Ahad, 28 Februari 2010

untuk peringatan pada diri sendiri....

TEKANAN atau stres berpunca daripada sifat semula jadi
yang tidak stabil seperti terlalu
inginkan kemenangan,
bersikap terlalu mementingkan kesempurnaan,
suka mendesak,
risau keterlaluan,
tidak mahu menerima teguran,
berprasangka buruk dan berdendam.
Bagi menghindarkan diri daripada keadaan ini,
kita perlu menanganinya dengan bijak.
Cabaran hidup sekarang mendedahkan setiap individu
kepada pelbagai bentuk tekanan dan cara menghadapinya
banyak bergantung kepada ketahanan diri.
Hakikatnya, tekanan adalah perkara lumrah
selagi kita bergelar manusia.
Ujian yang mendatang sama ada dalam bentuk yang kita suka atau sebaliknya
ada kalanya menjadikan seseorang itu lebih kuat.
Antara punca tekanan ialah sifat terlalu mengharap yang terbaik,
tidak dapat menerima teguran orang lain,
cemburu dengan kejayaan orang lain,
kerja yang membosankan dan pelbagai sebab lagi bergantung kepada
bagaimana seseorang itu melihat sesuatu keadaan.
Punca tekanan boleh dikenal pasti melalui
perubahan emosi seperti
cepat marah,
mudah menangis dan sentiasa bersedih,
kecewa, hampa, mudah mengamuk,
prestasi merosot, kekeringan idea, sukar tidur dan hilang selera makan.
KITA KONGSIKAN BEGINI
Senyum
Kebanyakan kita bila berhadapan dengan masalah pasti akan bermasam muka.
Paling tak pun kita akan mengeluh atau mengomel sendirian?
Apa kata bila kita hadapi tekanan seperti ini kita senyum dahulu.
Bila kita senyum, pasti sedikit tekanan akan reda.
Cubalah, pasti merasai kelainan.
Bersendirian
Ada sesetengah orang suka bersendirian, memencil diri untuk mencari ketenangan seketika. Renungkan kembali apa yang berlaku dan ambi iktibar dari sudut yang positif setiap perkara yang terjadi itu kemudian perbaiki pada keadaan yang lebih baik.
Bertenang
Janganlah serabutkan lagi keadaan yang sedia ada. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan secara perlahan-lahan. Cuba elakkan diri daripada membuat sebarang keputusan dalam keadaan tertekan. Ini kerana keputusan itu mungkin bersandarkan pada emosi anda semata-mata. .Jadilah insan yang berhati luhur dan pemaaf.
Peluk sesuatu
Anda pasti akan rasa lebih tenang dan damai di dalam hati jika dapat memeluk makhluk lain. Maksud di sini jika anda mempunyai teman baik perempuan sama perempuan anda peluklah dia, dengan cara ini ia dapat meredakan sedikit tekanan atau kemarahan anda.
Kasih sayang
Terapi yang mudah kita dapat melalui kawan-kawan, anak-anak atau pasangan (yang berkahwin), anak saudara, ibu bapa. Kasih sayang daripada mereka adalah sumber kekuatan anda dan sebenarnya anda tidak berseorangan di dunia ini.
Allah
Ikutilah perintah dan suruhan Allah serta tinggalkan perkara yang dilarang.
Hayatilah suruhan Allah nescaya anda tidak akan rugi walau sesaat.
Dekatkan diari terhadap-Nya.
Ceria
Janganlah bebankan fikiran dengan semua
perkara yang ada
di sekeliling anda setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Kita hidup di dunia ini hanya untuk sementara jadi,
nikmatilah hari ini dengan seadanya.
DARI JINGGO
proses kehidupan
mana yang sempurna
ada kala ketika
kita tersenggol
KENAPA PERLU DIFIKIRKAN
benda yang tidak pasti.

Sabtu, 27 Februari 2010

KESANNYA....

MAJLIS Ulama Indonesia pernah mengeluarkan fatwa mengharamkan Facebook, namun tindakan itu mendapat kritikan daripada pelbagai pihak yang menganggapnya tidak wajar.
Kritikan itu kerana Facebook kini menjadi medium penting di Indonesia, bahkan di seluruh dunia untuk orang ramai berkomunikasi di dunia maya. Sehingga rakan-rakan yang puluhan terpisah, dapat ditemui semula hanya melalui Facebook.

Namun perkembangan yang begitu cepat menyebabkan banyak pihak belum bersedia dengan kesan buruk yang muncul bersama teknologi terkini itu.
Facebook ibarat pisau yang mempunyai dua mata, selain memberi kemudahan, ia juga mempunyai keburukan jika tidak dapat dikawal, khususnya bagi golongan remaja dan murid-murid sekolah yang masih mentah serta dangkal fikirannya.
JINGGO DAN FACEBOOK
ibarat pisau yang mempunyai 2 mata.
kajian sudah banyak dibuat
fakta sudah banyak dikeluarkan
KITA PERTIMBANGAKAN BAGAIMANA
ini merupakan satu lagi laman sosial
yang meninggalkan impak
positif dan negetif
PENGALAMAN SAYA
kita menulis berdasarkan apa yg ada dalam minda semasa kita
emosi kita dibaca
emosi kita dipertontonkan.
emosi kita dipersembangkan.
PENGALAMAN SAYA
bukan tidak ada
yang bisnes bertambah kaya diruang ini
yang berkahwin bertemunya diruang ini
yang berkahwin lagi satu bertemu diruang ini
YANG BERCERAI LAKI BINI
juga disebabkan ruang ini.
YANG MASUK LOKAP
juga diruang ini
PADA SAYA
saya semakin dikenali
berasaskan niat untuk melebarkan
ruang untuk membudayakan ilmu
sebagai asas fikir.
berjumpa kenalan yang dulu
pernah bersama.
DAN YANG PALING PENTING
saya pernah jauhkan diri dari famili
seketika dalam proses untuk menjadi orang
facebook telah memulakan kami bertaut kembali
sebagai satu famili.
ITU KESANNYA DAN HASILNYA
semuanya pada kita
kita yang catur
tapi hati2
emosi kita dipertontonkan.
nilai dan sikap kita ditafsir.

