Isnin, 30 November 2009

tangan yang memberi


MEREKA YANG MENERIMA
memperolehi sedikit
MEREKA YANG MEMBERI
memperolehi banyak
itu kata seorang ahli falsafah cina LaoTzu
APAKAH ERTI MEMBERI
dalam konteks hubungan sosial
memberi dilihat sebagai satu hubungan yang mampu
meningkatkan kasih sayang.
seorang ahli sufi menyatakan
KITA MEMPEROLEH KEHIDUPAN DENGAN APA
YANG KITA DAPAT.
KITA MENIKMATI KEHIDUPAN
DENGAN APA YANG KITA BERI.
memberi akan membuka laluan kepada orang lain menerima
DAN LAGI
ahli teologi terkemuka dalam buku hebatnya
Albert Schweitzer.
kita perlu membuat sesuatu untuk orang lain pada
setiap hari dimana kita
tidak dibayar untuknya.
Itu memang berbaloi di cuba - tiada
orang yang jatuh miskin dengan
memberi sesuatu pada orang lain.
TAPI INGAT
kita tidak akan dikatakan memberi
KALAU
kita memberi barang2 yang tidak bermakna pada diri
kita masih mengingati ( mengunkit ) hadiah yang diberi.
mengingatkan orang yang kita pernah memberi - kita harapkan sesuatu.
DARI JINGGO
dalam perjalanan sebagai seorang ' pemberi '.
mungkin itu yang boleh saya katakan berdasarkan ' pulangan ' yang saya terima
tidak seperti ' orang2 yang sekerjaya ' dengan saya.
APA YANG SAYA BELAJAR
melalui proses ini saya melihat.
hidup ini macam gema.
kita memberi dan kita menerima.
PERCAYALAH.
ada kalanya kita rugi disini
ada kalanya kita untung disana.
untuk itu kepada rakan2.
MARI LAH KITA MEMBERI
apa yang kita suka dan senang.
kerana yakinlah itu nikmatNya dan dipinjamkan pada kita.

Ahad, 29 November 2009

untuk diri sendiri..........


Dari mana datangnya emosi kita setiap hari
Mengikut kajian pakar2 psikologi , emosi2 kita datang dari fikiran sendiri -
bukan dari hati seperti biasa disangka
Apakah faktor yang mencorakkan emosi kita
faktor luaran
faktor dalam
keduanya memberi cerita kepada emosi kita
faktor luaran tidak boleh dikawal sementara faktor dalam boleh dikawal.
kita boleh mengawal perkara2 yang kita fikirkan.
biasanya kita percaya bahawa peristiwa2 yg berlaku di luar diri kita yg menyebabkan kita menjadi seronok , suka , marah ataupun sedih.
APA YANG MENYEBABKAN EMOSI KITA TERGANGGU
kajian menyatakan
yang menimbulkan segala emosi kita adalah
fikiran - fikiran kita
kita memberi makna pada setiap peristiwa.ini di bantu oleh suara2 kecil kita.
INI YANG MENCETUSKAN MAKNA..
dan MAKNA ini akan mencetuskan MOOD
dan emosi2 yang selaras
dengan MOOD yang kita fikirkan.

INI BERMAKSUD KITA YANG MENCIPTA EMOSI KITA
MELALUI PEMIKIRAN KITA.
untuk itu kita mengawal emosi - kawal pemikiran kita.
dan juga
bagaimana kita mengawal emosi dan mood kita hari ini...
sebab segalanya dalam pemikiran kita.

Sabtu, 28 November 2009

diantara yg tidak dikorbankan



sapa yang biasa dengan teluk intan
mungkin ada tahu
dan ramai yang tak tahu kedai MeeRebus ni
MeeRebus Kamaruddin
dari dulu hingga sekarang masih tidak
diKORBAN
identitinya
TERINGAT
masa kecik2 : kalau ke teluk intan memang tak sah
kalau tidak kesini.
dan hari ini zaman dah berubah.
2009
SETIAP KALI
balik ke teluk intan : mesti singgah kesini
banyak dah berubah dipersekitaran.
KEDAI INI
masih dengan identitinya tersendiri.kerusinya.mejanya.air manisnya.
DARI JINGGO
suka dapat berbual panjang dengan PakDin.
sepatah katanya yang diolah - dari bahasa perak.
HIDUP KITA : BIAR PUN TAK SEHEBAT MANA
dari pandangan orang
TAPI BAGAIMANA KITA BERKONGSI ' KEHEBATAN '
DENGAN ORANG LAIN.
dan begitulah
kalau semua orang balik teluk intan.masuk dan datang dengan kenangan.
ini satu kehebatan.

nak tolong promosikan satu bahan bacaan terbaru.menarik untuk dijadikan satu lagi bahan yang mesti beli @ baca.

Jumaat, 27 November 2009

korban kepada diri kita..


dari 4 orang pewaris jinggo
2 di korbankan.
kenapa.
KITA
mengorbankan diri
korbankan diri
2 cerita yang berbeza.
dari jinggo
proses kehidupan yang mungkin kita kadang2
tidak ada banyak pilihan menjadikan
2 pewaris jinggo semakin jauh.
ADA KEPERCAYAAN YANG MENJADIKAN
yang menjadikan kami semakin jauh
tidak moleknya untuk dikongsikan.
cukup untuk dikatakan.
ANAK2 MEMBESAR DENGAN APA YANG MEREKA PERCAYA.

