Selasa, 31 Ogos 2010

kita dimana...

santun bercakap mengandung adab
santun berbual mengandung akal.
CERITANYA
setiap katabual kita seharusnya kita
mendahulukan akal.
kalau hendak melihat orang beradab
tengok caranya memilih cakap
tengok gayanya dalam bercakap
TENTUNYA BUKAN MUDAH
kerana kita dilahirkan dengan karektor
dan pembentukan dari persekitaran
yang menjadikan kita siapa hari ini.
KITA KONGSIKAN BEGINI
tingkahlaku kita boleh dibahagikan kepada
3 iaitu tingkahlaku
ASERTIF
AGRESIF
PASIF
ciri2 sifat diatas
arsertif
menghadapi masalah dan keputusan dengan sepatutnya
cuba memahami perasaan pihak lain
sebelum mencurahkan perasaan
berkonsepkan menang - menang.
menghormati suasana.keperluan dan hak orang lain.
membenarkan org lain habis bercakap sebelum menyampuk.
sentiasa beranggapan orang lain hebat.
boleh mengambil bahagian dalam
perbualan dalam keadaan dan situasi apa pun
dengan menggunakan nada suara yang sederhana.
agresif
sentiasa berperasaan diri betul dan hebat
suka melanggar hak orang lain dan
mengambil kesempatan ke atas orang lain
sering menunjukkan kemarahan dan pemberontakan
diri secara mendadak dan tidak terkawal.
suka mengujudkan pertengkaran dan permusuhan
suka menghina dan memandang
rendah pada orang lain.
cepat membuat andaian dan prasangka negetif
tidak suka mengalah walaupun ada bukti
pasif
sentiasa hak dirinya dilanggar oleh orang lain
tidak yakin dan sentiasa.
membenarkan orang lain membenarkan pihak lain
membuat pilihan bagi pihaknya.
tidak mencapai matlamat dalam setiap perhubungan
sentiasa merasa terhalang.tidak berminat
dan cepat menarik diri.
merasa kecewa , rendah diri , kecil hati , cemas.
cepat dan mudah mengalah pada keputusan yang
dibuat pada orang lain.
DARI JINGGO
tentunya tidak mudah
seorang yang disenangi dalam
semua ruang dan urusan dalam
perhubungan sosial.
tapi percayalah
70 % dari masa sedar diri - kita
sentiasa berurusan dengan orang lain
45 % berkomunikasi verbal
55 % berkomunikasi secara non-verbal.
dimana2 ketidakbetulan dalam hubungan sosial
menjadikan diri kita terus tidak
DIPEDULIKAN.

Sabtu, 28 Ogos 2010

racun diri kita................

