Rabu, 31 Mac 2010

kita dimana sekarang...

Suatu ketika seorang pencari batu berjalan di gunung yang sangat gersang dan melihat selonggok batu dengan warna coklat kusam yang telah diselimuti oleh lumut dan nampak luarnya relatif lapuk. Kemudian dengan sekuat tenaga pencari batu itu mengayunkan godamnya mengenai batu hingga mendapatkan bongkah batu sebesar kepala,
dan mula terlihat warna asli dari batu tersebut adalah putih.
Dibawanya batu itu ke rumahnya, dipotongnya dengan menggunakan alat pemotong batu, hingga percikan api hasil gesekan dengan batu itu sesekali terlihat. Dihaluskan permukaannya yang kasar dari batu tersebut dan digosok.
Siang dan malam, ia berusaha membuat sebentuk batu penghias cincin, dari warna batu yang putih dan kasar, berangsur-angsur menjadi putih, mengkilap dan licin. Pencari batu tersebut tahu betul kesempurnaan bentuk sebuah batu penghias cincin, akhirnya terciptalah sebuah batu yang bernilai.
DARI JINGGO
Sebenarnya alam memberikan berbagai pelajaran buat kita.
Kita adalah sebongkah batu, kondisi lapuk, berlumut
dan rapuh adalah keadaan
kita yang tidak mampu melawan cubaan.
Pukulan penukul, gesekan alat pengilat,
percikan api adalah gambaran
dari cabaran yang datang untuk menimpa kita.
Kadang kita menolak cabaran yang datang,
tetapi sebenarnya cubaan tersebut adalah dari tuhan untuk
membentuk kepribadian kita sehingga
kita boleh dilihat bersinar.
Sekarang mari kita fikirkan, dimanakah posisi kita?
Apakah kita seketul batu yang tidak berharga?
Ataukah kita seketul batu yang sedang
mengalami proses menjadi
sebuah batu penghias cincin yang
memiliki nilai yang mahal?

Selasa, 30 Mac 2010

kawan saya...bagaimana.

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan
ialah sebagaimana pesanan al-Qamah
(seorang sahabat Rasulullah saw)
kepada anaknya:
Pertama,
pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya,
dia adalah hiasan diri kita
dan jika kita dalam kekurangan nafkah,
dia suka mencukupi keperluan.
Kedua,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan
tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu,
dia suka menerima dengan rasa terharu,
jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu,
dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
Ketiga,
pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan
tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu,
ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna,
dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
Keempat,
pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya,
pasti ia memberi,
jikalau engkau diam,
dia mula menyapamu dulu
jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,
dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Kelima,
sahabat yang jikalau engkau berkata,
ia suka membenarkan ucapan dan
bukan selalu mempercayainya saja.
Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat
dia suka mengusahakannya dan
jika engkau berselisih dengannya,
dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah
memilih sahabat yang
baik agar segala matlamat
dan hasrat untuk perjuangan.
DARI JINGGO
kita mahluk sosial
berdasarkan kajian besar menyatakan
70 % waktu sedar kita
kita akan berjumpa dengan orang
kepintaraan untuk berurusaan
merupakan satu lagi kecantikan sosial
yang kita tidak nampak kepentingan.
PADA SAYA
carilah kawan yang masing2
boleh mengayakan emosi masing2.

Isnin, 29 Mac 2010

anak seharusnya tahu semua ni


kadang2 ada banyak benda
yang semua ayah2 tidak kongsikan
BAGAIMANA SUSAHNYA
nak membesarkan anak2
yang anak2 tahu.
sebahagian kemahuan harus dilunasi
MANA ADA AYAH2
yang sanggup membiarkan anak2
mencukakan diri.
SEDAYA SEMUA AKAN DILUNASI.
walaupun kadang2
permintaan diluar kemampuan.
SESEKALI MAHU AJA DIKONGSIKAN
BEGINI SAHAJA.
anak2 ku.
sabarlah kehidupan ini tidak
selalunya apa yang kita inginkan tercapai.
mungkin kadang2 nasib kita tak sama
dengan nasib orang lain.
anak2 ku
abi dan ayah2 lain
kadang sering memenangkan kalian
dalam semua hal.
tapi pernah kah kalian tahu
kadang2 abi dan ayah2 juga adalah
manusia2 lain yang ada keperluan2 lain
yang kami tentunya tidak sama.
NIAT DAN KEINGINAN KAMI SAMA
anak2 adalah amanah
anak2 adalah tanggujawab
tapi percayalah
SESEKALI FIKIRKAN
kami bukan tempat untuk
menyempurnakan segalanya
UNTUK ITU
sekali ada kami.
LUNASKAN KEPERLUAN KAMI
menjadi anak2 yang boleh
menjadikan hidup kami
lebih baik dari hari ini dan seterusnya.

