Khamis, 16 Ogos 2012

CERITA KITA........


PENGANIAYAAN emosi di tempat kerja makin banyak diperkatakan sekarang. Ia antara sebab utama seseorang bertindak berhenti kerja secara sukarela akibat tekanan emosi yang sangat teruk.
 Ia sama seperti buli atau perang psikologi khusus ke atas individu tertentu.
Teknik pemberhentian jenis ini dipanggil mobbing dan boleh melibatkan pegawai atasan atau rakan sekerja seperti sebuah komplot terancang.
Perkara paling malang ialah orang yang melakukan penganiayaan tersebut 
biasanya seseorang yang amat dipercayai.
Mangsa adakala tidak menyedari dirinya dipermainkan dan ia
 hanya disebabkan oleh alasan peribadi semata-mata.
Modus operandi adalah dengan membuat mangsa kelihatan teruk di hadapan orang lain, menjatuhkan moral ke tahap paling hina dan menyebabkan mangsa 
hilang pertimbangan lalu meletakkan jawatan.
Kita perhatikan senario berikut. Pada suatu hari 
bos memuji hasil kerja 
anda dalam satu perbincangan tertutup.
Walaupun begitu, apabila berada di hadapan rakan sekerja beliau memberikan pandangan sebaliknya, malahan merendah-rendah dan 
mentertawakan hasil kerja anda itu.
Anda hairan, tetapi terfikir mungkin ada sebab bos berbuat demikian. Tetapi perlakuan beliau membuatkan anda merasa bodoh di hadapan rakan-rakan.
Pada masa sama, anda disuruh membuat kerja lebih masa 
kononnya untuk menambah pendapatan.
Anda buat walaupun anda dapati kerja yang diberi tersebut agak berlebihan dan di luar kemampuan. Apabila berlaku kesilapan, ia sengaja diperbesar-besarkan.
Di pejabat, rakan-rakan sepakat memanggil anda dengan gelaran yang tidak enak. Lebih teruk ada yang berani menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) mempersendakan anda.
Perlakuan ini berterusan lalu menyebabkan anda terfikir mungkinkah bos berbuat demikian untuk memalukan anda supaya akhirnya anda berhenti kerja?
Adakah beliau tidak dapat mencari alasan kukuh memberhentikan anda mengikut prosedur sedia ada atau mungkin ada rakan yang cemburu
 dengan jawatan yang anda pegang?
Berdasarkan kajian, 45 peratus orang yang mengalami masalah di atas akan mengalami masalah kesihatan berkaitan stres seperti kerisauan, 
serangan panik atau kemurungan.
Dalam keadaan ekstrem, ia boleh menyebabkan "mental breakdown" 
dan cubaan membunuh diri.



Khamis, 9 Ogos 2012

terapi duka

SEDANG MEMBACA BUKU TERAPI DUKA
ini yg mahu dikongsikan.
Isalam mengajak kita melupakan masa lalu seandainya ianya 
membuatkan kita berbuka , cukuplah masa lalu itu sebagai pelajaran.
Lalu baki2nya ditutup rapat dan disimpan dalam ruang ' lupa ' kita.
MASA LALU
kita dihadirkan dengan dua cerita yang berbeza
pengalaman dan kenangan.
semua tidak akan mengubah apa2 kecuali pelajarannya.
Hari esok masih berada dalam keadaan ghaib , tidak seorang pun
yang mengetahui pasti apa yang akan berlaku.
YANG PASTI ESOK KITA
BERMULA HARI INI.
fokus pada hari ini .
hari ini kita sedang jalani , bukan semalam yang telah berlalu
dan juga bukan esok yang belum tentu datang.
HINDARI WAKTU KOSONG.
kita diajar dan kita belajar.
Eco Kid Adventure on Facebook