Racun pertama : Menghindar
Gejalanya, lari dari kenyataan, mengabaikan tanggung jawab,
padahal dengan melarikan diri dari kenyataan
Antibodinya : Realitas
Cara : Berhentilah menipu diri. Jangan terlalu serius dalam
menghadapi masalah kerana rumah sakit jiwa sudah
dipenuhi pesakit yang selalu mengikuti kesedihannya dan
merasa lingkungannya menjadi sumber kecewa.
Jadi, selesaikan setiap masalah yang dihadapi
secara betul dan yakinilah
bahwa segala sesuatu yang terbaik .
Racun kedua : Ketakutan
Gejalanya, tidak yakin diri, tegang, cemas yang antara lain boleh
disebabkan kesulitan keuangan, konflik perkawinan,
kesulitan seksual.
Antibodinya : Keberanian
Cara : Hindari menjadi diri yang bergantung pada kecemasan.
Ingatlah 99 persen hal yang
kita cemaskan tidak pernah terjadi.
Keberanian adalah pertahanan diri paling ampuh.
Gunakan analisis intelektual dan carilah solusi masalah
melalui sikap mental yang benar.
Racun ketiga : Egoistis
materialistis, agresif, lebih suka meminta daripada memberi.
Antibodinya : Bersikap sosial.
Cara : Jangan mengeksploitasi teman.
Kebahagiaan akn diperoleh
apabila kita dapat menolong orang lain.
Perlu diketahui orang yang tidak mengharapkan apapun
dari orang lain adalah orang yang
tidak pernah merasa dikecewakan.
Racun keempat : Berfikiran Negetif
Gejalanya berhenti satu fasa, membuat diri kita
merasa jenuh, bosan, dan tidak bahagia.
Antibodinya : Ambisi
Cara : Teruslah hidup , ertinya kita terus
berimpian di masa depan kita.
Racun kelima : Rasa rendah diri
Gejala : Kehilangan keyakinan diri dan kepercayaan diri serta
merasa tidak memiliki kemampuan bersaing.
Antibodinya : Keyakinan diri.
Cara : Seseorang tidak akan menang bila sebelum
berperang yakin dirinya aka kalah.
Bila kita yakin akan kemampuan kita,
sebenarnya kita sudah mendapatkan separuh
dari target yang ingin kita raih.
Jadi, sukses berawal pada saat kita yakin
bahwa kita mampu mencapainya.
Racun keenam : Narsistik
Gejala : Kompleks superioritas, terlampau sombong, kebanggaan diri palsu.
Antibodinya : Rendah hati.
Cara : Orang yang sombong akan dengan
mudah kehilangan teman,
kerana tanpa kehadiran teman, kita tidak akan bahagia.
Hindari sikap sok tahu. Dengan rendah hati,
kita akan dengan sendirinya mau mendengar orang lain
sehingga peluang 50 persen sukses sudah kita raih.
Racun ketujuh : Mengasihani diri
Gejala : Kebiasaan menarik perhatian, suasana yang dominan,
murung, menghunjam diri, merasa menjadi
orang termalang di dunia.
Antibodinya : Sublimasi
Cara : Jangan membuat diri menjadi neurotik,
terpaku pada diri sendiri.
Lupakan masalah diri dan hindari untuk
berperilaku sentimentil dan terobsesi
terhadap ketergantungan kepada orang lain.
Racun kedelapan : Sikap bermalas-malasan
Gejala : Apatis, , melamun,
dan menghabiskan waktu dengan
cara tidak produktif, merasa kesepian.
Antibodinya : Kerja
Cara : Buatlah diri kita untuk selalu mengikuti
jadual kerja yang sudah kita rencanakan sebelumnya
dengan cara aktif bekerja.
Hindari kecenderungan untuk membuat
keberadaaan kita menjadi tidak
bererti dan mengeluh tanpa henti.
Racun kesembilan : Sikap tidak toleran
Gejala : Fikiran picik, angkuh, antagonisme terhadap
agama tertentu, prasangka religius.
Antibodinya : Kontrol diri
Cara : Tenangkan emosi kita melalui seni mengontrol diri.
Amati mereka secara intelektual.
Tingkatkan kadar toleransi kita.
Racun kesepuluh : Kebencian
Gejala : Keinginan balas dendam, kejam, bengis.
Antibodinya : Cinta kasih
Cara : Hilangkan rasa benci.
Belajar memaafkan dan melupakan.
Kebencian merupakan salah satu emosi negatif
yang menjadi dasar dari rasa ketidakbahagiaan.
Orang yang memiliki rasa benci biasanya juga
membenci dirinya sendiri kerana membenci orang lain.
Satu-satunya yang dapat melenyapkan rasa benci adalah cinta.
Cinta kasih merupakan kekuatan hakiki
yang dapat dimiliki setiap orang.
DARI JINGGO
semua orang nak bahagia
jarang kita mendengar
orang bercakap
ALANGKAH BAHAGIANYA
AKU TAK BAHAGIA.
kita kongsikan .

nak jadi macam ayah....






ceritanya sama aja
IMAN ITU TIDAK DIWARISI
itu sahaja sekadar mahu dijadikan
PERBANDINGAN.
yang lain semua adalah kemahuan diri sendiri.
sebab amat diyakini
hanya 10 % pengaruh genetik
dalam proses pembikinan manusia.
dan hari ini.
10 % sudah ada.
yang lain dibantu besar oleh
pengaruh didikan awal
inilah yang memberi kesan seterus.
MAKA HARI INI.
kembali menyusuri jejak yang ditinggalkan
bila nak dapat 90 % lagi

