Khamis, 28 Mei 2009

kamu boleh KAMI pun boleh



Satu lagi perkara yang baru yang saya diajar.
Yang dunia ini terlalu banyak ilmu Tuhan yang kadang2 kita tidak berpeluang untuk tahu.
Dan hari ini - kita kongsikan begini.
sekumpulan guru yang Allah sahaja yang tahu - Anugerah untuk berkerja dengan anak2 yang
'macam2 kepada kita yg mungkin terasing dari ' dunia ' cgu2 ni.
Dunia pengajaran yang penuh bujukan dan belaian.
Cgu mandikan budak
cgu suapkan makan
cgu carikan baju dalam
cgu yang membuat itu dan ini
SEDANGKAN HUBUNGAN APA YANG MEREKA ADA.
guru - murid istemewa.
Tahniah kepada Yop Zaini - cgu firdaus , dan semua yang menjadikan jauh disudutnya : kami macam nak kongsikan : mungkin begini agaknya cgu2 pelajar istemewa.
Kita Fikirkan
Kita dilahirkan dengan fitrah dan potensi yang berbeza.
disini mungkin kita begini - bagaimana disana nanti
yang pasti ' anak2 ' ini bagaikan sudah dijanjikan...
DUNIA INI BUKAN MILIK KAMI
namun KAMI jua punyai hati.

Selasa, 26 Mei 2009

kita fikirkan lagi

Saya selalu ingat kata-kata peransang semangat dari
Uzumaki Naruto,
“I'm Not Good At Giving Up”
Maksudnya, “saya memang lemah bila sampai masa nak mengalah. Masalahnya, saya tak pandai nak mengalah!

dunia tidak memerlukan orang lembik..

Sudah macam menjadi satu kemestian : isnin adalah hari membeli buku.
dan ini yang kita nak kongsikan.
KITA KONGSIKAN BEBERAPA FAKTA UNTUK MUNGKIN
BERGUNA UNTUK KITA TAHU.
dalam hidup hanya manusia tidak waras sahaja yang mencari ketidakbahgian dalam hidup.
kita mencari
dan terus mencari pada ruang dan peluang yg disediakan.
tidak semua berjaya kerana bahagia @ kejayaan itu sendiri
dilihat dan dizahirkan dari kacamata sendiri.
SAYA JURUSKAN MEMAHAMAN SAYA KE SUDUT PENDIDIKAN.
dari cerita panjang dan penglibatan yang lama dalam dunia latihan.
dimana di dunia ini ' kita menjadi kita '
HASILNYA.
saya membuat kesimpulan begini - mungkin berguna untuk saya - kita - guru2 dan ibubapa yang selama ini melihat dan membuat tafsiran tersendiri yang anak2 harus begini dan begini.
DUNIA HARI INI
tidak sekadar memerlukan A semata2. ada yg lain perlu di lihat
bila bersama sekumpulan pelajar yang rata2 datang dari kelompok diyakini A.
rentaknya amat2 berbeza.
CGU SAYA TAK BOLEH BUAT INI.
mak tak bagi masuk hutan
mak tak bagi mandi sungai
mak tak bagi aktiviti begini....
mak tak bagi...
AKHIRNYA MEMBESARLAH ANAK2 A INI..
sekadar tahu apa yang dia tahu. masuk kolej dan seterusnya keluar ke dunia sebenar.
dan saya semakin yakin bahawa dalam hidup
15 % adalah IQ
85 % adalah ESQ + ESQ
dan
PSQ

Moral untuk kita

Menurut Dr Zaiton Osman ( bekas olahragawan )
bermain adalah satu ' kelas @ aktiviti luar ' yang perlu kepada anak2.
Ini yang jarang mahu kita fahami.
Sebab semasa bermain mereka akan belajar berkomunikasi , berkerja dalam kumpulan , berdikari , membuat keputusan , tahu erti kalah + menang..
pertumbuhan pelajar @ anak2 tanpa diiring dengan PSQ adalah satu yang malang kepada perkembangan seterusnya
DUNIA TIDAK MAHU ORANG LEMBIK.

Isnin, 25 Mei 2009

orang sakit !

Kita biasa berhadapan dengan orang yg menjadikan kritikan sebagai kerjaya.
Mereka menjadikan kritikan seolah - olah mereka akan memenangi hadiah dalam peraduan. Mereka akan mencari dan terus mencari.
menjaja dan terus menjaja dan menyalah dunia atas semua kerumitan.

siapa mereka ini
orang yang tidak merasa gembira apabila tidak ada masalah untuk diperkatakan
berasa terganggu apabila mereka berasa baik , kerana takut mereka akan merasa lebih teruk apabila mereka lebih baik.
menhabiskan sebahagian besar hidup dikaunter aduan
selalu mematikan lampu untuk melihat bagaimana gelapnya keadaan
selalu mencari keretakan pada cermin kehidupan
berhenti tidur atas katil apabila mereka mendengar bahawa kebanyakan orang mati di katil
tidak dapat menikmati kesihatan yang baik kerana mereka memikirkan mereka mungkin akan mati esok hari
bukan sahaja menjangkakan keburukan malah menjadikan keadaan lebih teruk apabila sesuatu berlaku