Rabu, 25 November 2009

banyak yang kita diajar


kami belajar lagi.
TERLALU MENARIK PENGALAMAN YANG
MAHU DIKONGSIKAN.
percayalah
bahawa kejayaan kita dalam hidup sebahagian besar dipengaruhi oleh
sistem ' acuan ' awal.
kita tidak akan berjaya
kalau sekadar.
MENGIKUT FITRAH SEMATA.
kita perlu di bentuk.
TAPI BAGAIMANA
kalau ada orang yang tidak berpeluang dibentuk.
maka jadilah mereka
anak2 yang tahu apa yg sekadar mereka tahu.
anak yang belajar sekadar apa yg mereka diajar.
anak akan terasuh sekadar apa yg mereka diasuh
TAPI TANGGUNGJAWAB SIAPA YANG MENGISI SEMUA
RUANG YANG KOSONG INI.
berpeluang bersama anak2 yang seakan di' abai ' kan.
cukup untuk membuatkan kita sesama harus berfikir.
MEREKA JUGA BERHAK MENIKMATI
APA YANG KITA NIKMATI
walaupun tidak berpeluang.

Selasa, 24 November 2009

namun ku punya hati....

namun ku punya hati.
pengalaman bersama sekumpulan anak yang mungkin
kita tidak pernah
- terfikir - bahawa dunia ini ada cerita lain.
dunia yang ada mak dan ayah
dunia yang ada gurau senda adikberadik lain
dunia yang ada makayah ' bising2'.
dunia yang ada aktiviti itu dan ini.
YANG KAMI ADA.
dunia kami hanya kami tahu
kami hanya ada kawan2.
yang senasib dengan kami.
yang tidak pernah ada cerita lain.
kami ditempatkan disebuah rumah kebajikan.
inilah dunia kami yang ..
kami tahu.
ini semua famili besar kami.
NAMUN KAMI PUNYA HATI.
dari jinggo
3 HARI 2 MALAM
mengendali program 'bina insan ' bersama anak2 yang mungkin tidak
pernah bekersempatan di ' bina ' dahulunya.
hasilnya mengikut penjaga mereka.
MAAF EN JINGGO
semuanya kosong.
segala pengisian kehidupan
dari fizikal ke mental.
kosong.
dan berkesempatan mengisi ruang kosong.
BUKAN MUDAH.

Ahad, 22 November 2009

nikmat rehat...

sesekali mungkin begini agaknya hidup.
KITA PERCAYA.
hanya ada satu jalan untuk berjaya
KOMITED DAN DISILPIN.
dan mungkin ada kala ketikanya kita sukar untuk
PERCAYA
yang orang juga
KOMITED DAN DISIPLIN
hari ini.
dari jinggo untuk jinggo
PERCAYALAH
berikan kepercayan yang orang lain
tidurlah.
ADUHAI - NIKMATINYA ERTI REHAT
yang selama ini di cabut..

Jumaat, 20 November 2009

kalaulah ada cuti...........

Selamat Bercuti
kepada semua rakan2 guru.
dan selamat ' mengatur ' jadual baru
kepada mak + ayah
kerana anak2 sudah bercuti
kepada orang bujang
ATURAN SAMA
kecuali cuti kahwin.
KEPADA JINGGO
menarik cuti sekolah kepada kami
21 - 23 Nov
Summer Camp dengan kerjasama UIA
23 - 25 Nov
Summer Camp untuk Radi's Group
31 - 2 Des
Summer Camp Radi's Group
2 - 4 Des
Group Ita dari Rufaqa.
4 - 6 Des
Summer Camp Pusat Pendidikan Awal
8 - 10 Des
Majlis Perbandaran Petaling Jaya
15 - 17 Des
Summer Camp - Unit Pendidikan Angkatan Tentera.
KAMI TIDAK BERCUTI
bagaimana aturan seterusnya.
aturannya
saya tidak akan berada disini.
saya akan bangun dan dengar bunyi sungai
saya akan mandi air sungai + air terjun
SETERUSNYA.
ini ruang.
ini jua peluang
untuk menyebarkan ilmu dalam konteks perkongsian ilmu.

hari ini ada keputusan..

