Jumaat, 30 Januari 2009

TEH TARIK MEE CELUP

sesekali tengok anak2 kat sekolah
Duduk sembang2 dengan beberapa tokoh besar kepimpinan Bukit Beruntung.
Cgu Nasa ( calun ADUN Batang Kali - Ketua Penerangan PKR Selangor ) Cgu Anuar ( pegawai khas Dato' Zainal Sakom dulu ) , mat rahat ( SU PKR Hulu Selangor ) dan cgu harun ( he....) sambil pekena teh tarik dan mee celup kami rewang2 sembang -
sehinggalah ke topik yg seronok mahu dikongsikan.
Tiga dari kami bukan cgu sekolah - tapi dimata orang di sini - kami adalah cgu :
kerana kerja dalm bidang pendidikan.
PERSOALAN : ADAKAH PENDIDIKAN ITU MILIK CGU2 DISEKOLAH SAHAJA
itu merupakan satu pandangan yang agak ketinggalan pada zaman ini.kalau dulu mungkin kita akui betul.bukan hari ini.dengan kerencaman persekitaran hari ini dunia pendidikan adalah milik semua orang.
semua orang harus menjadi guru - ruang sudah terbuka.
persoalaan demi persoalan berangkai - masalah sosial.disiplin.kurang motivasi.tidak ada jatidiri - adakah itu semuanya milik cgu2 disekolah.adakan disekolah penyudahnya...
itu cerita lama bila semuanya menhala ke sekolah.
APA PERANAN YB.PERANAN KERAJAN MEMERINTAH.PERANAN IBUBAPA.
PERANAN MASYARAKAT
dunia sudah berubah - pendekatan harus seiring dengan perubahan.
ancaman dalam dan luar tidak seharusnya dilihat sekadar apa yg kita nampak.
Perbualan untuk seterusnya : panas sepanas teh tarik yang datang dan datang..
taukeh kedai belanja.
Kesimpuan untuk YB : kita berada dalam satu tahab sosial yang memerlukan kita kerja kuat.ramai diantara kita hanya orang2 biasa.kerja biasa2.pendapatan biasa2 dan seterusnya YB harus simpulkan pandangan kawan2 kita juga berbeza.
dan mungkin kita juga masih mendapat guru - guru yang biasa2 ( maaf ) :
Akhirnya saya dan kami menanti KOMITMEN dan PERANAN orang yg berkuasa !!

ini kisah kita dan kawan2 kita...

sedang mencari dimana silap gambar2 ni..

Kita biasa berhadapan dengan orang yg menjadikan kritikan sebagai kerjaya.
Mereka menjadikan kritikan seolah - olah mereka akan memenangi hadiah dalam peraduan. Mereka akan mencari dan terus mencari.
menjaja dan terus menjaja dan menyalah dunia atas semua kerumitan.
siapa mereka ini
orang yang tidak merasa gembira apabila tidak ada masalah untuk diperkatakan
berasa terganggu apabila mereka berasa baik , kerana takut mereka akan merasa lebih teruk apabila mereka lebih baik.
menhabiskan sebahagian besar hidup dikaunter aduan
selalu mematikan lampu untuk melihat bagaimana gelapnya keadaan
selalu mencari keretakan pada cermin kehidupan
berhenti tidur atas katil apabila mereka mendengar bahawa kebanyakan orang mati di katil
tidak dapat menikmati kesihatan yang baik kerana mereka memikirkan mereka mungkin akan mati esok hari
bukan sahaja menjangkakan keburukan malah menjadikan keadaan lebih teruk apabila sesuatu berlaku
TIDAK NAMPAK KUIH DONAT - HANYA LUBANGNYA.
percaya bahawa matahari bersinar hanya untuk menhasilkan bayang
lupa bersyukur dan sentiasa mengira masalah

dari Jinggo
itu cerita kita.orang2 sekeliling kita dan mungkin kita.
mengikut Shiv Khera dalam buku YOU CAN WIN
amat mudah untuk memusnah hubungan sosial.
BERDEBAT
BERTENGKAR
MENGKRITIK ( yg tidak membina )

setelah kita tahu ini adalah diri kita dan mungkin orang sekitar kita bagaimana untuk BERTINDAK...semuga kerjaya pengkritik bukan kita dan orang sekitar kita

Khamis, 29 Januari 2009

kisah semalu

Pada suatu hari, Rasulullah s. a. w berjalan-jalan bersama puteri baginda,
Saidatina Fatimah r. a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar,
Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi.
Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Main Saham...

Ini media kita : Mari kita pertarungkan modal yang ada...

Kita biasa mendengar ekuiti – dalam permainan saham : tapi bagaimana kalau dikatakan kita seakan bermain saham dalam hubungan sosial kita.
Samada dalam perkahwinan mahupun dalam persahabatan
BAGAIMANA TEORI INI BERFUNGSI
Sebagai pemilik ekuiti , kita mempunyai kos @ modal @ sumbangan. Dan kita juga mendapat faedah @ pulangan @ ganjaran dalam hubungan yang kita jalin. Menurut teori ini kita akan meneruskan perhubungan selagi kita berasa kita menikmati nisbah
antara KOS dan GANJARAN yang menguntungkan kita.
Ertinya kos yang kita tanggung adalah rendah manakala ganjaran yang kita perolehi adalah tinggi @ sekurang2 kita berasa ganjaran yg kita terima adalah setimpal dengan kos yang kita tannggung.
Mengikut teori ini – apabila kita memberi sumbangan ( modal ) yang besar sewajarnya kita mendapat pulangan yang besar.
Jikalau kita berasa pasangan kita TIDAK MEMBERI SUMBANGAN YANG LEBIH BANYAK daripada sumbangan kita ,
maka kita berasa dia tidaklah berhak menerima pulangan lebih daripada apa yg disumbangkan.
Teori ini menyatakan kita mahukan keadilan , iaitu ekuiti yang setimpal.Ertinya kita mahukan perhubungan yang berdasarkan ekuiti yang adil.Apabila kita berasakan ekuiti yang ada sudah tidak adil lagi , motivasi kita meneruskan
perhubungan yang ada akan menurun.
Perselisihan akan timbul kerana ada pihak yang berasa dirinya terpaksa menanggung lebih banyak kos , tetapi dia tidak menerima ganjaran yang setimpal.
Keadaan ini memungkin kita akan hilang penghargai perhubungan itu.

Moral untuk kita dari Jinggo
Mari kita menjalankan perhubungan yang menguntungkan.
Bagaimana ! Satu berhubungan yang menguntungkan bermakna kita berasa kita menyumbang sedikit , tetapi memperolehi faedah yang jauh lebih banyak berbanding dengan apa yang kita sumbangkan dan perolehi.

APA YANG KITA NAK MODALKAN HARI INI..