Khamis, 26 Ogos 2010

penentang kebenaran

sebagai sekelompok manusia
YANG TERLIBAT DALAM
PROSES PENAMBAHBAIKKAN DIRI
bukan mudah untuk melihat dihujung
berlaku kesempurnaan
kerana
4 GOLONGAN PENENTANG
DIKENAL PASTI.
orang yg jahil
golongan yang menentang kerana
tidak tahu ( jahil ).
orang begini mudah ditangani.
golongan ini hanya perlukan
ilmu untuk mempastikan perubahan berlaku.
tidak mampu melawan nafsu
golongan ini melakukan kejahatan
bukan kerana tidak tahu
tapi kerana tidak mampu untuk
meninggalkan disebabkan hawa nafsu.
mendekati golongan ini.
cara mendidik dan mengawal untuk menyalurkan
hawa nafsu mengikut saluran yang betul.
dahwah dan tarbiah berterusan adalah pendekatan
yang dikirakan mampu untuk bersama golongan ini.
prosesnya perlu berterusan.
mempunyai kepentingan
golongan yang sukar.
mereka melaku kesilapan dan kemungkaran
untuk mendapat keuntungan peribadi melaluinya.
untuk tangani mereka.
disebabkan maksiat merupakan sumber kepentingan.
mereka perlu diberi jalan keluar supaya mereka mendapat
sumber pendekatan halal.
ada isme perjuangan
paling sukar
kerana golongan ini merasakan melakukan
kejahatan adalah
SATU KEBENARAN.
untuk tewaskan mereka
tewaskan
golongan satu.dua dan tiga.
golongan ini akan terpencil bila
' penyokong2 mereka ' berpaling tadah.
sumber Majalah Solusi
DARI JINGGO
untuk diri sendiri
dan untuk rakan2.
percayalah usaha2 begini tidaklah
semudah yang kita kirakan.
sebagai pendidikan
sebagai motivator
sebagai ahli politik
tidak ada jalan mudah.

Rabu, 25 Ogos 2010

sudah tidak dipedulikan....



fitrah manusia sama aja
DIMANA2 MAHU DIANGGAP PENTING
dalam apa situasi pun
semuanya mahu betul pada
ruang dan kapasiti semasa.
INI SATU PINTASAN
untuk menjadi kita
penting dan dihargai.
PERCAYALAH
semuanya bermula dari diri kita
sejauh mana kemampuan kita
menjadi orang lain
rasa penting
rasa di hargai.
SATU BAHAN MAHU DIKONGSIKAN
kecelakaan paling utama dalam
hidup manusia
bila kita tidak dipedulikan
SEMUANYA BERMULA DENGAN DIRI SENDIRI.
hari ini.blog jinggo sepi
semuanya bermula juga
dari sepinya jinggo diblog orang lain.

Selasa, 24 Ogos 2010

15 tahun dulu....






kerana saya ada mimpi
untuk menjadi apa yang
PERLU SAYA JADI.
seorang guru diluar bilik darjah
maka komitmen dilebarkan.
SAYA MELIHAT SATU PERSATU
sistem pendidikan yang berbeza.
YANG NAK DIKONGSIKAN
kita semua ada impian
sejauh mana impian ini mampu kita
JADI SATU LAGI CERITA BETUL KITA
disinilah lahirnya ecokids
disinilah lahirnya jinggo
dimana semuanya di turunkan
dalam bentuk satu lagi sistem
pendidikan yang mampu dikongsikan
di Eka Education Centre
yang saya usahakan.
DARI JINGGO
saya mengelak diri dikatakan
MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI.
apa yang mahu dikongsikan
sejauh mana kita mendominasikan
diri untuk mencapai keinginan kita
walaupun nampak mustahil.
memang mustahil
untuk terbang jauh menjayakan keinginan.
KEPADA ADIK2 PELAJAR
jangan diukurkan bagusnya
kita berdasarkan kualiti semasa kita
percayalah cerita jinggo
YANG MENAIKKAN BELON
BUKAN DISEBABKAN WARNANYA
tapi isi dalam belon.
apa yang penting
KOMITMEN DAN DISIPLIN
kita sahaja yang berbeza