sanggupkah kita.

KUALA KUBU BARU - Polis menahan seorang pemandu teksi bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dipercayai menjadi mangsa dera di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama dekat Batang Kali semalam.
Kejadian pukul 8.30 malam itu terbongkar selepas lelaki berusia 28 tahun terbabit membawa mayat kanak-kanak itu, Syafia Humairah Sahari ke Hospital Kuala Kubu Baru dengan mendakwa mangsa terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Bagaimanapun, selepas diteliti, pihak hospital mendapati terdapat kesan lebam di seluruh badan kanak-kanak tersebut termasuk di perut dan bawah telinga selain luka di dagu yang tidak selari dengan cerita kemalangan.
DARI JINGGO
sapa2 tengok TV3 semalam
ini cerita yang dikeluarkan 2 kali
mungkin untuk menyatakan
PENTINGNYA CERITA INI
kisah seorang anak yang bermain
didera.sehingga mati.
oleh seorang kekasih ibunya.
KITA KETEPIKAN CERITA
tak menariknya latarbelakang cerita ibunya
KEPADA KANAK2
bermain adalah seumpama
pekerjaan kepada mereka
tak bermain bermakna tak berkerja
tak bekerja - dikaitkan dengan orang malas.
PROSES
untuk bermain kita melihat ada kala
diluar jangkaan kita orang dewasa.
keinginan untuk tahu dan meneroka
kadang2 cukup membuatkan kita
HILANG SABAR.
apa perasaan kita.
dikala sibuk2 nak lelap mata
dikala itu dia bising yang teramat bising
apa perasaan kita.
dinding rumah yang elok dipandang
TIBA PENUH DENGAN LUKISAN
lagi dan lagi.
ini tak termasuk pesta mandi
buih dalam bilik air.
LAGI DAN LAGI DAN LAGI.
kepada mereka hidup berasaskan arahan
INILAH PROSES.
apa yang berlaku hari ini.
SANGGUP KAH KITA !

Jumaat, 26 Februari 2010

nak ceramah sikit................

Nota ini Untuk
Raihanah Harun
SUSAH KE NAK BERUBAH
memang susah sebab perubahan
bukan fitrah manusia
SEMENTELAHAN LAGI
ada 3 perkara ini.
berada dalam zon selesa
lemahnya himmah dalam diri
tekanan luaran.
KITA MULAKAN
zon selesa.
sudah menjadi satu hukum barangkali.
mana ada orang selesa nak berubah lagi.
untuk apa berubah.
semua dah ok.
kereta besar.rumah besar.gaji besar.
mungkin setakad ini ajalah rezeki aku.
zon itu menjadi perubahan tidak mungkin berlaku.
lemah himmah diri
kurangnya keinginan untuk berubah
kenapa aku mesti berubah.
rahsia kepada semua orang diatas
adalah motivasi dalam diri
SESUATU PERJUANGAN ITU
PASTI DIMULAI OLEH SANG PEMBERANI
hanya orang yang ada motivasi dalam diri
sahaja mampu keluar zon selesa
tekanan luar
pengaruh persekitaran tentunya merupakan
satu lagi virus yang cukup besar kesannya
terhadap keinginan untuk berubah
pengaruh yang akan memberi jawapan
kepada semua jawapan dalam diri.
tekanan luar ini
IBARAT PISAU TAJAM
bergantung kepada siapa yang pegang.
dari jinggo
JANGAN JADI ANGGUH
dan sombong
bila ada orang bercakap soal perubahan diri
kita masih bermegah dengan apa yang
kita ada hari ini.
duduk dalam zon selesa.
kerana zon selesalah bangsa kita jauh ketinggalan.
ini dikaitkan dengan lemahnya motivasi dalaman.
untuk itu.
perubahan tidak mungkin bermula pada sekadar
cakap2.tindakan adalah dihujung segala tindakan
BERTINDAKLAH.
diolah dari majallah solusi

