklat kusam yang
telah diselimuti oleh lumut dan nampak
luarnya relatif lapuk.
Kemudian dengan sekuat tenaga pencari
batu itu mengayunkan
godamnya mengenai batu hingga mendapatkan
bongkah batu sebesar kepala,
dan mula terlihat warna asli dari batu tersebut
adalah putih.Dibawanya batu itu ke rumahnya,
dipotongnya dengan menggunakan alat pemotong batu,
hingga percikan api hasil gesekan
dengan batu itu sesekali terlihat.
Dihaluskan permukaannya yang kasar
dari batu tersebut dan digosok.
Siang dan malam, ia berusaha membuat
sebentuk batu penghias cincin,
dari warna batu yang putih dan kasar,
berangsur-angsur menjadi putih, mengkilap dan licin.
Pencari batu tersebut tahu betul kesempurnaan
bentuk sebuah batu penghias cincin,
akhirnya terciptalah
sebuah batu yang bernilai.
Pengajaran Cerita Ini
Sebenarnya alam memberikan berbagai
pelajaran buat kita.
Kita adalah sebongkah batu, kondisi lapuk,
berlumut dan rapuh adalah keadaan kita yang
tidak mampu melawan cubaan.
Pukulan penukul, gesekan alat pengilat,
percikan api adalah gambaran dari cabaran yang
datang untuk menempa kita.
Kadang kita menolak cabaran
yang datang, tetapi sebenarnya
cubaan tersebut
adalah dari tuhan untuk membentuk
kepribadian kita sehingga kita
boleh dilihat bersinar.
Sekarang mari kita fikirkan, dimanakah posisi kita?
Apakah kita seketul batu yang tidak berharga?
Ataukah kita seketul batu yang sedang
mengalami proses menjadi sebuah batu penghias
cincin yang memiliki nilai yang mahal?

Ahad, 16 Januari 2011

kisah tempayan..

Seorang tukang air di India memiliki dua tempayan besar;
masing-masing bergantung pada kedua hujung sebuah pikulan,
yang dibawanya menyilang pada bahunya.
Salah satu dari tempayan itu retak, sedangkan
tempayan yang satu lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak
itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang
dari mata air ke rumah majikannya, tempayan retak itu
hanya dapat membawa air setengah penuh.
Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari.
tukang air hanya dapat
membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya.
Tentu saja si tempayan yang tidak retak merasa bangga
akan prestasinya, kerana dapat menunaikan
tugasnya dengan sempurna.
Namun si tempayan retak yang malang itu
malu sekali akan ketidaksempurnaannya dan
merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan
setengah dari paras yang seharusnya dapat diberikannya.
Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini,
tempayan retak itu berkata kepada si tukang air,
"Saya sungguh malu pada diri saya sendiri,
dan saya ingin mohon maaf kepadamu."
"Kenapa?" tanya si tukang air.
"Kenapa kamu merasa malu?"
"Saya hanya mampu, selama dua tahun ini,
membawa setengah paras air dari yang
seharusnya dapat saya
bawa kerana adanya retakan pada
sisi saya telah membuat air
yang saya bawa bocor sepanjang
jalan menuju rumah majikan kita.
Kerana cacatku itu, saya telah membuatmu rugi,"
kata tempayan itu.
Si tukang air merasa kasihan pada si tempayan retak,
dan dalam belas kasihannya, ia berkata,
"Jika kita kembali ke rumah majikan besok,
aku ingin kamu memperhatikan bunga-bunga
indah di sepanjang jalan."
Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak
memperhatikan dan baru menyedari bahawa ada
-bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itu
membuatnya sedikit terhibur.
Namun pada akhir perjalanan, ia kembali sedih
kerana separuh air yang dibawanya telah bocor,
dan kembali tempayan retak itu meminta maaf pada
si tukang air atas kegagalannya.
Si tukang air berkata kepada tempayan itu,
Apakah kamu memperhatikan adanya bunga-bunga
di sepanjang jalan di sisimu tapi tidak ada bunga
di sepanjang jalan di sisi tempayan yang
lain yang tidak retak itu?
Itu kerana aku selalu menyedari akan
cacatmu dan aku memanfaatkannya.
Aku telah menanam benih-benih bunga
di sepanjang jalan di sisimu,
dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air,
kamu mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun
aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk
menghias meja majikan kita.
Tanpa kamu sebagaimana kamu ada,
majikan kita tak akan dapat menghias
rumahnya seindah sekarang."