Ahad, 22 Ogos 2010

aku lebih baik dari kamu...

itu sebahagian dari cerita persekitaran kita
kerana ilmu
kerana pangkat
kerana harta.
kerana darjat
kerana parasrupa
AKU LEBIH BAIK DARI KAMU
ini bukan kisah dimana.
di tempat kerja kita
di persekitaran perumahan kita
di persekitaran surau masjid kita
TAKABBUR.
sikap ini sering mengerang orang2 yang mempunyai potensi
lebih banyak potensi yang ada.
MAKA TERDEDAHLAH IA KEPADA SIKAP INI.
gara2 melihat diri lebih
dan melihat orang lain kurang.
pada ulama menjelaskan 3 ciri utama orang2 begini
MERASA DIRI BAIK
MENGHINA ORANG LAIN
MENOLAK KEBENARAN.
semuanya akan datang serentak
sepatutnya begini
ORANG YANG MEMPUNYA HARGA DIRI
YANG TINGGI SANGAT
MENGHARGAI ORANG LAIN.
MEREKA MELIHAT DUNIA INI
ADALAH MEDAN PERKONGSIAN.
tanda takabbur.
tidak suka berdoa
mudah terluka dan melukakan hati orang lain.
sukar memberi dan meminta maaf
memotong cakap orang lain
gila kuasa dan jawatan.
cara berpakaian dan berjalan yg angguh
gila pujian
BENCANA YANG MENIMPA
PESAINGNYA DIANGGAP
HASIL KELEBIHAN DIRI
tidak suka berziarah

dari Majalah Solusi

Dari Jinggo
sekadar pandangan sendiri.
membaca semua akhbar hari ini.
terlalu ramai yang takkabur
duduk didalam sistem kita.
UNTUK DIRI SENDIRI
semoga kita dipermudahkanNya
anggap apa yang diberikan adalah
nikmati dan kita berkongsi.

Sabtu, 21 Ogos 2010

mari kita baca



mulanya bukan senang
AKHIRNYA BILA SUDAH
menjadi satu kemestian.
program jalan2 mesti
ke kedai buku.
SEBAB SAYA YAKINI
membaca akan mengubah
semua sistem pemikiran.
NAK MULAKAN
ambil formula ini
KELAZIMAN ( KEKERAPAN )
akan membentuk
TABIAT
akan membentuk
BUDAYA
akan membentuk
SIKAP
akan membentuk
TAKDIR KITA.
dalam apa proses perubahan
keperluan untuk membuat
perkara tersebut secara urutan.
kerap melakukan perkara yang sama
( mengikut pandangan barat : 21 hari )

Khamis, 19 Ogos 2010

untuk diri sendiri....


abi tak tahu fesyen lah.
abi ketinggalan zaman
ZAMAN ABI LAIN.
itu sekadar cerita2 panas
bila bersama anak remaja
yang suka berfesyen yang kadang2
cukup untuk menjadikan
KITA SEBAGAI PENJAGA
TAKUT UNTUK MELIHAT
SETERUSNYA.
dari jinggo
terlibat dalam bidang pendidikan begini
menjadikan saya seorang yang amat2
sensitif fesyen semasa remaja
REMAJA POSITIF
REMAJA NEGETIF
DARI TUDUNGNYA
DARI BAJUNYA
DARI SELUARNYA
DARI PERHIASANNYA.
cukup untuk dikatakan
SEMUANYA ADALAH PERBANDINGAN
kita kemana seterusnya.
TIDAK KETERLALUAN DIKATAKAN
pakaian adalah cerminan siapa kita
pakaian adalah cerminanan budaya kita
pakaian adalah cerminan kepercayaan kita.
NASIHAT UNTUK DIRI SENDIRI
kita semakin tidak ada banyak pilihan
dengan perubahan persekitaran.
terutamanya dari segi fesyen semasa.
persoalan sejauhmana ianya
mampu diselarikan dengan
keperluan
AGAMA
BUDAYA.
mari kita fikirkan.

