Sabtu, 28 Februari 2009

satu lagi misi - sukar

kita boleh bercakap apa sahaja mengenai keinginan untuk berubah - sejauh mana komitmen : ini adalah permainan Perjalanan Komitmen - memang malu....tapi ini ujian komitmen
ada straw.ada getah yang perlu dipindahkan dari seorang keseorang.
sekali lagi anak2 diajak untuk melihat tindakan sebelum ada keputusan.
satu lagi misi sukar - sekolah ini menawarkan program percuma kepada pelajar yg
tidak pernah
tidak minat
mak ayah tak kasi....
JOIN AKTIVITI LUAR.
Bersama sekumpulan pelajar yang pertama kali jauh dari ' ketiak ' makayah bukan mudah.Semuanya baru kepada pelajar ini.
DAN SATU LAGI
Gang Songkok - yang membuatkan semua sistem sekolah -
dari guru besar sehingga Pak Cik Jaga kenal -
NAKAL TAHAB CIPAN.
Gang ini akan bersongkok pada semua aktiviti - nampak sopan tapi - masyalllah !
masuk hutan ( menangis ) tidur malam ( menangis ) main lumpur ( menangis )
Kami - jinggo & rakan2 @ guru2 - mengunakan plan A dan B dan C dan.....
kami zahirnya berjaya dihujung.
Program akan disambung....

Jumaat, 27 Februari 2009

NILAILAH SENDIRI.



Malam tadi berkumpul dengan kawan untuk agenda seterusnya.
Tengok GUSTI - WWE.
sakit hati dengan skrip yang dirancang.
benci dan meluat.
tapi seronok tengok
APA BEZA AHLI GUSTI vs AHLI PARLIMEN.
keduanya ada satu pertandingan
YANG NAK MENANG
keduanya melibatkan stategi untuk menjatuhkan lawan
WALAUPUN KADANG2 SAMPAI KE DALAM KELAMBU
keduanya melibat satu kumpulan baik ( kerajaan ) dan pembangkang ( jahat )
INI BERBEZA : BAIKNYA GUSTI MEMANG ZAHIRNYA BAIK - JAHATNYA GUSTI MEMANG SELALU TAK IKUT UNDANG2.
kedua2nya tidak boleh dipercayai
HARI INI KAWAN ESOK MUSUH
macam Matt Hardy hemtam adik sendiri Jeff Hardy.
APA YANG BERLAKU HARI INI.
inilah pemimpin yang kita zahirkan :
kalau mahu dikatakan mereka tidak bijak : tentunya tidak.
kalau mahu dikatakan mereka tidak tahu kesan yang ditonton : tentunya tidak.
APA YANG MEREKA TAHU.
aku mesti menang.
GUNAKAN APA SAHAJA APA 'SENJATA' YANG ADA.
kalau GUSTI ada kerusi - meja - tali - menukul...
ahli Parlimen kita ada MULUT.....
yang kita semua tahu kesannya..
moralnya
HARI INI SAYA NAK FOKUS UNTUK 'BERGUSTI ' DENGAN
GENERASI HARI ESOK.
maaf seandai ada yg terguris.ini sekadar pandangan yang tidak berpihak

Khamis, 26 Februari 2009

kita adalah apa yg kita percaya....

“Success is not reached by chance, It is reached by choice”
Sukses bukanlah dicapai kerana suatu kebetulan.

Itu dicapai karena suatu pilihan.
“Watch your habits, for they become your character. Develop your character, for it becomes your destiny”
Perhatikan kebiasaanmu, kerana itu akan menjadi karaktermu.
Bangunlah karaktermu, kerana itu akan menentukan masa depanmu
“Recognize that life is in constant motion and every change happens for a reason. When you see boundaries as opportunity,
the world becomes a limitless place”
Sedari bahawa kehidupan selalu bergerak,
dan setiap perubahan terjadi atas suatu alasan.
“Climb any mountain and believe without a doubt that you will succeed.
This is the power of the human spirit”
Dakilah gunung dan sepenuhnya percaya bahawa kamu akan sukses.
Ini adalah kekuatan spiritual.
“Pioneers blaze their paths where highways never run”
Berani mengambil langkah setapak untuk akhirnya berlari bebas.
“The currents that determine our dreams and shape our lives flow from the attitudes we nurture every day”
Arus penentu impian dan pembentuk kehidupan mengalir dari
pola berfikir yang dibina setiap hari.
BEGINI AGAKNYA.
dari buku YOU CAN WIN
kelaziman ( kekerapan ) akan membentuk budaya
budaya akan membentuk tabiat
tabiat akan membentuk sikap
sikap akan membentuk takdir kita.

dari jinggo - kita adalah apa yg kita fikirkan - jangan harap berlakunya apa perubahan kalau tidak ada kesedian kita untuk keluar dari zon selesa.
ubah pemikiran - ubah kekerapan - ubah kelaziman.
Orang bijak dan budiman sejak zaman ke zaman pernah mengatakan bahawa cinta adalah sendi segenap keutamaan di dunia ini.
Kalau tiada cinta, nescaya nilai kemanusiaan akan hancur. Orang yang bercinta tidak pernah khianat kepada orang yang dicintainya, tidak pernah menyakiti dan tidak pernah mengecewakan.
Cinta memang perasaan yang menakjubkan. Ia ibarat sebuah barang antik, suatu benda lama yang sentiasa baru dari zaman ke zaman dalam hidup manusia. Lebih daripada itu, cinta itu lebih tua daripada alam kerana atas dasar cintalah Tuhan menjadikan alam ini.
William Shakespeare pernah berkata: "Manusia mati dari semasa ke semasa dan badan mereka dimakan ulat, tetapi bukan kerana cinta." Malah cinta itu datangnya dari mata turun ke hati, berendam dalam dada dan mengharap pemberian kepada yang satu.
"Semakin banyak engkau memuntahkan kata-kata tentang cinta, semakin sepi hatimu dan semakin engkau gilakan cinta. Tiada kisah teramat manis daripada kisah cinta. Tiada kisah teramat ngeri daripada putus cinta. Yang termanis daripada yang manis di dunia ini ialah pujian kekasih yang terlontar daripada rasa cintanya,"
demikianlah kata-kata orang bijak yang memang kita percayai dan tersemat dalam jiwa kita yang terdalam.

