Sabtu, 31 Oktober 2009

INI YANG KAMI MAHUKAN...



kita perlu untuk menerima tangungjawab bagi tingkah laku
dantindakan kita dan pisahkan diri kita dari memberi alasan.
KITA BERTANGUNGJAWAB
terhadap diri sendiri dan persekitaran
tangungjawab bertumpu pada orang yang sanggup memikulnya.
dikatakan
seseorang yang tidak sanggup menerima tangungjawab tidak akan lari
terlepas dari menerimanya.
DARI JINGGO
saya menunai satu lagi tangungjawab yang diberikan
yang pastinya ini merupakan satu kepercayaan yang cukup besar bila
diberikan kepercayaan seterusnya bersama sekumpulan pelajar dari SMK KIARAMAS - yang ratanya datang atas kapasti - aktiviti selepas habis PMR.
kepada pelajar
KAMI NAK REHAT
KAMI TAK MAHU LAGI CERITA2 MOTIVASI.
kalau itu yang kalian mahukan
tapi itu bukan yang kami mahukan.
sebagai pendidik kami ada tangungjawab lain.
DAN PROSES PENDIDIKAN TIDAK AKAN BERHENTI.
dan seterusnya terima kasih kepada kalian.
kerana memberi tangungjawab
dan kami menerima tangungjawab
HASILNYA LUMAYAN
Kem Pembinaan Karektor @ Sasiah Diri berjalan atas nama
TANGUNGJAWAB.

Jumaat, 30 Oktober 2009

jiwa tak kacau

APA AKAN JADI
sekiranya kita memandu dengan menekan brek ?
hasilnya : kereta tidak akan berjalan dengan
kelajuan penuhkerana brek memberi rintangan.
kereta itu akan menjadi terlalu panas dan rosak akhirnya.
sekiranya tidak rosak , rintangan tersebut akan merosakkan enjinnya.

Kita mempunyai dua pilihan
Kita boleh samada menekan pemecut lebih kuat dan berisiko kerosakan
Kita boleh melepaskan brek itu untuk membuat kereta berjalan lebih laju.
INILAH PERBANDINGAN YANG BAIK KEPADA KEHIDUPAN
kerana kita bergerak melalui kehidupan dengan menekan brek emosi kita.
APAKAH BREK TU ?
itulah yang menjadi penghalang kita daripada berjaya.
Cara untuk melegakan brek emosi kita ialah membina sikap positif ,
harga diri yang tinggi dengan menerima
TANGUNGJAWAB.
kerana
pemikiran kita adalah punca
kita menyenai pemikiran
kita memungut tindakan
kita menyemai tindakan
kita memungut tabiat
kita mengenai tabiat
kita memungut keperibadian
kita menyemai keperibadian
kita memungut nasib
ia semua dimulai dengan pemikiran.

Khamis, 29 Oktober 2009

jiwa kacau.............

Wahai tuhan yang membolak balikkan hati
tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu
kejapkanlah pijakanku atas jalan-Mu
kerana ku tahu
Engkaulah pemilik hati yang hakiki
tak mungkin ia berubah melainkan dengan izinMu

tak mungkin ia berganjak melainkan dengan kehendakMu
dan tak mungkin berpaling melainkan dengan 'kun fayakun'
sebagai hamba yang daif aku ridha,
sedar dan insaf atas setiap apa yang telah Engkau suratkan buatku
hikmahMu ada dalam tiada
dapat dirasa dalam sengsara
dapat dikecap manisnya rasa
walau tidak pasti arah tujuannya

Aku redha dan pasrah dengan ketentuanMu
Wahai Tuhanku...

jangan lah ego sangat

dimana2 dan apa kuasa kita dari nak mengelak dari orang yg ego.
kadang kita kesian.
APA YANG KITA BOLEH BANTU.
hanya sekadar renungan kepada seorang yang berpenyakit ini.
ini ciri2 orang orang ego
PENTINGKAN DIRI SENDIRI
dalam fikirannya tidak terlintas keinginan untuk bertanya mengenai tindakannya.
perasaan orang lain jauh dari mahu dipertikaikan
kalau bercinta
semua keputusan dia yang buat.
BANGGA DIRI
hidupnya hanya berkisar pada aku.aku dan aku.
' masuk bakul angkat diri sendiri '
TIDAK BERTERIMA KASIH
usah harap.
bantuan daripada orang lain adalah - kewajiban untuk membantu nya
jangan harap dia akan menhargai.
dia tidak pernah sedar orang lain bersusah payah untuk nya.
TIDAK PERNAH BERKATA MAAF
maaf adalah kata2 ' emas ' mahu dikeluarkan
orang macam ni mahu menutup kelemahan diri dari pengetahuan orang lain
kalau terbongkar pun
dia akan bertegang urat mempertahan.
dan mengeluarkan fakta @ teori untuk mempertahan diri.
MAHU ORANG IKUT CAKAPNYA
katanya ada pemutus
pantang orang bantah.
aku terbaik untuk buat keputusan
PANTANG DICABAR
sanggup melakukan apa sahaja untuk menyatakan aku betul.
BAGAIMANA KALAU ITU PASANGAN KITA
KITA TAK DAPAT ELAK.
berterus terang
jumpa dan luahkan.sikap kita berdiam diri akan memakankan diri.
diam bermakna dia beranggapan kita ' terima ' dia.
gunakan orang tengah
gunakan kalau rapat dengannya untuk ' bercakap '.
nasihatkan dia
walaupun terpaksa merintih.
ikut rentaknya
KITA SAMA2 EGO - BARU BERTEMU BUKU DAN RUAS
nekad - tinggalkan
mungkin ini yang terbaik.
DARI JINGGO
kesannya amat buruk dalam hubungan sosial
disisih oleh kawan
sukar dapat pasangan
tidak pernah belajar dari kesilapan
sering menjadi bahan umpatan.
mudah kecewa.
DI HARAPKAN ORANG BEGINI BUKAN KITA.

