Selasa, 30 September 2008

ini yang mampu di tinggalkan:senyum




esok raya:Bukit Beruntung masih sibuk.hari ini pagi -cuci kereta.Ramai orang. Dalam ramai2 ada seorang yg menjadikan hari ini menarik. YB NASARUDDIN - KETUA PENERANGAN PKR SELANGOR (kami kawan baik dulunya ). Lama kami bercerita pasal PERJUANGAN. Dan ini kesempatan terbaik aku membuka cerita - kenapa muka YB jarang ada kat SINAR.....bla...bla....kita buat kerja kerana Allah syeikh . ok kita jumpa selepas raya.I keluarkan 30 ribu cukup. Ok program bina insan...aku macam tak percaya. Adakah ini cerita orang politik !Kalau betul - ramailah yang akan mendapat laba. Tentu aku mula mengirakan untuk menggunakan duit itu untuk begitu dan begini.

Kereta besar YB siap.Tapi ada suara tak puas hati - YOU TAHU I SAPA ,I TAK KACAU BISNES U PUN KIRA OK....maaf, kereta dicuci.cincai.tapi aku suka dengan perkataan tu..akhirnya kita buat tafsiran sendiri. Marah Vs Tak Puas Hati....

Akhirnya Moral :

kepada taukeh kedai cuci kereta - buat kerja biar ikhlas -kereta banyak , sebab selama ni kerja nya bagus. apakah bila kereta banyak ( tak payah kerja bagus ).hidup ini umpama boomerang - kita memberi dan menerima.

Kepada YB - ramai orang nak kuasa (samada untuk berkuasa@ bersosial).....tapi insyallah , berkat niat yg betul ( insyallah kemenangan bersama kita )

Kepada Aku - kalau tak puas hati tak guna merungut kat belakang ,jumpa dan cerita....

Ahad, 28 September 2008

dan aku belum memberi apa2 lagi....





Kuala Lumpur. Ini cerita semalam.Kuala Lumpur tidak pernah berhenti. Tidak sunyi – keadaan masih sama.Sibuk. Jalan di mana2 masih begitu , malah makin teruk. Dari Rawang ke Gombak – jalan sesak , sibuk bercakap dengan diri sendiri. Kenapa banyak sangat orang MATI hari ini ( semalam ) – tiba2 – betul2 depan TEMPLE PARK – seorang TUA ( penjual aiskrim – berdasarkan motor ) di langgar dari belakang. Jatuh dan tersadai tepi jalan. Melayu. Cuaca di atas tidak memberi apa2 keampunan. Terlalu panas , seorang TUA ni bertarung nyawa ( berapa agaknya dia dapat hari ini , macam dengan dia + keluarga + raya ). Aku tidak mampu buat apa2 ( Cuma terkedu sendiri – aku dah menhabiskan hampir RM 100 pagi ini untuk beli yang aku kirakan TAH APA2 – mamma mia ! ( the movie soundtrack featuring the song of ABBA )……

Malam – teruskan pembacaan buku LA TAHZAN

ARISTOTELES menyatakan “ manusia ideal adalah manusia yang gembira dengan perkerjaan yang ia lakukan demi kepentingan orang lain dan ia sangat malu jika ada orang lain melakukan pekerjaan yang menjadi tugasnya. Sebab , memberi belas kasihan kepada orang lain adalah sebuah tanda ketinggian nilai sedangkan menerima belas kasihan dari orang lain adalah sebuah petunjuk tengtang kegagalan

Dalan sebuah hadith disebut ‘ tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah..”

PENGAJARAN UNTUK DIRI SENDIRI.

Orang yang memberi – apakah di lakukan demi kepentingan orang lain @ melakukan kerana tugas…..

FIKIR2 KAN.

Dalam SINAR hari ini – banyak orang memberi , adakah mereka itu laku demi kepentingan orang lain @ melakukan kerana tugas.

Sabtu, 27 September 2008

jangan bersedih


Untuk sesiapa yang BERSEDIH di AidilFitri

Mengingati masa lalu dan menhadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang , kemudian bersedih di atas kedukaan dan kegagalan di dalamnya merupakan satu tindakan yang bodoh dan gila. Itu , sama ertinya dengan membunuh semangat , membunuh harapan dan menghalangi orang untuk menjalani kehidupan seadanya.

Bagi orang yang berfikir , peristiwa masa lalu akan di lipat dan tidak akan dilihat kembali. Kita harus mengurung dan melupakannya di dalam penjara , mengikatnya dengan tali yang sangat kuat agar tidak dapat keluar melihat cahaya. Kerana bagaimanapun , berbagai peristiwa tersebut hanya sebahagian dari masa lalu dan sekarang semuanya telah berakhir.

Dengan demikian , tidak ada lagi kesedihan , kedukaan dan kegagalan lain. Semuanya tidak akan dapat berulang dan hidup kembali , kerana ianya memang sudah tiada..

Jangan anda hidup di dalam mimpi – mimpi buruk masa lalu , atau di bawah bayang – bayang kesedihan lalu . Angkatlah diri kita dari fantasi tersebut ! Apakah kita menginginkan berbagai musibah dan pengorban tersebut berulang kali ? Apakah anda mengharapkan matahari kembali ke tempat asalnya.

Dengan kembali ke masa lalu , bererti kita akan merasakan kembali keresahan. Masa lalu tak ubahnya seperti api yang terus membakar dabn melemparkan diri ke masa lalu dan hal tersebut merupakan keadaan yang sangat menyediakan , sekaligus menakutkan.

Membuka kembali lembaran masa lalu hanya akan merosakkan suasana yang ada dan menyia – nyiakan perjuangan yang selama ini sudah dilakukan. Allah telah mengingatkan kita dengan umat pada masa lalu serta apa yang telah mereka perbuat :

Itulah umat yang telah lalu…..( Al – Baqarah )

Semuanya telah berlalu dan tidak akan berulang kembali. Dan tiada ada manafaatnya memutar roda sejarah sekadar untuk melukiskan bencana pada zaman ini….

Dipetik dari buku La Tahzan ( untuk bacaan seterusnya )

PENGAJARAN untuk diri sendiri : Hidup adalah selingkar cerita yang kita tidak tahu di mana hujungnya. Apa ke sudah cerita ini. Yang mahunya – sedayanya kita akur dengan apa yang telah di caturkan agar kita tidak tergolong di kalangan kaum @ umatNya yang di laknak….

Jumaat, 26 September 2008

sekadar teguran : motivasi pagi....

Hari ini - jumaat.masih di UM.lama tunggu ( bro & sis ) datang : sebagaimana di janjikan kita akan berjumpa 8 pagi ( untuk bagi duit raya....he....bukan sekadar duit raya - terima kasih kerana tolong semasa Program Alam Sekitar ). Tapi inilah orang muda ( terutamanya dalam duduk di IPT & IPS - bro fokuskan )...sebelum bro minta maaf menulis secara terbuka. sebab bro tahu ada yang akan baca ( dan orang lain akan baca )

Kalian diantara bijak pandai Melayu yang bro suka dan senang. Selain dari IQ kalian yang tersedia untuk di canaikan , kemampuan kalian untuk bersama2 melihat pembanggunan insan sekeliling di iringkan ( sebab rata-ratanya aktivis pelajar ). Tapi ini kali berapa bro menunggu.menunggu dan terus menunggu.

Kalau kalian membaca tulisan ini ( BUKA SINAR HARI INI - IJAZAH BUKAN JAMINAN KEJAYAAN HIDUP ). Ini satu pandangan dan mungkin teguran yang PALING serius yang bro mahu kongsikan. Kalian akan gagal meletakkan diri sebaik mungkin ( di luar kampus ) - ulang semula LUAR KAMPUS. Dikampus dunianya berbeza - dunia luar tidak menilai IQ kalian 100 %.Ada sudut lain yang dilihat terutamanya pembinaan SOFT SKILL kalian ( yang teruk - maaf ).

Berani Bro katakan : PENGURUSAN DIRI kalian terlalu dangkal ( adakah sistem yang berakar selama ini menjadikan kalian begitu - mungkin ). Sistem yang meletakkan A di atas segalanya. Urusan PENGURUSAN DIRI pandai2lah cari ( dimana nak di cari - kalau tidak ada keinginan ).Bersama kalian bro - selalu MAKAN HATI ( terus terang - tapi biasanya semuanya bro maafkan )- TDK TAHU MENGURUS MASA,TIDAK BERMOTIVASI , KOMUNIKASI YANG LEMAH , KURANG SEMANGAT KERJA BERPASUKAN , KEPIMPINAN DIRI LEMAH , SOMBONG , SIBUK DENGAN SMS , PENAMPILAN DIRI TDK BERTEMPAT ( bukan semua )...kurang membaca.

Kata cgu sharifah ( rakan bloggers ) mereka TAK TAHU.ok tak tahu , sebab tidak di beri tahu , dan mungkin tak tahu kenapa perlu perubahan tersebut.Bila akan tahu !!!!Bro ulang sekali lagi : Dunia luar tidak menilai IJAZAH kalian. Dunia luar cabarannya berbeza - dan raya2 bro minta maaf - sampai sekarang 9 pagi. Semuanya masih tak bangun ( satu lagi SUSAH NAK BANGUN PAGI )...Dan Bro mesti tunggu,tunggu.dan tunggu.

Akhirnya : apa tindakan kita - tepuk dada tanya selera. Ruang terbuka untuk mencari peluang untuk meningkatkan diri.NAK TAK NAK....

Khamis, 25 September 2008


terima kasih - dari cgu azza

dari library UM

Semasa masuk UM tadi - dah ramai pelajar (UM) menheret beg besar - ada apa agaknya dalam beg - mungkin kepada kakak & abang yang prihatin , dalam beg tu mungkin ada baju adik2 (t'shirt pun ok), kain tudung mak (beli yang murah2 - student),kain pelekat ayah - ini kenangan besar yang nak di kongsikan dalam keadaan SUNYI2 macam ni (kat Library) - semua dah balik raya (dulu pun aku macam tu)

Ni cerita lama - mungkin 30 tahun dulu, raya di kampung yang (betul2 kampung)guna air perigi, lampu minyak tanah. Kg Sungai Jejawi, Teluk Intan - 40 km dari Pekan besar Teluk Intan. 30 tahun dulu hutan. Ayah (aktivis politik) akhirnya berpolitik dengan bendang. Raya cukup menarik. Amat menarik. Bermula dari moreh (biasanya pergi untuk makan aja kut) - sampai ke raya. Yang bestnya masa nak raya. Beli baju raya. Kasut raya (paling bosan, sebab raya biasanya hujung tahun : kasut raya merangkap kasut sekolah !)- baju raya : pengaruh COMBAT agaknya - ramai yang macam tu masa tu. Yang penting baru. Banyak bunyi2an di kampung. Meriah buluh. Aku tidak ketinggalan - pernah juga habis bulu kening terbakar (gara2 meriah buluh)...Hari raya meriah(kutip duit) dan yang PALING SERONOK petang lepak dekat rumah TOK SIDANG (tgk cerita melayu) - masa tu rumah tok sidang aja ada TV.ha....ha....bising bunyi generetor masa tu. Tapi rasanya itu yang paling best sebab rumah TOK SIDANG macam PANGGUNG WAYANG.....dan anak tok sidang (berlagak betul masa tu).