DARI JINGGO
itu cerita kita
kawan2 dan persekitaran kita
tentunya mereka berbeza
MELIHAT DONAT BUKAN PADA ISINYA - TAPI LUBANGNYA.
untuk itu.
kerana mereka berbeza
pendekatan kita juga berbeza
menurut Dale Carnigie dalam buku hebat.
JADIKAN MEREKA BETUL
JADIKAN MEREKA PENTING
selainnya diam.
layanlah mereka - sebagai orang sakit !

mari kita berfikir...

mana hebatnya manusia : kalau tidak berfikir !
Manusia , daripada semua mahluk , dari segi fizikalnya paling tidak lengkap dalam dunia ini.
Manusia tidak boleh terbang seperti burung , tetapi boleh dibunuh oleh serangga yang sangat kecil , tidak boleh berlari lebih laju daripada seekor harimau bintang. , tidak boleh berenang seperti seekor buaya , tidak boleh memanjat pokok seperti seekor monyet , tidak mempunyai mata seperti helang , dan tidak pulaklah dia mempunyai kuku dan gigi seekor kucing liar. Dari segi fizikal , manusia tidak berdaya dan tidak berupaya mempertahankan diri.
Tetapi alam ini bertimbang rasa dan murah hati. Hadiah terbesar alam ini kepada manusia adalah kemampuan berfikir.
Manusia boleh membentuk persekitaran sendiri , sedangkan haiwan menyesuaikan diri kepada persekitaran mereka.
Yang menyedihkan pula , sangat sedikit individu menggunakan hadiah yg terbesar itu –kemampuan untuk berfikir – ketahab sepenuhnya.

Dari Jinggo

Kegagalan hadir dalam dua jenis
mereka yang melakukan tanpa memikirkannya dan mereka yang memikirkannya dan tidak pernah melakukannya.
Menjalani kehidupan tanpa menggunakan kemampuan berfikir ibarat menembak tanpa membidik..
Kehidupan ini ibarat kaferia. Kita ambil dulang , pilih makanan kita dan bayar dihujungnya. Kita boleh mendapat apa – apa sahaja yang kita mahu asalkan kita sanggup membayar.
Di dalam kafetaris , sekiranya kita menunggu seseorang menhidangkan kita , kita akan menunggu buat selamanya. Dan itu lah hidup kita.
Kita membuat pilihan dan membayar harganya.

Ahad, 24 Mei 2009

sekolah cgu hospi

kajian flora dan fauna
aktiviti ' learning gy doing '
Sk Bukit Maluri dan cgu hospi mungkin ada cerita yang ' menarik ' untuk kita kongsikan.
dan saya semakin percaya kepada KOMITMEN berterusan dan PENYERAHAN jiwa untuk mempastikan kualiti yang boleh kita nampak dihujung -
bilangan A ( kalau itu yang kita mahukan ).
KITA KONGSIKAN BEGINI.
Kem Sains UPSR yang kami ' kerjakan ' bersama - hasil komitmen untuk memberikan
( dah 7 tahun kami bersama ) pendedahan secara praktikal kepada pelajar
terutamanya yang bakal menhadapi UPSR.
Perpindangan ' bilik darjah ' merupakan satu pendedahan yang praktikal untuk menarik minat pelajar kepada pemahaman konsep Pendidikan Sains itu sendiri.
Dan ini hasilnya.
Cgu Hospi dan Sk Bukit Maluri - Kepong tidak pernah tersilap caturan.
Hasilnya sekolah jarang berada jauh dari lingkungan 5 terbaik wilayah
FORMULANYA
sekolah yang baik tentunya bermula dari...
SISTEM PENGURUSAN YANG BAIK
GURU2 YANG TERBAIK BERSEDIA MENYERAHKAN JIWA UNTUK KERJAYA INI.

dari jinggo

Saya menulis berdasarkan pengalaman - sekolah yang baik mesti datang dari Pengurusan yang baik dan tentunya hasilnya komitmen dari
SEORANG guru ( walaupun seorang ) yang baik.

ini sekadar pandangan.

Khamis, 21 Mei 2009

betul ke macam tu....

kepada cgu2 yang dihormati - kita kongsikan cerita ini
media kita umpama sebuah tasik yg tenang.kita jatuhkan sebutir batu di permukaan air itu.Batu itu jatuh di permukaan air yg tenang lalu menjunam ke dasarkan tasik , dan pada masa yang sama menghasilkan gelombang yang tersebarkan jauh ditebing.
Gelombang itu berombak kecil secara berterusan sehinggalah
batu itu mencecah dasar.
DAN ITULAH YANG KITA LAKUKAN SEHARIAN.
pastinya berdasarkan banyak kajian ilmiah menyatakan : yang memberi kesan kepada murid2 itu bukanlah sekadar ilmu itu , tetapi cara data itu disampaikan.
ini dikaitkan dengan prinsip precession yang menyatakan : kesan ini mempunyai jangkauan yang sungguh kuat , yang jauh apabila dibandingkan dengan tindakan permulaan.