sampai keluar muka depan isu ni

PUTRAJAYA 25 Feb. - Golongan muda termasuk kalangan artis diingatkan supaya berfikir 'beribu kali' sebelum memasuki gerbang perkahwinan campur kerana kajian menunjukkan kejayaannya hanya 3:10.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kajian ilmiah yang dilakukan oleh beberapa ahli sosiologi di negara ini antara 1995 hingga 1998 mendapati dalam setiap 10 perkahwinan campur,
hanya tiga berjaya.
Malah, kata beliau, kegagalan perkahwinan campur amat ketara apabila melibatkan pasangan dari kalangan warga kulit putih
''Tetapi perkahwinan campur di Malaysia melibatkan si lelaki atau wanita dari kalangan bukan Islam yang kemudiannya memeluk Islam begitu berjaya berbanding kahwin campur dengan warga asing dari barat ini.
''Ini sudah jadi lumrah, jadi, orang muda termasuk kalangan artis boleh mengambil iktibar ini dan sekiranya mahu menelaah kajian ini yang turut dilengkapi dengan panduan, anda boleh mendapatkannya daripada bahagian pendaftaran perkahwinan sivil dari rekod simpanan syariah di Johor dan Wilayah Persekutuan," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Rais ditanya pandangan beliau berhubung keretakan rumah tangga aktres Maya Karin, 31, yang dilaporkan sudah tidak sebumbung dengan suaminya.
''Kegagalan perkahwinan disebabkan perbezaan budaya, agama dan cara seseorang itu dibesarkan di khalayak negara masing-masing.
''Cuma, kebanyakan perkahwinan lebih didasarkan kepada 'asmara pendek', maknanya apabila sudah melalui satu tempoh singkat, masing-masing akan menyorot balik tuntutan budaya dan agama pada sudut khalayak di mana dia dilahirkan," katanya.
DARI JINGGO
agak menarik kisah ini
kenapa macam tu
INI PERSOALAN
nilai dan kepercayaan.
cinta yang mahu dihujungkan dengan
PERKAHWINAN
seharusnya menjadikan persoalan
nilai dan kepercayaan sebagai asas
kerana kita zahirnya membuat tafsiran
pada keseluruhan kehidupan berdasarkan
asas nilai.
sistem pendidikan persekitaran
membentuk siapa kita
FIKIRKAN.

Khamis, 25 Februari 2010

jangan persoalkan

PLKN
satu cerita besar.
kita ketepi banyak persoalan lain
KITA PERSOALKAN
jangan dikisah apa yg kita dapat
kisahkah apa yang kita sudah beri.
3 TAHUN
satu persatu kisah kehidupan
manusia diterjemah.
Modul Pembinaan Karektor.Latihan Fzikal.
KeNegaraan dan Khidmat Komuniti.
asasnya untuk membina sekumpul
remaja yang mampu
MENAMPILKAN YANG TERBAIK
dalam diri sendiri.
seterusnya
MENAMPILKAN YANG TERBAIK
dalam diri orang lain.
3 tahun cukup terkesan.
sebuah Universiti Kehidupan
AKHIRNYA
usahkan kita persoalkan apa yg
kita sudah dapat.
persoalkan apa yg kita sudah beri.
KEPADA WIRA DAN WIRAWATI.
kita sekelompok manusia
yang diberi peluang dan ruang.
apalagi- dunia diluar mahukan
penglibatan kita.
TERUSKAN

Rabu, 24 Februari 2010

sekali lagi...........

kita fikirkan mengenai satu
LAGI CERITA
dunia pendidikan yang dimana2
kisah orang mengajar orang
JANGAN BUAT MACAM NI
tak baik.dan cukup dengan fakta.
TAPI
disebaliknya ceritanya berbeza.
DARI JINGGO
ini bukan sesuatu yang mudah
untuk kita tafsirkan
kadang2 diantara
KERJAYA DAN KAREKTOR
bukan kita tidak pernah jumpa
orang yang sibuk bercakap soal moral
moralnya sendiri boleh dipertikaikan
orangyang sibuk bercakap soal rasuah
apa yg berlaku disebaliknya.
ADA YANG LAGI MENARIK
cgu yang menangkap budak hisap rokok
dia sendiri ada ' pot ' sendiri disekolah.
KENAPA.
ini yang membezakan diantara
PERCAYA
KEPERCAYAAN
dua perkara yang berbeza.
orang yang percaya sesuatu
belum tentu orang itu mempercayai sesuatu.
KENAPA.
kita fikirkan bersama.
mungkin ini boleh kita kaitkan dengan
ILMU IKHLAS.

serius ni.................

MUAR 23 Feb. - Kementerian Pelajaran akan melakukan perubahan dalam kurikulum sekolah bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan tidak hanya berorientasikan peperiksaan.
KITA FIKIRKAN
sejauh mana kita mahu menjadi
TIDAK BERORIENTASIKAN PEPERIKSAAN
sebagai satu keperluan.
hari ini
kita seakan diperangkap dengan satu acuan
dimana dunia seakan mencengkam
KESERONOKAN
KEBENDAAN
untuk mendapat semua acuan itu
kita memerlukan tiket besar
tiketnya adalah nilaian akademik
dengan nilaian akademik yang terbaik.
hidup mampu diseronokkan
hidup mampu bebas tanpa cengkaman ' kebendaan '
ITUKAH KESUDAHNYA.
berdiri dan berjalannya hidup
tidak diasaskan kepada faktor diatas.
KITA MEMBAWA
nilaian diri.
persembahan diri
karektor yang dizahirkan dari sistem nilai
SEMUA ITU
tidak akan kita perolehi seandainya kita
jauhkan sistem pendidikan yang meletakkan
kepentingan pembinaan nilai.
HARI INI
comotnya sistem dirian anak2 kelahiran
sistem peperiksaan ini.
TAPI
sejauh mana kemampuan kita sebagai entiti kecil yang duduk
dibawah acuan.seandainya tidak ada ' pergerakan '
dari sudut' kemahuan politik '
hari ini dengan kemahuan berterusan dari
sistem politik semasa.
KITA SAHUT.
sistem pembinaan nilai harus diletakkan bersama.