Dan hari ini - semua dah lain....

sekadar untuk berkongsi...

raya semakin dekat : tak banyak cerita mengenai lelaki & raya - perempuan mungkin banyak yang di fikirkan - baju raya.kueh raya.langsir raya.kusyen raya.kad raya. fokus ( dalam blog ) pun rata2 cerita yang sama. raya.rasanya cerita lelaki sama sahaja - sediakan duit ( untuk dirayakan ) ,pecah duit raya , dan akhirnya zakat fitrah.rasanya itu aja kut 3 perkara besar...

ok sebagaimana di janjikan semalam : sekadar untuk di kongsikan cerita besar ( di tulis oleh orang besar dalam kajian )- cerita membina dan seterusnya mendidik anak2 di zaman SMS , MMS.Bukan mudah - sebagaimana kata GLEN DOMAN " setiap kanak2 , pada detik dilahirkan, mempunyai bakat yang lebih besar dari LEONARDO DA VINCI ".....tapi ianya tidak akan menjadi apa2 kalau anak2 tidak tahu yang mereka ' MEMBAWA PERBEZAAN KE DUNIA INI '. kenapa tu !

Anak2 harus di sedar - selalu bahawa mereka adalah orang penting.setiap geraklakunya adalah untuk menonjolkan kepentingannya. Kita mungkin jarang melihat keadaan itu. Anak2 perlu di jadikan penting - minda ( di bawah sedar ) harus di tanam dengan kata2yang menjurus kearah itu.....( SELALU DI KAMPUNG DULU : DENGAR KATA MACAM NI...ANAK TAK GUNA , SIAL dll ). Orang lain bercakap tidak sama dengan mak ayah bercakap (tanamkan dalam minda) - seterusnya anak2 itu akan membesar dan membentuk kepercayaan - aku memang tak suka.aku memang sial.......

Bab 1 - proses ' menanam ' dalam minda di bawah sedar akan menjadi impak pada hari2 seterusnya. untuk itu jadikan anak kita PENTING. - katakan padanya : SAYA MEMBAWA PERBEZAAN PADA DUNIA....kehadiran , suara, pandangan , emosinya harus di jadikan penting.mereka mahu di hargai..

Bab seterusnya ( kita akan kongsikan...)

Rabu, 24 September 2008

anak2 cemerlang.


Sekadar untuk memetikkan beberapa kata2 besar dalam sebuah buku ( yang saya ketinggalkan barangkali )untuk membaca : untuk bakal ibu , ibu , ayah ini rasanya ilmu duniawi yang terbaik untuk di kongsikan. Semuga apa yang saya sebarkan disini mampu memberi impak @ perhatian pada kita...insyalllah - nanti kita akan kongsikan.

Selasa, 23 September 2008

sekadar meluahkan cerita.


cerita abi untuk ana - abi tak tahu nak tafsirkan macamana nak mulakan cerita ( tadi ana call )- pastinya kita berada dalam keadaan yang amat kalut ( yang mungkin ana tak akan faham ) - cukup untuk abi katakan : abi tidak harapkan selain daripada ana mampu membesar dan seterusnya menjadi apa yang pernah ana janjikan NAK JADI MACAM ABI.Ini mungkin HADIAH nya - UNTUK MENJADI MACAM ABI.Memang abi tak nafikan - suatu ketika abi pernah terlupa.abi terleka , dengan kemahuan abi.

Minggu depan kita nak raya , ana yang dari sebesar dua jari abi tengok , untuk kali ini kita semakin jauh dan seterusnya begitulah. Apakah dunia ini tidak adil untuk kita , abi tidak mahu menyalahkan itu dan ini.Dan abi menulis ( mungkin ana tidak akan baca - cukup untuk abi baca ).Abi berhadapan dengan keadaan yang amat sukar untuk abi tafsirkan pada ana. Cuma harapan abi , ana membesar menjadi MACAM ABI ( itu yang ana selalu impikan )

Ana mungkin tidak tahu ( tidak pernah tahu ) abi selalu mengimpikan yang ana membesar menjadi seorang wanita muslimah - yang meletakkan Islam & Melayu sebagai sempadan. Ana menjadi seorang pelajar yang di kagumi di kalangan kawan2 ,guru2 seterusnya masyarakat setempat. Seterusnya : yang terakhir dari abi - selamat hari raya , maafkan abi dari hujung rambut sampai hujung kaki.maafkan abi.maafkan abi....

teruk budak sekarang...

Nak kongsi cerita : ikut KRT ( Rukun Tetangga ) buat operasi ' sekodeng ' budak buat akhtiviti melampau..rasanya cerita ni dah lama bermain dari rumah ke rumah . surau ke surau . sekolah ke sekolah . cerita biasa. budak lari.ponteng.samseng.ikut jantan.kondom.gugur anak.BIASA. JKKK ala biasalah tu. cgu sekolah ala biasalah tu. ADUN ala biasalah tu....dan semakin mengerikan semalam : tangkap budak tengah buat aktiviti melampau ( budak sekolah ).

Sembang2 dengan budak2 - cgu tahu budak2 ni bertukar komdom masa perhimpunan sekolah - habis perhimpunan terus lari ikut jantan...masyallah.

Kesempatan terlibat secara terus dalam bidang ini , ini sedikit ( kalau boleh di katakan pandangan - ikhlas ) - mungkin masalah sosial begini dimana2 kita akan berhadapan. samada kita nak ambil tahu @ tidak itu persoalan lain. Dan mungkin perkara ini semakin tidak asing dengan persekitaran kita ( terutamanya pinggir KL )-apa puncanya : dalam sebuah buku menyatakan ( masalah remaja bermula dengan masalah masyarakat ). betul ke.

Ginilah - aku tidak mahu mempersoal tempat lain ( cukup untuk bukit beruntung sahaja . Setelah 5 tahun duduk dan terlibat secara terus dengan Program Kemasyarakatan Penduduk Setempat boleh di simpulkan - penat + bosan - bukan satu.berpuluh2 program2 diatur secara percuma.tak datang.dari dewan ke surau.Minat kepada akviti pembanggunan diri amat menyedihkan. Yang biasanya. Semua institusi kemasyarakatan rapuh organisasinya. bergaduh.berpuak..akhirnya ANAK KAU - ANAK KAU. ANAK AKU - ANAK AKU....faktornya mungkin pendidikan + ekonomi ( rujuk kepada teori Maslow ).

Anak2 ini - sedih mahu dirungkaikan - cukup di katakan.mereka di ABAI kan oleh sistem yang bertahun tahun begitu. Sebab aku yakin ( dan percaya ) semua yang berlaku adalah dari SIKAP ( yang terlentur dari persekitaran , pengalaman , pendidikan ) Sebab pepatah barat pernah berkata :

KELAZIMAN ( TINDAKAN ) akan membentuk BUDAYA
BUDAYA akan membentuk TABIAT
TABIAT akan membentuk SIKAP
SIKAP akan membentuk TAKDIR kita.......

R.E.M.A.J.A - RISIKO.EMOSI.MANJA.ANGAN2.JUVANA.AGRESIF - itu cerita mereka. apa pulak cerita kita......

Isnin, 22 September 2008

saja nak kongsi....


Ada yang nak di kongsikan? – seronok nak pekenalkan 2 CD baru aku beli ( kawan kata bagus ) – ACKER BILK ( reflections ) + MAKSIM ( variation park 1 & 2 ) …malam (tadi) lepak terus dengan CD tu. Lagu2 macam ni.- air on g string – autum in my heart – river ( enya ) – dan seterusnya lagu2 ‘ classical ‘ yang ‘ low beat ‘ ni…..dan tidak lupa lagu ‘the lonely shephard’ yang tentunya boleh membuat kita TERBANG keluar. Dan semuanya lagu2 begini sudah mula melekat terus dalam pendengaran aku untuk seterusnya…apa kepentingan lagu2 begini…

Ini ada satu teori yang boleh kita kongsikan : bagaimana untuk menjadikan segala KEMAHUAN + IMPIAN menjadi REALITI ( bagus untuk sapa2 yang mahu NAIK KE ATAS ). Kita tentunya pernah dengar tengtang MINDA DI BAWAH SEDAR. ( minda kita ada 2 : minda sedar + minda di bawah sedar : Minda Sedar ( APA ) + MINDA DI BAWAH SEDAR ( BAGAIMANA ).

Semua ( bagaimana ) terdapat dalam MINDA DI BAWAH SEDAR. Ianya bergantung pada sejauhmana kita install KEMAHUAN kita. Masukkan semua keinginan kita. PERCAYA + DOMINAN adalah KUNCINYA.

Mari kita kita kongsikan : Pejamkan mata – bayangkan diri kita berada di depan peti sejuk. Kita membuka peti ais tersebut , kita melihat sebiji buah limau. Ia berwarna kuning, besar dan masam. Bayangkan kita menghulur tangan dan mengambil buah limau tersebut. Rasakan kesejukan dan tekstur buah limau tersebut. Sekarang, bawa keluar limau tersebut. Seterusnya potong limau tersebut dan lihat jusnya mengalir keluar. Ambil hirisan limau tersebut dan masukkan dalam mulut. Kunyah dan rasakan betapa masam limau tersebut….dan seterusnya buka mata.

Rasa semacamkan – itu KUASA MINDA DI BAWAH SEDAR

Bagaimana nak gunakan. Ikut formula ini (aku dapat dari buku JACK COLLIS – YES YOU CAN ) – aku amalkan secara DOMINAN + PERCAYA – dan insyallah, apa yang berlaku ( sebahagian besar ) adalah keinginan aku sendiri.

Bagus untuk anak2 sekolah : mula ajar teori ini. Dan ada beberapa pendekatan yang mana kesemuanya dikaitkan dengan APA YANG KITA TANAM DALAM MINDA KITA.