GURU2 IALAH PEMUPUK , BUKAN HANYA PENDIDIK. KITA MUNGKIN TELAH LAMA MENINGGALKAN KEHIDUPAN PELAJAR KITA , TETAPI SEKIRA TINDAKAN AWAL KITA ( SEBAGAI GURU ) ADALAH POSITIF DAN IKHLAS , KITA AKAN MEMBAWA KESAN YANG POSITIF KEPADA KEHIDUPAN MURID2 KITA DAN JUGA DUNIA.
KESANNYA BOLEH JADI BERLIPAT KALI GANDA.

lihat pada realiti hari ini

peningkatan jumlah guru perempuan telah membawa kesan yg baik dan buruk - baiknya naluri kewanitaan itu sendiri adalah memberi penambahbaikan kepada bidang ini. TAPI bagaimana dengan situasi ini - murid lelaki memerlukan contoh dan nasihat dari sekolah lelaki yang lebih tua.Penurunan jumlah guru lelaki akan memberi kesan kepada ketidak seimbangan dalam pembelajaran bawah sedar murid lelaki.
apa yang akan terjadi kepada seorang pelajar lelaki yang menerima pelajaran bawah sedar hanya daripada pandangan guru2 wanita. Dan tentunya lebih teruk , seandainya murid yang sama jarang dapat menhabiskan masa bersama2 ibubapa...

Fakta menunjukkan bahawa lelaki dan perempuan mempunyai cara pemikiran yang berlainan. Buku2 seperti Men are from Mars and Women are from Venus dan Why Men Don't Listen anda Women Dont Read Map memberi kita cerita berdasarkan fakta...


akhirnya mari kita fikirkan bersama.
dipetik dari buku Membina Anak2 Cemerlang.

nak jual diri - perlu ke...

mendapat TAJUK ceramah : yang menarik
teknik menjual diri - peserta pelajar kolej - remaja tentunya
sesuatu yang membuatkan saya ' berkampung ' dengan buku2...
INI HASIL UNTUK DIKONGSIKAN.
memang ada keperluan yang hari ini untuk kita ' menjual ' diri agar dihujungnya orang nampak kita - itu keperluan hari ini. kita akan jauh ditinggalkan kalau kita masih mengambil pendekatan ' lama ' : duduk kat belakang.dan diam.mendengar.
menurut Mr Donald Trumph - STAND OUT
.bangun.keluar.madsudnya bangun dan bercakap.
konsep ' menjual diri ' sama dengan ' teknik ' perniagaan.
KENAPA ORANG MEMBELI
mungkin kerana penjual
mungkin kerana produk
mungkin kerana lokasi ( apa yg dilihat )
mungkin kerana keperluan ( terdesar )
MANA YANG MAHU KITA DAHULUKAN.
dari beberapa buku lain menyatakan begini. dahulukan apa yg - mungkin orang nampak -
sebab itu tarikan orang untuk tahu - bangun dan bercakap ! ini dikaitkan dengan skill MEMBINA HUBUNGAN PERTAMA
fakta menyatakan : 4 saat pertama kita gagal bermakna
untuk seterusnya kita akan gagal.
seterusnya mulakan dengan penampilan. hati2 mengenakan warna dan pakaian !
penampilan secara keseluruhan dikaitkan dengan airmuka - sebab itu yg orang lihat dulu.dua faktor penting adalah mata dan bibir.
seterusnya ada produk
orang yg hebat dikaitkan dengan BAHASA DAN GAYA BAHASA.
dimana nak cari keduanya : MEMBACA.
keharusan kita menguasai Teknik Komunikasi Hadapan yang berkesan + Teknik Mengorat ( dalam buku Seni Bual ).
DAN AKHIRNYA ' BARANG KITA DIBELI '
apa seterusnya
Penjual yang hebat dikaitkan dengan Mesra Pelanggan.
dan begitu jua dengan kita.
Dari Jinggo.
kita mahluk sosial.70% kehidupan seharian kita bersama orang lain : samada kita bercakap @ mendengar - ketidakmampuan kita untuk tahu dimana betul dan silapnya kita dalam hubungan sosial menjadikan kita terkadang terfikir - dimana salahnya aku. apa yang pentingnya : dalam kontek hubungan sosial keharusannya kita mengelak dari berhubungan secara
MENANG - KALAH.
ringkasan dari pembacaan yg panjang

Rabu, 20 Mei 2009

kita mencari pelangi lagi.....