Selasa, 23 Februari 2010

fitrah hidup

sehebat mana seseorang manusia
tidak dapat melampaui had yang ditetapkan
melalui fitrah alam
DALAM SATU KULIAH
NIK AZIZ
menyatakan
sekuat mana seseorang manusia
apabila ia lapar
mesti makan dan minum
setinggi mana kelaparan dan dahaga manusia
apabila kenyang mereka akan berhenti
segagah mana seorang manusia
akan ada waktu penat dan lelah
sehebat mana manusia sekali
SUATU MASA MEREKA PASTI MATI
dari jinggo
tidak kira dimana kita
semuanya ada had sempadannya.
percayalah
had dan sempadan.
semuanya seharusnya menjadikan kita
BERINGAT.

Bengkel Kejurulatihan Pendidikan Luar

Sekarang dimana2
macam cendawan tumbuh.
INDUSTRI LATIHAN
sudah menjadi satu lagi cabang kerjaya
dan mungkin satu lagi cabang bisnes
ORANG BUAT DUIT
dengan airliur
DAN
sasaran adalah kaunselor sekolah
yang ' mesti ' laksanakan
aktiviti luar berdasarkan objektif.
HASILNYA.
bertimbun ' info ' dimeja kaunselor pelajar
HASILNYA
ada yang ' kaya ' dengan industri ini.
kem motivasi pelajar
kem kepimpian
kem jatidiri
DAN
macam2 nama kem yang sedap didengar.
HASILNYA
pada produk.
sejauh kesan dan modul memberi impak
sejauh mana terkesan modul mampu menyediakan skill
untuk dipraktiskan.
itulah persoalan.
KEM PENDIDIKAN LUAR
disebabkan sudah menjadi satu industri
ilmu yang berkaitan harus dilebarkan.
BERDASARKAN PENGALAMAN
kem ini bermula dari mula
pemilihan tempat.lokasi.keselamatan.bilangan peserta.
kos penyertaan.modul.perlaksanan.
DISEBABKAN ITU.
dari jinggo
berdasarkan pengalaman yang lama dalam bidang ini.
saya semakin percaya kepada konsep
memberi dan menerima
saya juga percaya kepada
peningkatan ilmu melalui perlaksaan
saya juga percaya kepada
skill mempengaruhi.
UNTUK ITU
mari kita ramai2kan
bengkel Kejulatihan Pendidikan Luar
kerjasama EcoKids dan Kelab Usahawan Melayu
6 - 7 March.

Isnin, 22 Februari 2010

permudahkan semua nya

membaca sebuah lagi
BUKU YANG TEPAT
kesasaran.
mengenai orang yang ' kena '
STRES.
dimana mulanya.
semuanya bermula dari kisah hidup
yang kita tidak pilih
TAPI KITA MESTI BUAT.
tekanan dalam membuat pilihan
tekanan dalam membuat keputusan
tekanan dalam membuat andaian
tekanan dalam perlumbaan.
SATU PERSATU
dikatakan hidup ini adalah
satu proses yang beransur2.
AKHIRNYA.
kesan akhir stres
seperti serangan sakit jantung
penderitaan sakit ulser
INI SEMUA
terhasil dari tidakbalas kimia tubuh badan.
yang tidak stabil.
UNTUK ITU.
mari kita kenalpasti
APA PUNCA
dan selesaikan.
SELESAIKAN DENGAN CARA
MEMILIH
DARI JINGGO
punca tekanan saya.
teruk .amat teruk.
dari satu buku ke satu buku
dari satu Dr sehingga ke dukun.
U SIHAT
tapi kenapa dengan saya.
tidak keharuan.murung.
JAWAPANNYA.
semuanya dalam minda kamu.
kamu yang mengawalnya.
CERITAKAN SATU PERSATU DARI
MASA KAMU KECIL.
kenapa dari kecil dr.
sebab semuanya terkumpul dari usia begitu.
DAN BUKU INI
menceritakan fakta yang sama.
tekanan itu melekat dan terkumpul
satu persatu.satu persatu.satu persatu.
AKHIRNYA
hari ini mari kita
kenalpasti punca dan selesaikan.
dimana nak selesaikan
MINDA KAMU ADALAH JAWAPANNYA.
ok sebagai permulaan dari jinggo
beberapa nama akan di delete dari facebook
beberapa rakan2 akan direhatkan
dari team ecokids.
MUNGKIN ITULAH
YANG TERBAIK
yang pasti.
Allah memberi yang
terbaik untuk kita

