Rabu, 30 September 2009

perasuahkah aku ni....

Saya mengelak dari meletakkan diri dalam kelompok manusia yang begini.
Ini beradasarkan pembacaan dan mungkin juga didikan yang di tinggalkan.
TAK BAIK MAKAN DAN BERI RASUAH.
untuk itu dalam banyak proses saya seakan
MEMPERTAHANKAN - JANGAN JADI PERASUAH
bagusnya manusia berdasarkan tindakan.
APA YANG BERLAKU HARI INI.
nak masuk IPT
orang dalam
nak masuk sekolah bagus
orang dalam
nak masuk kerja disini
orang dalam
NAK PROJEK INI
orang dalam.
bertahun2 saya pertahan.bertahun2.kerana saya percaya.
duit ini lah nak sara diri dan famili.
duit inilah akan membesarkan anak2
duit inilah akan membayar ansuran kereta
AKHIRNYA.DAH DUA TAHUN -
SAYA MENYEDIAKAN ' DUIT KOPI ' UNTUK SESEORANG.
untuk projek tertentu.
dengan cara menaikkan sebutharga.
hari ini.saya kena dengan TIDAK RELA sain cek.
HARI INI SAYA MERUNGUT TIDAK KE SUDAHNYA.
DIMANA BETUL DAN SILAPNYA
mesti ke macam ni.
kalau kita bagus tapi tak ada ' orang dalam ' tak guna.
AKHIRNYA.
kita lihatlah kesan.
ANAK2 YG MUNGKIN LIAR DISEBAB MAKAYAH SUAPKAN MAKAN DENGAN DUIT RASUAH.
BANGUNAN GAH SEKEJAP.RUNTUH.
RUMAH MEWAH CANTIK DILIHAT.RUNTUH.
PEMIMPIN YANG SAH KORUP DI PILIH.

saya merujuk kepada beberapa orang.sah saya salah.akhirnya buku ini menjadi rujukan seterusnya.saya semakin yakin dan percaya kuanliti bagus seorang kita berdasarkan ciri2 kepimpinan yang mesti menjauhkan RASUAH dalam semua urusan.

Selasa, 29 September 2009

kalau sanggup - bayar harganya.

Manusia , daripada semua mahluk ,
dari segi fizikalnya paling tidak lengkap dalam dunia ini.
Manusia tidak boleh terbang seperti burung , tetapi boleh dibunuh oleh serangga yang sangat kecil , tidak boleh berlari lebih laju daripada seekor harimau bintang. , tidak boleh berenang seperti seekor buaya , tidak boleh memanjat pokok seperti seekor monyet , tidak mempunyai mata seperti helang , dan tidak pulaklah dia mempunyai kuku dan gigi seekor kucing liar.
Dari segi fizikal , manusia tidak berdaya dan tidak berupaya
mempertahankan diri.
Tetapi alam ini bertimbang rasa dan murah hati.
Hadiah terbesar alam ini kepada manusia adalah kemampuan berfikir.
Manusia boleh membentuk persekitaran sendiri ,
sedangkan haiwan menyesuaikan diri kepada persekitaran mereka.
Yang menyedihkan pula , sangat sedikit individu menggunakan hadiah yg terbesar itu –kemampuan untuk berfikir – ketahab sepenuhnya.

Dari Jinggo

Kegagalan hadir dalam dua jenis
mereka yang melakukan tanpa memikirkannya dan
mereka yang memikirkannya dan tidak pernah melakukannya.
Menjalani kehidupan tanpa menggunakan kemampuan berfikir
ibarat menembak tanpa membidik..
Kehidupan ini ibarat kaferia. Kita ambil dulang , pilih makanan kita dan bayar dihujungnya.
Kita boleh mendapat apa –
apa sahaja yang kita mahu asalkan kita sanggup membayar.
Di dalam kafetaria , sekiranya kita menunggu seseorang hidangkan kita ,
kita akan menunggu buat selamanya.
Dan itu lah hidup kita.
Kita membuat pilihan dan membayar harganya.
BERAPA HARGANYA - ITU KE SANGGUPAN KITA.

ini bukan iklan

ini bukan iklan.
satu perkongsian yang kita lihat dari sudut akademik.
CERITANYA BERMULA BILA KERETA SAYA YANG DISELIT SATU KERTAS
SUMMER CAMP
setelah melihat itu dan ini.saya kongsikan begini
ini sudah menjadi macam satu trend dihujung2 tahun.
kepada orang2 yang berkerjaya begini - inilah peluang.
saya secara praktikalnya adalah ' orang dalam ' dalam industri ini.satu industri yang bukan sekadar kerjaya + tapi media dahwah yang cukup besar kesan kepada masyarakat persekitaran.
hasilnya.semakin ramai yang nak ' masuk ' dalam dunia ini.
BURUK DAN BAIK NYA.
tarikan untuk berada dalam dunia menjadi kadang2 kita lupa beberapa perkara.
PERTAMA
media perantara utama dalam bidang ni adalah ' siapa yg bercakap '
sebab kesan dari perlaksaan adalah bergantung kepada siapa yg menjadi media.
sebab itulah hari ini secara sedar@ tidak.
BANYAK MOTIVATOR YANG - TIBA2 - ADA PHd
hari ini juga kita melihat semakin ramai yang mahu menjadikan bidang ini sebagai kerjaya.
dan ' lubuknya ' adalah sekolah.kerana disinilah media perubahan bermula.
MAKA LAHIRLAH ABANG + KAKAK FASI ( dari Pusat Pengajian ) YANG SEMAKIN RAMAI.
persoalan kita.
kita adalah media kepada perubahan
saya yakin semua kita bermula dengan bakat.
sejauh mana selain bakat kita disertakan dengan ilmu dan pengalaman.
ini adalah persoalan yang semakin merumitkan industri ini.
SEKADAR PERKONGSIAN.
keadaan lebih serius bila ( dalam skop sekolah ) bila cgu2 yg bertanggungjawab memilih 'media ' berasas keperluan takwim + dimana tempat perlaksanaan.
kesan dan hasilnya - bukan pertimbangan.
KEDUA
modul.ini juga seharus dijadikan penelitian - dengan tajuk yang semakin ' macam2 '.
ini dikirakan sekadar memenuhi keperluan masa.
sejauh mana perlaksaan selaras dengan modul - juga satu persoalan.
KETIGA
lokasi.berdasarkan pengalaman saya sendiri sebagai ' orang dalam '.
keselamatan itu seharusnya diatas.
kemudahan latihan seterusnya.
KE EMPAT
hati2 dengan motivator yang hebat.hanya sekadar nama sahaja untuk iklan - di peringkat perlaksanaan - tinggallah abang + kakak fasi.
motivator hebat dtg masa mula dan penutup sahaja.
KITA FIKIRKAN BEGINI.
latihan adalah media perubahan kepada kita.ilmu adalah isi kepada keberkesanan program latihan.selain bakat yang disertakan dengan keinginan untuk lebih kreatif berdasarkan -
buku2 yang dibaca
kepada abang + kakak fasi yang semakin ramai dalam industri - tahniah kerana menjadikan ini sebagai satu media perubahan +dahwah.dari pengalaman saya secara peribadi.ilmu + membaca.