mesti ada yang menang..


bukit sentosa
DALAM PARLIMEN HULU SELANGOR
kita berpilihanraya lagi.
siapa menang - siapa kalah
ini sudah menjadi satu
HUKUM
yang bertanding dihujungnya
nak menang.
PROSES
untuk nak menang sahaja yang mungkin
membezakan kita.
KITA AKAN LIHAT
dan tentunya saya sendiri
MENDAPAT LABA
yang dulu tak ada
esok lusa mesti ada
yang dulu jauh
esok mesti mula duduk dekat2
KEINGINAN SATU
menang.
prosesnya adalah mempengaruhi
UNDILAH KAMI
kami lebih baik dari yang lain
kami lebih mulia dari yang lain
kami lebih berwawasan dari yang lain.
DAN TERUKNYA
jangan undi dia
kaki betina
kaki botol
kaki judi
kaki rasuah
kaki apa lagi.
ITU JUGA MUNGKIN
yang tak ada diadakan
SAYA SEBAGAI PENGUNDI
dari jinggo
sebagai ahli politik yang tidak berpolitik
tentunya saya melihat begini.
dihujung pada semua ceritanya adalah.
ini hanya satu lagi bab kehidupan yang dipinjamkan.
kesan dan perilaku mengamalnya akan memberi
kesan yang tentunya bukan sedikit kepada
MELAYU - ISLAM
kita seharusnya ada negara yang stabil
kita seharusnya ada negara yang harmonis perjalanan
kita harus ada Melayu yang kuat.
kita harus ada sistem pengalaman Islam yang total.
dan akhir.
SAYA AKAN MENGUNDI LAGI.