Di suatu masa warna-warna dunia mulai bertengkar. Semua menganggap dirinyalah yang terbaik yang paling penting yang paling bermanfaat yang paling disukai
HIJAU berkata:"Jelas akulah yang terpenting. Aku adalah pertanda kehidupan dan harapan.Aku dipilih untuk mewarnai rerumputan, pepohonan dan dedaunan.Tanpa aku, semua haiwan akan mati.
BIRU menyampuk:"Kamu hanya berpikir tentang bumi,pertimbangkanlah langit dan samudra luas.Airlah yang menjadi dasar kehidupan dan awan mengambil kekuatan dari kedalaman lautan.Langit memberikan ruang dan kedamaian dan ketenangan. Tanpa kedamaian, kamu semua tidak akan menjadi apa-apa
"KUNING menjerit:"Korang ni serius ke? Aku membawa tawa, kesenangan,ceria dan kehangatan bagi dunia. Matahari berwarna kuning, dan bintang-bintang berwarna kuning. Setiap kali kau melihat bunga matahari, seluruh dunia mulai tersenyum. Tanpa aku, dunia tidak ada kesenangan."
ORANGE menyusul dengan meniupkan trompetnya:"Aku adalah warna kesihatan dan kekuatan. Aku jarang, tetapi aku berharga karena aku mengisi keperluan kehidupan manusia. Aku membawa vitamin-vitamin terpenting. Pikirkanlah labu, jeruk, mangga dan papaya. Aku tidak ada dimana-mana setiap saat, tetapi aku mengisi lazat saat fajar atau saat matahari terbenam. Keindahanku begitu menakjubkan hingga tak seorangpun dari kalian akan terfikir di fikiran orang.
"MERAH tidak boleh diam lebih lama dan berteriak:"Aku adalah Pemimpin kalian. Aku adalah darah - darah kehidupan!Aku adalah warna bahaya dan keberanian. Aku berani untuk bertempur demi suatu kuasa.Aku membawa api ke dalam darah. Tanpa aku, bumi akan kosong laksana bulan.Aku adalah warna hasrat dan cinta, mawar merah, poinsentia dan bunga poppy.
"UNGU bangkit dan berdiri setinggi-tingginya ia mampu:Ia memang tinggi dan berbicara dengan keangkuhan. "Aku adalah warna kerajaan dan kekuasaan. Raja, Pemimpin dan para marhain memilih aku sebagai pertanda kuasa dankebijaksanaan. Tidak seorangpun menentangku. Mereka mendengarkan dan menuruti kehendakku."Akhirnya
NILA berbicara lebih perlahan dari yang lainnya, namun dengan kekuatan niat yang sama:"Pikirkanlah tentang aku. Aku warna diam. Kalian jarang memperhatikan adaku, namun tanpaku kalian semua menjadi dangkal. Aku mempersembahkan pemikiran dan refleksi, matahari terbenam dan kedalaman laut. Kalian memerlukan aku untuk keseimbangan dan kontra, untuk doa dan ketenteraman batin."Jadi, semua warna terus menyombongkan diri, masing-masing yakin akan kehebatan dirinya.Perdebatan mereka menjadi semakin keras. Tiba-tiba, cahaya halilintar melintas membutakan.Guruh menggegar.Hujan mulai turun tanpa kasihan.Warna-warna sama-sama ketakutan, berdekatan satu sama lain mencari ketenangan.Di tengah suara gemuruh, hujan berbicara:
"WARNA-WARNA , kalian bertengkar satu sama lain, masing-masing ingin mendominasi yang lain. Tidakkah kalian tahu bahawa kalian masing-masing diciptakan untuk tujuan khusus,unik dan berbeza?Berpegangan tanganlah dan mendekatlah kepadaku!"
Menuruti perintah, warna-warna berpegangan tangan mendekati hujan, yang kemudian berkata:"Mulai sekarang, setiap kali hujan turun, masing-masing dari kalian akan membusurkan diri sepanjang langit bagai busur warna sebagai mengingatkan bahawa kalian semua dapat hidup bersama dalam kedamaian.

Pelangi adalah pertanda Harapan hari esok."

Jadi, setiap kali HUJAN turun keras membasahi bumi dan saat Pelangi memunculkan diri di angkasa marilah kita MENGINGAT untuk selalu MENGHARGAI satu sama lain.MASING-MASING KITA MEMPUNYAI SESUATU YANG UNIK, KITA SEMUA DIBERIKAN KELEBIHAN DAN KELEMAHAN UNTUK SALING BERGANTUNG ANTARA SATU SAMA LAIN UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN DI DUNIA DAN SAAT KITA MENYEDARI PEMBERIAN ITU, MEMBERI KEKUATAN VISI KITA, KITA MEMPEROLEH KEMAMPUAN UNTUK MEMBENTUK MASA DEPAN ....Persahabatan itu bagaikan pelangi:Merah bagaikan buah epal, terasa manis di dalamnya.Jingga bagaikan kobaran api yang tak akan pernah padam.Kuning bagaikan mentari yang menyinari hari-hari kita.Hijau bagaikan tanaman yang tumbuh subur.Biru bagaikan air jernih.Ungu bagaikan kuntum bunga yang merekah.Nila-lembayung bagaikan mimpi-mimpi yang mengisi kalbu.

DAN SETERUSNYA KITA MENCARI PELANGI

kesian MANUSIA ini....kemana nak lari

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.”
(Surah al-Hujurat, ayat 6)

Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu.
Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu. Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikandosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

FIKIRKAN BERSAMA KALAU KITA MANUSIA ITU.

kita ada kemampuan untuk mengawal diri - mungkin dengan keinginan diri sendiri untuk tidak menjerumuskan diri dikalangan kelompok manusia yang dijanjikan kecelakaan itu. tapi bagaimana dengan orang lain - yang kita tidak mahu untuk menyatakan
ITU TAK BETUL - FITNAH.
KITA KONGSIKAN PENGALAMAN INI.
setelah apa yg berlaku mungkin SEORANG LELAKI ini tidak mahu menoleh kebelakang - meninggalkan jejak yg hitam - ketiadaan SEORANG LELAKI itu dalam komuniti setempat telah meninggalkan persoalan. kemana + kenapa.
dan berceritalah komuniti setempat jumpa SEORANG LELAKI ini disini dan disana. dengan orang itu dan orang ini.yang tidak SEDAP - semuanya tidak MOLEK untuk didengar...
KEPADA SEORANG LELAKI INI.
diam mungkin terbaik : kerana yang lain biar Allah uruskan.