jinggo di satu Summer Camp di Perth.
di atas adalah mentor dalam bidang latihan -
di sebelah adalah asraff sinclair ( yang kahwin dengan Bunga ) beberapa tahun dahulu.

kita yang mana satu....

Empat Jenis Manusia
Ada manusia yang mengetahui dan tahu
bahawa mereka mengetahui.
Tanyalah (belajar) pada mereka.
Ada manusia yang mengetahui dan tidak tahu
bahawa mereka mengetahui.
Mereka ini pelupa. Ingatkan mereka!
Ada manusia yang tidak
mengetahui dan tahu bahawa mereka tidak mengetahui.
Mereka perlukan petunjuk.
Ajarilah mereka.
Dan ada manusia yang
tidak mengetahui
dan tidak tahu pula bahawa mereka tidak mengetahui.
Mereka jahil. Hindarilah mereka!”

~ Imam Al-Khalil bin Ahmad

Isnin, 28 September 2009

Terdapat dua unta sedang berehat. Ibu unta dan anak unta.Sejak dari semalam ibu unta melihat anaknya bermuram - lalu bertanya.
kenapa dengan kamu ni - apa yang menganggu fikiran.
tidak ibu - saya sedang berfikir beberapa persoalan yang
mengganggu fikiran saya sekian lama.
SEBUTLAH - MUNGKIN IBU ADA JAWAPAN BAGI PERSOALAN ITU.
begini ibu - saya hairan , apakah kegunaan bonggol pada badan kita
itu mudah saja - bonggol di atas badan kita digunakan bagi mengisi air.dengan bonggol ini kita dapat bertahan lebih lama di gurun tanpa air berbanding mahluk lain.
bagaimana pula dengan kaki kita yang kurus dan panjang ini.
kaki kita yang kurun dan panjang ini banyak kelebihannya.dengan kaki ini kita dapat berjalan dengan lebih mudah di padang pasir.
mengapa kita mempunyai bulu mata yang panjang dan tebal.
bukankan di padang pasir angin bertiup kencang.bulu mata yang panjang dan tebal ini bagi mengelakkan pasir daripada masuk ke dalam kata.
AKHIRNYA ANAK UNTA FAHAM
PERSOALAN LAIN DARI ANAK UNTA.
MENGAPA KITA BERADA DI ZOO.
DARI JINGGO
kita semua ada bakat yang mungkin kita tahu @ tidak tahu.apa erti semua bakat @ kelebihan seandai tidak dicanai ditempat yang betul.sebab diyakini bakat tidak mampu kita serlahkan seandainya tidak diiring dengan ilmu dan kemahiran.kelebihan yang kita ada tidak akan menjadi apa seandainya tidak diserlahkan.
PERSOALAN KITA.
tahukah kita yang kita ada bakat.
apa bakat kita.
PAGI TADI
berbual panjang dengan saudara naim
penulis buku apa bakat saya.
untuk melihat sejauh keperluan untuk menzahirkan bakat @ potensi dalam sistem pendidikan sedia ada.sejauhmana keperluan untuk melihat pendekatan bakat @ potensi boleh diterima pakai dalam situasi yang A diatas segalanya.
untuk pengetahuan rakan2 : dari berbual panjang saya dengan Dr Ghazali dari UIA - juga gang sekolah bakat ini - kertas cadangan sudah dihantar ke Kementerian Pendidikan untuk melihat sejauhmana komitmen pihak berwajib mengenai isu A diatas segala.
kita tunggu dan lihat seterusnya.

kempen sudah bermula...

maruah diri seorang ialah suatu yg sangat dipelihara oleh Islam.
Kemulian maruah manusia yang dipelihara dengan baik oleh syariah ,
terjelma menerusi pelbagai peruntukkan syarak yang disandarkan dengan nas2 yg berautoriti. Ancaman utama kepada maruah seseorang ialah sesuatu yang menghina dan menjatuhkannya.
Cara untuk menjatuhkan maruah seseorang adalah dengan cara - mengintip , mengintai , meneropong , menyelidik , mengekori ,
menyiasat kehidupan peribadi seseorang
.
MENCARI2 APAKAH ARANG HITAM YANG BOLEH DICONTENG
KE WAJAH EMPUNYA DIRI.
bahan ini akan dijaja.
Maruah orang yg disasarkan akan di robek - robekkan , imejnya dicarik , ceritanya didedahkan dan aibnya diperkatakan.
Dilumur nista , direjam dengan kata2 dan ditokok tambah adunannya.
semua ini ditentang secara tegas oleh Islam

Ibn Umar meriwayat dalam satu Hadis : Rasullah s.a.w. pernah berkata
' wahai kelompok manusia yang telah memasuki Islam dengan lidahnya sahaja tidak dengan hatinya, maka jangan menyakitkan hati orang Islam yang lain.Dan jangan menaibkan ( menhina ) mereka dan jangan mengintip aurat mereka.Maka sesungguhnya , sesiapa yang mengintip aurat saudara Muslimnya , maka Allah akan membuka auratnya dan sesiapa yang dibuka auratnya oleh Allah maka Allah akan mendedahkan auratnya walaupun dia berada di kediamannya
DARI JINGGO
kita akan berpesta lagi.pesta membuka ' aurat ' masing2.
ada sekelompok kita - memang menzahirkan secara praktikal kerjanya ada mencari dan menjatuhkan aib orang lain - dalam apa bentuk sekalipun dihujung....
orang ini mesti diaibkan.
dihujungnya apa yang kita akan dapat.
KEPUASAN DIRI DAN KELOMPOK
dihujungnya kita meranapkan satu lagi sistem.
pastinya : kita masih dikiblat yang sama.