Namun ingat bahaya cinta: cinta monyet ialah cinta keanak-anakan, cinta palsu sekadar basa-basi atau penghormatan, . Oleh itu, 'bercintalah' dengan sepenuh hati kerana cinta sejati sajalah yang akan menghasilkan cita-cita luhur dan abadi. Cinta sejati memang tidak terungkap dengan kata-kata kerana ia menghiasi perbuatan 'pencintanya'.
"Cinta kepada harta bererti bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam, cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup, cinta kepada Tuhan ertinya takwa." Atau renungi pula kata-kata Hamka:
"Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sali sedan. Tetapi cinta menghidupkan penghargaan, menguatkan hati dalam perjuangan, menempuh onak dan duri penghidupan.
"Bagi penulis, sentuhan cinta semakin tersengat bahkan amat diperlukan dalam konteks sekarang, memandangkan sentuhan cinta kemanusiaan semakin terhakis dengan berlakunya peristiwa-peristiwa 'mencemaskan' umat manusia seperti keganasan global, perang tanpa henti, konflik antara umat yang mengaku beragama, seolah-olah membayangkan sentuhan cinta sesama manusia telah 'tercabut' daripada jiwa terdalam manusia.
Walhal cinta itu adalah jiwa, di antara cinta sejati dengan jiwa tidak dapat dipisahkan, kerana cinta pun merdeka sebagaimana jiwa. Ia tidak membezakan di antara yang kuat dan lemah, di antara kaya dan miskin bahkan antara darjat dan bangsa. Tetapi inilah yang kita saksikan di merata dunia. Manusia membunuh, menindas demi memenuhi cinta palsu atas nama kemanusiaan, sedangkan cinta sejati sesama manusia semakin dilupakan, apatah lagi cinta sebenar terhadap Tuhan.
Manusia lupa kata-kata ahli fikir Islam, Al-Farabi bahawa cinta yang ditujukan kepada pemuasan hawa nafsu sebenarnya adalah cinta yang diilhamkan Tuhan untuk binatang. Bak kata Hamka lagi: "Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji."

Rabu, 25 Februari 2009

hari ini...

kalau sudah dipertanggungjawab.
mahu tidak mahu
tangungjawab harus sempurnakan.
walaupun SAKIT untuk diceritakan.
saya sudah bersedia untuk berhadapan dengan risiko ini
SK ST GABRIEL.KL.
dari cerita kawan2 yang pernah berceramah disekolah ini.
ada berkata begini.
tak tahu macamana cgu yang hari2 mengadap budak2 ini.
SEMUGA ALLAH SAHAJA YANG TAHU MELETAKKAN KALIAN DIMANA....
ternyata cabaran diambil dan disambut untuk bercakap atas tajuk yang sama dengan cerita sebelum ini.
perubahan.
dan maaf cgu cgu kalau akhirnya saya TERPAKSA meninggikan SUARA untuk menyempurnakan tanggungjawab.kerana itu sahaja pilihan yang saya ada...
kami menyudahkan perlaksanaan dengan 'program airmata ' - imbas kembali.
Nak Dikongsikan
hari ini saya menjadi orang lain - saya MENINGGI suara kepada 'anak2 ' yang memang tak makan saman : saya rasanya itu sahaja itu sahaja yang terbaik dimasa itu...tak sia2 belajar berjerit dari suara perut.....berguna juga akhirnya.
AKHIRNYA - KEHABISAN SUARA JUGAK.....!

Selasa, 24 Februari 2009

perubahan diri dan kemiskinan diri

bukan ini kami pinta.....
Di sebuah daerah, ada seorang tua terkenal sangat bijak dan mempunyai kemampuan mampu “membaca” apa yang sedang dialami oleh orang lain yang bertemu dengannya. Seorang anak muda teringin sekali menguji kemampuan
orang tua yang terkenal bijak dan “berkemampuan” ini.
Ia membawa seekor burung di tangannya dan menggenggam burung itu.
“Ahh..saya ingin menguji apa betul kemampuan orang tua yang terkenal ini. Saya ingin menanyakan apakah burung yang saya bawa ini hidup atau mati kepada orang tua ini. Kalau orang tua itu menjawab bahawa burung yang saya bawa ini hidup, maka saya akan segera meramas burung itu hingga mati dalam genggaman saya. Apabila ia menjawab burung itu mati, saya akan segera melepaskan genggaman sehingga burung itu boleh terbang,”
bisik pemuda ini sambil berjalan ke arah rumah orang tua bijak itu dengan menggenggam seekor burung dalam genggamannya.
“Wahai org tua. Saya sudah lama mendengar tentang kamu dan kepintaran kamu . Saya sekarang membawa seekor burung dalam genggaman saya. Nah, kalau kamu betul-betul hebat seperti yang diceritakan oleh banyak orang, cuba kamu teka apakah burung yang saya bawa ini mati atau hidup?
Si orang tua bijak melihat dan memandangi sebentar anak muda ini yang menyembunyikan genggaman tangan di balik punggungnya.
“Wahai anak muda, burung yang kamu bawa itu, mati atau hidup tergantung dalam genggamanmu. Sama seperti kejayaan dirimu, semua dalam genggamanmu,”jawab singkat org tua ini sambil berlalu.
si pemuda ini pun menyedari.
Berjaya atau tidak tergantung pada diri kita sendiri. Ada dalam genggaman kita sendiri.
Untuk mewujudkan kejayaan, milikilah “genggamannya” :
moral untuk difkirkan.
hidup kita adalah apa yg kita fikirkan.pastinya untuk naik ketangga seribu mesti bermula dengan langkah satu. untuk memulakan langkah satu mesti bermula dengan keinginan.untuk memulakan keinginan mesti ada ' penggeraknya '.
Penggeraknya adalah apa yg kita fikirkan.
sekali lagi besok saya akan bersama sekumpulan belajar yang mungkin ( berdasarkan tafsiran ) datang dari persekitaran yang tidak banyak membantu. Adakah faktor ekonomi memberi impak yang besar kepada tahab motivasi anak2.
hari ini kita semakin tidak mampu menafikan - ekonomi ada kaitan besar dengan pendidikan - pendidikan ada kaitan besar terhadap keterbukaan hidup ( walaupun bukan semua )

KENAPA.


kalau ini adalah Roslin Bin Harun
mungkin begini agaknya
SAMPAI HATI ANAK AKU NI..
sakit penat nak menguruskan perkahwinan belum reda
bangsal pun belum runtuh
pinggan mangkuk yang dipinjam dari masjid belum pulang lagi
kepala lembu yang ditumbangkan - masih ada kat belakang
hutang piutang belum selesai
DAH ADA CERITA BARU

ini sebahagian dari cerita kita - karektor - sikap -
yang dizahirkan dalam bentuk tindakan yang kita PERCAYA itu betul.
BETUL pada kita BELUM tentu BETUL pada orang lain
kerana kita hanya bertindak atas apa yang kita PERCAYA.
siapa yang membentuk KEPERCAYAAN kita.
tentunya orang yang amat berpengaruh dalam hidup kita - siapa !