PENDEKATAN PART 1 ( yang lain kemudian )
Nak gunakan teori ini.untuk mudahnya rendahkan dulu gelombang otak ( payah nak bagi tahu ). Guna muzik2 di atas – terutamanya air on g string – bila dah tenang ( MENURUT KAJIAN PAKAR : WAKTU TERBAIK ADALAH MASA NAK TIDUR DAN BANGUN TIDUR – dikala itu gelombang otak kita dalam bentuk alpa )

1 - tetapkan apa KEINGINAN kita ( pastikan sesuai + realistic )
2 - Bayangkan kita dah dapat ( MESTI )
3 - Pilih masa yang sesuai
4 - Bersantai dengan imiginasi…

Dan pastinya teori ini tidak akan berjaya jika kita TAK PERCAYA + DOMINAN. Tapi kena ingat : kuasa APA YANG KITA TANAM dalam MINDA DI BAWAH SEDAR….selamat mencuba !!!

Ahad, 21 September 2008

padan muka aku


Ini cerita tidak boleh jadikan contoh. Kisah seorang lelaki ( aku ) yang selalu terantuk dalam BAB ni. Kadang2 begitulah hidup ...tapi setidaknya ini pengajaran untuk semua orang2 yang pakai NGV ( sebab tak banyak tempat ada kemudahan tu ).

Dari Gombak isi ( rm 10 – dah penuh untuk NGV ) pagi. Ok biasanya boleh tahan untuk perjalanan yang jauh. Ok selesai. Tidak banyak aktiviti untuk hari siang. Dan petang – jemputan berbuka dengan kawan di Putrajaya – ok.nak isi minyak ( tak payah , sebab nak isi gas di putrajaya – kata kawan ada kat sana ). Dan seterusnya perjalanan cukup cantik. Dari Gombak ke Putrajaya ( kg PM )

Tamat disitu.Balik dari Putrajaya ini – yang nak di kongsikan. Pusing2 – tak jumpa Petronas yang ada GAS ( ada tapi tak jumpa : ini karektor lelaki – malas bertanya ). Tengok GAS ( berdasarkan signal – cukup untuk isi di PJ ). Dari Putrajaya ke PJ ikut highway Syah Alam – dan bermulalah kisah ini. Gas habis. Minyak habis. Gelap. Tengahmalam.Sunyi. Kat highway. Pukul 2 pagi.Apa nak buat....nak tidur dalam kereta ( bukan pengelesaian – call kawan2 – inilah kawan !!!!! ). Tapi sesuatu yang menarik di highway ni – banyak IKLAN : TAYAR PANCIT. Bukan satu.Call no kat depan. Ini yang menarik...KERJAYA ; DARI MASALAH ORANG LAIN....tapi ok.

Dia angkat call dengan : EN KAT MANA....

Dia dah set dalam kepala orang call mesti orang BERMASALAH....ha...ha..

Sebab tu dia dah rekodkan ayat pertama : EN KAT MANA...

Maaf en – saya kat sini.ada benda ni. ada benda tu.saya nampak itu dan ini....

OK BANG – SATU TAU TEMPAT TU.

Dia cari makan dari MASALAH orang lain. Ok. Setelah itu dan ini – aku kena tunggu !!!!. Dalam kepala dah macam2 terfikir. Macam mana kalau kalau dia ni PEROMBAK. KAKI PAU…dan macam2. KENA BUNUH. ESOK KELUAR METRO – MAYAT DALAM LONGKANG.CURI KERETA.

Jam 3 pagi. Dia datang dengan TONG MINYAK + CORONG ( cantik dia buat ).

Sembang2 sekejap. Kat sini selalu macam ni SELALU bang , dulu masa minyak mula naik lagi teruk – dalam sehari dekat 6 – 8 orang tersadai disini….akhirnya.BERAPA !!!!. Aku menharap seorang lelaki yang BUDIMAN – rupanya KAKI PAU.minyak RM 10 dia up sampai RM 35 – terkedu ! MELAYU PAU MELAYU..ok : ini pun bisnes. Orang bisnes mana nak rugi

MORAL 1 : Jangan di harapkan pada sesuatu yang TAK PASTI. Dari GOMBAK berpuluh2 PetrolStation – nak kejar benda yang tak pasti...begitu jua dalam hidup kita. Bak kata pepatah klasik : dengar guruh di langit air di tempayan jangan di curah..tapi aku dapat ILMU PRAKTIKAL yang orang lain tak rasa.

MORAL 2 : MENCARI MAKAN ATAS MASALAH orang lain. Dalam situasi ni adakah lelaki tadi kenakan aku !!! Adakah dia mengambil kesempatan sebab aku tidak ada pilihan…

MORAL 3 : Kepada sesiapa yang pakai NGV – kena pastikan minyak pun isi. Sebab tak banyak tempat ada GAS.

MORAL 4 : untuk aku sendiri ( padan muka ) tak boleh ke BERTANYA.

MORAL 5 : Jangan percaya kawan – yang dia pun tak pasti...ok..ok...comfirm , aku pasti tempat tu memang ada – dulu aku punya mak cik ( dan segala tok dan tok wan keluar ) pernah itu dan ini.

MORAL 6 : Hati2 ikut Highway di KL ni. Terlalu banyak sehinggakan kita tidak pasti JALAN NI NAK KEMANA ( walaupun dah tulis ) TAPI PUSING SANA – PUSING SINI.

MORAL 7 : KERAJAAN PATUT PERBANYAKKAN PETROLSTATION yang ada GAS.

MORAL 8 : SATU JARI KE ORANG LAIN – EMPAT JARI KENA DIRI SENDIRI…ok terima kasih.

Sabtu, 20 September 2008

untuk cgu azlanlin


kepada cgu azlan - terima kasih kerana promosi cerita saya ( itu tak penting ) yang penting kita di laluan yang sama. ni di sebelah cgu kena beli ( mesti beli ) - terutamanya sebagai seorang guru. SENI BERCAKAP2 & BERBUAL - sedikit saya nak promosikan.saya baru beli ( yang lama photocopy ). Maka beli baru. Yang menariknya ( saya nak kongsikan ) - KENAPA ORANG SUKA KITA.BAGAIMANA KITA NAK BAGI ORANG SUKA KITA. ( mengorat dalam bahasa lain - itu dalam buku mat salih ) - terutamanya guru.memang ada kepentingan untuk bagi budak suka.sebab fitrahnya begitu.manusia akan berubah kalau dia SUKA berubah. Semua dalam buku ni menarik...amat menarik.terlalu menarik.kalau di praktikkan memang di hujung cgu akan berada di satu posisi yang...woi.....

hari ini masuk hutan

Hari cuti - hari nak lari dari PANAS - masuk HUTAN - ke KEM. Ini bukan sekadar promosi ( sekadar pemberitahuan : kepada kawan2 yang singgah ke sini @ blogers2 nak buat aktiviti - datang kesini ) . terutamanya cgu - ini satu media yang terbaik untuk kita kongsi2 kan. cgu ( dari luar daerah ) kalau melawat KL tak tahu nak kemana ( tidoq terutamanya ) datanglah. Ok yang di atas. banggunan utama. yang dah di jadikan asrama. rumah lama - kepada budak pekan - rasa macam balik rumah tok wan.keliling pokok ( manggis , durian , langsat - baru habis musim : kalau musim berbuah - jenuh.seronok tengok budak panjat pokok mangih ( bahasa tok wan ). Ni rumah rehat ( dulu ) Tan Sri Majid Ismail - dah lama tak guna. jadi kami pun bercerita itu dan ini jadilah Pusat Pendidikan. Dah lama buka 1997 hingga sekarang. Dengar cerita Sukarno pernah duduk kat rumah ni ( masa tu rumah ni bukannya disini ) Tan Sri beli dan pindah ke sini.

Ini dalam banggunan rumah tadi - ada ruang besar - untuk jimat kos - tak ada katil.cuma bagi ' toto ' ( macam balik kampung ) - ada 3 bilik yang besar - dan bilik air ada 2 kat dalam. ini bilik budak2 ( peserta ) .bayangkan macamana dia orang tido.fun.dengan beg.cerita.riuh.
teringat mak pak kat kampung.

Dewan serbaguna - macam2 boleh buat - solat , ceramah , dan apa2 lagi... ni gambar di ambil dari laman web sk taman jasmin.

Sekitar kawasan kem adalah hutan.Dan 45 minit berjalan ni dia. Air terjun Sg Pisang... ada pacat....satu persekitaran yang tidak ada duanya.

Sungai ( merangkap bilik air ) - depan kem.betul2 depan kem - gambar di ambil dari atas jambatan diantara jalan dan kem....tak dalam senang nak jaga ' budak ' .

Makan bersila ( dan makan pakai tangan ) - macam balik rumah tok wan.budak2 sekarang mana reti duduk macam ni...


dan seterusnya : dengan kemudahan yang ada kita harapkan ini ruang yang terbaik untuk kita kongsi2 kan - Matlamatnya mudah : setiap orang yang potensi yang sama untuk naik ke atas. yang membezakan adalah KEMAHIRAN untuk naik ke atas. Jadi ini bukan sekadar promosi biasa......dan saya ( secara peribadi ) menjadi kan ruang disini untuk memenuhi kepuasan diri ( mendidik ) + dan terasnya ada ILMU. Dan begitulah ceritanya yang mahu di kongsi.....ni masih di kem..... sapa2 nak datang ( sekolah , ipt , famili ) call. kena booking - biasanya beroperasi sepanjang tahun kecuali bulan posa....berminat nanti saya bagi nombor


Jumaat, 19 September 2008

kisah seterusnya

Masih bercerita mengenai KEMANUSIAAN.setidak-tidaknya ia tak menjadikan ruang ini satu ruang yang kosong – sebab aku yakin pada PELUANG. orang BIJAK akan mencari PELUANG untuk pembaikan diri. Sebab telah dijanjikan 3 kelompok mahkluk yang akan melata atas mukabumi. 1 – orang malang ( hari ini lebih teruk dari semalam ) 2. orang cemerlang ( hari ini lebih baik dari semalam 3. orang rugi ( hari ini lebih teruk dari semalam )…kita berpeluang untuk memilih. Asasnya adalah KEMAHUAN.
Ada satu cerita ( dari cerita kawan2 ) – seorang lelaki yang aku ketegorikan dari segi IQ + EQ + ESQ….sempurna secara asasnya. Berkahwin atas desakan MASA. untuk menyelamatkan wanita ( isteri ) dari penangan abang2 & mak yang BARAN ). Dan sudah tentunya perkahwinan ini tanpa restu. Kepada lelaki ( budiman ) ini – takdir sudah tertulis begitu. Dan akur pada segalanya, dan seterusnya bersedia untuk apa jua penambahbaikan diri. Hidup berterusan – kisahnya semakin menarik bila dia menjadi MANGSA lepasan BARAN isteri. ( ceritanya sama – dulu isteri menjadi mangsa BARAN kini dia menjadi suami mangsa) Ada teori menyatakan ini penyakit VICTIM OF THE VICTIM. Hidup berterusan : kesabaran menjadi dinding yang amat kuat kepada lelaki budiman tersebut. Anak2 menjadi sempadan. Bertahun begitulah: keadaan tidak berubah. Mungkin pengaruh GENETIK agaknya. Siisteri tidak boleh disentuh ketidakpuasannya: di hujungnya maki hamun.