Semalam ada banyak keputusan.
dan tentu keputusan hasil dari
TINDAKAN
yang datang dari
KOMITMEN
kita mulakan begini.
SITUASI 1
seorang rakan pesyarah UM.mengajar satu subjek wajib yang semua student UM kena lalui.
mahu tak mahu semua kena datang kelas.dengar dan ambil exam.
dan sudah seminggu saya mendengar rungutan.
U TENGOK INI.
hasil tindakan mahasiswa/siswi sebuah Universiti Malaya.
kenapa macam tu.
ginilah - subjek i ni memang budak tak suka tapi wajib kena ambil.
macam i cerita dulu.komitmen student terlalu ' poor ' .
duduk kerusi belakang.
malas bertanya
tak nak buat homework
masuk kelas pakai sliper
layan facebook dalam kelas.
I KEJAM KE.BILA I NAK GAGAL KAN BUDAK2 NI.
dan kesempatan untuk tengok.
ratanya datang dari kelompok student sastra + pengajian islam
bezanya dengan student kejuruteraan + perubatan.
( minta maaf )
ratanya student ini datang dari negeri TOT...
rakan pensyarah MENGAMUK bila dia di cop sebagai
PENSYARAH KEJAM
SITUASI 2
kami sudahkan di OneUtama.
tengok Mj dan That Is It
SAYA BUKAN PEMINAT MJ.
tapi cukup hebat kalau mahu dilihat ciri2 orang hebat.
MJ tahu semua.apa yang di buat.
semasa latihan konsert tu - dia terlalu tahu.
dan sepanjang konsert itu - komunikasi sesama rakan cukup hebat.
SOFTSKILL CUKUP HEBAT.
komitmennya cukup terserlah.
SITUASI 3
keputusan UPSR.
bertalu2 dari pagi.dimulai dengan 11 pagi sekolah di Balok.sekolah cgu YM.
kami dapat 25 orang 5A
GB nak ajak ke KFC
Asunta 2 - 21 orang 5A.
Puchong 2 - 95 5A.
dan beberapa sekolah yang pernah bersama kami.
dan beberapa sekolah lain yang hanya berhenti bila saya menutup YM.
KESIMPULAN
keputusan dikaitkan dengan tindakan.
tindakan dikaitkan dengan strategi
strategi dikaitkan dengan tujuan.
PROSES KESEMUANYA MESTI DIMULAI DENGAN
keseronokkan melalui proses tindakan.
keseronokkan bertindakan datang melalui pakej.
contoh terbaik SK Asunta 2.
cgu2 sudah hilang keseronokkan.bila makayah mula ' mengintai2 ' untuk mencari dimana salah cgu.sehingga seorang guru yg hebat
DI SAMAN.
semuanya hasil dari tindakan.

Khamis, 19 November 2009

kita semua diajar

Kadang kita menjadi tidak keharuan.
satu persatu hidup yang seakan tidak adil dengan kita -
kita mula menyatakan betapa tidak adilnya dunia ini untuk kita.
Bencana tertentu tidak pula menimpa orang lain.
kenapa kita.
Orang tertentu mendapat pelajaran tertentu.
Kita boleh memilih satu daripada tiga reaksi
terhadap semua bencana.
HIDUP AKU ADALAH SATU SIRI PELAJARAN YANG
DIPERLUKAN TERSUSUN BAIK SEKALI
HIDUP ADALAH LOTERI , APA SAJA YANG DATANG ,
KUTANGANI SEBAIK MUNGKIN.
KENAPA KEJADIAN BURUK SENTIASA AJA MENIMPAKU
kita tidak putus2 diberi pelajaran.
sehingga kita memahami pelajaran itu , kita kena mengambilnya lagi....
Katakan ini rancangan Allah.dan pastinya ia tetap berlaku.
Mahu tak mahu ia tetap akan berlaku.
terima tanggungjawab @ katakan diri jadi mangsa ,
hadapi @ buat tak tahu - ia tetap berlaku.
Ia tidak berlaku seumur hidup kita.
DARI JINGGO
bertindak dengan anggapan setiap peristiwa ada tujuan.
maka hidup kita akan mempunyai tujuan.
setiap peristiwa ada potensi untuk
mengubah kita ,
dan bencana mempunyai potensi terbesar untuk
mengubah pemikiran kita.

ini puncanya.....

kembali sibuk di Inst Kajian Dasar
Bersama Khalid Jaafar.
APABILA rasa takut, marah, tertekan dan berlaku perubahan emosi secara tiba-tiba, badan kita mengeluarkan adrenalin. Secara fisiologi kita akan menunjukkan reaksi dan bersedia untuk melawan atau cabut lari (fight or flight).
Jantung berdebar kerana kadar kelajuan jantung bertambah, pengaliran darah ke perut dan otak berkurangan. Pengaliran darah ke otot bertambah! Jika ada perasaan takut, aliran darah ke kulit berkurangan, muka menjadi pucat.
Maka, reaksi 'fight fright or flight' menjadi suatu liabiliti. Ini lebih-lebih lagi, apabila keadaan tekanan (stress) berpanjangan dan adrenalin serta insulin sentiasa dirembeskan. Akibat tindak balas ini adalah 'penyakit'.Organ yang sentiasa kekurangan darah akan menjadi lemah dan tidak keruan. Organ yang mendapat lebih darah pun akan mengalami 'kesesakan'.
Banyak kajian menunjukkan bahawa faktor yang menyebabkan tekanan bagi seorang mungkin tidak menyebabkan tekanan kepada orang lain.Jadi faktor yang menyebabkan tekanan, bukan semata-mata kerana keadaan yang tegang atau sukar,
tetapi sikap seseorang itu melihat atau menanggapi sesuatu keadaan.
Tekanan bukan disebabkan semata-mata keadaan luaran
tetapi tindak balas dari badan sendiri terhadap sesuatu rangsangan.
Jadi kita harus meneliti semula reaksi badan kita ini. Sebenarnya ada jalan untuk mengubah tindak balas badan iaitu dengan perubahan sikap yang hanya boleh timbul selepas mengenali diri, reaksi badan dan mengenal pasti apa yang menyebabkan reaksi tekanan.
Kita mula menyalahkan nasib malang dan tidak melihat ini sebagai
masalah diri yang perlu ditingkatkan.
Maka, rangsangan dan tindakbalas yang dilakukan menjadi tidak sesuai.
Apakah strategi yang mudah kita lakukan
untuk menangani tekanan.
Memahami bahawa perubahan sikap adalah perlu.
Bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan dan reda atas segala dugaan serta sentiasa melihat kepada kelebihan, jangan memikirkan kekurangan.
Mengenali reaksi badan dan memahami ada masanya reaksi badan tidak sesuai serta berusaha mengubah reaksi badan dengan melakukan teknik pernafasan melalui latihan jasmani (breathing exercise) dan rohani melalui tafakur.
Ada masanya kita tertekan oleh perangai orang lain, dia tidak seperti yang kita sangka, sebab perangai dan perbuatannya lain daripada hakikat. Terimalah hakikat dan buangkan pengharapan kita. Terimalah semua manusia seadanya. Terimalah perbezaan pendapat dengan cara yang baik dan bertata susila.
Faham bahawa kita boleh mengubah diri sendiri
dan hanya dengan perubahan diri yang kita dapat menangani emosi dan keadaan apa juga pun. Kita tidak boleh mengubah diri orang lain.
Dapatkan kekuatan dan ilham diri dari tafakur, solat dan doa.
Belajar cara yang paling berkesan untuk melakukan segala ibadat ini.
Belajar untuk bersabar dengan kerenah manusia sebagaimana Rasulullah bersabar dengan penduduk Taif yang melemparnya dengan batu. Namun, Baginda berdoa "Ya Allah, ampunkanlah mereka kerana mereka tidak ketahui apa yang mereka lakukan."
DARI JINGGO
untuk dikongsikan.
saya mengalami proses yang cukup menakutkan.
apakah sudah berakhir semuanya disini.
semua tidak keharuan.
akhirnya.
tidak keterlaluan dikatakan.
saya kembali melihat dunia dari sudut yang berbeza.
mula mencari erti lain bahawa sumbangan dan nikmat ini harus disertakan dalam
IBADAH.
kerjaku keranaMu
membacaku keranaMu
menulisku keranaMu
berkerjayaku keranaMu.