Rabu, 28 Januari 2009

Problem....

keluar dari kepompong

Dr Hill pada suatu hari ditanya oleh sekumpulan pelajar:
dimana tempat orang yg tidak ada masalah.
lalu beliau membawa pelajar tersebut kekawasan tanah perkuburan.
DISINILAH TEMPAT ORANG YG TIDAK ADA MASALAH DUNIA.
selagi kita bernafas selagi itu kita akan terus berhadapan dengan pemasalahan demi pemasalah.kita berbeda.secara fasiologinya.sosiologinya.psikologinya kita memang berbeza.semuanya akan menghasilkan penghakimanyang berbeza.
dihujungnya ada masalah.Masalah PENAFSIRAN.
Setiap orang ada kemahiran yg tersendiri bila berhadapan dengan semua pemasalahan ini.
ada orang suka dengan masalah kerana pada mereka :
Satu perkara baru lagi aku belajar yang orang lain tidak belajar .
Belajar dari Bencana.
Tapi tidak semua mampu BERDIRI dikala emosi jatuh.
Tidak ramai diantara kita mampu BERDIRI gagah dan keluar dari situasi ini
Tidak salah dikatakan oleh Mr Winston Churchill - Seorang pemimpin yang hebat diukur kehebatannya dikala berlaku ketegangan dan bagaimana dia keluar dari
ketegangan tersebut.
Seorang ahli fikir cina menyatakan :
kehebatan seseorang diukur pada skala pemasalahan hidup dan bagaimana dia keluar.
BAGAIMANA DENGAN KITA.
Satu ilmu lain yang perlu kita belajar.perlu kita tahu :
Masalah sering dikaitkan dengan emosi yang dihujung akan menhasilkan tindakan yg tentunya tidak MOLEK dilihat...
Ini menjadi satu kajian besar bedanya IQ.EQ dan seterus ESQ
MARAH.PANIK.SAKIT HATI.GERAM.PUTUS ASA.MALU.TAKUT.
Semuanya zahir dari emosi yg tidak stabil.Kegagalan kita untuk menerima itulah CERITA kita hari ini.Cerita yg kita tak mahu barangkali....
TERINGAT SEBUAH BUKU MENYATAKAN BEGINI
kenapa orang bila marah : akan meninggikan suara ( walaupun berdekatan )
kenapa orang bila sayang : akan memperlahan suara ( walaupun jauh )
Yang dekat dijauhkan hatinya
Yang jauh didekatkan hatinya

Yang terbaik mungkin DIAM...

Selasa, 27 Januari 2009

kisah seorang anak

dipetik dari buku ini

seorang anak hidup dengan kritikan
dia belajar untuk mengutuk
seorang anak hidup dengan memuji
dia belajar untuk menghargai
seorang anak hidup dalam permusuhan
dia belajar untuk berkelahi
seorang anak hidup dengan toleransi
dia belajar untuk menjadi sabar
seorang anak hidup dengan cemuhan
dia belajar untuk menjadi pemalu
seorang anak hidup dengan dorongan
dia mempelajari keyakinan
seorang anak hidup dengan rasa malu
dia hidup dengan rasa bersalah
seorang anak hidup dengan keizinan
dia belajar menyukai dirinya
seorang anak hidup dengan keadilan
dia belajar menghargai dirinya..

Mari kita cari dimana kebenaran pada cerita ini...

Isnin, 26 Januari 2009

apakah moral cerita ini

Ketika musim kemarau baru sahaja mula, seekor Burung Pipit mulai merasakan tubuhnya kepanasan, lalu mengeluh pada lingkungan yang dituduhnya tidak bersahabat dengan nya. Dia lalu memutuskan untuk meninggalkan tempat yang sejak dahulu menjadi habitatnya, terbang jauh ke utara yang konon khabarnya, udaranya selalu dingin dan sejuk.
Benar, lama kelamaan dia merasakan kesejukan udara, makin ke utara makin sejuk, dia semakin bersemangat memacu terbangnya lebih ke utara lagi.Terbawa oleh nafsu, dia tak merasakan sayapnya yang mulai terlekat salji, makin lama makin tebal, dan akhirnya dia jatuh ke tanah kerana tubuhnya diselaputi salji. Sampai ke tanah, salji yang menyelaputi sayapnya justeru semakin bertambah tebal. Si Burung pipit tak mampu berbuat apa apa, menyangka bahawa riwayatnya telah tamat. Dia merintih menyesali nasibnya.
Mendengar suara rintihan, seekor Kerbau yang kebetulan lalu datang menghampirinya. Namun si Burung kecewa mengapa yang datang hanya seekor Kerbau, dia mengherdik si Kerbau agar menjauh dan mengatakan bahawa makhluk yang tolol tak mungkin mampu berbuat sesuatu untuk menolongnya. Si Kerbau tidak banyak bicara, dia hanya berdiri..Si Burung Pipit semakin marah dan memaki-maki si Kerbau.
Si kerbau tidak bersuara, dia maju satu langkah lagi, dan mengeluarkan kotoran ke atas tubuh si burung. Seketika itu si Burung tidak dapat bersuara kerana tertimbun kotoran kerbau.
Si Burung menjadi pasrah dan berfikir bahawa dia pasti akan mati kerana tak dapat bernafas.Namun perlahan-lahan, dia merasakan kehangatan, salji yang membeku pada bulunya meleleh sedikit demi sedikit oleh hangatnya tahi kerbau, dia dapat bernafas lega dan melihat kembali langit yang cerah.
Si Burung Pipit berteriak kegirangan, bernyanyi sepuas- puasnya.Mendengar ada suara burung bernyanyi, seekor anak kucing menghampiri sumber suara, menghulurkan tangannya, mengais tubuh si burung dan kemudian menimang-nimang, menjilati, mengelus dan membersihkan sisa-sisa salji yang masih melekat pada bulu si burung.
Setelah bulunya bersih, Si Burung bernyanyi dan menari kegirangan, dia berfikir telah mendapatkan teman yang ramah dan baik hati.Namun apa yang terjadi kemudian, seketika itu juga dunia terasa gelap gelita bagi si Burung, dan tamatlah riwayat si Burung Pipit ditelan oleh si Kucing.
APAKAH MORAL CERITA INI : MARI KITA FIKIRKAN BERSAMA....

Ahad, 25 Januari 2009

15 batang pokok aja....