Jumaat, 26 Mac 2010

my long distance relationship

MENCABAR dan sukar.
Itu ungkapan paling tepat untuk menggambarkan
perhubungan cinta jarak jauh. Namun demikian,
adalah tidak mustahil perhubungan
sebegini dapat bertahan dan kekal lama.
Apatah lagi kini, sudah menjadi trend kebanyakan anak muda atau pasangan suami isteri menjalinkan hubungan cinta jarak jauh walaupun sudah tahu risiko yang bakal dihadapi. Apa yang pasti, perhubungan sebegini mempunyai peluang yang sama untuk berjaya seperti perhubungan cinta jarak dekat.
Pensyarah Jabatan Psikologi dan Pembangunan Manusia,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Madya Dr. Khaidzir Ismail memberitahu,
hubungan jarak jauh ini sebenarnya,
jika difikir dari sudut positif
adalah lebih manis.
"Ia ibarat jauh di mata, dekat di hati.
Pasangan yang terlibat akan semakin rindu
antara satu sama lain kerana berjauhan rentetan
timbul rasa kehilangan dan kekosongan.
"Rasa kehilangan itu ditebus dengan berutus surat,
menghantar e-mel, menelefon.
Tetapi bahayanya perhubungan ini adalah,
jika terlalu lama berjauhan dikhuatiri kasih sayang mula pudar,"
Berikut beberapa tip bagi membantu pasangan
mempertahankan hubungan jarak jauh:
Kepercayaan dan kejujuran
Kepercayaan adalah keutamaan jika mahu
perhubungan sebegini berhasil.
Tanpa kepercayaan dan kejujuran hubungan
akan berada dalam keadaan bahaya.
Anda perlu percaya dan berserah pada takdir.
Komitmen
Komitmen amat penting dalam perhubungan.
Jika anda dan pasangan memberikan komitmen sepenuhnya dalam perhubungan,
ia akan berjaya. Faktor jauh atau dekat sama sahaja,
cuma perhubungan jarak jauh lebih banyak cabarannya.
Apa pun ia terpulang kepada individu.
Selalu berhubungan
Komunikasi amat penting.
Walaupun tidak dapat berkomunikasi secara
bersemuka atau secara langsung,
anda dan pasangan masih boleh berhubungan
dengan mengutus surat, e-mel dan menelefon.
Ia penting bagi mengelakkan pasangan mengisi kekosongan yang ada dengan mencari keseronokan dengan orang lain. Mungkin ia bermula dengan mencari teman untuk makan, bersukan atau sebagainya, namun ia mungkin akan membibitkan rasa cinta antara si dia dan teman baru.
Jangan letakkan banyak harapan
Setiap individu sememangnya mengimpikan perhubungan yang berakhir dengan kebahagiaan, namun jangan sekali-kali meletakkan harapan yang tinggi dalam perhubungan sebegini kerana dikhuatiri akan menyebabkan kekecewaan yang tragis.
Bukan bererti anda tidak perlu serius dalam menjalinkan hubungan, cuma jangan letakkan harapan 100 peratus terhadap hubungan cinta jarak jauh
sebegini kerana perhubungan sebegini sukar dan berisiko tinggi.
Kesetiaan
Perhubungan sebegini memerlukan kesetiaan antara pasangan
yang bersungguh-sungguh dan ikhlas.
Jika tidak hubungan tidak akan berjaya.
Kebanyakan pasangan yang tiada sifat ini akan putus
terutama melibatkan pasangan yang baru diperingkat bercinta kerana tiada ikatan.
Dalam kes ini, kebiasaannya lelaki lebih kerap berlaku curang.
Emosi
Jangan terlalu beremosi ketika berjauhan kerana faktor jarak dan
jarang bertemu muka membuatkan anda sering menaruh prasangka buruk.
Kawal emosi sebaik mungkin dan perlu berfikiran positif bagi mengelakkan pergaduhan.
sumber kosmo
DARI JINGGO
dari sebuah buku
menyatakan begini.
atas faktor apakah kita berjaya
mempengaruhi seseorang untuk
terus bersama kita.
DIRI SENDIRI
kemahiran pembinaan komunikasi
sosial yang menjadikan pasangan kita meletak.
HEMOFILLI
sudah menjadi fitrah manusia
sukakan diri sendiri.
semuanya berkaitan dengan diri sendiri
kebijaksaan mencari kesamaan minat.
KEKERAPAN
ini faktor penentu dalam
mengekalkan hubungan sosial.
kerap berhubung.
KETIGA2 FAKTOR
INILAH YANG MEMASTIKAN
HUBUNGAN SOSIAL BERJALAN
DENGAN SEMPURNA.

Khamis, 25 Mac 2010

untuk dibaca..............

Berpegang pada satu prinsip dan tidak mudah terikut
dengan sebarang pengaruh adalah baik.
terutamanya dengan perubahan persekitaran hari ni.

TAPI BAGAIMANA
kalau terlalu berprinsip sehingga tidak mahu mendengar
pandangan orang lain.
dan kamu beranggap kamulah yang
paling hebat atas dasar prinsip.
DALAM MANA2 HUBUNGAN SOSIAL

ini satu bahana yang wajib di singgirkan.
kerana percayalah
kamu bukan segalanya :
serta tidak semua yang kamu anggap betul
adalah betul dan tidak semua yang kamu salah adalah salah.
TANDA2 ORANG YANG BER PRINSIP
kamu pantang dicabar
sesiapa yang mencabar dianggap musuh ketat.
kamu tidak berkawan dengan semua orang
hanya memilih kawan2 yang setaraf.
kamu sentiasa mahu menjadi ketua
suara kamu adalah pemutus
kamu sentiasa mahu beranggap keputusan kamu betul
walaupun melibatkan orang lain
kamu tidak pernah mahu menjaga hati orang lain
hati kamu perlu dijaga oleh orang lain
nasihat orang lain semua masuk tong sampah
aku yang betul semua
kamu suka mencari kesilapan orang lain
kerana mahu menjadikan kamu terbaik