Pengajaran:

Setiap dari kita memiliki cacat dan kekurangan kita sendiri.
Kita semua adalah tempayan retak. Tuhan maha bijaksana,
tak ada yang terbuang percuma. Jangan takut akan kekuranganmu.
Kenalilah kelemahanmu dan Ketahuilah
di dalam kelemahan kita, kita menemukan kekuatan kita.

Rabu, 12 Januari 2011

3P.................

kita kongsikan begini.
DALAM HUBUNGAN SESAMA.
manusia memerlukan
3 P
penerimaan.
ini dikaitkan dengan fitrah manusia itu sendiri
sentiasa mahu dianggap betul dan penting.
kita mahu diterima dalam sistem sosial kita
selalunya kita melihat kenapa penagih dadah akan
kembali menagih.ini dikaitkan soal penerimaan.
semua kita mahu diterima.
idea dan pandangan
suara dan cerita kita
persetujuan
semua manusia mahu betul
dalam semua hal.
kita berbeza.
nilai dan kepercayaan.
ini semua menjadikan pandangan kita juga berbeza
kita sentiasa mahu dipersetujui.
penghargaan
fitrah manusia.
mahu dianggap betul dan penting.
dan suka dipuji dan dihargai.
ini dikaitkan dengan ' kemenangan emosi '
DARI JINGGO
satu lagi seni dalam hubungan sosial
kita sesama.kadang2 : seni 2 begini
kita abaikan dalam kehidupan sosial bersama.
kita kongsikan dari buku
MENCARI MAKNA HIDUP
tulisan parlindungan marpaung.

Jumaat, 7 Januari 2011

kita belajar dan diajar

kegagalan bukan satu kejadian
yang mendatangkan bala bencana.
KITA TIDAK GAGAL MENDADAK
kegagalan adalah hasil daripada tidak dapat
mengelak himpunan pemikiran yang pilihan yang kurang tepat.
MUDAHNYA ADALAH
kegagalan adalah himpunan daripada
beberapa kesilapan dalam pertimbangan yang dibuat seharian.
BAGAIMANA IANYA BERLAKU
himpunan bermaksud kesilapan yang berulang2
kenapa begitu
ini dikaitkan dengan sikap tidak kisah
dengan kesilapan dan pertimbangan
KITA TIDAK GAGAL SECARA MENDADAK.
kesan buruk dari kegagalan tidak ketara
dalam jangkamasa pendik seakan tidak ada apa2.

KITA MENERUSKAN KESILAPAN
kegagalan tidak menjerit
tanda amaran
DARI JINGGO
kejayaan dan kegagalan
membabitkan kesan pada masa depan
dan amat diyakini apa yang berlaku dalam
hidup ini adalah satu proses yang
BERANSUR2.
kita yang menjadikan hidup kita
dihujungnya bagaimana.
UNTUK ITU
marilah kita

KISAHKAN KESILAPAN2
kecil yang mungkin ' tidak akan menjerit '
sebagai tanda amaran.