Ahad, 27 September 2009

kita berkongsi dan belajar sesuatu....

KUALA LUMPUR: Bimbang dicekup di spa eksklusif atau pusat pelacuran, lelaki kemaruk seks kini cenderung menjadikan rumah yang didiami mereka sebagai pusat operasi untuk melampiaskan nafsu.
Modus operandi golongan terbabit mudah kerana mereka hanya perlu membuat satu panggilan telefon bagi membolehkan mereka menyewa lambakan ‘call girl’ yang diiklankan, sama ada menerusi laman web atau e-mel.
harian metro hari ini.
PENGALAMAN SAYA
dah setahun seorang remaja perempuan berurusan dengan saya.
caranya dia akan miss call mana2 no yang ditambah2...
bila ada return call.
mula berkenalan.
saya kongsikan begini.seorang perempuan muda.belajar di kolej.
ada mak + ayah yang katanya selalu ke luar negara.
DAN DIA SEDIAKAN ' KHIDMAT ' BILA2 MASA.
kami tidak pernah berjumpa
DAN TAK MUNGKIN BERJUMPA
dalam SMS dia mengoda dengan cerita2 panas.tak kira waktu.
dari dia : saya dapat tahu - memang ramai yang macam tu.
mereka ada kumpulan mereka sendiri.
selain dari SMS panas - aksi2 dengan ' sugar daddy ' di masukkan sekali.
MASA ORANG SIBUK NAK BERPUASA BARU2 NI PUN - DIA SEMPAT OFFER KAN DIRI.
BAGAIMANA SAYA MASUK ' JARUM '.
saya menjadi sebahagian dari ' kumpulan ' dia.lelaki yang mencari kehidupan yang macam tu.kadang2 sengaja yang 'lakunkan ' macam2 cerita.
kesannya saya belajar lagi.
PERTAMA
remaja sekarang ( terutamanya KL ) sekarang ramai yang macam ni
KEDUA
mengandung - bukan persoalan : sebab ada kedai di chow kit road yang menawar khidmat - ubat pelancar haid.
KETIGA
semua datang dari famili yang amat2 rapuh
KE EMPAT
gang2 ni amat berani - terlalu berani - tak kira - siapa mangsa.janji duit.
DAN SETERUSNYA
terfikir juga nak pekenalkan diri.
saya bukan macam yang kamu sangkakan.semua yg saya lakunkan semua nya secara kebetulan : terima kasih kerana kita berkongsi dunia gelap yang terlalu ' pekat ' hitam.
MORAL
jagalah persekitaran anak2 kita.kehidupan sosial hari ini terlalu rapuh.amat rapuh.ruang bersosial terlalu terbuka.saya percaya semuanya dtg dari sistem didikan yg terlalu awal.
dari perut seorang ibu.
dari rezeki yang halal disemburkan dari pencarian makayah.
dari persekitaran yang anak2 ni lihat dan dengar
DARI SISTEM AGAMA YG TIDAK SEKADAR PERCAYA TAPI KEPERCAYAAN
saya diberikan satu lagi pengalaman yang berbeza.

keganasan mulut

Kita biasa mendengar keganasan fizikal -
tapi bagaimana dengan KEGANASAN MULUT.
KAJIAN MENYATAKAN TABIAT BANYAK MULUT ADALAH MASALAH SIKAP ,
BUKAN MASALAH KEPINTARAN.
APA ITU KEGANASAN MULUT
ini adalah sejenis kezaliman psikologi
boleh menyebabkan kecederaan psikologi
KAJIAN MENYATAKAN
2 jenis keganasan mulut
BANYAK MULUT
SERANGAN MULUT
orang yang banyak mulut sangat sukar diyakini dan sangat skeptis.mereka sentiasa tidak percaya kepada apa2 yang mereka dengar.jadi ,
fikiran dan pendapat mereka sukar diubah.
ORANG BEGINI - suka bercakap lepas - asal dia menang.suka mempertikai cakap orang lain.suka membuktikan orang lain salah.
dapat membuktikan dirinya lebih pintar dari orang lain
DAN LAGI
mereka sentiasa tidak percaya kepada apa yang mereka dengar.
fikiran dan pandangan sukar diubah.
RENUNG2KAN
sifat banyak mulut tiada kena mengena dengan IQ dan kelulusan, ini adalah persoalan sikap
dan bagaimana kita.dalam kontek hubungan sosial ini merupakan satu kecelakaan.
Kita mahluk sosial : kesilapan dan ketidakmampuan kita untuk belajar menggunakan mulut merupakan satu kecelakaan yang serius.
KITA DIBERIKAN SATU MULUT
DUA TELINGA.
agar banyak mendengar dari banyak bercakap.

Sabtu, 26 September 2009

kita pernah buat silap

Wahai Pemilik Arsy
Wahai Pemilik Tunggal Alam Semesta
Wahai Zat yang tidak pernah tidur
Ku ketuk pelan pintuMu
Kerana Engkaulah ujung segala harapan
Tempat berlindung orang-orang yang zalim
Atas kezalimannya sendiri
Wahai zat yang tidak pernah menutup pintu
andai Kau tutup pintuMu bagiku
Kemanakah lagi aku harus mencari pertolongan
Kemanakah lagi aku harus mencari perlindungan
dari perbuatan burukku
dari kejaran masa lalu
dari kejaran bayangan dosa - dosa
DARI JINGGO
sebuah buku yang dihatar pada saya - dari indonesia.membaca buku dari catatan seorang banduan yang diturunkan dalam bentuk ' pengkisahan ' cukup menarik.
kesimpulan.
setiap kita mampu kembali - seandainya kita tahu dimana jalan mulanya.
hanya bebalan dan keangguhan semasa sahaja yang memungkin kita menutup terus jalan kembali memang masih dibuka pada kita.
SEANDAINYA KITA TAHU.

sikap dan karektor...