KAMU SANGGUP LAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN
APA YANG DIINGINKAN TERLAKSANA
dari jinggo
itu satu lagi karektor yang datang dari persekitaran kita.
sebagai guru tentunya.
bagaimana berhadapan dengan
pengetua yang berprinsip begitu
sebagai suami / isteri
bagaimana berhadapan dengan keadaan
yang dia aja yang betul
sebagai pasangan bersosial
bagaimana berhadapan dengan hari2 yang sukar.
PENGALAMAN JINGGO
orang2 begini akan menuai apa yang dia tanam.
dunia ini adil dipaksinya.
lihat perkongsian ini dari sudut hubungan sosial

jangan abaikan

SATU Pelajar Satu Sukan.
Mungkin itulah tema paling sesuai menggambarkan
hasrat Kementerian Pelajaran yang mahu
mewajibkan semua pelajar menyertai
satu jenis sukan mulai tahun depan.
SIHAT
sukan berupaya melahirkan pelajar
yang sihat dan cemerlang
Kajian untuk memberikan kredit atau markah kepada pelajar yang terbabit sukan adalah bagi mengubah persepsi ibu bapa sebelum ini melihat aktiviti sukan tidak memberi makna, sebaliknya lebih menekankan pencapaian akademik anak mereka.
DARI JINGGO
satu lagi bab yang mungkin
TIDAK MENARIK
kepada makayah yang selama ini
MEMBELAKANGKAN
bahawa pendidikan fizikal
TIDAK PENTING
dalam konteks kecemerlangan.
mungkin begini.
sukan @ pendidikan luar
tidak sekadar berlaku dan berlaku
begitu sahaja.
ada cerita yang mungkin mampu kita tafsirkan
melalui sukan.
ADA PENDIDIKAN MENGENAI
latihan fizikal
latihan komunikasi
latihan mengenai kepimpinan
latihan mengenai menang - kalah
latihan mengenai motivasi dalaman
latihan mengenai emosi
latihan mengenai.
SEMUA ORANG ADA MATLAMAT
YANG SAMA.
nak menang.
dibawah matlamat
ada starategi
ada tindakan
ada keputusan.
INI YANG KITA ABAIKAN.
comotkan sistem pendidikan kita bukan
berdasarkan berapa A yang kita ada
tapi ' softskill ' yang mampu dizahirkan
dalam bentuk tindakan.
UNTUK ITU APA LAGI
kepada rakan2 guru :apa lagi - praktis kembali skill yang mungkin
dan berkarat.agak2nya sukan apa yang kita nak ambik agaknya.

Rabu, 24 Mac 2010

jangan banyak pilihan....

apa akan berlaku kalau kita
TERLALU BANYAK PILIHAN
dalam apa hal sekali pun
KITA AKAN MEMILIH
kita akan menilai
dari semua sudut.
SEMUANYA MEMERLUKAN MASA
bagaimana kalau tak ada masa
KITA MEMBUAT
PILIHAN BERDASARKAN PENGALAMAN.
sehari di pekan buku.
CERITANYA SAMA
bagaimana untuk membuat pilihan
PENGALAMAN
mencari buku yang terbaik.
CERITANYA SAMA
dalam membuat pilihan2 lain.
apa penghakiman kita.
mulanya tentunya
berdasarkan apa yang kita nampak.
kesempurnaan sebuah buku @ pilihan terletak dimana
tentunya tarikan pertama ada pada
PANDANGAN PERTAMA.
setelah muka berkeinginan untuk membuka
kualiti mula diukur.
- jangan jadikan kulit buku sebagai penghakiman -
PENGALAMAN MULA MENJADI PENGHAKIMAN
penghakiman memerlukan masa
seterusnya kita mula membuka.
BAGUSNYA SEBUAH PILIHAN
bila kita terus menjadikan isi pilihan
sebagai satu lagi panduarah
BAGAIMANA KALAU SALAH BUAT PILIHAN
BAGAIMANA KALAU
TERLALU BANYAK PILIHAN
akhirnya mari kita fikirkan bersama
dari sudut apa sekalipun.
KITA MENCARI YANG TERBAIK
dari pilihan yang ada.


sama sahaja...............


kedua gambar disini
dikaitkan dengan
KEBERANIAN
RISIKO.
keduanya bukan rutin manusia.
KENAPA
ada kesanggupan manusia mengambil
RISIKO
mencabar
KEBERANIAN.
yang pastinya
KEDUANYA.
tidak datang dengan sendirinya.
latihan.
latihan
latihan
SELAIN.
tidak ada semuanya tanpa ada
LANGKAH SATU.
dari sebuah buku saya memetik
MAT JENIN TELAH MULAKAN
LANGKAH SATU UNTUK KITA
kita teruskan langkah seterusnya.
LANGKAH SATU MAT JENIN
adalah berangan.
langkah seterusnya kita
MENJADIKAN ANGAN2
sebagai asas untuk seterusnya.
LANGKAH SETERUSNYA
PADA KITA
adalah proses.
keduanya melibatkan
RISIKO
KEBERANIAN.