PERSOALANNYA : SI MAK MENTUA + ISTERI = keduanya adalah orang yang rajin ke Mekah. ( duit banyak ) dan teori keagamaan cukup untuk membuatkan sesiapa pun diam.

Kenapa macam tu..Dan dihadapan aku ada 2 buah buku – DAVID COLEMAN + DR DANIEL – kedua2 penulis yang hebat mengenai tajuk IQ VS EQ VS ESQ.. berdasarkan kajian besar untuk kesempurnaan hidup - 15 % adalah IQ, sementara selebihnya adalah EQ. Dalam isu aku tadi SI MAK MENTUA + ISTERI ada kesemuanya. Apalagi yang membezakan mereka?

Buku PARLINDUNGAN MARPAUNG menceritakan segalanya : antara PERCAYA + KEPERCAYAAN. Tentunya keduanya punya maksud yang berbeza – percaya (ok, macam orang perempuan + tudung + aurat = percaya ) ….sebab tu semuanya dah jadi macam2 ( maaf !!! ini bukanya ruang untuk dipersoalkan isu ni ) – kepercayaan Hindu + Batu Caves + Wel Wel = kepercayaan.

KEPERCAYAAN dalam bahasa mudahnya adalah PENGHAYATAN bait demi bait apa yang dia PERCAYA….teringat kata : Dr Robiah Hamzah ( he…teringat cerita saudara Ikram - editor PTS mengenai Dr + EQ ) biar kita menguasai ilmu jangan ilmu menguasai kita
Dalam kontek MAK MENTUA + ISTERI – dimana penghakiman kita?

kemahiran komunikasi hadapan


seronok nak berkongsi cerita pagi ini. ke Sk Onn Jaafar ( Komplek Wawasan USJ15 - Subang Jaya ).masih cerita pasal ORANG.Karektor Orang - masuk aja pagar - di sambut dengan SENYUM oleh pak cik jaga.cara nya amat betul.melanggah ke sekolah - di tingkat bawah ada Pusat Sumber - ramai budak2 kecil ( bising ) macam pesta. kantin tak buka.jadi berpesta kat pusat sumber.sekali lagi SENYUM - cgu boleh kami bantu....dan budak2 (...eeee comot + busuk..tak posa ke..memang budak cina ) masuk ke pejabat. seluruh orang dalam pejabat BAIK2.SENYUM.dari P.A.R sampai ke CC. semua bersedia membantu. keluar seorang kerani ( cun - pakai baju merah )...ye..tuan boleh bantu !!! nak jumpa cgu suffian. woi - ini sekolah wawasan ( sebelah sekolah india + cina ) - semuanya berwawasan , mencari cgu suffian 15 minit. tapi kemana cgu suffian.di kantin.tak mungkin.bilik gelap....jangan marah cgu.saya tahu ramai cgu2 lelaki ada bilik gelap kat sekolah....15 berlalu. cgu suffian.masyallah !!! budak ( yang comot + busuk ) berkerumun.satu permandangan yang seronok tengok.cgu suffian adalah kawan kepada budak2 comot + busuk tadi...woi , ini skill apa yang di gunakan : cukup menarik.......kalau dulu di kg ( masa sekolah rendah + sekolah menengah pun ) - nak dekat dengan cgu pun takut.amat takut. cgu2 macam RAJA kat sekolah . arahan cgu adalah PEMUTUS. mungkin JATIDIRI orang dulu lain kot.....dan berbalik kepada cgu suffian - perbincangan terus ke Pusat Sumber - ada lagi cgu yang macam tu. buka lap top budak2 kerumun ( ada yang duduk atas riba )....MENARIK.satu sistem yang amat menarik. Teori Komunikasi Hadapan di adaptasi dalam keadaan yang amat baik. Pendekatan HEMOFILLI cgu suffian terbaik. tentu budak tidak hilang hormat , dan tentu budak suka kalau cgu suffian ( sebab fitrah manusia tidak suka berubah - dia akan berubah kalau dia suka..!!! )..Yang penting dalam hidup di antaranya adalah KEMAHIRAN MEMBINA PANDANGAN PERTAMA : berdasarkan teori 4 saat kita gagal bermakna untuk 40 tahunakan datang belum tentu bernafsiran akan berumah....mungkin selama ini kita pertikai impak dari kemahiran di atas , tapi kesannya besar terhadap hubungan sosial....

Khamis, 18 September 2008

patutlah....

Aku membiasakan diri.jangan lewat.sebab apa erti ilmu kalau tidak diamalkan.destinasi hari ini adalah MAHKAMAH SYARIAH KUALA KUBU.banyak cerita yang menarik untuk di kongsikan....masih mengenai kehidupan ( lelaki ). memang aku buat kesimpulan sendiri - ini di antara tempat yang lelaki tak suka datang ( maaf - berdasarkan pembacaan ). disebabkan datang awal , aku berpeluang sembang2 dengan ramai orang....
tetapi pak cik ini menarik perhatian. orang kedah. dia datang jauh sebab jadi saksi , yang suka aku adalah sepatah kata pakcik ini : orang muda sekarang macam tulah , berkawan sampai tak ingat dunia ( lupa mak bapak ) bila susah baru depa cari......

dan seterusnya - 9.30.Mahkamah bersidang - aku tengok satu persatu.satu persatu.dari 20 kes yang di bicarakan ( kebanyakkan tidak dapat di jalankan ) sebab isteri datang SUAMI TAK DATANG.TAK DAPAT DI KESAN....disebabkan aku lelaki ( kenapa agaknya lelaki dalam bab2 macam ni - susah nak datang - dan kenapa perempuan suka2 menyudahkan cerita disini....oppss sensitif !

tapi ada 2 kes yang membuatkan aku seronok nak kongsikan : pertama - ustaz.penampilan warak.baca STAR( mesti kerja bagus2 ).ada janggut.pakai kupiah.isteri - bertudung labuh hitam.penampilan.sempurna. pegang tasbih. kes pertama : cerai di luar mahkamah - dan isteri mengeluarkan perkataan yang tidak sedap di dengar ( dalam mahkamah ). MORAL : APA LAGI YANG KITA BOLEH JADIKAN PERBANDINGAN ( tirana tolong jawab ). apakah ilmu agama ( zahirnya ) tidak mampu !!!

kedua : kes cerai di luar mahkamah - kahwin bulan Ogos 2008 - isteri mengandung.kesian.suami brutal.orang muda ( pakaian sudah cukup di jadikan perbandingan ).kesian.kesian.cinta.kahwin dan cerai......

ketiga : buat apa aku kat sini................

Dan seterusnya - dunia tidak akan berhenti bersama keluh kesah kita. dalam hidup tidak ada BETUL dan SALAH. cuma diharapkan dalam dunia ini tidak hilang lagi perkataan MAAF. Apakah dalam dunia sudah hilang pertimbangan. ruang. kesempatan untuk kita toleh kebelakang - suatu masa KITA PERNAH BERSAMA.......

Rabu, 17 September 2008

macam ada yang tak kena....

kadang2 memang macam tu hidup agaknya. ada seketika kita rasanya. tengok kira.tengok kanan.tengok atas.tengok bawah.semua tak keharuan.macam ada yang tidak kena.faktor.jiwa barangkali.jiwa kacau.kenapa !!!...kata pujangga : hidup kita adalah pilihan kita.madsudnya ketidakharuan aku malam ini. di sebabkan aku yang PILIH....memang begitu.begitulah resam hidup : bercakap boleh - bila kena batang hidung..semua teori tidak menjadi.....ok2.
akhirnya jinggo bercakap untuk jinggo - hidup kita adalah pilihan kita. apa yang kita installkan dalam minda terus akan membutirkan keputusan. keluarkan semua resah.bangun.dan bercakap pada diri - yang berlaku akan tetap berlaku. dunia tidak akan berhenti kalau di raung pun. kalau tak ada siapa yang nak dengar , Allah akan mendengar segalanya. Dia tahu segala percaturan....pergi ceritakan segala ketidakbetulan hidup padaNya. tidak akan di timpa musibah kalau dia tahu yang kamu tidak mampu tanggung....

akhirnya jinggo menjawab jinggo - terima kasih , aku masih ada Dia yang akan mendengar.......
ok , setidak2nya aku masih ada lagi seorang aku.

warna2 hari ini.

17 sept.tak ada apa2 pun - sebagaimana yang di promosikan.di mana tidak sempurna hari ni.mungkin AURA baju yang aku pakai hari ini tak kena. macam tak ada tenaga...jumpa Nora. kemana kita hari ini....TAK TAHU. apa kata ke MPH - cari parking aja 1/2 jam. akhirnya : keluar tersalah jalan - masuk BANGSAR..dan tak tahu kemana nak pergi. lepas tu bincang : INI LAH KESAN KALAU TAK TAHU ( kemana nak pergi ) . TAK ADA MATLAMAT. TAK ADA SASARAN ( macam orang main bola tidak ada tiang gol ). Di Bangsar - sesat.....CUACA. Panas. Perjalanan yang TAK TAHU terus ke Syah Alam. Ramainya di PKNS - nak raya begitulah adanya. aku ke MANIRWA ( beli buku baru - pasal lelaki )....cuaca semakin panas.panas....
Akhirnya : sebelum buat apa2 - kita kena pastikan ada MATLAMAT.JELAS.NAMPAK.LETAKKAN SASARAN. BERTINDAK. KEPUTUSAN.

Selasa, 16 September 2008

SAMBUNGAN SEMALAM

Sambung hasil bacaan semalam : kadang2 terfikirkan kenapa benda2 macam ni semakin menjadi perhatian – sebab menurut kawan kat USA dah ada training mengankat pipi ( madsudnya bila pipi terangkat , mata jadi kecil : itu dikatakan senyuman yang paling ikhlas….).dan di Negara kita tidak ketinggalan – Perlis dah buah seminar mulut , Terengganu dah buat seminar senyum sokmo. Dan sekarang banyak training consnt dah mula mencari ‘ benda2 ‘ macam ni..Menarik , sebab ilmu tuhan semakin jauh di seterokai oleh manusia. Dan aku seronok kerana tidak pernah KETINGGALAN perubahan tersebut.

Orang yang ‘ suka pakaian berjenama (walaupun bundle )
Melayan keperluan orang lain dengan baik.
Perancangan yang teliti @ hati2
.