Rabu, 18 Ogos 2010

suka nak cari musuh...............

ada tak diantara ini sifat2 kita
sinis dan membuat jenaka menyakitkan hati orang
gemar mengkritik orang
tidak percaya @ prasangka terhadap org lain
membela diri
terlalu menfokus pada diri sendiri
kurang bertolak ansur terhadap sikap orang lain
tidak mengambil berat tentang masalah orang lain
tidak gembira dengan layanan negetif yang diterima
mudah melenting.
meradang dengan ketidakadilan dalam hidup
gemar berselindung enggan menerima
orang lain dalam hidup
merasa seperti bom jangka
KALAU ADA DALAM DIRI KITA
BERMAKNA
kita mungkin alami sindrom ' bermusuhan '
orang yang bersikap kasar dan bernada sinis
enggan didekati orang lain.
mereka sukar menjalin persahabatan malam tidak
dicari sebagai rakan yang boleh
memberi sokongan moral.
orang yang gemar bermusuh juga sering kelihatan sedih
dan disalah anggap.mereka juga merasakan
diabaikan dan seolah2 tidak wujud.
mereka terperangkap dalam pusingan tidak
dapat memuaskan keinginan sendiri.
merasa gagal
tewas.
ditolak
merasa gagal
pandangan tidak diterima.
DARI JINGGO
sifat bermusuhan biasanya dikaitkan
berpunca daripada rasa marah
UNTUK MENGAWALNYA
3 pilihan yang kita ada.
mengubah
mengelak
menyesuaikan diri dengannya

Isnin, 16 Ogos 2010

kebahagian milik kita...

apakah kita benar2
inginkan suatu kebahagian ?
jangan jauh2 mencarinya.
kebahagian itu ada dalam diri sendiri
kebahagian adalah
dalam pemikiran yang indah ,
dalam khayalanmu yang indah ,
dalam keinginanmu yang optimis
dan pada hatimu yang cemerlang
yang penuh dengan kebaikkan.
Kebahgian adalah wangi - wangian
yang tidak dapat disembur oleh orang lain
dipetik dari buku
kebahagian ada pada diri anda

kita fikir dari sudut lain....

dari sudut seorang wanita yang mengandung
anak luar nikah.
KEMANA HARUS DIADUKAN
sedangkan sistem semasa cukup untuk membuat
satu lagi label yang tidak sempurna.
bohsia.pompuan jahat.padan muka.
itulah orang dah cakap.
anak sial - malukan makayah.
PILIHAN SEMASA
tidak ada pilihan.
hanya ada satu pilihan.
hilangkah masalah semasa.
HASILNYA
HARI INI.
satu persatu kita dihidangkan cerita ini
seakan sudah jadi musim orang buang baby.
kita lihat dari sudut lain.
9 - 10 bulan dahulu dimana wanita ini.
hujung tahun.lazimnya kita dihidangkan
aktiviti demi aktiviti
cerita macam2 yang tidak sempurna.
dari jinggo
selain dari persoalan pendidikan agama
satu lagi adalah sistem sosial persekitaran kita
sendiri yang seakan memberi galakan kepada
aktiviti begini terus dan terus berlaku.
MARI KITA FIKIRKAN
sistem sosial yang bagaimana.

zaman rock kapak

jinggo paling kiri duduk
tgklah pengaruh semasa tu.
masa ni persembahan
TAHUNAN SEKOLAH
zaman rock kapak baru nak bermula
masih ingat lagu yg dimainkan
musibah + hawaii five o.
walaupun sekadar ' melagakkan ' aja
rasa inilah persembahan yang membuatkan
RAMAI YANG KENAL KAMI.
kesimpulan.
jangan nak salahkan sesiapa
bila anak sendiri dah mula naik pentas.

Ahad, 15 Ogos 2010

saya belajar....kita belajar

Saya belajar, bahawa saya
tidak dapat memaksa orang lain mencintai saya.
Saya hanya dapat melakukan
sesuatu untuk
orang yang saya cintai...
Saya belajar, bahawa susah
waktu bertahun-tehun untuk
membangun kepercayaan dan
hanya beberapa detik saja
untuk menhancurkannya...
Saya belajar, bahawa sahabat
terbaik bersama saya dapat
melakukan banyak hal dan
kami selalu memiliki waktu
terbaik...
Saya belajar, bahawa orang
yang saya kira adalah orang
yang jahat justru adalah orang
yang membangkitkan
semangat hidup saya kembali
serta orang yang begitu perhatian pada saya...