Dicerita dalam satu kampung terdapat seorang kaya yang memiliki harta yang ternilai banyaknya. Ladang , kebun , ternakan ,
perusahaan yang diatur dengan baik.
Sudah menjadi satu kelaziman orang kaya ini akan memanggil penduduk setempat untuk membantu dia menguruskan perusahaannya.
Selain dari itu : orang kaya ini mempunyai beberapa anak gadis yang sudah sampai masa untuk dikahwinkan.Orang kaya ni menghebahkan pada seluruh negara .
Sesiapa yang mampu menebang pokok balak terbanyak ( pada bulan terakhir pertandingan ) orang itu akan berpeluang berkahwin dengan anaknya.
Tempuh yang diberikan adalah setahun.
Pada hari yang dijanjikan : ramailah pemuda2 yang datang dari seluruh negara untuk menyahut cabaran dari orang kaya ni.
Dalam ramai2 pemuda : terdapat seorang pemuda yang gagah. Secara fizikalnya pemuda ini lain dari pemuda lain. Dengan kekuatan fizikal dan kapak yg digunakan pemuda ini mampu menebang 15 batang pokok dalam bulan pertama.
Sedang orang lain hanya mampu menebang beberapa batang pokok.
Bulan2 seterusnya 15 batang pokok mampu di tebang oleh pemuda ni.
Pemuda lain : ada yang semakin meningkat.
bulan ke 7 : anak muda ini masih 15 batang pokok.
pemuda lain semakin meningkat : ada yg hampir menyamai tebangan pemuda itu.
Bulan ke 11 : pemuda ini masih menebang 15 batang pokok
Pemuda lain sudah mampu menebang 20 batang pokok sebulan.
Pemuda ini akhirnya tewas bila tebangan hanya 15 batang sebulan -
sedangkan ada pemuda lain yang mampu menebang 23 batang pokok dalam tempuh yg ditetapkan.
Pemuda itu tidak puas hati : terus berjumpa dengan orang kaya dan bertanya kenapa bukan dia yang memenangi pertandingan ini.Sedangkan pokok yang ditebangkan lebih banyak dari orang lain...
Maka orang kaya ini bertanya kepada pemuda itu.
BILAKAH KALI TERAKHIR KAMU MENGASAH KAPAK KAMU.

Moral untuk kita

Bila kali terakhir kita mengasah potensi kita.Secara zahirnya kita hebat dengan kemampuan yang ada.Tapi sejauh mana kita mengasah potensi kita untuk ' menebang ' ( matlamat ) yang di rancang.
Orang yang hebat belum tentu hebat di hujungnya.
Orang yang tak hebat belum tentu dihujungnya sama.
YANG MENAIKKAN BELON BUKAN WARNANYA
TAPI ISI DALAM BELON...

Jumaat, 23 Januari 2009

ini yang ditinggalkan

Ini yang ditinggalkan : Logo Baru.NGO baru.di dukungi oleh bukan orang baru.
Atas kesedaran bahawa tidak kemananya - kita dengan cerita MATLAMAT yang dihujung kita menjarakkan ikatan yang tersedia longgar.
Saya minta maaf seandai kita BERCANGGAH kata disini. Saya secara zahirnya saya tidak melihat diri saya sebagai ORANG POLITIK. Saya aktivis sosial. Penglibatan terus untuk melihat bangun generasi2 hari esok berdasarkan paksi yg betul.
Polimik kita semakin tidak berpenghujung. Konsep Menang - Kalah seakan tidak memberi apa2 keuntungan kepada generasi hari ini. Keinginan untuk melihat kesempurnaan tidak mampu dizahirkan selagi kita berpaksi kepada :
aku betul ( sentiasa betul ) kamu salah ( dan apa yg kamu buat sentiasa salah )
Yang MENANG dengan keangguhan + kesombongan dan yang KALAH tidak sudahnya dengan PROVOKASI yang semakin menakutkan. Ancaman dalam dan luar memberi warna seterusnya pada generasi yang membangun + melihat dan seterus membuat tafsiran.
Saya kembali ke MEDIA latihan + pendidikan.Ini sahaja mungkin MEDIA yang sentiasa JUJUR pada faktanya.

Jangan Sombong


Seekor anak anjing yang kecil sedang berjalan-jalan di ladang pemiliknya.
Ketika dia mendekati kandang kuda, dia mendengar binatang besar itu memanggilnya.
Kata kuda itu : “Kamu pasti masih baru di sini, cepat atau lambat kamu akan mengetahui kalau pemilik ladang ini mencintai saya lebih dari binatang lainnya, sebab saya bisa mengangkut banyak barang untuknya, saya kira binatang sekecil kamu tidak akan bernilai sama sekali baginya”, ujarnya dengan sinis.
Anjing itu menundukkan kepalanya dan pergi, lalu dia mendengar seekor sapi di kandang sebelah berkata : “Saya adalah binatang yang paling terhormat di sini sebab nyonya di sini membuat keju dan mentega dari susu saya. Kamu tentu tidak berguna bagi keluarga di sini”, dengan nada mencemoh.
Teriak seekor domba : “Hai sapi, kedudukanmu tidak lebih tinggi dari saya, saya memberi mantel bulu kepada pemilik ladang ini. Saya memberi kehangatan kepada seluruh keluarga. Dia sama sekali tidak ada manfaatnya di sini.”
Satu demi satu binatang di situ ikut serta dalam percakapan itu, sambil menceritakan betapa tingginya kedudukan mereka di ladang itu. Ayam pun berkata bagaimana dia telah memberikan telur, kucing bangga bagaimana dia telah mengenyahkan tikus-tikus pengerat dari ladang itu. Semua binatang sepakat kalau si anjing kecil itu adalah mahluk tak berguna dan tidak sanggup memberikan sumbangan apapun kepada keluarga itu.
Kecewa oleh kecaman binatang-binatang lain, anjing kecil itu pergi ke tempat sepi dan mulai menangis menyesali nasibnya, sedih rasanya sudah yatim piatu, dianggap tak berguna, disingkirkan dari pergaulan lagi…..
Ada seekor anjing tua di situ mendengar tangisan tersebut,
“Saya tidak dapat memberikan pelayanan kepada keluarga disini, sayalah haiwan yang paling tidak berguna disini.”
Kata anjing tua itu : “Memang benar bahwa kamu terlalu kecil untuk menarik pedati, kamu tidak bisa memberikan telur, susu ataupun bulu, tetapi bodoh sekali jika kamu menangisi sesuatu yang tidak bisa kamu lakukan. Kamu harus menggunakan kemampuan yang diberikan oleh Sang Pencipta untuk membawa kegembiraan. ”
Malam itu ketika pemilik ladang baru pulang dan tampak amat letih kerana perjalanan jauh di panas terik matahari, anjing kecil itu lari menghampirinya, menjilat kakinya dan melompat ke pelukannya. Sambil menjatuhkan diri ke tanah, pemilik ladang dan anjing kecil itu berguling-guling di rumput disertai tawa ria.
Akhirnya pemilik ladang itu memeluk dia erat-erat dan mengelus-elus kepalanya, serta berkata : “Meskipun saya pulang dalam keadaan letih, tapi rasanya semua jadi senang, bila kau menyambutku semesra ini, kamu sungguh yang paling berharga di antara semua binatang di ladang ini, kecil kecil kamu telah mengerti ertinya kasih……. ..”
Jangan sedih kerana kamu tidak dapat melakukan sesuatu seperti orang lain kerana memang tidak memiliki kemampuan untuk itu, tetapi apa yang kamu dapat lakukan, lakukanlah itu dengan sebaik-baiknya. …
Dan jangan sombong jika kamu merasa banyak melakukan beberapa hal pada orang lain, kerana orang yang tinggi hati akan direndahkan dan orang yang rendah hati akan ditinggikan.
Moral dari Jinggo : itu cerita yang mungkin biasa kita lihat dan zahir didepan mata.Sombong dengan kelebihan yang diberi dan ada satu sudut ada diantara kita menyalah diri : kerana ketidakmampuan untuk menjadi macam orang lain.
kenapa mesti menjadi macam orang lain.
keharusan kita yakin : setiap kita dizahirkan dengan potensi yang berbeza - cuma terkadangnya label demi label dari persekitaran menjadikan kita hilang ' kewarasan sementara ' - kita tidak suka diri sendiri.
walaupun jauhnya : kita ada manusia terhebat dengan potensi yang kita ada.