Rabu, 28 Oktober 2009

kalau dibaca - fahamlah ana............

esok sudah 11 tahun ana membesar menjadi orang yang kadang2 kita
tidak tahu dimana perancanganNYa.
11 tahun abi tengok ana membesar
dari jalan jatuh dan bangun
sehingga 11 tahun
SUDAH JADI PEREMPUAN
sebagai anak remaja
ana tidak ada apa ' istemewanya ' dibanding remaja lain.
INI SEKADAR LUAHAN YANG TIDAK DIZAHIRKAN DENGAN KATA2.
mana2 ayah dalam dunia
hanya yang tidak waras sahaja mengenepi kebajikan untuk melihat anak2
menjadi ' orang' sebagaimana yang sepatutnya
abi - tidak ada lainnya dari itu.
seluruh perhatian abi untuk melihat ana membesar dengan asas kehidupan yang kuat.
nasib mungkin kadang2 tidak menyembelahi kita
dikala 11 tahun ana sudah boleh menilai.
ANA SEDIHLAH ABI.
apa nak disedihkan.
hidup kita tidak mungkin berhenti dengan kesedihan.
dunia dan paksi nya tidak mungkin akan berhenti walaupun sesaat.
mungkin ini terbaik untuk kita.
HARAPAN ABI
sudah 11 tahun ana melihat dunia dan hidup dalam lingkungan abi.
memang kadang2 ada satu dua perkara yang abi tersasar dimana2.
tapi tidak untuk hari ini.
komitmen abi untuk melihat ana membesar
sebagai wanita solehah
dimana asasnya sudah abi sediakan
DALAM USIA YANG BEGINI.
fahamilah nasib kita kadang sukar dihitung.
berikan perhatian 100 % pada komitmen abi
berikan perhatian 100 % pada keinginan abi
abi menyerah jiwa untuk melihat ana berada dipaksi yang betul
HARI INI.
membesarlah ana.
ana hanya ada satu sahaja.
usah dipertikaikan itu dan ini yang mungkin tidak sempurna.
sempurnakan keinginan abi

carta sikap

apakah kita mudah mempercayai orang lain @ tidak
adakah perkahwinan @ perhubungan kita dengan orang lain bersandarkan kepercayaan.
asas pada semua hubungan yang harmonis adalah kepercayaan
PEPATAH PERNAH BERKATA
anda mungkin tertipu jika terlalu menaruh kepercayaan kepada orang
tetapi anda sengsara jika anda tidak cukup mempercayai orang.
APAKAH KEPERCAYAAN
adalah kemampuan untuk melibatkan diri kita sendiri dalam menjalin perhubungan
percaya memupuk kemampuan kita untuk memerlukan dan untuk bergantung kepadanya , yang membolehkan kita berkembang dan mengembangkan hubungan.
KESAN DARI KEPERCAYAAN
kemuncak kepada kepercayaan adalah : dimana kita berkongsi perasaan dan buah fikiran dengannya dan kita yakin ia tidak akan menceritakan pada orang lain.
KENAPA TIDAK PERCAYA
kita mungkin ada seorang yang boleh dipercayai tapi sejauh manakah
kita mempercayai orang lain.
apakah sebab mengapa orang tidak begitu mempercayai @ tidak mudah mempercayai.
keadaan ini dikaitkan dengan apa yang dinamakan sebagai
CARTA SIKAP
sesuatu yang menyentap emosi sehinggakan kita meletakkan label.
bila sesuatu yang dikaitkan dengan ' cerita lama ' kita sudah ada label.
maka begitulah seterus.
MACAM JINGGO
ayah seorang amat2 brutal.masa kecil pernah kena godam setengah mati.
jadi sampai sekarang.keluar aja nama ' hj bakaq ' . kat phone
nak angkat fikir dua kali.
tembok sudah dibina
SETERUSNYA
dalam apa2 kejadian.perpisahan.penceraian.penderaan emosi.
semuanya akan membentuk ' carta sikap '.
DARI JINGGO
fitrah kita manusia hidup bersama suara2 kecil yang kita tidak ada kemampuan untuk mengawal dari berbisik.
berkongsi pengalaman dan kenangan.
suara kecil baik
suara kecil jahat.
CARTA SIKAP
akan menjadi tembok untuk kita mengadakan hubungan yg sempurna.
kita sering meletakkan ketidakkepercayaan dalam hubungan
BAGAIMANA PERHUBUNGAN YG ADA
KETIDAKPERCAYAAN PASANGAN.

Selasa, 27 Oktober 2009

kena ceramah...

CAWAN KOSONG CAWAN PENUH
itu lah keperluan besar untuk kita mendapat ilmu.mungkin.
kalau kita datang dengan cawan penuh
bagaimana mahu di isi ' air ' ( ilmu ) seterusnya
TUMPAH.
KALAU KITA TAK KOSONGKAN
hari ini.
dah beberapa hari rasa tidak keharuan.
jantung laju.badan tak selesa.sesekali macam tak bersemangat.kenapa ni.
JUMPA DOKTOR MUDA.
dan cun.
setelah buka itu dan ini.
setelah periksa itu dan ini.
darah + jantung
tekanan darah naik sikit
jantung normal tapi laju.
EN TEKANAN.
semalam tido pukul berapa.
pukul 3.
bangun pukul 6.
KENA CERAMAH
ilmu kuasa minda + NLP.
he.atas meja doktor cun tu ada buku yang saya rujukkan.
en beginilah.begitulah.
kita begini dan kita begitu.
fizikal en pun nampak macam...
ANAK MURID DENGAR DR CUN TU.
kepala kelain sebenarnya.
KESIMPULAN.
kita mengawal semua sekali.
pusat kawalan nya adalah di minda dibawah sedar
kita yang programkan.
TAPI DR CUN.
saya ni banyak ' suara2 ' kecil.
MACAM CAWAN KOSONG
dr cun menurunkan ilmu.
DARI JINGGO
kita adalah apa yg kita fikirkan.

carilah diri sendiri....