Ahad, 21 Februari 2010

tak sedor diri

apabila suami tua mabuk bercinta
KENAPA
dengan orang muda
ataupun berkahwin lagi satu
APAKAH YANG MENDORONG
lelaki tua yang sudah mempunyai
anak.cucu2 -bercinta semula
KESANNYA
merosakkan sistem sosial semasa.
BIDANG PSIKOLOGI
mempunyai pandangan begini.
lelaki tua jadi begitu disebab
dikala itu dia amat memerlukan cinta
daripada perempuan.
dan kehadiran perempuan muda
membuatkan empangan emosi pecah.
DAN KESANGGUPAN
melakukan apa sahaja menjadikan
kadang2 timbul sangkaan
orang tua ini diguna2kan.
HAKIKAT
dia mencari cinta
DARI JINGGO
dari bacaan seterusnya.
fitrah cinta dan perhatian lelaki
kepada perempuan hanya akan
berhenti di kubur sahaja.
UNTUK ITU.
suburkan cinta suami
kerana pada lelaki.
cinta bukan pada emosi semata2
tapi pada tindakan fizikal.
sedangkan perempuan.
lebih kepada emosi.

kisah orang tua....

Di sebuah ladang terdapat sebongkah batu yang amat besar. Dan seorang petani tua selama bertahun-tahun membajak tanah yang ada di sekeliling batu besar itu.
Sudah cukup banyak mata bajak yang pecah gara-gara membajak di sekitar batu itu.
Padi-padi yang ditanam di sekitar batu itu pun tumbuh tidak baik.
Hari itu mata bajaknya pecah lagi.
Ia lalu memikirkan bahawa semua kesukaran yang
dialaminya disebabkan oleh batu besar ini.
Lalu ia memutuskan untuk melakukan sesuatu pada batu itu.
Lalu ia mengambil alat penggali dan mulai menggali lubang di bawah batu.
Betapa terkejutnya ia ketika mengetahui bahawa batu itu
hanya setebal sekitar 6 inchi saja.
Sebenarnya batu itu boleh dengan mudah
dipecahkan dengan tukul biasa.
Kemudian ia lalu menghancurkan batu itu
sambil tersenyum gembira.
Ia teringat bahawa semua kesulitan yang di alaminya
selama bertahun-tahun oleh batu itu ternyata
dapat diatasinya dengan mudah dan cepat.
DARI JINGGO
Kita sering ditakuti oleh bayangan seolah permasalahan yang
kita hadapi nampaknya besar,
padahal ketika kita mau melakukan sesuatu,
persoalan itu mudah sekali diatasi.
Maka, atasi persoalan anda sekarang.
Kerana belum tentu sebesar yang anda takutkan,
dan belum tentu sesukar yang anda bayangkan.
DAN LAGI
suara2 kecil
suara inilah yang membuat penghakiman.
bagaimana mahu mendidik
suara ini.

Sabtu, 20 Februari 2010

mari kita fikirkan

Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda-benda abstrak: CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKAN,
KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN
Awalnya mereka hidup berdampingan dengan baik dan saling melengkapi. Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik semakin tinggi dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.
CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tak mempunyai perahu.
Ia berdiri di tepi pantai mencuba mencari pertolongan.
Sementara itu air makin naik membasahi kaki CINTA.
Tak lama CINTA melihat
KEKAYAAN sedang mengayuh perahu.
"KEKAYAAN! KEKAYAAN! Tolong saya!" teriak CINTA.
Lalu apa jawab KEKAYAAN,
"Aduh! Maaf, CINTA!" kata KEKAYAAN.
"Perahuku telah penuh dengan harta bendaku. saya tak dapat membawamu serta, nanti perahu ini tenggelam. Lagi pula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini."
Lalu KEKAYAAN cepat-cepat mengayuh perahunya
pergi meninggalkan CINTA tenggelam.
CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya
KEGEMBIRAAN lewat dengan perahunya.
"KEGEMBIRAAN! Tolong saya!", teriak CINTA.
Namun apa yang terjadi, KEGEMBIRAAN terlalu gembira karena ia menemukan perahu sehingga ia tuli tak mendengar
teriakan CINTA.
Air makin tinggi membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik.
Tak lama lewatlah KECANTIKAN.
"KECANTIKAN! Bawalah saya bersamamu!",
teriak CINTA.
Lalu apa jawab KECANTIKAN,
"Wah, CINTA, kamu basah dan kotor. saya tak bisa membawamu ikut.
Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini."
sahut KECANTIKAN.
CINTA sedih sekali mendengarnya.
CINTA mulai menangis terisak-isak. Apa kesalahanku,
mengapa semua orang melupakan saya.
Saat itu lewatlah KESEDIHAN.
"Oh, KESEDIHAN,
bawalah saya bersamamu", kata CINTA.
Lalu apa kata KESEDIHAN,
"Maaf, CINTA. saya sedang sedih dan
saya ingin sendirian saja...",
kata KESEDIHAN sambil terus mengayuh perahunya.
CINTA putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya.
CINTA terus berharap kalau dirinya dapat diselamatlkan.
Lalu ia berdoa kepada Tuhannya, oh tuhan tolonglah saya,
apa jadinya dunia tanpa saya, tanpa CINTA?
Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara,
"CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!"
CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua reyot
berjanggut putih panjang sedang mengayuh perahunya.
Lalu Cepat-cepat CINTA naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya.
Kemudian di pulau terdekat,
orang tua itu menurunkan CINTA dan segera pergi lagi.
Pada saat itu barulah CINTA sedar, bahawa ia sama sekali
tidak mengetahui siapa orang tua yang baik hati menyelamatkannya itu.
CINTA segera menanyakannya kepada
seorang penduduk tua di pulau itu,
siapa sebenarnya orang tua itu.
"Oh, orang tua tadi?
Dia adalah "WAKTU", kata orang itu.
Lalu CINTA bertanya "Tapi, mengapa ia menyelamatkanku?
saya tak mengenalnya.
Bahkan teman-teman yang mengenalku
pun enggan menolongku",
tanya CINTA heran.
"Sebab", kata orang itu,
"hanya WAKTU lah yang tahu berapa nilainya
harga sebuah CINTA itu......"
DARI JINGGO
cinta.kekayaan.kecantikan.
kesedihan.kegembiraan
WAKTU.
dimana kaitannya.
MUNGKIN BEGINI
setiap satunya hanya boleh ditafsirkan
berdasar kan pada keperluan
WAKTU
jadi setiap satunya ada kepentingan
berdasarkan kepada keperluan
waktu.pada kita.
semua yang diberikan adalah
NIKMAT
yang mungkin tidak menjadi apa2
pada
WAKTU
yang tidak betul.