Rabu, 18 November 2009

jangan diharap sangat...

jika kita mencari seseorang agar mengasihi kita sebagai langkah pertama dari
PROGRAM KASIH ANDA
kita akan menjalani kehidupan dengan perasaan kecewa.
kasih dimulai dengan mengasihi diri anda sendiri .
kajian pakar ilmu kejiwaan menyatakan
kita tidak dapat memberikan cinta kita kepada orang lain
KITA HANYA DAPAT MENGASIHI
mengasihi bererti belajar untuk mengasihi
fikiran sendiri dan persekitaran.
DARI JINGGO
mungkin sudah terlalu lama kita tidak menyayangi diri sendiri.
mungkin diluar kesedaran.
sebagai guru - anak murid lah segalanya
sebagai ayah - anak2 lah segalanya
sebagai suami - isterilah segalanya
sebagai rakyat - PM lah segalanya
BILA UNTUK DIRI SENDIRI.
hari ini menghabiskan masa yang panjang di hospital.
berbaris ramai orang2 yang tidak menyayangi diri sendiri.
disana ada ahli politik yang mendahulukan pengikutnya
disana ada taukeh yang mendahulukan pekerjanya
disana ada - penyanyi - yang mendahalukan peminatnya.
ada ramai berbaris.
dan disini.
MARI KITA BELAJAR UNTUK MENYAYANGI DIRI SENDIRI

Selasa, 17 November 2009

kita untuk kita...

salah satu asas untuk melakukan sebarang perubahan
anda harus memenuhi keperluan diri anda sendiri terlebih dahulu.
TANGGUNGJAWAB KITA BUKAN UNTUK
MENYENANGKAN ORANG LAIN TERLEBIH DAHULU.
nampak seperti ada keangguhan disitu.
seorang ahli akademik menulis begini.
setelah kita melakukan yang terbaik untuk diri sendiri barulah terdaya kita
memberi sumbangan dan layanan yang terbaik bagi
ahli keluarga
kawan2
masyarakat
agama
negara.
dr seabury dalam buku
ART OF SELFISHNESS menyatakan.
jangan bimbang tentang keadaan dunia
jika anda bimbang
perasaan itu akan menghancurkan diri anda
fikirkan masalah satu persatu.
senangkan diri anda
lakukan sesuatu untuk anda dan orang2 lain akan menyokong anda.
MASANYA TELAH TIBA UNTUK ANDA MENYOKONG DIRI SENDIRI
dari jinggo.
BIAR DIMANA DAN BAGAIMANA
MARI KITA MENYOKONG DIRI SENDIRI.

Isnin, 16 November 2009

ubat terbaik.....

mungkin ini satu lagi perkongsian untuk boleh ' mengeluarkan '
suara2 kecil yang selalu berbisik.
menyatakan itu ini.
kesal itu dan ini.
resah itu dan ini
salah itu dan ini.
SEMUANYA DALAM DIRI SENDIRI.
seharian menhabiskan masa mencari ' orang2 agama ' untuk mencari semula
titik mula dimana harus dimulakan.
TOLONG JUMPAKAN SAYA DENGAN SESEORANG INI.
itu pintaan saya.
menunggu.
dan berhasil.
INI HASILNYA.
saya tersasar dalam membuat beberapa penafsiran2.
ketidakmampuan semasa menerima ketentuanNya.
ketidakmampuan semasa menerima ini aturanNya
ketidakmampuan semasa menerima ini kehendakNya.
SEMUANYA DALAM DIRI SENDIRI.
yang dibedakan samada kita mampu zahirkan dalam bentuk tindakan.
dan dihujung pertemuan.
KITA SUDAH MEMILIH HIDUP BEGINI.
BERTANGGUNGJAWAB LAH.
kerana amat2 diyakini.
kecelakaan hidup tidak datang secara terus
proses yang beransur2.
TERIMA KASIH KERANA ' KESULITAN ' INI.