Suatu hari seorang anak dan ayahnya sedang duduk berbincang-bincang di tepi sungai.
Kata ayah kepada anaknya,
“Lihatlah anakku, air begitu penting dalam kehidupan ini,
tanpa air kita semua akan mati.”
Pada masa yang sama seekor ikan kecil mendengar akan percakapan itu dari bawah permukaan air, ia mendadak menjadi gelisah dan ingin tahu apakah air itu...
yang katanya begitu penting dalam kehidupan ini.
Ikan kecil ini berenang dari hulu sampai ke hilir sungai sambil bertanya
kepada setiap ikan yang ditemuinya.
“ Hai, tahukah kamu dimana air itu?
Aku telah mendengar percakapan manusia bahawa
tanpa air kehidupan akan mati.”
Ternyata semua ikan tidak ada yang mengetahui di mana air itu, si ikan kecil mulai gelisah,
lalu ia berenang menuju mata air untuk bertemu dengan ikan haruan yang sudah berpengalaman, dan kepada ikan haruan itu, si ikan kecil ini menanyakan hal yang serupa,
Dimanakah air itu?”
Jawapan si ikan haruan adalah...
“Tak usah gelisah anakku, air itu telah mengelilingimu,
sehingga bahkan kamu tidak menyedari kehadirannya.
Memang benar, tanpa air kita akan mati.”
Apakah erti cerita tersebut diatas tadi?
Manusia kadang-kadang mengalami situasi seperti si ikan kecil,
mencari ke sana kemari tentang kehidupan dan kebahagiaan,
padahal ia sedang menjalaninya.

Isnin, 26 Oktober 2009

apa yang kita sembangkan.


Kalau lelaki berkumpul apa yg disembangkan
Kalau pompuan apa yang di hebahkan
Kalau remaja lelaki apa yang mahu digahkan
Kalau remaja perempuan apa yang mahu di glamourkan.
MUNGKIN BEGINI
lelaki mungkin cerita
politik tentunya
perempuan mungkin
masalah perhubungan.
remaja lelaki
apa yang aku ada.
remaja perempuan
artis mana yang dah di add kat 'myspace '.
HARI INI.
berjumpa dengan orang hebat di zamannya.
KHALID JAAFAR.
semasa UMNO masih ada Anwar Ibrahim.
inilah di antara orang2 yang menjadi S.U akhbar.
hari ini - keadaan sedikit berubah
tapi minat pada ilmu masih tidak berubah
INST KAJIAN DASAR
merupakan media akademik yang membicara kebangkitan insan berasaskan ilmu.
DARI JINGGO
saya amat yakin kepada keperluan ' menyama ratakan ' minat
dalam mana2 perhubungan komunikasi.
rentak dan nilai seharusnya di sana.
kita kongsikan begini.
BERJUMPA DENGAN SESIAPA
kita boleh kenalpasti minat berdasarkan kepada beberapa faktor.
pakaian, kerjaya, percakapannya.
ini dikaitkan semua manusia suka akan ceritanya dan menjadi cerita kita.
SAYA PRAKTISKAN LAGI SATU TEORI.
kami akan berurusan untuk program seterusnya.
dan syazali : kita sembang cerita lain kali.
baru nak ' pekena '....

Ahad, 25 Oktober 2009

di mana silapnya sistem...



Apa yang berlaku hari ini.
Fan EcoKid di datangi oleh seseorang yang mungkin besar dalam ' industri '
En...Kami bakal menganjurkan Kem Alam Sekitar Peringkat Kebangsaan :
En. ada apa2 cadangan.
PENDIDIKAN ALAM SEKITAR.
saya dah mulakan lama.
dari satu media latihan ke satu media latihan...
dari peringkat sekolah rendah sehingga ke Maktab Perguruan.
Guru2 KPLI + Guru Besar + Pengetua.
HASILNYA BEGINI.
saya kecewa dan amat kecewa...
amat kecewa kalau mahu difikirkan komitmen yang seharus kita ada dan niat besar Jabatan - melalui Unit Promosi Jabatan Alam Sekitar.
Membawa dan membayar kepada EcoKid - niat yg pertama.
guru2 adalah media.
Bila sampai ke peringkat perlaksanaan.
KITA SEAKAN2 DIHALANG OLEH ' SISTEM '
sistem yang menyatakan
Pendidikan Alam Sekitar tidak masuk 'exam'. Maksudnya ia tidak penting.
maka kami selalu menerima guru yang dihantar ' salah ' - bila ditanya - ia guru ganti.
guru yang sebenar tidak dibenarkan... komitmen guru ganti berbeza.
DAN SATU LAGI
mungkin ada guru2 yang komited dan berminat.
sistem pentadbiran semasa menjadikan sebahagian guru2
datang dan pergi begitu saja.
KEPADA KAMI
saya mengambil pandangan dengan Jbt Pendidikan Selangor 1997.
dalam konteks bisnes
Pendidikan Alam Sekitar tidak boleh dijual.
Sebab sekolah & parent tidak akan membayar sekadar untuk kesedaran.
KAMI ECOKID
'jinggo dan en harun'
akhirnya menukar pendekatan dengan bantuan Fakulti Sains UM.
utk kami dibenarkan menggunakan Pusat Pengajian Luar UM - di Gombak
( di mana tempat mat salleh seluruh dunia membuat kajian mengenai RainForest )
Pendidikan Alam Sekitar mesti ada nilai peperiksaan.
KEM SAINS + KEM BIOLOGI + KEM EKOLOGI
kami duduk menukar pendekatan bilik darjah.
Pendekatan FieldWork.
Impaknya amat besar.
sehingga saya di PLKN menggunakan dengan tajuk yang sama.
NIATNYA UNTUK MEMAJUKAN KEFAHAMAN - TETAPI INI DIBANTUTKAN.
isu alam sekitar tak penting.
en. sila tukar bidang lagi praktikal- YA... MENUKAR BIDANG...
Pembinaan Karektor
TETAPI
niat untuk memajukan kefahaman ini tidak pernah terhenti.
kami masih dibayar oleh beberapa Penguasa Tempatan.
Ini mungkin sekadar komitmen yang berterusan.
KESIMPULANNYA
Adakah Alam Sekitar tak penting untuk dipelajari?
Adakah kita memang tidak terkesan langsung dengan perubahan Alam
Adakah kita terasing dari ekosistem ini.
HARI INI
perubahan persekitaran cukup menakut... kita berhadapan dengan perubahan tingkahlaku manusia yang menjadikan bumi ini bukan lagi tempat yang selamat untuk diduduki lagi.
satu persatu Allah menurunkan peringatan diatas tingkah laku dan kesilapan manusia yg menggunakan akal.
KITA HARAPKAN JUGA
' kuasa politik ' yang mampu menyelamatkan segalanya...