Rabu, 21 Januari 2009

ubah kelaziman kita

Di sebuah kampung terdapat sebuah pokok yang umurnya melebihi umur kampung tersebut. Semasa kampung tersebut di buka, pokok itu telah wujud dan penduduk mengambil keputusan untuk membiarkan sahaja sehinggakan ia menjadi semakin membesar .
Sejak kewujudannya sehingga kini, pokok tersebut tetap berdiri teguh dan tidak pernah menunjukkan tanda-tanda akan musnah walaupun seringkali
di panah petir dan dilanda banjir besar beberapakali.
Sehinggalah pada suatu hari secara tiba-tiba pokok itu gegur ke bumi dengan sendirinya tanpa disebabkan punca-punca yang besar.
Penduduk tertanya-tanya mengapakah pokok itu boleh tumbang, sedangkan selama ini bermacam bencana yang menimpanya, tetapi ia tetap berdiri teguh dengan penuh bangga. Setelah disiasat oleh beberapa orang penduduk, mereka mendapati pokok itu tumbang kerana disebabkan oleh sejenis serangga yang disebut kumbang yang telah memakan pokok tersebut secara perlahan-lahan sejak sekian lama tanpa disedari oleh penduduk di situ.
Kumbang-kumbang itu telah memakan bahagian pokok itu yang selama ini dibaluti oleh kulitnya yang keras itu. Akhirnya, dalam masa yang singkat, pokok tersebut telah tumbang, tersembam ke bumi hanya kerana disebabkan kumbang-kumbang yang kecil saiznya.
Dalam sebuah hadis yang mahsyur, Rasulullah bersabda yang bermaksud :"Jauhilah dosa-dosa kecil kerana jika ia telah bertompok-tompok pada seseorang maka ia akan merosakkan orang itu "

Moral untuk kita bersama : itu sebahagian dari cerita secara tidak ataupun tidak ianya memberi impak terhadap kuanliti keinsanan kita. Dosa2 kecil...
teringat pepatah cina.

KELAZIMAN AKAN MEMBENTUK BUDAYA
BUDAYA AKAN MEMBENTUK TABIAT
TABIAT AKAN MEMBENTUK SIKAP
SIKAP AKAN MENENTUKAN TAKDIR KITA.

kelaziman kita walaupun kecil akan membentuk budaya.tabiat.sikap dan seterusnya takdir kita...perubahan seharusnya bermula dari kelaziman kita....kita adalah apa yg kita fikirkan....

dunia BUKAN ditangan OBAMA !!!!!


Dunia menyaksikan untuk seterus PERLANTIKAN KETUA POLIS DUNIA yang baru. kita ada macam2 cerita yang boleh kita jadi sandaran.kita mungkin ada pengalaman melalui cerita.Skripnya sama : Atas nama keAMANANan dunia.kita seakan dicatur di white house.

negara ni kita lantik orang ni. dia boleh ikut telunjuk kita.

negara ni jangan bagi orang ni menang sebab dia berjanggut macam Osama.

ok negara ni degil sikit : kita sekat ekonomi dia.

dan ini satu lagi kerana ni MUSUH negara kawan kita.....kita sokong kawan kita....

Itu pengalaman kita.Hari ni merupakan hari Satu kepada OBAMA duduk - di kerusi yang sama sahaja. Harapan kita.Kita semacam tidak ada pilihan yang banyak.Seluruh dunia seakan menagihkan sedikit perhatian sebab lainnya OBAMA ni. kulitnya lain.rambutnya warna lain sikit.anak2 dia lain sikit.tok nenek dia lain banyak dari yang lain. Perubahan untuk melihat dunia dicatur di RUMAH PUTIH memberi faedah untuk semua.DUNIA MENAGIHKAN PERHATIAN ! KITA TIDAK ADA BANYAK PILIHAN - KERANA SISTEM YG DIATUR DAN DICATUR SEAKAN2 MENJADIKAN ITULAH ' KEPALA ' DUNIA.KITA TIDAK ADA BANYAK PILIHAN......

Selasa, 20 Januari 2009

Nilai Kasih Sayang

Apakah Erti Kasih Sayang kepada Mereka.
Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya.
Dia tidak kenal akan mereka.
Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar.. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu.
""Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya."Tidak", wanita itu berkata.
"Suami saya telah keluar.""Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab. Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut.
"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!" Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.
"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama,"
"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.
Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :
"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya,
dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi,
Dia adalah Kejayaan,
dan saya adalah Kasih Sayang.."
Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah.
"Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira. "Bagusnya!!" dia berkata.
"Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk.
Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"
Isterinya tidak bersetuju.
"Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"
Kebetulan, anak perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :
"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang?
Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!""
Biarlah kita mengikut nasihat anak kita itu," kata suami itu kepada isterinya."Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu di antara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah.Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya.
Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :
"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atauKejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, ke mana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya..

Moral untuk kita - dan seorang sahabat yang bakal menjadi Raja Sehari - UJIE
Di mana ada Kasih Sayang, di situ juga ada Kekayaan dan Kejayaan - itu asas kepada segalanya. Selagi ada Kasih Sayang !