Ahad, 15 November 2009

terima kasih....

Aku minta kepada Allah setangkai bunga segar
Ia beri kaktus berduri
Aku minta kupu2
Diberi ulat berbulu
AKU SEDIH DAN KECEWA
Namun kemudian kaktus berbunga
Indah sekali
Dan ulat itu pun menjadi kupu2 yang indah..
ITULAH JALAN TUHAN
INDAH PADA MASANYA
Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan
Tetapi Dia memberi apa yang kita kita perlukan
Kadang2 kita sedih dan kecewa , terluka.
Tetapi jauh diatas segala Dia telah mengaturkan yang terbaik untuk kita.
terima kasih sis izzati melalui SMS.
pelatih maktab perguruan dungun.

Sabtu, 14 November 2009

jinggo - kamu mesti kuat.....

terima kasih kerana komiten berterusan rakan2 guru dari Sk Asunta 2.
kerana bukan mudah nak mengajar pelajar yang
' begini '. apa yg penting :
kita kena laksanakan apa yang patut
kita laksanakan
( 2 pelajar balik sebab : 1 - kena denda 2 - program padat - tidur lewat )
DAN MINTA MAAF CGU2
diluar pengetahuan cgu2
sedang berperang.
PAGI JUMAAT.
dada berdebar - serba tak kena.
semua macam tidak keharuan.
saya lawan cgu2 - pagi tu.
Akhirnya saya tumpas
sehabis slot pertama.
saya terus ke Hospital Orang Asli
DR SAYA TERTEKAN
hasilnya.itu graf denyutan jantung saya
Ini hasilnya setelah saya dikurung
3 jam
dengan berbagai persoalan
kenapa aku di tahan
macamana kalau begini dan begini.
AKHIRNYA.
surat rujukan telah dikeluarkan
SAYA AKAN DIRUJUK KEPADA
orang tahu mengendalikan persoalan
TEKANAN.

Khamis, 12 November 2009

kita memang berbeza.....

KITA MEMANG BERBEZA
Apa yang menjadilka kita berbeza - dalam kontek Perpaduan
( Melayu , Cina dan India dan seterusnya )
DAN SESAMA KITA PUN BERBEZA
kita masyarakat YANG berbeza dan hidup dalam satu komuniti yang arahnya sama. Keharmonian bersama kaum. Tapi kita sering berbeza.
lama duduk menyelak buku itu dan ini - akhirnya ini intipati yg mahu dikongsi dan seterus menjadi sebahagian daripada cerita kita.
Berdasarkan kajian besar menyatakan kita berbeza di sebabkan oleh
FASIOLOGI ( fizikal )
tinggi.rendah.hitam.putih.

SOSIOLOGI ( persekitaran )
kaya.miskin.susa.senang
PSIKOLOGI ( emosi )
begitulah juga dalam perhubungan sesama - kita sering berbeza.
Ketidaksamaan ini menjadikan kita berbeza -
Konflik dari penafsiran seterusnya membutir impak yg tidak molek untuk kita lihat.
Kajian menyatakan kita berkonflik disebabkan
K + M + H = K ...karektor + matlamat + Halangan = Konflik.
Untuk itu apa tindakan kita :
sejauh mana kemampuan kita untuk menyamaratakan MATLAMAT zahir daripada Karektor yg dibentuk dari sistem awal ( agresif , asertif dan pasif ). kesamarataan matlamat akan mengurangkan halangan dan seterusnya konflik mampu dielakkan
KITA FIKIRKAN
kita dah jenuh melihat konflik sesama.
sejauhmana kemampuan kita untuk menyamaratakan matlamat itulah persoalan yang mungkin menjadikan halangan itu berbeda.
kita fikir2kan.

Rabu, 11 November 2009

mari kita mengumpat...sebanyak mungkin !

ingat orang yang mengumpat bersama kita hari ini
mungkin akan mengumpat kita didepan orang lain..
mengumpat dan penipu saling berhubung kait
umpatan tersebar dengan pantas dan selalu dibualkan.
KAKI MENGUMPAT TIDAK PERNAH MENCERITA
MENGENAI DIRI SENDIRI
mengumpat lebih menekankan kepada apa yg
DIDENGAR
oleh mereka bukannya apa yang mereka
DENGAR
pujangga ilmu menyatakan
rata2 orang mengatakan tentang orang lain
orang yg sederhana memperkatakan
tentang perkara harian
orang hebat memperkatakan mengenai pendapat
pengumpat tidak menhormati keadilan
KITA BERTANYALAH PADA DIRI.
jika kita terlibat + terdengar
adakah ianya benar
adakah ianya baik
adakah ianya perlu
adakah saya menyebar khabar angin
adakan saya seronok menyebarkan khabar angin
adakah berbualan saya bermula
JANGAN BERITAHU ORANG LAIN
dari jinggo
dunia hari semua orang mahu jadi pemenang
dunia sosial semasa
dunia politik semasa
dunia politik maya.
proses untuk jadi pemenang kadang2 kita tersasar.
orang2 hebat mengatakan tentang pendapat.
diolah dari buku U Can Win - Shin Kera