Selasa, 23 Mac 2010

anugerah hijau

satu lagi cerita menarik
sudah 2 hari cerita dalam skop yang sama
MUNGKIN SEMINGGU INI
saya dijemput duduk di Majlis yang
SEMUA ORANG2 ALAM SEKITAR
berkumpul : mencari ruang dan peluang
untuk memberi sesuatu atas nama
PEMBELAAN TERHADAP ALAM SEKITAR

rasa tidak dipedulikan lagi...........

Luka yang paling menyakitkan dalam
hidup bukanlah kematian,
namun menjadi orang yang diabaikan.
Kehilangan orang yang sangat kita cintai,
yang berubah menjadi seseorang
yang tidak peduli denganmu sama sekali.
Ketika orang yang sangat kau sayangi mengadakan pesta .
dan tidak mengundangmu sama sekali.
Ketika orang yang paling kau sayangi di dunia .
dengan sengaja tidak mengundangmu menghadiri perayaannya,
sehingga membuat orang berfikir
kamu tidak peduli.
Luka yang paling menyakitkan dalam
hidup bukanlah kematian,
namun menjadi orang yang dilupakan.
Menjadi orang yang dilupakan setelah
kita memberikan yang terbaik.
Menjadi orang yang tidak mempunyai kawan,
walau hanya sekadar untuk saling menyapa.
Ketika kau memerlukan seseorang untuk
memacu semangatmu,
tapi kau menyedari bahawa
hanya seseorang
yang masih peduli denganmu iaitu .
kamu sendiri.
Setiap orang mempunyai peranan untuk dimainkan
di panggung yang besar yang kita sebut kehidupan.
Setiap orang punya kewajipan terhadap lingkungan sekitarnya
untuk mengatakan bahawa
kita menyayangi mereka.
Kau tidak akan mendapat hukuman jika kau tidak
mempedulikan kawan-kawanmu.
Kau hanya akan diabaikan.
dilupakan.
seperti yang telah kau perbuat terhadap mereka!
Puisi ini ditulis oleh seorang lelaki yang telah membunuh dirinya,
mungkin jika orang- orang sekitarnya ingin menunjukkan
sedikit rasa sayang/cinta/kasih dan memberikan lebih banyak perhatian kepadanya, kematiannya tidak akan pernah terjadi.
Ingatlah, begitu kita memasuki kehidupan (seseorang),
kita tidak dapat menilai kesedihan, kesepian atau keputus-asaan orang
hanya dari ekspresi muka/fisikal.
Kau perlu mengenalnya lebih dalam lagi,
menghargai mereka
DARI JINGGO
tentu sahaja
menjadi orang yang tidak dipedulikan
bermula dari
KITA YANG TIDAK MEMPERDULIKAN
proses kehidupan semasa
kadang2 kita abaikan

Isnin, 22 Mac 2010

jumpa mentor



kalau mahu ditanya
PADA SAYA
siapa manusia yang mahu
SAYA HARGAI
inilah dia
TAN SRI SALLEH MOHD NOR
boss lama.
bekas pengarah FRIM
boss Persatuan Pencinta Alam Msia
DAN TENTUNYA
orang inilah diantara yang menjadikan
jinggo hari ini.
bertemu setelah hampir 10 tahun.
KOMITMEN DAN KEINGINANYA
masih sama.
menjadikan Alam sebagai
MEDIA PERJUANGAN.
HARI INI
Hari Air Sedunia
sekali lagi orang alam sekitar
berkumpul dan berseminar.
alasannya sama.
DUNIA INI HARUS DILIHAT DARI
SUDUT LAIN.
kita sudah terlalu lama membiarkan
tangan2 kita mencatur alam ini berdasarkan
kepada keperluan yang tidak menguntungkan
alam dan kehidupan seterusnya.

Ahad, 21 Mac 2010

untuk minggu seterusnya



satu lagi hujung minggu yang best
pelajar2 ini berada dalam kelas mereka sendiri.
CUKUP UNTUK DIKATAKAN.
alangkah seronoknya menjadikan kalian
sebahagian media kerjaya.