Jumaat, 19 Februari 2010

teruk kalau jadi mangsa !


KEMARAHAN adalah emosi semula jadi manusia untuk menangkis persepsi, ancaman atau serangan terhadap diri. Ia juga adalah sebagai refleksi pertahanan
seseorang terhadap sesuatu prinsip yang diyakininya.
Namun, masalah sering terjadi apabila kemarahan itu disalah urus dan lebih teruk sekiranya ia kekal menjadi tabiat yang dilabelkan sebagai ciri peribadinya.
Sikap baran boleh menjadi penyebab utama berlakunya konflik dalam kehidupan peribadi dan perhubungan profesional.Tidak hairanlah hari ini, kemarahan yang melampau itu sering dizahirkan dalam perbuatan seperti keganasan domestik, sikap buruk di jalan raya, konfrontasi di pejabat hinggalah kepada perlakuan yang menjejaskan ikatan suami isteri.
Dalam soal cinta, adakah anda seorang
yang berjaya mengawal emosi?
Bagi setiap perselisihan pendapat yang berlaku,
adakah penyelesaian akan diiringi dengan
cara mengherdik atau menengking?
Mungkin lebih dahsyat, bagi yang tidak dapat
mengawal perasaan,
kemarahan itu disertai dengan keganasan fizikal.
Sebagai langkah menghadapi situasi seperti itu,
adalah disyorkan agar seseorang itu meningkatkan
paras kesabarannya.
Selain berfikir secara rasional,
berikan peluang untuk komunikasi dua hala berlangsung.
Apabila seseorang sedang bercakap, seorang lagi perlu mendengar.
Peluang untuk memberi penjelasan hendaklah
diberi secara saksama.
Berikut adalah antara tip untuk membimbing mereka
yang mempunyai pasangan yang panas baran.
Berdiam diri
Api tidak boleh dilawan dengan api. Maka, apabila salah seorang sedang dalam keadaan marah, hendaklah pasangannya berdiam diri dan cuba mendengar
butir bicara itu sebagai input penyelesaian.
Setelah habis kemarahan itu dilepaskan, berikannya 'masa tambahan' untuk meredakan perasaan. Tunggu sehingga waktu yang sesuai untuk berkata-kata.
Menjauhkan diri buat seketika
Dalam tempoh yang diberikan kepada orang yang panas baran untuk meredakan kemarahannya, jangan cuba melakukan sesuatu yang mengganggu ruang privasinya.Ini termasuklah gangguan keselesaan persekitaran dari aspek bunyi, ruang dan pandangan. Orang yang panas baran sentiasa akan mencari sebab untuk menyalahkan orang lain jika sesuatu faktor itu diterjemah sebagai masalah buatnya.
Berikan masa untuk reda
Orang yang panas baran lazimnya akan malu sendiri akan perbuatannya.
Waktu yang diberikan kepadanya tanpa diganggu akan membuatkan si baran itu memikirkan semula apa yang telah dilakukannya.Sama ada kemarahan itu kerana dia di pihak yang benar ataupun tidak, dia akan kembali kepada pasangannya untuk sesi penyelesaian yang lebih terhormat.
Memilih corak percakapan
Berhati-hati dengan pemilihan perkataan anda.
Jika anda tersilap menuturkan sesuatu, lebih-lebih lagi ketika kemarahannya belum reda, ia boleh memburukkan lagi keadaan.Keras lawannya lembut. Maka, lenggok bahasa yang santun boleh memujuk hati pasangan yang baran. Meskipun berlembut, itu tidak bermakna prinsip dan kebenaran tidak boleh disampaikan secara efektif.
Terapi minda dan fizikal
Kaedah bertenang yang paling ringkas dan mudah adalah dengan mengambil nafas panjang dan dalam. Bayangan visual yang menenangkan dari dalam ingatan atau imaginasi juga boleh membantu meredakan rasa marah. Banyak buku dan majalah yang boleh membimbing seseorang yang sedang marah atau bagi mereka yang menghadapi orang yang sedang marah.Bagi mereka yang mengakui memiliki tabiat pemarah, boleh mencuba teknik ini. Tarik nafas panjang dan bayangkan udara memenuhi diafragma. Kemudian lepaskannya semula dengan perlahan dan pujuk diri secara psikologi dengan memikirkan perkataan seperti bertenang atau anggap mudah.Bagi menambah kekuatan diri dalam menghadapi situasi tegang itu, seseorang boleh mencuba teknik regangan seperti dalam riadah yoga ataupun rutin ibadah sembahyang. Dalam berdepan dengan ujian perhubungan itu,
kita masih perlu berharap dan berdoa.
DARI JINGGO
saya percaya
sikap panas baran ada satu lagi
kerektor yang membunuh
mana2 hubungan sosial
DIMANA MULANYA
ada kajian menyatakan sifat ini
berfaktor satunya dari
penyakit
VICTIM OF THE VICTIM
kesan dari penderaan emosi yang
keterlaluan semasa kecil membentuk
karektor ini dan seterusnya menjadikan
orang lain sebagai mangsa.
UNTUK RAKAN2
13 tahun saya berada dalam sistem begitu
cukup untuk saya membuat kesimpulan.
elakkan.