XPDC punya penangan



teruja - bila dapat tahu XPDC nak datang rawang.
KENAPA JADI MACAM TU
mungkin terpaksa menunggu bertahun baru dapat join tgk konsert XPDC
dikala semuanya dah tak larat
AMY mungkin pukul ' drum ' sudah tidak segagah dulu
IZO mungkin - macam dulu juga...ubat apa dia makan :
dengan cerita dah mula naik pentas politik PAS...
ZUA - alamak lainnya : katanya dah bercucu
MAIL.
suara power - tapi asyik mengeluh penat.
DAN JINGGO
belajar sesuatu.
begini rupanya orang tengok konsert rock : mesti ' brutal ' sikit.
dan saya.duduk kat barisan depan - nampak ganjil -
rasa macam nak ikut menyanyi.
malu - dalam hati layan.
INI LAH HARGANYA
disebabkan teruja.
tak mahu terlewat.nak duduk depan.lampu kereta lupa tutup.
sehabis konsert.alamak.kereta tak boleh nak start.
mula cari kawan.satu persatu.12.30 am.semua tak angkat.
INI MR S
seorang kawan pernah menjadikan saya ' sensara ' dlm bisnes
dia yang angkat call.
dan datang.1.30 kereta boleh jalan.dengan beberapa nasihat.
MORAL.
nak bergaduh dengan orang - jangan bergaduh ' habis habisan '
tak suka.
diam dan kita keluar dari sistem perhubungan.
jangan ada aktiviti luka melukai.
sebab suatu hari orang ini yang akan tolong kita.
KALAU TIDAK
rumahku keretaku.tidur dalam kereta.

Sabtu, 24 Oktober 2009

susah nak berkawan...


siapa aku dalam kumpulan

Apakah peranan aku.

Bagaimana orang lain lihat tentang peranan aku ?

Adakah aku disini memimpin atau mengikut sahaja ?

Adakah aku dinilai dan dihargai oleh kumpulan ?

Adakah aku dapat mempengaruhi kumpulan ini ?

Adakah matlamat aku bersama kumpulan ini ?

Adakah matlamat aku sama dengan kumpulan ini ?

Apakah manafaat yang dapat aku perolehi dari kumpulan ?

APA YANG PENTING.
kerana kita makhluk sosial yang tidak boleh hidup sendiri.
dimana kita berkumpul
kumpulan yang disertai secara tidak sukarela
kumpulan yang disertai kerana untuk memenuhi sesuatu keperluan
kumpulan yang disertai secara sukarela
kumpuan yang disertai secara tidak disedari.....
seperti semasa menonton bola di stadium
DARI JINGGO
sejauh mana kemampuan kita untuk duduk dalam kumpulan yang mampu
memberi manafaat bersama.
dilihat dari senario terakhir : ada semacam satu kesukaran pada sebilangan kita untuk duduk secara harmonis dalam kumpulan. ini dikaitkan dengan fitrah manusia itu sendiri -
suka dan senang dengan orang yang sama NILAI dengan kita.
disebab itulah
cgu berkawan dengan cgu
doktor berkawan dengan doktor.
mat rempit kawan dengan mak rempit
mat auuu.....berkawan dengan mat auuu.....
orang cantik berkawan dengan orang cantik
orang kaya berkawan dengan orang kaya...
UMNO berkawan dengan UMNO.
YANG SELEBIHNYA
kita fikirkan.keinginan untuk keluar dari fitrah itu memerlukan ilmu dan kemahiran.
sebab ada diantara kita yang begitu sukar untuk duduk dalam kumpulan.

Jumaat, 23 Oktober 2009

saya pun belajar sesuatu...