Isnin, 19 Januari 2009

padan muka aku


4 pm : Saya dapat panggilan untuk menhadiri satu
Mesyuarat untuk Penubuhan Kongres Aktivits Graduan dan Usahawan Muslim ( KAGUM ).
Semua berjalan seperti yang dirancang : untuk mengelak dari lewat.Dari pejabat naik teksi terus ke Pejabat UMNO lama di Jalan Sultan Sulaiman.KL.
Jumpa Lah ( aktivis GPMS ).Sapa lagi yang datang.
Tengok list nama.
Rasanya macam tak layak untuk duduk dalam meeting begini.20 orang - 6 darinya ada Dato dan Tan Sri yang namanya kita sudah biasanya dengar.
Prof Zuhdi.Dato Najmi Mohamad ( KAGAT ) , dan beberapa yang lain.
Ada Dr Ridzuan Tee.Dato Dr Mohd Radzi. dan seterusnya nama2 yang biasanya kita nampak di TV.dan aktivis pelajar dan wakil NGO dan usahawan melayu islam.
Sessi pertama bermula.
PERKENALKAN DIRI.
disini bermula satu yang baru aku tahu langit tu tinggi ke rendah.
Sekadar untuk memperkenalkan nama sahaja - rasanya macam nak berpeluh atas bawah...
itulah Pengucapan Awam : mudah untuk mengajar itu dan ini :
bila terkena batang hidung rasanya macam2..
Dato Najmi + Prof Zuhdi menyatakan kekusaran tentang apa yg berlaku pada persekitaran Melayu dan politik hari ini.Satu Wadah baru harus dibentuk yang tentunya tidak cenderung kepada mana2 sistem politik yang sedia ada. Seterusnya seorang demi seorang :
sampai ke aku semula....
Sesuatu yang berlaku di Negara kita melalui penubuhan KAGUM
katanya melalui badan ini PM ke - 6 akan mendapat pandangan demi pandangan bagaimana untuk mencaturkan Melayu Islam Malaysia.
Untuk aku dan kawan2. Ini juga cerita orang yang nak MENANG.terlalu besar PENGALAMAN dari peristiwa ' memperkenalkan nama ' ...

KISAH ORANG YG PATUT MENANG

mereka memang dilahirkan untuk MENANG
Semua orang secara normal nak MENANG.
Kenapa mesti menang : sebab itu fitrah - sebagaimana kata Dale Carnegie -
bila menang kita akan di anggap penting. Tentunya orang akan nampak kita. Itu fitrah.Manusia mahu dianggap penting dalam semua hal.Kenapa dianggap penting adalah satu lagi batu loncatan untuk naik keatas.
Bagaimana nak Menang
Semalam dan semalam kita berhadapan dengan 2 personiliti yang MENANG.
Faizal Tahir dan YB Mohd Wahid
Mereka menang kerana mereka memang berhak untuk menang. Mungkin mereka memang dilahirkan untuk memang.
Mari kita tengok Faizal Tahir : dari Bahasa Badannya tentunya dia tidak buat kerja main2.
Setiap sudut padanya ada untuk Menang + Kepuasan
( walaupun terkadangnya sedikit tersasar ).
Orang yang menang dikatakan : Menampakkan yang mereka patut Memang.
YB Mohd Wahid - 5 penggal di ADUN bermakna sudah hampir 20 tahun dilapangan. Kalau tidak bagus tentunya dia tidak Menang. Apa yang dia ada - penampilan sosial.
Itu yang dia ada : tentunya dia bijak tahu bagaimana mahu MENGURAT pengundi.
Yang penting sejauhmana kemampuan keduanya
MENGURAT orang lain untuk MENANG.

Kepada kedua : kalian orang hebat.memang dizahirkan untuk memang.
Tapi kita sama jadikan peringatan : Yang Menang tidak memang semua , yang kalah tidak kalau semua. Moral untuk kita : Kalah dan Menang adalah hasil dari apa yg kita mahukan..Kita Menang sebab itu memang sepatutnya hak kita. Sejauhmana tindakan kita untuk Menang.
Dan semuanya mesti bermula dengan LANGKAH 1.

Kita Kalah : terima ini sebagai ' kememangan kita dilewatkan '...

Ahad, 18 Januari 2009

kisah orang nak kahwin...

Kahwin - kenapa kita nak kahwin.
Selain dari itu fitrah untuk menyatuan dua jiwa.apa lagi.
kenapa orang yang semuanya bercinta : ini mungkin kesudahnya.
tapi kepada.
mak ayah :
mereka akan kehilangan
mereka pening - mana nak sediakan itu dan ini.
adik 2
akan kehilangan : kakak dan abang dah duduk rumah lain.tidur bilik lain....
kepada orang kampung
kita berpesta lagi
kepada budak kompang.
sekurang dapat juga duit untuk beli credit,
kepada lembu...
kenapa ada orang kenduri lagi...
bekas kekasih
hari2 yg dilalui adalah menyakitkan.
DAN KEPADA AKU.
Selamat Pengantin Baru Uji :
semuga tuhan permudahkan dan perkahwinan ini diberkatiNya.Awal2 nak bagi tahu.Saya tak dapat dapat...kerana perjuangan belum selesai.Pada tarikh itu saya dilapangan....

Sabtu, 17 Januari 2009

kITA DaLam KeLAs MaNa

mereka ini dalam KELOMPOK MANA
Seharian bersama rakan - rakan
jemaah yang bertudung labuh.berkupiah putih :
ini pandangan saya.
biar apa label sekali : kita seharusnya adil pada diri
Hari ini secara sedar ataupun tidak kita berhadapan dengan ramai kawan2 yang mahu menjadi setiap ruang mampu dimanafaatkan sebaiknya
berdasarkan dari pertemuan dengan ramai rakan dalam ' gang baca2 '
BUKU YANG DIKAITKAN DENGAN PEMBINAAN KEROHANIAH SEMAKIN LARIS
ramai kita semakin mencari diri.
dalam proses itu kita membentuk
KELOMPOK DEMI KELOMPOK.
KELOMPOK JUBAH
KELOMPOK SERBAN
KELOMPOK KUBIAH PUTIH
KELOMPOK JANGGUT SEJEMPUT
KELOMPOK JANGGUT PANJANG
dihujungnya kita semuanya sama
MENCARI + MEMBERI DAN MERIMA
dalam proses mencari ini.terkadangnya , kita alpa -
SEAKAN AKAN KEMARUT dengan kelebihan KELOMPOK kita...
dan pastinya di HUJUNGnya....
OK - KAU BUKAN KELOMPOK KAMI PERGI MAIN JAUH - JAUH

Moral untuk kita : Diantara kemarukan dan sengketaan beginilah gamaknya membuatkan SENANG2 israel semakin seronok dengan kerjanya.....
kita bertelingkah hanya pada asas tidak pada dasar.
kita bersengketa hanya sekadar berlainan warna bendera
DAN ITU LAH KITA.
Yang tentunya KIBLAT masih sama..

Jumaat, 16 Januari 2009

Jangan tahu berjanji....

Kami diJanjikan kedamaian....