kalau nak orang percayakan kita

Kalau nak orang percayakan kita
KITA KENA PERCAYAKAN ORANG
yang penting sejauhmana
KITA DIPERCAYAI
kita kongsikan fakta2 ini.
untuk membina kepercayaan orang lain
sikap yang konsisten
orang sukar mempercayai orang
yang moody
cakap serupa bikin
bagusnya manusia pada tindakan
bukan pada cakap2.
ketelusan
jadilah diri sendiri
bagaimana kita mengakui kelemahan dan kesilapan sendiri.
jauhi amalan jahat
jauhkan ego.sombong.dengki
dan apa yang sepadan dengannya
cari jalan menyokong orang lain
jadikan orang lain penting
BANTULAH ORANG LAIN BERJAYA
kita akan berjaya
tetapi janji
jangan berjanji
kalau tak mampu nak lakukan
memberi
memberi dikaitkan dengan
memberi khidmat sesama sendiri
YANG PALING PENTING
komunikasi 2 hala
DARI JINGGO
ada pendapat menyatakan
kecelakaan paling besar manusia adalah
BILA TIDAK DIHARGAI
dimana bermulanya penghargaan
kepercayaan.sejauh mana kita dipercayai.
kerana semua melibat kemahiran
YANG PENTING
saya percaya kamu semua.
KERANA YANG PALING PENTING
jadikan semua orang lain penting
dan percayalah kepada
MENANG - MENANG
ini pandangan saya
saya hargai pandangan kamu.

Khamis, 18 Februari 2010

lelaki memang macam tu kut !

kajian pakar2 psikologi menyatakan
TINGKAH LAKU
suka memberi hadiah adalah
FITRAH
lelaki masa bercinta
lelaki bakhil pun
HATINYA AKAN JADI PEMURAH
TAPI
akan berhenti memberi hadiah
bila sudah berkahwin
menurut kajian pakar
sikap ini dikaitkan dengan sikap untuk mempengaruhi
wanita yang dicintai.
DARI JINGGO
rasanya budaya memberi
hadiah bukan budaya kita.
BILA KALI TERAKHIR KITA
MEMBERI HADIAH KEPADA
ORANG TERSAYANG.
memberi hadiah
menerima hadiah
dikaitkan dengan emosi
SEBAGAIMANA PERNAH DIKATAKAN.
dalam hubungan sosial kita hanya
tahu satu perkara
KEUNTUNGAN EMOSI.
jadi fikirkan.

Rabu, 17 Februari 2010

kalau itu sukusakat kita

Masalah sosial seperti seks bebas kebiasaannya dihubungkaitkan dengan para remaja yang tinggal di bandar-bandar besar yang sentiasa terdedah kepada gejala itu.
Kajian sebuah pertubuhan baru-baru ini mendapati gejala seks bebas termasuk pendedahan kepada bahan pornografi di kalangan remaja Melayu di luar bandar
Kesimpulan itu diperoleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah selepas menjalankan kajian terhadap 127 pelajar perempuan di sebuah
sekolah luar bandar di negeri tersebut.
Naib Pengerusi GPMS Kedah, Lukman Midin berkata, kajian itu mendapati lima peratus daripada remaja berusia 14 tahun di sekolah itu telah melakukan
hubungan seks secara sukarela.
"Manakala, 30 peratus daripada responden pula mengakui sudah terdedah kepada bahan pornografi atau unsur seks melalui telefon bimbit dan cakera padat video (VCD)," katanya.
Katanya, kajian terhadap
56 pelajar lelaki tingkatan satu pula mendapati 43 peratus daripada mereka terdedah kepada filem lucah, 61 peratus daripada 67 pelajar lelaki tingkatan dua pula didapati telah menonton dan
terdedah kepada gejala seks bebas.
DARI JINGGO
dunia tanpa sempadan
kemahiran apa yg kita ada untuk mengatasi
semua hasil dari kajian
KALAU LAH
salah seorang dari nya adalah sukusakat kita.
DARI BEBERAPA KES
yang disembangkan dengan beberapa orang remaja
cuba tgk handphone anak2 remaja kita.
terlalu mudah dan bebasnya untuk
mendapat cerita lucah.
BAGAIMANA SIKAP KITA.
bagaimana kita sebagai orang yang melihat
kesan semua angkara ini dari
SKOP YANG LEBIH JAUH.
keghairahan untuk melihat
keghairahan untuk mencuba.
KITA LIHAT DARI SUDUT BEGINI.
saya amat yakini kepada faktor
dimana sumber.
dimana awalannya.
siapa yang memulakan.
DAN SUDAH TENTUNYA
persekitaran dan kawan2.
sudah tentunya ada ' orang ' yang mendedahkan.
DAN YANG PALING PENTING
saya amat yakin
pada nilai dan kepercayaan yang ditanamkan
menjadi satu FILTER yang cukup kuat.
PERSOALANNYA
mampukah kita !