LUMRAH manusia, kita tidak suka andai diri disisih dan dipinggirkan.
Oleh kerana itu, kebanyakan individu gemar diberikan perhatian.
Namun, untuk meraih perhatian orang lain,
kita perlulah memiliki daya tarikan.
Adakalanya, perhatian amat penting kerana daripadanya tercetus keyakinan diri. Ia juga membuatkan kita optimis untuk menempuh apa juga situasi.
Berikut beberapa tip yang boleh dijadikan panduan
untuk menjadi individu menarik:
Pamerkan air muka bertenaga
Sapa orang sekeliling dengan suara jelas sambil mempamerkan air muka yang bertenaga. Sesiapapun akan berasa kagum dengan anda walau pertama kali berjumpa.
AIR MUKA MELIBATKAN MATA + BIBIR
Tenang dan kawal diri
Bercakap dengan nada terkawal, tidak terlalu gopoh dan tidak terlalu teruja.
Kawal emosi walaupun ketika anda sedang sakit hati.
Pakaian kemas dan bersih
ke mana-mana sahaja
Biasa tengok David Beckham? Penampilannya di padang bola, ketika menghadiri majlis makan malam, pelancaran produk atau anugerah tertentu, dia cukup menyerlah.
Pilih yang positif, lupakan yang negatif
Jika anda pernah ada krisis dengan sesiapa atau anda pernah bertengkar dengan sesiapa, jangan ada benci. Pilihlah untuk berkawan dengannya, elak bermusuh dengannya lama-lama. Dendam kesumat yang ada di dalam hati membuatkan anda berfikiran negatif. Ini kerana, dendam itu akan menarik sifat marah, panas baran dan perengus. Jadi, untuk menjadi individu menarik, bersedia untuk membuang sikap tersebut sekurang-kurangnya secara beransur-ansur. Pilih yang positif, lupakan yang negatif, selupa yang mungkin.
Berkawan dengan sesiapa sahaja
Jangan pilih dengan siapa anda berkawan. Jaga hati setiap orang.
Anggap semua orang penting.
Bagi setiap individu, mereka mahu dihargai. Jadi, untuk menarik minat mereka terhadap anda, layan mereka dengan baik, pamerkan kesopanan, jaga pandangan mata (eye contact) dan jaga postur badan anda. Elak berpeluk tubuh atau menyilang kaki ketika bercakap.
Berterus terang, telus dan jujur
Ini tip yang paling penting. Jangan kata anda seorang yang jujur, tetapi tidak mempamerkan kejujuran dalam apa juga yang anda lakukan dan di mana anda berada.
Jangan kata anda seorang yang telus, tetapi tidak mempamerkan ketelusan dalam apa juga yang anda kerjakan.
Sentiasa senyum
Senyum merupakan aset berharga untuk diri anda. Kalau tidak, masakan seseorang boleh jatuh cinta disebabkan dengan satu senyuman sahaja. Kata orang, senyum itu sedekah. Senyuman membawa 1001 makna. Senyuman yang ikhlas dapat menenangkan hati orang lain.
Jika ada orang tidak senyum pada anda, maka hadiahkan mereka senyuman. Ia mendekatkan lagi jarak anda dengan mereka.

Banyak memberi
Masyarakat sukakan individu yang suka memberi. Tidak kisah apa-apa pun. Mungkin dari segi barangan, wang ataupun pertolongan dalam bentuk fizikal. Manusia tidak sukakan mereka yang hanya mementingkan diri sendiri. Oleh itu, belajarlah untuk memberi.
Berikan pujian
Manusia sebenarnya dahagakan pujian. Tetapi masalahnya, semua sibuk dengan hal masing-masing. Jadi, apa salahnya jika kita memberi sedikit pujian. Dengan ini, ia akan membuatkan mereka merasa bahawa mereka seorang yang berharga di mata anda.
Percayalah dengan membuat orang lain bahagia,
anda juga akan turut bahagia.
Mempunyai prinsip
Berprinsip merupakan ciri penting untuk menjadi individu yang menarik. Lihat pada Mahatma Gandhi. Beliau merupakan orang biasa sahaja. Tidak kaya pun. Tetapi mengapa beliau menjadi individu menarik? Sebabnya, beliau mempunyai prinsip untuk menolong masyarakat daripada dibelenggu penjajah.
Mempunyai keyakinan diri
Tip ini penting. Anda mesti mempunyai keyakinan diri terhadap diri anda.
Anda mesti percaya dengan diri anda. Jika anda tidak percaya,
mana mungkin orang lain juga akan percaya kepada anda.
DARI JINGGO
salah satu skill yang paling hebat dan
sukar untuk dilaksanakan
adalah
KEMAHIRAN MEMBINA PANDANGAN PERTAMA
4 saat pertama kita akan dihakimi sebanyak 70 %.

Khamis, 22 Oktober 2009

dia aja yg betul 2

KITA BIASA DENGAN DIOLOG INI
Seorang isteri bertanya kepada suaminya
Boleh awak tolong cari garam di dapur ?
Saya tak nampak pun
Awak carilah sendiri , ada di dapur..
Saya tak tahu dimana letakknya garam tu ,
macam mana saya hendak cari..
INI APA…
jawab isteri.
KENAPA TAK JUMPA
dalam bidang psikologi ini dinamakan sebagai schetoma
( titik yang tidak kelihatan )
Apa yang kita nak kongsikan.
Si Suami tadi sebenarnya percaya
(sebenarnya malas nak cari )
garam tiada ada ada di dapur.
Kita adalah apa yang kita percaya
Tetapi adakah semua yang kita percaya itu betul.
Ini persoalan kita
KADANG2
Sebagai ibu
Sebagai ayah
Sebagai kawan
Sebagai guru
kita berhadapan....