Rabu, 5 Januari 2011

jinggo blog dan FB


politik alam maya
ada macam2 dah berlaku disini
MACAM2 DISINI
ada yg bertaut kasih disini
ada yang berpisah kasih disini
ada yang kena saman berjuta
ada yang kena sumpah seranah disini
DUNIA POLITIK MAYA
ini adalah media hari ini
media orang politik
media orang berniaga
media orang kademik
media orang bercinta
SEMUA DISINI.
dari jinggo
secara praktikalnya ini media hari ini
kita akan jauh kebelakang bila kita menidakkan
perubahan sistem media ini.
sebagai peminat bidang pembanggunan insan
ini merupakan media terbaik untuk
saya dan mungkin rakan2 lain
MENCANAI MINAT SETERUSNYA.
2011 - mungkin ini azam
ingin menjadikan ruang ini lebih
bermakna berasaskan objektif
CERITA JINGGO
berkongsi.
dari buku yang dibaca
dari media yang diselak
dari cerita persekitaran yang dikutip.
kita kongsikan.

Isnin, 3 Januari 2011

masa kepada kita...

Bagi mengetahui nilai setahun.tanyalah
kepada pelapar yang gagal dalam ujian akhir tahun
bagi mengetahui nilai satu bulan - tanyalah
kepada ibu yang melahirkan anak tidak cukup bulan
bagi mengetahui nilai satu minggu tanyalah
kepada editor sebuah Majallah Mingguan
bagi mengetahui nilai satu hari
kepada buruh yang mempunyai enam anak.
bagi mengetahui nilai satu minit tanyalah
kepada kekasih yang sedang menunggu
bagi mengetahui nilai satu saat tanyalah
kepada yang terselamat dalam kemalangan.
bagi mengetahui nilai satu millisaat tanyalah
kepada pemenang pingat perak dalam sukan olimpik
.
DARI JINGGO
satu lagi skill hidup yang semakin diabaikan
pengurusan masa.
tidak ramai diantara kita yang tahu
ORANG YANG LAMBAT
dalam bahasa kod peribadiannya
adalah orang yang mementingkan
diri sendiri.
untuk itu.
ORANG HEBAT
selalu bijak mengendalikan masanya.

Sabtu, 1 Januari 2011

konsep hemofilli...


ada praktikalnya sebuah buku
SENI BUAL
dimana2 fitrah manusia mahu :
ceritanya didengar
pandangannya didengar
nilainya di ' ya ' kan
minatnya disertai.
MANUSIA SEMUANYA
BERPUSAT PADA DIRI SENDIRI.
seterusnya dari buku yang sama.
bagaimana untuk membina pengaruh
( terutamanya kita sebagai pendidikan )
TERPENGARUHNYA
MANUSIA BERASASKAN
diri sendiri
komunikasi
penampilan
etika
hemofilli
sejauhmana kemahuan untuk
menyamaratakan nilai dan minat
kekerapan
DARI JINGGO
saya sudah lama menjadikan minat
menonton filem tamil sebagai satu
dari proses untuk tahu.
ini dikaitkan dengan
HEMOFILLI
yang terbaru.
robot - rajinikant.
dikatakan sebuah filem yang mana
rajini mendappat bayaran tertinggi.
dan tertanya semua dari filem ini terbaik
SETIDAK2
rakan2 dari kelompok berbangsa india
tahu yang saya tahu
beberapa minat dan nilai.

cerita 2010

2010 sudah meninggalkan
PENGALAMAN
KENANGAN
semua yg berlaku sudah pun berlaku
samada kita
MEMILIH
TIDAK MEMILIH
SUKA
DUKA
JATUH
BANGUN
pada apa juga keadaan dan cerita
kita ada 2 pilihan
menjadikan itu
pengalaman atau kenangan
apa bezanya diantara keduanya
pengalaman
kita memulakan semua cerita gagal
berasaskan kepada sempadan
kegagalan yang diberikan.
kenangan
kita gagal
seterusnya berhenti untuk meneruskan.
CERITA JINGGO
2010
tahun yang amat bermakna
sebagai aktivitivis sosial
2010
macam ada yang semakin sempurna
dalam hubungan yang sedikit tercalar.
2011
landasan sudah disediakan
jalannya harus kedepan
berasaskan komitmen yang ada
APA YANG PENTING
2011
semuga kehidupan ini lebih bermakna.
Eco Kid Adventure on Facebook