Jumaat, 19 Mac 2010

cerita lama............

saya macam ada cerita mahu
DIKONGSIKAN
cerita baru
gambar lama
komitmen tetap baru
KOMITMEN
saya percaya kepada satu patah
PERKATAAN
bagusnya manusia bukan pada
CAKAP2
tapi sejauh mana kesanggupan kita untuk
BERTINDAK.
bertindak melibatkan risiko
bertindak memerlukan harga
INI YANG MEMBEZAKAN
satu orang dan lainnya
ramai dikalangan kita
bercakap soal perubahan diri.
sejauh mana kesanggupan kita untuk
MEMBAYAR
HARGA PAKEJ PERUBAHAN.

Khamis, 18 Mac 2010

kisah seorang anak.

seorang anak bertanya
MACAMANA
kita nak tegur orang yang
kita rasa tidak betul.
jawab seorang abi
kita umpamakan begini.
KALAU AIR MASUK DALAM KEPALA
APA KITA BUAT.
jawab seorang anak
KITA MASUKKAN AIR
DAN KITA KELUARKAN
jawab seorang abi.
maka begitulah kisah kehidupan diluar
kalau nak tegur orang.
masuk dalam dunianya
dan keluarkan dia bersama.
CERITANYA MUDAHKAN
mana ada manusia yang sedia
untuk dikatakan tidak betul
KALAU PUN TIDAK BETUL
untuk itu - mari kita sama2 keluarkan
KETIDAKBETULAN ITU SESAMA.

memang saya marah !

Ada tak sifat2 disini ada pada kita.
sinis dan membuat jenaka yang menyakit hati orang
gemar mengkritik orang lain.
tidak percaya orang lain
terlalu fokus pada diri sendiri
tidak mengambil berat masalah orang lain
tidak gembira dengan layanan negetif yg diterima
mudah melenting
meradang dengan ketidakadilan dalam hidup
gemar berselindung
SEPERTI BOM JANGKA
jika ada sifat2 tu pada kita
kita kongsi seterusnya :
kita mungkin mengalami
' sindrom bermusuhan '
kita suka bermusuh.
mencari musuh.
dan suka bermusuh
KESANNYA.
sikap begini akan menyebabkan
kejang rahang + berpeluh berlebihan + keletihan.
kajian dari UT Southwestern Medical Center di Dallas
wanita sihat yg mudah meradang akan mengalami
pemasalahan kesihatan yang
dikaitkan dengan marah.
wanita yang cenderung marah mempunyai kadar degupan
jantung dan tekanan darah lebih tinggi.
kesimpulan dari beberapa kajian lain.
cukup menyatakan : kesan pada fizikal cukup membebankan.
sakit jantung.berat badan naik.alah pada insulin
dengan lemak berkumpul dalam abdomen.
KESAN NEGETIF LAIN
susah didekati oleh orang lain.
orang macam ni susah untuk menjalinkan persahabatan
malah tidak dicari sebagai rakan.
mereka kadang2 terperangkap dalam diri sendiri -
tidak dapat memuaskan keinginan diri sendiri ,
merasa gagal , tewas , ditolak ,
pandangan tidak diterima dan kurangnya kejayaan diri
DARI JINGGO
saya pernah jumpa orang yang macam ni.
dia bukan nak ' cari ' musuh -
sikapnya kadang mengundang musuh.
ada buku lain menyatakan
orang begini berpenyakit - perlu di rawat.

tetapi bagaimana kalau dia sendiri
tidak merasa dirinya sakit.
sikap yang sentiasa
menjadi orang penting
sikap yang sentiasa mahu
menjadi suara dan idea dominan.
sikap yang mengharapkan orang lain
sahaja yg kena faham dia.
APA TINDAKAN KITA
cara mengawal
terdapat 3 pilihan
mengubah
mengelak
menyesuaikan diri
.
PILIHLAH YANG MANA SATU BILA BERHADAPAN
DENGAN ORANG YG MACAM NI.