Semuga apa yang berlaku hari ini - dan seterusnya : kita ambil pengajaran -
dalam melunasi kehidupan kadang2 kita tidak akan dapat
semua apa yang kita mahu -

mungkin apa yang kita mahu ' dilambatkan ' hari ini.
mana tahu - dari perkahwinan itu akan lahirnya anak2 yang mampu mendamaikan mak & ayah suatu masa nanti.

Disebab ini bukan Roslin Bin Harun - kita ambil pengajaran bahawa dalam hidup masih ada ruang kita duduk bercerita - berbincang - sebab diantara kita dan kita ada banyak lagi kita2 - yang melihat dan terkena kesan tindakan kita.

sekadar pandangan

Ahad, 22 Februari 2009

kisah BON dan kawan - kawan

Ya Allah Ya Tuhan - semuga apa yang berlaku hari ini - Jumaat - Ahad : memberikan sesuatu kepada kami.Kami tahu mungkin selama ini kami seakan lupa - yang kami menjadi harapan kepada guru- guru , ibubapa terutama. Mungkin selama ini kami lupa.Hari ini - kami zahirkan keikhlasan :
berikan hidayahMu Ya Allah
Mungkin ini yang dikatakan dihidupan : kami kadang2 terlalu manja dengan persekitaran yang mengadakan semua kemahuan kami.Kami menjadi anak yang mungkin pernah menguriskan hati ibubapa , kami menjadi guru2 kami menitis airmata dengan kenakalan kami
dan hari ini kami tahu.
Susahnya kehidupan
Tidak ada apa bezakan kami dengan orang lain - kami hebat.Mungkin persekitaran menjadikan kami seakan lupa - bukan kami tidak diberi tahu.Kami lupa yang kami yang akan mewarisi kepimpinan yang ada pada hari ini.Kami tahu yang kami perlu persiapkan diri.
Tidak ada yang kurangnya sekolah ' kita ' -
yang kurang mungkin secara fizikalnya
sekolah ' kita ' tak macam sekolah orang lain yang ada ' macam2 '.
tapi sekolah kita sebarisan guru2 yang tidak ada lain NIAT nya selainnya - untuk mempastikan BON dan kawan mendapat apa yg sekolah lain dapat.
apa yang sekolah lain dapat - kecemerlangan.itu yang sekolah BON ada...

Dari Cgu Jinggo

Tahniah Cgu Linda dan Cgu Wan dan lain2 - yang saya tahu bukan sedikit komitmen diberikan untuk mempastikan kecemerlangan berlaku.Dan tentunya bukan mudah - berdasarkan persekitaran yang saya yakin tidak banyak membantu. Anak2 ini lahir dari sistem yang tidak banyak membantu : tapi itu bukan menyudahnya. Semuga Allah memberkati cgu - cgu yang amat2 komited. terima kasih kerana kerjasama sepanjang perjalanan kem. cerita seterusnya buka :http://jinggo-komitmenaku.blogspot.com/

Jumaat, 20 Februari 2009

INI YANG DITINGGALKAN.

ini yang di tinggalkan
saya kembali melunasi TANGGUNGJAWAB sebagai Pendidik.
dalam skop yang berbeza dengan pendidik - pendidik lain.
Kem Kecemerlangan dan JatiDiri
sebahagian pelajar yang MEMANG memerlukan - amat memerlukan atas tangkapan awal saya
SK SERI PERAK - SENTUL.KUALA LUMPUR
diantara sekolah yang tidak yang tidak ada banggunan macam sekolah2 lain.
sekolah yang 'menumpang ' di bawah flat Seri Perak
kita bayangkan diatas sekolah ada rumah
kita bayangkan......
sekolah yang mungkin tidak ada padang sendiri
sekolah yang mungkin tidak ada kantin sendiri
sekolah yang mungkin tidak ada ' taman ' itu dan ini
apa sekolah ini ada
sebarisan guru2 yang komited.
atas rasanya TANGGUNGJAWAB - dan kerjasama KAUNSELOR sekolah
Cgu Linda ( orang perak )
SEMUGA APA YG BAKAL BERLAKU BEBERAPA JAM DARI SEKARANG
MAMPU UNTUK KITA SEDARKAN MEREKA
YANG MENAIKKAN BELON BUKAN WARNANYA - TAPI ISI DALAM BELON

Khamis, 19 Februari 2009

siapa tak buat silap

Semalam duduk bercerita panjang dengan seorang bekas pelatih saya - perempuan.
SAYA DAH TERLANJUR CGU.
KAMI SUKA SAMA SUKA - DAN SEKARANG MACAMANA NAK BUAT.
mungkin begini.
SIAPA TAK BUAT SILAP
dalam hidup ini kadang2 kita terperangkap dalam banyak perkara yang kadang2 kita rasa
kita betul . dan kita percaya perkara itu betul.
dan kita sedaya cuba untuk menyatakan TIDAK pada pandangan yang BETUL
dari orang lain.
DIKALA ITU.
itulah kita.dikala ini - mungkin hari ini - kita tersedar yang ...
kita percaya betul itu sebenarnya tidak betul.
SIAPA TAK BUAT SILAP
kadang2 dalam dunia hari ini kita dilingkari oleh ramai orang2 yang menjadi hakim -
yang mungkin menyatakan itu dan ini - menjatuhkan itu dan ini.
dikala itu - kekiri kita kena kekanan kita kena.
Dunia seakan mahu menyatakan
PADAN MUKA KAMU.
itukah berakhirnya dunia.
Kepada ramai rakan - rakan ( termasuk diri sendiri ) yang membuat silap dalam memilih kehidupan. Diam seketika mungkin terbaik. Duduk dan susur semula satu persatu kisah2 yang ditinggalkan. Mungkin ada hati yang terguris.
Mungkin ada hati yang tercalar sepanjang susuran itu.
KITA ADALAH ORANG BUAT SILAP
orang buat silap - jangan dilebarkan kesilapan.untuk itu diam.
Semuga semua rakan2 yang buat silap - tahu dah sedar kita disini bukan untuk dihakimi : kita disini untuk belajar dan diajar. semuga apa yang berlaku menjadi kita semakin tahu : kadang2 apa yang kita percaya tidak semestinya betul.

kesilapan kita bukan bermakna berakhirnya dunia.

semuga F membaca N3 ni.