Orang yang simple , seluar jeans , tshirt
Suka pada keseronokkan
Moody ( ikut mood ) - Suka memberontak - Tidak suka di kongkong

Orang suka suka dengan pakaian seragam ( termasuk Rela )
Pandai berkerjasama dengan orang lain
Penganut fahaman tradisional ( hati2 kawan bercinta dengan org begini )
Orang yang berani berpakaian / lain daripada yang lain.
Banyak tenaga dalam / emosi - Berjiwa seni
Sangat mengutamakan kebebasan - Jiwa sensitive @ terbuka @ berterus terang.
Barang bersepah dalam kereta , bilik , pejabat
Tidak suka peraturan - Tidak suka tanggungjawab -Tidak suka benda remeh temeh
Orang yang sangat pengemas @ pembersih – suka pada peraturan
Sifat degil
Tak padai menyesuaikan diri – mahu orang lain ikut peraturannya

Orang yang banyak kasut
Suka memuaskan diri sendiri
Bawa kereta perlahan
Tidak pandai menyesuaikan keadaan
Takut mencuba benda baru – suka menurut perintah ( pasif )
Kurang inisiatif - Takut pada kegagalan
Tdk berani ambil risiko – tidak suka buat keputusan
.
Bawa kereta laju.
Agresif - Tidak suka peraturan - Tidak suka bertolak ansur

Penting ke ilmu ni? PENTING. Sains ( 90 % sains tidak membelakangkan Islam cuma di nafikan oleh orientalis barat ) – kelancaran hidup kita tidak boleh kita nafikan ada kaitan dengan semua ilmu di atas.
( DENGAN TIDAK MEMBELAKANGKAN KETENTUAN ALLAH ).untuk itu fikir2kan lah
BUKU BARU BELI : NANTI KITA KONGSI2 KAN

Isnin, 15 September 2008

ini penting untuk memudahkah cerita.

bagaimana nak kenal orang berdasarkan kod peribadi. penting sangat ke. penting untuk memudahkan perhubungan sosial .

orang yang berjalan laju
kemahuannya kita akanseolah2 ada sesuatu yang di kejarnya.tidak sabar mencapai matlamat.gemar persaingan.keras kemahuan.tahu apa yg dia tahu dan sukar untuk di halang kemahuannya.kalau kita cuba halang di tolak tepi.
orang berjalan perlahan
masa tidak penting ( dan mahu orang ikut rentaknya ).padanya masa tidak penting.cuba menguasai orang lain.mementing diri sendiri
Berjalan bahu jatuh ( mata memandang jalan )
orang yang kecewa dengan dirinya dan kehidupan.bersikap negetif pada kehidupan.pasif.amat pasif dan menjadi beban kepada orang lain.
orang yang berjalan tegak memandang hadapan
jelas tengtang matlamat.apa yang menganggu akan di tolak tepi.orang spt ini akan meminta banyak pengorbanan....
TENGTANG PAKAIAN : TUNGGU KELAS BESOK...HE...HE.....

BAHASA BADAN DALAM PERCINTAAN

Semalam - lama tak jengok kawan2 kat UPSI. dan lama tak jengok Tanjung Malim. Apa yang menariknya Tanjung Malim. Pada aku 2 perkara menarik - 1 - kedai ( RAVI - yang menyediakan semua cd/ dvd yang kita nak...) 2 - Pekan Koboi macam2 ada - termasuklah yang aku nak kongsikan ini. Jalan2 , memang Ahad sibuk di sini. Ada satu kedai - aku mesti singgah ke sini kalau ada apa2 program disini. Kedai lama yang menjual buku2 lama. Memang dari luar , tidak nampak apa2 yang menarik kedai ni. Buku bersebah - susah nak cari. Tapi di kedai ini menyimpan banyak buku2 yang berkualiti ....Nah sebuah buku lama dari penulis yang dah KAYA. Taukeh PTS sekarang. BAHASA BADAN DALAM PERCINTAAN ( ABDULLAH & AINON ) 1993.harga RM 5....( macam kata saudara azlan : kalau kita nak akan di dorong kita untuk dapat apa yang kita nak ).....
Aku beli 3 ( biasanya macam tu ).Dan malam tadi baca. Ooooo...patutlah macam tu. Ooooo patutlah perempuan macam itu dan begini.
Dalam banyak2 tajuk aku baca dulu : perbezaan lelaki dan perempuan. Kod peribadi.dan seterusnya bahasa badan.
Sudah menjadi hukum alam ( melayu ) lelaki begitu dan perempuan begini. Kita saling lengkap melengkapi. Tapi persoalan kita , seramai mana kita yang mahu mengambil tahu perbedaan tersebut. Ketidakmahuan untuk mengambil tahu menjadikan kita kadang2 saling tuduh menuduh...( FAKTA : PEREMPUAN MELAYU MENJADIKAN LELAKI MELAYU EGO ). Sebab ramai yang cakap macam tu. LELAKI EGO ( bukan semua )...dan aku tidak bersedia untuk membuka ruang untuk berpolimik disini. cuma menarik untuk di kongsikan - terutamanya KOD PERIBADI.....

Ahad, 14 September 2008

kisah perjuangan

PERJUANGAN AKU – seronok menulis mengenai perjuangan. Ada ramai perjuang di sekeliling kita..Macam2.Aku seorang pejuang untuk diri sendiri ( diharapkan mampu di rebak kan kepada generasi2 hari esok ). Apa yang di perjuangkan. Meletakkan diri kita di tempat yang sepatutnya. Rugi dan malang kita membiarkan segala POTENSI diri di abai disebabkan oleh ( fitrah + persekitaran ). Apa yang tidak adanya kita – cukup besar sumbangan persekitaran. untuk menjadikan kita warga yang bertuah. Tapi malang situasi hari ini – kita seakan berhadapan dengan keadaan yang menakutkan – apa yang jadi kepada AGAMAKU.BANGSAKU.TANAHAIRKU.

Agama yang mula di kikiskan nilainya.Bangsa yang semakin hilang ketamadunannya.Tanahair yang semakin hilang harga kasihsayang warganya. ITU PERJUANGAN AKU.Dalam kontek pendidikan aku gunakan secara maksimum.Aku guna setiap inci ruang untuk aku ‘ menangkap ‘ peluang…aku habiskan masa yang bertahun ( 1997 – 2008 ) untuk membuat analisa sendiri.31082007 adalah hari terakhir penganalisaan aku . PLKN . aku membuat kesimpulan keseluruhan – ini GENERASI HARI ESOK – rasanya PERJUANGAN INI BELUM SELESAI .
Aku untuk seterusnya akan menggunakan ruang + peluang + potensi untuk meneruskan apa yang harus ( wajib ) diteruskan. Dan untuk hari ini dan seterusnya semuga ruang dan peluang untuk disini , pasti aku letakkan NIAT yang besar untuk meneruskan apa yang patut di teruskan. Untuk melihat GENERASI HARI ESOK bangun dari kealpaan (fitrah) untuk meNERJAH keluar dari kepompong persekitaran. Dalam kontek aku – ilmu @ buku. Keduanya adalah dalam keupayaan dan kemampuan kita – tapi di nafikan potensinya. Kenapa ? Kita tidak didedahkan @ sistem yang telah berakar umbi yang telah menyatakan..cukuplah kita tahu apa yang kita tahu. Selainnya kita membiarkan orang lain membuat keputusan untuk kita. Malang.Malang dan seterusnya Malang. Aku kecilkan skop kepada GENERASI HARI ESOK ( anak2 + adik2 di kuliah ) – dan itu cerita aku bila ada yang mula bertanya APA PERJUANGAN AKU (terima kasih seorang sahabat bloggers ).


Kepada sahabat tersebut : saya mengendalikan sebuah Pusat Pendidikan yang boleh memuatkan 100 orang dalam satu – satu masa. Di pinggir hutan.Sungai.Air terjun sudah cukup untuk menjadikan ini MEDIA PERJUANGAN saya.


Pengajaran : bercakap soal peluang sarjana ilmu meletakkan 3 kelompok manusia.3B. Orang Bodoh – tidak tahu menggunakan peluang ( dan buat tak reti ) yang datang. Orang Baik – peluang yang datang di gunakan sebaiknya. Orang Bijak – menggunakan dan mencari peluang untuk pembaikan diri seterusnya pembaikan persekitaran.


UNTUK ITU PELUANG YANG DATANG – KITA GUNAKAN SEBAIKNYA.LETAKKAN NIAT DI ATAS SEGALANYA…..

Sabtu, 13 September 2008

kisah berbuka

Malam minggu.seronok bersama ' geng jalan2 UM ' berbuka puasa di rumah Puan Syam ( katanya nak ke London - tahniah )- seterusnya bising.berbuka di rumah baru.tapi semuanya berhenti semasa berita kat TV3.bagai di langgar garuda.masing2 seronok bagi komen itu dan ini.seterusnya teringat Utusan Malaysia hari ini. ( ramai kami sependapat - dah lama tak baca utusan - hari aku tergerak untuk membeli - dan pasti esok) - rasanya muka surat 2 / 3 agak lain macam untuk di tafsirkan.lain rentaknya. apa pun kita terus menharapkan kedamaian mendiami bumi Malaysia ini berterusan. berbual jauh ke macam2 cerita.dari Bukit Beruntung ( tarak untung ) hingga ke Putrajaya - cerita pasal pembanggunan.rumah tak laku.rumah retak.rumah itu dan rumah ini.jalan itu dan jalan ini.akhirnya macam2 ada...........

PENAPIS DIRI...

Semalam seronok tengok TV1 -FENOMENA SENI ( dah jarang singgah kat siaran tu ) - woi !!! ada orang besar.tentunya cerita besar - MEDIA HUJUNG JARI - - MUFTI PERLIS - cerita amat menarik. berani.tegas.amat tegas.yang lain2 tidak berani komen banyak2.cuma soalan dari Rosyam Noor ( adakah perlu di ubah bentuk pendekataan media ini ) - jawapan Mufti. TIDAK.Ujudkan FILTER dalam diri sendiri - kita kena tengok , baca , dengan NIAT...itu rasanya ayat paling best. dan seterus2nya aku terus duduk sambil melayan call kawan2.I.S.A datang lagi jinggo.aku terkenang - teringat satu hari menonton rancangan HUJAH ( forum dalam isu perkaitan ) . Kenapa perlunya akta ini..Akhirnya aku simpan sendiri jawapan. Yang penting : kita perlu damaikan dunia ini dengan sistem yang boleh mengawal geraklaku manusia yang tentunya berbeda MATLAMAT.dan MATLAMAT tidak mungkin akan meng HALAL kan semua cara. Dalam kontek kita ( Malaysia ) : kita terlalu sibuk sehari dua ini. sibuk memikir hal2 yang tidak banyak menguntungkan pembanggunan diri. Semua adalah disebabkan MATLAMAT. Bagaimana untuk satu masyarakat yang ada FILTER dalam diri. adakah perlukan SISTEM.UNDANG2.AKTA....sama2 kita fikirkan.
Pengajaran : Kita sering melihat berbalahan di sebab oleh MATLAMAT ( teringat kembali formula berbalah ) M + G + O = C . Untuk mempasti kedamaian di hujung - samakan MATLAMAT yang akan mengurangkan O - halangan dan akan mengurang C - konflik....untuk kepada rakan2 yang singgah ke sini - gunakan ruang ini sebaik mungkin.pastikan NIAT di atas segala......