“Di Malaysia, walaupun hukuman mati sekalipun (dikenakan),
pengguna jalan raya akan tetap melanggar undang-undang.”
Begitu antara luahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang kecewa dengan peningkatan kes kemalangan maut khususnya pada musim perayaan di negara ini.
DARI JINGGO
kita semua ada pengalaman yang mungkin boleh dikongsikan - menjadi pemandu.
di waktu mana sekali pun.ceritanya sama.bezanya bila menjelang hari raya : ada statistik di keluarkan. tidak ada bezanya dengan hari2 lain.
KITA LAJU AKAN LANGGAR ORANG.
KITA PERLAHAN AKAN DI LANGGAR ORANG.
kita fikirkan begini.
pemandu : adalah manusia yang dibekalkan kemahiran untuk memandu.dan tentunya : kita adalah manusia yang zahir dengan berbagai karektor yang boleh di jadikan perbandingan berbandingan dari gaya kita memandu.
dalam satu buku pembinaan karektor menyatakan.
orang yg memandu laju.
adalah orang yg bergerak dengan matlamat yang jelas.
orang yang memandu perlahan
adalah orang yang tidak berani mencuba ' benda ' baru.
DAN LAGI.
ada juga soalselidik mengenai cara kita menguci kereta.
mana yang kita utamakan dahulu.
disebabkan kotor dalam @ luar kereta.
ADA ORANG YANG MENCUCI KERETA DISEBAB LUARNYA KOTOR
ADA YANG MENCUCI KERETA DI SEBABKAN DALAM KOTOR.
( dlm bukan persoalan sebab orang tak nampak )
adalah orang yang menjaga kepentingan luar - bagus dan cantik hanya sekadar untuk dipandang oleh orang lain.
DALAMAN ( dalam kereta ).
kita yang tahu.ada yang nak cuci sekadar untuk orang tgk -
dalam orang tak tengok - tak payah cuci !
ITULAH GAMBARAN KERETA DAN KITA.
sikap.
dijalanraya hari ini kita tgk macam2 kerektor.
semuanya dikaitkan dengan karektor dan sikap.
yang pastinya - kita hari ini seakan2 mempertarungkan ' nyawa ' memandu kereta dimana laluan pun...

Jumaat, 25 September 2009

suatu hari di hari raya 2

Hari Raya pertama - di Perth

Bersama famili besar di Perth.

Kita sekadar berkongsi.
MUNGKIN ADA BETUL DAN SALAHNYA DIMANA.
saya secara peribadinya adalah diantara ' anak ' yang amat jauh dari keluarga.
sehinggakan hilang satu kemanisan nak balik kampung.
KENAPA.
saya lama diluar sistem kekeluargaan.
dari tingkatan satu ( 13 tahun ) sehinggalah ke Landsdale - Perth.
saya mula jarak dan menjarakkan diri dari famili terutamanya- ayah.
mungkin didikan ayah yang agak ' keras ' barangkali.
dan tidak keterlaluan kalau mahu saya kongsikan.
AYAH SEORANG YANG CUKUP ' GAGAL ' MENGAWAL MARAHNYA.
dan tidak keterlaluan kalau saya katakan : ada parut yang masih ada di badan saya.
menandakan : itulah kesannya.
kesemua ini menjadikan saya jauh.
TERMASUKLAH HARI RAYA.
dikala sepatutnya saya bersama mak + ayah.
saya menahan - mungkin dendam.
walaupun begitu.
KERANA AYAH LAH SAYA SAMPAI KE LUAR NEGARA.
kerana ayah lah saya menjadi seorang yang mungkin boleh dibanggakan
TETAPI AYAH TIDAK PERNAH MELAFAZKAN.
dan tahun 2009.
ada yang tidak sempurna lagi - ayah masih dengan suara yg sama.nada yang sama.
DARI JINGGO
sedayanya saya cuba untuk tidak menjadi seperti ayah dalam bab mendidik anak2.
bukan ayah tidak bagus.mungkin pendekatan ' ala2 ahli gusti ' sudah tidak sesuai lagi dengan keperluan masa.
KESANNYA
terbentuk satu kepercayaan dan 'carta sikap ' yang cukup besar dalam diri saya dan mungkin kepada anak2 yg dididik dalam keadaan begitu.
terlintas ' ayah ' seakan tergambar sesuatu yang telah membentuk satu ' sistem kepercayaan '.
keadaan ini hanya mampu dirungkai bilamana sistem kepercayaan ini mampu dirobohkan.
kepada kita mak dan ayah.
kadang2 kita tidak pernah tahu @ dan mungkin tidak tahu.kesan dari keganasan sikap kita terhadap anak2.yang pada kita mungkin biasa.
tapi kesannya adalah luar biasa.

Khamis, 24 September 2009

beberapa hari di hari raya.