Rabu, 18 Februari 2009

kisah wanita yang di' telanjangkan '...

Eli - disatu Program yang dihadiri.
KITA SEMAKIN TIDAK FAHAM.
tapi mungkin ada yang faham - ini politik.Politik yang dihujung - kami mesti menang.dan kamu dan kamu mesti kalah : dan dikalah dalam apa bentuk sekali. Samada kalah reputasi , kredebiliti , moral - yang kamu mesti kalah.
itu cerita orang yg FAHAM apakan itu politik
kepada kita yang tidak faham mungkin begini.
YB ini ditelah menawarkan diri bertanding - dan rakyat telah memilih : itu yang rakyat mahu.teruskan dasar kamu.dan kami akan menerus dasar kami.
dihujungnya kita berada di bawah sistem perlembagaan yang sama.
kita saling hormat menghormati atas kapasiti masing - masing
TAPI HARI INI.
kita semakin tidak faham.
ini sudah menjadi satu budaya.budaya akan terus menjadi ' patent '.
kisah seorang wanita Malaysia yang secara zahir ingin
berkhidmat pada masyarakat.
seorang wanita yg secara zahirnya ingin menawarkan diri untuk masyarakat.
hari ini - meletup satu cerita yang ' dibesar2kan'.
INI PELUANG UNTUK YANG NAK MENANG
DAN SENTIASA MAHU MENANG.
kenapa sampai begini.
Kenapa ada kesanggupan membuka AIB yang tuhan telah tutup selama ini...
Pandangan saya.
Komen2 di TV semakin tidak banyak membantu.dan komen dari YB Pasir Mas lagi menakutkan.
Kita ucapkan tahniah kepada Eli kerana bertindakan atas prinsip :
PEMIMPIN SEHARUSNYA BERSIH
dan semua seharusnya menjadi satu panduan.
Tawar diri letak jawatan seandai sudah terjerumus
ke kancah moral mula dipertikaikan...
yang menarik : pemimpin cina memberi pandangan dari sudut berbeza -
dari pemimpin besar MCA ( kita fikirkan kenapa ? )

Selasa, 17 Februari 2009

bukan semua KEPERCAYAAN kita betul


KITA BIASA DENGAN DIOLOG INI
Seorang lelaki bertanya kepada isterinya
Boleh awak tolong cari garam di dapur ? Saya tak nampak pun
Awak carilah sendiri , ada di dapur..

Saya tak tahu dimana letakknya garam tu , macam mana saya hendak cari..
INI APA…
KENAPA TAK JUMPA
dalam bidang psikologi ini dinamakan sebagai schetoma ( titik yang tidak kelihatan )
Apa yang kita nak kongsikan.
Si Suami tadi sebenarnya percaya (sebenarnya malas nak cari ) garam tiada ada ada di dapur.
Kita adalah apa yang kita percaya
Tetapi adakah semua yang kita percaya itu betul.
Ini persoalan kita –
KADANG2
Sebagai ibu
Sebagai ayah
Sebagai kawan
Sebagai guru
kita berhadapan....
Dengan orang yang begitu percaya dia betul pada apa yang dia percaya.
Bagaimana kepercayaan terbentuk. Kepercayaan terbentuk dari orang – orang penting sekeliling kita iaitu ibubapa , guru , dan kawan2. Kita cenderung mempercayai apa yang dipercayai oleh orang2 yang mempengaruhi kita.
BAGAIMANA NAK UBAH
( kalau kepercayaan itu negetif )
Mencari alasan bagi mengubah kepercayaan
Mencabar bukti 2 yang menyokong kepercayaan kita
Mencipta kepercayaan baru
Mencipta bukti2 bagi menyokoing kepercayaan baru
MELIHAT KEHADAPAN DAN MEMIKIRKAN MANAFAAT YANG KITA AKAN PEROLEH DARIPADANYA.

MORAL UNTUK KITA
Kadang2 kita berhadapan dengan orang2 yang menjadikan kepercayaannya sebagai tembok besar untuk menerima teguran :
Yang kepercayaan itu betul ( pada dia aja ) walaupun salah….

Betul ke lelaki macam tu...

Perkara pertama yang akan dilakukan oleh kebanyakan perempuan setiap kali
kalau bangun tidur adalah :
membasuh muka – tengok cermin
Tengok cermin basuh muka.
Kenapa – kecantikan.
Untuk siapa – Lelaki.
Kerana lelaki perempuan nak cantik – dan mesti kelihatan cantik
SEJARAH LELAKI DAN KECANTIKKAN.
Lelaki2 di Babylon pada zaman purba misalnya , suka membubuh minyak pada rambut mereka , dan kemudian menkerintingkan kerana bagi mereka ‘ keringting itu menawan ‘.
Di Era kegemilangan kerajaan Mesir Purba pula ujud tradisi mencelup janggut dengan emas , khususnya dikalangan bangsawan . ketika itu janggut memang menjadi kebanggaan lelaki. Orang yg tak berjanggut tidak mendapat tempat dalam sistem kemasyarakatan.
Di Mecedones – sebelum kemunculan Alexander the Great hampir setiap lelaki berusaha menyimpan janggut.Tradisi ini berubah bila Alexander menitahkan askar2nya memotong dan mencukur janggut. Raja dan panglima perkasa itu berpendapat – janggut boleh membawa celaka ketika bertempur.
LELAKI MEMANG SUKA YANG CANTIK
Kerana itulah Countess Elizabveth b’athory ( 1560 – 1614 ) wanita kenamaan Hungary yang menculik dan membunuh kira2 650 orang gadis untuk diambil darahnya. Dengan darah itulah dia mandi kerana percaya melalui cara itu kejelitaannya dapat dikekalkan.
Kerana lelaki memang hanya nak yg cantik – gadis2 yang tak cantik dalam suku kaum Iralas di Tamil Nadu dan Kerala , India biasanya akan dikahwinkan dengan sepohon pokok atau sebilah pedang kerana resam lelaki dalam masyarakat itu menolak wanita hodoh.
PEREMPUAN SANGGUH LAKUKAN APA SAHAJA
UNTUK MEMUASKAN HATI LELAKI ( untuk menyempurnakan mata lelaki )
Kaum Manbetu di Zaire menhimpit kepala bayi2 yang dilahirkan dengan batu supaya menjadi tirus kerana sejak zaman dahulu mereka menganggap kepada yang paling cantik adalag yang tirus – tirus.tubuh mereka pula diwarnai , kadangkala dicucuk2 sehingga berparut sebab parut pun mereka anggap cantik
BAGAIMANA LELAKI KITA.
Kerana lelaki adalah lelaki – fitrahnya sama.
Sukakan kecantikan.
Adakah itu penyudah dalam segala urusan.
Menurut Mr Donald Trump memang perempuan cantik ada magnet untuk menarik perhatian ( dalam kontek perniagaan ) tapi sering orang membeli bukan disebabkan kuanliti barang
tapi ‘ fitrah ‘ kecantikan.
Untuk itu kita sama2 sedar dan tahu – biarkan cerita fitrah sekadar cerita.Yang perlu kita tahu - diantara kecantikan fizikal dan lagi satu kecantikkan…
Kecantikan sosial.
Kemampuan untuk mengimbangi keperluan diri sendiri dan keperluan orang lain dalam kontek sosial dan mampu membezakan antara PERCAYA dan KEPERCAYAAN dalam kontek agama.