Rabu, 17 Mac 2010

dunia tak ' mahu ' lagi ' orang lembik....



kita mungkin tidak pernah
HIRAU PERSOALAN INI.
dunia semakin ' kejam '.
orang lembek
orang lembab
AKAN DITINGGALKAN.
cabaran dan perubahan persekitaran
memerlukan kita ada ilmu lain
untuk kita sertakan untuk menyahut
KEPERLUAN DUNIA.
dimana nak mulakan.
PENDEDAHAN.
mungkin selama ini kita nafikan
keperluan pendidikan untuk menjadikan
kita dan persekitaran kita lasak.
KERANA
dunia memerlukan.
mungkin keinginan besar sistem yang tetap
meletakkan A itu kebagusan pada semua hal
sehinggakan pendidikan begini.
DI ABAIKAN.
kita abaikan

Selasa, 16 Mac 2010

sekolah kampung vc sekolah pekan



apa bezanya
BANYAK BEZANYA
berdasarkan pengalaman
etika dan pengolahan hidup
sekolah bandar
lebih terbuka.
lebih positif
lebih berani menonjollkan diri
SEKOLAH KAMPUNG
kita kongsikan begini
dalam tempoh 5 hari.
satu sekolah di pekan
satu sekolah di kampung.
TERNYATA.
kepuasan berbeza.

Ahad, 14 Mac 2010

nak berubah - mulanya dimana.




3 hari 2 malam
bersama sekumpulan
BARISAN ORANG2 YANG DIBERI
AMANAH MENYEMPURNAKAN
MATLAMAT SEKOLAH
satu cerita yang cukup menarik
dijadikan perhatian bersama.
SEORANG PELAJAR
MEMPERTIKAI
kenapa kita mesti begini dan begini
TIDAKKAH HIDUP
HARUS BEGINI SAHAJA.
itu yang diajar
SAYA DIAJAR BEGINI.
dan saya yakin
saya betul.
JAWAPAN JINGGO
beginilah.
hidup ini tidak datang dari satu modul sahaja
disini.hari ini kita rasa betul
pada prinsip dan apa yang kita percaya betul.
ADAKAH KEBETULAKAN KITA
ITU BETUL PADA ORANG LAIN.
keinginan untuk melihat proses ini
adalah satu kerahmatan pada diri sendiri.
KEINGINAN
untuk melihat modul2 lain dalam
hidup adalah satu lagi penambahbaikkan
dalam hidup.
TAPI BAGAIMANA
KALAU KITA TERUS MENERUS
DENGAN PANDANGAN.
INI PANDANGAN SAYA
SAYA BETUL
KAMU SALAH.

Jumaat, 12 Mac 2010

nak kongsikan

Rasanya kita jarang temui
BAHAN BACAAN
yang amat praktikal
UNTUK DIBACA
satu bahan bacaan yang ditulis
dari sudut akademik.
semuanya berlandaskan pada fakta.
sebagai pendidik
INI MERUPAKAN
satu lagi bahan yang boleh dijadikan sandaran.

Khamis, 11 Mac 2010

akhirnya..........




ada yang tak molek
MAHU DIKONGSIKAN
selama ini bermacam2 cara
AGAR KITA TIDAK JAUH
akhirnya
KITA SEMAKIN JAUH
biar dimana dan bagaimana
tanggungjawab harus dilunaskan

jangan sampai tak berpakaian.....

WANITA kebiasaannya akan menghabiskan
masa hampir setahun
daripada kehidupan mereka untuk membuat keputusan dalam memilih pakaian.
Kajian mendapati
memilih pakaian untuk bekerja,
keluar makan malam,
berjalan-jalan,
bersenam dan sebagainya
wanita akan membabitkan masa sehingga 287 hari untuk
berada di hadapan almari pakaian mereka.
Masa paling banyak dihabiskan ialah ketika memilih pakaian untuk menghadiri majlis sosial pada malam Sabtu atau minggu dan juga memilih pakaian bercuti.
Pakar mendapati secara purata
wanita akan menghabiskan sebanyak
16 minit setiap hari biasa untuk
membuat keputusan memilih pakaian dan 14 minit ketika hari pagi Sabtu atau Ahad.
CERITA JINGGO
perempuan dan pakaian
lelaki dan batang pancing
( bukan semua )
MUNGKIN
macam tu agaknya.
kita banyak habiskan banyak masa disitu.
perempuan tak suka lelaki yang sibuk dengan btg pancing
lelaki tak suka perempuan habiskan masa dicermin.
kerana sudah seakan menjadi fitrah kita barangkali
kita bersangka baik sahaja diakhirnya.
yang pastinya dihujungnya.
memilih pakaian jangan sampai
nampak ' tidak ' berpakaian
memilih batang kail jangan sampai
hari2 makan sardin tin.
Pengeluar pakaian Matalan menjalankan kajian ke atas 2,491 wanita
dan memilih wanita berumur dari 16 hingga 60 tahun sebagai sampel kajian.