Saya belajar, bahawa
persahabatan sejati senantiasa
tumbuh walau dipisahkan oleh
jarak yang jauh.
Beberapa
di antaranya melahirkan
cinta sejati...
Saya belajar, bahawa jika
seseorang tidak menunjukkan
perhatian seperti yang saya inginkan,
bukan berarti bahwa
dia tidak mencintai saya...

Saya belajar, bahawa sebaik-
baiknya pasangan itu mereka
pasti pernah melukai perasaan saya...
dan untuk itu
saya harus memaafkannya.

Saya belajar, bahawa saya
harus belajar mengampuni diri
sendiri dan orang lain,
kalau
tidak mau dikuasai perasaan
bersalah terus-menerus.

Saya belajar, bahawa lingkungan dapat
memengaruhi peribadi saya,
tapi saya harus bertanggung
jawab untuk apa yang telah
saya lakukan...

Saya belajar, bahawa dua
menusia dapat melihat sebuah
benda, tapi kadang dari sudut
pandang yang bebeda...
Saya belajar, bahawa tidaklah
penting apa yang saya miliki,
tapi yang penting
adalah siapa
saya ini sebenarnya.
Saya belajar, bahawa tidak ada
yang instant atau serba cepat
di dunia ini, semua boleh
proses dan pertumbuhan,
kecuali saya ingin sakit hati...
Saya belajar, bahawa saya
harus memilih apakah
menguasai sikap dan emosi
atau sikap dan emosi itu yang
menguasai diri saya...
Saya belajar, bahawa saya
punya hak untuk marah,
tetapi itu bukan bererti saya
harus benci dan berlaku
bengis...
Saya belajar, bahawa kata-kata
manis tanpa tindakan adalah
saat perpisahan dengan orang
yang saya cintai...
Saya belajar, bahawa orang-
orang yang saya kasihi
sering di ambil segera dari
kehidupan saya...

Sabtu, 14 Ogos 2010

jangan harap boleh berubah...

thomas A harris dalam bukunya
I'm Ok - You're Ok
menyatakan begini
bahawa manusia boleh berubah jika dia
memahami tiga keadaaan
PERTAMA
jika mengalami penderitaan
yang cukup mengecewakan.
jika sudah terhantuk ke dinding yang
sama berkali2 dan dia sendiri
merasakan cukuplah kali ini
' aku mahu berubah '
akibat tindakan dan pelakuannya
menyebabkan dia kecewa.
perubahan akan berlaku.
KEDUA
kerana telah bosan dengan
apa yang dilakukan
KETIGA
orang yang menerima hidayah dari Allah
kuasa dalaman diri sendiri menjadi dia
merasakan perlu berubah.
DARI JINGGO
selain faktor diatas
sukar untuk melihat perubahan
menjadi agen kepada perubahan
apa yang dilihat begitulah
MANUSIA AKAN
MENENTANG PERUBAHAN
manusia tidak suka berubah
tapi akan berubah kalau dia suka untuk berubah
UNTUK ITU
kita sebagai agennya.
keharusannya menjadi orang yang disukai.
untuk itu mari kita belajar
untuk disukai oleh pelajar2 kita.
agar dihujung mereka suka untuk
BERUBAH.

Jumaat, 13 Ogos 2010

tak posa.....

ana dah mula cuti puasa
macamana nak buat.
TIDAK BANYAK YANG ABI
BOLEH BANTU.
sekadar itu dan ini aja.
APA YANG PENTING
melihat pada perubahan emosi.
yang kadang2 terlalu kritis.
ZAMAN REMAJA INI ADALAH
ZAMAN YANG PALING KRITIKAL
sebab itulah dikatakan
R
risiko
E
emosi
M
manja
A
angan2
J
juvana
A
agresif.
kerana itu.
kepada jinggo dan kawan2 yang lain
melihat perkembangan anak2 dikala usia begini.
ada sesuatu yang lain yang kita kena tahu.