Raya pada kita tentunya berbeza setiap satunya.
Raya bermakna boleh ' makan siang '
Raya bermakna duit raya.
Raya bemakna ada ketupak dan lemang
Dan Raya seterusnya
mesti ada yang tention.
CERITANYA BEGINI.
setelah mengambil kita ' beberapa ' faktor - saya mahu berada jauh - dari kebiasan.
TAPI TETAP RAYA
ceritanya bermula dari KL menuju ke JB.
memilih hari yang terbaik.memandu di highway.hariraya ke2.perkiraan sudah betul - mesti semua orang dah berada dalam famili masing2...
RUPANYA TIDAK.
menyakitkan menjadi seorang pemandu kereta di bumi tercinta ini.
perdekatan Tol PD - jem - 2 jam.
CIS - ADA KERETA ROSAK TEPI JALAN
rakan2 pemandu ' mengambil ' masa untuk tengok.
2 jam terkandas - di Ayer Keroh - Melaka.
cerita yang sama
di Persimpangan Kota Tinggi.
SEKADAR UNTUK TENGOK.
kita kongsikan begini.
kalau selama ini mungkin cerita ' sekadar menjengok ' diluar bidang kajian.
yang dikaji mungkin : balik kampung lebih awal
mengantuk - tidur.
yang men'jengok ' ni - diharapkan jadi satu perbincangan seterusnya.
ITULAH I MALAYSIA
masyarakat kita terlalu prihatin dengan orang susah.
PERSOALAN KITA - BERAPA RAMAI YANG SANGGUP
BERHENTI.MENOLONG
sebab amat diyakini.
TOLONG
adalah satu daripada skill hubungan sosial yang tidak ada dua nya.
UNTUK ITU - TOLONG JAGA ' RUMAH JINGGO ' SEBAB SAYA MASIH BERCUTI
selama 4 jam keseluruhan terkandas saya sempat menghabiskan sebuah buku.

Ahad, 20 September 2009

suatu hari di hari raya...


Macam biasa.
dikala orang bercuti saya akan berkerja
dan hari ini
dikala orang orang dah sibuk nak balik kerja
saya baru nak beraya.
NAK KE JB BESOK.
kawan2 yang singgah ke sini- tolong tengok2 kan ' rumah jinggo ' ni

Sabtu, 19 September 2009

persoalannya kenapa...

GURUN 18 Sept. – Empat sekeluarga rentung manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan yang membabitkan empat kenderaan termasuk sebuah treler di Kilometer 94.8, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan dekat sini awal pagi ini. Mereka yang terbunuh ialah Pegawai Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda), Mohd. Yusof Ahmad, 53; isterinya, Hasnah Hamzah, 52, serta dua anak gadis mereka, Hazwani Izati, 24, dan Hafizatun Alimi, 20.
PERSOALAN KENAPA.
ini cerita pada setiap kali musim perayaan.
DAN PASTINYA PIHAK BERWAJIB TELAH BUAT MACAM2.
TAHUN NI
sekolah cuti awal mengurang kesesakan jalanraya.
INI MUNGKIN SEKADAR PANDANGAN PERIBADI.
nak sampai cepat kat kampung.mungkin pada kita untuk sampai cepat dikampung adalah sesuatu yang sentiasa bermain2 dalam minda - sebab kita ada kenangan.
nostalgia berbuka dengan adikberadik adalah kenangan yg tidak boleh dibeli
nostalgia buat ketupat lemang juga mahal harganya
nostalgia jumpa kawan2 ' masa kecik ' lagi mahal.
nostalgia jumpa ' bekas kekasih ' terlalu berharga.
DAN SEMUA MESTI CEPAT SAMPAI DI KAMPUNG
akhirnya semuanya mahu diabaikan.
akhirnya kepada kawan2 yang balik kampung.
nostalgia itu akan lebih bernostalgia kepada orang lain
bila kita berkubur dilebuhraya.

Jumaat, 18 September 2009

Di hari raya - bermaafan lah..

"jika kejahatan di balas kejahatan itu adalah dendam.
jika kebaikan di balas kebaikan itu adalah perkara biasa.
jika kebaikan di balas kejahatan itu adalah zalim.
tapi jika kejahatan di balas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji...
"kata-kata itu sebenarnya tak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa,
tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan... ""
hidup tak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri.
perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik yang berlandaskan kenyataan..
" hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan "
DARI JINGGO
walaupun ada kalaketika kita tidak pernah bermaafan disepanjang perhubungan lalu.
mungkin dikala itu kita terperangkap dengan macam2 cerita.
hari ini cerita kita sudah berbeza.
HIDUP TIDAK BOLEH BERPANDU KEPADA PERASAAN SEMATA2

Khamis, 17 September 2009

cgujinggo harun..


cerita hari ini agak ringan sedikit.
mengenai satu lagi budaya baru yang kadang2 kita tak mampu nak tepis dan tolak.
facebook.
satu keadaan yang menjadikan kita semakin dekat.
saya diantara yang tidak mahu ketinggalan masuk kedunia facebook yang rata2 lebih
' menyeronokkan ' dari sudut hubungan sosial.
APA HEBATNYA FACEBOOK
informasi yang cepat dan tepat.
dan yang menariknya.
segala bentuk kempen sudah bermula diblog
dari semua parti politik.
amat rancak menghebahkan cerita yang cepat dan tepat.
daripada orang politik hingga orang bisnes
dari tok guru nik aziz hingga ke cgujinggo
SEMUANYA DATANG BUKAN SEKADAR DATANG.
AMARAN.
saya mendapat beberapa khabar yg tidak gembira
betul @ tidak.
facebook dimula seseorang yang berbangsa yahudi.
dikatakan : semua matlumat keahlian kita didalam pemerhatian mereka.
minat.lokasi.pandangan politik.pandangan agama.
tahap pendidikan.kerjaya.
kita diperhatikan.
DAN LAGI.
semuanya bergantung kepada kita.
yang penting
NIAT

balik kampung ...oooo..balik kampung


Hari ini sudah macam satu kemestian
RAYA MESTI BALIK KAMPUNG
ada suami isteri yang bermasam muka sebab nak balik kampung
kenapa dengan balik kampung.
balik kampung adalah satu fenomena sosial yang
menunjukkan ikatan kekeluargaan.
beberapa ahli sosiologi berpandangan
biar semoden mana pun teknologi dan dunia
fenomena balik kampung tidak akan hilang.
menurut John Howarh Payne
ditengah kemewahan dan istana2 , kemana pun kita mengembara - sekali pun amat sederhana , tidak ada tempat yang lebih indah dari rumah kita sendiri ( home sweet home )
BALIK KAMPUNG BERMAKNA MELIHAT KEMBALI
DIMANA BERMULANYA HARI INI.
kepada rakan2 tentunya kita ada kenangan dimana bermulanya hari..
pada saya setiap kali balik kampung mesti :
pertama :ke sk sungai jejawi
kerana itu cukup besar nostalgianya - sekolah yang amat daif dikala mula belajar ABC - cgu2 dtg dari Teluk Intan - tidak ada kemudahan jalan masa tu - kalau hujan cgu yg semuanya naik motor - mesti sampai lambat sekolah -
kalau sampai pun kami akan gotong royong cuci motor cgu dulu.
kedua : pinjam motor ayah pusing2 tgh sawah + sungai.
disinilah bermulanya semua sekali.
mandi sungai.masuk bendang.cari anak ikan karen.memancing ikan puyu.
INI 2 TEMPAT MESTI DIJEJAKI.
kerana siapa kita tanpa ada mulanya.
dan kita semua ada cerita.