untuk sorang kawan yg bersedih

Sesungguhnya dalam hidup kita tidak akan menang dalam semua hal : sesekali kita akan di'kalah'kan oleh diri sendiri.
Kita akan dikalahkan oleh diri sendiri bila kita mengiakan yang kita kalah.
Yang menjerumus diri kita dalam dunia yang kita cipta sendiri.
Dunia orang kalah.
Kita berhak menyatakan apa sahaja :
sesungguhnya dunia ini tidak pernah mahu berhenti : malah mungkin tidak mahu bersimpati langsung kepada kita..Dan begitulah seterusnya kita. Kita berhak menuding kepada persekitaran yang tidak sepatutnya memperlakukan kita sehingga kita kalah...
Adakah betul kita kalah.
Dunia ini masih adil dengan percaturan demi percaturan. Cuma kita terkadang alpa dengan fitrah kita sendiri. Persetankan segala punca yg di ' ada' kan - jalannya harus di hadapan.
Kita akan terus di kalahkan seandainya kita menyalah.
Hidup ini adalah selingkar cerita yang kita pilih dan seharusnya kita bertanggungjawab terhadap pilihan kita.
Membiarkan diri terus terusan mencipta cerita ' orang kalah ' akan membenarkan segala hukum ' orang orang kalah '.
Hari ini.Kita tidak kalah.Kita ada pemenang yang ditunda kemenangannya.

Selasa, 19 Mei 2009

perempuan kena tahu....

Persoalan yang sering bermain di fikiran wanita moden - apakah yang lelaki mahu?
Dalam perhubungan, adakah hanya wanita yang merana kerana lelaki tidak pernah menghargai kehadirannya?
Ketika menempuh fasa sukar dalam perhubungan yang semakin goyah, hanya wanita bertaruh nyawa demi mempertahankan hubungan.
Lelaki semakin ‘berubah rupa’, tidak lagi mempertaruhkan kesetiaan sedangkan sebelumnya tugu cinta sentiasa ampuh.Keadaan ini menghantui sebahagian wanita yang belum mampu memahami sikap teman lelaki atau suami.Lebih membingungkan, wanita tidak faham apa yang lelaki cari dalam sesebuah perhubungan.
Renung perkara berikut, mungkin ia merungkai
kebingungan wanita mengenai lelaki:
Apa yang mereka cari dalam perhubungan?Ia satu soalan yang kompleks dan tiada jawapan mudah, namun asas permulaan bagi membina sesebuah hubungan adalah
minat, cinta dan tarikan kasih sayang.
Apa yang lelaki mahu dalam aspek berkenaan?
Jauh di sudut hati, lelaki mahu isteri atau teman wanita yang boleh dipercayai, setia serta boleh berkongsi hal peribadi.
Lelaki juga mencari wanita yang mempunyai keseimbangan antara sifat semula jadi wanita yang feminin serta pada masa sama, teguh dan kuat.Mereka suka wanita lemah lembut, penyayang, matang, belas ihsan namun berpendirian teguh, tegas, berdikari serta bijaksana.
Teman yang tegas jadi penyokongLelaki mencari wanita yang boleh jadi ibu kepada bakal anak-anaknya, teman berbual dan berkongsi jenaka.
Pandai bergurau dan mampu berkomunikasi dengan baik antara ciri yang sangat penting.
Lelaki suka memiliki wanita yang menyokong mereka dan bukannya membebel, tegas tetapi bukan pendera atau pemarah.Rakan yang mengujakanLelaki suka wanita yang dapat merangsang dan mencabar minda, bukan sekadar berserah kepada takdir.Komitmen, keakraban dan hubungan jangka panjang juga penting kepada mereka.
Lelaki juga suka hubungan yang mengutamakan elemen hormat menghormati dan persefahaman.Pandangan daripada perspektif fizikal dan psikologi .Anda mungkin mengatakan yang lelaki menginginkan wanita yang cantik, seksi dan bergaya.
Tidak dinafikan lelaki mudah tertarik dengan penampilan fizikal, tetapi tarikan nafsu atau seks hanya di peringkat permulaan.

Peringkat seterusnya, lelaki lebih berminat kepada hubungan yang lebih stabil.
Lelaki pada usia 20, 30 dan 40 tahun
Usia 20-an bagi lelaki adalah masa untuk berseronok dan mempersiapkan diri ke alam rumah tangga. Lelaki akan cuba mencari wanita cantik dan menayangkannya pada dunia.

Pada usia 30-an, lelaki mula mengharapkan sedikit kestabilan dan kewarasan dalam hidupnya. Oleh itu, dia mencari wanita yang boleh dijadikan isteri untuk berkongsi hidup.

Ketika menginjak usia 40-an, dia akan menjadi lebih sensitif dalam proses mencari makna sebenar kehidupan. Pada usia ini, mungkin timbul kesedaran untuk mengukuhkan lagi hubungan (perkahwinan) sedia ada.

Begitupun, peringkat kematangan lelaki ini tidak boleh diaplikasikan pada semua lelaki kerana sesetengah bergerak lebih pantas dari satu peringkat ke satu peringkat.

takutnya.....