Dengan orang yang begitu percaya dia betul pada apa yang dia percaya.
Bagaimana kepercayaan terbentuk
.
Kepercayaan terbentuk dari orang – orang penting sekeliling kita iaitu
ibubapa , guru , dan kawan2.
Kita cenderung mempercayai apa yang dipercayai oleh orang2 yang mempengaruhi kita.
BAGAIMANA NAK UBAH
( kalau kepercayaan itu negetif )
Mencari alasan bagi mengubah kepercayaan
Mencabar bukti 2 yang menyokong kepercayaan kita
Mencipta kepercayaan baru
Mencipta bukti2 bagi menyokoing kepercayaan baru
MELIHAT KEHADAPAN DAN MEMIKIRKAN MANAFAAT YANG
KITA AKAN PEROLEH DARIPADANYA.
KADANG2
Kadang2 kita berhadapan dengan orang2 yang menjadikan kepercayaannya
sebagai tembok besar untuk menerima teguran
Yang kepercayaan itu betul ( pada dia aja ) walaupun salah.

jangan bimbang - relax

kita seolah2 sesak nafas
fikiran merawang entah kemana
mudah melatah
jantung saperti nak pecah
INI SEMUA PENYAKIT YANG DIKAITKAN DENGAN
BIMBANG @ KERISAUAN
macam2 dibimbangkan.kerja.famili.kawan2.politik.masa depan.
kesannya
resah gelisah
tidak bermaya
mudah letih
sukar memberi tumpuan
mudah meradang
tidak nyenyak tidur
KAJIAN MENYATAKAN
kesannya lebih buruk ke atas lelaki kerana sikap
yang lebih cenderung memendam perasaan.
DARI JINGGO
biasanya rasa bimbang yang dialami merupakan sesuatu yang tidak diduga.
kita takut tentang apa yang mungkin berlaku.
kita sebenarnya memandang masa depan sebagai sesuatu yang negetif dan
menakutkan untuk dihadapi.
winston churchill menyatakan
apabila saya merenung kembali terhadap segala kebimbangan ini , saya teringat kepada kata2 seorang tua - saya bimbang mengenai pelbagai perkara :
tetapi kebanyakkannya tidak pernah berlaku
menurut duke ellington
terdapat dua jenis kebimbangan : iaitu sesuatu yang anda boleh lakukan dan satu lagi tidak boleh lakukan.jangan habiskan masa dengan faktor yang kedua.
SETERUSNYA
kebimbangan tidak akan menghilang
kesedihan pada hari esok.
ia cuma menelan kekuatan yang kita ada hari ini.

Rabu, 21 Oktober 2009

anak kita anak orang.


Kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila seorang lelaki Afrika didakwa sanggup mendera, merogol dan meliwat anak kekasihnya yang baru berusia tiga tahun sehingga kanak-kanak itu menemui ajal.
Malah, kekasih wanita terbabit yang juga seorang janda berusia 24 tahun tergamak bersekongkol dengan warga asing itu apabila sanggup berbohong dengan mereka cerita kononnya anaknya mati akibat didera pembantu rumah.Bagaimanapun, siasatan polis mendapati fakta dalam keterangan diberikan wanita yang bekerja sebagai setiausaha itu meragukan sebelum merumuskannya sebagai pembohongan apabila mendapati wanita terbabit tidak pernah menggaji pembantu rumah yang didakwa melarikan diri sejurus selepas tragedi menyayat hati itu.Sumber polis berkata, wanita rakyat tempatan itu dikesan menjalinkan hubungan dengan lelaki Sudan terbabit sejak beberapa bulan lalu.
*Sumber berita daripada Harian Metro bertarikh 02 Zulqaedah 1430/21 Oktober 2009
ANAK KITA ANAK ORANG
siapa yang mahu kita tuding sekarang.
wanita itu kah
lelaki afrika itu kah.
YANG PASTINYA KITA BAYANGKAN SAAT DEMI SAAT
yang dirasai - yang disakiti - yang azabnya.
anak kecil yang hanya tahu meminta dengan tangisan.
kita simpulkan begini.
menurut Dr Larry Keefauver dalam buku
Parenting for Life
sekiranya anda tidak dapat memperuntukkan masa jangan mempunyai anak.
ANAK + MAK + AYAH
kita ada naluri dan yang berbeza untuk menzahirkan proses mengawalan emosi semasa berhadapan dengan ' kerenah ' anak2.
kepada ibu - melayan kerenah anak2 sebahagian dari pakej yang sudah dizahir
dan kepada ayah.
TENTU KITA ADA CARA YANG BERBEZA.
kepada jinggo
setelah macam2 berlaku
lautan api sanggup direnangi.
mengecewakan mereka tidak sekali.

kita berkongsi apa.....

Pada suatu hari , sepasang suami isteri yg sudah lanjut usia mengunjungi Cameron Highland bagi mengingati kenangan suka duka semasa mereka bercinta. Kesempatan bernostalgia ini dimanafaatkan oleh mereka dengan menikmati sup ekor yg terkenal di sebuah warung di sana.
Suami isteri ini mula berbaris bagi memesan sup ekor mereka. Mereka memesan satu mangkuk sup ekor , sepinggan nasi dan dua gelas teh ais serta satu piring dan mangkuk kosong.
Semua yang memerhati gelagat pasangan suami isteri itu merasa hairan. Mengapa mereka hanya membeli satu pesanan sup dan nasi sahaja ? Malah beberapa orang pekerja sedih melihat kedaifan kedua orang tua itu hanya mampu memberi makanan bagi seorang sahaja.
Si suami mula membahagikan nasi dan sup ekor itu kepada dua bahagian.
Satu bahagian untuk dirinya dan satu bahagian untuk isterinya. Kemudian mereka pun makan. Namun , yang makan hanya si suami , manakala si isteri hanya tersenyum menunggu dan melihat suaminya menjamu selera…
Seorang pekerja tiba2 berdiri dan berjalan menuju ke meja mereka , dengan rasa sedih pekerja itu mempelawa mahu membelanja pasangan tersebut.Namun pelawaan itu di tolak dengan lembut , sambil keduanya terseyum.
Pekerja tadi sudah tidak dapat lagi menahan rasa hairanya lalu bertanya :
Mak Cik saya tengok dari tadi , mak cik tidak makan tetapi hanya menunggu dan melihat Pak Cik makan. Bolah saya tahu mengapa mak tidak makan….
Dengan tersenyum si isteri menjawab
MAK CIK TUNGGU GIGI PALSU ,
YANG SEDANG DIPAKAI OLEH PAK CIK…..
DARI JINGGO
Perkongsian menunjukkan pengorbanan dan kerelaan untuk memberi.
Semakin banyak kita memberi , semakin kita tidak akan merasa kekurangan.
Pengorbanan yang paling besar adalah pengorbanan diri iatu apabila yg dikorbankan adalah harga diri sendiri
demi meningkatkan harga diri orang lain…
Realiti hari ini – masih ramai yang sanggup berkongsi tapi sekadar untuk kepentingan diri
dan mencari ‘ apa aku akan dapat ‘…..
Disebab dunia ini hanya satu pusingan
aku harus memikirkan bagaimana untuk belajar berkongsi

Selasa, 20 Oktober 2009

tak mahu lengah lagi...ini yang terakhir !