Rabu, 16 September 2009

selamat hariraya...

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia
Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan
Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan
DARI JINGGO

KEPADA SEMUA RAKAN2 - YANG DATANG SECARA TERUS
yang datang menjengah.
yang datang tak datang lagi.
saya ambil kesempatan disini - untuk mengucapkan selamat menyambut hariraya aidilfitri - pastinya hari yg jauh sudah mula mendekat diri dengan keluarga.
mungkin ada yang tidak sempurna disepanjang pertemuan kita disini.
SAYA MEMOHON RIBUAN KEMAAFAN

kita jenis mana...

Terdapat empat jenis manusia.
Ada manusia yang mengetahui dan tahu bahawa mereka mengetahui.
Tanyalah (belajar) pada mereka.
Ada manusia yang mengetahui dan tidak tahu bahawa mereka mengetahui.
Mereka ini pelupa. Ingatkan mereka!
Ada manusia yang tidak mengetahui dan tahu bahawa mereka tidak mengetahui. Mereka perlukan petunjuk.
Ajarilah mereka.
Dan ada manusia yang tidak mengetahui dan tidak tahu pula bahawa mereka tidak mengetahui.
Mereka jahil. Hindarilah mereka!”

Imam Al-Khalil bin Ahmad

Selasa, 15 September 2009

keganasan mulut

Dari cerita yang ' macam ' tidak ada hujung
dari keganasan mulut ke pertengkaran
ini kesimpulan dihujungnya.
peringatan untuk diri sendiri dan kawan2.
kerana ini adalah ilmu maka terima sebagai satu
lagi penambahbaikan dalam hidup kita.
zahirnya kita mengamalkan 3 stail dalam komunikasi
ASERTIF
( menang - menang )
AGRESIF
( menyalahkan orang lain.tidak menhiraukan pandangan orang lain.melambangkan komleks tinggi diri )
PASIF
( tidak jujur dengan diri sendiri - tidak menjadi diri sendiri.hidup dibawah arahan orang lain.sukar untuk menyatakan tidak - dan akan berakhir dengan tekanan emosi , kekecewaan.. )
dan ketiganya ada impaknya tersendiri
karektornya tersendiri.
menurutkan kajian pakar menyatakan stail yang paling berkesan adalah
ASERTIF
menurut AJ Lange & P Jakubowki sifat ini adalah
mempertahan hak sendiri dan menyatakan fikiran , perasaan dan kepercayaan secara terus terang , jujur dan dan wajar tetapi
tidak pula membelakangkan hak orang lain
empat ciri utama
mempertahankan hak
menyatakan perasaan secara jelas dan jujur
menghormati hak dan perasaan orang lain.
Moral dari Jinggo

Bagaimana untuk menjadi ASERTIF dari AGRESIF
ini adalah komitmen diri yang tidak mudah. dalam kontek hubungan sosial hari ini kita berhadapan dengan terlalu ramai yang yang berada
dalam kelompok AGRESIF
dari Dale Carnigei ada bahasa badan tertentu orang2 agresif
AKU SAHAJA YANG BETUL
ini satu budaya yang tidak sihat dan tidak molek dalam kontek kehidupan bersosial.
jadi bagaimana kita - bila kita sejak kecil lagi dah diajar oleh sistem makayah untuk menjadi kan diri kita
sebahagiannya PASIF.
budak2 diam - pegi main jauh2....
dan hari ini kita ada hak dan ruang untuk belajar betapa banyak ' ilmu '
yang boleh kita kutip dari cerita dari persekitaran.
KITA LIHAT SEKELILING KITA.
TERUTAMANYA DALAM PERSEKITARAN POLITIK NEGARA.
keadaan yang amat tidak damai.

cara kita guna kesempatan...

Seorang pengurus , bersama pekerjanya yg masih muda ,sedang dalam perjalanan atas urusan kerja dengan menaiki keretapi. Tempat duduk yang tinggal hanyalah tempat duduk berhadapan dengan seorang wanita muda yang cantik dan neneknya.Sepanjang perjalanan keempat – empat penumpang ini cuba menyesuaikan diri dan menghabiskan masa dengan betul.
Mereka mula berbual , tanpa menyedari , keretaapi yang mereka naiki mula memasuki sebuah terowong.Tiba2 lambu gerabak kertaapi terpadam dan dengan serta merta keadaan menjadi gelap.
Untuk beberapa waktu , keempat2 penumpang dan juga penumpang2 lain berapa diam, keadaan gelap.dan sunyi. Dalam keadaan gelap dan sunyi itu , tiba2 terdengar bunyi ciuman dan bunyi sebuah tamparan.
Selepas melalui terowong yg gelap
.
keempat2 penumpang itu mula membuat penelitian masing2 ;
berdasarkan bunyi ciuman dan tamparan yang mereka dengar semasa dalam kegelapan tadi.
Wanita muda
saya rasa bangga kerana pengurus kacak yang duduk kat depan saya ini mencium saya ,
tetapi saya rasa malu kerana nenek menamparnya.
Nenek tua
saya kesal orang muda itu mencium cucu saya , tetapi saya bangga kerana cucu saya mempunyai keberanian untuk menamparnya.
Kata pengurus
pekerja saya menunjukkan keberanian kerana mencium wanita muda yang belum dikenali , tetapi mengapa pula wanita itu menampar saya
Nampaknya , hanya pekerja itu sahaja yang tahu apa yang berlaku . dalam waktu yang begitu singkat , dia mengambil kesempatan mencium wanita muda itu dan sekali gus menampar muka pengurusnya
DARI JINGGO
Bila dikaitkan dengan kesempatan.
Manusia dibahagi kepada 3 jenis.
Pertama
mereka yang tidak mengendahkan @ merebut setiap kesempatan @ peluang yang ada.
Kedua
manusia yang baik ialah mereka yang sentiasa merebut setiap kesempatan yang datang.
Ketiga
manusia yang bijak ialah mereka yang sentiasa mencari kesempatan yang dapat membuat dirinya berkembang tanpa perlu banyak menunggu.
Tetapi dimana kesempatan.
dalam diri kita...dan kita dimana !