Jumaat, 12 September 2008

cgu hashimi - pencinta alam


Tadi masuk kat blog - cgu hashimi.aku suka betul dengan gambar di atas - dalam sibuk2 orang memperkatakan itu dan ini , ada satu benda yang jarang mahu di perkatakan ( bincang + debat ) isu2 yang dikaitkan dengan ALAM SEKITAR. Kita hanya menyerah kepada KARAM SINGH WALIA untuk menjadi wakil kita. Lama tak tgk Karam Singh - 2 malam kat di TV3. Isunya kuanliti air. Kenapa dengan air kita , mungkin ramai tidak tahu bahawa air yang mengalir keluar dari paip kita adalah dalam kelas 3 ( teruk !!!! - di katakan tanpa di rawat air ini layak di beri kepada khinzir sahaja ). Dan terus terusan kita menjadikan sungai umpama longkang2 besar yang mengalir terus ( menurut DBKL 40 - 60 tan sampah di pungut dari dalam sungai kelang ). Hasilnya : dikatakan 2025 - kajian besar PBB dunia akan berhadapan krisis terbesar air. Jangan anggap ini isu remeh - sebab air lah banyak negara berkrisis.sebab air lah hubungan ( masam ) Malaysia dan Singapore. Air oh Air. Singapore dah mula menggunakan NEW WATER ( menurut ulama air ini najis ). kita bila lagi...
dan satu lagi - Kem PLKN ( tanah ) runtuh - jawapannya mudah. Pihak kem tidak pernah minta kebenaran. Seterusnya tanya JLKN - itu bukan tanggungjawab kami !. Cerita yang biasa dan mudah. Kepada sesiapa yang mahu ( tahu ) cerita begini sudah terlalu biasa. Berlaku sesuatu yang dikaitkan dengan ALAM SEKITAR - akan ada 2 jawapan biasa - KAMI TAK TAHU - ALLAH PUNYA KUASA. Semuanya sudah jelas - peruntukan undang2 - telah menyatakan itu dan ini , dimana silapnya !. Penguatkuasaan. Cerita yang sama.
Kepada cgu hashimi.cgu mat salihin.dan aku ( cgu jinggo ) - semuga usaha berterusan kita mampu memberi impak pada generasi hari esok.dan jangan lupa kita akan ke Langkawi pada ( Nov ) - kata puteri. Tahniah kepda cgu ( kita ) kerana terlibat dalam Program besar kerajaan....semuga usaha besar ini memberi impak yang besar......

mak vs ayah

cerita hari ini : awal lagi aku bangun untuk ke UM ( lagi ) - dan biasanya aku memilih untuk naik komuter dari rawang ke KL ( ada 2 sebab : satu boleh baca surat khabar dua - boleh tidur )..selalunya aku akan menhabiskan bacaan ( SINAR TERUTAMANYA - dikatakan lebih BENAR !!! ).Ada cerita yang aku nak kongsikan.

Satu pasal AC MIZAL VS BINI LAMA - aku pada awal dulu memang tidak berapa selesa dengan cara AC ni.tapi itu dulu kut , tapi dalam kes ( dalam sinar ) aku setuju 100 %...buat apa gaduh2 - anak2 sedang membesar....( itu yang aku setuju ).

Mungkin pengalaman bekerja dengan anak2 yang menjadi mangsa pada keadaan ( tentunya diorang pun tak pinta ) - ada 2 keadaan. Ada yang memberontak menjadi pelajar yang sekolah di ketegorikah ' hampeh'..( bersama mereka aku tahu mereka tidak begitu ). SMK BUKIT INDAH AMPANG - rata2nya orang cukup hebat.duit bukan persoalan kepada mereka.ayah vs mak tidak pernah abaikan persoalan itu. dimana silapnya cerita mereka. Kesan kepada mereka bergantung kepada PENDEKATAN ayah vs mak. Sebab aku pernah jumpa yang semuanya ok.Sebab mak vs ayah tidak menjadi TAKDIR mereka sebagai IMPAK kepada anak2. Kesannya akan bermula bila ( mak terutamanya ) mencari RAKAN CERITA untuk memburukkan ayah. Dan ayah akan di letakkan di tempat yang paling TERUK. Ayah lelaki yang begitu dan begini. Kebencian mak menular pada anak.( teringat peperangan Shela Majid vs Roslan Aziz ). Untuk mak vs ayah - hentikan provokasi. Anak2 membesar dan membuat tafsiran sendiri. Jangan calarkan hidup mereka dengan KEBEBALAN yang mungkin kita sendiri pun tak tahu betul @ salah. Apa yang berlaku telah pun berlaku. Dunia tidak akan berhenti hanya disebabkan persengketaan ini. Sekali lagi - hidup kita adalah pilihan kita

Khamis, 11 September 2008

masih di sini.

Banyak masa hari.minggu ni.bulan ni.ramadan.tak banyak yang boleh di kongsikan - selain dari menunai kewajiban sepatutnya : ramadan kali ini impaknya besar pada aku.terlalu besar.yang pastinya aku meringkuk dalam kelemahan & kekuatan diri sendiri...aku cuma membayangkan OKT 10. dimana aku akan kembali beraksi.rasanya tidak banyak yang boleh di promosikan tentang OKT 10. Aku akan kembali ber ' kem '....satu media . satu wadah yang aku kirakan praktikal untuk menyalurkan kepuasan diri , seterusnya berharap impak di hujungnya.

Siapa Aku - aku memulakan cerita sehabis sahaja aku balik ke Malaysia. Dengan cerita dan keinginan yang tak sama macam orang lain. nak jadi MOTIVATOR . tapi di mana nak di mulanya. apa kekuatan yang aku ada...apakah langkah 1.langkah 1 adalah aku - mesti tahu siapa aku.kekuatan dan kelemahan - ok siap untuk itu. langkah 2. 3.4.5.6 dan seterusnya.dari 1997 - 2008.aku sampai ke tahab orang dah tahu.orang dah kenal...dan kem penuh setiap minggu.ooooooo jinggo kan.rasanya dulu kita pernah jumpa.....tapi ada yang aku terlupa untuk tengok ( di belakang ) orang2 yang mengiringi aku ( walaupun tidak secara langsung ). dan kini Ramadan 2008 - aku kembali berfikir.maafkan abi.........

cerita pagi ini......

terlalu menarik. lama tak ke kem - bulan puasa.biasanya ijal ( penjaga kem ) yang ada - tapi hari ini cgu loke nak jumpa ( untuk bincang program akan datang ) - ok.yang menarik : pertemuan aku dengan 2 orang guru yang HEBAT penglibatan mereka dalam bidang perguruan. Sorang guru HEM KO - datang dari Perak. Dan sorang lagi cgu Pendidikan Khas ( ini yang menarik )..

Ini skill untuk di kongsikan ( seni bual ) - sesampai aja ke kem , aku tengok plat number kereta ( mewah ) cgu - no Perak....orang kampung. Menurut buku yang di tulis oleh Abdullah Sani - untuk memikat orang lain - diantaranya adalah menggunakan KONSEP HEMOFILLI. Jadikan cerita orang lain adalah cerita kita. dan aku terus tukar lenggok bahasa ( teman orang perak ).

Berbual diteruskan - berkisar pada Perak - dan seterusnya cgu Pendidikan Khas ini ( adalah AJK UMNO PARIT ) orang besar - aku terus menyebut nama2 yang aku kenal...dan terus jadi gang....

Kesimpulan : Skill menjadikan semua orang bersama kita penting. Sebab ini fitrah manusia.Suka di beri kepentingan. Kita suka diri sendiri. Suara sendiri. Idea sendiri ( sebab itu kalau ada mana gambar2 ramai2 - gambar sapa kita cari dulu...). dalam perbualan gunakan konsep HEMEOFILLI + EMPTY...akan ada impak yang berbeza.

Seterusnya : aku semakin tidak sabar nak tunggu perlaksaan program itu.

SAPA2 : RAKAN - RAKAN YANG NAK JADI FASI ( ATAU BERMINAT DENGAN TRAINING ) SAYA TIDAK KEDEKUT UNTUK BERKONGSI...

Rabu, 10 September 2008

dah nak balik dah......

kawan2 call - jinggo tengok MALAYSIAKINI.Oppps politik lagi.ok sekadar untuk dijadikan bahan bacaan ok.Datok Ahmad Ismail digantung tiga tahun dari UMNO. Akhirnya.NO RIGHT NO WRONG - cuma kita di ajar untuk berbudaya.Marah dan men kritik adalah persoalan biasa. Sebab sekarang sudah ada kajian ilmiah dibuat terhadap SKILL UNTUK MENKRITIK.kita sudah terbiasa dengan kritikan yang ' menyakitkan '- kita tidak pandai menkritikan , dikatakan begitu.kebanyakkan kita mengkritik tidak pada subjek tapi terus pada peribadi. Aduhai rakan- rakan sebab tulah orang ' dulu - dulu ' kalau marah ( dia suruh tarik nafas ) kenapa ?.masukkan oksigen ( tukar gelombang otak ).hari ni baru aku tahu kenapa. bagaimana untuk menKRITIK...baca.tapi bukan cara DATOK AHMAD ISMAIL.

BULITEN UTAMA : Ramai yang tunggu slot Datuk Ahmad. Masih sama. Keras. Aku secara peribadi tidak berpihak kepada sesiapa. Aku pendokong kuat kepada pengekalan keharmonian hidup sesama insan di Malaysia.

Pengajaran : dalam diri manusia ada satu tempat yang benar sensitif iaitu ' ego '' jangan permudahkan ego orang - kita kena ingat fitrah manusia mahu di anggap penting. untuk itu jadikan semua orang di sekeliling kita penting.nak menKRITIK - puji dulu sebab JAM YANG MATI PUN ADA BETULNYA...jadi setiap orang ada potensinya.....