Untuk itu jangan jadi kecantikan diri sebagai tiket untuk menjadikan diri kita berbeza
Untuk itu jangan jadikan keburukan diri sebagai tiket untuk menjadi kita kita berbeza..
Sumber dari buku ANAK JANTAN ( minahleter )

Isnin, 16 Februari 2009

PENANTIAN SETERUSNYA

rasanya macam nak marah sangat.masa menunggu JANJI yang tak reti nak dilunasi oleh orang yang berjanji.
tapi setelah berlalu 4 jam saya bercadang untuk menulis
semuga kita sama jadikan ingatan
JANJI.
kita biasa berjanji
kekasih kepada kekasih
suami kepada isteri
anak kepada makayah
pemimpin kepada kita
PERSOALAN KITA - ADAKAN SEMUA TU DI LUNASI.
ada dua subjek disini
orang yg berjanji
orang yg menunggu janji.
ADA SETENGAH ORANG SENTIASA BERSANGKABAIK - BERANGGAPAN SEMUA ORANG KALAU BERJANJI MACAM
DIRI SENDIRI.
jawapannya.tidak.jangan harap.kita akan kecewa.kecewa dan terus kecewa kalau kita sudah melatih diri untuk menetapi janji sorang2.
moral
saya menunggu 4 jam - hari ini :
4 jam saya tercongok sorang dengan bebalan dihati.....
apa boleh buat.
dalam situasi kekiri kita kena kekanan kita kena....
tunggu aja lah...
kesimpulannya - orang hebat dikatakan semuanya cukup takut
mempersendakan masa.

Ahad, 15 Februari 2009

rasanya tak salah apa yang diajar....


jadi apa yang salah
selama 3 tahun - mengadap cerita yang sama bersama pelatih2 PLKN -
Kelas Kenegaraan memberi ilmu untuk menzahirkan warga yang cintakan negara.
bukan sedikit perbincangan untuk menjadikan ilmu ini sebati didada wira dan wirawati - sehinggakan seketika : Ada airmata yang boleh menitis hanya sekadar mendengar lagu NEGARAku. itulah kami sebahagian dari rutin menurunkan sistem kelahiran sebuah negara MALAYSIA.
Konsep D.K.R.T
ternyatakan mampu untuk menyedarkan pelatih -
kita mendapat segala hari ini dengan airmata pemimpin terdahulu.
kita mendapat segala hari ini dengan keikhlasan pemimpin dulu.
KITA SUDAH DAPAT.KITA SUDAH MERDEKA
apa lagi selepas ini.
Tanah yang subur harus diterokai untuk kepentingan bersama.
Tanah yang permai harus ditadbir oleh sebuah Kerajaan.
Kerajaan yang didukungi oleh Rakyat harus sedar fakta - kita berbilang kaum.
Rakyat harus sedar mereka yang menentukan keDAULATAN negara kita.
SEMUA SECARA FAKTA DIAJAR.
BUKAN SEDIKIT PENDEKATAN DICARI UNTUK MEMPASTIKAN LAHIRNYA
WARGA MALAYSIA
zahirnya bagaimana.
kita mula ber'perang ' - atas satu kemahuan - KUASA.
KUASA UNTUK MENTADBIR
TANAH
RAKYAT
KERAJAAN
DAULAT
dan hari ini seluruh media mula ' berperang ' atas satu kemahuan yang sama.
hanya UMNO yang sayangkan negara dan sultan
hanya PAS yang sayangkan agama
hanya PKR yang tahu memberi keadilan
tak sokong UMNO bermakna penderhaka...
tak sokong PAS bermakna - Islam celup.
ini sekadar cerita politik yang kita sendiri
lebar - lebarkan perbezaan kita.
kita mula berperang.jarak kita semakin dijauhkan.
Hari ini dan seterusnya - kita lihat sahaja satu persatu AIB orang akan dibuka.
hari ini satu persatu FITNAH menjadi mainan
DAN HARI - SAYA SUDAH BERHENTI UNTUK MEMBACA DAN MENDENGAR
KERANA TAKUT SEJARAH KEJATUHAN KERAJAAN MELAKA BERULANG DISEBABKAN KELEMAHAN KEPIMPINAN SEMASA.

Ini cerita seorang Kaum yg Allah bagi Cuti

semuga anak ini tahu yang dia adalah kaum yang istemewa
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah,akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).
Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada
1,000 lelaki yang soleh.
Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".
Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah".

Dipetik dari Hadis Rasullullah SAW mengenai wanita

Sabtu, 14 Februari 2009

sepatutnya begini.