Rabu, 10 Mac 2010

orang tak suka.....

seorang peladang menfitnah jirannya telah berjumpa seorang ahli sufi
untuk menyatakan kekesalan dan kesilapannya.
Ahli Sufi tersebut memintanya mengambil
satu beg bulu dan jatuhkan di tengah2 bandar.
Peladang itu melakukan seperti yang disuruh
Kemudian ahli sufi tersebut menyuruhnya pergi ke sana dan
mengutip kembali bulu2 tersebut dan masukkan kembali ke dalam beg.
Peladang tadi mencuba tetapi tidak berjaya kerana bulu2
tersebut berterbangan ke merata tempat.
Apabila dia kembali dengan beg yang kosong.
AHLI SUFI ITU BERKATA.
samalah dengan kata2 awak itu
Awak senang mengeluarkannya
tetapi awak tidak dapat menariknya kembali ,
jadi berhati2 dalam memilih kata2
.

DARI JINGGO
asas dalam hubungan sosial.
elakkan
berdebat
bertengkar
memberi kritikan

maaf - kita berkongsi berdasarkan pengalaman

Juara Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2010 menjadi hiasan halaman 1 Utusan Malaysia Sabtu 6 Mac lalu. Di halaman 2 pula, disiarkan tajuk besar petikan ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya bahasa Melayu dimartabatkan dan diketengahkan ke peringkat dunia.
Tidak cukup dengan dua halaman itu, di halaman 3 juga turut dimuatkan gambar dan laporan PABM hampir satu muka penuh. Terima kasih Utusan Malaysia kerana sokongan dan usaha berterusan mendaulatkan bahasa Melayu.
Ibarat ‘perahu sudah di air, dan dayung sudah di tangan’. Apa lagi agaknya yang ditunggu oleh rakyat Malaysia yang masih sangsi akan kemampuan bahasa Melayu dan dasar pragmatik kerajaan membawa bahasa Melayu mengharungi arus globalisasi.
DARI JINGGO
kadang2
nak nampak kan kita terkelompok
dalam kelompok kelas A
mesti cakap
OMPUTIH
kenapa
cakap melayu
tak boleh masuk kelas A
BEGITULAH
dari sebuah buku yang ditulis
menyatakankan begini
dalam konteks komunikasi
KITA DIUKUR BERDASARKAN
gaya bahasa
isi bahasa.
ORANG HEBAT DIKAITKAN
DENGAN PENGGUNAAN BAHASA
YANG POSITIF.
saya sendiri.
MAAF
saya orang bahasa
saya akan menggunakan
BAHASA YANG BETUL

Selasa, 9 Mac 2010

ahhhhh....suara tak ada.



saja nak kongsikan pengalaman
MUSIM PANAS
memang macam tu kut
suara cgu semua macam
PENYANYI ROCK DAH
kenapa
sekolah perempuan semua
budaya berbeza
lagaknya berbeza
APA NAK MALU
semua perempuan.
hasilnya jinggo kehabisan suara.

Isnin, 8 Mac 2010

minta maaf.kalau saya buat salah

seorang rakan bertanya
KEGANASAN MULUT
UNTUK SIAPA.
saya ringkaskan begini.
N3 itu pernah dikeluarkan
pada Oktober 2008
ada cerita dikala itu
KENAPA SAYA ULANG SEMULA
cerita politik semasa kita
satu persatu
kita baca.kita dengar.
CERITANYA
berbaur kebencian.
satu persatu
cerita yang dulu manis bersama
cerita yang dulu pahit bersama.
HARI INI
semua kerana mulut.
SAYA BUKAN ORANG POLITIK
saya berpegang pada satu
prinsip yang cukup mudah
yang menang - tak menang semua
yang kalah - tak kalah semua.
KITA HORMATI
berdirinya kita atas kapasiti
semua orang betul.
Eco Kid Adventure on Facebook