Kita biasa berJanji.Kita mungkin biasa diJanjikan
Kita mungkin biasa berJanji. Dan tentunya kita biasa diJanjikan...
Kekasih berJanji pada Kekasih...nak masuk meminang..
Ahli Politik kepada Pengikut...bantuan itu dan ini
Ayah kepada Anak2...nak ubah itu dan ini.
DAN KITA BERJANJI PADA DIRI
aku mesti begini dan begini
SERONOK BERJANJI
tentunya orang yg menanti JANJI....
menunggu.menunggu dan terus menunggu.
SEHINGGA KELUARLAH
DIA NI CAKAP BOLEH DENGAR AJALAH....
KEBAGUSAN KITA DIUKUR SEJAUH MANA KEMAMPUAN
KITA MENGOTAKAN JANJI
maka saya duduk membaca buku..
BENGKEL ROHANI - IMAM GHAZALI.
ini intipatinya : Jangan sesekali kamu berjanji dengan sesuatu tapi tidak kamu tepati.Maka sebaiknya bila kamu berbuat baik terhadap manusia , hendaklah dengan perlaksanaan tenaga , tidak usah dengan perkataan.
Adapun jika terpaksa berjanji ataupun punya kesungguhan kepada orang lain , maka jagalah dengan sungguh2 jangan sampai kamu mengingkari janji. Sebab memungkiri janji adalah tanda2 orang yg munafik.

Khamis, 15 Januari 2009

Ini adalah Kesempatan kita

Dan ini kesempatan pada kita.
Ini Juga adalah Kesempatan Kesempatan Kepada Mereka..

Seorang pengurus , bersama pekerjanya yg masih muda ,sedang dalam perjalanan atas urusan kerja dengan menaiki keretapi. Tempat duduk yang tinggal hanyalah tempat duduk berhadapan dengan seorang wanita muda yang cantik dan neneknya.Sepanjang perjalanan keempat – empat penumpang ini cuba menyesuaikan diri dan menghabiskan masa dengan betul
Mereka mula berbual , tanpa menyedari , keretaapi yang mereka naiki mula memasuki sebuah terowong.Tiba2 lambu gerabak kertaapi terpadam dan dengan sertamerta keadaan menjadi gelap.
Untuk beberapa waktu , keempat2 penumpang dan juga penumpang2 lain berapa diam, keadaan gelap.dan sunyi. Dalam keadaan gelap dan sunyi itu , tiba2 terdengar bunyi ciuman dan bunyi sebuah tamparan.
Selepas melalui terowong yg gelap .
keempat2 penumpang itu mula membuat penelitian masing2 ; berdasarkan bunyi ciuman dan tamparan yang mereka dengar semasa dalam kegelapan tadi.
Wanita muda
saya rasa bangga kerana pengurus kacak yang duduk kat depan saya ini mencium saya , tetapi saya rasa malu kerana nenek menamparnya.
Nenek tua
saya kesal orang muda itu mencium cucu saya , tetapi saya bangga kerana cucu saya mempunyai keberanian untuk menamparnya.
Kata pengurus
pekerja saya menunjukkan keberanian kerana mencium wanita muda yang belum dikenali , tetapi mengapa pula wanita itu menampar saya
Nampaknya , hanya pekerja itu sahaja yang tahu apa yang berlaku . dalam waktu yang begitu singkat , dia mengambil kesempatan mencium wanita muda itu dan sekali gus menampar muka pengurusnya

Moral untuk kita.
Bila dikaitkan dengan kesempatan.Manusia dibahagi kepada 3 jenis.
Pertama
mereka yang tidak mengendahkan @ merebut setiap kesempatan @ peluang yang ada.
Kedua
manusia yang baik ialah mereka yang sentiasa merebut setiap kesempatan yang datang.
Ketiga
manusia yang bijak ialah mereka yang sentiasa mencari kesempatan yang dapat membuat dirinya berkembang tanpa perlu banyak menunggu.
Tetapi dimana kesempatan : dalam diri kita...dan kita dimana !

Selasa, 13 Januari 2009

JanGan Kalah.Bangun....

Apa kepercayaan yang terbentuk dalam minda anak 2 ini.

Dalam sebuah syarikat pengankutan kargo menggunakan kereta api ada seorang pegawai, bernama Nik.
Dia sangat rajin bekerja, dan sangat bertanggung jawab, tetapi dia mempunyai satu kekurangan, iaitu dia merasakan tidak mempunyai harapan apapun terhadap kehidupannya, dia melihat dunia ini dengan pandangan tanpa harapan langsung.
Pada suatu hari semua kawan-kawan sekerjanya bergegas untuk merayakan hari ulang tahun kelahiran bos mereka, semuanya pergi dengan cepat dan tergesa-gesa.
Dengan tidak sengajaNik yang sedang bekerja terkunci di sebuah bilik sejuk kontena pengangkutan ais yang belum sempat dibetulkan.
Nik berteriak, memukul pintu dengan kuat sambil meminta tolong, semua rakannya sudah pergi merayakan ulang tahun kelahiran bosnya, maka tidak ada yang mendengarnya.
Tangannya sudah merah dan bengkak2 memukul pintu itu, suaranya sudah serak akibat berteriak terus, tetapi tetap tidak ada orang yang mempedulikannya, akhirnya dia duduk di dalam sambil menghelakan nafasyang panjang.
Semakin dia berfikir semakin dia merasa takut, dalam hatinya berkata..
dalam kontena sejuk pengangkut ais suhunya pasti di bawah 0 darjah, kalau dia tidak segera keluar dari situ, pasti akan mati kesejukan.
Dia terpaksa dengan tangan yang gementar, mencari secarik kertas dan sebuah pen,
menuliskan surat wasiatnya.
Keesokkan harinya, semua petugas pun datang bekerja. Apabila mereka membuka pintu bilik sejuk dalam kontena pengangkut ais tersebut, mereka sangat terkejut menemui Nik yangterbaring di dalam. Mereka segera menghantarkan Nik untuk ditolong, tetapi dia sudah tidak bernyawa lagi.
Tetapi yang paling mereka terkejut adalah, bekalan elektrik ke bilik sejuk untuk menghidupkan mesin itu tidak dibuka, dalam bilik kontena yang besar itu cukup oksigen di dalamnya, yang paling mereka hairankan adalah suhu dalam bilik itu 28 darjah C saja, Tetapi Nik mati"kesejukan"!

Pengajaran Cerita Ini:

Nik bukanlah mati kerana suhu dalam kontena terlalu rendah, dia mati kerana ada titik ais di dalam hatinya. Dia sudah menghakim dirinya dengan hukuman mati,
Bagaimana dapat hidup terus?
Percaya pada diri sendiri adalah sebuah perasaan hati. Orang yang mempunyai rasa percayaan diri tidak akan terus putus asa, dia tidak akan terus berubah sedih terhadap keadaan hidupnya yang jalan kurang lancar dan berjaya.
Tanyalah pada diri kita sendiri, apakah kita sendiri sering terus memutuskan bahawa kita tidak mampu untuk mengerjakan suatu hal, sehingga kita kehilangan banyak kesempatan untuk berjaya? Yang mempengaruhi semangat kita bukanlah faktor-faktor dari luar,
melainkan dalam hati kita sendiri.
Sebelum berusaha sudah dikalahkan oleh diri kita sendiri, biarpun ada banyakbantuan yang tertuju pada diri kita ia tetap tidak akan membantu jika kita berkeadaan begitu.