MESTI BACA

kegagalan bukan satu kejadian yang mendatangkan
bala bencanakita tidak gagal mendadak. kegagalan adalah hasil daripada tidak dapat mengelak himpunan
pemikiran dan pilihan yang kurang tepat.
lebih mudah lagi , kegagalan tidak lebih dari
beberapa kesilapan dalam pertimbangan yang kita buat.
PASTINYA
tidak berlaku sekelip mata.
PERCAYALAH
kesakitan dan kekesalan mengenai kesilapan membuat keputusan kadang2
dilengahkan ke masa depan.kesannya jarang berlaku sekelip mata :
sebaliknya ia berhimpun sehingga tidak dapat dielak.
dan ada harga yang perlu dibayar
kerana membuat
kesilapan yang kita pilih.
KEGAGALAN TIDAK MENJERIT
tanda amaran memberitahu kita
SETERUSNYA
kegagalan dikaitkan dengan keputusan dan pilihan.

Selasa, 10 November 2009

semua mahu dihormati....

ketika seorang ahli samseng ditanya kenapa membawa pistol
SEBELUM SAYA MEMILIKI PISTOL
SAYA TAK DIHORMATI
KINI SAYA DIHORMATI.
kita semua mahu dihormati
sehinggakan ada orang yang memilih kerjaya tertentu semata2
untuk mendapat penghormatan
PERASAAN HORMAT
ada hubungan dengan harga dan keyakinan diri
MENGHORMATI BERMAKNA MELAYAN ORANG SEBAGAIMANA
ANDA MAHU ORANG MELAYAN ANDA.
menurut satu pandangan
insan yang menghormati orang lain menjadi pendengar yang baik
bertimbang rasa - akur dengan hak sendiri dan citarasa oran lain.
dari jinggo
itu satu lagi fitrah manusia.
dimana2 pun kita mahu dihormati
dan bagaimana kalau kita tidak dihormati.
anak tak lagi homat makayah
anakmurid tak lagi hormat cgu2
rakyat tak lagi hormat PM
kawan2 di blog tak lagi menghormati sesama.
SETIAP MANUSIA YANG WUJUD DISINI
MEMPUNYAI PERANAN MASING2
SAMADA KITA BERSETUJU DENGAN APA
YANG MEREKA LAKUKAN @ TIDAK.
kepada saya.
amat meyakini kepada konsep
ini pandangan saya
saya menhargai pandangan anda

hari yang teruk

Mungkin ini yang dikatakan
PENGARUH KUASA TARIKAN
serba tak kena.
seawal pagi.
talian internet kat rumah rosak.
kereta tak mahu hidup
bateri lupa tutup
dah keluar.jiran call
paip tak tutup.
lagi malang - seterika pun tak tutup.
NAK JUMPA KAWAN
janji pagi - ditunda pukul 4 ptg
dari rumah ke Pekan Bukit Beruntung.
5 km - berjalan kaki.
orang lalu lalang - sorang pun tidak ada
keinginan nak berhenti.
BUAT N3 BARU PASAL ' VIRUS ' DI DUNIA BLOG
ada tetamu ' warning '. N3 tu tidak sesuai kalau tidak...
ANAK2 CALL
nak duit beli itu dan ini .
SEKARANG
kesimpulan hari ini.
saya akan stop disini dari berurusan dengan orang.
saya kirakan ada yang tidak sempurna dimana2.
mungkin yang terbaik.
ke masjid Bukit Sentosa.
dan menanti esok.
STOP

Isnin, 9 November 2009

hidup mesti begini...