Dari cerita yang ' macam ' tidak ada hujung
dari keganasan mulut ke pertengkaran
ini kesimpulan dihujungnya.
peringatan untuk diri sendiri dan kawan2.
kerana ini adalah ilmu maka terima sebagai satu
lagi penambahbaikan dalam hidup kita.
zahirnya kita mengamalkan 3 stail dalam komunikasi
ASERTIF
( menang - menang )
AGRESIF
( menyalahkan orang lain.tidak menhiraukan pandangan orang lain.melambangkan komleks tinggi diri )
PASIF
( tidak jujur dengan diri sendiri - tidak menjadi diri sendiri.hidup dibawah arahan orang lain.sukar untuk menyatakan tidak - dan akan berakhir dengan tekanan emosi , kekecewaan.. )
dan ketiganya ada impaknya tersendiri - karektornya tersendiri.
menurutkan kajian pakar menyatakan stail yang paling berkesan adalah
ASERTIF
menurut AJ Lange & P Jakubowki sifat ini adalah
mempertahan hak sendiri dan menyatakan fikiran , perasaan dan kepercayaan secara terus terang , jujur dan dan wajar tetapi tidak pula membelakangkan hak orang lain
empat ciri utama
mempertahankan hak
menyatakan perasaan secara jelas dan jujur
menghormati hak dan perasaan orang lain.
Moral dari Jinggo
Bagaimana untuk menjadi ASERTIF dari AGRESIF - ini adalah komitmen diri yang tidak mudah. dalam kontek hubungan sosial hari ini kita berhadapan dengan terlalu ramai yang yang berada dalam kelompok AGRESIF
dari Dale Carnigei ada bahasa bahasa badan tertentu orang2 agresif
AKU SAHAJA YANG BETUL
ini satu budaya yang tidak sihat dan tidaK molek dalam kontek kehidupan bersosial.
jadi bagaimana kita - bila kita sejak kecil lagi dah diajar oleh sistem makayah untuk menjadi kan diri kita - sebahagiannya PASIF.
budak2 diam - pegi main jauh2....
dan hari ini kita ada hak dan ruang untuk belajar betapa banyak ' ilmu ' yang boleh kita kutip dari cerita dari politik semasa.

Jumaat, 13 Februari 2009

sempena hari untuk orang berkasih

siapa tak suka menang
tetapi perbuatan suka menang boleh menyebabkan pelbagai masalah ,
terutamanya dalam hubungan berkasih.
ada dua cara kita boleh menang
PERTAMA
dengan cara mengemukakan bukti dan alasan yang kuat untuk menyokong kita
KEDUA
menggunakan stategi mengalahkan pasangan kita dengan taktik2 yang tidak adil
HENDAK MENANG DENGAN CARA MENUDUH DAN MENYALAH PASANGAN ADALAH CARA YANG POPULAR , ITULAH SEBABNYA PERBUATAN TUDUH MENUDUH DAN SALING MEMBELA DIRI BEGITU
BANYAK BERLAKU DALAM PERTENGKARAN.
biasanya begini
berdasarkan kajian sosial menyatakan - bila kita tidak mempunyai -bukti dan alasan biasa akan menggunakan strategi membangkit isu - isu lama
perbuatan mengungkit adalah satu strategi paling popular
SEMUA INI BIASA BERLAKU DALAM PERTENGKARAN
dalam pertengkaran biasanya berdasarkan dua faktor
PERTAMA
isu yang ditengkarkan
KEDUA
isu pertengkaran akan lari dari isu yang dipertengkarkan kepada peribadi.
tujuan strategi memburuk2 peribadi ialah supaya kredibiliti pasangan itu hancur sama sekali
BILA INI BERLAKU - KEDUANYA AKAN HILANG KEPERCAYAAN -
dan proses ini tidak akan ada penghujungnya
PILIHAN KITA
menarik diri dengan cara diam
mengalah berdasarkan keperluan semasa
MORAL UNTUK KITA
hasil pada semua : kita mungkin menang dalam pertengkaran
tapi kalah dalam perhubungan
kenapa orang bertengkar menggunakan suara yang kuat.
kenapa orang berkasih menggunakan suara yang perlahan ( walaupun jauh )
suara kuat tapi hatinya jauh
suara perlahan tapi hatinya dekat.

Khamis, 12 Februari 2009

satu kesimpulan

saya selalu impikan nak jadi macam ni
seorang pendidik yang tidak terikat dengan sistem yang sedia ada

satu kesimpulan yang dari cerita yang panjang.
kita kirakan sebagaikan satu perkongsian -
dari pembacaan yang lama.
diminta Allah jauhkan saya dalam kelompok umatNya yang riak dengan
sedikit nikmat yang diberi.
kita mulakan begini : bagaimana saya memulakan semua dari apa yg rakan2 tahu dan mungkin sedar mengenai penglibatan saya dalam bidang membikin manusia.
saya mulakan bertahun dengan membikin diri sendiri
mulanya dengan KUASA ANGAN - ANGAN
saya selalu nak jadi apa yang ada hari ini.
sebab saya yakin - ada sesuatu yg kita TIDURkan bertahun - saya percaya kita adalah apa yang kita fikirkan. Semua yang kita angankan mungkin tidak menjadi apa seandai sekadar selesai begitu sahaja.Tulis.Pamerkan
saya mula menulis dan menampal angan -angan.
dan bercakap dengan angan-angan.
dari satu buku ke satu buku saya menyelak dan menulis : saya mendominasi terus
TEORI KUASA MINDA DIBAWAH SEDAR
saya yakin dan percaya bahawa kita akan
menjadi apa yg kita percaya dan fikirkan.
akhirnya setelah hampir 10 tahun mendominasi teori ini saya bersedia untuk berkongsi.
adakah cukup setakad itu.
asasnya ada NAK TAK NAK selain dari KOMITMEN untuk keluar dari ZON SELESA.
ini bezanya diantara orang yg ada KEINGINAN dan HARAPAN.
dan seterusnya begitu.
Penghalangnya adalah SUARA KECIL yang mungkin membisik kan itu dan ini - robohkan dengan kekuatan KUASA MINDA yang bersedia untuk digunakan.
dan saya percaya - kita berhak untuk menjadi apa yang kita nak jadi.
kita mungkin mencipta kesukaran demi kesukaran yang akhirnya memang sukar
sebab itu yang kita fikirkan.
YANG PALING PENTING
kita mahluk sosial - proses untuk naik keatas kita
masih memerlukan orang2.
jadilah yang terbaik untuk diri sendiri dan untuk orang lain.

dan tentu kita hanya merancang Allah menentukan
berasaskan apa yang kita mahu
UNTUK ITU MARI KITA GUNAKAN 100 % KUASA MINDA DIBAWAH SEDAR.