AnAk Kita aNak OraNg


Ada orang ambil gambar.Mak.Ayah.Adik kena bom...
Ha.....Ha.....Bom lagi.Bom lagi...
Sebab itu memang kerja kita....
Kita memang dizahirkan untuk bunuh semua orang Islam...
Peduli apa dengan bantahan dunia : sebab Amerika dibelakang kita.
Tengok2.Ada budak menangis.Ada budak kena bom....
Adik keluar rumah...katanya nak ke kedai.
cari mak dan ayah : seharian tak balik
MATI : KENA BOM

Dirumah - Abang dan Adik Menangis - kenapa mak dan ayah pergi lama sangat.kami takut.kami lapar.kata pergi sekejap aja.....

Dan seterusnya anak2 kita.Sejauh mana kita mampu sedarkan bahawa - tidak mungkinkah ini juga adalah cerita kita.Mak.Ayah.Adik kena bom.Dan ada orang lain yang ketawa...padan muka....dulu semasa negara kamu aman kamu dipimpin oleh orang yang menjadi semua undang2 seakan cerita sendiri.semua sistem yang kamu ada seakan sistem yang diatur berdasarkan kepentingan sendiri.kamu sombong dengan kuasa.kamu angguh dengan nikmat.hari ini bila negara kamu tidak stabil : MEMANG KERJA KAMI ( ZIONIS ) UNTUK MENHANCURKAN KAMU!!!!

Isnin, 12 Januari 2009

BeraTnya Beban

Apakah erti beban kepada mereka
Pada saat memberikan kuliah tentang Management Stress, Stephen Covey mengangkat segelas air dan bertanya kepada para siswanya:
“Seberapa berat menurut anda kira-kira segelas air ini?”
Para siswa menjawab mulai dari 200 gr sampai 500 gr.
“Ini bukanlah masalah berat mutlaknya, tapi tergantung berapa lama anda memegangnya,” kata Covey.
“Jika saya memegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah.
Jika saya memegangnya selama 1 jam, lengan kanan saya akan sakit.
Dan jika saya memegangnya selama 1 hari penuh, mungkin anda harus memanggilkan ambulans untuk saya. Beratnya sebenarnya sama, tapi semakin lama saya memegangnya, maka bebannya akan semakin berat.”
“Jika kita membawa beban kita terus menerus, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu akan meningkat beratnya,” lanjut Covey.
“Apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas tersebut, berehat sejenak sebelum mengangkatnya lagi.”
Kita harus meninggalkan beban kita secara berkala, agar kita dapat lebih segar dan mampu membawanya lagi. Jadi sebelum pulang ke rumah dari pekerjaan petang ini, tinggalkan beban tersebut.”
“Bukan beban berat yang membuat kita Stress, tetapi lamanya kita memikul beban tersebut.” Stephen Covey.
Kata Jinggo: Beban ( masalah ) adalah cerita kita.Menurut Dr Hill orang yg tidak ada beban adalah orang yg di kubur.Selagi kita bernyawa selagi itu kita akan dilingkungi dengan beban demi beban : dan tentu penafsiran berbeda bergantung kepada tahab kepercayaan kita dan kemampuan kita berhadapan dengan beban tersebut.
Moral dari cerita diatas : letakkan beban tersebut : berehat sebelum mengangkat semula...
Persoalan kita - mampukah kita meletakan beban itu dan mengangkat semula.

Ahad, 11 Januari 2009

MaRAh.....

mereka memang ada hak untuk marah
Ada orang menyimpan kemarahan seperti ukiran pada batu karang yang keras.
Orang seperti ini menyimpan kemarahan di dalam hatinya dalam waktu yang lama.
Ada juga yang menyimpan kemarahan seperti tulisan pada pasir,
bedanya adalah kemarahan di dalam hatinya cepat berlalu.
Orang yang lain menyimpan kemarahan seperti tulisan air,
kemarahan hanya singgah sejenak di dalam hatinya.
Orang yang terakhir menyimpan kemarahan seperti tulisan angin,
mereka tidak membiarkan dirinya terpengaruh dengan kemarahan.
Supaya kita dapat menjadi orang yang terakhir, maka resepinya adalah kendalikan fikiran, tindakan dan kata- kata supaya kita tidak terpengaruh oleh kemarahan.
Resepi lain yang lebih praktis untuk mengendalikan kemarahan adalah yang diperkenalkan oleh Thomas Jefferson :
"Jika marah hitung sampai sepuluh sebelum melepaskan kata- kata.
Jika sangat marah hitunglah sampai seratus.
"Metode ini berguna untuk menahan kita melepaskan amarah.
Menurut Jerry L, Deffenbacher Ph. D, dosen psikologi di Colorado State University di Fort Collin, "Itu memberi Anda kesempatan untuk menenangkan diri, mempelajari segala sesuatunya, dan bereaksi secara lebih rasional. Dan Anda akan merasa mampu mengendalikan diri dengan menghentikan konfrontasi langsung."Mengendalikan rasa marah dengan baik dapat menentukan kesihatan anda lebih baik.

Kerana : kita mahluk sosial - tentunya kita ada cara tersendiri :
bagaimana untuk marah sebab dihujungnya kita mampu untuk tahu.
Bahawa MARAH adalah kemusnahan kepada segalanya..segalanya.

Sabtu, 10 Januari 2009

Kisah SeBongkah Batu

Apakah erti BATU kepada mereka.......

Suatu ketika seorang pencari batu berjalan di gunung yang sangat gersang dan melihat selonggok batu dengan warna coklat kusam yang telah diselimuti oleh lumut dan nampak luarnya relatif lapuk.
Kemudian dengan sekuat tenaga pencari batu itu mengayunkan godamnya mengenai batu hingga mendapatkan bongkah batu sebesar kepala, dan mula terlihat warna asli dari batu tersebut adalah putih.Dibawanya batu itu ke rumahnya, dipotongnya dengan menggunakan alat pemotong batu, hingga percikan api hasil gesekan dengan batu itu sesekali terlihat. Dihaluskan permukaannya yang kasar dari batu tersebut dan digosok.
Siang dan malam, ia berusaha membuat sebentuk batu penghias cincin, dari warna batu yang putih dan kasar, berangsur-angsur menjadi putih, mengkilap dan licin.
Pencari batu tersebut tahu betul kesempurnaan bentuk sebuah batu penghias cincin, akhirnya terciptalah sebuah batu yang bernilai.
Pengajaran Cerita Ini :
Sebenarnya alam memberikan berbagai pelajaran buat kita. Kita adalah sebongkah batu, kondisi lapuk, berlumut dan rapuh adalah keadaan kita yang tidak mampu melawan cobaan. Pukulan penukul, gesekan alat pengilat, percikan api adalah gambaran dari cabaran yang datang untuk menempa kita.
Kadang kita menolak cabaran yang datang,
tetapi sebenarnya cubaan tersebut adalah dari tuhan untuk membentuk kepribadian kita sehingga kita boleh dilihat bersinar.Sekarang mari kita fikirkan, dimanakah posisi kita? Apakah kita seketul batu yang tidak berharga?
Ataukah kita seketul batu yang sedang mengalami proses menjadi sebuah batu penghias cincin yang memiliki nilai yang mahal?