Isnin, 14 September 2009

belajar untuk mencium....


Dan seterusnya kita bercerita - untuk dijadikan panduan untuk meneruskan kehidupan yang tak tahu dimana kesudahnya.Dan tentunya cerita yang menarik untuk di kongsikan adalah - cerita kita - persekitaran kita.
Bernie Siegel membuat satu kajian yg amat menakjubkan - kesan ciuman terhadap 2 sample ( keduanya berkaitan kesan ciuman isteri kepada suami nak pergi kerja )
satunya isteri mencium suami sebelum pergi kerja dan
satunya isteri tak buat apa...
Kesannya didapati suami yang mendapat ciuman - akan berjaya menghindari apa yg di panggil WIL ( wanita idaman lain )
dan yang lebih dasyat hasil kajian tu suami akan lebih bersemangat , berkeyakinan.
Dan begitu jua anak2 yang dihantar kesekolah dengan ciuman seorang ibu. kesannya berbeza....Isteri & ibu -ciuman yang dikatakan tidak boleh dihuraikan dengan kata2.
Ada satu jurnal Psychology of Woman menyatakan
wanita mempunyai kemampuan yang kuat mempertahankan cinta ( dibandingkan dengan lelaki ) dan wanita mempunyai ketahanan yang kuat terhadap tekanan
( dibanding lelaki ).
Dan kajian juga menyatakan dalam zaman sekarang walaupun bilangan janda lebih ramai daripada duda ,
tetapi bilangan lelaki yang curang lebih ramai daripada perempuan
HARI INI MARI KITA BELAJAR MENCIUM.

Ahad, 13 September 2009

kita yang mana satu...

Satu Kem Pembinaan Diri seorang penceramah mengajar
pelatih nya tentang kehidupan.
Agak pelik hari tu kerana penceramah itu membawa
tiga periuk.air.lobak.telur.kopi pada hari itu.
Dan ketiga2 bahan tersebut dimasukkan di dalam periuk yang berbeza dan dipanaskan.
15 minit kemudian
Benda2 itu dibawa keluar , dan hasilnya.
Lobak tadi sudah layu.
Telur menjadi keras.
Kopi tetap kopi.
Kesimpulan untuk difikirkan :
Lobak mewakili seseorang yang keras , kuat bersemangat untuk meneruskan kehidupan. Agresif. Bila berhadapan dengan pemasalahan yang bertubi - tubi dia tidak mampu untuk berhadapan dengan kemelut emosi dan layu.
Telur mewakili seseorang yang lembut , bijak berbicara , asertif dan cukup di senangi oleh orang lain. Bila berhadapan dengan cabaran dan pemasalah.
Dia menjadi keras , sombong , angguh dan egois.
Kopi tetap kopi.
malah warna tidak merubah.Malah akan meninggalkan haruman.
Dari Jinggo
satu lagi kisah persekitaran kita.
mana satu pilihan kita - secara zahirnya karektor kita sudah ditentukan secara asasnya.
persekitaran dan pendidikan semasa menjadi kita ' berubah '.
sebab itu saya yakin - ilmu2 baru mengenai karektor berdasarkan ' numberlogi + metafizik ' hanya sekadar ilmu yang bukan penyudah - siapa kita.
dihujungnya adalah tindakan kita berdasarkan potensi diri.
KITA BERPELUANG MENJADI YANG TERBAIK.
dalam proses ini - kita memerlukan orang2 lain
kebijaksanaan kita mengendali diri dan orang lain yang akan menentukan dihujung kita bagaimana.

berhenti berharap....

Bersabdalah Rasullah SAW :
Aku diperintah menyeru manusia atas kadar kemampuan akalnya.
Berdasarkan kajian yang dijalankan menyatakan manusia ,
akal kita mempunyai empat peringkat.
Pertama
kita akan dapati pemiliknya menentang setiap cadangan yang diberikan. Akal jenis ini hanya membenarkan cadangan yang datang dari diri sendiri sahaja.
Ini dinamakan Akal Tertutup.
Mendekati orang jenis harus zahirkan kepentingan mereka.
Jadikan orang dalam kelompok ini penting.
KeDua
Pemiliknya akan mendengar cadangan yang diberikan , tetapi tidak akan menerima selain disertakan dengan bukti & fakta.
Akal jenis ini menerima cadangan hanya berdasarkan kepada fakta ( sahih ).
Bersama kelompok ini pastikan gunakan kebijaksaan untuk berhujah berdasarkan fakta sebab kita pastikan benar2 tahu mengenai cadangan yg ingin di kongsikan.
KeTiga
Pemiliknya akan mendengar setiap cadangan dan mereka bersedia mematuhi setiap cadangan tersebut dengan bukti dan fakta tanpa mempersoalkan.
KeEmpat
Pemiliknya akan menerima segala cadangan2 tanpa bantahan dan keraguan & tanpa meminta bukti selama mereka mempercayai pemberi cadangan.
DI ULANG : SELAGI MEREKA MEMPERCAYAI
dari jinggo
Bila berhadapan dengan keinginan untuk memberi cadangan
sebagai seorang guru
sebagai seorang mak - ayah - suami - isteri
sebagai seorang motivator
Sebagaimana fitrah manusia akan menentang setiap perubahan berlaku.
Sebuah ahli sufi pernah berkata :
Bahawa haiwan manusia ini adalah kelompok yang malas.
Nak kenyang tanpa makan.
Nak kaya ( cepat ) tanpa bekerja ( kuat )
Nak berjaya tanpa berusaha.
Nak pandai tapi tak suka exam
Nak bercinta tapi tak suka risikonya
Nak berseronok tanpa kahwin ( ada macam tu ) –
Kita dikata kelompok kejadian yang tidak suka menerima cadangan
dan tidak suka menerima tanggungjawab.
JADI ADAKAN KITA MAHU BERHENTI DARI BERHARAP.
kita kongsikan skill seterusnya nanti