Ada diantara kita mempraktikkan tabiat berlengah2 dengan bersembunyi di sebalik perkataan yang bernada tinggi
SAYA SEDANG MENGANALISA
dan enam bulan kemudian mereka lagi menganalisa.
dan mereka tidak sedari yang mereka sedang dijangkiti penyakit
KELUMPUHAN PENGANALISAAN.
terdapat juga satu golongan lain
SAYA SEDANG BERSEDIA
dan untuk bulan2 seterusnya masih bersedia
orang ini dijangkiti penyakit
PEMBUAT ALASAN
DARI JINGGO
kehidupan bukan raptai kehidupan.
bagusnya manusia bukan pada cakap2 : tapi pada
TINDAKAN
menurut benjamin franklin
jangan biarkan sehingga esok mana yg boleh anda lakukan hari ini

kita bila lagi

Apa yang berlaku mungkin kemurkaan Allah dan bencana ini boleh dijadikan iktibar agar kita semua menjauhi maksiat," kata seorang sukarelawan tempatan ketika menceritakan tentang bencana gempa bumi di Padang, Sumatera Barat, baru-baru ini.
Kebanyakan cerita itu dikaitkan dengan sikap masyarakat Padang sendiri, yang didakwa sudah mula lalai melaksanakan ajaran Islam, bergelumang dengan maksiat dan gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah di kalangan golongan muda, wallahua'lam.
SEMUA FAKTA.
Untuk pengetahuan pembaca, hampir 90 peratus penduduk di wilayah ini terdiri daripada etnik Minangkabau yang beragama Islam.
Petugas yang merupakan lulusan tinggi agama itu melanjutkan ceritanya menceritakan perihal gejala sosial yang berleluasa melanda generasi muda Minangkabau pada masa ini, selain meringan-ringankan perihal sembahyang lima waktu.
Ramai yang mempersoalkan bahawa penduduknya sudah jauh menyimpang daripada falsafah 'Adat Basandi Syarak, Syarak Basandi Kitabullah' yang menjadi pegangan hidup masyarakat Ranah Minang ini sejak dulu lagi.
Oleh kerana itu ada sesetengah pihak mengaitkan waktu gempa yang berlaku pada pukul 5.16 petang dengan gempa susulan pada 5.58 petang dengan ayat al-Quran dalam Surah al-Israa' (17:16 dan 17:58) bagi mengukuhkan pendapat mereka bahawa bencana itu merupakan kemurkaan Tuhan.
Sejauh mana kebenarannya hanya Allah yang lebih mengetahui.
Seorang pemandu kenderaan sewa yang enggan dikenali, turut menceritakan gejala maksiat muda-mudi yang sering menjadikan pantai untuk berasmara, bermula waktu senja hingga awal pagi.

Menurutnya, beberapa kawasan pantai di Padang, Purus, Pasir Jambak dan Bukit Lampu, terdapat tempat duduk bertutup dengan kain dipanggil 'warung kelambu' yang menjadi tumpuan anak muda memadu kasih.
Beberapa penduduk lain pula menceritakan tentang kegiatan pelacuran yang berleluasa bertopengkan perniagaan salon serta sarang maksiat dan judi di kawasan Chinatown.
Kawasan itu adalah antara yang musnah teruk dalam bencana gempa bumi itu.
DARI JINGGO
itu cerita negara orang yan kita baca yang kita tangisi.
KITA BILA LAGI.
satu persatu cerita besar : untuk kita jadikan satu perbandingan bahawa kita telah jauh.
memperkotak-katik hukum Allah
memperkotak - katik hukum dunia
memperkotak - katik hukum alam.
KESANNYA.
sesekali alam menyatakan kemarahannya.
cukupkah membuatkan kita tersedar.bangun dan mahu menoleh kebelakang.
TIDAK ADA BANYAK BEZANYA KITA DENGAN MEREKA.
bila hari sudah ada makayah yg mahu menyaman sekolah sebab suruh anak bertudung.
hari ini - bertukar kondom bukan lagi persoalan
hari ini - dimana mahu beli pil pelancar haid bukan lagi persoalan
hari ini - orang2 agama dianggap ketinggalkan zaman - tak moden
hari ini - majlis2 ilmu sudah hilang serinya.
HARI INI - ORANG MELAYU SAMAN SURAU SEBAB AZAN WAKTU SUBUH.
DAN HARI INI DI BUKIT BERUNTUNG.
malam tadi join team surau tangkap kes anak dara berzina.
jumpa makayah.
KENAPA SIBUK2...
kalau itu jawapannya kita bersedialah