Jumaat, 9 Januari 2009

Kita ada IMPIAN

jinggo bersama Pelatih Maktab
Pensyarah saya : Sangguh datang bagi sokongan

Pejam celik.Pejam celik dan 10 tahun saya disini dan seterusnya begini. Dalam tempuh 10 tahun bukan sedikit ' keresahan' kalau mahu di bongkarkan.
Ini sekadar CERITA JINGGO untuk kita kongsikan bersama.Tidak terlintas untuk bersikap takbur.riak dan seterusnya membangga diri....kita kongsikan bersama.
KITA AKAN HARAPAN
KITA AKAN IMPIAN.
KITA ADA KEINGINAN
persoalannya sejauh mana semuanya akan dapat kita zahirkan dalam bentuk TINDAKAN.
Saya sekadar ADA IMPIAN : ingin menubuhkan sebuah PUSAT LATIHAN yang dilandaskan kepada keinginan saya untuk MEMBERI..
Impian yang tidak datang dengan sendiri.Saya berbalik kepada POTENSI saya sendiri.Dikatakan saya akan lebih BERGAYA kalau berkerja dalam bidang CAKAP - CAKAP.Puas bekerja dalam bidang sosial.Akhirnya ini saya untuk seterusnya.
Dengan berbekal kelayakan akedemik yang selesa yang bekerja di Institiut Penyelidikan Perhutanan Malaysia - saya terlibat dalam satu PENYELIDIKAN - di Hutan Lipur ( bancian )
Saya terlibat dengan orang ramai....itu penglibatan pertama saya dengan ORANG.
Seterusnya saya dilibartkan ke unit PENDIDIKAN ALAM SEKITAR.
Kerjasama yang dekat dengan PPK ( kementerian pendidikan ) di Genting Layang.Menjadikan saya hari sebagai SAYA. Pendidikan Alam Sekitar Merentas Kurikulum menjadikan saya semakin TIDAK sabar UNTUK meneruskan IMPIAN.
Saya keluar negara atas TAJUK yg sama : PENDIDIKAN ALAM SEKITAR.
Saya balik ke Malaysia dan seterusnya berhenti !
Sebab saya ada IMPIAN.dan dibayar oleh JABATAN ALAM SEKITAR untuk PENDIDIKAN ALAM SEKITAR - kepada guru2. Pelatih Maktab.
Saya dipuncak dunia barangkali masa tu - lupa banyak perkara akhirnya:
JATUH disebabkan di TIKAM teruk oleh pembantu saya...
Saya HILANGkan semuanya orang dikiri kanan saya :
Saya keluar negara lagi ( niat memang tak mahu balik ) :
Bekerja + Belajar disebuah Pusat Latihan dalam bidang Pembinaan Karektor.
Semua aspek kemanusian dijadi Modul Latihan.
Saya ada IMPIAN.Motivasi dalam sukar dipadam oleh SUARA - SUARA...
PUSAT LATIHAN - ECO KID ADVENTURE bukan untuk saya jadikan sebagai kerjaya semata2. Itu ada IMPIAN SAYA.
Saya tidak persoalkan berapa yang saya akan dapat
tapi apa yg dapat saya beri..

Moral untuk dikongsikan : Itu bezakan antara HARAPAN dan IMPIAN
Komitmen selain PERCAYA kepada POTENSI diri.
apa yg saya mahu kongsikan KUASA BERTINDAK
UNTUK ITU : MARI KITA BINA IMPIAN

Khamis, 8 Januari 2009

Sejauh mana kita PERCAYA pada diri sendiri....

Buku yang hebat - belum habis baca : Teruja
Atas dasar PERCAYA kami akan terus bersama

Ini sekadar peringatan besar kepada kita :
bahawa kejayaan itu adalah HAK yang mungkin kita NAFIKAN…itu HAK kita.
Orang hidup senang : seharusnya itu juga hak kita.
Orang bercuti sana sini : seharusnya itu juga hak kita
Orang makan tempat sedap2 : seharusnya itu juga hak kita.
Orang duduk rumah besar : seharusnya itu hak kita.
Orang lain berkereta besar : Dan semuanya juga HAK yang kita nafikan.
SEBAB TIDAK ADA BEZANYA DENGAN KITA
YANG BERBEZA
KITA MUNGKIN
TIDAK ADA IMPIAN : DAN KALAU PUN ADA
KITA TIDAK PERCAYA
PADA IMPIAN KITA…
Kita kongsikan Cerita ini.
Seorang lelaki yang mengidah penyakit kanser dan Dr beranggapan yang dia hanya boleh hidup selama beberapa hari sahaja. Dia dimasukkan ke sbuah hospital kerana mempunyai ketumbuhan sebesar sebiji oren.
Dia pernah mendengar bahawa saintis telah menemui sejenis dadah baru yang bernama ‘ Krebiozen’ yang mampu mengubati penyakit kanser.
Lelaki tersebut meminta Dr memberi ubat tersebut secara suntikan kepada beliau. Keesokan lelaki itu mendapati ketumbuhan tersebut mencair dan dia sudah boleh bangun dan keluar hospital.

Dua bulan kemudian , lelaki itu terbaca satu atikel yang ubat itu tidak begitu berkesan terhadap penyakit kanser. Dan dia kembali sakit. Dr mengambil keputusan dengan memujuk lelaki tersebut jangan mempercayai atikel tersebut dan menyuntik kembali dadah itu ( sebenarnya Dr hanya masukkan air sejuk ) : lelaki ini percaya dan kembali sembuh.
Enam bulan kemudian dia terbaca lapuran akhir : menyatakan dadah
‘ Krebiozen ' disahkan tidak berkesan melawan kanser.
Dia meninggal dunia 2 hari selepas itu,
INI ADALAH KUASA KEPERCAYAAN

Cerita TUNANG PAK DUKUNG : KALAU SAPA TENGOK. – SEMASA PERTANDINGAN AKHIR ABDULLAH CHIK DENGAN DUKUN TU….Abdullah Chik hanya menyuntik AIR KOSONG untuk membuat PAK DUKUN bagi tahu dimana lokek itu di sembunyikan.
Ini di panggil sebagai PLACEBO.
KUASA KEPERCAYAAN mampu untuk mendapat semua HAK kita.
PERSOALANNYA : ADAKAH KITA PERCAYA AKAN KEMAMPUAN KITA SENDIRI…
Mari kita fikir bersama ..

Eco Kid Adventure on Facebook