Sabtu, 12 September 2009

kalau dah pilih - bertanggungjawablah

Sesungguhnya dalam hidup kita tidak akan menang dalam semua hal : sesekali kita akan di'kalah'kan oleh diri sendiri.
Kita akan dikalahkan oleh diri sendiri bila kita mengiakan yang kita kalah.
Yang menjerumus diri kita dalam dunia yang kita cipta sendiri. Dunia orang kalah.
Kita berhak menyatakan apa sahaja
sesungguhnya dunia ini tidak pernah mahu berhenti - malah mungkin tidak mahu bersimpati langsung kepada kita- Dan begitulah seterusnya kita.
Kita berhak menuding kepada persekitaran yang tidak sepatutnya memperlakukan kita sehingga kita kalah...
Adakah betul kita kalah.
Dunia ini masih adil dengan percaturan demi percaturan.
Cuma kita terkadang alpa dengan fitrah kita sendiri.
Persetankan segala punca yg di ' ada' kan - jalannya harus di hadapan.
Kita akan terus di kalahkan seandainya kita menyalah.
Hidup ini adalah selingkar cerita yang kita pilih dan seharusnya
kita bertanggungjawab terhadap pilihan kita.
Membiarkan diri terus terusan mencipta cerita ' orang kalah ' akan membenarkan segala hukum ' orang orang kalah '.
Hari ini.Kita tidak kalah.Kita ada pemenang yang ditunda kemenangannya.
saya macam orang kalah hari ini - perut memulas2...
salah dimana ni.
tapi tak kalah kut.
bertanggungjawab : sebab dah beli makanan di bazzar ramadan yang kita kadang2 ' memperjudikan ' kuanlitinya.kita yang memilih.

cgu dan rotan - macam pakej.

Isu berhubung dengan polemik hukuman rotan di sekolah kembali menarik perhatian semua pihak termasuk ibu bapa dan guru apabila ia dikatakan langkah terbaik mendisiplinkan pelajar yang bermasalah dan
suka melanggar peraturan sekolah.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Mohd Fuad Zarkashi, berkata pengenalan semula hukuman yang dihentikan pada 2006 itu wajar berdasarkan keperluan semasa.
Beliau berkata, hukuman itu akan dikenakan sekiranya pelajar masih berdegil selepas menjalani sesi kaunseling dan tidak menerima nasihat diberikan. Katanya, kementerian sudah mengemukakan cadangan dilaksanakan semula hukuman itu kerana ia dilihat mampu mendisiplinkan pelajar.
Hukuman rotan dilaksanakan mengikut peruntukan dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 di bawah Ordinan Pelajaran 1957. Bagaimanapun, pelaksanaannya digantikan kepada Peraturan-Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2006 selepas Tabung Pendidikan Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) mencadangkan hukuman rotan dihapuskan kerana percaya pendekatan kaunseling lebih berkesan.

Berdasarkan Surat Pekeliling Kuasa Guru Merotan Murid Bil. 7/2003, dinyatakan pengetua atau guru besar boleh mewakilkan kuasa menjalankan hukuman rotan kepada guru lain bagi maksud itu di dalam bilik dengan disaksikan seorang guru lain.
petikan Harian Sinar
DAN KITA : SIAPA PERNAH KENA ROTAN.
rasanya semua kita pernah ada cerita mengenai
rotan + kita + sekolah + disiplin.
saya mula berkenalan dengan cerita ni semasa berumur 6 tahun lagi.mungkin sudah menjadi satu pakej masa tu - takut dengan cgu2 - sebab cgu dan rotan macam irama dan lagu.itu sebelum masuk sekolah sudah digambarkan begitu.
TERBENTUK SATU KEPERCAYAAN.
cgu dan rotan.dan memang - disekolah sg jejawi - teluk intan ada.
cgu yg menjadikan rotan macam ' pakaiannya '.
pernah kami sorok rotan.
ESOK ADA LAGI.
dan seterusnya kenangan di sekolah menengah.
INI MUNGKIN SAMPAI MATI AKAN DI INGAT.
cgu hashim smk seri perak - teluk intan.
sekumpulan pelajar.
MEROKOK DI ASRAMA
TAK PUASA - DITANGGAP MAKAN.
PONTENG KELAS - BALIK ASRAMA
KELUAR ASRAMA TAK PAKAI BAJU YANG ' POYO ' TU
akhirnya semua di rotan di perhimpunan khas.
dan masa itu : putus cinta kali pertama dengan rozita suratman ( ingat lagi ).
cgu hashim umumkan kesalahan kami didepan semua.
HARI INI
gang KENA rotan
3 darinya adalah guru
1 kaunselor
2 pesyarah
seorang : jinggo
DAN APA BERLAKU HARI INI
bila cgu semakin tidak berani nak sentuh pelajar - apatah lagi untuk merotan.pengalaman seorang rakan guru di - asunta 2 - disaman 2 kali hanys disebab salah informasi - dan akhirnya jangan salah kepada pelajar + remaja seandainya ruang untuk kita memperbaiki mereka tidak dapat dilaksanakan.
saya yakin kepada pendekatan ala2 autokratik merupakan satu bentuk bentuk saluran penambaikan - tapi kesannya tidak sebaik pendekatan ala2 asertif.
KITA FIKIRKAN.
Eco Kid Adventure on Facebook