Kata Dr. Hill (penulis buku Think & Grow Rich),
takut dikritik adalah perasaan takut yang paling merbahaya di antara ketakutan yang lain
(takut sakit, takut mati, takut miskin..).
Enam Asas Ketakutan Manusia
Takut di Kritik
Takut diserang penyakit
Takut di timpa kemiskinan
Takut untuk menempuh hari tua
Takut kehilangan orang tersayang
Takut mati...
Ini kerana, ketakutan yang lain itu tidaklah memberikan kegagalan yang amat besar, tapi jika takut dikritik, segala-galanya akan tidak mendatangkan hasil atau dalam erti kata yang lain, impian yang dibina akan musnah dan matlamat yang ditetapkan pasti tak akan tercapai.
Nah, lihat. Apa yang akan anda dapat kalau anda takut dikritik??

DARI JINGGO
kerana faktor diatas- manusia takut dan tidak ada KESEDIAAN untuk di kritik - ini dikaitkan dengan kegagalan kita menKRITIK.
kenapa manusia suka mengkritik ( selalunya )
berdasarkan beberapa pembacaan
SEBAB JAHIL
SEBAB CEMBURU
untuk itu di dasarkan beberapa pembacaan lain menyatakan : tidak ada manusia secara zahirnya mahu dianggap tidak penting. untuk itu - sebelum mengkritik : mulakan dengan menjadikan MANGSA kritikan PENTING....ini dikaitkan dengan ketidaksedian manusia untuk ' jatuh dan tidak penting '.

Isnin, 18 Mei 2009

saya ada sorang kawan....harap dia baca !


Sombong atau bongkak adalah sejenis penyakit hati yang sangat merbahaya, dan hanya syaitan-syaitan terkutuk sahaja yang memiliki sifat tersebut.
Firman Allah swt maksudnya:"iblis berkata: aku lebih baik daripadanya(adam), Engkau jadikan aku daripada api, sedangkan dia Engkau jadikan daripada tanah."(surah Sod 38:76)
orang yang mempunyai perasaan bahawa dirinya lebih baik daripada orang lain, maka dia masuk dalam golongan orang yang sombong dan bongkak.merasa diri lebih baik dari orang lain adalah suatu kebodohan.
Allah berfirman maksudnya:"sifat kebesaran itu selendang-Ku dan sifat keagungan itu kain-Ku,sesiapa yang ingin merebutnya daripada-Ku, nescaya Ku campakkan ke dalam api neraka."
sabda rasulullah saw: "orang-orang yang sombong akan dibangkitkan di hari kiamat kelak seperti semut dalam rupa manusia.mereka ditimpa kehinaan di mana saja mereka berada."dan sabda baginda lagi maksudnya:"tidak akan masuk syurga orang yang terdapat di hatinya seberat zarah daripada sifat sombong"ada seorang sahabat rasulullah bertanya: bagaimana kalau ada seseorang yang memakai baju dan kasut yang kelihatan indah?
maka rasulullah menjawab: "sesungguhnya Allah itu indah dan Dia suka kepada keindahan. sifat takbur adalah menentang kebenaran dan sentiasa menghina orang lain. sesiapa yang menganggap dirinya lebih mulia dan bermegah dengan kedudukannya, lalu menghina dan memperkecilkan orang lain, maka itulah orang yang disebut sombong bongkak."
sifat sombong itu sentiasa menyelinap di hati, akan tetapi tanda-tandanya boleh dilihat dari segi tingkah laku seseorang.di antara tanda-tandanya ialah:
merasa bangga melihat dirinya lebih popular dari orang lain
suka menonjolkan diri
suka disanjung di hadapan orang lain
bergaya dan bersifat angkuh semasa berjalan
membantah teguran orang lain walaupun nyata berbuat salah
tidak mengendahkan nasihat orang lain
merasa dirinya saja betul
suka memuji-muji diri sendiri
bermegah-megah dengan keturunan.Rasullullah saw bersabda maksudnya:
" sesiapa yang merendahkan diri, nescaya Allah akan mengangkatnya. dan sesiapa yang menyombong diri, nescaya Allah akan menghinakannya."tepuk dada tanyalah iman. wallahualam bissawaf...

percaya dan sembuh

Mr Wright pada tahun 1957 didapati mengidap penyakit kanser dan dianggar hanya boleh hidup dalam beberapa bulan sahaja.Dia dimasukkan ke dalam wad sebuah hospital di Long Beach.California kerana mempunyai ketumbuhan sebesar sebiji oren.Dia pernah mendengar bahawa saintis telah menemui sejenis dadah baru bernama ' Krebiozen ' yang mampu menyembuhkan penyakit kanser.

Setelah itu , dia meminta doktor memberi Krebiozen tersebut.Hasilnya - keesokkan Mr Wright sempuh.

Dua bulan selepas itu - Mr Wright terbaca satu atikel yang menyatakan yang menyatakan ' Krebiozen ' tidak begitu berkesan. Dia terus jatuh sakit semula. Doktor menasihatinya supaya tidak mempercayai apa yang dibaca.

Kemudian doktor menyuntiknya sekali lagi dengan " Krebiozen ' ( sebenarnya . ia hanya air ) dan kesan amat menakjudkan. Mr Wright sembuh - dua bulan kemudian bila dia terbaca keputusan terakhir menyatakan ' krebiozen ' tidak memberi apa kesan.dia sakit - dan meninggal dunia selepas itu.

Cerita untuk Itu.