Dr David M. Burns menyatakan
individu yang ' sempurna ' cenderung memiliki ' standard ' yang tinggi dalam segala hal terutamanya berhubung dengan dirinya.
dikatakan biasanya ' standard ' tersebut telah di program sejak kecil lagi.
DIKATAKAN
dalam kadar tertentu - sifat ' kesempurnaan ' boleh menguntungkan
kerana keinginan untuk melahir kesempurnaan.
tetapi ada juga yang terdorong kearah negetif.
INDIVIDU JENIS INI BIASANYA HOBINYA
ADALAH MENKRITIK DIRI SENDIRI.
dan sering beranggapan setiap kerja yang dilakukan ada sahaja yang tak kena.
bagaimanapun sifat ini biasanya cenderung berakhir dengan kekecewaan.
MENGEJAR KESEMPURNAAN UMPAMA
BERUSAHA UNTUK MENANGKAP ANGIN.
kesan dari karektor ini
sering tertekan
dengan standard yang ditetapkan kadang2 menjadi kelompok sentiasa berada dalam tekanan.
sakit hanya disebab mencari kesempurnaan
sukar berkerjasama
kerana standard tidak sama dengan orang lain.
dan ketidakupayaan untuk menyamaratakan standard menjadikan
kelompok ini terlalu sukar untuk bersosial.
dikatakan juga sikap tidak mudah berkompromi dengan standard menjadikan
beban dalam hubungan sosial
kalah sebelum bertanding
berdasar satu bacaaan menyatakan : orang begini biasa beranggap
jangan berani mencuba andai kita merasa akan gagal
akhirnya tidak ada perkara baru dalam hidup.
kegembiraan tersekat
dalam hidup kelompok ini tidak pernah berhenti berfikir
mana tidaknya - setiap apa sahaja yang dilakukan perlu dibuat kajian walaupun isu yang remeh temeh.kesannya kelompoknya tidak akan merasa gembira kerana sering dihambat dengan perasaan berdebar2 dan takut apa yang dilakukan berhadapan dengan kegagalan.
DARI JINGGO
saya kerap berurusan dalam hubungan sosial dan urusan2 perniagaan.
kesan ketara dari pengalaman
RATA2 KELOMPOK INI
memilih untuk hidup bujang @ tidak berpasangan.
mungkin berfaktor kepada kesukaran untuk menyamaratakan ' matlamat ' dikala bersosial.
dan saya yakin
HIDUP INI TIDAK PERLU TERLALU IDEAL
SEMUANYA PRAKTIKAL
lawan kepada kelompok ini adalah
KELOMPOK CINCAI.
macamana kalau semua diambilmudah.
janji siap.
lagi susah.
Rujukan hasil tulisan Dr David dalam Majalah Remaja.

Ahad, 8 November 2009

first time............

budak ni tak pernah masuk sungai seumor hidup.
tengok sungai macam kita yang normal tengok dinosour.sedang di pujuk oleh cgu.
mungkin ini kali pertama ' amoi ' ini di ' dera ' fizikalnya tapi amoi ni - memilih untuk melakukan.
first time dalam tempoh 10 tahun menjadi cgu pendidikan luar
budak mandi sungai dan hilang baju. maka balik lah kem tanpa baju.
bagaimana berhadapan dengan semua yang first time
dikatakan ada dua keadaan yang berbeza :
samada first time itu
kita yang mahu
kita yang terpaksa mahu
KESANNYA TENTUNYA BERBEZA
first time yang kita mahu
tentunya kita sudah bersiap sedia untuk berhadapan dengan ' first time '
cuma kita mungkin lebih berhati2.
first time yang kita terpaksa mahu
KITA HANYA SEKADAR LALUI
dan tentunya kita tidak memilih yang melakukan
dan kita tak belajar apa2
APAKAH PERKARA FIRST TIME PADA KITA.
dari jinggo
tentunya perkara first time yang saya mahu
naik kapalterbang dan duduk di negara orang
yang serba tidak kenal sesiapa.
perkara first time yang saya tak mahu
masuk mahkamah.
terimakasih ikmal + zack + iman dan guru2 sk bandar utama 4.

Khamis, 5 November 2009

ada idea tak...

MINGGU peperiksaan sudah berakhir. Buku-buku teks pinjaman juga telah dipulangkan. Inilah waktunya pelajar-pelajar 'berbulan madu' menunggu saat-saat akhir cuti persekolahan penggal yang akan tiba dua minggu lagi.
Jika di rumah, selain menonton televisyen, aktiviti yang paling popular ialah permainan komputer dan melayari Internet.
Penggunaan Internet yang keterlaluan telah menjadi satu masalah yang perlu dipandang serius oleh semua pihak terutama ibu bapa bukan sahaja di negara ini malah menjadi masalah sejagat.
Kanak-kanak dilihat sebagai paling terdedah apabila melayari web dan mudah menjadi mangsa gangguan dan pengintipan. Terdapat pelbagai sumber yang boleh didapati di dalam talian yang memberi tumpuan terhadap isu ini dan perkara lebih penting ialah pendekatan proaktif yang diambil oleh semua pihak untuk mendidik kanak-kanak.
Pakar Psikiatri Universiti Sains dan Kesihatan Oregon, di Portland, Amerika Syarikat, Dr. Jerald Block, dalam tulisan editorialnya untuk American Journal of Psychiatry berkata,
masalah penggunaan Internet kini sudah menjadi serius di seluruh dunia dan tidak mustahil suatu hari nanti ia akan dianggap sebagai salah satu penyakit mental.
Menurut Dr. Jerald, beberapa kajian yang telah dibuat di beberapa negara mendapati masalah ketagihan Internet di negara berkenaan sudah mencapai tahap yang sebegitu
serius sehingga kerajaan terpaksa mengambil langkah untuk
mengatasi dan membendung masalah tersebut.
Di Korea Selatan pula, bagi menangani masalah ketagihan Internet ini, kerajaannya telah melatih 1,043 kaunselor bagi merawat ketagihan Internet dan menyenaraikan kira-kira 190 hospital dan pusat rawatan untuk tujuan ini.
Malah sebahagian ibu bapa di China yang berhadapan dengan anak-anak yang ketagihan Internet sanggup menghabiskan kira-kira RM4,680 sebulan untuk merawat anak mereka di klinik yang dikhaskan oleh kerajaan untuk merawat ketagihan Internet .
DAN KITA BAGAIMANA
memang ini ' musim ' ni.internet kita dan anak2.
hari ini ini diantara kemudahan yang memberi kesan positif dan negetif pada kita.
teknologi dan informasi di luar batasan sempadan.
HASIL DARI PENGAMATAN.
terlalu sukar untuk menjauhkan anak2 dari
kesan perubahan ni.
INTERNET + BLOG + FACEBOOK DAN JINGGO
kesan dari 2 sudut yang berbeza.
dari sudut peningkatan minat membaca.
tidak dinafikan
peningkatan kerjaya
cukup menarik
peningkatan kawan sosial
cukup memberangsangkan.sehinggakan kadang2 hanya batasan
kewarasan sahaja yang membezakan.terlalu terbuka.
kita waras untuk memilih kawan
bagaimana dengan anak2.sejauhmana warasnya anak2 memilih persahabatan sosial.
ini yang berlaku pada apa yg pernah berlaku.
satu lagi punca gelaja sosial adalah teman sosial maya.
KITA SAMA FIKIRKAN BAGAIMANA.