Rabu, 11 Februari 2009

jadilah diri sendiri...

menarik dari Tuan Mountdweller - dan tentunya saya tak layak terima bunga.
Seorang penceramah dijemput untuk memberi ceramah di sebuah perhimpunan
pembogel - pembogel.Kumpulan ini mengadakan persidangan di sebuah hotel terkenal .
Kepada penceramah - inilah adalah cabaran terbesar dalam kerjayanya.AJK perhimpunan menjemput penceramah itu di lapangan terbang sehari sebelum hari ceramahnya dan pihak AJK meminta penceramah melihat keadaan perhimpunan supaya penceramah
dapat menyesuaikan diri.
Di sebabkan mereka tinggal di hotel yg sama , dia dibawa masuk oleh AJK tadi ke dewan dimana seluruh peserta sedang asyik mengikuti perhimpunan. Apabila pintu dewan dibuka dan penceramah itu diperkenalkan kepada peserta , penceramah itu terkejut kerana semua peserta yg berada di dalam dewan itu tidak berpakaian sedangkan dia mengenakan kemeja lengan panjang dan bertali leher...
Setibanya di bilik , dia kebingunan. Pakaian apa yg harus digunakan untuk ceramahnya besok. Pada pengkiraannya , untuk mempasti keberkesanan ceramahnya dia perlu meletakkan dirinya supaya sama dengan peserta , iaitu berbogel sebagaimana yang lain. Akhirnya penceramah membuat keputusan untuk berbogel untuk
menyamaratakankan dirinya dengan peserta
Tiba masanya memberi ceramah , dia pun berjalan menuju ke dewan ceramah dengan penuh yakin tanpa mengenakan seurat pakaian. Apabila masuk dalam dewan dia terkejut kerana semua peserta yang hadir memakai pakaian yg kemas dan rapi , bagi mendengar ceramahnya , sedangkan penceramah jemputan satu2nya orang dalam dewan

Moral untuk aku dan kita

Persaingan hidup untuk memenuhi keperluan hedonisme ( mencari kesenangan hidup ) dan materialisme ( kebendaan )kita semakin hari menjadikan kita tidak menjadi kita. , kita cenderung menjadi manusia yang suka mengikut orang lain.
Menurut Ziz Ziglar ( dalam buku hebatnya - kena baca !!! ) ' anda akan gagal sekiranya cuba meniru orang lain , tetapi anda akan MENJADI ANDA YANG TERBAIK.ANDALAH SATU SATUNYA YANG DAPAT MENGUNAKAN KEMAMPUAN ANDA SENDIRI...DAN INI MERUPAKAN SATU TANGGUNGJAWAB YANG BESAR '....
Untuk Pengajaran - 3 teori besar menyatakan......
GIVE YOURSELF ( pada ketentuaNya ),
KNOW YOURSELF ( kenal siapa kita )
BE YOURSELF ( jadi diri sendiri )-
hidup ini adalah pilihan kita......
JADILAH DIRI SENDIRI

ku cari damai yang hilang

disini damai yang dicari
Seorang Raja mengadakan sayembara dan akan memberi hadiah yang melimpah kepada siapa saja yang boleh melukis tentang kedamaian.
Ada banyak seniman dan pelukis berusaha keras untuk memenangi peertandingan tersebut. Sang Raja melihat-lihat hasil karya mereka.
Hanya ada dua buah lukisan yang benar-benar paling disukainya.
Tapi, sang Raja harus memilih satu diantara keduanya.
Lukisan pertama menggambarkan sebuah telaga yang tenang. Permukaan telaga yang itu bagaikan cermin sempurna yang mematulkan kedamaian gunung-gunung yang tenang .Di atasnya terpampang langit biru dengan awan putih berarak-arak. Semua yang memandang lukisan ini akan berpendapat, inilah lukisan terbaik mengenai kedamaian.
Lukisan kedua menggambarkan pergunungan juga. Namun tampak kasar dan kosong Di atasnya terlukis langit yang gelap dan merah menandakan turunnya hujan badai, sedangkan tampak kilat menyambar-nyambar liar. Disisi gunung ada air terjun deras yang berbuih-buih, sama sekali tidak menampakkan ketenangan dan kedamaian.
Tapi, sang raja melihat sesuatu yang menarik, di balik air terjun itu tumbuh semak-semak kecil diatas sela-sela batu. Didalam semak-semak itu seekor induk burung pipit meletakkan sarangnya. Jadi, ditengah-tengah riuh rendahnya air terjun, seekor induk Pipit sedang mengerami telurnya dengan damai. Benar-benar damai.
Lukisan manakah yang memenangi pertandingan?
Sang Raja memilih lukisan kedua.Tahukah Anda mengapa? kerana jawab sang Raja,
“Kedamaian bukan bererti Anda harus berada di tempat yang tanpa keributan, kesulitan atau pekerjaan yang keras dan sibuk. Kedamaian adalah hati yang tenang dan damai, meski Anda berada di tengah-tengah keributan luar biasa.”
“Kedamaian hati adalah kedamaian sejati.”

Moral untuk kita :
Semuga apa yang berlaku hari ini - secara sedarnya mampu memberitahu kita.BERDAMAIlah. Percayalah - kita belajar dari BENCANA.kerana kita disini bukan untuk di hukum dan dihakimi.
sebahagiannya kita disini : untuk belajar dan diajar.

Selasa, 10 Februari 2009

muka aja cantik - tapi hampeh.....

Wajah yang cantik - mudah membuatkan orang tertarik dan ingin berkenalan - ini dikaitkan dengan pengaruh. Tapi adakah ini satu penyudah dalam penyempurnaan satu hubungan sosial.
kita mungkin biasa mendengar
KETAMPANAN FIZIKAL
KETAMPANAN SOSIAL
mulut seseorang adalah aspek sosial yang amat penting pengaruhnya dari sudut aspek keupayaan menampat hati orang lain.
kita biasa mendengar
kerana mulut badan binasa.
satu kajian menyatakan begini
sesetengah orang memiliki wajah yg cantik tetapi gagal mendapat kekasih selayaknya disebabkan tidak suka dengan mulutnya.
sesetengah orang yang memiliki wajah sederhana - ramai kenalan :
ini dikaitkan dengan kejelitaan sosial
pakar2 psikologi menyatakan orang yang pandai berbahasa dipandang lebih tampan dari wajah mereka yg sebenar
BAGI SESETENGAH ORANG - MUNGKIN DILUAR KESEDARAN MEREKA SEDANG MENGGUNAKAN JENIS2 GAYA BAHASA YANG
MEMBAHAYAKAN PERHUBUNGAN.
gaya bahasa tuduhan
dihujung gaya bahasa ini akan mencetuskan rasa sakit hati ,
marah , perselisihan , pertengkaran.
kita kerap bercakap bahasa tuduhan apabila timbul masalah
itulah...kenapa awak macam tu
ini semua sikap awak
awak sepatutnya tahu
saya dah kata awak.....
awak.awak dan awak.gaya penuduhan mengandungi unsur
PENGHAKIMAN , HUKUMAN , KEPUTUSAN DAN TUDUHAN.
bahayanya : orang yang mendengar akan menjadi defensif.
MORAL UNTUK KITA
sempena minggu berkasih sayang
Elakkan menggunakan ayat2 yang mengandungi tuduhan
tuduhan tidak menyelesaikan masalah
tuduhan akan dijawab dengan tuduhan balas
kajian menyatakan wanita lebih kerap menggunakan ayat2 jenis ini jika dibanding dengan lelaki
Dari buku Seks dan Psikologi - Prof Abdullah Hassan

Isnin, 9 Februari 2009

mulanya disini.....