Mr Wright sembuh kerana dia percaya. Dan itulah kita. Kepercayaan kita menjadikan kita bertindak begitu dan begini.Kuasa Kepercayaan.Kepada kita dan yang lain - kita adalah apa yang kita fikirkan.Hari ini bila kita mula menyatakan TIDAK maka seterusnya TIDAK.sebab itulah yang kita PERCAYA.Kepada kita dan yang lain - berikan kepercayaan yang sebaiknya pada orang sekitar kita - terutamanya dalam kontek pendidikan. Anak2 kita + Anak2 murid kita mungkin ada sebahagian PERCAYA yang mereka tidak mampu berjaya - sebab mereka PERCAYA yang mereka tidak mampu.Kajian besar menyatakan - orang sekitar mempunyai pengaruh besar membenihkan KEPERCAYAAN kita.

cerita dipetik dari buku ini.

Ahad, 17 Mei 2009

sekolah kampung vs sekolah pekan



Sekolah kampung masih memanggil kami dengan..
MUALIM
sekolah pekan ' terkadang2nya ' memanggil kami dengan..
YOU.
apa beza antara dua nya. pengalaman selama 5 hari bersama sekolah yang datang dari 2 budaya yang berbeza menjadikan ' satu lagi perkara baru yang saya belajar '.....
sekolah kampung masih ada ' kekayaaan ' budaya.
adatnya.duduknya.lenggoknya.pakaiannya.bahasanya.sikapnya.keinginannya.
sekolah pekan sudah ada ' kekayaan ' budaya
pakaiannya berbeza.bahasanya berbeza.lenggoknya berbeza.sikapnya berbeza.keinginannya juga berbeza....
KETERBUKAANNYA BERBEZA.
TAPI APA YANG SAMA.
penggunaan bahasa ' orang putih ' dalam Math dan Sains.
AKHIRNYA SAYA TAHU SENDIRI
secara praktikalnya bagaimana proses perlaksaan sistem ini.
bila satu sekolah menghafal fakta dan tak faham
dan bila sekolah satu lagi : tanpa sistem ini pun bahasa orang putih memang dibibir....

Jumaat, 15 Mei 2009

biarku menjadi lilin lagi.......


Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku
berkorban
Demi satu harapan
Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh
Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatanKeikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua
Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan
Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri


Hari ini - terima kasih kepada cgu Abdullah Sek Agama Integrasi Kuala Selangor kerana kita berurusan - dan terima kasih kepada yang lain.

dan terima kasih kepada PELATIH KPLI - Inst Perguruan Bahasa kerana lawatan @ menjengok2 pendekatan lain yang mungkin lebih memudahkan kita berurusan dengan pelajar.

DARI JINGGO

sekali lagi kepada guru2 yang pernah berurusan dengan saya + kami ( dan yang tertinggal nama pada N3 lepas ) - semuga kerja dan usaha kita dipermudahkanNya dan seterusnya diberkatiNya.

Selasa, 12 Mei 2009

selamat hari kita......

16.Mei.2009
hari ini baru 12 - kenapa awal sangat nak mengucapkan
SELAMAT HARI GURU.
kerana saya mungkin tak sabar untuk memberi penghargaan kepada semua guru - guru yang terlibat secara terus @ tidak dengan saya + kami.
kerana saya juga dipanggil ' cgu '.
maka saya nak sertai semangat kawan2 yang lain yang menjadi cgu di media biasa
dan tentunya kami menjadi cgu di media lain.
latihan di PLKN
latihan di Kem Pendidikan Luar.
sama sahaja.
KITA MENJADI LILIN
untuk menerangkan kehidupan orang lain.
semuga hari ini dan seterusnya kita dipermudahkan dalam segala urusan.
khas untuk
cgu zaba.cgu azza.cgu yop brahim.cgu sharifah.cgu yong.cgu azlanlin.cgu jane.cgu catzana.cgu su.cgu su putrajaya.cgu june.cgu 2-one.cgu wakuba.cgu sonata.cgu anis.cgu rasyid.cgu asyik.cgu ShahMario.cgu Azzah AR.
dan cgu2 yang mendatangi Kem EcoKids.
KENAPA AWAL SANGAT.
kerana saya teruskan akan menjadi lilin 13 - 17 mei 2009.
semuga kita dipermudahkan walaupun situasi kita berbeza
dihujungnya sama.

hidup kita ditangan kita

cgu faizal : PK HEM Sk Seri Murni.

Sudikah engkau katakan, jalan mana yang harus aku tempuhi dari sini ?
itu bergantung kesepakatan arah mana yang ingin engkau tempuhi
Saya tidak peduli kearah mana
Kalau begitu , tempuh saja jalan yang engkau suka

Seorang pendita tinggal dikawasan pergunungan
Kehebatan pendita ini dia dapat meneka apa
sahaja soalan yang diberikan kepadanya.
Datang seorang pemuda yang mahu menguji kehebatan pendita ini.Pemuda itu membawa seekor burung
lalu bertanya kepada pendita tersebut
samada burung ditangannya hidup ataupun mati.
Pendita tidak menjawab. Pemuda ini mencabar pendita tersebut.
Akhirnya Pendita itu menjawab “
kalau saya kata....
burung itu hidup kamu akan meramas burung itu ( hingga mati ) sekiranya aku menyatakan burung itu mati – kamu akan melepaskan burung tersebut.
Jawapannya : di tangan kamu
kamu yang menentu burung itu hidup @ mati.
moral untuk kita
untuk kita adalah pilihan kita - kita yang menentukan : mungkin kadang2 kita terkeliru.tersasar.kemana harus dijadikan pilihan.hitam @ putih.
UNTUK ITU : MARI KITA BUKA SELUAS RUANG UNTUK MENERIMA HAKIKAT
kita tidak sempurna untuk membuat pilihan.
cari kekuatan dan kelemahan diri untuk kita mulakan cerita yang kita memang tidak sempurna membuat pilihan.semuga hari ini pastinya lebih baik dari semalam

Isnin, 11 Mei 2009

teman orang perak...