cuti yang tak cuti pun...



misi ke Johor sukses.
PADA PERINGKAT AWAL
datang untuk sekadar menguruskan
beberapa urusan dengan Hj Nasuha
taukeh Ladang Herba yang cukup berjaya
DARI JB KE PAGOH
dan malam balik ke JB
ada majlis sembang2 bersama
DATOK AZIZ SAPIAN
ADUN NUSA JAYA.
lama kami ' bercerita '
tanpa protokol sambil pekena
NASI AMBENG
dan kesimpulan besar.
SUDAH ADA KETAKUTAN BESAR
dengan perubahan persekitaran hari ini.
MELAYU vc MELAYU
sapa yang menang.
AKHIRNYA
berbincangan sekadar sembang kosong
yang mungkin tidak memberi apa2 perubahan
kalau sekadar bercerita
saya kembali ke Pagoh
APA YANG PENTING
kepada jinggo
pembangunan diri harus didahulukan
baru pembanggunan orang lain.
KERANA SEPATUTNYA BEGITU KAN.

Isnin, 15 Februari 2010

hukuman dunia

KUALA LUMPUR 14 Feb. - Wanita yang terjebak dengan masalah mengandung anak luar nikah diminta segera mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tanpa sebarang tindakan akan dikenakan ke atas mereka.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang memberi jaminan itu berkata, pihaknya akan menjaga dan membimbing mereka dengan baik.
DARI JINGGO
kita lihat dari sudut lain
kenapa bayi dibuang.
YANG PASTINYA
ditempat yang orang akan nampak
JAWAPANNYA
agar ada orang ambik
BAYI INI HARUS SELAMAT !
apa yang tidak selamat.
yang tidak selamat adalah
PERSEKITARAN SEMASA
sistem dunia semasa akan meletakkan
HUKUMAN.
kamu telah melahirkan anak luar nikah.
timbul satu persatu persoalan
bagaimana pandangan makayah
bagaimana pandangan masyarakat
bagaimana dan bagaimana
jawapannya.
JAWAPAN SEGERA.
buang.ditempat yang selamat.
PANDANGAN JINGGO
jam yang mati akan betul dua kali
secara ' klasiknya ' kita
sudah terbiasa.
orang buat salah mesti dihukum.
PADAN MUKA KAMU
tidak cukup dengan itu
SELURUH SISTEM KEHIDUPAN
dunia menjatuhkan hukuman.
jadi jawapan segera kepada semua pemasalahan
ADALAH
sebelum hukuman dunia datang
selesaikan berdasarkan pergolakan emosi semasa.
INI ADALAH PERSOALAN KITA.
sejauh mana kawalan emosi semasa

Ahad, 14 Februari 2010

rehat.................

rehat sekejap.
SESEKALI APA SALAHNYA
bertukar angin
bertukar pandangan
bertukar udara.
SESEKALI TIDAK SALAH
memenangkan diri sendiri
REHAT

Sabtu, 13 Februari 2010

motivasi untuk kawan2.


KITA BERKONGSI
satu lagi
KEMENANGAN
kita mulakan begini.
setiap orang ada impian
kecil dan besar
bergantung kepada nilai masing2.
PADA SAYA
memang saya nak menjadi ' pendakwah ' dalam bidang ini
PENDIDIKAN MERUPA
MEDIA TERBAIK
dalam proses membina insan.
BUKAN SETAHUN
saya bekerja sebagai ' kuli '
dengan niat jelas
SAYA BELAJAR
PADA SETIAP YANG DIAJAR
teorinya begini
MATLAMAT SEHARUSNYA
jelas dan boleh dicapai.
matlamat tidak akan menjadi apa
KALAU TIDAK DITULIS
dan dipamerkan.
BERTAHUN.
menggunakan kekuatan
kuasa minda dibawah sedar
ADA SEBUAH PUSAT PENDIDIKAN
dan seterusnya
BERGERAK UNTUK
MENJADI PENGIAT ALAM SEKITAR.
6.3.2010.
jinggo berada dalam NGO yang diilhamkan bersama
RCOM - recycle comunity.
DARI JINGGO
jangan malu untuk bermatlamat
jangan malu untuk bercakap pada diri sendiri.
jangan malu untuk berkongsikan pada orang lain
YANG PENTING.
untuk mencapai matlamat
kita tidak boleh berjaya tanpa
ada orang lain
untuk itu
PERMUDAHKAN
perhubungan dengan semua orang.
LAGI
jangan bercakap soal kemenangan
kalau kita ketepi
komitmen
Eco Kid Adventure on Facebook