Isnin, 19 Oktober 2009

mari main saham

Kita biasa mendengar ekuiti – dalam permainan saham : tapi bagaimana kalau dikatakan kita seakan bermain saham dalam hubungan sosial kita.
Samada dalam perkahwinan mahupun dalam persahabatan
BAGAIMANA TEORI INI BERFUNGSI
Sebagai pemilik ekuiti , kita mempunyai kos @ modal @ sumbangan. Dan kita juga mendapat faedah @ pulangan @ ganjaran dalam hubungan yang kita jalin. Menurut teori ini kita akan meneruskan perhubungan selagi kita berasa kita menikmati nisbah
antara KOS dan GANJARAN yang menguntungkan kita.
Ertinya kos yang kita tanggung adalah rendah manakala ganjaran yang kita perolehi adalah tinggi @ sekurang2 kita berasa ganjaran yg kita terima adalah setimpal dengan kos yang kita tannggung.
Mengikut teori ini – apabila kita memberi sumbangan ( modal ) yang besar sewajarnya kita mendapat pulangan yang besar.
Jikalau kita berasa pasangan kita TIDAK MEMBERI SUMBANGAN YANG LEBIH BANYAK daripada sumbangan kita ,
maka kita berasa dia tidaklah berhak menerima pulangan lebih daripada apa yg disumbangkan.
Teori ini menyatakan kita mahukan keadilan , iaitu ekuiti yang setimpal.
Ertinya kita mahukan perhubungan yang berdasarkan ekuiti yang adil.
Apabila kita berasakan ekuiti yang ada sudah tidak adil lagi ,
motivasi kita meneruskan perhubungan yang ada akan menurun.
Perselisihan akan timbul kerana ada pihak yang berasa dirinya terpaksa menanggung lebih banyak kos ,
tetapi dia tidak menerima ganjaran yang setimpal.
Keadaan ini memungkin kita akan hilang penghargai perhubungan itu.
DARI JINGGO
Mari kita menjalankan perhubungan yang menguntungkan.
Bagaimana ! Kita melabur dalam pertemuan ini. kita menyumbang - dan tentunya dihujung kita mahukan keuntungun - dalam konteks hubungan sosial.
KEUNTUNGAN EMOSI
bagaimana untuk mendapat keuntungan emosi.
jadikan pasangan kita penting.
sebab itu fitrah, kita sama2 melabur dalam pertemuan ini, masing2 mahu untung.
dan pastinya
kita mahu untung - tidak mungkin ada prinsip
MENGHALALKAN SEMUA CARA UNTUK MENANG
APA YANG KITA NAK MODALKAN HARI INI..

namunku punya hati....

Hati itu terkadang seperti besi, maka jangan digergaji,
dikapak ataupun di pukul…
Alkisah suatu ketika, Kapak, Gergaji, Pemukul , dan Nyala Api sedang mengadakan perjalanan bersama-sama. Di suatu tempat, perjalanan mereka terhenti karena terdapat sepotong besi yang menghalangi jalan. Mereka berusaha menyingkirkan baja tersebut dengan kekuatan yang mereka miliki masing-masing.
“Itu bisa Aku singkirkan,” kata Kapak.
Pukulannya keras sekali menghantam besi yang kuat dan keras juga itu. Tapi tiap pukulan hanya membuat kapak itu lebih tumpul sendiri sampai ia berhenti.
“Sini, biar aku yang urus,” kata Gergaji.
Dengan gigi yang tajam tanpa perasaan, ia pun mulai menggergaji. Tapi terkejut dan kecewa ia, semua giginya jadi tumpul dan patah..
“Apa kubilang,” kata Pemukul,
“Kan aku sudah cakap, kalian tidak bisa. Sini, sini aku tunjukkan caranya.”
Tapi baru sekali ia memukul, kepalanya tercabut sendiri, dan besi tetap tak berubah.
“Boleh aku cuba?” tanya Nyala Api.
Dan ia pun melingkarkan diri, dengan lembut menggeluti, memeluk, dan mendakapnya erat-erat tanpa mau melepaskannya.
Besi yang keras itu pun akhirnya meleleh dan cair…
DARI JINGGO
hati2 berurusan dengan hati.
sebab diyakini disinilah
PUTIH DAN HITAM NYA : KITA.
proses mendidik hati tidak semudah yang boleh kita fikirkan
kerana fitrah hati itu sendiri.
MENENTANG PERUBAHAN
dikatakan manusia adalah ' mahluk malas '.
perubahan harus dilakukan dengan ' belaian ' ( skill mengorat ).
semakin ' keras ' hati semakin kita ber'alasan ' untuk tidak berubah.
API dikaitkan dengan SEMANGAT.
biar dimana kita.
sebagai pendidik
sebagai makayah
sebagai adik-kakak -abang
bloggers - ke - bloggers
PROSES NYA SAMA.

Ahad, 18 Oktober 2009

kita pulak macamana....

Hari ini merupakan hari jadi saya dan cucu saya yang terkenal dengan sifat kedekut menghadiahkan saya satu laman blog," demikian baris pertama ayat yang tertulis dalam blog orang tertua di dunia yang mempunyai laman blog sebelum ini,
Amelia Lopez.
Beliau bagaimanapun meninggal dunia pada usia 97 tahun minggu lepas.
BAGAIMANA DENGAN KITA
dimana kita mulakan dunia ini
SAYA.
ogos 2008 - N3 pertama yang simple.
sebulan dua - hanya syok sendiri.
seterusnya seorang kawan menjadi ' penasihat '.
AKHIRNYA ORANG PERTAMA YANG BAGI KOMEN
puan tirana.
NIAT
awalnya sekadar berkongsi dengan pergolakan diri sendiri
AKHIRNYA
saya semakin merasakan media ini memberi impak besar dalam keseluruhan perjalanan hidup saya hari ini - terutamanya dalam konteks perkongsian ilmu. minat yg sediakan ada untuk duduk mengadap buku2 - menjadikan ini media terbaik untuk saya turunkan ' minda jinggo '.
KESAN
blog ' cerita jinggo ' semakin menarik untuk dibaca oleh diri sendiri.
semakin menarik dijadikan rujukan - dari komen dan link kawan2....
DIMANA KITA MULAKAN
Eco Kid Adventure on Facebook