Nak tumpang sekaki dikala ramai orang hari ini sibuk bercerita tajuk sama.
RASANYA KETINGGALAN SEBAGAI ANAK PERAK
KALAU TAK TUMPANG SEKAKI.
secara praktikalnya saya bukan duduk dalam mana2 kumpulan.
TAPI SAYA MUNGKIN SEORANG YANG TIDAK PERNAH
BERHENTI UNTUK TAHU KENAPA DAN MENGAPA.
hasilnya biar sahaja saya menulis dari pandangan orang yang tidak berpihak .
tapi apa yang berlaku
amat2 lari dari mana2 buku kepimpinan @ politik
KUASA
ada diantara kita mahukan kuasa untuk berkuasa
ada diantara kita mahukan kuasa untuk bersosial
apa yang berlaku seakan2
KUASA INI UNTUK AKU BERKUASA.
kita menhalalkan semua cara untuk berkuasa.
DAN HARI INI
kembali hak kami ( kembali ) untuk memilih.
SEMUGA PERAK TERUS MAJU DAN HARMONIS DIBAWAH KEPIMPINAN DULI TUANKU DENGAN DIBANTU OLEH SEORANG MENTERI BESAR YANG MELETAKKAN AGAMA SECARA TOTAL : TANPA MEMBELAKANGKAN KEPERLUAN KAUM LAIN.

terlalu mengejar kesempurnaan...

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga ........Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...
Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....cukuplah sekadar KEPERLUANmu. ..
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....
Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah,cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.Kamu akan MENYESAL.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah,cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..Kamu juga yang akan MENYESAL...

Ahad, 10 Mei 2009

KUASA KEPERCAYAAN

seharus kita percaya : pembanggunan manusia seharus selari dengan pembanggunan fizikal

melakar impian berdasarkan apa yang kita fikir dan percaya

Sehabis ceramah malam tadi seorang remaja bertanya soalan begini.
Macamana cgu , mak dan ayah saya selalu kata saya bodoh , anak tak guna , dan mereka selalu bandingkan saya dengan orang lain.
Menurut Glenn Doman dalam buku hebatnya : how to teach your baby to read menyatakan
' setiap anak2 pada detik dilahirkan mempunyai bakat lebih besar daripada Leonardo da Vinci....Tetapi apabila semakin dewasa kepandaian mereka kelihatan hanya sedikit ..
Mungkin benar kata Dr Richard Buckminster " anak2 yang dilahirkan dengan penuh kepintaran , namun ibubapa telah menggunakan enam tahun pertamanya untuk membuang kepintaran mereka..
KEPERCAYAAN - BELIEF :
BE bermadsud sisi , had @ sempadan LIEF bermaksud keadaan kepercayaan.
Kepercayaaan menandakan tanggapan yang diterima sebagai benar
pada mula kepercayaan mungkin terkeluar dengan kata - kata yg spontan seperti
' engkau ni bodoh '.
Perkataan yg sama di ulang akan membentuk KEPERCAYAAN.dan begitulah seterus KEPERCAYAAN itu akan tertanam terus dalam Minda DiBawah Sedar - aku bodoh.aku tak guna.aku seterusnya.
Itu cerita kita setiap apa yang kita cakap akan membentuk kepercayaan.Dalam satu kajian besar menyatakan kita boleh menerima ( membenarkan ) kritikan daripada siapa sahaja kecuali dari mak dan ayah.
sebab apa yang lahir dari mak dan ayah akan membentuk KEPERCAYAAN.
kita fikirkan bersama
KADANG2 JAUH DARI LINGKUNGAN PENGETAHUAN KITA
APA YANG KITA CAKAP SETERUSNYA MEMBENTUK KEPERCAYAAN
YANG TENTU TERUS MEMBIAK2.
kita adalah apa yg kita percaya
kita adalah apa yg kita fikirkan.
PENGALAMAN BERSAMA ' ANAK2 ' YANG DATANG DARI KELOMPOK ( mak ayah ) yang bertahun menanam kepercayaan yang salah pada anak2.
sebagai seorang pendidik apa lagi kuasa yg kita ada untuk ' mengawal ' kesan dari tindakan yg diluar kapasiti kita.

Jumaat, 8 Mei 2009

selamat hari ibu


Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Selamat Hari Ibu
puan tirana.puan aryani.cgu sonata.cgu sharifah.cgu jane.mak su.uji.cgu su.cgu azza.cgu asyik.kak yong.lepidoptera
SEMUGA KITA DIPERMUDAHKAN DALAM SEGALA URUSAN.
Eco Kid Adventure on Facebook