Rabu, 11 Ogos 2010

dosa2 kita.....dikatakan.

dikatakan manusia ini
wealth without work
kekayaan tanpa melakukan kerja
bermaksudnya amalan memanipulasi pasaran , manusia
dengan tujuan menjadi kaya
pleasure without conscience
keseronokan tanpa kesenangan hati
hasrat orang kaya hari ini
untuk mengejar keseronokkan dan ianya semata2
sipengaruhi oleh ketamakan.
knowledge without character
berpengatahuan tanpa perwatakan
ilmu yang diasas sekadar membentuk
dasar percaya bukan kepercayaan
A diletakkan diatas segala.
kita membelakangkan persoalan softskill.
umpama macam
memberi kereta lembu kepada
orang yg khayalan ketagihan dadah
commerce without morality
perniagaan tanpa dasar akhlak dan etika
matlamat yang menghalalkan semua cara.
asasnya adalah
keseronokkan
kebendaan.
science without humanity
sains tanpa kemanusian
sains memusnahkan kehidupan manusia
religion without sacrifice
agama tanpa pengorbanan.
politics without principle
kita rujuk kepada apa yg berlaku dipersekitaran
DARI JINGGO
dosa2 ini pasti akan merosakan ketamadunan
apa pilihan kita.
duduk dan berapa dalam satu persekitaran
yang begini.
AKHIRNYA JADILAH KITA
ini aku
famili aku
persekitaran aku.
YANG LAIN.
BIOR LANTAK.
akhirnya.

puasa budak2 dan aku .

Cgu cakap posa tak boleh korek hidung
cgu cakap posa kena makan kurma dulu
cgu cakap itu
cgu cakap ini.
ITU KISAH ANAK2.
dulu masa kecik2
tak tahu dari masa sumber
TAK BOLEH
TEKAN AIRLIUR.
maka bayangkan.asyik nak meludah aja.
POSA ZAMAN KECIK.
macam satu pesta more yang cukup meriah.
sudah menjadi satu keseonokkan.
tgk giliran sapa yg menyediakan makan yang ' luarbiasa '.
sapa sediakan ayam dah kira luarbiasa masa tu.
YANG MENARIK LAGI.
kalau tak tahan posa
belakang rumah ada sungai.
asyik nak mandi aja.
asyik tertelan air aja.
POSA BILA DAH BESAR
mula dengar perkataan gastrik
penyakit yang datang dikala bulan posa
semua tu diambil kisah
BILA SAYA SENDIRI
dapat gastrik.memang azab menjadi orang
yang tak boleh lapar.
dalam tempoh 6 bulan terakhir.
kerisauan satu aja
MACAMANA NAK HADAPI RAMADAN.
akhirnya hari ini.
semua sudah ok.
semuga Ramadan ini
menjadi Ramadan terbaik.
kita dipermudahkan dan diberkatiNya.

Selasa, 10 Ogos 2010

macam tu ke...

Dr David M Burns menyatakan dalam bukunya
orang yg ' perfectionst ' cenderung memiliki ' standard '
yang tinggi dengan dirinya
SEMUA MAHU SEMPURNA
baiknya orang begini
boleh menguntungkan kerana saat menginginkan hasil sempurna
otak orang tersebut akan mengarahkan usaha secara maksimun.
yang tak baiknya.
sentiasa akan mengkritik diri sendiri
dan merasakan setiap kerja ada yang tidak sempurna.
BIASANYA
semuanya akan berakhirnya dengan kekecewaan
mengejar kesempurnaan umpama macam
usaha untuk menangkap angin.
KESAN KESEMPURNAAN YANG DICARI.
sering stress
dengan meletakkan ukuran tertentu
menjadikan sukar untuk dicapai.
ini berdasarkan standard yang tinggi
diletakkan dalam sesuatu kerja.
sukar berkerjasama.
sukarnya berkerja dengan orang begini.
si perfectionist suka memaksa orang lain
untuk turut meletakan standard yang dimahukan.
disebab kesukaran mendapat kesempurnaan
dari orang lain.maka akan mengujudkan
hubungan yang negetif dengan orang lain
kalah sebelum bertanding
mereka bukan orang yg berani
ambil risiko dalam merancang sesuatu.
semua akan dikaji dahulu agar
kesempurnaan ditemui.
bagi orang begini - jangan berani mencuba
andai kita rasa akan gagal.
mereka takut untuk mencuba hal2 baru.
kegembiraan tersekat
dalam hidup mereka tidak pernah
berhenti berfikir.menkaji dengan teliti
walaupun hal yg remeh temeh
akhirnya tidak pernah rasa gembira kerana
sering dihambat dengan perasaan berdebar2 dan takut
apa yang dilakukan
BERHADAPAN DENGAN KEGAGALAN.
dari jinggo
saya mengalami proses pendidikan
praktikal berkerja dalam
satu organisasi yang besar di PLKN.
pengalaman bersama kelompok ini
memang kita sendiri
TEKANAN.
( kalau berketuakan kelompok ini )
dan saya sendiri sudah melihat
dihujung kerjaya sesorang yang berada
dalam kelompok ini.
samada kerjaya
samada hubungan sosial
SEMUA BERAKHIR DALAM KEADAAN
YANG TIDAK SEMPURNA.