POLITIK POKOK

tadi ada kawan dari KHABAR kan - Kes PAK SYEIK semakin menarik. politik.aku bukan terlalu jahil untuk mentafsir segala apa yang berlaku - cuma hari2 terakhir aku semakin mengirakan.semuanya RETORIK. kita cerita pasal politik POKOK KAT SEBELAH lagi baik.Pokok juga menjadi mangsa POLITIK.Ficus@ Beringin @ Ara @ Jejawi - apa yang menariknya pokok sebelah.banyak.kerana nama KAMPUNG AKU - SG JEJAWI.dulu mungkin tak kisah sangat pasal nama tu.bila dah jauh perjalanan - patutlah kg tu nama sg jejawi.sebab pokok begini banyak.dulu kat depan sekolah ada sebatang - tapi sudah di POLITIK kan.Tebang....kenapa tiba teringat JEJAWI @ KAMPUNG.sebab ada jemputan untuk bersama murid2 tua ( lepas raya ).


sekadar untuk di kongsikan dengan kawan2 ( cgu abbas + cgu nan- lama tak jumpa. ) terutamanya.tahun ni saya berCUTI dari raya.saya nak LUPAkan bahawa selepas Ramadan akan ada SYAWAL.Syawal dimana anak2 akan bersama famili.ketupat.lemang.mercun.bunga api. kadang2 dalam hidup kita tidak akan menang banyak perkara. ada kalanya kita TEWAS.jatuh.pengalaman yang berlaku adalah sekadar cerita : sejauh mana kita mengambil cerita untuk iktibar agar tidak ter TEWAS lagi.Ada buku menyatakan : kehebatan sesesorang di ukur dari sejauh mana bermasalahnya dia dengan kehidupan......ada satu cerita.

seorang guru mengajar anak muridnya tentang evolusi seekor rama - rama.dan setiap pelajar di kehendaki membuat pemerhatian bagaimana proses tersebut ( dari ulat beluncas ) . guru tersebut meninggalkan kelas dan membiarkan pelajarnya membuat pemerhatian. Si Mat ( bukan nama sebenar ) kesian melihat kesukaran ulat beluncas nak keluar - dia ambil gunting ( dengan harapan nak membantu ) - tapi akhirnya...ulat beluncas mati..

Pengajaran : Proses untuk keluar dari kepompong itu yang akan menguatkan rama - rama tersebut...


lelaki menjual belon

pagi ini masih di UM.ada beberapa2 perkara yang menjadi cerita untuk seterusnya..semalam dapat call daripada seorang pelatih...bro kenapa tidak gunakan ruang ini untuk kongsikan cerita yang pernah kita kongsikan dulu.......selepas ini untuk seterusnya bro akan gunakan ruang ini untuk kita kongsikan bagaimana untuk NAIK keatas....

ok cerita 1 - tentang seorang lelaki yang kerja nya menjual belon.itu sumber pendapatan yang membolehkan lelaki itu menyarakan keluarga.satu kebiasan lelaki ini , ia akan melepaskan belon naik ke atas pada setiap petang. Ini untuk menarik perhatian ramai. Kebiasan lelaki ini menarik perhatian se orang budak lelaki , lalu ia pun bertanya :

Pak Cik setiap hari saya perhatikan pak cik lepaskan belon , tapi tidak pernah melepaskan belon yang berwarna hitam. Adakah belon warna hitam tidak akan naik keatas...

Lelaki itu menjawab : Yang menaikkan belon bukan warnanya , tapi isi dalam belon...

PENGAJARAN : Yang menjadi kita HEBAT bukan di sebabkan oleh siapa kita.keturunan.kaya miskin.cantik lawa.Setiap kita ada POTENSI untuk naik ke atas. Yang membedakan kita adalah KEINGINAN ( NAK TAK NAK ) untuk naik keatas- dan semua ber akar dari SIKAP yang akan mencetus segalanya. SIKAP yang datang dari persekitaran ( 70 % ) , pengalaman ( 20 % ) pendidikan ( 10 % ).Untuk itu untuk NAIK keatas.....UBAH

PEMIKIRAN ( KELAZIMAN) AKAN MEMBENTUK BUDAYA

BUDAYA AKAN MEMBENTUK TABIAT

TABIATKAN AKAN MEMBENTUK SIKAP

SIKAP AKAN MEMBENTUK TAKDIR KITA......

Selasa, 9 September 2008

apa sudah jadi.

malam tadi : memang susah nak tidur - sempat tengok saudari ezam kat TV9 - aku macam orang lain juga kut ( ada benda yang tak kena dengan saudara ezam ).tapi isu malam tadi membuat aku kembali berfikir.semuga apa yang di perbincangkan bukan sekadar bualan RETORIK.isu kenegaraan.ketuanan melayu.semuga apa yang datang dari saudara ezam adalah sesuatu yang lahir dari keikhlasan saudara.


Dan pagi ini.dalam MALAYSIAKINI - aku kembali terduduk.dan berfikir.inikah penyelesaiannya.

PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA

Menulis seterusnya : seorang bekas pelatih PLKN call – orang hebat masa di Kem PLKN PDS – kerana manusia inilah aku menjadi lebih hebat.yang menarik nya tengtang pelatihnya ini adalah KEINGINAN untuk menjadi seorang yang HEBAT.aku perhatikan dari awal budak ini ( NIZAM DARI KELAS 4 – cgu miss dengan syu – contoh!!!! ) , yang menariknya aku di jadi macam KEKASIH yang hari2 di uliti ( kadang2 rimas ).macam2 di tanya – disoal.di kala kawan2 lain sibuk dengan permainan ( petang ) di masih dengan buku ( YOU CAN WIN )..sampai lunyai dibuatnya….aku tidak lama di PDS , sehabis MODUL PEMBINAAN KAREKTOR aku balik ke KL.tinggal nizam , umi , su , kak pah….fizah.tengku. aku kirakan itu penglibatan terbaik aku di PLKN.Biar ramai yang mempersoalkan itu dan ini menyenai PLKN ( aku berani berdebat – itu isu ini ) aku tetap MENYATAKAN ini media yang terbaik yang MALAYSIA pernah ada.Diatas segala2nya adalah PENGURUSAN DIRI ( sikap ) + DISIPLIN. Remaja ini di asak dengan SATU MATLAMAT SATU HASRAT – sehingga terbentuk satu BUDAYA ( kepada sesiapa yang NAK ).Berbalik kepada nizam ( dari jauh aku terus mengikuti perkembangan – dia akhirnya mendapat anugerah PELATIH TERBAIK KEM )…dengan keputusan SPM yang baik.Nizam terus ke MAKTAB TENTERA SUNGAI BESI ( sekarang Universiti Pertahanan ) – dia masih terbaik di sana.cgu bangga seluruh penglibatan nizam walaupun persembahan nizam ( nyanyi lagu ella tu teruk )…itu aku di PDS.seterus aku ke Kem Mellenium , Beranang. Ini kemuncak . Team terbaik masa tu ( kumpulan 2 ) – cgu azzah , cgu syah , cgu CR..dan Mjr Syah – tidak lupa Pak Lah ( kami selalu tak kena angin – tapi itu pendekatan terbaik untuk mendidik ).Hasilnya EPI ( peminat setia Kompeni Alpha ) – faizah , Pulah – semua hasil tangan menjadi terbaik.Dan hari ini, melihat kelibat CELORENG BIRU aku terimbau banyak – suka duka bersama uniform tu.Ada beberapa perkara besar yang aku belajar : satu pembentukan diri seharus di mulai dengan NIAT.niat menjadikan aku bersedia untuk menerima semuanya adalah PROSES PEMBENTUKAN DIRI. Kehidupan manusia di PLKN terlalu komplek untuk di jadikan cerita – tapi menarik.orang yang hebat yang akan lebih terserlah kehebatannya dikala KETEGANGAN.sebab di kala itu EMOSI tidak stabil.bagaimana kita keluar daripada KONFLIK itu – yang membedakan orang HEBAT @ TIDAK.

Akhirnya aku tidak lupa ramai rakan2 yang telah berjaya mengotakan MUSTAHIL KE BOLEH – Tahniah kepada NORA ISMAIL ( plkn KKB ) sekarang TRAINER yang hebat. Tidak lupa sekali lagi pada cgu azzah ( yang semakin bagus – Semuga di mana dan bagaimana kalian – hari ini kalian tahu : bahawa apa yang berlaku pada aku dan kita adalah PROSES kematangan kita untuk berhadapan dengan ragam dunia luar ( yang tidak seteruk dunia PLKN ). Pada rakan2 yang masih dalam ingatan sarrah , ati , pak din pds , lan pds , azhar kkb , hawa kkb , mail air tawar – jangan jadikan PLKN perhentian terakhir kalian….

Isnin, 8 September 2008

eka education centre

ramai juga kawan2 bertanya: kenapa tidak gunakan halaman ini untuk buat promosi ' bisnes ' - ok.di sebelah adalah aku punya ' IMPIAN ' yang telah aku ' tanamkan ' dalam minda di bawah sedar lama.sebuah ' training centre ' yang akan gunakan untuk mencanai segala idea - yang paling penting untuk aku jadikan media untuk aku berdakwah seterusnya berkerjaya. aku kirakan satu persekitaran yang ideal untuk di jadikan satu lokasi pembelajaran yang praktikal.program.aku mengambil masa yang lama untuk membuat kajian tentang ' minat ' pelajar @ remaja dan keperluan sistem pendidikan hari ini.hasilnya aku berani aku katakan : ini merupakan satu lokasi yang berbaloi untuk di jadikan persinggahan

secara ringkasnya aku meletakkan komitmen 100 % untuk menjadikan program @ lawatan yang di rancang memberi impak yang besar kepada pelajar.Program dan perlaksanaan di atur dan dicatur berasaskan kepada keperluan pembinaan sasiah , jatidiri dan kemampuan membangunkan diri sendiri berasaskan kepada potensi diri.
ok kepada rakan2 ( yang singgah ke blog ini ) : aku percaya kepada KOMITMEN 100 % + KOSISTEN = KEPUTUSAN . rasanya itu ' gula + kopi ' aku.yang penting sikap kena betul di tempat yang betul....

seterusnya.....

Seorang kenalan lama ( dari kg gajah ) – Tanya : jinggo – sedikit idea untuk pembinaan kurikulum Malaysia – ciri2 Modal Insan perlu di terapkan.aku bukan pakar dalam bidang ini. Cuma pengalaman yang panjang dan lama ( selain pembacaan ) – Cuma banyak yang terlohong – dalam kesibukan kita mencaturkan berapa A yang pelajar kita akan dapat – kita terlupa ( abaikan pembinaan emosi ) – sudah banyak di perkatakan mengenai SOFT SKILL – anak2 pelajar harus ( mesti ) diterapkan nilai2 , etika , dalam hidup di antaranya KEMAHIRAN untuk hidup ( 15 % hidup ada berapa A kita dapat selebihnya 85 % kemahiran ) – seandainya keadaan ini berterusan kita yakin ( amat yakin ) kita bakal ada satu kelompok generasi yang tahu ( apa dia tahu sahaja ).mungkin tidak keterlaluan kalau mahu di kongsi pengalaman bekerja bersama ramai ( orang hebat ) di kampus – tidak keterlaluan di katakan : satu perkara yang HARUS dijadikan kemestian untuk kita sesama belajar adalah kemahiran KOMUNIKASI – samada verbal – non verbal . Impak dari ketidakpedulian kita terhadap perkara di atas memburukkan keadaaan. Kemahiran berhadapan dengan KONFLIK.Kemahiran hidup dalam KELOMPOK.Kemahiran JATIDIRI ( MOTIVASI DIRI ) berterusan .Kemahiran untuk menerap ciri2 KEPIMPINAN DIRI yang kuat.seterusnya bagaimana untuk MENJUAL diri ( skill teknik pembinaan pengaruh untuk menjual @ menonjolkan diri di tempat yang betul dimasa yang betul ).