nak peluk boleh.....

A hug is the perfect gift
One size fits all
and nodoby minds if you exchange it !
KEKUATAN SEBUAH PELUKAN
kajian yang dijalan oleh
Karen M.Grewen PhD dan Prof Kathleen Linght
departmen of psyshiatry - Amerika
membuktikan satu pelukan boleh menurunkan tekanan darah ,
tingkat steres dan risiko serangan jantung.
satu kajian lain juga menyatakan pelukan boleh meningkatkan kadar
hemoglobin dalam darah dan meningkatkan sirkulasi darah ke jaringan tubuh.
PELUKAN BERERTI
ungkapan cinta
pelukan seakan mahu memberitahu perasaan kita.cara lebih berkesan dari perkataan.
sentiasa ditemani
perasaaan dihargai.
ketenangan
sentuhan dan rasa hangat di kulit membuatkan kita jadi
relax dan ceria
percaya diri
pelukan tanda sokongan yang membuatkan kita terasakan diri ini masih dihargai
menaikkan semangat
dalam satu pasukan permainan.semangat yang ada dalam setiap orang
akan digabungkan menjadi satu
JENIS2 PELUKAN
bear hug
pelukan yang erat dan kuat dengan seluruh badan. - sesuai jadi pengganti kata
kamu hebat.
a frame hug
melingkari kedua belah tangan di daerah bawah leher.pelukan ini dikaitkan dengan keinginan kita menunjukkan kita mengambil berat dan simpati diatas satu2 peristiwa.
cheek hug
dengan meletakkan pipi kita pada seseorang yang dipeluk.
menandakan kita berkongsi perasaan orang yang dipeluk
group hug
sering dilakukan pada membangkit semangat berpasukan
AMARAN
jangan lakukan
hati2 memeluk pasangan berlainan jantina yg kita tidak berapa kenali.
lihat tempat
pastikan tempat yang sesuai
perlu ada pertalian
bukan semua orang boleh dipeluk.
waktu yang sesuai
memeluk seseorang perlu juga disesuaikan dengan waktu dan mood seserorang
terlalu lama
jangan ambil masa yang lama - mungkin memberikan ketidakselesaan.
tidak biasa
BUKAN SEMUA SEMUA ORANG BIASA DIPELUK DAN SUKA DIPELUK.
dari jinggo
sebagai pendidik saya memang selalu dipeluk.
MUNGKIN NAK UCAP TERIMA KASIH CGU.

Rabu, 4 November 2009

jangan terlalu berprinsip.....

Berpegang pada satu prinsip dan tidak mudah terikut
dengan sebarang pengaruh adalah baik.
terutamanya dengan perubahan persekitaran hari ni.
TAPI BAGAIMANA
kalau terlalu berprinsip sehingga tidak mahu mendengar
pandangan orang lain.
dan kamu beranggap kamulah yang paling hebat atas dasar prinsip.
DALAM MANA2 HUBUNGAN SOSIAL
ini satu bahana yang wajib di singgirkan.
kerana percayalah
kamu bukan segalanya : serta tidak semua yang kamu anggap betul
adalah betuldan tidak semua yang kamu salah adalah salah.
TANDA2 ORANG YANG BER PRINSIP
kamu pantang dicabar
sesiapa yang mencabar dianggap musuh ketat.
kamu tidak berkawan dengan semua orang
hanya memilih kawan2 yang setaraf.
kamu sentiasa mahu menjadi ketua
suara kamu adalah pemutus
kamu sentiasa mahu beranggap keputusan kamu betul
walaupun melibatkan orang lain
kamu tidak pernah mahu menjaga hati orang lain
hati kamu perlu dijaga oleh orang lain
nasihat orang lain semua masuk tong sampah
aku yang betul semua
kamu suka mencari kesilapan orang lain
kerana mahu menjadikan kamu terbaik
KAMU SANGGUP LAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN
APA YANG DIINGINKAN TERLAKSANA
dari jinggo
itu satu lagi karektor yang datang dari persekitaran kita.
sebagai guru tentunya.
bagaimana berhadapan dengan pengetua yang berprinsip begitu
sebagai suami / isteri
bagaimana berhadapan dengan keadaan yang dia aja yang betul
sebagai pasangan bersosial
bagaimana berhadapan dengan hari2 yang sukar.
PENGALAMAN JINGGO
orang2 begini akan menuai apa yang dia tanam.
dunia ini adil dipaksinya.
lihat perkongsian ini dari sudut hubungan sosial
Eco Kid Adventure on Facebook