Ahad, 8 Ogos 2010

kembari si buta


satu keinginan yang sukar
BERSAMA SEBAHAGIAN PENGAWAS
SMK SERI UTAMA
kenapa sukar.
cerita sudah terlalu banyak.
hubungan yang berantakan dikalangan sesama
hubungan yang tidak sempurna dikalangan guru - murid
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA

kita ada pertemuan yang amat manis kita
ada cerita yang indah untuk dikenang.

CERITA KITA TIDAK AKAN BERHENTI DISINI.
kenapa pelajar SMK Sri Utama
kalau baca blog ini.

INI CERITA CGUJINGGO
hidup ini umpama kita lalui satu
perjalanan ala2
KEMBARA DIBUTA.
asasnya sudah disediakan.
kita tidak tahu apa yg ada dikiri kanan kita.
kita hanya ada tali yg menjadi asas.
DAN KALIAN

telah berjaya lalui satu perjalanan yang
bukan sekadar ada tali.
ada lumpur.
ada bau yg tidak enak

ada keupayaan yang dicabar.
YANG PENTING

jangan lepaskan tali.
itu arah yg disediakan.

Khamis, 5 Ogos 2010

terima kasih....kita akan jumpa lagi




kita kongsikan satu
LAGI PENGALAMAN BARU
ini merupakan kem yg ke3 untuk anak macam ni
SEMUANYA PANDANGAN YANG SAMA
guru2 yang memilih kerjaya
untuk menjaga anak2 ini
ADA ANUGERAH LAIN
yang Allah tak berikan pada guru2 lain.
layan semua kerenah anak2 ni.
yang menariknya
pertumbungan hormon anak2 ni normal
maka yang jadi mangsa seterusnya adalah
guru2 yang muda.
CGU INI SAYANG SAYA
CGU INI MAKWE SAYA
kesimpulan dihujung.
terimakasih
ABANG ALIF ' BINTANG KECIL '
kerana masa yang diruangkan
untuk kita sama2 melibatkan diri.

Rabu, 4 Ogos 2010

namun ku punya hati....





untuk kali keseterus
saya berpeluang untuk bersama
ANAK2 KELAS KHAS
mungkin saya sendiri istimewa barangkali
boleh bercakap bahasa anak2 ni.
bersama anak2 ni.cukup untuk dikatakan
ORANG YANG BERSAMA MEREKA
PUN DALAM KELAS KHAS JUGA

selamat ulangtahun....

sambutan ulangtahun
UNTUK MACAM2 CERITA.
ulangtahun perkahwinan
ulangtahun kemerdekaan
CERITA INI BERBEZA
ulangtahun ke3 menjadi makayah kepada anak2 ni.
ogos datang dan ogos pergi
cerita ogos pertama
tidak sama dengan cerita ogos ketiga.
KADANG SUKAR UNTUK DIKONGSIKAN
cukup dikatakan.
INILAH HARGA YANG PALING MAHAL
yang perlu dibayar.dan sudah dibayar
Eco Kid Adventure on Facebook