Cerita seterusnya : Semalam berita2 yang masuk dan keluar di media kita semakin ( meloya ) untuk di baca @ tonton – orang politik menjadikan semuanya hal untuk di politikkan.Dalam UTUSAN tajuk besar ( pasal MB pembangkang ) – dalam SINAR ( muka 2 ) MB Pembangkang tafsirkan madsudnya tidak di siarkan. BANJIR DI KEDAH – x MB datang – oklah ( ini tanggungjawab kami sebagai pemimpin ).datang pula MB PAS ( kenapa pasal 10 minit pun di masukkan dalam berita ). Kedukaan orang lain memang menjadi satu peluang kepada orang POLITIK untuk bekerja.Teringat cerita seorang makcik di Johor. Datang berbatu – batu untuk mendapatkan bantuan ( MANGSA BANJIR ) – hanya untuk mendapatkan sekampit beras ( terpaksa menunggu seharian – sebab YB belum sampai.dan PRESS belum sampai ). Ke ANGGUHAN dan KESOMBONGAN berterusan ( ini orang aku – ini orang orang engkau ) – yang orang engkau dan aku bukan ke - ( MELAYU – ISLAM )
Apa yang berlaku hari ini .tidak keterlaluan di katakan : RETORIK – yang menjadi mangsa sudah pasti KAMI ( MELAYU – ISLAM ) – seterusnya generasi mendatang yang seakan akan melihat ini merupakan satu ACUAN.nak jadi ahli politik mesti MACAM NI…aduhai bapak2 menteri di atas ( UMNO , PAS , KEADILAN , DAP , MIC , MCA…). Ingat geraklaku kalian menjadi ACUAN kepada generasi hari esok , satu BUDAYA akan terbentuk dikalangan mereka. Kepada orang2 MELAYU ( kepimpinan MELAYU ).sudah tidak ada lagikah ruang untuk kalian berbincang. Bukan ini yang generasi mahu tengok dan tonton.

Sabtu, 6 September 2008

bacaan seterusnya

Cerita 1 : masih berkisar pada KONFLIK. Berdasarkan banyak kajian ( dari buku2 klasik Karl Mark ) – dengan KONFLIK lah tamadun manusia berubah.Dengan KONFLIK banyak urusan manusia berubah.Kita kembali dalam kontek Negara kita. 16 SEPT – seperti yang di janjikan ( adakah sekadar cerita ) tapi yang penting ada beberapa perubahan yang semakin seronok kita saksikan ( minyak turun lagi : ada bencana di klang – cepat2 YB turun : semuanya mesra rakyat secara tiba – tiba : DAN belanjawan yang mesra rakyat ). Ini kepentingan KONFLIK.

Cerita KONFLIK 2 : Ketua UMNO Bukit Bendera – aku mula berkenalan dengan Datuk Ahmad Ismail semasa menonton ( kat TV ) KONFLIK sukan sepaktakraw , dan aku mula melihat ketegasan ( bila ada HAK yang mahu di pertahankan ) – tapi aku tidak berminat bila bila KRITIKAN tidak kembali kepada isu pokok ( berdasarkan apa yang disiarkan dalam TV3 – bila X – Ketua Menteri di katakan pandai bersandiwara ) – isu telah kembali kepada isu peribadi. Kita kembali kepada 3 bentuk kemahiran komunikasi ( AGRESIT , ASERTIF , PASIF ). Orang Agresitf bercakap aku MENANG – KAU KALAH. Orang ASERTIF bercakap soal MENANG – MENANG.Orang PASIF – membiarkan orang lain bercakap untuk dia….kita fikir2kan.Berdasarkan cerita Datuk Mat – ada PROVOKASI disini – kita kembali kepada NIAT.ada orang yang tidak ikhlas menulis ( ini pandangan peribadi aku ).Akhirnya aku tahu KONFLIK ini akan menjadi kita lebih KUAT – tahniah DATUK MAT !!!!!.

KONFLIK – aku masih macam tu.di hujung KONFLIK adalah PENYELESAIAN. Ada 4 bentuk pendekatan ( kajian akademik ) – satu berhadapan dengan konflik dalam kontek menang – kalah. Berhadapan dalam kontek menang – memang , seterusnya diam , dan seterusnya KELUAR dari KONFLIK ( yang penting organisasi jangan dileburkan )…

PROGRAM SETERUSNYA
10 – 12 OKT = KEM SK TANAH RATA CAMERON HIGHLAND
17 - 19 OKT = KEM SK DATO’ ONN JAAFAR – SUBANG JAYA
31 - 01 NOV = KEM PERPADUAN ( GABUNGAN 3 BUAH SMK )
01 - 02 NOV = KEM SMK KIARA MAS – KUALA LUMPUR
08 - 09 NOV = KEM SK BUKIT BINTANG , PJ.
PROGRAM PJKN ( LANGKAWI ) – NOVEMBER
KEM KESEDARAN ALAM SEKITAR – PUTRAJAYA – NOVEMBER

Jumaat, 5 September 2008

BERANI MENANG


cerita biasa - bulan puasa ( berehat @ beribadat ) - banyak yang telah berlaku.dia kesempatan ini aku menyelak buku2 lama ( berani menang ) - betul : kadang kadang kita tidak berani untuk menang - kita TAKUT untuk menang - dan KETAKUTAN itu ada dalam diri sendiri.......dan seterusnya aku akan bicarakan kemudian....

Khamis, 4 September 2008

cerita aku

lama tak jumpa - banyak perkara itu dan ini menjadi simpulan - kadang2 dalam hidup kita tidak akan dapat banyak perkara yang kita mahu. kita tewas terkadangnya.memang sakit - tapi itu bukan alasan untuk kita menadahkan hidup pada cerita yang sudah tertulis - berdasarkan cerita dalam buku ( banyak buku terlupa tajuk ) kita kena belajar dari bencana : kita tidak akan makan kalau tidak lapar , kita tidak akan ke klinik kalau tak sakit...kesimpulannya begitu.BELAJAR DARI BENCANA - pertemuan dengan Raihanah - memberikan aku cerita baru : untuk aku.biarkan apa yang berlaku dalam hidup ada ruang untuk kita BERBINCANG - tapi tidak semudah itu seandainya kita tidak sertakan keinginan untuk mencari PENYELESAIAN - duduk ( perbetulkan postur badan ) - rendahkan suara - tidak ada siapa menang kalah - ASERTIF ( ini pandangan saya : saya hargai pandangan anda ) - dalam soal memberi KRITIKAN. kajian pernah di jalankan menyatakan orang kita memang tidak pandai menKRITIK orang - resamnya kita akan JATUH kan orang -bukannya pada subjek yang mahu dikritik.dalam diri kita ada satu ' tempat ' yang orang lain tidak boleh kacau. EGOnya - jangan jatuhkan - kalau EGO + EMOSI = impak mungkin berbeza bergantung kepada karektor seseorang....




aku jinggo ( berdasarkan tarikh lahir )


1. Ketulenan - Hadir dengan idea baru. - Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri. - Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi. - Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss. - Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka. Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

MAC - berpersonaliti menarik dan menawan mudah didampingi sangat pemalu dan pemendam. rasa sangat baik secara semula jadi, jujur, pemurah dan mudah simpati sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran suka pada kedamaian sangat peka kepada orang lain sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain - tidak cepat marah dan sangat amanah tahu balas budi dan kenang budi pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal suka berangan-angan suka melancong sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi kelam kabut dalam memilih pasangan suka dengan hiasan rumahtangga punya bakat seni dalam bidang muzik kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik jangan terlalu moody.

Rabu, 3 September 2008

UPSR DAN SAMPAI....


UPSR DATANG LAGI – pada semua adik adik pelajar yang pernah datang untuk menyertai kem bersama bro jinggo – minggu depan exam.UPSR. ini sedikit tips yang kita sudah bincangkan dulu.orang yang berjaya harus di dahulukan dengan KEINGINAN.keinginan tidak akan menjadi apa2 seandainya tidak disertakan dengan TINDAKAN yang datang dari KOMITMEN yang KOSISTEN.mungkin adik2 semuanya dah bersedia kearah itu.Cuma pada masa2 yang terakhirnya : jauhkan daripada GANGGUAN samada secara fizikal & emosi – kedua2 faktor ini akan memberi impak seterusnya.sekarang adalah masa yang terbaik untuk meneruskan TEORI KUASA MINDA DI BAWAH SEDAR – beritahu diri.bercakap pada diri – kita adalah orang hebat.akan masuk ke dewan peperiksaan sebagai JUARA.kita adalah JUARA.ok – selamat untuk semua.

PROGRAM SETERUSNYA

Sibuk juga.hari ini meeting dengan Gang UMNO – bincang2 untuk program seterusnya untuk ‘ anak2 ‘ pelajar – ini merupakan sumbangan berterusan dari kita….kita ketepikan polimik yang tidak nampak kesudahnya – INI ADA CERITA – seorang YB BARU – orang MUDA ( dari UMNO ) cukup cantik pembikinanya. Dulu aku memang tidak berapa pekenan dengan dia ini – SOMBONG – dari bahasa badan cukup untuk aku katakan dia bukan pilihan.tapi dari cerita kawan2 – dia dah ada PERUNDING IMEJ – kalau di majlis ini – pakai begini – kalau di sini buat begini – ini HEMOFILLI namanya YB.dan lebih menarik dah masuk kelas agama ( setidak2 boleh baca doa makan selepas ini…he…he…). Comfirm YB – saya akan sokong YB untuk seterusnya ( kalau keiginan YB begini berterusan ) – CERITA SETERUSNYA – masih pasal YB ( yang berusaha ) kalah masa pilihanraya – orang hebat , motivator , orang surau – imej menarik untuk menarik golongan akedemik ( macam aku ) – dulu aku memang fanatik dengan dia – tapi tidak hari ini. Di atas segala gala adalah PENGURUSAN.aku comfirm – orang2 macam aku perjuangan kami jelas – untuk pembanggunan insan. YB ( yang berusaha ) sibuk dengan percaturan yang tak pasti ( di atas ) kami orang2 kat bawah langsung tidak nampak ‘ persembahan ‘ YB. tiada tindaksusun untuk menguatkan saf2 yang berselerak….
Eco Kid Adventure on Facebook