Tidak ada yang paling best untuk di kenang - selain mengusuri semula cerita - cerita yang pernah di tinggalkan dulu. Saya pernah disini. Sehabis menyempurna sebahagian dari pengajian dalam bidang Perhutanan UPM - disinilah saya memulakan saya hari ini. Sebagai Pegawai Pendidikan Alam Sekitar keperluan saya untuk tahu - dan seterusnya mengajar dalam bidang berkaitan.
Hari ini - Isnin - dikala jalan ke Bt Caves masih sibuk - saya mengambil keputusan untuk kembali mengusuri cerita lama -
10 tahun mungkin : disinilah bermulanya saya hari ini.
Pusat Pendidikan Alam Sekitar FRIM ( Inst Penyelidikan Perhutanan Msia + Malaysian Nature Society + Shell ) - itu penaja saya pada masa tu. 3 tahun bergelumang dengan cerita yang sama - dunia pada masa itu ada HUTAN. 3 tahun saya menyerahkan komitmen 100 % untuk menjadikan saya hari ini. Dan disinilah saya menanam cita2 :
SUATU MASA AKU AKAN ADA PUSAT PENDIDIKAN SENDIRI ( sesiapa yg pernah di Kem Eco Kid - keadaan asramanya sama ) saya membiakkan terus kenangan dan keinginan itu sampai sekarang.
Dan disinilah saya membenihkan sesuatu........

kita fikirkan...

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!! !
PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu
KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.
KELIMA.
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.
KEENAM
.Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain.
Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.
KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
KESEPULUH
.Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"
KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
KELIMABELAS.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.
KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:* Rasa hormat pada diri sendiri;* Rasa hormat kepada orang lain;* Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
KESEMBILANBELAS
.Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

Ahad, 8 Februari 2009

hadiah terbaik


terima kasih cgu hazlin
"jika kejahatan di balas kejahatan itu adalah dendam.
jika kebaikan di balas kebaikan itu adalah perkara biasa.
jika kebaikan di balas kejahatan itu adalah zalim.
tapi jika kejahatan di balas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji...
"kata-kata itu sebenarnya tak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa, tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan... ""
hidup tak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri.
perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik yang berlandaskan kenyataan..
" hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan "
HADIAH TERBAIK:
kepada kawan
kesetiaan
kepada musuh
kemaafan
kepada ketua
khidmat
kepada yang muda
contoh terbaik
kepada yang tua
hargai budi
mereka dan kesetiaan kepada pasangan
cinta
ketaatan kepada manusia
kebebasan

Dari jinggo : mari kita fikir - fikirkan2

Sabtu, 7 Februari 2009

soal hitam putih kehidupan

Hati itu dapat hidup dan dapat mati, sihat dan sakit.
.Allah berfirman, ertinya:"Dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar dari padanya." (Al-An'am : 122)
Ertinya, ia mati kerana kekufuran, lalu Kami hidupkan kembali dengan keimanan. Hati yang hidup dan sihat, apabila ditawari kebatilan dan hal-hal yang buruk, dengan tabi'at dasarnya ia pasti menghindar, membenci dan tidak akan menolehnya.
Lain halnya dengan hati yang mati. Ia tak dapat membedakan yang baik dan yang buruk.
Dua Bentuk Penyakit Hati:
Penyakit hati itu ada dua macam: Penyakit syahwat dan penyakit syubhat.
Keduanya tersebut dalam Al-Qur'an.Allah berfirman, ertinya:"Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (melembut-lembutkan bicara) sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya. " (Al-Ahzab:32)Ini yang disebut penyakit syahwat.
Allah juga berfirman, ertinya:"Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya..." (Al-Baqarah : 10)
Allah juga berfirman, ertinya:"Dan adapun orang yang didalam hati mereka ada penyakit, maka dengan surat itu bertambah kekafiran mereka, di samping kekafirannya (yang telah ada)." (At-Taubah : 125)
Penyakit di sini adalah penyakit syubhat. Penyakit ini lebih parah daripada penyakit syahwat. Kerana penyakit syahwat masih boleh diharapkan sembuh. Sedangkan penyakit syubhat, tidak akan dapat sembuh, kalau Allah tidak menanggulanginya dengan limpahan rahmat-Nya.
Seringkali penyakit hati bertambah parah, namun pemiliknya tak juga menyedari. Kerana ia tak sempat bahkan enggan mengetahui cara penyembuhan dan sebab-sebab (munculnya) penyakit tersebut. Bahkan terkadang hatinya sudah mati, pemiliknya belum juga sedar kalau sudah mati.
Gejala penyakit hati adalah, ketika ia menghindari makanan-makanan yang bermanfaat bagi hatinya, lalu menggantinya dengan makanan-makanan yang tak sihat bagi hatinya. Berpaling dari ubat yang berguna, menggantinya dengan ubat yang berbahaya. Sedangkan makanan yang paling berguna bagi hatinya adalah makanan iman.
Ubat yang paling baik adalah Al-Qur'an masing-masing memiliki gizi dan obat. Barangsiapa yang mencari kesembuhan (penyakit hati) selain dari Al-kitab dan As-sunnah, maka ia adalah orang yang paling bodoh dan sesat.
Sesungguhnya Allah berfirman:"Katakanlah: "Al-qur'an itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman. Dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al-qur'an itu suatu kegelapan bagi mereka. Mereka itu adalah (seperti) orang-orang yang dipanggil dari tempat jauh." (Fushshilat : 44)

Pengajaran untuk kita
SEGALA APA YANG BERLAKU DIKIRI KANAN KITA HARI INI - ADALAH SOAL HATI.SEMUGA KITA DIBERKATINYA DAN DIRAHMATI DALAM SELURUH KEHIDUPAN.
Eco Kid Adventure on Facebook